HALAMAN JUDUL
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) SAINS POLITIK DASAR-DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA
JABATAN KAJIAN SOSIAL INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU
i
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan
:
Nama Penulis
: SITI KHATIJAH BINTI ARIS
Tarikh
:
Tandatangan
:
Nama Penulis
:
Tarikh
:
ii
PENGHARGAAN
Assalamu’alaikum wbt Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya kami, Siti Khatijah binti Aris dan Anonymous dapat menyempurnakan kerja kursus Sains Politik ini pada waktu yang ditetapkan. Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Sains Politik kami iaitu Encik Sulizi bin Che Awang yang telah banyak membantu serta memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kami dalam proses kami melaksanakan tugasan ini. Tanpa bimbingan daripada beliau, mustahil kami dapat menyelesaikan setiap proses dalam tugasan ini dengan sempurna. Di samping itu, kami mahu mengambil kesempatan in untuk memberi penghargaan kami kepada ibu bapa kami yang telah memberi bantuan sama ada daripada segi kewangan, dan sokongan moral kepada kami. Mereka berperanan sebagai pembakar semangat kami dan mungkin tanpa bantuan daripada mereka, kami tidak dapat menghasilkan kerja kursus yang baik. Selain itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah bersama-sama membantu kami dari awal kerja kursus ini dimulakan, hinggalah akhirnya kami selesai menyiapkannya. Kami saling bertukar pendapat antara rakan sekelas serta memberi idea untuk menghasilkan kerja yang lebih baik dan menyelesaikan kerja ini dengan lebih efektif.
iii
Akhir kata, sekali lagi kami ingin menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Jika tiada bantuan daripada semua pihak, mustahil kami dapat menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT HALAMAN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
PENGHARGAAN
iii
SENARAI KANDUNGAN
iv
1.0
PENDAHULUAN
2.0
DASAR LUAR MALAYSIA
1
2.1
Definisi Dasar Luar Malaysia
2
2.2
Objektif-objektif Utama Dasar Luar Malaysia
3
2.3
Prinsip Dasar Luar Malaysia
4
2.4
Faktor-faktor penting dalam Pembentukan Dasar Luar
5
Malaysia 2.5
Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka Hingga Kini
10
2.6
Penglibatan Malaysia
17
3.0
2.6.1
Bidang Politik
21
2.6.2
Bidang Ekonomi dan Sosial
23
2.6.3
Isu Alam Sekitar
26
REFLEKSI
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
28
PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.
1
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan.
Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara
membangun khususnya dalam bidang perdagangan.
2
OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan,
kedaulatan
dan
keselamatan
Malaysia
seterusnya
mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.
3
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan. Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuanganperjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.
4
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN DALAM PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA Faktor pertama yang dipertimbangkan dalam penentuan dasar luar Malaysia ialah kepentingan nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Sebagai sebuah negara kecil yang terdapat pelbagai kuasa besar dan pengaruh, Malaysia sentiasa berhati-hati dengan hubungan luarnya. Dari segi keselamatan, Malaysia seboleh-bolehnya mahu mengelakkan sebarang jenis ancaman mahupun serangan dari negaranegara luar terutamanya negara yang mempunyai kuasa veto. Bagi memastikan keadaan ini terjamin, Malaysia sentiasa menjaga haluan dasar luarnya supaya tidak berteraskan kekerasan. Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber pertanian dan galian. Oleh itu, dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hal ini adalah kerana ekonomi Malaysia berorientasikan eksport. Malaysia sentiasa berusaha memperluaskan pasaran hasil eksportnya serta meningkatkan pelaburan modal asing ke dalam ekonomi negara. Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di perigkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia sentiasa mengharapkan rakan perdagangan di seluruh dunia untuk memasarkan keluaran bahan-bahan mentah dan barangan pembuatan. Malaysia dapat meningkatkan hasil eksportnya dan menjadi salah sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia jika usaha itu memperoleh kejayaan. Justeru itu, Malaysia memerlukan banyak negara sahabat di kalangan pelbagai negara di seluruh dunia dan mengadakan hubungan yang erat dengan semua negara termasuk negara-negara komunis seperti Soviet Union, China dan negara-negara Eropah Timur serta turut memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka. 5
Faktor seterusnya ialah berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia merupakan penyokong utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan pelindung negara-negara kecil dan mundur serta penggalak keamanan dan keharmonian dunia. Di samping itu, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial (INTAN, 1991). Malaysia turut menganggotai agensi-agensi PBB yang lain seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD) bagi merealisasikan hasrat dunia untuk aman dan harmoni. Malaysia juga turut berperanan dan membantu PBB dalam menjamin keamanan dunia dengan menghantar unit perkhidmatannya. Malaysia turut terlibat dalam pasukan pengaman PBB di Somalia, Bosnia, Congo dan Kemboja. Malaysia juga pernah memainkan peranannya dengan menduduki sebuah kerusi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB). Persekitaran geostrategik turut menyumbang kepada pembentukan dasar luar Malaysia. Seperti yang kita tahu, Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia Kedua. Sementara itu, kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku Asia Tenggara. Malaysia yang terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan sebuah wilayah yang penting sejak beribu tahun dahulu. 6
Kebanyakan perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah seta India menggunakan perairan Selat Melaka sebagai laluan utama. Kedudukan strategik ini berjaya menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menguatkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kedudukan ini, Malaysia telah berpegang teguh dengan pendirian yang bebas dan berkecuali sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan terhindar dari sebarang pengaruh luar. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia sedar akan keadaannya yang sensitif terutamanya dalam konteks antarabangsa pada hari ini. Keadaan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik dengan kehadiran kuasa komunisme di Indo China dan juga masalah seperti pelarian Kemboja dan Vietnam. Malaysia seperti negar-negara jiran yang lain bimbang jika isu ini berterusan kerana bimbang kedaulatan negara masing-masing akan terancam. Oleh yang demikian, Malaysia mengutamakan hubungan yang positif dengan negara-negara Asia Tenggara. Malaysia juga berhasrat menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. Islam merupakan agama persekutuan Malaysia. Kekukuhan dan kekuatan Islam dalam kehidupan masyarakat negara ini menjadikannya sebagai salah satu elemen paling utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan itu, Islam turut menjadi pencetus dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Bagi mencapai maksud ini, Malaysia berperanan aktif dalam pertubuhan kerjasama antarabangsa Malaysia amat menitikberatkan hubungan yang baik dengan negara-negara Islam.
7
Antara penglibatan yang mengukuhkan lagi faktor ini ialah dengan penyertaan Malaysia sebagai negara perintis kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Malaysia turut diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan pengerusi pertubuhan ini. Malaysia turut terlibat secara langsung dalam Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM). Di samping itu, Malaysia turut serta dalam menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam. Sebagai salah satu daripada bekas negara jajahan British, Malaysia menjadi anggota negara-negara Komanwel. Malaysia turut menjaga hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand. Seterusnya, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar berkecuali iaitu ingin mengadakan hubungan rapat dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi mereka. Malaysia mengamalkan dasar ini sejak tahun 1970 lagi. Faktor prinsip hidup bersama yang diamalkan Malaysia turut menjadi penentu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendirian bahawa rakyat sesebuah negara perlulah menentukan nasib mereka sendiri. Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar sesekali tidak boleh mencampuri hal ehwal sesebuah negara yang lain. Oleh yang demikian, Malaysia adalah antara penyokong kuat perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kemboja (Kampuchea) dan Pejuangpejuang Mujahidin Afghanistan.
8
Faktor seterusnya ialah struktur demografik. Malaysia mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Hal ini seiring dengan suasana Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu, sejak dari dahulu lagi Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit, iaitu dasar apartheid seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan semasa negara itu berada di bawah penjajahan British. Selain itu, Malaysia berpendapat dasar itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan amalan perpaduan kaum yang sedia ada di negara ini.
9
DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI Jangka masa 1957-1969 (Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman) 1. Dasar Pro Barat Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar proBarat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh Tanah Melayu pada ketika itu ialah bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal satu dasar luar yang benar-benar merdeka, terutama sekali dalam soal keselamatan negara (Johan Saravanamuttu, 1983:262). Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan kerana Tanah Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain. Pada waktu itu, Tanah Melayu hanya menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Komanwel. Britain dianggap seperti "bapa” yang harus dihormati. Hal ini kerana kesemua negara yang membentuk Komanwel terdiri daripada negara bekas jajahan British. Kebanyakan negara-negara ini mendapat kemerdekaan dengan "restu " kerajaan Britain. Justeru itu, hubungan erat dengan Britain perlu dijaga dalam kalangan negara-negara Komanwel. Berdasarkan hal ini, Tanah Melayu akhirnya memilih dasar luar yang pro-Barat. Dalam soal keselamatan pertahanan negara, melalui satu perjanjian pertahanan yang ditandatangani pada tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Malaya (AMDA) dan memberi jaminan kepada Tanah Melayu 10
bahawa jika ada berlaku ancaman atau pencerobohan dari luar, kerajaan Britain akan memberi bantuan ketenteraan. Syarat-syarat lain dalam perjanjian ini termasuklah jikalau wilayah masing-masing terancam atau berlaku permusuhan yang melibatkan kedua-dua pihak di mana-mana negara di dunia, maka keduadua haruslah saling berunding. Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab lainnya adalah didorong oleh bentenb pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika itu, Tanah Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin dapat menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada waktu itu, pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu. Demi tulang belakang keselamatan Tanah Melayu dari segi pertahanan, perjanjian AMDA telah ditandatangani. Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari semua pihak. Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian AMDA sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu’' (Dalton, 1967:66-9). Pemuda UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA secara tidak langsung melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi membincangkan pembabitan Tanah Melayu dalam perjanjian ini, UMNO Kedah menyeru supaya diadakan satu mesyuarat tergempar.
11
Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala bantahan dan kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung dengan perjanjian AMDA dan menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat diperlukan. Menurut Tunku, .......let us face the facts, and the facts are that we have at our command and army of less than one division in strength; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we can never be able to build our forces to the strength which we would require for the defence our country. Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan pihak komunis. Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah Melayu yang bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku. Tunku telah mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali dalam soal-soal Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat. Pada tahun 1958, dalam satu sidang parlimen, Tunku telah menegaskan bahawa
12
“There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while Malaya is at war with the communists. Only when we are certain that people here have become truly Malayan-minded and have set their minds on making Malaya their only home can the government declare our policy of neutrality…let me tell you that there are no such things as local communists. Communism is an international organisation which aims for world domination, not by aggression if they can avoid it, but by the use of tactics and methods among the sons of the country to overthrow democracy and to set up in its place a government after the pattern of all communist countries” (Johan Saravanamutthu, 1983:26)
Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya melibatkan kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas. Perjanjian-perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah seperti mengawal harga barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan Malaysia
dapat
dilihat
melalui
penyertaan
Malaysia
dalam
Perjanjian
Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Getah Antarabangsa dan lain-lain. Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn) Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia berikutan dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah 13
mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa. Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel. Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan negara-negara Dunia Ketiga. 14
Jangka masa 1980-2000 ( Era Tun Dr Mahathir Mohamad) Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia tidak mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan pentadbiran tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan selain pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negaranegara Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku penambahan dari sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik dan keselamatan. Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian luar negeri yang berorientasikan ekonomi. Malaysia
mula
berperanan
aktif
dengan
serius
dalam
isu-isu
antarabangsa seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara-negara maju terhadap kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hakhak kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-forum antarabangsa. Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan
Kerjasama
Teknikal
atau
Malaysian
Technical
Cooperation
Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986. 15
Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatanselatan yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh Malhi, 1989). Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negaranegara membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei Darussalam.
16
PENGLIBATAN MALAYSIA Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini, pada tahun 1957, Malaysia telah bergiat secara aktif dan menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Komanwel Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan terdiri daripada negaranegara yang pernah dijajah oleh Britain dan telah memperoleh kemerdekaan daripada Britain. Pertubuhan ini terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan dan beribu pejabat di London. Objektif-objektif penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setiakawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Setelah negara mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu negara dalam mempertahankan negara, memelihara keamanan dan kedaulatan negara. Misalnya, Komanwel memainkan peranan dalam
bentuk
menyekat
perjuangan
Parti
Komunis
Malaya.
Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh manamana pihak semasa Indonesia melancarkan dasar konfrontasi ke atas Malaysia. Selain itu, sebagai salah satu negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak manfaat antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Setiap dua tahun, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) akan diadakan dalam 17
kalangan negara anggota. Di samping itu, mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
Mesyuarat
CHOGM
di
Malaysia
pada
tahun
1989
telah
mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Deklarasi Langkawi ialah persetujuan yang ditandatangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Malaysia juga lantang menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Manakala dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun demikian, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikaldan Biasiswa dalam bidang pendidikan, Dalam bidang sukan pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel secara gilang-gemilangnya pada tahun 1998.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua setelah Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada awalnya, PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia menjadi ahli PBB pada tahun 1957 setelah negara mengecapi kemerdekaan.
18
Negara-negara yang menganggotai PBB harus akur dengan Piagam PBB di mana satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB iaitu yang pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan antara negara-negara anggota. Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (sekarang dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, Malaysia sekali lagi dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Manakala dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Objektif penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk memberi bantuan kepada negera-negera ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan memajukan ekonomi negara-negara tersebut. Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia memperoleh faedah yang diharap dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan juga menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah
19
Persekutuan
(FELDA)
dan
membangunkan
prasarana
pendidikan
dan
penyelidikan dengan menggunakan bantuan daripada Bank Dunia. Malaysia juga berpendirian tetap dan menyokong usaha menentang masalah penyalahgunaan dadah. Satu persidangan antarabangsa diadakan di Viennna, Austria pada bulan Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Dalam persidangan ini, Perdana Menteri Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menjada Yang Dipertua persidangan tersebut. Malaysia juga berganding bahu dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO). Malaysia turut menjalankan kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO). Dalam bidang sains dan teknologi pula, kerjasama telah dijalinkan melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nation for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Tan Sri Razali Ismail (wakil Malaysia ke PBB) telah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau turut dilantik menjadi wakil khas PBB dalam penyelesaian konflik politik negara Myanmar. Malaysia berpendirian teguh dalam mendesak PBB bagi menyelesaikan masalah Palestin melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
20
BIDANG POLITIK
Pentadbiran Pertubuhan Komanwel di jalankan oleh sebuah badan secretariat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menjadi anggota Komanwel sejak tahun 1957, semenjak itu banyak faedah yang telah dinikmati oleh Negara kita hasil daripada penyertaan Malaysia dengan Pertubuhan Komanwel. Antara faedah yang diperolehi ialah dalam bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan.
Pada tahun yang sama juga Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Britian-Malaya. Hasil daripada perjanjian ini Kerajaan Biritian telah menghantar sekumpulan pasukan tenteranye ke Tanah Melayu bagi mengawasi ancaman komunis terutama semasa wujudnya masalah diantara Malaysia dan Indonesia. Iaitu dimana Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Tanah Melayu.
Sewaktu tercetusnya konfrantasi tersebut Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan
daripada negara-negara anggota komanwel yang lain
seperti Britian, Australia, New Zealand dan Fiji. Malah sewaktu darurat malasia juga mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal bertujuan menentang pengganas komunis.
Tanggal tahun 1968, kerajaan Britian memutuskan untuk mengundurkan tenteranya dari timur Suez termasuk di negara Malaysia sendiri. Lanjutan 21
daripada hal ini satu perjanjian baru telah dihasilkan kerana pada ketika itu Malaysia masih memerlukan bantuan ketenteraan dari segi pertahanan daripada pihak Britian. Pada tahun 1971 satu perjanjian telah ditandatangani antara Malaysia, Singapura, Britian, Australia dan New Zealand. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa. Hasil daripada perjanjian ini Britian, Australia dan New Zealand akan memberi bantuan ketenteraan jika Malaysia dan Singapura diserang oleh kuasa-kuasa besar.
Pada tahun 1970-an Malaysia telah kurang memberi perhatian terhadap Pertubuhan Komanwel kerana pertubuhan ini dianggap tidak mampu untuk menyelesaikan masalah antarabangsa. Dato’ Hussein Onn pernah melahirkan rasa kecewa terhadap keupayaan Pertubuhan ini yang hanya disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang hanya bersifat sebuah kelab sosial sahaja.
22
BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL
Pada tahun 1950, rancangan Colombo telah diwujudkan di Sri Lanka. Rancangan ini mempunyai beberapa matlamat utama iaitu menyediakan bantuan kewangan, pendidikan serta latihan teknikal kepada para ahli anggota pertubuhan Komanwel. Negara Malaysia salah sebuah negara yang menerima bantuan daripada rancangan Colombo, dimana para-para pelajar Malaysia diberi bantuan dari segi biasiswa untuk melanjutkan pembelajaran dan latihan teknikal mereka di negara-negara maju. Terdapat beberapa projek Malaysia yang dibiayai rancangan ini iaitu : ° Lebuh Raya Timur-Barat ° Beberapa jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak ° Beberapa buah institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak
Sebagai pertukaran Malaysia pula menyediakan kemudahan penyelidikan kepada mana-mana negara anggota Komanwel yang ingin menjalankan tentang penyelidikan getah, sejarah dan bahasa di bawah satu rancangan yang dikenali sebagai Program Kerjasama Teknikal Malaysia ( PKTM ).
Perkembangan
Komanwel
pada
tahun
1970-an
dan
1980-an
menampakkan beberapa masalah. Dasar dikenakan pada negara Komanwel, Dasar Perdagangan, memihak kepada negara-negara maju. Hubungan Malaysia dengan Komanwel (Britain) menjadi renggang sejak 1982 apabila bekas Perdana
23
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik perjalanan pertubuhan Komanwel itu di samping tindakan ekonomi “ Buy British Last”. 19821984, Malaysia tidak puas hati Komanwel kerana Kanada dan Britain enggan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan kerana Dasar Aparteid.
Malaysia aktif semula selepas CHOGM di Van couver, Kanada, 1987. Pada mesyurat ini beberapa ketetapan telah dititik beratkan seperti mengadakan dasar perlindungan dan mengulangi pendirian bagi mewujudkan system perdagangan yang lebih adil, berikrar mengukuhkan Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif ( GATT ), dan menyokong Pusingan Uruguay berhubung dengan hal rundingan pelbagai hala.
Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sukan yang paling berprestij iaitu sukan Komanwel 98 atau lebih dikenali sebagi SUKOM 98, telah berlansung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur melaluai temasya sukan ini secara tidak lansung berlakunya peningkatan terhadap ekonomi di Malaysia di mana banyak berlakunya pertukaran mata wang asing pada ketika itu. Melaluai pengajuran sukan ini Malaysia banyak mendapat bantuan kewangan contonya :
•
API Sponsorship sebuah syarikat pemasaran sukan terkemuka dunia dilantik bagi membantu rancangan pemasaran dan hal penyiaran.
•
Syarikat Contech Technologies Sdn Bhd ditugaskan mengatasi masalah teknologi seni bina sukan. RM 310 juta ringgit berjaya diraih melalui rakan niaga pemasaran.
•
Hak penyiaran diberikan kepada Nine Network Australia, Television New Zealand, Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan, STAR TV dan stesen 24
Astro. Selain itu, Television Twelve Singapore, Perbadanan Penyiaran Kanada, Sri Langka Rupavahine, dan lain-lain turut membayar untuk mendapatkan hak penyiaran. Hak penyiaran ini merupakan 25% daripada •
keseluruhan pendapatan SUKOM.
Antara syarikat tempatan yang menjadi penaja ialah Telekom Malaysia, Syarikat
Penerbangan
Malaysia,
Petronas,
dan
Bank
Bumiputra.
Seterusnya Canon, Pepsi, Nestle, Pro-Specs, Mastercard, Kodak, Pensonic, Mayban Insurance, DRB Hicom Berhad dan Cycle & Carriage. Syarikat Siemen turut membekalkan komputer. Swatch membekalkan peralatan
waktu.
Syarikat-syarikat
ini
menyumbang
45%
kepada
pendapatan SUKOM. •
Rakan kongsi turut ditubuhkan dengan melibatkan Resort World, Tenaga Nasional Berhad, Sime Darby dan BP Malaysia.
•
Penjualan nombor plat kenderaan dan penjualan wang kertas terhad menghasilkan 26 % pendapatan SUKOM.
•
Jualan kemeja-T, topi, kasut, logo, lencana, dan patung mascot 'Wira' menjana pendapatan RM5 juta.
•
Jualan tiket diuruskan oleh Ticket Express.
•
Tempahan hotel sebanyak RM 10 juta. Urusan penginapan antarabangsa dikendalikan oleh Byrom Consultants Ltd.
Melalui bantuan kewangan ini secara tidak langsung ia juga telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia. Selain itu sumber pendapatan rakyat negara ini turut meningkat. Ia juga membuka peluang peniagaan kepada rakyat negara ini semasa sukan tersebut berlangsung. 25
ISU ALAM SEKITAR Pada 1989, Malaysia telah di beri penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau lebih di kenali sebagai Mesyuarat CHOGAM. Mesyuarat ini diadakan setiap dua tahun sekali. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama dikalangan negara-negara anggota Komanwel.
.
Dalam persidangan ini, selain daripada membincangkan isu apartheid,
kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kambodia. Terdapat set isu yang telah menarik pandangan negara dunia ialah tentang isu alam sekitar.
Ekoran daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,
Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang merangkumi : 1. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar 2. Pemgurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun 3. Pengurangan pencemaran laut 4. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon Hasil daripada mesyuarat ini satu deklarasi juga telah diwujudkan iaitu Deklari Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Jelas disini isu alam sekitar amat dititik beratkan ini jelas kelihatan kerana setiap kali Mesyuarat CHOGM berlansung isu mengenai alam sekitar sentiasa di bankitkan contohnya : Sidang CHOGM 1991 Harare, Zimbabwe. Perisytiharan Harare berikrar: 26
# Mempertingkat pembangunan dan menghapuskan negara anggota # Memperjuang hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita # Melindungi alam sekitar # Melindungi and mengembangkan prinsip-prinsip demokrasi # Mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil # Mempergiat usaha-usaha membanteras pengedaran dadah.
JADUAL MESYUARAT CHOGM Tahun 1971 1973 1975 1977 1979
Negara Singapura Kanada Jamaika United Kingdom Zambia
Bandar Singapura Ottawa Kingston London Lusaka
Pengerusi Lee Kuan Yew Pierre Trudeau Michael Manley James Callaghan Kenneth Kaunda
Australia
Melbourne
Malcolm Fraser
India Bahamas United Kingdom Kanada
New Delhi Nassau London Vancouver
1989 18-24 Oktober
Malaysia
Kuala Lumpur
1991 1993 1995 1997 1999 2002 2003 2005 2007
Zimbabwe Cyprus New Zealand United Kingdom Afrika Selatan Australia Nigeria Malta Uganda Trinidad dan Tobago
Harare Limassol Auckland Edinburgh Durban Coolum Abuja Valletta Kampala
Indira Gandhi Lynden Pindling Margaret Thatcher Brian Mulroney Mahathir bin Mohamad Robert Mugabe George Vasiliou Jim Bolger Tony Blair Thabo Mbeki John Howard Olusegun Obasanjo Lawrence Gonzi Yoweri Museveni
Port of Spain
Akan diumumkan
1981 1983 1985 1986 1987
Tarikh 14-22 Januari 2-10 Ogos 29 April-6 Mei 8-15 Jun 1-7 Ogos 30 September-7 Oktober 23-29 November 16-22 Oktober 3-5 Ogos 13-17 Oktober
16-21 Oktober 21-25 Oktober 10-13 November 24-27 Oktober 12-14 November 2-5 Mac 5-8 Disember 25-27 November 23-25 November
2009 Akan diumumkan
27
REFLEKSI
Pertama sekali, Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan iaitu selama dua minggu.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang kami hadapi dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya dari segi kekangan masa. Hal ini adalah kerana terdapat banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar dalam waktu yang sama. Namun, berkat usaha dan rasa tanggungjawab yang tinggi, kami berjaya menyelesaikannya dengan baik. Tambahan pula, kami juga sibuk kerana terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Masa yang ada terpaksa kami korbankan demi cinta kami seluruh jiwa dan raga kepada tanah tumpahnya darahku.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai benda baru dapat kami pelajari terutamanya berkenaan. Kami membuat rujukan dari pelbagai sumber dalam usaha untuk mencari maklumat yang tepat dan bermutu. Artikel dari majalah dan internet serta buku rujukan di perpustakaan menjadi bahan utama dalam penghasilan tugasan kami. Kami amat menitikberatkan kualiti sumber rujukan termasuklah kredibiliti pengarang bagi memastikan maklumat yang disiarkan adalah benar-benar terbukti keberkesanannya. 28
Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa, tugasan ini memberi kesan mendalam kepada kami terutamanya dalam menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam diri kami sebagai anak pasca merdeka.
Sekian, terima kasih.
29
BIBLIOGRAFI
Asrar Omar dan Zulhilmi Paidi (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, PTS Publications. K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd. K.Ramanathan (2002), Asas Sains Politik (Edisi Kedua), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mahdi Shuid & Mohd Fauzi Yunus (2002), Pengajian Malaysia, Longman Ranjit Singh Malhi (November 1989), Pengajian Am STPM (Kenegaraan Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), Pendidikan Negara Bangsa, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
30
LAMPIRAN