Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 Malaysia 1986-2014
1 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
SIDANG EDITORIAL PENAUNG: Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor KETUA PENGARANG: Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor PENASIHAT: Kol Zulkii Dato’ Hj Tahir PENGARANG: Lt Kol Syed Zulkiee Syed A.Rahman EDITOR: Mej Anijah Miril WARTAWAN: Sjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Nurulhaswani Ruzaini JURU GAMBAR: Sjn Shamsul Zaidi Zolkofy dan Kpl Vijay Gaundar Arikrishnan GRAFIK: Sjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali PENGURUSAN: SSjn Mohamad Solor Hj Ismon KORESPONDEN: 1 DIVISYEN: Kapt Adam, Kapt Che Amran Muhamad, Kapt Jaafar Hj Mat, SSjn Zulkapli Alias, SSjn Mohd Sedi Ibrahim, Sjn Saifuddin Salim, Sjn Lim Rantai, Kpl Roslan Abdullah, LKpl Saiful Kasim dan Pbt Mohd Nazrul Abdullah 2 DIVISYEN: Kapt Mustaffar Salleh, Lt M Nur Saadializa Ghazali, SSjn (YOS) Wan Shakie Hj Wan Ee, Sjn Bong Leong Fu, Sjn Husaini Mat, Sjn Syamsul Amri Kassim, Kpl Zulhairin Osman, Kpl Mazlan Rosli, Kpl Mohd Nazri Bakai dan Kpl Rosli Omar 3 DIVISYEN: Kapt Abd Rashid Mohamed, Lt M Zuljisham Abd Rashid, Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Ajis Ginjang, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi Abdullah 4 DIVISYEN: SSjn Gura Uhma, SSjn Sharipon Abdul Rahman, Sjn Kamarul Hisham Jamaluddin, Kpl Mohd Fauzi Abd Kadir, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar, LKpl Mohd Zulkii Awang, Pbt Asri Hisham Zolki i dan Pbt Mohd Rizal Abdullah MARKAS MEDAN : Mej Suria MARKAS LATIHAN: Lt Kol Awaluddin Yaacob KUALA LUMPUR: Kapt Siti Aishah Noor, SSjn Nur Ana Naincy Samudi, Sjn Yuhanis Yussof, Sjn Saifun Hakimi Zainon, Kpl Mohd Safarin Ali, Kpl Mohd Zahir Saidin, LKpl Mohd Nazari Ramli, Pbt Izzati Fatin Amir, Pbt Norsalina Johari dan Pbt Pawziah Idayu Bikeri 10 BRIGED PARA/21 GGK: Sjn Harun Mahad, Kpl Ahmad Ismail, Kpl Hamidah Ab Karim dan LKpl Khairul Amri Galim BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada: Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau e-mail:
[email protected] Faks: 03-26985536/ 03-26923195 Tel: 03-20715954, 6290, 6455, 3486 dan 3667
2 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
P E N A P E N G A RA N G Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
TENTERA DARAT TEGUH SIAGA-ATM GAH-ATM PERKASA
“Bertepatan dengan tema sambutan iaitu 'Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah, ATM Perkasa', TD salah satu cabang utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan usaha itu dengan mengamalkan triologi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Method (kaedah)”
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, sayugia kita bersama-sama mengatur setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, kita menempuh gerbang tahun 2014. Fajar tahun baru yang akan menjelang ini sekali gus melabuhkan tirai 2013 yang telah kita lalui dalam situasi yang amat mencabar berikutan wujudnya ancaman ke atas keselamatan negara oleh pihak yang dipercayai mencemburui keamanan negara kita ini. Insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013 pastinya memberikan impak yang cukup besar dalam aspek pertahanan negara. Setelah sekian lama negara berada dalam keadaan aman, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan sekumpulan 200 orang pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu. Insiden ini telah meragut 10 nyawa anggota keselamatan negara. Namun, komitmen berasaskan sumpah darah satria yang tidak berbelah bahagi pasukan keselamatan khususnya Tentera Darat berjaya menghapuskan anasir tersebut ddan beberapa pembaharuan dari aspek pengoperasian telah dilaksanakan. Dalam usaha pasukan keselamatan kita mengekalkan keamanan ini, kita redha dengan gugurnya perwira negara demi mempertahankan keselamatan negara. Al Fatihah kita sedekahkan kepada semua perwira negara yang telah terkorban. Sesungguhnya pengorbanan para perwira negara itulah kita dapat mengecapi kemakmuran dan keselesaan hidup. Tentera Darat (TD) telah menjangkau usia 81 tahun pada 1 Mac 2014 akan sentiasa mewujudkan dasar dan perancangan strategik dalam pengoperasian bagi memastikan negara bebas daripada sebarang ancaman dan pencerobohan luar. Bertepatan dengan tema sambutan iaitu 'Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah, ATM Perkasa', TD salah satu cabang utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan usaha itu dengan mengamalkan triologi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Method (kaedah). TD sentiasa memberi penekanan kepada memperlengkapkan manusia (anggota) dengan meningkatkan kualiti sumber manusia yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kompetensi sepertimana yang ditekankan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Dalam konteks yang sama, TD akan meneruskan kewajipannya untuk mempertahankan kesemua perbatasan dan sempadan negara daripada sebarang ancaman mahupun pencerobohan luar. Tanggungjawab ini akan sentiasa dilaksanakan dengan penuh komitmen, tekad dan secara profesional. Ini adalah hasil daripada tahap kesiagaan yang tinggi berasaskan latihan yang berkesan, peralatan dan persenjataan yang canggih serta tenaga sumber manusia yang berkualiti tinggi. Di samping itu juga, TD akan terus bersedia membantu agensi-agensi keselamatan lain dan Pihak Berkuasa Awam dalam memelihara ketenteraman awam serta memberi bantuan semasa bencana alam di seluruh negara. Pada akhir tahun 2013, kita melihat bagaimana TD memberikan komitmen yang cukup tinggi semasa bencana banjir yang melanda negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor dengan mengaturgerakkan anggota dan aset bagi membantu mangsa bencana banjir sehingga berjaya dipindahkan dengan selamat. Secara keseluruhannya, TD telah berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Diharapkan segenap lapisan warga TD untuk meningkatkan usaha dan pencapaian masing-masing demi kecemerlangan organisasi pada tahun 2014 dan tahun-tahun yang mendatang. Tahun 2014 ini juga akan menyaksikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2014) sekali lagi berlangsung dan TD pastinya akan terlibat secara langsung dalam penganjuran tersebut. TD akan sentiasa menyokong usaha nasional dalam menonjolkan kemampuan Malaysia menganjurkan DSA 2014 ini. Ini kerana pameran berprestij tersebut bakal memberi perspektif segar dan positif kepada dunia bahawa negara ASEAN yang bekerjasama sebagai satu blok mempunyai industri perkhidmatan pertahanan yang dilihat berupaya menangani sebarang kemungkinan dan bentuk ancaman baru khususnya, pada masa akan datang. Walaupun Malaysia dalam tempoh ini masih lagi bersedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH 370, ia tidak akan melunturkan semangat warga TD mempamerkan demonstrasi yang pastinya ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita. Pada kesempatan ini juga, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas nikmat dan keamanan yang telah diberikan kepada kita. Selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada warga TD.
3 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
BERSAMA PEMIMPIN
Pelancaran Pemerintahan Wilayah Timur Oleh : PR 1Div SARAWAK : Satu sejarah tercipta di negeri Sarawak dan Sabah apabila sebuah formasi baharu iaitu Pemerintahan Wilayah Timur dilancarkan penubuhannya. Upacara Perbarisan Pelancaran Pemerintahan Wilayah Timur (PWT) ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed di Padang Kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak. Perbarisan berkekuatan 2000 orang yang dilaksanakan secara statik dianggotai 150 pegawai dan 1850 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)yang diketuai oleh Ketua Staf Am, Markas PWT, Brig Jen Abd Rahim Sebeli, Pen Ketua Perbarisan, Kol Hj Abdul Rashid Modzni selaku Kolonel Risik dan Ajutan perbarisan ialah Mej Rosley Mohd Ibrahim , Pegawai Staf 2 Anggota dari Markas PWT manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waran I Aidil Amin Mohd Yusof, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div). Perbarisan ini diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Kawasan Tanggungjawab Sabah dan Sarawak di antara Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Zulkie Hj Kassim dan Panglima Pemerintahan Wilayah Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar. Turut dilaksanakan adalah upacara menurunkan bendera Pemerintahan Medan Tentera Darat dan seterusnya
4 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
penyerahan bendera Pemerintahan Wilayah Timur, tongkat kuasa dan Initial Directive. Pelancaran penubuhan PWT adalah susulan pengumuman yang dibuat oleh PTD semasa ucapan beliau sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUT TD) ke 81 pada 1 Mac 2014. Penubuhan ini bertujuan memperkemaskan lagi kerjasama intra dan inter agensi demi memastikan keselamatan umum sentiasa terpelihara. Ia juga dapat mempereratkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama bilateral dengan negara-negara jir an khu susnya yan g mel ibatkan aktiviti lintas batas. Denga n usaha- usaha peningkatan tahap keselamatan yang disasarkan adalah menjadi harapan agar ianya akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan negara. Markas Pemerintahan Wilayah
Timur telah ditubuhkan berkuat kuasa pada 1 Mac 2014 bersama Task Force 450. Task Force adalah nukleus penubuhan Divisyen Ke-5 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah yang juga turut diumumkan pada Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-81. Penubuhan formasi ini adalah pendekatan jangka pendek Tentera Darat ke arah memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan di Wilayah Timur meliputi Sarawak dan Sabah serta pembangunan software atau anggota-anggotanya. Turut hadir menyaksikan Perbarisan Pelancaran Pemerintahan Wilayah Timur ialah Panglimapanglima Formasi Divisyen dan Briged, Pengerusi-pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Briged, Warga Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Sarawak dan Pasukan dibawah naungan 1 Div.
BERSAMA PEMIMPIN
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertahanan Oleh: PR 1Div SARAWAK: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Rahim Bakri melakukan Lawatan Kerja ke MK 1 Div pada13 Feb 14. Dalam lawatan tersebut beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada bekas anggota tentera 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), En. Maringai Leadang di Kampung Tebero yang merupakan Projek Jiwa Murni. Ini merupakan satu lagi projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) iaitu 1Malaysia Veteran Home Repair (1MVHR) dilaksanakan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia iaitu dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Sejurus itu, Timbalan Menteri Pertahanan terus ke Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak bagi melawat Kem Pos gabungan antara ATM dan Tentera
Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD). Pada keesokkan harinya, beliau mengadakan lawatan Ke Kem PLKN Puncak Permai yang merupakan Kem Latihan Khidmat Negara kedua terbaik di seluruh negara. Kem berkenaan mempunyai jurulatih dan kakitangan seramai 66 orang dan sedang melatih pelatih Kumpulan 1 siri 11/2014 seramai 404 orang untuk tempoh tiga bulan. Sebelum mengakhiri lawatan kerjanya satu sesi pertemuan ringkas di antara beliau dan Komandan Kem PLKN Puncak Permai, Mejar Norman Tay Abidin diadakan yang mana turut membincangkan beberapa isu kawalan dan keselamatan kem berkenaan. – PR 1Div
5 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
Oleh: LKpl Syaiful Amir Alias
HARI TENTERA DARAT
begitu meriah sekali di Bandar TD, Port Dickson Negeri Sembilan yang bertemakan Tentera Darat Teguh Siaga
B a g i menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil ATM Gah ATM Perkasa. Pada sambutan HUT TD kali dari pelusuk tanahair hadir menawarkan ini pelbagai acara menarik diadakan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai bagi memperingati dan menghargai pengasas Kompeni Percubaan Askar jasa-jasa dan pengorbanan anggota TD Melayu. Mereka telah diarahkan untuk dan antaranya ialah Perbarisan HUT TD melapor diri ke Haig Lines, Port Dickson ke - 81 yang melibatkan seramai 644 untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933. Selepas kemerdekaan Malaya keupayaan TD terus mantap dengan penubuhan unit bantuan tempur seperti Rejimen Semboyan, Rejimen Jurutera dan Rejimen Arteleri. Unit bantuan tempur ju ga di tu bu hk an se pe rt i Ko r Po li s Tentera, Kor Perkhidmatan Am (Gaji,Perkeranian dan pelajaran), Kor Selenggaraan Angkatan Tentera (Bekalan,Pengangkutan, Ordnans, Kejuruteraan Letrik dan Mekanikal) serta pasukan simpanan. Apabila Pentadbiran British membubarkan Pemerintahan Malaya, Pemerintahan TD telah diserahkan kepada Markas Tentera Darat Persekutuan dan ancaman komunis berjaya dipatahkan dan darurat diisytiharkan tamat pada 1960. Begitulah serba sedikit sejarah asal TD yang mana kini genaplah usia TD yang ke - 81 yang disambut dengan
6 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Pegawai dan 2,041 anggota Lain -Lain Pangkat (LLP) yang disaksikan oleh lebih 3000 penonton di kalangan warga TD dan awam bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Perbarisan yang diketuai oleh Ketua Staf Am, Markas
H A R I T E N T E R A D A R A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 Army Care. Menurut beliau lagi, sebahagian dari program pembangunan infrastruktur telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama awam swasta dan akan melihat segala segi dan ruang bagi membolehkan warganya terpelihara dan berkerja dalam keselesaan serta berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan tempurnya melalui perolehan peralatan dan persenjataan yang moden dan terkini. Turut hadir Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Medan TD Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Kassim.
Medan TD, Mej Jen Datuk Zamrose pergorbanan TD haruslah sentiasa Mohd Zain diiringi pancaragam Pusat diingati dan dikenang agar sentiasa Kor Amor Diraja dan semasa perbarisan terpahat di hati sanubari setiap anggota lintas hormat turut dilakukan oleh TD yang tidak mungkin terkubur begitu pesawat Agusta dari Pasukan Udara TD sahaja dan beliau menegaskan akan yang membawa bendera Malaysia dan berusaha untuk menambah baik ATM. kebajikan warganya dengan memberi Dalam ucapan perutusa n penekanan terhadap peningkatan khas oleh Panglima Tentera Darat, tahap keselesaan bekerja dan kualiti Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja hidup mereka dan akan meneruskan Mohamed Noor beliau mengingatkan program pembangunan kem-kem kepada semua warga TD bahawa setiap dan pembangunan rumah keluarga titisan keringat dan darah pejuang serta Angkatan Tentera itu dibawah projek
7 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
S E J A R A H T E N T E R A D A R AT
Oleh: Kpl Nurul Haswani Ruzaini
Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu. Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11. Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang PUSASDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933. Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan. Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap. Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda. Mereka adalah No. 8 Arifn Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim Sidek, No 13 Ismail Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid Raja Abdul Rahman. Dengan tercetusnya peperangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan. Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara. Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai
8 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona Vista, Labrador dan Alexander. Satu peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa tindakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan Saidi. Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda. Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri
S E J A R A H T E N T E R A D A R A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 mengendalikan senjata Lewis machinegun dan mara untuk memberi semangat dan perangsang. Walaupun mengalami kecederaan beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya tentera musuh telah berjaya menawan Bukit Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet dan mayat beliau digantung kepala ke bawah disebatang pokok. Satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Feb 1942 apabila seramai 8 orang Pegawai Askar Melayu, setelah menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera mereka. Selain dari anggota-anggota Askar Melayu, ramai lagi anak-anak Melayu menceburkan diri sebagai anggota dalam (Federation Volunteer Forces) menentang tentera musuh dan ramai yang turut terkorban. Di samping itu ramai anak-anak Melayu yang berkhidmat dengan Tentera British seperti Royal Army Service Corps (RASC), Royal Army Ordnance Corps (RACC), Royal Ar ti ll ery (R A) dan lainlain pasukan yang turut berjuang. Singapura ja tu h ke ta ng an Je pu n pada 15 Feb 1942 dan anggota Askar Melayu yang masih hidup telah menjadi tawanan perang. Apabila diperintahkan pulang ke kampung masingmasing ramai dari mereka meneruskan perjuangan menentang pemerintahan Jepun melalui pergerakan bawah tanah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, keselamatan negara tergugat sekali lagi dengan kali ini ancamannya datang dari Parti Komunis Malaya yang tidak berpuas hati dengan kembalinya pemerintahan British. Sebilangan dari ahli-ahli kumpulan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) telah diarahkan oleh pihak British untuk menyerah dan meletakkan senjata setelah Jepun menyerah kalah enggan berbuat demikian. Sebaliknya mereka telah mengundurkan diri dan bersembunyi di hutan-hutan dan menghasut rakyat menentang pemerintahan British. Beberapa
kejadian pembunuhan terhadap rakyat serta menyerang dan merosakkan ladang-ladang getah, membakar bas dan kenderaan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini dengan sewenang-wenangnya. Kerajaan British terpaksa mengistiharkan keadaan darurat diseluruh negara pada 8 Jun 1948. Semasa Darurat diistiharkan Askar Melayu hanya berkekuatan 3 batalion dan telah berjuang menentang pengganas komunis bersama Tentera British, Komanwel dan pasukan Polis. Askar Melayu telah diperbesarkan meningkat kepada 7 batalion sehingga tahun 1956. Dalam jangkamasa yang sama Kor Peninjau (Armor) dan Rejimen Semboyan telah ditubuhkan. Dengan penubuhan dua pasukan baru ini perkembangan Tentera Darat bertukar corak dengan memberi kesempatan kepada bangsabangsa bukan Melayu berganding
bahu bersama mempertahankan negara. Kemudian Rejimen Jurutera ditubuhkan diikuti dengan Kor Polis Tentera. Dengan bertambah nya anggota Tentera Dara t, kejayaan demi kejayaan dalam menghapuskan pengganas komunis telah tercapai. Akhirnya dalam tahun 1960 Darurat diistiharkan tamat dan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tentera Darat telah berkembang pesat bagi mengisi kekosongan dengan pengunduran Tentera British dan Komanwel. Sehingga tahun 1961 Rejimen Askar Melayu telah diperbesarkan menjadi 11 batalion. Disamping itu pasukan bantuan logistik seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan, Kor Kelengkapan dan Kor Jurutera Leterik dan Jentera telah ditubuhkan seterusnya bagi menampung keperluan TD yang kian bertambah. Pasukan-pasukan baru ini telah bersama memberi bantuan kepada pasukan Infantri menghapuskan saki baki pengganas komunis dalam apa jua bentuk perkhidmatan yang diperlukan sesuai dengan pekhidmatan masing-masing. Setelah tamat dan berjaya menunaikan perk hidm atan dengan Pertubuhan
9 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
S E J A R A H T E N T E R A D A R AT
Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo, Tentera Darat sekali lagi tampil ke hadapan menentang ancaman besar kepada negara, apabila Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1963. Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negerinegeri di Semenanjung Malaysia. Konfrantasi ini berterusan selama tiga tahun dan banyak kejadiankejadian serta pertempuran berlaku di antara TD dengan angkatan rejim Sukarno. Di dalam pertempuranpertempuran ini anggota-anggota Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara. Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah TD ialah Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963. Dalam peristiwa ini, satu Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di bawah perintah Mej Zainal Abidin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah. Walaupun dalam keadaan tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang
10 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
berlipat ganda ramainya dan memaksanya berundur. Serangan itu mengorbankan 7 orang anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin mencedera kan 7 yang lain. Di Semenanjung banyaknya peristiwa berlaku di kawasan Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Labis dalam negeri Johor. Di kawasan ini angkatan musuh telah menyusup masuk melalui pantai. Mereka juga dapat masuk melalui udara dengan payung terjun di Labis pada 1 Sep 1964. Semua penyusupan ini dapat dipatahkan oleh Tentera Darat dalam beberapa hari sahaja kerana pihak musuh langsung tidak dapat sokongan atau bantuan rakyat tempatan. Setelah menyedari hakikat ini dan berikutan desakan politik Presiden Sukarno menamatkan Konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1965. Antara Misi Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) yang pernah dilaksanakan oleh TD adalah seperti berikut iaitu Malayan Special Forces Congo (UNOC) pada Okt 1960. Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekal keamanan dunia. Penghormatan ini diberi kepada negara selaku negara keenam belas menghantar tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) denagn bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika, yang sedang bergolak
melahirkan kemerdekaannya sendiri.TD mewakilkan Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu Diraja, di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin, sebagai batalion yang pertama berkhidmat di Congo dalam tahun 1960. Mereka diikuti oleh Batalion Keenam, Ketujuh dan Kedua. Di samping itu Rejimen Pertama Kor Peninjau serta komponen Kor-Kor lain seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lainlain memberi sumbangan anggota mereka. Perkhidmatan TD dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke tanahair pada 28 Apr 1963. Pada 11 Mei 2000 TD telah terlibat dalam Misi MONUC (UN Mission in Congo). Misi Namibia (UNTAC) pada Feb 1989 (UN Transitional in Assistance in Namibia) bermula pada Feb 1989 sehingga Apr 1990 yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas dan dikenali sebagai MALBAT dan Cambodia (UNAMIC/UNTAC/
S E J A R A H T E N T E R A D AR AT Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 UNMLT) pada Nov 1991. Penglibatan kontijen Malaysia dengan misi ini bermula dari Nov 1991 sehingga Mei 1994. Misi UNAMIC (UN Advance Mission in Cambodia) bermula pada Novhiongga Mac 1992 yang mana penugasan adalah Pegawai Perhubungan dan Misi UNTAC (UN Tansition Authority in Cambodia) pula bermula pada Mac 1992 sehingga Nov 1992 yang mana penugasan adalah MALBAT I, II dan Staf Markas. UNMLT (UN Military Liaison Ofcer Team) bermula pada Nov 1993 sehingga Mei 1994.
Manakala Misi Somalia (UNOSOM) pada Jun 1993 hingga 1995 yang mana seramai 870 anggota tentera dari 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Batalion ini terlibat dengan misi tempur untuk menyelamat askar Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu pada 3 dan 4 Okt 1993, dimana 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan dan di Bosnia Herzegovina pula untuk Misi UNPROFOR/IFOR/SFOR pada1993. Malaysia mula menyertai Pasukan Pelindung PBB (UNPROFOR) pada bulan Sep 1993. Kumpulan MALBATT dianggotai oleh 23 RAMD dan 3 KAD tempoh tugas dari 2 Sep 1993 sehingga 22 Ogos 1994. Kumpulan MALBATT II (22 Ogos 1994 hingga 27 Mac 1995) dari 5 RAMD dan 2 KAD. Kumpulan MALBATT III (28 Mac 1995 hingga Nov 1995) dari 12 RAMD dan 1 KAD. Bagi Kumpulan IFOR (International Force) MALCON I, II dan III telah bertugas bermula pada Dis 1995 sehingga Jun 1997. Kumpulan SFOR (Stabilization Force) pula iaitu MALCON IV Dan V telah ditugaskan bermula pada Jun 1997
sehingga Jun 1998. Kemudiannya di Timur Timor (INTERFET/UNTAET) pada Sep 1999 dengan penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 30 Pegawai dan anggota Lain - Lain Pangkat berganding bahu dengan Multinational Force (INTERFET), membantu United Nations Mission in East Timor (UNAMET) melaksanakan tugastugasnya serta bagi memudahkan pelaksanaan operasi-operasi bantuan kemanusiaan dan tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Sep 1999 hingga 1 Feb 2000 (dikenali sebagai MALTEAM). Seterusnya mulai 18 Mei 2000, anggota ATM telah ditugaskan sebagai jurubahasa dibawah misi UNTAET di Ethiopia (UN MEE) pada Dis 2000 yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas dan juga TD terlibat Op Khas Timor Leste (MALCON) pada 2006.
11 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
SEJARAH
Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli TANGGAL 14 Febuari adalah satu tarikh keramat pada negara dan yang pastinya ramai anak muda pada masa kini tidak tahu akan tarikh tersebut yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri tetapi yang bermain dikiran anak muda kini tarikh tersebut merupakan tarikh Hari Kekasih yang diraikan diseluruh dunia dengan saling memberi bunga dan bertukar hadiah. Tidak semua mengetahui pada tarikh yang sama ini juga seorang perwira negara telah gugur. Jika mereka alpa pastinya mereka akan terus leka dengan menyambut Hari Kekasih pada tarikh tersebut. Namun yang pastinya tarikh tersebut meninggalkan kesan yang mendalam pada sejarah negara kerana 14 Feb telah menyebabkan kita kehilangan seorang pejuang negara yang berjuang bermati matian mempertahankan tanah air ketika itu yang mengorbankan Leftenan Adnan Saidi dan Rejimennya. Walaupun telah 72 tahun peristiwa Bukit Candu berlalu namun ianya masih dikenang dalam lipatan sejarah negara. Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt Adnan Saidi (Lt) dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang Selangor pada tahun1915 dan merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi juga merupakan anggota tentera Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan alut pada tahun 1939. Kapalnya HMS Pelanduk pada ketika itu
12 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia manakala adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang Selangor. Lt Adnan Saidi menerima pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun dan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan dan terpilih sebagai rekrut terbaik lalu memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Pada tahun 1936, Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan, kenaikan pangkat yang
pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi tabik hormat di London bagi menyambut pertabalan King George VI dan tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni Sarjan Major lalu dihantar ke Singapura bagi mengikuti kursus latihan pegawai dan setelah menamatkan kursus Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke 7 Kompeni C dan dinaikkan pangkat Leftenan. Sekembalin ya Lt. Adnan Saidi dari London beliau telah berkahwin dengan seorang guru dikampungnya iaitu Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak iaitu dua lelaki yang di beri nama Mokhtar dan Zainudin serta seorang anak perempuan yang mana anak perempuanyan meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura. Pada akhir 1941, Lt. Adnan
“Lt Adnan Saidi menerima pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun dan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera”
SEJARAH Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersamasama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia ke 2 semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang dan ini merupakan masa yang paling getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga dan merupakan kali terakhir mereka bersama. Pertempuran di Bukit Candu Sejarah Pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura dan pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura dan menandakan Bukit Candu sebagai sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik iaitu ianya boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British yang mana permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguhsungguh. Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni C yangmerupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu. Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu bersama-sama dengan batalion ke-2 Loyal Regiment tentera British yang dipusatkan menjadi Briged
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
“Awal petang 14 Feb 1942, pihak Jepun telah melancarkan serangan berhelah mendaki iaitu daripada Jalan Pepys Road mendaki ke Pt. 226 Bukit Candu dan pada tarikh keramat tersebut Lt Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen Tentera Bristish India (BritishIndian Army) yang sedang mara”
Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade). Pada 13 Feb1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt Gen Renya Mugaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura iaitu Permatang Pasir Panjang yang mana pada pagi tersebut, permatang Pasir Panjang dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni C dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat dan akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni C. Lt Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap) sehinggakan pada tengah malam 14 Feb1942, Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru iaitu
Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Lt Adnan Saidi yang menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir sehinggakan kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir. Pada awal petang 14 Feb1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah iaitu daripada Jalan Pepys Road mendaki ke Pt.226 Bukit Candu dan pada tarikh keramat tersebut Lt Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) yang sedang mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan kirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British dan menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera
“Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura dan pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singap ura te rmasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu”
13 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
SEJARAH
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
Jepun berundur. Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati walaupun Lt Adnan terkorban,namun lebih daripada 800 Tentera Jepun telah berjaya dibunuh pasukannya. Pelbagai versi mengataka n setelah terkorbannya Lt Adnan pelbagai cara untuk mengaibkan mayatnya dilakukan oleh Tentera Jepun dan antaranya ialah Korporal Yaakob, yang mendapat pingat keberanian merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Lt Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan dan akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Kpl Yaakob sendiri selepas pertempuran dan pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu. Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang yang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Feb1942 yang dalam ucapannya seperti berikut iaitu selepas dua jam
14 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Rejimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Rejimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang). “After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnicently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)”. Keberanian Lt Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir. Apakah perjuangan dan pengorbanan Lt Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi? Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Lt Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya. Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya ketika itu yang mana beliau sendiri mengatakan jika terdapat 10 orang Lt Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun malah Jepun
memerlukan 10 Batalion lagi untuk menawan Tanah Melayu. Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri dan tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran yang dikecap dan harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara. Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Adnan Saidi serta para pejuang Tanahair yang lain.
P E N E R I M A P I N G A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Wira-wira Perkasa TD Oleh: Cwg CSM
D
I seluruh dun ia pahlawan yang menu njukkan k eberanian luar biasa yan g rela bergad ai nyawa dem i keamana n dan kedaulatan negara akan dikurniakan dengan pingat keberanian. Negara kita juga melahirkan ramai wira-wira p e r k a s a y a n g t e l a h d i a b a d i k a n s e b a g a i p a h l a w a n terbilang. Semangat kental, kesetiaan jitu dan sik ap pantang a jal sebelum maut serta pengorbanan mereka kepada bangsa dan negara sememangnya tidak dapat dilupakan. Sebagai pahlawan negara, mereka mengabdikan jasa yang tidak mungkin dapat dinilai dengan wang dan harta. Mereka yang namanya terukir dalam lipatan sejarah negara ini haruslah dijaga, diperlihara sebagaimana kita menjaga dan memelihara warisan sejarah yang lain. Bak kata pepatah Melayu ‘harimau m ati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Pahlawan TD bukan sahaja perkasa di t anah air bahkan turut melakar keberanian di luar negara yang mendapat perhatian dunia sekali gus mengharumkan nama negara kita. Semasa berkhidmat dalam misi Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu di Congo dan juga Somalia, beberapa pegawai dan anggota mempamerkan keberanian yang luar biasa dan dianugerahkan dengan pingat keberanian.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Bintang Kehormat ini merupakan anugerah yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai anugerah Persekutuan. la dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa, gagah berani serta penuh pengorbanan. Pingat ini dizahirkan pada 29 Jul 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. la berbentuk Bulan Sabit serta diterapkan ke atasnya kata-kata ‘GAGAH PERKASA’. Dalam lingkungan Bulan Sabit terdapat Bintang pecah empat belas. Lambang berukir ini keseluruhannya diperbuat daripada perak dan ia tersangkut pada pita satu setengah inci lebar berwarna kuning Diraja dan bertepikan jalur-jalur merah selebar seperlapan inci.
Panglima Gagah Berani (PGB) Pingat PGB adalah merupakan pingat keberanian kedua tertinggi dalam senarai pingat keberanian persekutuan. Pingat ini dizahirkan pada 29 Jul 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960: Lambang kehormatan ini berbentuk bintang pecah lima yang diperbuat daripada perak. Di atasnya terterap dua bilah keris bersilang yang menjulang Mahkota Diraja Malaysia. Anugerah ini tergantung pada pita satu setengah inci lebar diperbuat berjalur-jalur mencuram ke bawah empat puluh lima darjah kekanan pemakainya. Setiap jalur lebarnya seperlapan inci dan mengikut susunan warna merah, putih, biru dan kuning.
15 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
PENERIMA PINGAT
Penerima-penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)
Allahyarham Mej Zainal Abdul Rashid Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Pantai Remis, Perak. Pada 15 Jul 1976 beliau dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis setelah mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pengganas komunis dengan tembakan semburan, Kapt Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya terus berjuang. Di masa itu seorang pengganas wanita yang tercedera telah membaling sebutir grenad dan mencederakan Kapt Zainal. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi membakar semangat ju an g an gg ot a- an go ta ny a me ng ge mp ur mu suh. Mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Kapt Zainal sendiri gugur dalam pertempuran itu. Beliau dikurniakan pingat pada 1 Jun 1977 dan turut dinaikkan pangkat.
16 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Kapt Hamid Awang Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Hasil daripada maklumat perisikan yang menyatakan seramai 40 ke 50 pengganas komunis akan berkumpul di Gunung Pueh, Kompeni D 2 RAMD diketuai oleh Kapt Hamid ditugaskan ke kawasan tersebut. Pada petang 7 Apr 1973, mereka berjaya mengesan satu perkhemahan musuh dan Kapt Hamid terus mengambil tindakan untuk melancarkan serangan ke atas khemah tersebut. Kapt Hamid memulakan serangan dengan tembakan senjata M 79 dan meluru ke arah kedudukan musuh. Dalam situasi pertempuran itu, seorang pengganas cuba untuk menembak salah seorang anggotanya. Kapt Hamid dengan berani dan tanpa menghiraukan keselamatan diri bertindak nekad dengan menerkam ke arah pengganas tersebut dan memukul lehernya dengan senjata M 79. Kumpulan Kapt Hamid berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis, merampas tiga laras senjata automatik, peluru dan peralatan lain manakala seorang anggotanya terkorban. Beliau dikurniakan pingat pada 6 Jun 1973.
P E N E R I M A P I N G A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Mendiang Kapt
Allahyarham
Mohana Chandran al
Lt M Abd Hamid
Velayuthan
Ismail
Ringkasan Kejadian Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Kumpulan tinjau khas berkekuatan 23 orang diketuai oleh Kapt Mohana Chandran ditugaskan ke kawasan Hutan Simpan Ulu Kinta untuk menjejak pengganas komunis. Pada 13 Jun 1971, semasa mendaki sebuah bukit, mereka berjaya mengesan tiga orang pengganas berhampiran sebuah perkhemahan pengganas yang besar di kawasan hutan tersebut. Kapt Chandran bersama Rjr Abang Bolhi bin Abang Doladi melepaskan tembakan. Tembakan balas musuh telah mencederakan Rjr Bolhi. Pertempuran tersebut turut dibantu oleh Rjr Bajau ak Ladi. Melihat kedatangan Rjr Bajau yang datang membantu, Kapt Chandran bergerak dengan berani tanpa menghiraukan risiko merapati kedudukan musuh yang berkekuatan lebih besar sambil diberi tembakan perlindungan oleh Rjr Bajau. Musuh yang berada di atas bukit membalas tembakan dan terkena kepala Kapt Chandran. Beliau meninggal dunia di tempat pertempuran. Beliau dikurniakan pingat pada 7 Jun 1972.
Allahyarham Lt M Abd Razak Husain
Beliau berasal dari Kampung Teluk Malik, Jitra, Kedah. Pada 8 Sep 1973 kumpulan ronda seramai sembilan orang pimpinan Lt M Abd Hamid berjaya mengesan sekumpulan pengganas yang sedang berehat. Setelah mengambil kedudukan, Lt M Abd Hamid memulakan pertempuran dengan melepaskan tembakan pertama dan mencederakan seorang pengganas. Musuh yang tercedera berundur dengan pantas dari kawasan pertempuran. Dalam usaha menyusun anggotanya untuk serangan ke kedudukan musuh, Lt M Abd Hamid yang dalam keadaan berdiri telah ditembak di bahagian perut oleh seorang pengganas. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut. Seorang penganas berjaya dibunuh, selaras tommy gun madson 645 bersama peluru dan lima beg galas berjaya dirampas di tempat kejadian. Beliau dikurniakan pingat pada 4 Jun 1975.
Mendiang PW 1 Kanang ak Langkau Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kampung Tawang, Bachok, Kelantan. Pada 1 Nov 1970 bertindak daripada maklumat mengenai kesan pergerakan pengganas komunis, Ketua Platun Harimau (Tiger Platoon) 8 RAMD, Lt M Abdul Razak diarah melakukan rondaan mencari dan memusnahkan musuh. Lt M Razak mengambil tindakan mendahului kumpulan ronda dan apabila menghampiri sebuah bukit kecil, mereka ditembak oleh musuh yang berada di atas bukit. Menyedari keadaan yang mereka dikepung oleh musuh, Lt M Razak melepaskan tembakan senjata SLR ke arah kedudukan senjata LMG musuh. Tembakan bertubi-tubi musuh menghujani kedudukan kumpulan Lt M Razak. Beliau tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangi tekanan musuh keatas pasukannya dan dengan keberanian yang luar biasa, beliau bangun berdiri sambil menembak ke arah musuh untuk melindungi anggota-anggotanya yang langsung tidak mempunyai perlindungan. Dalam usaha tersebut, Lt M Abdul Razak terkena tembakan pengganas dan terkorban ditempat kejadian. Beliau dikurniakan pingat pada 2 Nov 1971.
Beliau berasal dari Kanowit, Sarawak. Pada 19 Feb 1980 Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer yang diketuai oleh Kapt Johnson ak Meling dibantu oleh Sjn Kanang ditugaskan ke kawasan tanah hitam untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya. Sjn Kanang yang mengetuai satu kumpulan berjaya menjejak sekumpulan pengganas yang dicari. Beliau melepaskan tembakan dan terus menyerbu ke kedudukan musuh. Musuh berjaya melepaskan diri dan penjejakan diteruskan oleh Sjn Kanang yang bertindak sebagai peninjau hadapan pada pagi 19 Feb 1980. Semasa bergerak, Sjn Kanang berjaya mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh. Dalam keadaan itulah tiba-tiba mereka dihujani tembakan musuh. Sjn Kanang mempamerkan keberanian yang luar biasa dan tanpa menghiraukan kecederaannya terus menggempur ke arah musuh sambil memberikan kata-kata semangat kepada anggotaanggotanya untuk terus bertempur. Beliau mengalami kecederaan parah yang hampir meragut nyawanya. Beliau dikurniakan pingat pada 3 Jun 1981.
17 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
PENERIMA PINGAT
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
Mendiang
Allahyarham
PW 2 Lenggu ak Cina
Kpl Mat Aznan Awang
Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian
Beliau berasal dari Sungai Baloh, Ngemah, Kanowit, Sarawak. Pada 20 Jan 1971 semasa menjalankan operasi di Sungai Katibas, PW 11 Lenggu bersama kumpulan yang diketuai oleh Lt M Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi. Tembakan musuh tidak menghalang PW 11 Lenggu merapati tebing sungai dan menggempur kedudukan musuh. Kumpulan PW 11 Lenggu berjaya membunuh empat orang pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Pasukannya mengalami tujuh kematian manakala dua anggota termasuk Lt M Anuar Basha tercedera. Selaras senjata bersama 30 butir peluru 303 dan dokumen pengganas merupakan antara kelengkapan musuh yang berjaya dirampas di tempat kejadian. Beliau dikurniakan pingat pada 2 Jun 1971.
Beliau berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Okt 1993 Allahyarham Kpl Mat Aznan terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh militia Farah Aideed. Kereta perisai yang dipandu oleh allahyarham ditembak dengan senjata anti kereta kebal dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri allahyarham serta mencederakan sembilan anggota yang lain. Dalam peristiwa ini, empat buah Kereta Perisai Pengangkut Anggota (KPPA) jenis Condor juga musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika Syarikat ini telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT. Kpl Aznan meninggal dunia. Beliau dikurniakan pingat pada 4 Jun 1994.
Allahyarham LKpl
Allahyarham Tpr Rasli
Saimon Tarikat
Buang
Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian, Johor. Pada 25 Jan 1983 berdasarkan kepada maklumat tentang aktiviti pengganas komunis, anggota PKPT seramai 12 orang diatur gerak dalam misi khas di Kampong Titi. Kumpulan ini dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil. Dalam keadaan samar di waktu malam, LKpl Saimon dan seorang rakannya melihat dua orang pengganas komunis sedang menuruni bukit. Tanpa berlengah mereka melepaskan beberapa tembakan. Di waktu itu, seorang pengganas wanita menjerit supaya kawannya melarikan diri. Dalam situasi genting itu, LKpl Saimon dengan berani merangkak menaiki teres bukit menghampiri wanita tersebut untuk membunuhnya. Tindakannya itu menarik perhatian seorang pengganas lelaki yang terus melepaskan tembakan dan mengenai LKpl Saimon. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut. Dalam operasi ini dua pengganas komunis berjaya dibunuh. Dua laras senjata bersama peluru adalah antara yang telah dirampas daripada pengganas. Beliau dikurniakan pingat pada 1 Jun 1983.
18 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kampung Buntal Lumut, Kuching, Sarawak. Pada 6 Jul 1971Terup No 3, Skuadron X yang dianggotai oleh Tpr Rasli ditugaskan ke Hutan Perlop untuk misi khas memusnahkan musuh. Semasa sedang meronda, mereka ditembak oleh segerombolan pengganas komunis. Setelah dua anggota cedera ditembak, Tpr Rasli membalas tembakan musuh sambil bergerak dengan berani menghampiri rakannya yang tercedera. Ketika berbalas tembakan, sebutir peluru musuh mengenai leher Tpr Rasli dan mengorbankannya. Dalam pertempuran itu, angka kematian mahupun kecederaan bagi pihak’musuh tidak diperolehi sementara Terup No 3 mengalami dua kematian dan seorang tercedera. Beliau dikurniakan pingat pada 7 Jul 1972.
P E N E R I M A P I N G A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Penerima-penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Hj Che Mat
Ringkasan Kejadian
Pingat Panglima Gagah Berani (PGB)
Beliau berasal dari Lenggong, Perak. Pada 13 Nov 1957, Platun 1 Kompeni A, 2 RAMD di bawah pimpinan Lt M Ghazali bertembung dengan salah satu kumpulan yang dikenali sebagai 37/39 Platun Pembebasan dari Rejimen Ke5 PKM. Semasa mendaki bukit untuk merapati kedudukan musuh, mereka ditembak bertubi-tubi dari atas bukit. Menyedari keadaan bahawa anggota-anggota tidak dapat membalas tembakan, Lt M Ghazali dan seorang anggotanya bernama Pbt Hassan Selati menyerbu ke arah musuh sambil melepaskan tembakan. Tindakan nekad dan berani tersebut mengejutkan musuh dan memaksa mereka berundur. Dalam pertempuran ini, dua orang pengganas komunis berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat pada 31 Ogos 1958.
Mej Jen (B) Dato’ Abdul Kadir Nordin Mej Jen (B) Abdul Rahman Khamis Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kelantan. Pada 1965 semasa OP OAK TREE yang dilaksanakan di Kota Tinggi, Lt M Abdul Kadir diarahkan untuk menawan musuh yang berkumpul di sebuah rumah kongsi. Beliau bersamasama platunnya bergerak ke lokasi musuh pada sebelah malam untuk mengepung rumah kongsi tersebut dengan dua kumpulan penyekat dan satu kumpulan serangan. Serangan tersebut sepatutnya dimulakan dengan tembakan pistol suaran tetapi tidak berlaku kerana peluru yang ditembak tidak meletup. Dengan beranggapan kedua-dua kumpulan penyekatnya berada dalam kedudukan, Lt M Kadir meluru ke rumah kongsi tersebut dan mengarahkan musuh yang berada di dalam rumah itu keluar menyerah diri. Tindakan yang berani itu mengejutkan musuh dan seramai sembilan orang menyerah diri. Ketika mengawasi musuh keluar dari rumah tersebut barulah Lt M Kadir sedar bahawa hanya beliau dan seorang anggotanya sahaja yang menyerbu ke rumah kongsi manakala anggotanya yang lain masih belum mengambil kedudukan menyekat. Beliau dikurniakan pingat pada 8 Jun 1966.
Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Alor Gajah, Melaka Pada 8 Jul 1957 hasil daripada maklumat seorang pengganas komunis yang menyerah diri, Lt Abd Rahman yang memimpin Platun 11 Kompeni C, 6 RAMD diarah untuk menjejaki perkemahan musuh. Hasil penjejakan tersebut, kedudukan musuh dapat dikesan di sebuah kawasan lembah. Beliau membahagikan platunnya kepada tiga kumpulan kecil untuk melaksanakan serang hendap ke atas perkhemahan tersebut. Setelah mengatur kedudukan, mereka menunggu di lorong yang akan dilalui oleh pengganas untuk kembali ke khemah mereka. Pada jam 1445, seorang pengganas lelaki dan wanita mula memasuki perkemahan itu. Lt Abdul Rahman mengekori mereka dan dalam ja ra k 25 el a, be li au me ne mb ak da n me mb un uh pengganas lelaki serta mencederakan pengganas wanita. Beliau dikurniakan pingat pada 31 Ogos 1958.
19 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
PENERIMA PINGAT
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
Mej (B) Samaon Ahmad
Lt Kol Halim Khalid
Ringkasan Kejadian Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Batu Kikir, Bahau, Negeri Sembilan. pada 15 Jun 1972 berdasarkan maklumat bahawa sekumpulan pengganas daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) akan mengadakan perjumpaan, Lt Samaon bersama tiga orang bekas pengganas komunis yang menyerah diri dan anggota dari Rejimen Komando Angkatan Darat Indonesia ditugaskan untuk melaksanakan misi menghapuskan kumpulan tersebut. Setelah menjumpai perkhemahan mereka, Lt Samaon membuat perancangan dan memulakan tembakan semburan ke arah ketua pengganas dan membunuhnya. Pertempuran berlarutan buat beberapa ketika sehinggalah semua pengganas terkorban. Hasilnya tiga pengganas berjaya dibunuh dan beberapa senjata seperti thompson, stengun dan pistol serta dokumen lain berjaya dirampas. Beliau dikurniakan pingat pada 6 Jun 1973.
Kol (B) Maurice Lam Shye Choon
Beliau berasal dari Kampung Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Pada 27 Sep 1993, Platun 4 Kompeni B 19 RAMD (Mek) yang diketuai oleh Kapt Halim Khalid iaitu Penolong Ketua Kompeni B ditugaskan untuk memberi kawalan keselamatan di Mahkamah Awam di Old Port, Mogadishu, Somalia. Semasa melaksanakan tugas ini, Platun 4 diserang oleh militia yang bersenjatakan RPG, senjata automatik, repal dan grenad. Kapt Halim memperlihatkan semangat keberanian yang luar biasa dengan mengarahkan anggotaanggotanya membalas tembakan dan bertempur dengan puak militia. Semangat juang yang ditunjukkan menyebabkan puak militia mengurangkan serangan dan Platun 4 berjaya menyelamatkan tiga orang hakim Somalia dari menjadi korban puak militia. Beliau dikurniakan pingat pada 2 Okt 1994.
Lt Kol (B) Ismail Ghows
Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian
Beliau berasal dari Pulau Pinang. Pada 12 Nov 1961semasa pemberontak Congo seramai lebih kurang 40 orang cuba mengepung dan menyerang Mes Pegawai untuk menangkap beberapa pegawai tentera udara Itali, beliau mempamerkan keberanian dengan menggerakkan dua buah kereta perisai untuk menawan semula Mes Pegawai. Tindakan berani dan nekad Kapt Maurice berjaya menyelamatkan anggota, peralatan dan persenjataan Pasukan Khas Malaya (Malaya Special Forces (MSF) dari jatuh ke tangan tentera pemberontak Congo yang ketika itu menyerang dan mengepung Mes Pegawai termasuk Lapangan Terbang Kindu. Beliau dikurniakan pingat pada 5 Jun 1963.
Beliau berasal daroi Kampung Boyan, Taiping, Perak. Pada 5 Okt 1966 berpandukan kepada maklumat tentang sekumpulan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang akan mengadakan perjumpaan, Kompeni Markas 7 RAMD pimpinan Mej Ismail digerakkan ke kawasan yang disyaki di Kampung Jawa. Pada sebelah malam, semasa kompeni tersebut berada di tepi sebatang sungai, beliau menjumpai pakaian awam dan melihat satu pergerakkan di dalam air. Dengan semangat keberanian dan keperwiraan, Mej Ismail terjun ke dalam sungai dan menerkam ke arah musuh yang bersenjata ketika itu. Beliau berjaya memberkas enam anggota TNKU setelah bergelut dengan mereka di dalam air. Setelah anggotaanggota datang membantu, Mej Ismail sekali lagi terserempak dengan dua lagi anggota TNKU dan berjaya menangkap mereka. Beliau dikurniakan pingat pada 7 Jun 1967.
20 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
P E N E R I M A P I N G A T Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Allahyarham Lt Kol Ahmad Abd Rashid
Mendiang PW 1 (B) Kanang ak Langkau
Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian
Beliau berasal dari Batu 18, Kampung Tok Ya, Jitra, Kedah. Pada malam 30 Nov 1974, Kapt Ahmad bersama 11 orang anggota PKPT membuat serang hendap terhadap sekumpulan musuh daripada Unit Penggempur Ke-6 yang datang mengambil bekalan makanan. Dalam serang hendap pertama, beliau berjaya membunuh seorang pengganas wanita. Seterusnya beliau mengambil tindakan berani dengan melancarkan serang hendap kedua dan berjaya membunuh seorang lagi pengganas komunis. Peralatan pengganas yang dirampas di tempat kejadian adalah sepucuk pistol browning 9 mm bersama peluru dan ubat-ubatan. Beliau dikurniakan pingat pada 4 Jun 1975.
Beliau berasal dari Kanowit, Sarawak. Pada 1 Jun 1979 dan 19 Feb 1980 dalam pertempuran di Hutan Simpan Korbu, kumpulan yang dianggotai oleh Sjn Kanang semasa dalam misi menjejak bertembung dengan perkhemahan sementara musuh. Serangan yang dilancarkan berjaya membunuh tiga pengganas komunis, selaras Carbine, dua butir bom tangan, 31 butir jerangkap samar dan lapan beg galas merupakan antara rampasan yang diperolehi ditempat kejadian. Dua anggota pasukan sendiri terkorban dan tiga anggota tercedera dalam pertempuran ini. Seterusnya ekoran daripada serang hendap pengganas komunis ke atas satu seksyen dari 25 RAMD di Ladang Kending, Sungai Siput, beliau berjaya mengesan dan menjejak pergerakan musuh tersebut dan seterusnya melancarkan beberapa siri serangan yang berjaya melemahkan semangat juang pengganas tersebut. Beliau dikurniakan pingat pada 7 Jun 1987.
PW 2 (B) Beliang ak Bali
AllahyarhamLt Kol (B) Kassim Abdul Kadir
Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian
Beliau berasal dari Simanggang, Sarawak. Pada 9 Okt 1976 berdasarkan kepada maklumat seorang pengambil madu lebah yang terserempak dengan sekumpulan pengganas komunis, Rjr Beliang dan lima anggota yang lain diketuai oleh PW 2 Gandat ak Merdan menuju ke tempat yang dinyatakan. Mereka berpecah ketika membuat penjejakan dan Rjr Beliang bersama dua orang rakannya terserempak dengan musuh yang berkekuatan lebih kurang 10 orang. Menyedari kekuatan musuh yang ramai, beliau menggunakan tipu muslihat seolah-olah mempunyai anggota yang ramai dan memberi arahan dengan suara yang lantang untuk menggempur musuh. Terkeliru dengan muslihat tersebut, musuh pun berundur. Hasil tembakan beliau yang pertama berjaya membunuh seorang musuh dan merampas selaras senjata, sebutir bom tangan, peluru serta dokumen-dokumen komunis. Beliau dikurniakan pingat pada 1 Jun 1977.
Beliau berasal dari Labuan, Sabah. Pada 14 Mei 1971 semasa sedang meronda di Bukit Besar, Lt M Kassim terdengar satu tembakan dan jeritan dari anggota Pasukan Khas Perisikan Tentera (PKPT). Beliau dan platunnya berkejar ke tempat kejadian dan mendapati PKPT diserang oleh sekumpulan musuh. Tanpa membuang masa, beliau memimpin platunnya melancarkan serangan. Lt M Kassim dan Rjr Mereng dengan tangkas dan berani menuruni lereng bukit sambil melepaskan tembakan semburan dan menumbangkan seorang demi seorang musuh. Hasilnya mereka berjaya membunuh seramai lima orang musuh dan merampas sebilangan senjata dan kelengkapan mereka. Beliau dikurniakan pingat pada 7 Jun 1972.
21 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
PENERIMA PINGAT
Sjn (B) Jantan Nyamat
Sjn (B) Choo Wah Soon
Ringkasan Kejadian
Ringkasan Kejadian
Beliau berasal dari Bukit Singgeh, Jasin, Melaka. Pada 25 Dis 1972 jam 2020, semasa Platun Tiger yang diketuai oleh Sjn Jantan bergerak ke tempat serang hendap, mereka mendapat maklumat dari seorang penduduk kampung yang memberitahu bahawa pengganas komunis akan menyeberangi sungai di kawasan tersebut. Setelah mengambil kedudukan serang hendap lebih kurang 15 ke 20 ela, pengganas telah kelihatan dan dengan serta merta Sjn Jantan melepaskan tembakan diikuti oleh anggota platunnya. Tembakan demi tembakan dilepaskan oleh mereka sehingga musuh tidak dapat bertindak balas. Penggeledahan dibuat pada pagi 26 Dis 1972 dan mereka menjumpai tiga mayat pengganas komunis beserta tiga laras senjata, pakaian dan barang-barang kegunaan lain. Beliau dikurniakan pingat pada 12 Jan 1973.
Beliau berasal dari Ipoh, Perak. Pada 18 Ogos 1959, LKpl Choo dan 12 orang anggota daripada Platun 9, Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Persekutuan diarahkan untuk membuat serang hendap di satu kawasan ladang pisang. Semasa sedang mengambil kedudukan, tiba-tiba muncul seorang pengganas. LKpl Choo mematikan diri dan mengikuti setiap tindakan pengganas tersebut yang memanggil rakanrakannya yang lain untuk berkumpul. Setelah melihat pengganas tersebut menyedari kehadirannya, LKpl Choo memulakan tembakan diikuti oleh lain-lain anggota. Mereka berjaya membunuh tiga orang pengganas, merampas sepucuk pistol, sepucuk tommy gun, peluru dan beberapa peralatan serta kelengkapan musuh. Salah seorang pengganas yang terbunuh adalah Ngow Lai (terlibat semasa serang hendap yang membunuh Sir Henry Gurney di Fraser Hill pada tahun 1951 dan pembunuhan isteri Pegawai Daerah Bentong, Puan Nora Stutchbury pada akhir tahun 1950). Beliau dikurniakan pingat pada 4 Jan 1961.
Sjn (B) Cheng Eng Chin @ Chong Yong Chin Allahyarham Kpl Saafar Ibrahim Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Kampung Kandang, Melaka. Pada 20 Dis 1972, semasa membuat tinjauan di Kampung Jambisan, Seksyen pimpinan Kpl Saafar telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis yang dianggarkan berkekuatan seramai 20 ke 25 orang. Semasa berbalas tembakan itu, Kpl Saafar menghubungi seksyen lain untuk memberi bantuan menghadapi musuh. Beliau yang berjaya keluar dari kawasan membunuh menempatkan diri di kedudukan yang strategik dan terus menembak ke arah musuh. Kemudian dengan semangat keberanian, beliau melontar dua butir grenad dan meredakan tembakan musuh. Kpl Saafar berjaya membunuh seorang pengganas dan merampas selaras senapang patah bersama peluru serta peralatan yang lain. Beliau dikurniakan pingat pada 5 Jul 1974.
22 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Ringkasan Kejadian Beliau berasal dari Gelang Patah, Johor. Pada 26 Ogos 1956 Sjn Cheng terlibat dalam beberapa siri pertempuran yang melibatkan Batalion Pertama Rejimen Persekutuan sepanjang tahun 1955 dan 1956. Beliau mempamerkan keberanian dan semangat kepahlawanan semasa menghadapi musuh di dalam setiap pertempuran tersebut. Pada 26 Ogos 1956, beliau terlibat dalam pertempuran yang mengorbankan Lau Lee, pembantu kanan Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya (PKM) semasa gerakan di Daerah Jasin, Melaka. Hasil dari Operasi Latima, lima pengganas komunis berjaya dibunuh dan tujuh orang pengganas komunis dapat ditawan. Beliau dikurniakan pingat pada 31 Ogos 1958.
EKSESAIS
Oleh: Mej Anijah Miril Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah melaksanakan Eks Perisikan yang dikenali sebagai EKS WIRA ACORN Siri 2/14 pada 17 hingga 21 Feb 2014. Pelaksanaan eks ini juga adalah seiring dengan pelaksanaan EKS PAHLAWAN 15/14 oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia pada bulan Mac 2014 yang lalu. Eks ini bertujuan menilai fungsi staf perisikan (intelligence staf function) di peringkat strategik dan operasi berasaskan senario ancaman serantau dan turut mengambilkira ancaman masa kini. Eks ini disertai oleh semua dte dan cawangan di bawah naungan BSPP yang turut membabitkan komuniti perisikan ATM yang merangkumi ketiga-tiga perkhidmatan. Eks ini merupakan suatu kebanggan bagi warga perisikan kerana eks seumpana ini kali terakhir dilaksanakan pada tahun 1997. Perancangan eks ini telah bermula sejak Sep 2013 yang dipertanggungjawabkan kepada Dte Latihan Menurut Pengarah Eksesais iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato' Mohd Sobri Paridaluddin Hj Ismail, eks ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama – staffex dan fasa kedua Command Post
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Excercise (CPX). Semasa CPX penu gasa n staf samada di peringkat IIC dan staf BSPP (dte/cwg/ pas uk an ) akan dinilai d e n g a n berpandukan SO P d an doktrin sedia ada. Hasil daripada eksesais ini kelak akan dikenalpasti kelemahan dalam semua aspek dan akan diperbaharui bagi menjadikannya suatu doktrin perisikan yang baru. Pada masa yang sama objektif yang ingin dicapai dalam eks ini adalah meliputi menilai peranan dan tanggungjawab Intelligence Integration Centre (IIC) dalam menghasilkan perisikan yang kredibel. Selain itu, ia juga sebagai asas untuk menilai keberkesanan doktrin bersama: Joint Intelligence, Information Operations, Psychological Operations dan Electronic Warfare. Dengan arus pembangunan teknologi,
23 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
Kapt Iftziah
perisikan turut menghadapi cabaran bagi mengekang pengaruh siber ini khususnya di kalangan anggota. Pendedahan ke atas sesuatu operasi oleh individu yang tidak bertanggungjawab akan memberi impak kepada keselamatan negara secara langsung ataupun tidak langsung. Bagi Kapt Iftziah yang mengikuti Eks ini berkata, Eks ini akan memberi input baru khususnya kepada pegawai-pegawai muda yang
24 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
terlibat dalam Eks di peringkat yang lebih tinggi. Ini merupakan antara langkah yang di ambil dalam pemb angu nan doktrin/manual perisikan. Selebihnya risik perkhidmatan akan menggunakan eks ini sebagai asas untuk membuat kajia n sem ula kesesuaian organisasi masingmasing termasuk lain-lain aspek yang berkaitan. Pegawai Waren 1 Halimi pula menegaskan bahawa, Eks ini perlu diteruskan dimasa akan datang dan mencadangkan agar inaya dilaksanakan setahun sekali. Perkara utama yang ditekankan Secara keseluruhannya output yang paling utama adalah pelaksanaan eks ini telah mencapai objektif yang telah digariskan iaitu
kefahaman peranan organisasi yang berkaitan dan proses yang perlu dilaksanakan dalam menghasilkan output (perisikan) yang releven, mantap serta kredible. Selain itu, pembangunan doktrin/manual yang akan mengambikira kelemahan yang telah dikenalpasti semasa perjalanan eks tersebut.
Pegawai Waren 1 Halimi
HUT RRD
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
10 RRD Sambut HUT ke 19
Oleh: Kapt Hisam Juss, gambar: LKpl Richard Cassidy Dabong SARAWAK: Seramai 18 Pegawai dan 203 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang ke - 19 dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 18 Jan 2014. Dalam perbarisan tersebut, Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin Yeop telah menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada 19 anggota yang dinaikkan pangkat Beliau juga turut menyampaikan penyampaian Sijil Penghargaan
kepada 38 anggota dan 19 ahli BAKAT pasukan, penyampaian cenderahati kepada 13 anggota yang akan bersara dan penyampaian Sijil Tamat Kursus KADER Siri 2/2013 kepada 21 penuntut. Turut diadak an Upaca ra Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa SMR diantara PW I Michal ak Tuleh dan PW I Dauglas ak Duin yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD. Mantan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh akan menamatkan perkhidmatan di dalam ATM dan sedang menjalani Latihan Peralihan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Tabuan Jaya.
Pega wai Memer inta h menyem purna kan acara penyampaian cenderahati kepada PW I Michal ak Tuleh sebagai tanda penghargaan pasukan terhadap jasa, bakti dan pengorbanan beliau semasa berkhidmat di pasukan sebelum beliau bersara. Dalam pada masa yang sama PW I Michal ak Tuleh turut membalas cenderahati sebagai kenangkenangan kepada Pegawai Memerintah sambil disaksikan oleh seluruh warga pasukan. Beliau kemudiannya diarak sehingga ke Balai Pengawal 10 RRD sebelum keluar meninggalkan 10 RRD bersama seribu kenangan manis yang tidak mugkin dapat dilupakan oleh beliau dan isteri.
25 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
1 D IV
Warga 1 Div Derma Darah Oleh: PR 1 Div SARAWAK: Seramai 89 orang penderma darah dari MK 1 Div dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) terlibat dalam Program Derma Darah bertempat di Unit Tabung Darah, HUS, Kuching, Sarawak pada 9 Jan 14. Program derma darah ini diadakan secara mengejut atas permintaan Unit Tabung Darah hospital yang sedang mengalami kritikal bekalan darah terutamanya dari jenis darah kumpulan O. Namun begitu, Unit Tabung Darah juga sedia menerima semua kumpulan darah yang ingin didermakan oleh para penderma darah. Bagi menjayakan program tersebut, MK 1 Div turut menjemput pasukan-pasukan di bawah naungan 3 Bgd selain pasukan-pasukan di bawah Trup Div yang berada disekitar Kuching untuk menderma darah.
Air Asia Serah Sijil Penghargaan S A R A W A K: Panglima 1 Div, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar menerima Sijil Penghargaan dari pihak Air Asia Bhd bertempat di pejabatnya pada 10 Jan 14. Ini berikutan kerjasama yang erat antara MK 1 Div dengan Air Asia Bhd menjayakan Program Derma Darah anjuran Air Asia Bhd bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 17 Dis 13. Hadir menyampaikan sijil penghargaan daripada Air Asia Bhd Pengurus Stesyen Kuching, Puan Azizah Hj Mokhtar. – PR 1Div
OP Murni Bantu Meringankan Mangsa Banjir SARAWAK: Seorang Pegawai dan 32 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Kapt Nor Azlan Alias dari 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) dan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) di bawah naungan 9 Bgd terlibat dalam Op Murni bertempat di kawasan daerah Bintulu pada 23 Jan 2014. Panglima 1 Div, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Haji Mokhtar mengarahkan Bgd di bawah naungan beliau untuk membantu kawasan terjejas banjir gelombang kedua dan diaturgerakkan ke 2 Rejimen 510 Askar Wataniah (Bn 2 Rej 510 AW) di Batang Kemena, Bintulu, Sarawak. Batalion ini telah digerakkan ke Kuala Tatau untuk menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir ke pusat perpindahan di Surau Darul Aman, Kg. Kemunting. Pasukan ini di bawah pengawasan Mej Mohammad Saifulrizal Abu yang ditempatkan di Pejabat Residen Bintulu selaku Liason Ofcer (LO) operasi tentera. – Caw Risik 9 Bgd
26 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
1 D IV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Majlis Sambut Menantu Di 3 RRD Oleh: Risik Pasukan 3 RRD SARAWAK: Seramai lapan pasangan yang baharu mendirikan rumahtangga diraikan dalam Majlis Sambut Menantu 3 Rejimen Renjer Diraja (3RRD)yang diadakan di Dewan Sri Oya pada 14 Feb 14. Majlis berkonsepkan perkahwinan gabungan tradisional Melayu, Cina, India dan Bidayuh yang dihadiri hampir 500 tetamu terdiri daripada para pegawai, anggota dan seluruh ahli keluarga warga 3 RRD. Terdahulu, pasangan yang diraikan pada malam itu diarak dengan paluan kompang di luar dewan sebelum diiringi masuk ke pentas utama dengan alunan irama Bag Pipe dari Platun Tambor 3 RRD dengan penuh istiadat ketenteraan. Panglima 9 Bgd, Brig Jen Mohammad Daniel@Damien Abdullah dan isteri, Puan Rashidah Hj Hashim telah menyempurnakan majlis ini dengan menepung tawar pasangan pengantin yang diraikan.
Turut hadir pada malam itu ialah Ketua Staf MK 9 Bgd, Pegawai Memerintah 3 RRD, Timbalan Komander Rejimen 510 AW,
Komandan (Pengarah Zon) Kem PLKN Junaco Park, Komandan Kem PLKN Bumimas dan isteri masing-masing.
TAHLIL...Markas 9 Bgd mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Khutbah Jumaat Khas sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-81 bertempat di Masjid An Nur, Sibu pada 28 Feb 14. Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sempena sambuatan HUT TD ke-81 yang dihadiri oleh warga tentera dan penduduk setempat di sekitar bandar Sibu yang diketuai bacaan yassin oleh Pegawai Agama Pasukan Kapt (Ust) Shahrin Md Saad.Turut hadir Ketua Staf 9 Bgd, Lt Kol Khairuddin Zakaria dan Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah, Lt Kol Rusman Sanip. – Caw Risik 9 Bgd
Serah Menyerah Ketua Staf Mk 9 Bgd SARAWAK: Seramai 20 Pegawai dan 199 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas 9 Bgd bertempat di Padang Kawad Kem RASCOM, Sibu pada 17 Jan13. Ketua Staf Markas 9 Bgd, Lt Kol Kamarudzaman Mohd Thani secara rasmi menyerahkan tugasnya kepada Lt Kol Khairuddin Zakaria disaksikan oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Muhammad Daniel @ Damien Abdullah. Dalam masa yang sama turut diadakan Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 9 Bgd, di antara Halimah Maarof dengan Fatimahtun Zaharah Ramli Pengerusi BAKAT 9 Bgd yang baharu. Dalam ucapan ringkasnya, Lt Kol Kamarudzaman turut menzahirkan perasaan terharu terhadap
sokongan dan jalinan semangat kerjasama yang telah diberikan oleh semua warga 9 Bgd sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Oleh: Caw Risik 9 Bgd
27 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 D IV
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
BAKAT 9 Bgd Anjur Seminar Kaya Budi Oleh: Caw Risik Mk 9 Bgd SARAWAK: Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Mk 9 Briged (9 Bgd) terlibat dalam Seminar Kaya Budi Peringkat 9 Briged yang disampaikan oleh Pengerusi BAKAT 9 Briged, Puan Rasidah Hj Hashim selak u fasilitator bertempat di Bilik Kuliah 9 Bgd pada 8 Feb 201 3. Seminar dirasmikan oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Muhammad Daniel@Damien Abdullah yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap organisasi dan budaya tentera yang berkaitan dengan BAKAT dan memahirkan peserta bengkel dalam pengurusan etika sosial. Selain itu ianya dapat meningkatkan kebolehan komunikasi peserta di khalayak ramai dan juga memberi pendedahan tentang pengurusan mesyuarat disamping peserta turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti etika tatahias semasa menghadiri sesuatu majlis, etika
di meja makan, kepimpinan, hak wanita atau isteri dan jenis tarian. Seminar diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 9 Bgd.
SERAH...seramai tiga pegawai dan 82 anggota LainLain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 9 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di antara Mej Rasol Esa dengan Mej Mohd Khidir Osman bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 3 Jan 14. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas di saksikan Ketua Staf Markas 9 Bgd, Lt Kol Kamarudzaman Mohd Thani. Mej Rasol Esa telah berkhidmat selama dua tahun sebagai Peg Pemerintah 9 KPD dan ditukarkan ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Betong, Sri Aman. – Caw Risik Mk 9 Bgd
Projek Jiwa Murni 510 AW SARAWAK: Rejimen 510 Askar Wataniah terlibat dalam Projek Jiwa Murni Tentera Bersama Rakyat yang dilaksanakan pada 3 Jan14. Projek ini merupakan Projek Jiwa Murni pertama yang dijalankan dalam kalendar 2014 yang mana Rejimen 510 AW sebagai penganjur pada kali ini diketuai oleh Timbalan Komander, Lt Kol Rusman Sanip. Ianya membabitkan 10 buah rumah panjang yang mengambil tempat di Rumah Panjang Bayang ak Dollah dan antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan, rawatan kesihatan dan pergigian percuma serta pengambilan Askar Wataniah. Turut diadakan pertandingan mewarna yang melibatkan kanakkanak, menganyam ketupat dan pertandingan membuat pansuh ayam antara penduduk rumah panjang. Panglima 9 Bgd, Brig Jen Muhammad Daniel@Damien Abdullah berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh
28 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
penduduk setempat dan diharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan
baik antara pihak tentera dengan penduduk rumah panjang. – Caw Risik Mk 9 Bgd
1 D IV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
7 RAMD Bantu Mangsa Banjir Oleh: Risik Pasukan 7 RAMD SABAH: Lapan anggota 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) diketuai oleh Pen Ketua Platun Rinser SSjn Wan Sukri Awg Man terlibat dalam Op Murni bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir bertempat di daerah Beaufort pada 16 hingga 20 Feb 2014. Objektif Op adalah untuk membantu mangsa - mangsa banjir yang dalam kesusahan. Antara bantuan yang diberikan dalam Op Murni ini adalah bantuan menyelamat, memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan manggunakan aset perairan, pengangkutan darat, memberi bantuan kemanusian dan logistik untuk disalurkan ke kawasankawasan terputus perhubungan.
Perbarisan Pegawai Memerintah 7 RAMD SABAH: Seramai 20 pegawai dan 215 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah, Lt Kol Hj Mohd Shauari Hj Mat Piah bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 24 Mac 2014. Perbarisan diketuai Penolong Pagawai Memerintah, Mej Mohd Najib Mohtar yang bertujuan untuk melihat tahap kesiagaan anggota berada di tahap yang tinggi dan pada masa yang sama turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat 29 anggota LLP yang dinaikkan pangkat. – Risik Pasukan 7 RAMD
Hari Pengajian Pegawai dan PTT Kanan 7 RAMD SABAH: Seramai 15 pegawai dan 40 PTT Kanan pasukan 7 Rejimen Askar Melayu (7 RAMD) terlibat dalam Hari Pengajian Pegawai dan PTT Kanan bertempat di Wisma Bintara pada 11 Mac 2014. Hari pengajian ini adalah bertujuan untuk mengulangkaji Ilmu Medan Perang dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan Pegawai dan PTT kanan dalam latihan peperangan terbuka iaitu (CW) dalam fasa ofensif. Selain itu ianya salah satu persiapan pasukan sebelummelaksanakan Latihan Satria Gagah dan Satria Berani yang akan dilasanakan diperingkat pasukan di sekitar Balung hingga ke Lahad Datu. – Risik Pasukan 7 RAMD
29 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
1 D IV
Makan Malam Persaraan SMR 10 RRD Oleh: Kapt Hisam Juss Gambar: LKpl Richard Cassidy Dabong SARAWAK: Seramai 40 orang ahli Cafe Bujang Berani 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) terlibat dalam mengadakan Majlis Makan Malam sempena meraikan persaraan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh bertempat di Kuching Park pada 5 Jan 2014. Majlis diadakan bagi menghargai segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di 10 RRD dan acara penyampaian cenderahati kepada mantan SMR 10 RRD di sempurnakan oleh PW I Douglas ak Dain yang mewakili semua PTT Kanan 10 RRD. Dalam ucapan mantan SMR 10 RRD, beliau mengingatkan agar
semua PTT Kanan memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi kepada SMR yang baru bagi menerajui pucuk pimpinan sebagai SMR 10 RRD. “Semangat berkerjasama dalam
satu kumpulan perlu dipraktikkan bagi menggeratkan ikatan silaturrahim dikalangan PTT Kanan kerana PTT Kanan adalah berperanan sebagai tulang belakang pasukan di dalam organisasi ketenteraan,”katanya.
Syarahan Bahayanya Syiah Dikalangan Anggota Tentera SARAWAK: Seramai 18 Pegawai dan 230 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada unit-unit bawah naungan 9 Briged terlibat dalam Syarahan bertajuk Bahaya Syiah dan Syarahan Keselamatan anjuran Cawangan Risik MK 9 Briged (9 Bgd) bertempat di Dewan RASCOM pada 29 Jan 14 . Syarahan ini disampai kan oleh Pegawai Staf 2 UndangUndang Jabatan Arah KAGAT, Mej Nadzrin Musman yang mana dalam syarahannya beliau banyak memberi penekanan yang lebih terhadap bahayanya penularan ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Islam dari segi akidah,syariat dan keseluruhan agama islam itu sendiri. Disamping itu untuk membendung fahaman ini agar tidak menyerap masuk dalam organisasi ATM serta akhlak anggota yang dapat memberi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama dan keamanan agama. Syarahan kemudiannnya diteruskan dengan Syarahan Keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Risik Mk 1 Divisyen, Lt Kol Sukcha Din Tawan yang bertujuan untuk memberi
30 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
kesedaran keselamatan kepada warga tentera naungan 9 Bgd khasnya. Syarahan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada
pensyarah jemputan oleh Lt Kol Rusman Sanip yang mewakili Panglima 9 Bgd. Oleh: Caw Risik Mk 9 Bgd
1 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Hari Bersama Media 10 RRD Oleh: Kapt Hisam Juss Gambar: LKpl Richard Cassidy Dabong SARAWAK: Pasukan 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) melaksanakan Program Sehari Bersama Media anjuran MK 1 Divisyen bertempat di Perkampungan Ikhtiar Hidup Pasukan pada 25 Jan 2014. Seramai 14 orang peserta media telah hadir dalam program ini iaitu dari RTM, Al-Hijrah, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, Utusan Sarawak dan Sarawak Tribune. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Panglima 1 Div, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir Mami serta semua Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah di kawasan Kuching. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk jalinan kerjasama dengan pengamal media serta bagi memberi pendedahan kepada peserta media merasai sendiri pengalaman berada di dalam hutan dan menimba ilmu berkenaan ikhtiar hidup melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Dalam program selama sehari ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan seperti pertunjukkan ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD, demonstrasi pengkalan hutan, memasak di
medan dan mendayung perahu tempur. Sepanjang pelaksanaan program ini, peserta media telah didedahkan dengan pertunjukkan je ni s- je ni s je ra t da n pe ra ng ka p haiwan, jenis-jenis pondok di hutan, cara-cara memasak RTBK di medan, menghidupkan api serta pameran pelbagai jenis herba-herba hutan yang boleh dimakan dan dibuat ubat-ubatan. Peserta media diberi peluang untuk mencuba sendiri semua aktiviti-aktiviti tersebut dan mereka merasa sungguh gembira serta berbesar hati kerana mendapat layanan yang istimewa sepanjang mereka berada di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD.
10 RRD Anjur Kursus KADER (DEC) SARAWAK: Seramai 21 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan Kursus KADER (Dec) Siri 2/2013 anjuran 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang disempurnakan Upacara Penutup oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin Yeop bertempat di Kawasan Perkampungan Ikhtiar Hidup Pasukan mulai 9 Dis 2013 hingga 18 Jan 2014. Tujuan penganjuran kursus ini adalah bagi menyediakan dan melatih bakal PTT Rendah tentang ilmu ketenteraan yang sejajar dengan keperluan perkhidmatan untuk mereka mengimplementasikan di pasukan kelak. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Rjr Amran Jamaludin manakala Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Rjr Mohammed Hafeezal Ramli. – Risik Pasukan 10 RRD
31 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
1 D IV
9 KPD Laksanakan Ujian Jalan Laju Oleh: PR 1Div SARAWAK: Pasukan 9 Kompeni Angkut KPD telah mengadakan Ujian Jalan Laju sejauh 8 Kilometer bagi tahun 2014 pada 11 Mac 2014. Seramai 4 Pegawai dan 142 anggota LLP yang terlibat berjaya menamatkan Ujian Jalan Laju 8KM tersebut. Ujian ini telah diadakan disekitar kawasan berdekatan dengan Kem RASCOM iaitu dari Jalan Kemuyang sehingga ke Kem 9 Kompeni Angkut KPD. Tujuan ujian ini dibuat dikawasan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan anggota dan memudahkan setiap anggota diawasi. Semua anggota berjaya melepasi had yang telah ditetapkan walaupun keadaan bentuk muka bumi yang agak berbukit dan cuaca yang panas terik. Objektif ujian ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan zikal dan mental setiap anggota 9 Kompeni Angkut KPD disamping mewujudkan semangat esprit de corp yang merupakan pemangkin ataupun nadi dalam
mengerakkan pasukan. Selain itu, secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat setiakawan dan kerjasama dikalangan anggota 9 Kompeni Angkut KPD.
M es yu ar a t T a hu na n Mesyuarat Kebajikan Pasukan 9 Kompemi KPD Bakat 10 RRD SARAWAK: Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) mengadakan Mesyuarat Tahunan BAKAT 10 RRD Tahun 2014 yang dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza Yahya bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 18 Jan 14. Tujuan Mesyuarat Tahunan BAKAT ini diadakan adalah untuk melantik AJK-AJK BAKAT yang baharu bagi mengalas tugas dan tanggungjawab dalam merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di peringkat pasukan, peringkat Briged mahupun peringkat Divisyen. Selain itu, pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli BAKAT supaya sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga anggota dan sentiasa berhubung antara satu sama lain bagi mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli-ahli BAKAT. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin Yeop, Penolong Pegawai Memerintah dan semua Ketua Kompeni. - Oleh: Kapt Hisam Juss, gambar: LKpl Richard Cassidy Dabong
32 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
SARAWAK: Seramai 5 Pegawai dan 151 anggota LainLain Pangkat (LLP) 9 Kompeni Angkut KPD hadir dalam Mesyuarat Kebajikan siri 1/2014 bertempat di Kelab Perantau Pasukan pada 3 Mac 14. Mesyuarat tersebut bertujuan menyuarakan pendapat dan permasalahan anggota bagi menambahbaikan pentadbiran pasukan disamping turut membentangkan akaun kira-kira Tabung Kebajikan Rejimen. Selepas mesyuarat kebajikan, Pegawai Pemerintah telah membuat pemeriksaan ke Bilik Penginapan anggota bujang pasukan 9 Kompeni Angkut KPD. Pegawai Pemerintah ingin melihat sendiri permasalahan yang diutarakan oleh anggota-anggota bujang semasa mesyuarat kebajikan dan beliau mengingatkan anggota bujang agar sentiasa menjaga kebersihan Bilik Penginapan pasukan 9 Kompeni Angkut KPD supaya tiada teguran daripada pihak atasan. – 9 Kompeni Angkut KPD
2 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
1 RS Adakan Gotong Royong Khas Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan mengadakan Gotong Royong Basmi Nyamuk Aedes di atas amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bertempat di sekitar kawasan kem pada 28 Feb 14. Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Tanah Merah, pasukan i membersihkan keseluruhan kawasan kem dengan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang menjadi risiko pembiakan aedes dan mengambil langkah drastik di dalam membasmi pembiakan nyamuk aedes. Pejabat Kesihatan Tanah Merah turut menyediakan khidmat fogging bagi menghapuskan nyamuk berkenaan bagi memastikan kawasan kem sifar denggi.
Tahlil Kenang Jasa Perwira KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) mengadakan tahlil sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke- 81 (HUT TD) serta mengenang jasa pengorbanan perwira dan perajurit terdahulu bertempat di Surau Pasukan pada 14 Feb 14. Tazkirah ringkas turut disampaikan kepada anggota dan disusuli dengan bacaan Yaasin dan tahlil sebagai acara teras di dalam majlis tahlil tersebut yang mana untuk mengingatkan anggota yang masih berkhidmat bahawa besarnya pengorbanan mereka yang terkorban mempertahankan tanahair suatu ketika dahulu.– Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
Pengerusi BAKAT 8 Bgd Lawat BAKAT RS KELANTAN: Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 8 Briged, Datin Zailan Johari melakukan lawatan kerja beliau ke BAKAT 1 Rejimen Sempadan (RS) dan 2 RS dan sisambut oleh Pengerusi dan Ahli BAKAT 1 RS dan 2 RS bertempat di Rumah BAKAT Pasukan pada 22 Feb 14. Acara Lawatan beliau dimulakan dengan tahlil dan bacaan Yaasin serta jamuan dan dalam ucapannya beliau merakamkan tahniah kepada Pengerusi dan ahli BAKAT 1 RS dan 2 RS di dalam penyertaan programprogram yang diadakan dan beliau begitu prihatinan terhadap BAKAT 1 RS dan 2 RS. Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
33 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
2 D IV
Lawatan Penghargaan Panglima 8 Bgd Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah KELANTAN: Panglima 8 Briged Mej Jen Dato’ Mohd Zaki Hj Hamzah melakukan Lawatan Penghargaan beliau ke 1 Rejimen Sempadan (1RS) pada 21 Feb 14. Dalam lawatan tersebut beliau telah diberikan penghormatan terakhir oleh pasukan dengan pemeriksaan Kawalan Suku dan Perbarisan Pasukan. Pasukan amat menghargai ja sa dan pe ng orb an an be li au semasa beliau memegang tampok pemerintahan 8 Bgd kerana kepercayaan dan sumbangan beliau kepada pasukan ini amat besar. Pada majlis tersebut, pasukan turut menyampaikan cenderahati kenangan yang disampaikan oleh anggota termuda pasukan. Beliau turut menzahirkan rasa
terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh pasukan terutama melibatkan aturgerak keselamatan di sempadan dan beliau berharap 1
RS dapat menempah lebih banyak kejayaan pada masa kelak agar dapat di segani oleh pasukan lain di dalam TD.
Ahli Baru Wisma Petanda 1 RS KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1RS) mengadakan Majlis Mneyambut Ahli Baru Wisma Petanda sempena pemakaian pangkat yang diadakan di pasukan pada 3 dan 8 Jan 14. Wisma Petanda turut mengalu-alukan ahli baru wisma berkenaan dalam majlis tersebut yang mana acara ini bukan sahaja dapat meneruskan tradisi pasukan malah turut menjadi wadah di dalam memperkenal dan mengeratkan hubungan sesama ahli wisma. Tujuannya adalah untukmemberi pendedahan kepada ahli tentang etika, sikap menghormati dan lebih berdisiplin bukan sahaja di dalam rutin kerja harian malah di luar waktu kerja. Aktiviti seumpama ini juga dilihat dapat memupuk suasana kekeluargaan yang secara tidak langsung mengurangkan rasa kekok untuk berinteraksi dengan anggota yang lebih kanan. - Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Mohd Fairuz bin Hashim
34 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
2 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
UKT 1 RS Tahun 2014 Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah K E L A N T A N : B a g i m e n i l a i d a n meningkatkan kecergasan anggota, pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) dengan kerjasama Tim Penilai (Mobile Training Team 3) dari 3 RS berjaya melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur (UKT) pada 6 Feb 2014. Antara ujian yang perlu dilaksanakan adalah memikul rakan sejauh 100 meter, merangkak di bawah kawad duri sejauh 20 meter dengan Pakaian Lengkap Medan (PLM). Selain itu anggota dikehendaki memanjat tembok 6 kaki dengan PLM tanpa bantuan, melompat dari ramp ketinggian 5 meter dengan PLM dan berlari sejauh 15 KM dengan PLM. Ujian ini amat penting di dalam menentukan kesiagaan pasukan ditahap maksima.
Ujian Jalan Laju Uji Kemantapan Anggota 2 RAMD PULAU PINANG: Seramai 15 pegawai dan 205 Lain-Lain Pangkat (LLP) 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) terlibat dalam Latihan Jalan Laju sejauh 8 km yang merupakan salah satu latihan tahunan pada 18 Mac 2014. Latihan tersebut bermula dari Padang Kawad Pasukan dan melalui disekitar luar kawasan kem dan berakhir di Padang Kawad Pasukan. Pelepasan latihan tersebut disempur nakan oleh Peg Memerintah 2 RAMD, Lt Kol Haji Muhamad Nizam Haji Abdul Manap. Objektif latihan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan sikap positif semangat setia kawan, disiplin dan mental anggota bagi mengukuhkan sikap keperwiraan di semua peringkat anggota agar tidak mudah luntur. Oleh: Sjn Mohd Fadzly Ramli
35 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
2 D IV
Ceramah Kesihatan Pemakanan 1 RS Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah
KELANTAN: Dalam usaha pasukan memberikan maklumat berkaitan pemakanan yang sihat bagi pemakanan seimbang, satu ceramah diadakan oleh pasukan dengan menjemput Doktor Pakar Pemakanan Dietition bagi menyampaikan maklumat pemakanan diet seimbang untuk badan bertempat di Dewan Pasukan pada 5 Mac 14. Usaha ini diharap dapat membentuk anggota agar menitikberatkan pemakanan seimbang di dalam menentukan paras indeks berat badan (body mass index/BMI) unggul dapat dicapai dan sasaran program ini dikhususkan kepada anggota-anggota pasukan yang memiliki paras BMI yang tinggi.
Penutup Joint Border Patrol Series 28/2013 MUNICIPAL HALL, BUKETA, THAILAND - Panglima Bgd Sempadan, Brig Jen Hasagaya Abdullah, menghadiri jemputan ke Penutup Joint Border Patrol Siri 28/2013 7 Jan 14. Majlis Penutup yang diadakan di BUKETA ini dibuat berdasarkan giliran sebagaimana yang telah dipersetujui dan turut diadakan perbarisan yang melibatkan 1 Pegawai dan 30 anggota Lain - Lain Pangkat ( LLP) dari 1 Rejimen Sempadan dan 1 pegawai dan 30 anggota dari RTA. Panglima Bgd Sempadan, mewakili Tentera Darat bagi menerima Tabik Hormat dan memeriksa perbarisan. Dalam masa yang sama turut diadakan Majlis Ramah Mesra bersama agensi-agensi sempadan dan
wawancara bersama media Thailand. Di samping itu, Pegawai Memerintah 1 RS, Lt Kol Mad Mustakim Ahamat Saluti turut bertukar pelaka pasukan dengan Komander Border Defense Control Unit, Colonel Santi Sakuntanak. Turut hadir mewakili Royal Thai Army (RTA) adalah Kol Paisang Nhusang, Commander 5th Inf Regt RTA. Oleh: Kapt Tajul Hisyam Mamat Gambar: LKpl Peter La
36 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
2 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Penyerahan Cek Insuran Kelompok Akibat Kemalangan jalanraya Oleh: Sjn Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah KEDAH: Penolong Pegawai Memerintah 1 Rejimen Sempadan (1 RS), Mej Dr Hj Noor Azmi Hj Mohd Zainol melakukan lawatan dan menyempurnakan Penyampaian Cek Insuran Kelompok berjumlah RM 94,000 kepada En Mat Desa yang merupakan bapa kepada Allahyarham Nazrizal Mat Desa pada 8 Mac 14. Anggota berkenaan telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya pada bulan Okt 10. Disamping memberikan kata-kat a semangat, Penolong Pegawai Memerintah melahirkan rasa simpati di atas kehilangan berkenaan dan bapa
Allahyarham turut merakamkan rasa terima kasih di atas keperihatinan pasukan membantu keluarga beliau di dalam menguruskan jenazah anaknya.
Gotong Royong Bersih Masjid Kemahang KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) dengan kerjasama masyarakat setempat mengadakan gotong-royong membersihkan Masjid Kemahang dan kawasan sekitarnya pada 7 Mac 14. Kerjasama dibuat sebagai inisiatif menarik perhatian masyarakat dan anggota pasukan terhadap kebersihan serta menghapuskan risiko pembiakan nyamuk aedes. Disamping itu, ianya juga merupakan wadah mendekatkan masyarakat dengan warga tentera khususnya sempena sambutan HUT ke 81 TD. Turut hadir Pegawai Memerintah Lt Kol Mad Mustakim bin Ahamat Saluti berkesempatan bersamasama masyarakat memeriahkan acara.– Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
Warga 1 RS Derma Darah KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) menganjurkan Acara Derma Darah bertempat di Dewan Pasukan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 81 pada 3 Mac 14. Acara ini mendapat sambutan baik dari Unit Tabung Darah Hospital Tanah Merah ini berjaya menarik perhatian penderma dari kalangan anggota. Aktiviti ini diharap dapat memberikan gambaran positif di kalangan masyarakat awam dan menarik perhatian tentang HUT TD dan pada masa yang sama Unit Tabung Darah amat berterima kasih di atas peranan yang dimainkan pasukan di dalam membantu mengisi keperluan darah khususnya di kawasan Tanah Merah. Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
37 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
2 D IV
1 RS Laksana Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) Peringkat Satu bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau mulai 10 hingga 14 Feb 2014. Latihan tersebut bertujuan menentukan anggota mahir di dalam pengendalian senjata serta mampu menembak dengan baik di dalam pelbagai kedudukan. Setiap anggota telah dinilai berdasarkan Ujian Klasikasi Senjata Persendirian dalam 3 praktis (pelbagai kedudukan) dan latihan seumpama ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada anggota untuk menggunakan senjata persendirian masing-masing.
Hari Pengajian Pasukan 1 RS KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) dengan kerjasama jabat an kerajaan setem pat telah mengadakan hari pengajian sebagai menambahkan pengetahuan am dan aspek-aspek keselamatan sama ada ketika bertugas mahupun diluar waktu kerja bertempat di Dewan Pasukan pada 27 Jan 2014. Program seumpama ini bertujuan untuk memberi lebih ruang dan peluang untuk anggota berdiskusi tentang isu-isu semasa dan mendapat maklumbalas segera disamping merupakan wadah yang amat sesuai di dalam merapatkan hubungan dengan jabatan-jabatan kerajaan setempat. Antara jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat adalah Bomba dan Penyelamat Malaysia, MARQIS, Jabatan Imigresen dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tekun Nasional (PTPTN). Di samping ceramah yang telah diadakan, sesi penerangan dan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada semua agar ia betul-betul dapat difahami, Pada peringkat akhirnya, anggota turut diberikan demonstrasi oleh pihak yang berkenaan. Program ini wajar diteruskan di masa hadapan untuk kepentingan ilmu – Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
38 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
2 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Ceramah Keselamatan Jalanraya dan Pemeriksaan Kenderaan Oleh: Sjn Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah KELANTAN. Sebagai usaha untuk mengelakkan kemalangan jalan raya di kalanga n angg ota, pasukan 1 Rejimen Sempadan (RS) menganjurkan Ceramah Kesedaran Keselamatan Jalan Raya bagi mendidik dan memupuk kesedaran serta pendedahan awal untuk anggota bertempat di Dewan Pasukan pada 5 Mac 14. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Cawangan Trak, PDRM Tanah Merah dan Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta mendapat kerjasama sepenuhnya dari kedua-dua jabatan ini bagi membuat pemeriksaan ke atas semua kenderaan anggota pasukan yang dikumpulkan di Padang Bola Pasukan. Di samping mendapatka n teguran dan nasihat tentang kesalahan yang dilakukan, anggota-anggota turut disedarkan tentang aspek perundangan sekiranya berlaku kemalangan terutamanya melibatkan kecuaian pemandu. Program ini diharap dapat memberi peluang kepada anggota membetulkan kesalahan sebelum disabitkan dengan pertuduhan kesalahan jalan raya.
Ceramah Kesedaran Ancaman Syiah dan Ajaran Sesat KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) dengan kerjasama JHEAIK telah menganjurkan satu ceramah dan dialog berhubung bahaya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran sesat yang lain di Malaysia bertempat di Surau Pasukan pada 7 Feb 2014. Tujuan utamanya adalah sebagai pencerahan dan pendedahan kepada anggota bagi membendung anggota daripada terjebak dengan ajaran tersebut yang akan merosakkan akidah anggota. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Khas JQAF Ustaz Zawawi, yang ditugaskan di Pejabat Pelajaran daerah Tanah Merah dan dalam ceramahnya beliau menerangkan susur galur kewujudan ajaran Syiah, fahaman yang dibawa dan kenapa ianya sesat dan merbahaya bukan sahaja kepada akidah tetapi keselamatan negara. Turut diadakan tayangan video berkaitan ajaran berkenaan dipertontonkan kepada anggota sebagai rujukan dan ikhtibar. Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman, gambar: LKpl Peter Lah
39 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
2 D IV
Lawatan Ulung Panglima Briged Sempadan Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Mohd Fairuz Hashim KELANTAN: Panglima Briged Sempadan Brig Jen Hasagaya Abdullah melakukan Lawatan Ulung beliau ke 1Rejimen Sempadan (1 RS) pada 8 Jan 2014. Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan meninjau infrastruktur keseluruhan pasukan serta mengambil peluang bertemu Pegawai dan anggota di dalam majlis-majlis yang berasingan. Semasa perjumaan beliau dengan warga 1 RS beliau memberi nasihat dan saranan, bagi merubah minda dan persepsi anggota serta organisasi terhadap RS agar ianya dihargai oleh seluruh warga pasukan. Pelbagai acara diadakan dan antaranya acara menanam pokok sebagai simbolik pemerintahan sebagaimana panglima yang terdahulu sebagai tanda kenangan dan pasukan turut menyampaikan cenderahati. Diharapkan usaha dan peranan yang dimainkan beliau mampu membawa RS ke tahap yang lebih membanggakan.
PENERANGAN...seramai 30 Pegawai dan 30 anggota LainLain Pangkat (LLP) terlibat dalam dalam Kursus Battle Tac IV Peringkat 3 Div di Dewan Serbaguna 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD) pada 4 hingga 7 Mac 14 yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran olah perang pegawai dan anggota dalam melaksanakan Operasi, Eksesais dan lainlain gerakan yang pada dasarnya kursus ini mendedahkan berkaitan Sistem Battle Tac yang baru saja diperkenalkan dalam Tentera Darat. – PR 3 Div
40 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
LATIHAN...Markas 4 Bgd (Mek) dan Kem 4 Bgd (Mek) melaksanakan Latihan Kebakaran di Padang Kawad Mk 4 Bgd (Mek) pada 21 Feb 14 dan menjemput anggota Bomba dan Penyelamat dari Pangkalan Udara Kuantan bagi memberi penerangan dan pertujukan bagaimana cara mengatasi kebakaran berlaku serta cara-cara memadangkan api bagi mengelak dari merebak. – Caw Risik 4 Bgd Mek
3 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Panglima Latihan TD Kunjungi Menteri Besar Negeri Sembilan
Oleh: PR 3 Div
NEGERI SEMBILAN - Panglima Latihan TD yang baharu, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bertempat di Pejabat Menteri Besar ada 9 Jan 14,. Kunjungan hormat tersebut adalah bersempena beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Latihan TD yang baharu dan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama yang sedia terjalin di antara MK Latihan TD dengan Kerajaan Negeri. P e r j u m p a a n j u g a membincangkan perkembangan dan perancangan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat demi merialisasikan Perintah Ulung PTD iaitu perhubungan tentera
dan awam bagi bersama-sama membantu kerajaan dalam mensejahterakan rakyat. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri
Sembilan YB Dato' Hj Mat Ali Hassan dan kunjungan hormat di akhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Panglima Latihan TD kepada Menteri Besar.
Latihan Menembak Mk 4 BGD (MEK) PAHANG: Markas 4 Bgd (Mek) dan Kem 4 Bgd (Mek) melaksanakan Latihan Menembak senjata M4 di Lapang Sasar Rejimen Ketujuh Renjer Diraja (Mek) bermula dari 11 Feb 14 hingga 13 Feb 14. Aktiviti tahunan ini disertai semua peringkat pegawai dan anggota dari Markas 4 Bgd (Mek) dan Kem 4 Bgd (Mek) yang bertujuan menguji kemahiran pegawai dan anggota dalam pengendalian senjata M4 serta melepaskan tembakan dari jarak 50 m dan 100 m dalam pelbagai kedudukan. Oleh: Caw Risik 4 Bgd
MELAWAT...Pengerusi BAKAT Darat, Datin Norlida Hj Mubin meluangkan masa melawat ke 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-81 pada 14 Mac 2014. Rombongan BAKAT Darat telah membuat lawatan ke wad-wad dan haemodialysis serta memberi sedikit sumbangan kepada para pesakit bagi meringankan beban yang ditanggung yang mana rombongan di sambut oleh Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Pengerusi BAKAT 3 Divisyen, Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal. - Kpl Syarianah Abd Karim
SEGAK…sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUT TD) yang ke-81 pada 1 Mac 2014 yang bertemakan Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah Perkasa, satu perbarisan telah diadakan di MK 3 Div bagi mendengar perutusan daripada Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah MK Garison, Lt Kol Azizi Mohamad. - Kpl Syarianah Binti Abd Karim
41 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
4 DIV
4 Div Hargai Jasa Pegawai Mesyuarat Panglima Yang Bertukar Keluar Penyelesaian Kesulitan Pasukan
Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR: Sebagai menghargai jasa dan bakti selama berkhidmat di MK 4 Div, beberapa orang Pegawai Staf MK 4 Div yang bertukar keluar telah menerima cenderahati daripada Panglima 4 Div Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail bertempat di Pejabat Panglima pada 21 Jan 14. Antara mereka yang diraikan adalah PS 1 Gerak MK 4 Div, Lt Kol Ishak Hj Johar, yang bertukar keluar ke PLKN Kem Chancun Park, PS 1 Ordnans MK 4 Div, Lt Kol Norhisamudin Amad yang bertukar keluar ke 91 DPOD dan Kem Komandan 4 Div, Lt Kol Salihudin Daud, yang bertukar keluar ke Rej 514 AW.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Panglima 4 Div Siri 1/2014 telah diadakan yang dipengerusikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismailbertempat di Bilik Mesyuarat MK 4 Div pada 15 Jan 2014. Mesyuarat pertama bagi tahun 2014 ini membincangkan pelbagai isu dengan diperhalusi oleh semua ahli mesyuarat meliputi aspek-aspek perisikan, am, pentadbiran dan logistik. Selain itu diadakan taklimat-taklimat merangkumi perkara anti dadah, TQM dan ICT dan mesyuarat turut dihadir oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 12 Bgd Brig Jen Ya’cob Hj Samiran, Panglima 12 Bgd.
Hari Keluarga 4 DIV KUALA LUMPUR: Seramai 1,500 orang warga 4 Div bersama keluarga masing-masing membanjiri Padang Kawad 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD) bagi menyertai Sambutan Hari Keluarga dan Sukaneka 4 Div pada 18 Jan 14. Acara dimulak an dengan senamrobik dan tujuan utamanya adalah untuk memupuk dan merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan Warga 4 Div bersama keluarga. Sambutan Hari Keluarga dan Sukaneka 4 Div ini adalah kali ke 33 ianya diadakan dan Majlis Perasmian disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dengan memotong riben kain rentang. Pelbagai acara sukaneka telah disediakan melibatkan aktiviti kanakkanak dan orang dewasa yang mendapat sambutan mengalakkan daripada hadirin yang hadir dengan
42 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
menyediakan pelbagai hadiah menarik. Pihak pe nganjur turut menyediakan permainan bauncing ballon dan keretapi yang dikhaskan kepada kanak-kanak bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.
Turut hadir pada acara tersebut Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran, dan Ketua Staf MK 4 Div Kol Mohd Radzi Abdul Hamid, Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
4 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
PULAPOT terima Komandan Baharu Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
KUALA LUMPUR: Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan PULAPOT diantara Lt Kol Noor Hishmuddian Rahim dengan pengganti beliau Lt Kol Mohd Hanim Saip bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 8 Jan 2014. Majlis Serah Terima tugas telah disaksikan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki dan PS 1 Am Jabatan KPTD Lt Kol Abdullah Mohamed Hashim
Perbarisan KS MK 4 Div KUALA LUMPUR: Seramai 200 warga MK 4 Div terlibat dalam Perbarisan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid bagi bulan Januari yangt diadakan di perkarangan MK 4 Div pada 27 Jan 14. Perbarisan terdiri dari tiga kontinjen iaitu kontinjen Pegawai, PTT Kanan dan Kpl ke bawah, yang diadakan pada setiap hari Isnin minggu ke empat yang bertujuan untuk memastikan keterampilan, kesegakan, kekemasan serta tahap disiplin Warga MK 4 Div sentiasa berada di tahap tertinggi. Dalam ucapan Ketua Staf MK 4 Div beliau mengingatkan semua Warga MK 4 Div hendaklah memastikan penampilan diri yang kemas dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi mencerminkan penampilan seorang anggota tentera yang sentiasa diterapkan dengan disiplin diri yang tinggi. Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
Pemakaian Pangkat Anggota 4 Div KUALA LUMPUR: Ketua Staf MK 4 Div Kol Mohd Radzi Abdul Hamid menyempurnakan pemakaian pangkat anggota MK 4 Div bertempat di Ruang Indera MK 4 Div pada 6 Jan 14. Anggota yang dipakaikan pangkat ialah Kpl Jurina Jamaluddin yang dinaikkan pangkat ke pangkat Sjn, seterusnya menjawat jawatan Sjn Tadbir di Pejabat Urustadbir Kem 4 Div. Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian tersebut adalah Ketua-Ketua Cawangan serta Pegawai Staf MK 4 Div. Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
43 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
4 DIV
Majlis Ramah Mesra Tingkatkan Kerjasama Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR: Majlis Ramah Mesra Rondaan Bersama PDRM, ATM dan SRS telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada 11 Jan 14. Majlis tersebut diselaraskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergiriti Nasional (JPNIN) Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Majlis diadakan sebagai sesi suai kenal serta merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak polis, tentera dan penduduk setempat. Pada majlis itu juga turut diadakan perbincangan bagi merancang aktiviti tahun 2014 untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat dan memupuk integrasi nasional agar ianya selaras dengan dasar-dasar kerajaan. Melalui rondaan bersama (NBOS
2) ini yang dilancarkan pada 14 Dis 12 yang lalu, ia dilihat sebagai satu langkah yang amat bertepatan dan diyakini dapat menurunkan kadar peratusan perlakuan jenayah
di kawasan tersebut sekaligus memberikan keselesaan dan keharmonian kepada penduduk setempat.
UKA Uji Kecergasan 23 Anggota Ikuti Kursus Warga 4 Div Insentif SPM
KUALA LUMPUR: MK 4 Div mengadakan Ujian Kecergasan Asas ( UKA) Penggal Pertama yang dilaksanakan di dalam Kem Wardieburn pada 11 Feb 14. Ianya bertujuan untuk memastikan MK 4 Div memiliki anggota yang sihat, cergas dan mampu mengekalkan tahap kecergasan setiap masa. Ujian ini telah dikuatkuasakan di dalam TD bagi menilai dan mempertingkatkan tahap kecergasan jasmani anggota agar ianya bersesuaian dengan keperluan penugasan untuk mancapai matlamat organisasi. UKA mengandungi tiga komponen kecergasan terdiri daripada Bangun Tubi, TekanTubi dan Berlari 2.4 km dalam masa yang ditetapkan bagi membolehkan Pegawai Memerintah mengetahui tahap kecergasan anggota pasukannya serta mampu membina semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan semasa melaksanakan sesuatu tugas. – Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
44 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Seramai 23 anggota tentera dari pasukan-pasukan sekitar Lembah Klang terpilih untuk mengikuti Kursus Intensif SPM Pusat Pendidikan Wilayah 4 Div yang dirasmikan oleh PS 1 Ordnans MK 4 Div, Lt Kol Shaari Idris bertempat di Sel Pendidikan MK 4 Div pada 20 Mac 14 . Kursus tersebut dilaksanakan selama setahun setelah lulus ujian yang ditetapkan bagi membantu anggotaanggota tentera dalam memperbaiki keputusan SPM yang sedia ada serta peluang untuk meningkat di dalam kerjaya yang diceburi. Turut hadir pada majlis tersebut adalah PS 2 Tadbir MK 4 Div, Lt Kol Mat Nor Abd Rahman serta PS 2 Pendidikan MK 4 Div, Mej Zazali Makding. – Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, gambar: Pbt Nurhaslinda Zakaria
4 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Makan Malam Rejimental Dining In Panglima 4 Div Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR: S e r a m a i 3 5 0 Pegawai dan pasangan hadir dalam Majlis Makan Malam Rejimental Dining In Panglima 4 Div dengan penuh adat tradisi ketenteraan telah diadakan di Wisma Perwira TD pada 7 Mac 14. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail sempena mengambilalih tugas serta mewarisi tradisi officer corps yang telah diamalkan sejak dulu seiring dengan Sistem Pemerintahan Rejimental iaitu pengamalan budaya dan tradisi ketenteraan di dalam organisasi. Pada majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan hiburan daripada pegawai lelaki dan wanita bagi merancakkan suasana
majlis tersebut dan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning sempena HUT 4 Div Ke-33 yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div Turut hadir Panglima 11 Bgd, Brig
Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 12 Bgd, Ya’cob Hj Samiran.
Seminar Grooming And Self Confidence Memperkasakan Bakat 4 DIV KUALA LUMPUR: Seramai 50 Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Div menghadiri Seminar Grooming And Self Confidence BAKAT 4 Div yang diadakan di Rumah BAKAT 4 Div, r pada 27 Mac 14 . Ianya bertujuan memberi kefahaman kepada semua ahli BAKAT 4 Div sebagai isteri pegawai tentera serta mendedahkan kepada ahli BAKAT tentang tatacara, penampilan diri dan etika semasa menghadiri sesuatu acara atau majlis rasmi. Seminar ini yang turut mengundang Lt Kol Kamzaini Kamal dan Puan Zarina Bashir Ahmad yang cukup berpengalaman dalam konsep protokol dan etika sosial dari segi pemakaian dan penggunaan solekan yang betul dan bersesuaian dengan konsep sesuatu majlis. Seminar sebegini amat bertepatan sekali bagi memastikan ahli BAKAT
4 Div tidak berasa kekok untuk mengikuti suami ke majlis-majlis rasmi dengan memperagakan konsep pemakaian dan solekan yang betul agar dapat memperkasakan B AKAT 4 Div. Turut hadir pada seminar tersebut adalah Pengerusi BAKAT 4
Div, Datin Faridah Hanim Ahmad, Pengerusi BAKAT 11 Bgd, Datin Nab Mamat dan Pengerusi BAKAT Kem 4 Div, Puan Ruzairitasharena Zakaria. Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang-
45 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
4 DIV
Panglima 4 Div Lawat 4 RSD Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang SELANGOR: Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail melakukan Lawatan Ulung dan Pemeriksan Tadbir Tahunan ke atas pasukan 4 Rejimen Semboyan Diraja pada 11 Mac 14 . Tujuan lawatan bagi membolehkan beliau melihat dengan sendiri dan mengetahui keadaan sebenar pasukan dalam melaksanakan tugas sehariannya. Pemeriksaan Tadbir Tahunan pula akan dilaksanakan setiap 18 bulan, mengikut tempoh yang ditetapkan bagi menentukan setiap pasukan dan anggota sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk diaturgerakkan pada bila-bila masa. Dalam ucapan oleh Panglima 4 Div beliau mengingatkan perlaksanaan latihan hendaklah dipandu oleh doktrin dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa agar perancangan dan pelaksanaan latihan lebih teliti dan mantap. “Saya berharap semua warga 4 RSD agar sentiasa mempamerkan mutu disiplin yang tinggi dan sentiasa
bersiap sedia serta mematuhi perintah-perintah tetap yang dikeluarkanz,”tegasnya. Dalam pemeriksaan tersebut, beliau berpuashati dengan tahap persiapan pasukan dan mahukan 4 RSD menyusun program yang terperinci untuk memperlihatkan kemampuan pasukan menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas yang cekap dan berkesan.
Kursus Smart Solat Diberi E k s p e d i s i J e m a a h Pendedahan Mendalam Tertinggi BAKAT Darat
KUALA LUMPUR: Seramai 23 orang peserta menghadiri PAHANG: Seramai 35 Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat yang diketuai oleh Kursus Smart Solat Pegawai dan Pranita Peringkat Kem Wardieburn Tahun 2014 anjuran MK 4 Div yang diadakan Pengerusi BAKAT Darat, Datin Norlida Hj Abd Mubin mengadakan ekspedisi ke Taman Negara Pahang pada di Masjid Kem Wardieburn pada 25 dan 26 Feb 14. Kursus bertujuan mendedahkan peserta dengan 18 hingga 20 Mac 14. Dalam lawatan tersebut pelbagai aktiviti telah diatur pelbagai ilmu pengetahuan terutama ilmu yang berkaitan dengan keagamaan yang amat berguna antaranya menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling, terutama bagi persiapan diri dan untuk didikan anak- jungle tracking melihat panorama hijau hutan, meniti jamb atan gant ung sejau h 500 mete r dan melawat anak semasa di rumah. Selain itu peserta diberi penekanan cara-cara perkampungan Orang Asli. Ekspedisi seumpama ini merupakan satu aktiviti sosial melaksanakan solat dengan sempurna supaya yang berfaedah kerana di samping ahli-ahli BAKAT mendapat penghayatan yang sebenar ketika setiap mendapat pengalaman baharu berada di kawasan kali melakukan solat. Peserta juga turut ditekankan bacaan wajib dalam perkampungan Orang Asli mereka juga berpeluang sembahyang agar dapat memperbaiki bacaan supaya melihat sendiri keupayaan Orang Asli menggunakan alam semulajadi sebagai bahan mengekalkan lebih sempurna serta dapat melahirkan warga MK 4 kehidupan secara tradisional. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Div yang berpegang teguh kepada prinsip kehidupan beragama. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, gambar: Pbt Kadir, gambar: Pbt Nurhaslinda Zakaria Nurhaslinda Zakaria
46 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
4 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Persediaan Memasuki Gerbang Perkahwinan Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR: Seramai 75 anggota tentera dan orang awam di sekitar Lembah Kelang terlibat dalam Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1/2014 bertempat di Masjid Kem Wardieburn yang diadakan selama dua hari mulai 18 hingga 19 Mac 14 . Kursus bertujua n memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dengan h al-hal keagamaan, asam garam berumahtangga, pengurusan pengisian borang Jabatan Agama Islam Negeri dan pengurusan kesihatan Setiap peserta juga turut diberikan sebuah buku bertajuk Memasuki Pintu Gerbang Perkahwinan sebagai panduan dan rujukan mereka untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenar bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Manakala tenaga pengajarnya terdiri daripada staf KAGAT yang berpengalaman yang menjadikan kursus ini lebih ceria dan efektif mengikut modul bersepadu Kursus Pra Perkhawinan Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Upacara penutupan kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh PS 1 Tadbir MK 4 Div, Lt Kol Abdullah Ali yang mewakili Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid.
Hari Pengajian Pegawai 4 Div KUALA LUMPUR: H a r i P e n g a j i a n Pegawai Peringkat MK 4 Div telah diadakan di Masjid Kem Wardieburn, baharu - baharu ini dimana semua peserta telah diberi taklimat secara teori dan amali caracara menunaikan Umrah dan Haji. Dalam taklimat yang disampaikan oleh PS 2 KAGAT MK 4 Div, Mej (Ust) Hj Mohamad Muntaha Hj Saleh berkata Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berkemampuan. Peserta juga turut diajar melakukan tawaf apabila pihak masjid turut menyediakan replika Ka’abah dimana semua peserta dikehendaki mengelilingi replika Ka’abah tersebut sebanyak tujuh kali dengan mengikut syarat-syarat tertentu mengambil peristiwa ketika mula membina Ka’abah apabila Nabi Ibrahim AS memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata den gan mengelilinginya tujuh kali. Hari pengajian sebegini amat bertepatan sekali selain mengejar duniawi para peserta
turut didedahkan dengan ajaran Islam sebenar bagi memastikan pegawai-pegawai MK 4 Div mendapat hidayah serta menunaikan Rukun Islam kelima. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’
Abu Muslim Ismail dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid. Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: Pbt Nurhaslinda Zakaria
47 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
4 DIV
Majlis Ilmu mampu Lahirkan Warga 4 Div Berdisiplin Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir. Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR: MK 4 Div telah menganjurkan Ceramah Agama bulanan yang diadakan di Masjid Kem Wardieburn pada 6 Feb 14 . Tujuan majlis bagi membentuk warga 4 Div yang berpegang teguh kepada ajaran Islam sebenar dan penceramah jemputan adalah Ustaz Hj Zamri Hj Zainal Abidin, Mantan Penerbit IKIM.fm dan juga merupakan Ahli Muzakarah Haji di Tabung Haji yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Tentera Syurga. Dalam ceramah tersebut beliau berkata mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam dan salah satu jalan menuju ke syurga bermaksud umat Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jal an All ah mem bel a keben ara n atau mempertahankan hak dengan penuh keikhlasan untuk
menegakkan agama Allah. Beliau memberi contoh kejadian di Lahad Datu, Sabah apabila beberapa orang perajurit negara gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara seperti sepotong ayat di dalam Al-Quran berbunyi dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu
menceroboh dengan memulakan peperangan kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang menceroboh. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid.
Ahli Bakat Tunjuk Kemahiran Memasak
KUALA LUMPUR: B a d a n Am al Kebajikan Aangkatan Tentera (BAKAT) 4 Div menganjurkan Pertandingan Memasak Peringkat 4 Div yang diadakan di Rumah BAKAT 4 Div baharu - baharu ini. Tujuan pertandingan untuk mencari ahli BAKAT yang benarbenar berkemahiran dan berkreativiti
48 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
tinggi dalam bidang masakan untuk mewakili BAKAT 4 Div ke Pertandingan Memasak BAKAT Darat yang akan diadakan nanti. Selain itu, peserta-peserta yang memasuki pertandingan ini juga dapat mengetahui syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan serta dapat bekerjasama dengan
pasangan agar terjalin sikap saling membantu untuk mancapai matlamat disasarkan. Pertandingan yang diadakan ini telah disertai seramai sembilan tim terdiri daripada BAKAT 11 Bgd, BAKAT 12 Bgd dan BAKAT Gabungan 4 Div yang mana setiap tim BAKAT perlu menunjukkan citarasa tersendiri untuk memasak termasuk menghias dan menghidang nasi tumpang, ikan bakar, pecal serta kuih cek mek molek dan qasidah. Johan pada pertandingan tersebut dimenangi olehYati Oje dan Norita Zulkiy dari BAKAT Gabungan 4 Div dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Faridah Hanim Ahmad. Dalam masa yang sama ianya turut mempelbagaikan lagi aktiviti BAKAT 4 Div serta membantu ahliahli BAKAT bersosial serta memupuk semangat kekeluargaan dalam satu kumpulan yang kukuh serta merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain walapun berlainan agama. Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: Pbt Nurhaslinda Zakaria
4 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
6 RRD Buktikan Pasukan Digeruni Dalam Kembaraduga Oleh: PAHANG - 6 RRD telah membuktikan dengan latihan yang gigih serta kerjasama berpasukan yang jitu membolehkan mereka dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Pertandingan Kembaraduga Peringkat 4 Div Tahun 2014. Selaku Juara bertahan, 6 RRD cukup sinonim dengan sukan lasak ini baik di Peringkat 4 Div mahupun di Peringkat Pemerintahan Medan TD dan sering menjadi igauan pasukan-pasukan bertanding. Pertandingan yang berlangsung di kawasan Kuala Lipis, Mentakab, Temerloh dan Jerantut, Pahang mulai 1 hingga 6 Apr 14 turut melibatkan penyertaan 136 pegawai dan anggota terdiri daripada pasukan 1 RAMD, 8 RAMD, 25 RAMD dan 6 RRD. Sebanyak lima disiplin utama diadakan iaitu mendayung, jalan laju, berakit, pandu arah dan menembak, bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal anggota di dalam melaksanakan tugas walaupun dalam keadaan yang sukar dan berisiko tinggi dengan
mementingkan misi dan kejayaan berlandaskan hasil perancangan yang berkualiti. Upacara pembukaan dan penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim.
Mesyuarat Kebajikan Tindakan Segera Usul-Usul Berbangkit
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kebajikan Kem 4 Div Siri 1/2014 telah diadakan di Dewan Hulubalang Kem 4 Div, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada 12 Mac 14 yang
telah dipengerusikan oleh Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid. Dalam ucapan aluan oleh pengerusi berkata, mesyuarat ini akan diadakan dua atau tiga kali setahun bagi membolehkan semua anggota mengemukakan segala permasalahan mereka. Beliau turut mahukan segala maklumbalas berkaitan perkara-perkara berbangkit pada mesyuarat yang lepas diteliti dengan terperinci untuk diambil tindakan sewajarnya. Pelbagai usul-usul baru telah dibangkitkan untuk pihak pasukan dapat mengambil tindakan seterusnya dapat menambahbaikkan kekurangan yang sedia ada. Turut diadakan adalah pembentangan akaun TKR bagi membolehkan semua yang hadir mengetahui perjalanan dan kedudukan terkini kewangan TKR. - Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
Program Cuti Sekolah Diisi Perkara Berfaedah KUALA LUMPUR - Program Rakan Masjid peringkat Kem Wardieburn telah diadakan di Masjid Kem Wardieburn pada 26 Mac 14 melibatkan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah. Pihak penganjur telah mengadakan pertandingan mewarna, memasak, laungan azan dan kem hafazan bagi melahirkan kanak-kanak yang berakhlak mulia, bersahsiah terpuji dan mempunyai jati diri tinggi seterusnya akan melahirkan generasi yang prihatin dalam kepentingan ilmu pengetahuan dan sentiasa mengimarahkan masjid. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandigan telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Rdzi Abdul hamid. - Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir. Gambar: Lkpl Mohd Zulkifi Awang.
49 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
4 DIV
Perbarisan Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD Oleh : Syaiful Amir Alias SELANGOR: Seramai 25 Pegawai dan 195 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menyertai Perbarisan Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD, Lt Kol Azlan Long Abdullah bertempat di Padang Kawad Pasukan yang diketuai oleh Mej Abdul Halim pada 7 Jan 14. Semasa perbarisan tersebut, 3 PTT Kanan dan 11 PTT Rendah telah dinaikkan pangkat. Beliau menyampaikan amanat dengan mengariskan beberapa perkara penting perlu dilaksanakan oleh setiap pegawai dan anggota agar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi di dalam penugasan. “Kita perlu menjauhkan diri daripada anasir-anasir luar yang boleh menjejaskan KPTD amnya perkhidmatan khasnya” katanya. Turut hadir pegawai-pegawai di
bawah naungan 4 Rejimen KPTD dan majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan yang diadakan di Kelab Pasukan.
Pengerusi KPTD Serah Bendera KPTD SELANGOR: Majlis Penyerahan Bendera KPTD kepada Tim Bola Keranjang KPTD yang dipertanggungjawabkan kepada 4 Rejimen KPTD bagi menjadi pasukan pengurus kejohanan bola keranjang antara Kor Tentera Darat diadakan di Kelab pasukan pada 5 Mac 2014. Pengerusi KPTD, Brig Jen Dato’ Mohd Nasser Hj Murad menyempurnakan majlis tersebut yang dihadiri oleh pegawai kanan KPTD. Turut hadir dalam majis tersebut Kol Huszairi Hj Jantan, Ketua Cawangan Siasatan Jenayah KPTD. Oleh : LKpl Syaiful Amir Alias Gambar: Kpl Asmawi Aliman
50 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Latihan Menembak Pistol 4 KPTD SELANGOR: Bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan menembak pistol, pasukan 4 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja (4 KPTD) melaksanakan Latihan Menembak Pistol Peringkat Pertama bertempat di Lapang Sasar Pistol, Batu Arang pada 5 Mac 2014. Latihan yang dijalankan selama dua hari itu bagi memastikan setiap anggota mahir, cekap dan berkesan dalam pengendalian pistol sebagai persediaan membentuk pasukan yang berkredibiliti menggunakan senjata api dan mampu melaksanakan pelbagai tugasan sejajar dengan tanggungjawab pasukan KPTD sebagai pasukan penguatkuasaan. Oleh : LKpl Syaiful Amir Alias Gambar: Kpl Asmawi Aliman
4 DIV
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Panglima 4 Bgd Lawat 4 KPD (MEK) Oleh: Caw Risik 4 Bgd Mek PAHANG: Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul Ghani mengadakan Lawatan Ulung k e 4 Kompeni Perkhidmatan Diraja (Mek) pada 30 Jan 14. Lawatan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah 4 KPD (Mek) di Balai Pengawal Pasukan sebelum memeriksa Kawalan Kuater dan diperkenalkan kepada semua pegawai, anggota dan pekerja awam di pasukan tersebut sebelum diberi sesi taklimat mengenai pasukan tesebut oleh Pegawai Memerintah. Selain itu juga, Panglima 4 Bgd (Mek) melawat beberapa tempat di pasukan 4 KPD (Mek) untuk melihat aset-aset yang terdapat di pasukan dan lawatan diakhiri dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati dari Pegawai Memerintah kepada Panglima 4 Bgd (Mek).
Serah Terima Tugas Pen Peg Mem 4 Rej KPTD Selangor: Seramai Tujuh Pegawai dan 170 anggota Lain-Lain pangkat (LLP) dari 4 Rejimen KPTD terlibat dalam Perbarisan Serah Menyerah Penolong Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD di Padang Kawad Pasukan pada 18 Feb 2014. Mej Razman Mat Rawi menerima Nota Serah Terima Tugas dari Penolong Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD daripada Mej Maslina Abu Said yang akan bertukar keluar ke Jabatan Arah Polis Tentera di Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut disaksikan oleh Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD, Lt Kol Azlan Long Abdullah dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai di bawah naungan 4 Rej KPTD dan diakhiri dengan satu Mesyuarat Kebajikan pasukan. Oleh: LKpl Syaiful Amir Alias Gambar: LKpl Ahmad Khairi Mahmud
PERLANTIKAN...Mesyuarat Agong Wisma Bintara 4 Bgd (Mek) telah diadakan di Wisma Bintara 4 Bgd (Mek) bagi melantik Yang Dipertua, Tim Yang Dipertua serta AJK Wisma Bintara 4 Bgd (Mek) untuk tahun 2014 dan turut membincangkan untuk kemasukan ahli Bintara Muda Siri 1/2014. Mesyuarat tersebut berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang dengan kehadiran Penasihat Wisma Bintara, Lt Kol Mohamad Suria Mohamad Saad selaku Ketua Staf AM 4 Bgd (Mek) dan semua ahli pada 27 Jan 14. – Caw Risik 4 Bgd Mek
LAWATAN...Panglima Angkatan Bersama melawat ke tapak projek menaik taraf Kawasan Kepelbagaian Mekanize (KKM) di Jalan Pancing dan beliau telah disambut oleh Ketua Staf AM 4 Bgd (Mek), Lt Kol Mohamad Suria Mohamad Saad pada 11 Feb 14. – Caw Risik 4 Bgd Mek
51 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
RENCANA
Oleh: Mej Anijah Miril Gambar: SSjn Solor
Penubuhan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia bakal direalisasikan pada tahun 2014 setelah beberapa tahun telah dilaksanakan kajian dan permohonan ke pihak atasan. Cadangan penubuhan ini seiring dengan cabaran perisikan di peringkat nasional, serantau mahupun global. Cadangan menubuhkan Kolej Perisikan dimuktamadkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ke 387 yang bersidang pada 29 Jan 2008. Kolej ini merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab untuk melatih pegawai dan anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam bidang perisikan. Pada masa yang sama, Kolej Perisikan akan turut melatih kakitangan organisasi kerajaan yang lain mengikut keperluan dan permintaan. Bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan penubuhan Kolej Perisikan ini, Mej Anijah Miril (PS 2 Editor BTDM) dan SSjn Solor telah menemubual Komandan Kolej Perisikan, Kol Som Phong a/l Khlop.
Sejarah Awal Penubuhan Penubuhan Kolej Perisikan telah dikaji dan dibentuk sejajar dengan penstrukuran baru Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) menjadi Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO). Penstrukuran ini seiring dengan objektif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah mengolah penstrukturan organisasi selari dengan transformasi Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF). Dari sudut saluran pemerintahan, Kolej Perisikan diletakkan di bawah pengurusan Direktorat Latihan yang merupakan salah satu direktorat dalam BSPP.. Mengikut perancangan, Kolej Perisikan dirancang BSPP untuk ditempatkan di Kompleks Pusat Latihan Perisikan
52 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
(PULARIS), Kem Mentakab, Pahang. Bagi memenuhi keperluan dan hasrat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Direktorat Latihan telah meletakkan garis panduan bagi merealisasikan penubuhan Kolej Perisikan sebagai institusi pendidikan yang memberi latihan menjurus kepada aspek perisikan profesional untuk dijadikan sebagai Pusat Kecemerlangan Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence). Bermula pada pada 15 Nov Nov 2011, 2011, Lt Kol Hj Abd Abd Rashid Rashid bin Hj Modzni telah lantik sebagai pegawai bertanggungjawab untuk merancang dan merencana pembangunan kolej ini. Beliau telah membuat beberapa kertas cadangan dan memikirkan perkara yang harus dilaksanakan
R E N C A N A Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 Malaysia 1986-2014 bagi menjayakan penubuhan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia. Satu kertas cadangan Konsep Hala Tuju Pendidikan dan Latihan Kolej Perisikan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Tertinggi Kor Risik Diraja (KRD) pada 7 Apr 2012 yang mana ianya memberi gambaran awal kepada Jemaah Tertinggi KRD berkenaan kolej ini. Pada 1 Jun 2012, Tim Peneraju Kolej Perisikan telah ditubuhkan. Tim Peneraju Kolej Perisikan bertanggungjawab untuk merancang pem-bangunan Kolej Perisikan supaya dapat beroperasi dengan efektif serta memenuhi objektif sebenar penubuhan kolej seperti yang digariskan. Tim ini akan terus beroperasi di Direktorat Latihan sehingga penubuhan Kolej Perisikan di Kem Mentakab, Pahang direalisasikan. Tim ini juga bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan kursus Kod AT No.1 yang mana setiap
Penubuhan Kolej Perisikan telah dikaji dan dibentuk sejajar dengan penstrukuran baru Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) menjadi Malays ian De fence Intelligence Organisation (MDIO). Penstrukuran ini seiring dengan objektif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah mengolah penstrukturan organisasi selari dengan transformasi Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF).
Kursus Introduction to Cyber Warfare Siri 1/2012 pula telah dianjurkan pada 24 Sep hingga 5 Okt 2012 yang melibatkan penyertaan seramai 20 peserta dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan. Pada 3 Feb 2013, Lt Kol Hj Abd Rashid Hj Modzni telah dinaikkan kepangkat Kolonel dan memegang jawatan sebagai Kolonel Operasi di Cawangan Perisikan, Markas Tentera Darat. Pada 2 Apr 2013, jawatan Ketua Ketua Tim Peneraju telah diserahkan kepada Kol Som Phong a/l Klop dan seterusnya dilantik sebagai Komandan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia yang pertama.
Penyerapan PULARIS ke Kolej Perisikan Sebagai persiapan awal, cadangan Penyataan Wawasan dan Rancangan Perpindahan Kolej Perisikan ke Kem Mentakab telah dibentangkan dalam Mesyuarat INSIGHT BSPP bermula pada 10 Okt 2012, seterusnya pembentangan
cadangan organisasi Kolej Perisikan dengan penggabungan perjawatan PULARIS pada 25 Feb 2013. Hasrat penggabungan ini adalah bertujuan mewujudkan satu kolej (entiti) yang bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan latihan perisikan di peringkat ATM. Beberapa perubahan telah dibuat dan dipersetujui oleh ahli dan pihak atasan. Mesyuarat JPP ke 428 yang bersidang pada 30 Sep 2013 telah meluluskan penyerapan PULARIS ke dalam organisasi Kolej Perisikan manakala Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 530 yang bersidang pada 6 Jan 2014 telah meluluskan penubuhan Kolej Perisikan. Mengambil kira keperluan keperluan latihan dan pembangunan perisikan semasa, Kolej Perisikan pada masa kini sedang dalam proses mengemaskini struktur organisasinya sebagai persiapan untuk mengambilalih PULARIS dari Markas Latihan Tentera Darat selepas Lembaga Ambil Alih bersidang. Peristiwa bersejarah kepada warga perisikan ini dijangka akan berlaku pada tahun 2014.
kursus akan melibatkan kesemua perkhidmatan dan juga agensi perisikan luar. Tim Peneraju Kolej Perisikan telah berjaya menganjurkan kursus yang pertama iaitu Kursus Asas Perisikan Geospatial Siri 1/2012 di Agensi Remote sensing Malaysia (ARSM) pada 9 hingga 20 Jul 2012 dengan penyertaan seramai 26 peserta dari ketiga-tiga cabang perk hidm atan serta agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
53 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
PERISITIWA
Oleh: Sjn Nor Rizam Hamad
Is u -isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerap menjadi bahan perbincangan dalam media massa. Paparan kemalangan jalan raya di televisyen dan surat khabar jelas menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Pada pendapat saya, isu kemalangan jalan raya ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana kemalangan jalan raya banyak mendatangkan masalah. Beberapa langkah patut diambil dengan segera untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan jika sikap pemandu dapat diubah. Justeru, semua pemandu kenderaan perlu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Antara peraturan yang penting dan mesti dipatuhi ialah jangan memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pemandu juga mesti bertolak ansur ketika berada di jalan raya dan berhati-hati ketika memandu dalam cuaca hujan. Selain itu, pemandu juga mesti memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di jalan raya. Pada masa yang sama, anakanak juga boleh mengingatkan serta menasihati ibu bapa supaya mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa. Sikap saling menasihati ini pasti dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada musim AN...kerjasama AN... kerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan dapat perayaan.
ratkan sesama umat
54 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
P E R I S I T I W A Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 Keluarga juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan ray a. Sebagai co ntoh, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di jalan raya. Pada masa yang sama, anak-anak juga boleh mengingatkan serta menasihati ibu bapa supaya mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa. Sikap saling menasihati ini pasti dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terut ama pada musim perayaan. Selain itu, pihak media massa juga boleh memaink an peranan. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi sikap masyarakat memamng tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh media massa seperti stesen televisyen boleh menyiarkan gambar kemalangan jalan raya yang telah berlaku sebagai peringatan kepada pemandu lain. Manakala surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kesan kemalangan jalan raya. Pihak penguatkuasa undangundang jalan raya juga boleh memainkan peranan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang menggunakan jalan raya dan hanya membenarkan kenderaan yang baik sahaja beroperasi di jalan raya. Manakala
pihak polis boleh membuat perangkap had laju di semua jalan raya dan menyaman kenderaan yang dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Pemandu yang mempunyai saman kesalahan jalan raya pula, tidak perlu dibenarkan memandu lagi di jalan raya. Di samping itu, pihak kerajaan jug a bol eh mem ain kan perana n dalam mengurangkan kemalangan ja lan ra ya . Ha l ini ke ra na pi ha k kerajaan mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang jalan raya yang baru. Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang kemalangan ja la n ra ya . Pi ha k ke ra ja an ju ga
boleh mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh kerajaan. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak yang paling penting dalam menangani kemalangan jalan raya ialah pemandu kenderaan sendiri. Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing. Denagn kerjasama semua pihak, jalan raya di Malaysia pasti dapat menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna jalan raya.
pihak media massa juga boleh memainkan peranan. Sebagai contoh media massa seperti stesen televisyen boleh menyiarkan gambar kemalangan jalan raya yang telah berlaku sebagai peringatan kepada pemandu lain. Manakala surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kesan kemalangan jalan raya.
55 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
A G AM A
Oleh: Kpl Nurulhaswani Ruzaini SYAHID adalah anugerah dan kemuliaan yang besar daripada Allah kepada hambaNya. Tiada apa yang dapat menghalang orang yang Syahid dari masuk syurga seperti mana sabda Nabi SAW, “Yang terbunuh di jalan Allah akan dihapus semua dosanya kecuali hutang.” (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi, “Allah menjamin bagi orang yang berperang di jalanNya; dia tidak keluar kecuali untuk jihad di jalanKu dan dia beriman kepadaKu dan membenarkan para rasulKu, maka Aku menjamin akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang ke rumahnya dengan pahala dan harta rampasan perang.” (Bukhari dan Muslim) Walaubagaimanapun setiap amal datang bersama syaratsyarat dan pembatalnya. Sep erti mana orang yang solat tetapi tidak memenuhi syarat solat seperti wuduk, mengadap kiblat dan selainnya dia tidak mendapat gan jaran orang yang solat, maka begitu halnya dengan jihad. Seorang
56 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
yang berjihad lalu mati tetapi tidak memenuhi syarat jihad maka dia terhalang dari mendapat kemuliaan Syahid. Oleh itu Islam menekankan ilmu sebelum amal supaya amal yang dilakukan tidak sia-sia. Antara syarat utama Syahid adalah iman kepada Allah dan RasulNya dengan sebenar-benar iman dan menjauhi
Seorang yang mati berperang tetapi ketika hidupnya tidak mentauhidkan Allah (yakni mensyirikkan Allah), percaya kepada bendabenda khurafat, bomoh, memakai tangkal sudah tentu tidak mendapat keutamaan ini kerana syirik adalah dosa yang dijamin tidak akan diampunkan oleh Allah kecuali dengan bertaubat dan kembali mentauhidkan Allah.
segala kesyirikan yang menjadi punca terbatalnya seluruh amal. Firman Allah, “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia menyekutukan apapun dalam ibadat kepada Tuhannya.” (Al-Kahf: 110) Seorang yang mati berperang tetapi ketika hidupnya tidak mentauhidkan Allah (yakni mensyirikkan Allah), percaya kepada benda-benda khurafat, bomoh, memakai tangkal sudah tentu tidak mendapat keutamaan ini kerana syirik adalah dosa yang dijamin tidak akan diampunkan oleh Allah kecuali dengan bertaubat dan kembali mentauhidkan Allah. Adapun penghalang-penghalang dari mendapat syahid antaranya adalah seperti berikut iaitu pertama, keluar berjihad tanpa kebenaran pemerintah Muslim. Sesuatu urusan penting yang melibatkan umat (termasuk jihad) keputusannya terletak di tangan pemerintah Islam. Ia bukan sesuatu yang boleh diputuskan oleh sesiapa saja. Sabda Nabi SAW, “Imam adalah perisai, kaum
A G A M A muslimin berperang di belakangnya dan berlindung dengannya. Jika dia memerintahkan untuk bertakwa kepada Allah SWT dan berlaku adil, maka dia mendapat pahala kerana itu. Tetapi jika dia memerintahkan berbuat maksiat, maka dia memperoleh dosanya.” (Riwayat Muslim) Imam Al-Nawawi menjelaskan, “(Imam adalah perisai) seolah-olah dirinya adalah tabir kerana dirinya menghalang musuh untuk tidak menyakiti kaum Muslimin dan mencegah kaum Muslimin agar tidak saling menyakiti dan melindungi negeri islam. Manusia berlindung kepadanya dan takut dengan hukumannya. Dan makna (berperang di belakangnya) adalah kaum muslimin berperang bersamanya menghadapi kuffar, pemberontak, Khawarij dan seluruh golongan yang berbuat kerosakan dan kezaliman.” (Syarah Muslim) Ibnu Hajar menjelaskan, “Seorang Imam melindungi kaum Muslimin dari musuh dan mencegah ter ja di ny a pe ng an ia ya an se sa ma kaum Muslimin. Dan yang dimaksud dengan imam adalah mereka yang menangani urusan kaum muslimin.” (Fathulbari). Ibnu Taimiyah berkata, “Jihad hanya diseru oleh pemerintah yang mengurus urusan kaum Muslimin.” (Minhaj Al-Sunnah). Oleh itu, pemerintahlah yang layak menyeru kepada jihad, bukan ketua mana-mana kumpulan yang sebarangan, atau mana-mana individu. Keduanya memerangi orang yang tidak boleh diperangi. Ra sulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membunuh seorang mu’ahad (orang kar yang ada perjanjian), maka dia tidak akan mencium bau syurga dan sesungguhnya baunya dapat tercium dari jarak perjalanan 40 tahun.” ( Al-Bukhari) dan ketiganya berjihad di bawah panji buta. Sabda Nabi: “Barangsiapa yang berperang dibawah panji yang tidak jelas, marah kerana (taksub pada) kelompok atau mengajak kepada kelompok atau menolong kerana kelompok lalu terbunuh maka dia terbunuh seperti terbunuhnya orang jahiliah. Siapa yang memberontak dari umatku, membunuh yang baik dan yang fajir dan tidak mempedulikan kemukminannya serta tidak menunaikan janjinya kepada orang yang dijanjikan maka dia bukan dariku dan aku berlepas diri darinya.” (Riwayat Muslim)Keempatnya berperang dengan tujuan mati syahid. Syaikh Muhammad Bazmul berkata: “Adalah tidak benar bagi orang yang keluar berjihad dengan tujuan mendapatkan syahid (keluar berjihad untuk mati). Sebaliknya hendaklah dia keluar dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah (yakni untuk menang) dan jika dia
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
mendapat syahid itu adalah kemuliaan dari Allah untuknya. Dan jika dia tidak mendapat syahid, dia pulang dengan pahala dan harta rampasan. Sebahagian orang ingin membunuh dirinya tetapi mereka tahu bahawa membunuh diri tidak dibenarkan. Maka dia keluar berperang dan dia mahu dibunuh. Dia menyangka dengan cara ini dia akan mendapat ganjaran syahid. Renungkan hadis Nabi SAW: “Allah menjamin bagi orang yang keluar di jalanNya; tidaklah dia keluar kecuali kerana ingin berjihad di jalanKu, dan dia beriman kepadaKu dan membenarkan para rasulKu, maka Aku menjamin akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya ke rumahnya dengan membawa kemenangan berupa pahala dan harta rampasan perang.” (Al-Bukhari dan Muslim Jika keluar berperang dengan niat ingin mati dan menjadi syahid itu disyariatkan, mengapa tidak Rasulullah SAW melakukannya? Mengapa Baginda dan para sahabat memakai baju besi? Mengapa kita diperintahkan untuk membuat persiapan? Dan di manakah niat jihad iaitu untuk meninggikan kalimah Allah? Jika semua tentera Islam pergi berjihad untuk mati, maka Islam akan kalah dan kalimah Allah tidak akan ditinggikan. Maka umat Islam harus memerhatikan hal ini kerana ia berkait dengan masalah hati, dan ini adalah satu cara bagaimana Syaitan boleh merosakkan amal kebaikan seorang Muslim iaitu dengan merosakkan niatnya. Kelima pula berperang tanpa izin orang tua. Ini berdasarkan hadis seseorang lelaki bertemu Rasulullah SAW meminta izin ikut berjihad.
Baginda bertanya: “Adakah kedua orang tuamu masih hidup?.” Dia menjawab: Ya. Baginda bersabda: “Jika begitu, berjihadlah untuk kedua orang tuamu.” (Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain ada tambahan, Baginda bersabda: “Pulanglah dan mintalah izin kepada mereka. Jika mereka izinkan maka berjihadlah. Jika tidak, ber baktilah kepada mereka berdua.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Manakala larangan mengatakan sifulan syahid seperti menghukum secara khusus bahawa seseorang itu syahid, ini tidak dibolehkan kecuali dengan persaksian Nabi SAW (melalui wahyu). Imam Al-Bukhari meletakkan satu bab dalam Sahihnya: “Bab Tidak Boleh Mengatakan Si Fulan Syahid”. Ini kerana antara syarat syahid adalah berperang untuk meninggikan kalimat Allah yang tinggi dan ini adalah urusan niat yang tidak ada jalan untuk mengetahuinya. Oleh itu Nabi SAW bersabda, “Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah, dan Allah lebih tahu siapa yang berjihad di jalanNya.” (Bukhari). Namun orang yang secara zahirnya baik, mentauhidkan Allah ketika hidupnya, kita mendoakan dia syahid. Kita tidak menghukumnya syahid dan kita tidak berburuk sangka kepadanya. Kita memperlakukannya di dunia dengan hukum-hukum syahid jika dia terbunuh dalam jihad fi sabilillah. Dia dikubur dengan darah di bajunya tanpa mensolatinya dan untuk syuhada yang lain, dimandikan, dikafani dan disolati.
57 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
KESIHATAN
Oleh: Sjn Nor Rizam Hamad SUDAH cuba pelbagai cara untuk kurus tetapi tidak berhasil? Sudah puas bersenam, berpuasa, mengurangkan kalori malah menggunakan teknik laser dan sedut lemak, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan? Jika segala usaha terbabit tidak memberikan sebarang hasil, maknanya anda berhadapan dengan situasi obesiti degil. Apabila seseorang dilanda obesiti degil dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel. Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami gynecomastia iaitu pembesaran buah dada tidak terkawal. Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal. Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel. Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis. Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal dan disebabkan itu golongan ini sering menjadi mangsa keadaan kerana terpengaruh untuk membeli pelbagai barangan kosmetik demi mengubah penampilan supaya kembali cantik. Apabila ditanya mengapa mereka menitikberatkan kulit muka tetapi membiarkan tubuh kekal gempal, jawapan yang diberikan ialah kecewa kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan dan anggapan itu salah kerana sindrom montel boleh diatasi dengan terapi bagi membetulkan semula gangguan hormon dan enzim dalam tubuh serta
58 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Puas diet, senam tapi tak kurus memerlukan rawatan yang lebih daripada sekadar menjaga menjaga makan, minum dan senaman. Rawatannya memerlukan peningkatan dalam enzim dan metabolik. Bagi memahami bagaimana sindrom montel terjadi dan seseorang yang mempunyai masalah kencing manis misalnya disebabkan tidak mampu memecahkan gula. Maka gula akan kekal sebagai gula dalam darah. Seseorang yang mengalami gout misalnya tidak
jawapan yang di beri kan ialah kecewa kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan dan anggapan itu salah kerana sindrom montel boleh diatasi dengan terapi bagi membetulkan semula gangguan hormon dan enzim dalam tubuh serta memerlukan rawatan yang lebih daripada sekadar menjaga menjaga makan, minum dan senaman.
mampu memecahkan protein maka protein akan menjadi asid urik dalam darahnya. Sindrom montel pula di sebabkan oleh seseorang itu tidak mampu memecahkan lemak kepada tenaga. Justeru, ia merupakan satu penyakit. Ia boleh dikategorikan sama seperti penyakit metabolik yang lain seperti kencing manis dan gout kerana ia memerlukan rawatan dan perubahan gaya hidup yang spesik. Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri. Perasaam mereka kerap berubah-rubah di sebabkan turun naik paras hormon metabolik. Apabila paras hormon meningkat, mereka berasa tenang dan gembira. Tetapi apabila paras hormon merosot pula mereka merasa
KESIHATAN
murung dan gelisah. Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah. Seorang sahabat yang dulunya gemar menyanyi kini tidak mahu lagi menyumbangkan suara di majlis keramaian kerana sindrom montel telah meragut kebolehannya menyanyi. Seorang lagi sahabat diganggu oleh pertumbuhan bulu roma yang menyerupai janggut dan misai. Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing dan setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar. Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan. Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat. Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri. Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis dan salah satu penyelesaian
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Phosphatidylserine ialah sejenis lemak yang di n a m a k a n p h o s p h o l i p i d yang merupakan komponen dinding sel manusia. Otak terbina rata-ratanya dari kelompok ini. Menurut Journ al of The International So ci et y of Sp or ts Nu tr it io n para penyelidik mengatakan p h o s p h a t i d y l s e r i n e membantu para ahli sukan supaya cepat segar selepas sesuatu pertandingan sukan lasak. bagi mengatasi sindrom ini ialah dengan pengambilan bahan protein semulajadi phospohotidyl serine. Ia merupakan suplemen yang mampu mengurangkan hormon cortisol yang menjadi penyebab sindrom montel. Phospha tidylse rine ialah sejenis lemak yang di namakan phospholipid yang merupakan komponen dinding sel manusia. Otak terbina rata-ratanya dari kelompok ini. Menurut Journal of The International Society of Sports Nutrition para penyelidik mengatakan phosphatidylserine membantu para ahli sukan supaya cepat segar selepas sesuatu pertandingan sukan lasak. Ia juga meningkatkan
daya ingatan seseorang serta suplemen lain yang berkesan ialah mineral magnesium, hromium dan selenium. Mineral seperti ini wujud dalam makanan seperti tiram, sayur hijau mentah dan cendawan. Justeru adalah penting untuk mengambil makanan mentah seperti ulam bagi pengidap sindrom montel. Rawatan obesiti bukan sematamata mengurangkan makan dan bersenam. Apabila sudah obes, sel-sel lemak mengeluarkan banyak estrogen yang merosakkan hormon dalam tubuh membawa kepada sindrom montel. Ia memerlukan rawatan khusus dan salah satunya ialah melalui enzim terapi estetik yang mana merupakan rawatan terbaik kerana mengambil kira semua aspek yang menyumbang kepada sindrom tersebut.
59 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
SUKAN
Karnival Sukan 10 RRD Oleh: Kapt Hisam Juss SARAWAK: 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) mengadakan Penutup Karnival Sukan Antara Kompeni Tahun 2013 bertempat di Padang Bola Sepak Pasukan pada 15 Jan 2014. Pada penutupan tersebut menyaksikan Perlawanan Akhir Bola Sepak antara Kompeni A menentang Kompeni B dengan keputusan Kompeni A menang dengan jaringan 4 – 0. Karnival sukan antara kompeni ini telah berlangsung mulai 6 Nov 2013 hingga 15 Jan 2014 melibatkan sebanyak sembilan acara telah dipertandingkan iaitu sepak takraw, merentas desa, road relay, hoki, bola tampar, bola keranjang, ragbi, jalan lasak dan bola sepak. Tujuan karnival sukan ini diadakan adalah untuk mencari dan memilih bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili pasukan ke peringkat yang lebih tinggi selain dapat memberi pendedahan serta latihan kepada semua pegawai dan anggota untuk belajar bagaimana untuk menganjurkan sesuatu karnival sukan supaya mampu untuk menganjurkan sukan di peringkat yang lebih tinggi. Upaca ra penutu p dan
penyampaian hadiah kepada kompeni yang menang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin Yeop yang mana Kompeni A dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sukan Karnival Tahun 2013 dan menerima Piala Pusingan Bujang Berani. Keputusan kedudukan kompenikompeni dalam karnival sukan pada
kali ini iaitu johan disandang oleh Kompeni A, Naib Johan disandang oleh Kompeni Bantuan, tempat ketiga disandang oleh Kompeni C, tempat keempat disandang oleh Kompeni B dan tempat kelima disandang oleh Kompeni Markas. Pegawai Memerintah turut menyampaikan cenderahati kepada para jemputan dari SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri) dan para atlet olahraga 1 Div.
Pertandingan Takraw Antara Kompeni KELANTAN: Pasukan 1 Rejimen Sempadan (1 RS) menganjurkan Pertandingan Takraw antara Kompeni yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mad Mustakim Ahamat Saluti bertempat di Gelanggang Takraw Pasukan mulai 29 hingga 30 Jan 2014. Tujuan pertandingan adalah untuk meningkatan kecergasan dan mental anggota untuk berkerjasama dalam satu pasukan serta merapatkan hubungan sesama anggota. Di samping itu, pertandingan ini turut mencungkil bakat baru sebagai pemain yang akan mewakili pasukan dan ke peringkat yang lebih tinggi dan Johan dimenangi oleh Kompeni Markas. Oleh: Kpl Mohd Faizal Abdul Rahman Gambar: LKpl Peter Lah
60 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
SUKAN
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014
Ramai Atlet Baharu Olahraga Diketengahkan
Oleh : Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir. Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang KUALA LUMPUR - Kejohanan Olahraga Peringkat 4 Div Tahun 2014 telah diadakan di Stadium UIA, Gombak,
Selangor mulai 25 hingga 27 Mac 14 melibatkan Fomasi 11 Bgd, Formasi 12 Bgd dan Trup Div yang mempertaruhkan atlet-atlet terbaik mereka dalam usaha merebut gelaran Johan formasi. Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dalam ucapan penutupnya berkata “Melalui kejohanan yang dilaksanakan ini, bakatbakat baharu dapat ditonjolkan seterusnya berpotensi untuk mewakili 4 Div di dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Tentera Darat yang akan diadakan nanti’’. . Upacara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, menyaksikan Formasi 12 Bgd dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Peringkat 4 Div Tahun 2014. Rjr Mohd Syazlen dari 6 RRD yang mewakili Formasi 12 Bgd ditabalkan sebagai Olahragawan 4 Div, manakala gelaran Olahragawati pula disandang oleh LKpl Siti Aishah dari 103 Komp KPTD yang mewakili Trup 4 Div. -
Trup 4 DIV Cemerlang Pada Kejohanan SMD Peringkat 4 DIV
KUALA LUMPUR - Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kerohanian yang jitu itulah mesej kejayaan bagi Tim Trup Div apabila memenangi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat 4 Div yang diadakan di Dewan Kem Wardieburn, Kuala Lumpur mulai 17 hingga
19 Mac 14. Kejohanan pada kali ini melibatkan 8 kategori yang dipertandingkan dan disertai seramai 48 peserta yang dikelolakan oleh 74 BOD sebagai penganjur kejohanan bagi tahun 2014. Dalam ucapan penutup oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, beliau berkata “Kejohanan ini adalah sebagai persiapan Tim 4 Div untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Tentera Darat yang akan diadakan nanti. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada peserta terbaik dan johan keseluruhan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat 4 Div bagi tahun 2014 yang telah dimenangi oleh Tim SMD Trup Div. Turut hadir pada kejohanan tersebut adalah Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran serta Ketua Staf MK 4 Div, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid. - Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir. Gambar : LKpl Mohd Zulkifi Awang
Tingkat Kerjasama Melalui Sukan
KUALA LUMPUR - Bagi melarikan diri dari kesibukan aktivitiaktiviti harian, beriadah dan berekreasi adalah satu dari
caranya. Untuk itu, Wisma Perwira 4 Div bersama-sama Wisma Bintara 4 Div telah menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Wisma Perwira dan Wisma Bintara 1 RAMD. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di Padang Bola Sepak 6 RRD, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada 24 Jan 14. Perlawanan yang julung julung kalinya diadakan ini diharapkan agar dapat merapatkan hubungan dan ikatan silaturrahim di antara pegawai dan bintara pasukan-pasukan di bawah naungan 4 Div. Pada perlawanan tersebut, Wisma Perwira 4 Div tewas dengan jaringan dua berbalas satu manakala Wisma Bintara 4 Div turut kecundang dengan jaringan empat berbalas satu. - Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir Gambar: LKpl Mohd Zulkifi Awang
61 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
ILMUAN
Oleh : Sjn Nor Rizam Hamad 1. Berbelanja secara berlebihan Ramai dalam kalangan kita seringkali membeli secara terus iaitu melakukan setiap pembelian tanpa berkir sama ada barangan yang hendak di beli itu adalah kehendak ataupun keperluan. Sikap masyarakat yang tidak membuat sebarang perancangan semasa membuat pembelian terutamanya pada musim perayaan dan jualan murah akan mengakibatkan masyarakat berbelanja lebih daripada kemampuan dan membeli barangan yang tidak perlu sehingga mendatangkan pembaziran. Hal ini kerana barangan tersebut mungkin sekadar untuk digunakan pada masa-masa tertentu sahaja seperti pada musim perayaan, hari keramaian dan sebagainya.
2. Terlalu banyak berhutang Masalah kewangan juga boleh berpunca daripada ketidakstabilan kewangan yang menyebabkan individu tertentu terdorong untuk meminjam wang daripada pihak tertentu. Desakan kewangan akan berlaku apabila seseorang itu ingin memyambung pelajaran, berkahwin, membeli aset tetap seperti rumah, membayar sewa dan pelbagai lagi yang mendorong individu meminjam wang daripada pihak bank dan pihak yang berkepentingan lain seperti ahli keluarga, sahabat handai, dan jiran tetangga. Lebih memburukkan keadaan jika seseorang itu menggunakan jalan mudah dengan meminjam wang daripada pihak yang salah seperti kongsi gelap atau 'ahlong'. Masalah ini akan menjadi lebih rumit apabila kita gagal untuk melangsaikan hutang yang dipinjam daripada golongan yang disebut
62 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
di atas dan secara tidak langsung, masalah ini boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.
Sikap masyarakat yang tidak membuat sebarang perancangan semasa membuat pembelian terutamanya pada musim perayaan dan jualan murah akan mengakibatkan masyarakat berbelanja lebih daripada kemampuan dan membeli barangan yang tidak perlu sehingga mendatangkan pembaziran. Hal ini kerana barangan tersebut mungkin sekadar untuk digunakan pada masamasa tertentu sahaja
I L M U A N Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2014 3. Menggunakan banyak kad
kredit dalam satu masa Penggunaan kad kredit sebenarnya bukan dapat menyenangkan kehidupan kita tetapi menambahkan lagi beban hutang kerana perlu membayar kadar faedah yang tinggi. Pengguna tidak sedar akan bahaya penggunaan kad kredit.Walaupun kita nampak penggunaan kad kredit lebih mudah, namun hakikatnya terdapat pelbagai keburukannya. Jika anda mempunyai dua atau tiga kad kredit, sebenarnya anda telah melakukan kesilapan. Oleh itu hapuskan dua lagi kad kredit tersebut sebelum masalah hutang anda menjadi bertimbun-timbun. Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, kerana kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda membayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah faedahnya sahaja, tidak termasuk hutang kad kredit yang sebenar.
4. Tiada simpanan
Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, kerana kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda membayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah faedahnya sahaja, tidak termasuk hutang kad kredit yang sebenar. Penggunaan kad kredit sebenarnya bukan dapat menyenangkan kehidupan kita tetapi menambahkan lagi beban hutang kerana perlu membayar kadar faedah yang tinggi. sejak dari kecil. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menyemai sikap menabung dalam diri anak-anak mereka sejak kecil. Bak kata pepatah Melayu, "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Selain itu, ibu bapa juga dipertanggungjawabkan untuk memberi kesedaran kepada anakanak mereka tentang kepentingan
menabung di masa hadapan. Kita tidak akan tahu jenis kecemasan yang bakal terjadi pada masa akan datang, jadi jika tiada simpanan, kita mungkin akan mengalami krisis kewangan. Secara kesimpulannya, setiap individu perlu mempunyai sedikit simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. 5. Terlalu bergantung harap
terhadap orang lain Ada dalam kalangan individu terlalu bergantung harap kepada orang lain untuk menyumbangkan wang bagi menguruskan kehidupan seharian. Senario ini seringkali berlaku kepada mereka yang tidak bekerja. Golongan ini akan meminta wang daripada ahli keluarga, sahabat handai mahupun jiran tetangga untuk membeli keperluan seharian tanpa mahu berusaha untuk mendapatkan wang dengan keringat sendiri. Sesetengah orang ingin mengecapi kekayaan dalam masa yang singkat dengan melabur wang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti skim cepat kaya.
Masalah kewangan juga boleh berlaku sekiranya individu tidak mempunyai simpanan. Hal ini berlaku disebabkan individu tidak mengamalkan sikap menabung
63 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM
200
1 A ng ka ta n Te ta p Ga ga h Te ta p Se ti a
64 BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA