Contoh Teks Forum Remaja PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB SIAPA Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi) ( Pengerusi) Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3) FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI (Semua) Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T S.W .T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari saudara/saudari ______________________ _______________________ _ yang merupakan merupakan ____________________ __________________________ ______ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara____________ saudari/saudara______________________ ________________, ______, jawatan. j awatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara _________________. _________________. Selamat datang datang juga buat saudara. saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin. Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga masyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara yang sangat negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup bertamadun manusia. Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini merupakan negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab dan disiplin yang hebat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin tidak akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar agar kecemerlangan secara holistik dapat dicapai?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa m engambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan
terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat t indakan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan “sebelum nasi menjadi bubur”. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang asasasas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang persoalan ‘Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa’? Dipersilakan.. Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa. Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Dengar-dengarkan pantun ini : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia begitu sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir hayat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ba gi setiap Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan, penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling utama m enuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang yang mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat anak-anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-adiknya. Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang
baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT. Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa kini bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.. Tetapi saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di sekolah? Saya persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan. Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, m enunjukkan keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi “role model” kepada anak agar anak -anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insya-Allah. Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang m enggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?
Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu,
adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahu’alam. Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pdelajar di sekolah kita pada haroi ini? Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang berbunyi: Jika hari ini siapa saja perosak bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh generasi muda Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza. Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa ‘dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa’, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak ‘menjadi’. Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru khasnya. Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan membimbangkan semua pihak. Justeru pihak yang paling menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah adalah golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan anak-anak mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah. Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan bekerjasama akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan). Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab
dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan sejenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahu’alam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq W alhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Kebaikan laman sosial 'facebook' dan 'twitter':
1. Membolehkan komunikasi berlaku. Laman sosial seperti 'facebook' dan 'twitter' membantu seseorang berinteraksi dengan rakan-rakan di seluruh dunia. Perbincangan isu-isu semasa menjadi lebih cepat dan meluas. Penggunaan laman sosial ini membolehkan seseorang berkongsi pengalaman, idea, pendapat dan petua dengan rakan-rakan. 2. Mengeratkan tali silaturrahim. Menggunakan laman sosial dapat mempertemukan sahabat handai atau saudara mara yang telah lama terpisah. Laman sosial seperti 'facebook' dan 'twitter' pengguna dapat bertanya khabar atau saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. 3. Mendapatkan pelbagai maklumat. Melalui laman sosial ini pengguna saling menyampaikan info terkini yang berlaku sekitar mereka. Pemimpin negara dapat menyebarkan aktiviti mereka kepada masyarakat, rakyat boleh mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin mereka.Laman sosial ini menjadi ruang yang cepat dan meluas untuk megiklankan pelbagai produk oleh peniaga. 4. Wadah penghubung antara pemimpin dan rakyat. Perkembangan minat masyarakat yang semakin meluas menggunakan perkhidmatan laman sosial termasuklah pemimpin masyarakat. Melalui laman sosial ini, pemimpin dapat mengetahui masalah rakyat dan mendekati golongan masyarakat. Rakyat pula mudah untuk mengadu masalah yang dihadapi kepada pemimpin. 5. Permainan maya. Melalui laman sosial, pelbagai permainan maya ditawarkan. Melalui aktiviti masa lapang dapat diisi dengan permainan yang ditawarkan bersama-sama rakan maya. Ini dapat mengelakkan pengguna laman sosial terlibat dengan aktiviti tidak sihat di luar rumah. Implikasi/ keburukan laman sosial: 1.Terdedah kepada risiko kecurian maklumat. Sikap tidak berhati-hati dan kelemahan dalam menggunakan aplikasi laman sosial mendedahkan pengguna kepada pencerobohan maklumat peribadi oleh rakan maya atau mereka yang tidak bertanggungjawab. Rakan maya atau mereka yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menjual maklumat peribadi yang terdapat dalam laman sosial. 2. Membuang masa dan melalaikan. Pengguna laman sosial yang taksub terutamanya pelajar akan mengabaikan masa untuk belajar. Pelajar yang terperap didepan komputer melayan facebook dan sebagainya hingga lewat malam tidak dapat menumpu pelajaran dalam bilik darjah kerana mengantuk. 3. Penyebaran berita berunsur fitnah. Pengguna laman sosial yang semakin ramai dari pelbagai golongan masyarakat menyebabkan kemungkinan untuk penyebaran berita berunsur fitnah berlaku dalam masyarakat. Penyebaran berita fitnah akan menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Ketidakstabilan akan menjejaskan pembangunan sesebuah negara. 4. Mengundang gejala kurang sihat. Perhubungan dengan rakan maya melalui laman sosial mendedahkan seseorang kepada aktiviti tidak sihat di dunia nyata seperti pergaulan dan seks bebas. Cinta ekspres dengan rakan maya telah menyebabkan berlaku aktiviti tidak berrmoral. Aktiviti tidak bermoral dengan rakan maya menyumbang kepada masalah pembuangan bayi dan peningkatan kes perceraian. 5. Menjejaskan fungsi dan peranan bahasa sebagai agen penting dalam menyatupadukan rakyat. Pengguna laman sosial menggunakan ayat dan perkataan yang ringkas telah merosakkan kemurniaan bahasa, menjadi sukar difahami dan disalahtafsir maksudnya. Keghairahan menggunakan kependekan dan akronim akan menular dalam tugasan dan kerja penulisan pelajar, kesannya kualiti penulisan dan kecekapan mengeja akan berkurangan.
Kebaikan laman social: -
Terdedah dengan manfaat teknologi baru (cth : sumber utama isu semasa ) Menaikkan semangat dan motivasi ( cth : Terkesan dengan apa yang berlaku di sekeliling-rakan yang positif ) Mudah untuk berhubung ( twitter,fb,wechat-berhubung tanpa sempadan masa dan tempat
Keburukan lama social: -
-
Menjadi seorang yang antisosial (cth: kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling-hidup sendirian/sorang2-teruk bg yang pemalu-perhubungan dengan masyarakat dan orang sekeliling akan menjadi terbatas) Ketagihan penggunaan lama sosial