اء َّ ب ال َعالَ َم ْينَ َوال ِ َف األَ ْن ِبي ِ َلى أَش َْر َّ صالَة َوال ِ ال َح ْمد ِللَّ ِه َر َ سالَم ع س ِل ْي َ َوالم ْر ََلى آ ِل ِه َوصَحْ بِ ِه أَجْ َم ِع ْين َ َوع Ya Allah, Cucurilah rahmatMu ke atas majlis ini, Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.
Ya Allah sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah,
Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.
sempena ulangtahun kelahiran anak saudara kami ini, (Aisyah Medina Bt Hisyamuddin). Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami juga memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.
Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada anak saudara kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.
Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau juga Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim,
َلى أ ِل ِه َ َو َ َلى َ س ْي ِدنَا م َح َّمد َوع َ صلَّى الله ع ص ْحبِ ِه أ َ ْج َم ِع ْي َن َ َو ب ال َعا َل ِم ْي َن ِ َوال َح ْمد لل ِه َر