Sepanjang tempoh menjalankan praktikum ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah. Pada permulaannya, saya hanya menggunakan kaedah formal, iaitu secara menyampaikan isi pengajaran dan memberi lembaran kerja serta menjalankan sedikit permainan. Akan tetapi Dalam usaha untuk menyediakan P&P yang lebih berkesan, saya telah memasukkan unsure nyanyian dalam pengajaran saya. Saya mencipta lirik lagu sendiri serta melodi bagi lagu pendaraban 10, 100, dan 1,000 supaya murid-murid dapat mengingati konsep sebarang nombor darab dengan 10, 100, dan juga 1,000. Selain itu, saya juga mengaplikasikan inovasi terhadap teknik penyoalan saya. Saya menggunakan batang aiskrim untuk mencatat nama setiap murid padanya dan setiap kali, apabila saya ingin menyuruh murid untuk menjawab soalan, inovasi teknik penyolan ini adalah amat berguna, menarik perhatian murid, dan juga adil. Saya juga melakukan inovasi permainan sendiri dengan merekakan permainan mencari perkataan untuk mengukuhkan konsep pendaraban murid. Di samping mengukuhkan konsep pendaraban, murid-murid juga mampu mempelajari kata-kata hikmah untuk mengubah sikap mereka yang negatif.
Bahan Bantu Mengajar
Dari segi bahan bantu mengajar, saya menggunakan idea model pendaraban pistol yang tidak pernah didedahkan. Model ini dapat memperkenalkan murid-murid bagaimana operasi pendaraban akan dibuat, iaitu dari sa hingga ke puluh dan seterusnya. Apabila pendaraban bertukar menjadi pendaraban nombor tiga digit dengan satu digit, saya menggelar model pendaraban ini sebagai model pendaraban senapang iaitu model yang dinaiktarafkan daripada model pistol. Saya juga menggunakan idea inovasi model sidai baju yang bertujuan untuk membantu muridmurid mengenali nilai-nilai tempat sa, puluh, dan ratus untuk membantu mereka memahami konsepp pengumpulan semula serta proses berlakunya pengumpulan semula apabila pendaraban dilakukan.