Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Selamat Datang Ke Manual Rahsia Minda Anda-NLP ! Pastinya anda tertanya-tanya, dengan memiliki e-book Manual Rahsia Minda Anda ini, apakah FAEDAH yang BAKAL anda PEROLEHI untuk MANFAAT DIRI, KELUARGA, KERJAYA ANDA dan sebagainya? Apakah RAHSIA yang bakal dikongsi ini dapat MEMBANTU anda dalam MENINGKATKAN HUBUNGAN yang LEBIH CEMERLANG dengan ORANG SEKELILING ANDA ? atau bagaimana ? Secara mudahnya anda dapat bertanyakan beberapa soalan pada diri anda setelah memiliki e-book ini.
MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI E –BOOK INI ? 1- Anda dengan mudah dapat pelajari “tools” NLP secara lebih santai. 2- Dapat aplikasi terus “tools” NLP dalam meningkatkan hubungan harian anda samada ditempat kerja atau dimana juga anda berada. 3- E-book NLP ini jarang terdapat dipasaran Malaysia khususnya dalam bidang NLP (versi Bahasa Melayu). 4- Ilmu yang bakal anda aplikasikan ini BERTARAF ANTARABANGSA. 5- BerNILAI TINGGI pada diri anda, ahli keluarga, rakan taulan, organisasi tempat anda bekerja dan sebagainya. 6- Mudahkan diri anda untuk pelajari NLP sebelum masuk ke kelas professional NLP. (Jika itu yang anda inginkan ?)
APA YANG BAKAL ANDA PEROLEHI DARI E-BOOK INI ? 1- Cipta HUBUNGAN PANTAS dengan orang sekeliling anda secara CEPAT & MUDAH. 2- Atasi KEKANGAN dan KEPERCAYAAN DIRI yang menghambat anda untuk CAPAI CITA-CITA ANDA secara mudah dan berkesan. 3- Sedar bahawa DIRI ANDA ADA MANUAL SENDIRI. KECEMERLANGAN DIRI anda secara pantas dan sistematik.
Ciptakan
MANUAL
4- Cipta STRATEGI dan SEMANGAT BARU untuk meneruskan USAHA ANDA hingga ke kemuncak KEJAYAAN.
2
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
BAGAIMANA ANDA DAPAT GUNAKAN E-BOOK INI SECARA BERKESAN ? 1- Fahami “Tools” yang ditulis dalam e-book ini dan aplikasi terus setelah membacanya. 2- Berlatih dengan rakan anda bagi mempercepat proses pembelajaran dan pemahaman anda terhadap topik yang dibincangkan dalam e-book ini. 3- Miliki beberapa buku atau e-book lain yang membincangkan berkaitan ilmu NLP dan bagaimana ianya diaplikasi ke pelbagaian bidang abad kini. 4- Mohon doa pada Tuhan agar ilmu yang anda pelajari ini diberkati OlehNYA.
APA LAGI YANG ANDA PERLUKAN SETELAH MEMBACA DAN MILIKI EBOOK INI ? 1- Hadir ke kelas-kelas atau bengkel professional NLP bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda dan rasai sendiri bagaimana ianya bermanfaat pada diri anda dan orang sekeliling anda. E-book seperti ini sebagai “pemula” untuk anda tahu akan ilmu ini. 2- Hubungi pakar-pakar NLP yang berada dikawasan anda untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci berkaitan aplikasi ilmu ini secara “One To One”. 3- Membaca buku-buku berkaitan ilmu ini samada melalui bacaan online di laman web, atau buku –buku yag ditulis oleh pakar dalam bidang Neuro Linguistic Programming (NLP). Bagus. Anda sudah membaca dan bertanyakan soalan-soalan diatas pada diri anda dan adakah anda sudah bersedia untuk membaca dan mengaplikasi sebahagian teknik-teknik NLP yang terdapat di dalam e-book ini ? Jika anda memberikan jawapan “YES”, syabas dan tahniah saya ucapkan pada anda kerana anda akan memulakan Pengembaraan Minda Anugerah Tuhan Yang Maha Perkasa secara mudah dan sistematik. E-book ini akan membincangkan 3 topik penting iaitu apa itu NLP ?, Ubah Minda Anda Untuk Jadi Sukses dan bab terakhir adalah “tools” untuk melakukan perubahan diri secara praktikal. Ia juga dikenali sebagai MANUAL RAHSIA MINDA ANDA. Selamat Membaca Dan Mengaplikasikannya Pada Diri Anda !
WE CAN CHANGE ! 3
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
TOPIK 1 : APA ITU NLP ?
Sejak kebelakangan ini, ramai orang bertanya pada saya berkaitan NLP. Macam-macam tafsiran yang dibuat berkaitan dengan ilmu ini. Saya sudah menjalankan pelatihan NLP ini sejak tahun 2009 hingga sekarang. Pelbagai reaksi dan maklumbalas saya dapat berkaitan NLP. Anda mungkin salah seorang yang mahu ajukan soalan pada saya juga bukan ? Apa itu NLP? Mengapa ianya dinamakan NLP ? Bagaimana ianya boleh timbul ? Siapa “founder” ilmu ini ? Bila ianya tercipta ? Berkemungkinan besar, soalan-soalan ini timbul pada pemikiran anda sekarang bukan ? Ok. Rilekskan diri anda dan mulai saat ini anda fokus terhadap apa yang dibaca dalam e-book ini ya. NLP tercetus pada tahun 1970-an di Universiti Santa Cruz, California USA. Kerana apa ? Kerana seorang mahasiswa jurusan komputer bernama Richard Bandler berminat dengan kerja-kerja ahli terapi dan psikologi. Dia berminat mengetahui bagaimana seseorang itu boleh berjaya manakala seseorang yang lain pula tidak boleh berjaya. Maka, beliau memulakan kajian keatas tokoh komunikasi terhebat dunia dalam bidang terapi iaitu Fritz Pearls, pakar gelstalt therapy , Virgina Satir ahli terapi kekeluargaan dan Milton H. Erickson seorang pakar dalam bidang Hipnoterapi. Apa yang mengejutka beliau adalah, bagaimana ahli-ahli terapi ini berjaya mengubah minda dan kelakuan seseorang hanya melalui bahasanya sahaja. Maka, dia memerhatikan bagaimana ketiga-tiga tokoh komunikasi ini menggunakan terapi mereka bagi mengubah minda dan kelakuan kliennya. Apa yang menakjubkan beliau adalah semacam ada “corakcorak” bahasa yang dapat mempengaruhi minda dan kelakua klien mereka. Beliau dapat merakamkan corak-corak bahasa yang digunakan oleh ahli terapi itu, maka dia memutuskan bahawa kajian ini perlu dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidang “Linguistic”. Apa
4
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
yang Richard Bandler lakukan ya ? Beliau berjumpa dengan seorang professor dari Jabatan Linguistic iaitu Dr John Grinder. Richard Bandler menyerahkan beberapa pita rakaman ahli terapi tersohor itu untuk dibuat kajian oleh Dr John Grinder. Setelah dibuat kajian keatas pita rakaman tersebut, maka Dr John Grinder mendapati bahawa ada beberapa “corakcorak” bahasa yang amat mempengaruhi minda dan kelakuan seseorang. Apa lagi, mereka berdua (Richard Bandler & John Grinder) memulakan proses “MODELLING” keatas klien mereka. Apa yang mengujakan mereka berdua adalah “kesan corak-corak bahasa” yang mereka berdua gunakan sama dengan hasil yang dibuat oleh pakar-pakar terapi yang mereka temui itu hingga mereka dapat membuat kesimpulan ini adalah sesuatu yang MAGIK. Mereka mula memodelkan kepada pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Setelah mereka berdua berbincang lama berkaitan penemuan ini, maka mereka memutuskan untuk memberikan nama pada penemuan ini iaitu Neuro Linguistic Programming (NLP). Istilah Neuro Linguistic Programming diperkenalkan oleh Alfred Habdank Skarbek Korzybaski. NLP adalah beberapa cabang disiplin seperti neurologi psikologi, linguistik, “cybernatics” dan teori sistem. Komponen pada istilah Neuro Linguistic Programming memerikan dengan baik apa yang merangkumi mengenai sains yang kurang dikenali ini. Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya, apakah sebenarnya NLP ini ? NLP adalah ilmu berkaitan seni kecemerlangan diri manusia yang berkait rapat dengan soal bagaimana manusia berfikir, merasai apa yang difikirkan dan seterusnya mencipta strategi tertentu bagi mencapai hasil yang luar biasa. Hingga sekarang, NLP telah memberikan manfaat pada ramai orang secara meluas untuk mencapai HASIL dan keunggulan DIRI di pelbagai bidang yang diceburi. Di luar negara mereka yang menggunakan NLP bagi mencapai kejayaan dalam hidup adalah Anthonny Robbins, Michael Jordan, Tiger Wood, Andre Agassi, Bill Clinton, Lady Diana, Nelson Mandela,Barack Obama dan sebagainya.
FIKIRAN
BAHASA & EMOSI 5
TINDAKAN
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
TOPIK 2 :UBAH MINDA ANDA UNTUK JADI SUKSES ! Mungkin anda akan bertanya pada saya, macamana nak ubah minda untuk jadi sukses ? Ramai orang kat luar sana buat macam-macam cara untuk ubah mindanya, tapi tak juga sukses ! Macamana tu ? Agak-agaknya, bagi anda yang sedang membaca e-book ini, macamana anda nak ubah minda anda untuk jadi sukses ? Jawapannya mudah saja. Ianya terletak pada PILIHAN dan KEPUTUSAN DIRI ANDA. Anda yang tentukan sendiri untuk ubah keadaan diri anda atau tidak. Benar bukan ? Mungkin kisah dibawah ini boleh saya kongsikan pada diri pembaca sekalian. Afifah (bukan nama sebenar), telah ikut serta dalam bengkel pengembangan diri peribadi yang saya anjurkan tempoh hari di pejabat saya. Tak silap saya hujung bulan 01/2012. Ketika itu sesi pembelajaran berkaitan “Hukum Hubungan” melalui kaedah NLP. Waktu rehat tengahari, beliau ada bertanya pada saya berkaitan dengan kebolehan dirinya. Saya tanyakan satu soalan ,”Apa yang anda nak untuk kerjaya anda ?”. Dia membalas, “Saya tak tahu nak jadi apa. Macam-macam di dalam fikiran saya. Sekarang ni saya ikut “flow” aje. Masih kabur lagi.” Waktu tu saya lihat, dia masih mencari-cari tentang dirinya. Tak tahu hala tuju kemana nak pergi. Padahal sudah menjalani beberapa semestar di universiti terkenal tanahair. Saya tanyakan pada dia adakah anda yakin dengan diri anda ? Maksudnya dengan kebolehan dan kekuatan diri anda ? Dia jawab macam “kurang confident”. Dia masih lagi mencari-cari arah matlamat dirinya. Dia rasa macam terbeban dengan masalah yang dia hadapi. Masalah kewangan ,masalah keluarga, masalah pembelajaran (pointer) jatuh dan macam-macam lagi. Maka bila dia masuk bengkel saya yang kedua, awal bulan 02/2012. Saya tanyakan soalan yang sama. Dia kata, dia pun tak tahu apa kekuatan dirinya. Maka saya ketika itu tanyakan lagi soalan yang sama “Adakah anda yakin dengan kebolehan diri anda ?”. Waktu tu saya lihat mindanya baru terbuka. Dia cakap segala kekuatan diri yang dia ada seperti boleh bekerja sendiri, independent, campaklah dimana sahaja dia boleh hidup, boleh berkomunikasi dengan orang walaupun baru berjumpa dan sebagainya. Saat itu saya dapat lihat dan rasa mindanya baru terbuka dan melalui “bahasa percakapannya” saya dapat tahu dia berkeupayaan dalam bidang motivasi dan pendidikan. Dia boleh jadi “young motivator” wanita hebat. Persoalannya adalah “adakah dia sudah bersedia untuk ubah mindanya untuk capai apa yang dia inginkan dalam kerjayanya ?”. Agak-agaknya, apa yang anda fikirkan sekarang bila mendengar cerita saya ini. Apa yang anda dapat dari cerita ini. Cuba fikirkan ya…………
6
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Ubah minda iaitu PERSEPSI DIRI dan BUANG KEYAKINAN DIRI LAMA yang boleh mengekang diri anda. Bila anda dapat ubahkannya, anda pasti berjaya. Ranapkan kepercayaan lama, dan binalah kepercayaan diri (konsep diri) baru sebagai orang sukses !
(KONSEP DIRI LAMA ADA HUBUNGAN DENGAN CARA BERFIKIR)
Self Talk : Saya tak percaya pada kebolehan diri saya !
Perasaan jadi tak menentu.
Fikiran jadi lemah
Kawan/ibu bapa/guru pula sokong apa yang anda cakap
Tubuh badan tak bermaya
( KONSEP DIRI BARU ADA HUBUNGAN DENGAN CARA BERFIKIR )
Perasaan & tindakan jadi KUAT dan BERTINDAK CAPAI MATLAMAT
Self Talk : Saya percaya pada kebolehan diri saya !
Fikiran jadi KUAT
Tubuh badan jadi SIHAT, CERGAS
Kawan/ibu bapa/guru beri sokongan positif 7
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
LATIHAN UNTUK PENINGKATAN & PRESTASI DIRI
Buatlah latihan ini secara bersahaja. Berseronoklah kerana anda akan tahu bagaimana untuk ubah diri anda menjadi orang sukses ! 1- Apa yang saya nak dari : Pelajaran saya :_______________________________________________________________________________ Kerjaya saya :_________________________________________________________________________________ Keluarga saya :_______________________________________________________________________________ 2- Apa yang pentingnya berkaitan 3 perkara diatas pada diri saya ? _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ 3- Apakah perkara yang menghambat diri saya untuk mencapai matlamat saya ? ________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________ 4- Bagaimana saya dapat hapuskan perkara yang hambat diri saya untuk capai matlamat itu ? _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ 5- Bila saya dapat lakukan perubahan diri saya secara mudah dan senang ? (Mulakan yang kecil baru ke besar. 5 hari dari sekarang ) _________________________________________________________________________________________________
8
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
TOPIK 3 : “TOOLS” UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN PADA MANUAL MINDA ANDA Saya percaya dan yakin anda sudah membaca dan melakukan latihan pada topik kedua bukan ? Ya, bagus. Sekarang ini adakah anda sudah bersedia untuk menggunakan “tools” NLP bagi membangun potensi diri dan perhubungan mantap dengan orang sekeliling anda? Adakah anda mahukan teknik dan cara berkesan bila berkomunikasi dengan orang serta dapat mempengaruhinya secara santai ? Mahukah anda mempraktikkannya ? Lakukan pembacaan dan praktiskan “tools” ini secara berkesan mulai sekarang ! Tool 1 : Rapport Mantap Dalam Komunikasi 1- Teknik ini penting dalam bina rapport dengan orang yang baru kita kenali. 2- Rapport & pacing adalah :( Proses di mana seseorang individu dapat sesuaikan diri dengan individu lain dari aspek fizikal, verbal, dan tidak verbal. Contoh : Bernafas , duduk, kecenderungan guna perkataan dll. 3- Teknik ini tidak banyak guna masa untuk kenal pasti kecenderungan personaliti individu seperti dengan guna ujian psikologi dll. 4- Apa dia RAPPORT ? -Aspek yang liputi kecenderungan manusia iaitu sama ada visual, auditori, kinestetik ataupun a.digital. ( Ikut NLP) Keserasian pergerakkan tubuh, intonasi suara, wajah dalam komunikasi. Satu kaedah dalam bina rapport adalah PACING. 5- Pacing adalah :Teknik yang difokuskan kepada individu tertentu ketika berkomunikasi. Contoh pacing yang digunakan untuk bina rapport ialah :•
Kedudukan badan
•
Emosi
•
Intonasi
•
Penggunaan perkataan
•
Cara bernafas
9
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Tool 2 : Pergerakkan Mata Ketika Berkomunikasi Di dalam ilmu NLP ada satu teknik dimana jika kita gunakannya secara OPTIMA, kita akan mendapat maklumat komunikasi seseorang melalui PERGERAKKAN MATANYA. Teknik ini memudahkan seseorang untuk melihat samada ada seseorang itu memberi tumpuan dalam perbincangan yang dilakukan atau sedang berbicara sendiri secara monolog, sedang membayangkan sesuatu atau sedang mengalihkan perhatiannya kepada sesuatu yang lain. Melalui pergerakkan mata ini juga, kita semua dapat memahami bahasa minda seseorang melalui pergerakkan matanya seperti membantu seseorang berfikir secara lebih sistematik, membantu seseorang untuk tahu bila perlu untuk bercakap dan tahu apa yang perlu difokuskan ketika berbincang atau semasa sesi temuramah. Bagaimana Eye Movement Ini Berfungsi ?
10
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
1-Visual Remembered ( Ingati Semula ) Mengingati bayangan atau gambar yang pernah terlihat atau ditengok sebelum ini dengan cara yang sama ia dilihat. Untuk pergerakkan mata mengarah ke kiri atas (VR), tanyakanlah soalan yang berkaitan dengan mengingati sesuatu. Contoh : 1- Cuba lihat diri anda semalam . Apakah yang anda pakai ? 2- Siapakah orang yang pertama menelefon anda semalam ? 3- Cuba ingati tarikh lahir suami anda bila ya ? 2- Visual Constructed (Bina Bayangan) Membina bayangan atau gambar sebelum ini atau melihatnya dengan cara yang berlainan daripada yang pernah dibuat, tanyakanlah soalan mencungkil seperti di bawah : Contoh : 1- Jika gambar peta dibalikkan atas bawah, di manakah barat daya ? 2- Bagaimana ejaan nama anda dari belakang ke hadapan ? 3- Bagaimana rupa diri anda semasa berumur 80 tahun ? 3- Auditory Remembered ( Ingati Bunyi ) Mengingati bunyi atau suara . Maka kita semua boleh gunakan soalan mencungkil di bawah:1- Bagaimana bunyi jam loceng anda ? 2- Pintu manakah yang berdentum kuat bila ditutup di rumah anda ? 3- Bolehkah anda dengar lagu yang paling anda suka dalam minda anda ?
11
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
4- Auditory Constructed (Membina Bunyi) Membina bunyi atau suara yang tidak pernah terdengar sebelum ini. Soalan mencungkil adalah :1- Fikir apa terjadi dengan lagu Negaraku dilakuka dua kali ganda. 2- Bagaimana jeritan siara anda sebelum diterkam seekor singa? 3- Bagaimana agaknya suara pasangan anda bila dia berusia 80 tahun nanti ?
5- Auditory Digital (Monolog) Cakapan dalaman , bercakap atau dialog sendiri. Soalan mencungkil adalah :1- Apakah nada suara anda bila bercakap sendiri ? 2- Ulang kata perkataan yang anda paling suka kepada diri anda. 3- Apakah perkataan atau kata-kata yang selalu anda bisikan pada diri anda ? 6- Kinestatik (Perasaan & Emosi) Perasaan beremosi, perasaan daripada gerak tubuh dan sensasi daripada sentuhan. Soalan mencungkil adalah :1234-
Adakah hidung anda sejuk sekarang ? Bagaimana rasanya bila berlari ? Apakah rasanya bila memakai baju yang basah ? Apakah rasanya makan sup yang terlebih garam ?
12
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Tool 3 : Bahasa Deria Saat Berkomunikasi. Setiap orang mencerap sesuatu maklumat ketika berkomunikasi melalui 3 saluran utama derianya. Ada yang lebih cenderung kepada saluran Penglihatan (Visual). Ada pula yang lebih suka mendengar (auditori) dan boleh mengulang kembali apa yang orang lain katakan sepatah demi sepatah. Manakala ada sebahagian besar dari kalangan individu lebih gemar merasakan sesuatu (kinestetik) dan terus dilakukan pada saat itu. Kesemua ini berkaitan dengan bagaimana sistem deria manusia mencerap maklumat dengan pantas dan belajar menggunakannya secara OPTIMA. Dalam NLP ianya dipanggil sebagai KESEDARAN SENSORI (Sensory Aquity). 1) Bahasa Deria Visual : - Saya FAHAM apa yang awak maksudkan. - Saya FOKUS pada apa yang sedang awak cakapkan. - Saya LIHAT baju yang awak pakai hari ini cantik sangat. - Cuba BAYANGKAN bila anda berada diatas pentas untuk mengambil segulung ijazah, bagaimana rupa paras anda ya ? - GAMBARKAN pada saya , macamana projek kita boleh capai keuntungan pada tahun ini RM 5.6 juta.
2) Bahasa Deria Auditori : - Saya DENGAR apa yang awak sedang cakap sekarang. - BINGIT telinga saya bila awak pasang radio kuat sangat. - BUNYINYA seakan-akan langit nak runtuh. - Mari kita BINCANG sama-sama berkaitan projek itu. - BERITAHU saya macamana awak boleh datang lewat hari ini. - Sila CAKAP apa yang terbuku dalam hati awak. - Saya akan UMUMKAN berita gembira pada awak semua berkaitan imbuhan kakitangan yang bakal kita peroleh pertengahan tahun ini.
13
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Bahasa Deria Kinestetik : -
-
Mari kita LAKUKAN kerja ini bersama. BUAT sahaja apa yang dia minta. UBAH sebelum PARAH. Saya dapat RASA apa yang awak cakap sebentar tadi banyak beri faedah pada kumpulan kita. GEMBIRANYA hati saya bila lihat bayi comel itu gelak pada saya. Hati saya TERSENTUH bila dia cakap pasal kelahiran anak tak sah taraf dan bagaimana mereka diperlakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin bahawa saya dapat CAPAI matlamat perniagaan saya pada tahun 2012. Sila GUNAKAN tandas ini sebaik mungkin.
“Ujian Pengesanan Kecenderungan Diri Sistem Representasi ” Nama :____________________________________________ Tarikh :____________________________________________ Bagi setiap pernyataan berikut, sila tandakan nombor pilihan anda bagi setiap frasa. Gunakan nombor berikut untuk menandakan pilihan anda. 4 3 2 1
: : : :
Paling tepat perihal diri anda Perihal diri yang paling tepat Pilihan perihal ketiga Perihal yang kurang tepat mengenai anda
(1) Saya membuat keputusan yang penting berdasarkan kepada : _____ perasaan dalaman atau intuisi _____ mana yang terdengar baik sekali pada saya _____ apa yang nampak terbaik untuk saya _____kajian dan penilaian yang teliti dengan isu-isu yang terbabit. (2) Dalam sesuatu perbahasan, saya paling sering dipengaruhi oleh : _____ nada suara orang tersebut _____samada saya dapat melihat atau tidak buah fikiran yang dikemukakannya _____perkara logik yang dikemukakannya
14
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
_____samada saya berasa tersentuh dengan apa yang sebenarnya dirasai olehnya (3) Saya amat mudah untuk berkomunikasi tentang apa yang berlaku dengan saya melalui : ____cara pakaian dan penampilan saya ____perasaan yang saya kongsi bersama ____perkataan dan ayat yang saya pilih ____nada suara yang digunakan (4) Adalah amat mudah bagi saya untuk : ____mencari “volume dan tuning” sistem stereo yang ideal ____memilih perkara relevan secara intelektual mengenai sesuatu isu yang menarik _____memilih perabot yang paling selesa _____memilih gabungan warna yang kaya dan menarik (5) Saya suka bercerita dan berkongsi pengalaman dengan menceritakan : _____apa yang saya dengar dari pengalaman saya _____falsafah bijaksana dan tafsiran dari fakta dan data yang terdapat _____pengalaman sedih dan suka duka yang saya lalui yang melekat dihati saya _____gambaran dan bayangan terutama tentang perspektif tertentu yang boleh digunakan Skor ujian sistem representasi diri :1. Salin semua nombor jawapan anda daripada ujian diatas kepada tempat kosong dibawah. Pindahkan jawapan tersebut mengikut tertib yang sama seperti anda senaraikan. 1.______K ______A ______V ______D
2._______A _______V _______D _______K
3._____V _____K _____D _____A
4._______A 5. _______A _______D ________D ________K ________K ________V ________V
“ SECARA MUDAH ANDA DAPAT SELARASKAN KOMUNIKASI ANDA BERDASARKAN PADA KETIGA-TIGA DERIA INI. IANYA DINAMAKAN SEBAGAI “BAHASA DERIA” Contoh : Bos Guna Bahasa Visual : Saya NAMPAK projek itu kurang berjaya . Pekerja Guna Bahasa Visual : Macamana tuan NAMPAK projek itu kurang berjaya ya ?
15
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
ANDA DIMANA ?
16
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
17
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Tool 4 : Bulatan Cemerlang Diri (COE) Objektif Intervansi :1- Kenal pasti emosi-emosi yang dapat mencemerlangkan diri yang pernah berlaku dalam minda individu. 2- Sedar bahawa dalam minda setiap individu mempunyai gambaran-gambaran dan pengalaman tertentu samada dalam bentuk negatif mahupun positif. 3- Mengubah state / keadaan diri (emosi) individu dari tidak bermaya kepada bermaya, tingkatkan keyakinan diri untuk capai apa yang diinginkan secara mudah, senang dan rileks. Kaedah Intervansi :1- Kenal pasti keadaan diri cemerlang (Apakah keadaan kecemerlangan diri yang anda inginkan lebih banyak dalam kehidupan anda ? Dalam keadaan diri apakah anda dapat memiliki semua sumber-sumber itu ?) 2- Bentukkan Bulatan Kecemerlangan (Saya mahu anda bayangkan satu bulatan kecemerlangan di atas lantai di hadapan anda. Apakah warna bulatan anda ? Adakah ianya mempunyai bunyi ?) 3- Akses / capai bulatan kecemerlangan dan SAUHKAN (ANCHOR) Sekarang bayangkan satu masa dalam hidup anda di mana anda berada dalam keadaan yang amat memuaskan hati anda. Bila anda merasainya, langkah masuk ke dalam bulatan itu. Setiap kali klien itu akses / capai keadaan diri ini dan melangkah masuk ke dalam bulatan, pengatur cara meletakkan tanggannya ke atas bahu klien tersebut (Anchor) . 4- Pembagi keadaan diri (Break) / Percubaan Langkah keluar daripada bulatan dan relaks. Sekarang, masuk semula ke dalam bulatan. (SAUH) dan cari bagaimana ia memperolehi perasaan itu. Sekali lagi keluar dari bulatan dan relaks. 5-Konteks yang diingini Mulai detik ini, apabila saya menyentuh bahu kamu (Anchor), saya mahu kamu melangkah masuk ke dalam bulatan. Sekarang, bayangkan waktu dalam satu situasi di masa hadapan., atau dalam satu konteks, di mana anda ingin mempunyai lebih keadaan diri yang istimewa ini.
18
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
6- Rantaian (Chaining ) Apabila saya menyentuh bahu anda (Sauh/Anchor) , saya mahu anda masuk ke dalam bulatan dan pulihkan keadaan diri cemerlang anda. (Berhenti sekejap), Bagaimana secara spesifiknya masalah itu berbeza dulu dengan sekarang ? 7- Ujian Akhir sekali , minta klien keluar dari bulatan dan fikir tentang di mana mereka memerlukan bantuan. Periksa bahasa bukan lisan dan minta mereka terangkan.
19
Hak Cipta Terpelihara© Smart Excel Consultant
Saya berharap dengan adanya e-book ini dapat membantu anda bagi Menjadikan Minda Anda Manual Untuk Menuju Perubahan Diri Pada Tahun Ini. Sedikit perkongsian ilmu ini membolehkan anda memberikan makna tersendiri PADA KOMUNIKASI HARIAN ANDA. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Anda dapat pergi kemana sahaja yang anda inginkan dengan merombak daya pemikiran anda. Untuk maklumat lanjut dan personal coaching , hubungi : En Mohd Mustaqiim Asmuji (Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA) 019-2044036 www.smartexcelconsultant.com www.mus-mindasukses.blogspot.com
[email protected] (emel & facebook)
“ KEKALKAN KEHEBATAN ANDA & TINGKATKAN DAYA JUANG ANDA UNTUK CAPAI MATLAMAT KERJA & KERJAYA ANDA MULAI SEKARANG ! ” SELAMAT BERAMAL !
20