5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 1: PENGANGKUTAN TAJUK: TRANSPIRASI KONSEP:
Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi mempengaruhi kadar transpirasi ialah keamatan cahaya, suhu, kelembapan bandingan dan pergerakan udara. Kadar transpirasi akan akan meningkat bila suhu, keamatan keamatan cahaya, halaju halaju angin meningkat atau kelembapan berkurang. Pergerakan udara / halaju halaju angin dapat meningkatkan meningkatkan dan mengekalkan mengekalkan kecerunan kepekatan wap air di antara dalam daun dan luar daun yang akan meningkatkan kadar transpirasi
Objektif: Untuk mengkaji kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi dengan menggunakan potometer berat Pernyataan Masalah: Apakah kesan pergerakan pergerakan udara ke atas kadar kadar transpirasi? Pembolehubah: 1. Pembolehubah Dimanipulasi: Pergerakan udara 2. Pembolehubah Bertindakbalas: Kadar transpirasi // Berat air yang hilang dalam masa 20 minit 3. Pembolehubah Malar: Suhu persekitaran // keamatan cahaya // kelembapan bandingan // jenis tumbuhan yang diguna // masa
MODUL AMALI SAINS
1
5
BIOLOGI TINGKATAN
Pernyataan Hipotesis: 1. Semakin laju pergerakan udara, semakin semakin tinggi kadar transpirasi. transpirasi. 2. Semakin laju pergerakan pergerakan udara, semakin semakin tinggi berat air yang hilang dalam masa 20 minit Bahan dan Radas: Anak pokok bersama bersama akar, air, minyak masak, masak, kapas, kertas tisu, neraca penimbang, kelalang kon 250ml, kipas Teknik: 1. Timbang dan rekod rekod berat awal dan akhir radas dalam dalam masa 20 minit minit dengan menggunakan neraca penimbang 2. Mengira kadar transpirasi menggunakan formula: Perbezaan berat (g) Masa(min) Kaedah: 1. Masukkan air sebanyak sebanyak 200 ml ke ke dalam kelalang kon. 2. Basuh akar anak pokok pokok dan masukkan masukkan ke dalam kelalang kon. Berhati-hati jangan membasahkan membasahkan daun anak pokok. 3. Masukkan sedikit minyak minyak masak sehingga menutupi lapisan permukaan permukaan air dalam kelalang kon. (Nota: minyak adalah untuk mencegah peruapan air melalui permukaan air dalam kelang kon) 4. Tutup mulut kelalang kon dengan dengan menggunakan menggunakan kapas bagi menyokong menyokong kedudukan anak pokok dalam kelalang kon. 5. Dengan menggunakan menggunakan kertas tisu keringkan daun-daun daun-daun yang basah. 6. Timbang dan rekodkan rekodkan berat awal keseluruhan keseluruhan radas tersebut dengan dengan menggunakan neraca penimbang. 7. Letakkan radas di tempat yang yang tidak berangin / tenang selama selama 20 minit. 8. Selepas 20 minit timbang dan rekod rekod berat akhir keseluruhan keseluruhan radas tersebut dengan menggunakan neraca penimbang. 9. Letakkan radas di tempat berangin berangin (kipas meja dengan dengan halaju tinggi) selama 20 minit 10. Selepas 20 minit timbang dan rekod berat akhir keseluruhan radas tersebut dengan menggunakan neraca penimbang. 11. Rekod keputusan ke dalam Jadual 1.
2
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN Keputusan:
Pergerakan udara
Berat awal (g)
Berat akhir (g)
Perbezaan berat (g)
Kadar transpirasi (g/min)
Keadaan tenang Keadaan berangin Jadual 1 Perbincangan: 1. Kira kadar transpirasi dengan menggunakan formula berikut; Perbezaan berat (gm) Kadar transpirasi
= Masa (min)
2. Nyatakan perkaitan di antara pergerakan udara dengan kadar transpirasi. 3. Terangkan kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi. Kesimpulan: Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi // berat air yang hilang dalam masa 20 minit Nota: 1. Guru perlu menghubungkaitkan antara perubahan berat dan pengiraan kadar transpirasi. Kadar transpirasi boleh dikira dengan pelbagai cara. 2. Guru perlu menerangkan atau membuat tunjuk cara untuk menentukan kadar transpirasi dengan menggunakan potometer. 3. Guru juga perlu menerangkan cara untuk mengubah faktor-faktor persekitaran yang lain yang mempengaruhi kadar transpirasi dan kadar transpirasi dapat diukur dengan menggunakan radas / kaedah yang sama.
MODUL AMALI SAINS
3
5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 3: KOORDINASI DAN GERAKBALAS TAJUK: Homeostasis (Kesan Perbezaan Kuantiti Air Yang Diambil Ke Atas Pengeluaran Air Kencing) KONSEP: Apabila seseorang kurang minum air, tekanan osmotik darah akan meningkat. Peningkatan tekanan osmotik darah akan dikesan oleh osmoreseptor di hipotalamus otak dan akan dihantar melalui impuls saraf ke pusat kawalan. Kelenjar pituitari akan merembeskan lebih banyak hormon ADH menyebabkan tubul berlingkar distal dan salur pengumpul lebih telap kepada air. Lebih banyak air akan diserap ke dalam kapilari darah menyebabkan air kencing yang terhasil sedikit dan pekat. Objektif: Untuk menyiasat kesan pengambilan air mineral yang berbeza kuantiti ke atas isipadu air kencing. Pernyataan Masalah: Adakah kuantiti air yang diambil mempengaruhi isipadu air kencing? Pembolehubah: 1. Pembolehubah Dimanipulasi: Isipadu air mineral / air diminum 2. Pembolehubah Bergerakbalas: Isipadu air kencing yang dikeluarkan 3. Pembolehubah Dimalarkan: Pelajar yang sama / sama jantina / sama umur
Pernyataan Hipotesis: Semakin banyak isipadu air mineral / air yang diminum, semakin tinggi isipadu air kencing yang dikeluarkan.
4
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN Bahan dan Radas:
Pelajar, air mineral, bikar, gelas, silinder penyukat, jam randik, bilik berhawa dingin / kipas, buku catatan, kertas tisu Teknik : Mengukur dan merekod isipadu air kencing yang dikeluarkan selepas satu jam meminum air mineral dengan menggunakan silinder penyukat. Kaedah: 1. Lima orang pelajar yang sama jantina dan sama umur dari kelas yang sama dipilih dan diarahkan untuk membuang air kecil sebelum eksperimen. 2. Setiap pelajar diberi minum 200ml air mineral dan terus mulakan jam randik. 3. Pelajar tersebut ditempatkan di dalam bilik berhawa dingin. 4. Selepas satu jam, pelajar diminta untuk membuang air kecil dan mengumpulnya ke dalam bikar. 5. Air kencing yang dikumpul disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan direkodkan. 6. Ulang langkah 2 hingga 5 dengan menggunakan jumlah air mineral yang berbeza iaitu 400ml, 600ml, 800ml dan 1000ml 7. Air kencing yang telah disukat perlu dibuang dengan berhati-hati. 8. Semua keputusan direkodkan ke dalam jadual 1 9. Plotkan graf isipadu air mineral yang diminum melawan isipadu air kencing. Keputusan: Isipadu air mineral (ml) 200 400 600 800 1000
Isipadu air kencing yang dihasilkan (ml) Lelaki 1 Lelaki 2 Lelaki 3 Lelaki 4 Lelaki 5
Jadual 1 Perbincangan: a. Nyatakan dua pemerhatian tentang hubungan di antara isipadu air mineral yang berbeza dengan penghasilan isipadu air kencing. b. Nyatakan inferens yang berkaitan dengan setiap pemerhatian di (a). MODUL AMALI SAINS
5
5
BIOLOGI TINGKATAN c. Huraikan bagaimanakah kaedah untuk mengendalikan pembolehubah i) yang dimanipulasikan ii) yang bergerakbalas iii) yang dimalarkan d. Berdasarkan graf yang diplotkan, terangkan perkaitan diantara isipadu air yang diminum dengan isipadu air kencing yang dihasilkan. e. Berdasarkan eksperimen, apakah yang boleh dirumuskan tentang maksud pengosmokawalaturan. f.
Dalam satu eksperimen yang berlainan, seorang pelajar meminum 2.5% natrium klorida dan dibiarkan di dalam bilik berhawa dingin selama satu jam. Ramalkan tentang penghasilan isipadu air kencing pelajar tersebut dan terangkan.
g. Jika sampel air kencing setiap pelajar tersebut diuji dengan larutan Benedict’s, air, bikar, penunu Bunsen dan tabung uji, kelaskan radas berdasarkan fungsinya dalam eksperimen tersebut. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Semakin banyak air yang diminum, semakin banyak air kencing akan dihasilkan.
Nota: 1. Guru-guru juga boleh mengelas pelajar kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan minum kuantiti air yang berbeza. Dapatkan nilai purata bagi air kencing yang dikumpulkan.
6
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 4:
TUMBESARAN
TAJUK:
Memahami Lengkung Tumbesaran
KONSEP:
Pola lengkungan tumbesaran tumbuhan adalah jenis graf sigmoid / graf bentuk S. Lengkungan tumbesaran boleh diperolehi menggunakan ukuran tinggi atau jisim kering. Pola lengkungan tumbesaran adalah seperti dibawah:
Ketinggian (cm) / jisim kering(g)
I
II
III
IV
Jangka masa / hari
I :
Menunjukkan jisim kering berkurangan kerana tumbuhan belum menghasilkan daun untuk melakukan fotosintesis, maka biji benih menggunakan makanan yang terdapat dalam endospermanya . Makanan membekalkan tenaga untuk pembentukan daun dan akar. II : Tumbuhan sudah menghasilkan daun dan boleh melakukan fotosintesis. Jisim kering bertambah kerana makanan yang disintesis adalah lebih daripada makanan yang dioksidakan. Tumbesaran adalah secara eksponen. III : Kadar tumbesaran adalah perlahan kerana semua tisu telah terbentuk dengan lengkap apabila tumbuhan menjadi matang. Ini adalah fasa stationari IV : Tumbuhan memasuki fasa kematian . Jisim kering atau tinggi tumbuhan berkurangan . Tumbuhan mengalami penuaan dan tumbuhan kematian.
MODUL AMALI SAINS
7
5
BIOLOGI TINGKATAN
Objektif: 1. Mengkaji pola tumbesaran pokok jagung. 2. Mengkaji kesan jisim kering atau tinggi pokok jagung dalam tempoh sela masa 10 hari selama 4 bulan. Pernyataan Masalah: Adakah jisim kering/ tinggi pokok jagung meningkat / bertambah dalam sela masa setiap10 hari selama 4 bulan? Pembolehubah: 1. Pembolehubah Dimanipulasi: Sela masa 10 Hari / Sela masa / Umur jagung 2. Pembolehubah Bertindakbalas: Tinggi pokok jagung / jisim kering pokok jagung 3. Pembolehubah Malar: Jenis pokok jagung / isipadu air yang disiram / keamatan cahaya Pernyataan Hipotesis: Semakin meningkat umur / sela masa pokok jagung, semakin meningkat jisim keringnya / tinggi sehingga mencapai tahap optimum. Bahan dan Radas: Radas
8
Ketuhar / oven / pembaris Bikar / besen rendaman Neraca penimbang Dulang biji benih Tanah kebun Kalendar Pisau Pen marker bikar Penyodok
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN Bahan
Biji benih jagung Air suling Baja Racun serangga
Teknik: 1. Rekod jisim kering jagung dengan menggunakan neraca penimbang 2. Rekod tinggi jagung dengan menggunakan pembaris Kaedah: 1. 150 biji benih jagung dari baka yang sama, direndam dalam besin berisi air selama satu malam 2. Dulang semaian biji benih diisi dengan tanah kebun yang sama banyak Biji benih ditanam pada jarak 10 cm di antara satu sama lain di dalam dulang semaian 3. Biji benih disirami dengan kandungan air yang sama dan diletakkan di bawah cahaya matahari yang sama. 4. Selepas ditanam, 5 biji jagung diambil, dibersihkan akarnya kemudian dipanaskan ke dalam ketuhar bersuhu 105 OC selama 24 jam . 5. 5 biji benih dikeluarkan daripada ketuhar dan ditimbang jisim kering menggunakan neraca. 6. Biji benih tersebut dipanaskan semula ke dalam ketuhar selama 24 jam dan ditimbang semula sehingga tiada pengurangan jisim. Jisim kering jagung direkodkan dengan menggunakan neraca. 7. Purata jisim kering benih jagung juga dikira dengan menggunakan formula: Jisim kering 5 8. Langkah 4 hingga 7 diulangi untuk sela masa 10 hari selama 4 bulan. 9. Kesemua jisim kering dicatatkan dalam jadual mengikut kalender yang ditandakan. 10. Radas eksperimen adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1:
MODUL AMALI SAINS
9
5
BIOLOGI TINGKATAN
Rajah 1 Keputusan:
Sela Masa / hari
Jisim kering jagung (g) Tinggi/jisim Tinggi/jisim kering awal akhir
Purata Jisim Kering (g)
Kadar tumbesaran g/h
0 10 20 30 ..... 120 hari (4 bulan) Jadual 1 Perbincangan: 1. Bagaimana anda tahu yang biji benih sedang membesar? 2. (i) (ii)
Cadangkan satu kaedah untuk mengukur tumbesar biji benih? Nyatakan satu kebaikan dan keburukan kaedah yang dicadangkan pada 2(i).
3. Apakah inferens yang boleh dibuat dalam eksperimen ini.
10
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN 4. Apakah nama pola tumbesaran pokok jagung ini?
5. Sekiranya pokok jagung tersebut ditinggalkan selama 5 bulan, ramalkan apakah yang berlaku kepada tumbesaran pokok tersebut? 6. Peringkat fasa yang mana, pembahagian sel dan peringkat pemanjangan adalah aktif? 7. Apakah langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini? Kesimpulan: Semakin meningkat umur / sela masa pokok jagung, semakin meningkat jisim keringnya / tinggi sehingga mencapai tahap optimum. Nota: Langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini adalah: 1.
Pokok jagung perlu disiram dengan kandungan air yang sama banyak juga perlu mendapat cahaya matahari / yang sama banyak/ bekalan baja yang sama.
2.
Pada dulang semaian juga perlu dibuat cabutan rumput supaya tiada persaingan dengan biji benih jagung.
MODUL AMALI SAINS
11
5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 5 : PEWARISAN TAJUK : Hukum Monohibrid)
Mendel
Pertama
(Pewarisan
KONSEP:
Hukum Mendel I atau Hukum Segregasi yang berdasarkan kepada pewarisan monohibrid Pewarisan monohibrid ialah: a) Pewarisan ciri-ciri dalam satu organisma ditentukan oleh gen yang berpasangan yang dipanggil alel b) Semasa pembentukan gamet, setiap gamet hanya membawa satu alel sahaja Organisma heterozigot mempunyai sepasang alel yang berbeza. Dalam keadaan heterozigot, hanya alel dominan yang akan menampakkan fenotipnya dalam organisma tersebut. Organisma homozigot mempunyai sepasang alel yang sama, sama ada kedua-dua alel resesif (homozigot resesif) atau kedua-dua alel dominan (homozigot dominan).
Objektif: Menjalankan aktiviti menggunakan kacang berwarna untuk menggambarkan eksperimen pembiakbakaan tumbuhan kacang pea
12
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN Pernyataan Masalah:
Adakah nisbah fenotip yang diperoleh daripada gabungan kacang daripada dua beg plastik mematuhi nisbah Hukum Mendel I? Pembolehubah: 1. Pemboleh ubah Manipulasi 2. Pemboleh ubah Bergerak balas 3. Pemboleh ubah Malar
: Jenis/ warna kacang : Genotip generasi F1 / Nisbah fenotip : Saiz beg plastik
Bahan dan Radas: Dua beg plastik kecil, 100 biji kacang hitam dan 100 biji kacang soya, tangan untuk mengambil biji kacang Teknik: Merekodkan genotip dan fenotip generasi F1 berdasarkan warna kekacang yang diambil dari dua beg plastik berbeza dengan menggunakan tangan dan mengira nisbah fenotip F1 berdasarkan Hukum Mendel I Kaedah: Kacukan di antara dua tumbuhan heterozigot: 1. Masukkan 50 biji kacang hitam dan 50 biji kacang soya ke dalam beg plastik pertama. Ini mewakili satu pokok kacang pea yang mempunyai ciri ketinggian yang heterozigot. Warna hitam mewakili alel dominan, tinggi (T) manakala warna putih mewakili alel resesif, rendah (t). 2. Masukkan 50 biji kacang hitam dan 50 biji kacang soya yang lain ke dalam beg plastik kedua. 3. Kedua-dua beg digoncang untuk mencampurkan kacang-kacang itu secara sekata. 4. Jangan melihat ke dalam beg-beg plastik tersebut. Masukkan tangan ke dalam beg plastik pertama dan keluarkan satu biji kacang. Keluarkan satu biji kacang yang lain dari beg plastik kedua. Letakkan kedua-dua kacang di atas meja. Ini mewakili percantuman dua gamet. 5. Rekodkan genotip dan fenotip untuk generasi F1 yang terhasil oleh dua tumbuhan induk dalam Jadual 1:
MODUL AMALI SAINS
13
5
BIOLOGI TINGKATAN Cabutan 1 2 3
Beg plastik 1
Beg plastik 2
…..
50 Jadual 1 6. Masukkan semula kedua-dua biji kacang ke dalam beg plastik masingmasing. Pastikan biji kacang dimasukkan ke dalam beg plastik yang betul. 7. Ulang langkah 3 -6 sebanyak 50 kali Keputusan: Genotip tumbuhan induk Fenotip induk Gamet Genotip anak Bilangan genotip Fenotip anak Bilangan fenotip Nisbah fenotip
Tt Tall
Tt Tall
Jadual 2 Perbincangan: 1) Apakah jenis pewarisan yang ditunjukkan berdasarkan ciri yang dikaji dalam eksperimen ini? 2) (a) Adakah keputusan yang diperoleh mematuhi nisbah yang dijangkakan dalam Hukum Mendel I? (b) Terangkan jawapan anda di 2(a) 3) Mengapakah biji kacang dikembalikan semula ke dalam beg plastik selepas setiap kali pemerhatian direkodkan? 4) Cadangkan dua eksperimen ini
14
cara
MODUL AMALI SAINS
bagaimana anda
dapat
meningkatkan ketepatan
5
BIOLOGI TINGKATAN Kesimpulan:
Nisbah fenotip bagi kacukan di antara dua induk heterozigot yang diperoleh mematuhi nisbah yang dijangkakan dalam Hukum Mendel I iaitu 3:1 di mana fenotip dominan adalah 3 kali ganda fenotip resesif. Nota: Andaian yang perlu dibuat semasa menjalankan aktiviti ini: 1) Setiap beg plastik mewakili satu tumbuhan induk 2) Kekacang yang digunakan mewakili gamet-gamet yang dihasilkan oleh tumbuhan induk 3) Warna hitam kacang hitam mewakili alel dominan, tinggi (T) 4) Warna putih kacang soya mewakili alel resesif, rendah (t)
MODUL AMALI SAINS
15
5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 6: VARIASI TAJUK: Kepentingan variasi dalam kemandirian spesies KONSEP:
Sebahagian organisma mempunyai sifat penyamaran yang bersesuaian dengan persekitaran Sifat ini penting untuk kemandirian spesies di mana ianya melindungi spesies dari pemangsa Sifat ini merupakan satu variasi yang terhasil dalam beberapa contoh organism akibat perubahan persekitaran Sebagai contoh spesies rama-rama Biston betularia wujud dalam dua bentuk: berwarna cerah dan berwarna gelap Populasi rama-rama berwarna cerah banyak sebelum Revolusi Industri tetapi semakin berkurang selepas Revolusi kerana telah dimakan oleh pemangsa kerana batang pokok dan bangunan berubah menjadi lebih gelap. Variasi penyamaran warna telah meningkatkan populasi rama-rama kerana tidak dapat dikesan oleh pemangsa
Objektif: Untuk mengkaji kepentingan penyamaran dalam kemandirian spesies Pernyataan Masalah: 1. Apakah kesan warna kain yang digunakan ke atas bilangan butang berwarna yang diambil? 2. Apakah kesan penyamaran warna ke atas organisma? Pembolehubah: 1. Pembolehubah Di manipulasi
: Warna kain yang digunakan
2. Pembolehubah Bertindakbalas : Bilangan butang berwarna yang diambil 3. Pembolehubah Malar : Saiz kain, bilangan setiap butang berwarna
16
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN Pernyataan Hipotesis: 1. Bilangan butang berwarna yang diambil semakin kurang jika kain yang digunakan berwarna 2. Penyamaran warna membantu kemandirian spesies 3. Bilangan butang hitam adalah banyak pada kain berwarna putih // sebaliknya
Bahan dan Radas: Kain berwarna putih, hitam dan kain berbunga pelbagai warna, yang setiap satunya berukuran 55cm x 55 cm. 15 butang merah, 15 butang hitam, 15 butang putih, 15 butang berjalur kuning, 15 butang berjalur hijau dan kepingan marmar putih. Teknik: Mengira dan merekodkan bilangan butang berwarna yang diambil di atas kain berwarna. Kaedah: 1. Buat amali dalam kumpulan terdiri tiga atau empat orang 2. Pelajar P berdiri membelakangi meja 3. Pelajar Q menaburkan butang berwarna ke atas helaian kain putih yang ditempatkan di atas meja. 4. Pelajar P berpaling ke meja dan mengambil sebiji butang dengan cepat. Butang itu diletakkan di atas kepingan marmar putih. 5. Langkah 2 – 4 diulang sebanyak 9 kali 6. Ulangi kaedah, gantikan kain putih dengan kain hitam, diikuti oleh kain berbunga pelbagai warna. 7. Rekod data di dalam jadual. Keputusan: Warna butang Putih Warna kain Putih
Bilangan setiap butang yang diambil Hitam Merah Berjalur kuning
Berjalur hijau
Hitam Bunga pelbagai warna Jadual 1 MODUL AMALI SAINS
17
5
BIOLOGI TINGKATAN
Perbincangan: 1. Terangkan bagaimana perbezaan pemboleh ubah dalam eksperimen ini di: (a) manipulasi (b) bergerak balas (c) malar 2. Nyatakan tiga pemerhatian dari eksperimen ini (satu untuk setiap warna kain yang digunakan) mengikut bilangan butang bagi setiap warna yang diambil oleh pelajar P. 3. Apakah inferens yang boleh dibuat dari pemerhatian anda? 4. Jika anda diminta untuk menerangkan situasi dalam habitat semula jadi, apakah yang diwakili oleh butang, kain berwarna dan tindakan pelajar P? 5. Namakan hubungan yang ditunjukkan dalam habitat semula jadi seperti yang dilakukan dalam eksperimen ini? 6. Apakah jenis variasi di kalangan organisma yang diwakili oleh eksperimen ini? 7. Jika kain putih digantikan dengan kain hijau, apakah warna butang yang paling sedikit akan diambil oleh pelajar P? Kesimpulan: 1. Bilangan butang berwarna yang diambil semakin kurang jika kain digunakan berwarna 2. Penyamaran warna membantu dalam kemandirian spesies.
18
MODUL AMALI SAINS
5
BIOLOGI TINGKATAN
BAB 6: VARIASI TAJUK:
Variasi dalam organisma
KONSEP:
Fenotip organisma dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran Kedua-dua faktor ini menyebabkan variasi di kalangan individu Dua jenis variasi adalah variasi selanjar dan tak selanjar
Objektif: Mengkaji bilangan pelajar dengan tinggi yang berbeza dan jenis cap jari. Pernyataan Masalah: Adakah semua pelajar mempunyai ketinggian dan jenis cap jari yang sama ? Pembolehubah: 1. Pembolehubah Manipulasi
: Ketinggian dan jenis cap jari
2. Pembolehubah Bertindakbalas : Bilangan pelajar 3. Pembolehubah Malar
: Usia pelajar/ jantina pelajar
Pernyataan Hipotesis: Bilangan pelajar yang berbeza menunjukkan ketinggian dan jenis cap jari yang berbeza. Bahan dan Radas: Bahan: Pelajar
: Kertas Radas
graf, kertas A4, pad cap jari, kanta tangan, pen dan pembaris meter
Teknik Merekod ketinggian pelajar menggunakan pembaris meter dan menghitung bilangan pelajar yang mempunyai jenis cap jari berbeza dengan menggunakan kanta tangan MODUL AMALI SAINS
19
5
BIOLOGI TINGKATAN
Kaedah: 1. Mengenal pasti bilangan pelajar dalam kelas 2. Setiap pelajar dalam kelas mengukur ketinggian dengan menggunakan pembaris meter 3. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebanyak dua kali dan dapatkan purata bacaan ketinggian 4. Rekod bacaan dalam jadual 5. Eksperimen diulangi bagi jenis cap jari 6. Dengan menggunakan pad cap jari, setiap pelajar meletakkan ibu jari ke atas pad dan letakkan ke atas kertas A4 sebanyak dua kali 7. Dengan menggunakan kanta, jenis cap jari diperhatikan dan dikenal pasti 8. Rekod bacaan dalam jadual 9. Dua graf bilangan pelajar melawan jenis variasi diplot Keputusan: Nama pelajar
Jenis cap jari Gelungan
Lengkung
Komposit
Pusaran
Ketinggian (m)
Jadual 1
Julat Ketinggian (m)
130134
135139
140144
145149
150154
155159
160164
Bilangan pelajar Jadual 2
Jenis cap jari Gelungan
Lengkung
Bilangan pelajar Jadual 3
20
MODUL AMALI SAINS
Komposit
Pusaran
5
BIOLOGI TINGKATAN Perbincangan:
1. Adakah anda mendapat jenis lengkuk yang sama di antara kedua-dua graf? Terangkan jawapan anda. 2. Apakah yang menyebabkan variasi ciri yang diperhatikan dalam eksperimen ini? 3. Adakah dua orang pelajar mempunyai jenis cap jari yang sama? 4. Adakah cap jari kita akan berubah apabila kita tua? 5. Daripada pengetahuan genetik anda, senaraikan trait dominan dan resesif dari eksperimen ini. 6. Nyatakan perbezaan antara dua jenis variasi yang dikaji dalam eksperimen ini. Kesimpulan: Bilangan pelajar yang berbeza menunjukkan ketinggian dan jenis cap jari yang berbeza. Nota:
Ketinggian adalah variasi selanjar Cap jari adalah variasi tak selanjar
MODUL AMALI SAINS
21