Huraikan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Dicatat oleh
KHAIRUL AZMI
on
ISNIN, 2 JANUARI 2012
Pengenalan
Filipina telah dijajah oleh Sepanyol pada abad ke-19 dan Amerika Syarikat pada abad ke-20. Penjajahan Sepanyol di Filipina telah memperlihatkan pelbagai bentuk penindasan terhadap orang Fipilina,terutamanya golongan petani dan paderi. Manakala,Indonesia dijajah oleh Belanda sejak awal abad ke-19. Dasar-dasar ekonomi Belanda di Indonesia telah membawa kesusahan kepada penduduk tempatan yang dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi Belanda. Namun,
sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajah di Filipina dan Indonesia telah melahirkan golongan terpelajar dalam golongan kelas menengah yang memulakan gerakan nasionalisme di negara masing-masing. Isi-isi Penting Peranan golongan intelektual di Filipina Gerakan kesedaran – Gerakan Propaganda
Golongan terpelajar Filipina atau “illustrados” telah terpengaruh dengan reformasi liberal di Sepanyol selepas tahun 1868.Golongan intelektual ini mengadakan Gerakan Propaganda . Antara tokoh ialah Jose Rizal dan Graciano Lopez Jaena.
Peristiwa Pemberontakan Cavite 1872 dan dasar kekerasan Sepanyol mengakibatkan sebilangan intelektual melarikan diri ke England dan Sepanyol. Golongan ini membangkitkan idea nasionalisme semasa di negara-negara itu melalui penulisan akhbar La Solidaridad diasaskan oleh Lopez di Barcelona pada tahun 1889 dan telah mendedahkan kezaliman penjajahan Sepanyol di Filipina. Novel Rizal iaitu Noli Me Tangere telah memaparkan pemerintahan buruk kerajaan
Sepanyol dan paderinya di Filipina. Tahun 1892, Rizal menubuhkan Liga Filipina yang menuntut hak orang Filipina dan kebebasan bersuara. Perjuangan secara radikal - Revolusi Katipunan
Intelektual radikal seperti Andres Bonifacio telah menubuhkan Katipunan dengan matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol melalui revolusi bersenjata. Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyemarakkan idea nasionalisme dalam kalangan penduduk Filipina bagi menentang penjajah Sepanyol. Revolusi Katipunan berjaya dipatahkan oleh penjajah Sepanyol. Andres Bonifacio terkorban dan perjuangan Katipunan diteruskan oleh Emilio Aguinaldo (intelektual radikal). d. Pakatan Aguinaldo dengan Amerika Syarikat telah berjaya menamatkan penjajahan Sepanyol di Filipina tetapi Amerika Syarikat pula yang menjajah Filipina mulai tahun 1899.
Perjuangan kemerdekaan secara berperlembagaan
Pada zaman penjajahan Amerika Syarikat di Filipina, gerakan nasionalisme dipimpin oleh golongan intelektual sederhana seperti Osmena, Quezon dan Roxas. Parti mereka, Parti Nasionalis berjaya memenangi pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1907. Quezon dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Filipina dan Osmena sebagai Speaker Dewan.
1916: Atas desakan Quezon, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Autonomi Filipina yang membawa Filipina ke arah bekerajaan sendiri dan 1932: Osmena dan Roxas berangkat ke Washington untuk merundingkan kemerdekaan Filipina tetapi rundingan itu gagal serta 1934: Osmena sekali lagi memujuk Amerika Syarikat untuk meluluskan Akta Kemerdekaan. Namun, Filipina hanya memperoleh kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Peranan golongan intelektual di Indonesia
Nasionalisme Indonesia mengalami 4 tahap, iaitu sosio-budaya, sosio-ekonomi, revolusioner dan sekular. Dalam setiap tahap tersebut, muncul golongan intelektual yang menyumbang terhadap perkembangan nasionalisme. Secara umumnya, golongan intelektual Indonesia tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran. Tahap nasionalisme sosio-budaya
Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini memulakan gerakan nasionalisme kebudayaan di Indonesia. Beliau menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dr. Mas Wahidin mengasaskan Budi Utomo yang bermatlamat mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan Jawa
Tahap nasionalisme sosio-ekonomi
Muncul intelektual seperti Omar Said Tjokroaminoto, Abdul Muis, Haji Agus Salim – pemimpin-pemimpin Sarekat Islam yang bertujuan melindungi kepentingan sosio-ekonomi bangsa Indonesia. Kemudiannya, Sarekat Islam bersifat politik. Tahap nasionalisme revolusioner
Golongan intelektual yang tidak berpuas hati dengan Belanda telah memimpin pertubuhan politik yg lebih radikal / agresif. Misalnya, Semaun, Darsono dan Tan Malaka dari Parti Komunis Indonesia (PKI) – bersedia melancarkan revolusi untuk menggulingkan Belanda dan menubuhkan kerajaan republik komunis di Indonesia.
Tahap nasionalisme sekular
Soekarno, intelektual yang paling menonjol telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. Tujuan PNI ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia melalui dasar
tidak bekerjasama dengan Belanda. Perjuangan Soekarno melalui PNI turut dibantu oleh intelektual lain seperti Dr. Sartono dan Dr. Muhd. Hatta. Kesimpulan
Golongan intelektual telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia. Mereka menyediakan idea-idea nasionalisme dan kepimpinan berkesan dari peringkat gerakan kesedaran hingga perjuangan pembebasan daripada penjajahan. Peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual telah memberi sumbangan besar terhadap proses kemerdekaan di Filipina dan Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.
PENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA TELAH MENCETUSKAN SEMANGAT KESEDARAN DI KALANGAN NASIONALIS. BINCANGKAN. MASLIZA BTE WAHID
Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Jepun berusaha utk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain mengusir penjajah Barat. Jepun yg menggunakan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ tlh menarik perhatian dan sokongan msykt Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dr thn 1942-1945, Jepun tlh m elaksanakan pelbagai dasar yg mendatangkan kesan yg besar terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya dlm mencetus semangat kesedaran di kalangan nasionalis. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke negara-negara Asia Tenggara mendatangkan banyak kesan negatif ke atas sesebuah negara yg didudukinya, namun ia juga mendatangkan kesan positif terhadap pergerakan kebangsaan. Pemberian kemerdekaan kepada negaranegara Asia Tenggara merupakan salah satu sebab yg mencetuskan kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Pemberian kemerdekaan ini bertujuan utk mengelak tentangan rakyat terhadap pendudukan Jepun dan ini merupakan strategi bg menawan hati rakyat. Di Indonesia, Perdana Menteri Jepun Kaiso tlh berjanji akan memberi kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Oleh itu, pd O gos 1945, satu j/kuasa persediaan kemerdekaan iaitu Penitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) tlh ditubuhkan. J/kuasa ini dipengerusikan oleh Sukarno dan Hatta. Jepun bersetuju utk memberi kemerdekaan kpd tdk lewat drp 7 Sept. 1945. jepun juga beri kemerdekaan kpd pendudukMyanmar pd 1 Ogos 1943. manakal Filipina pd 14 Okt. 1943. Dgn pemberian kemerdekaan ini, gol. nasionalis menjadi lebih bersemangat utk terus bangun menentang penjajahan. Keadaan ini tlh menyebabkan para nasionalis mula mengumpul ahli utk sama-sama menubuhkan pertubuhan atau persatuan bg menentang penjajah dan seterusnya membebaskan negara mereka dpr sebarang penjajahan.
Pentadbiran Semasa pendudukan Jepun, kuasa ini tlh memberi peluang kpd penduduk tptn utk sama-sama dgn tentera Jepun memerintah negara mereka. Gol. terpelajar tlh diberi peluang utk menyertai pentadbiran. Manakala ahli-ahli politik pula diberi kebebasan utk berpolitik. Misalnya di Indonesia, tahanan politik semasa penjajahan Barat spt Sukarno, Hatta dan Syahrir tlh dibebaskan. Pd 1 Mac 1943, Pusat Tenaga Rakyat @ PUTERA ditubuhkan di Indonesia dan Sukarno dilantik sbg pemimpinnya dgn bibantu oleh Hatta.untuk memantapkan sokongan penduduk Indonesia kpd Jepun, maka ditubuhkan Tentera Pembela Tanah Air @ PETA pd Sept 1943. PETA ditubuhkan utk mempertahankan Indonesia drp sebarang serangan kuasa Berikat. Sukarno dan Hatta pula dibenarkan berpolitik dan berpidato ke seluruh Indonesia. Namun scr realitinya tentera Jepun masih mempunyai kuasa di Indonesia. Di Filipina juga Jepun tlh membenarkan penubuhan beberapa pertubuhan utk rakyat Filipina berpersatuan. Antara persatuan yg ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat Kepada Filipina Baru @ Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi Kalibapi. Persatuan2 ini berperanan utk memberi khidmat msykt kpd penduduk Filipina. Namun demikian, scr realitinya persatuan2 ini adalah merupakan alat propaganda Jepun.
Jepun juga tlh memberi peluang kpd gol. terpelajar utk menjawat jawatan penting dlm pentadbiran kerajaan. Misalnya di Indonesia, rakyat Indonesia dilantik utk menjadi pegawai2 bg menggantikan tempat pegawai2 Belanda dlm pentadbiran Jepun dan melaksanakan tugas2 dgn jayanya. Langkah ini tlh mengukuhkan lagi kepercayaan kpd diri sendiri dan meningkatkan keyakinan org Indonesia utk mentadbir negara sendiri.
Ketenteraan Pemberian latihan ketenteraan kpd rakyat tptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan para nasionalis. Misalnya di Burma, Minami Kikan tlh melatih Komred 30 dan BIA sbg penentang kpd usaha2 Jepun yg mahu meluaskan bahasa dan kebudayaan mereka. Di Vietnam, Jepun tlh membentuk satu pentadbiran tptn yg diketuai oleh Tran Trong Kim selepas Ngo Dinh Diem enggan memberikan kerjasama. Pentadbiran baru yg dibentuk tlh berjaya menyelesaikan pelbagai masalah termasuk mengenai kebuluran, rasuah, system cukai dan mobilasi belia tanpa sebarang kuasa. Dgn memberi peluang kpd rakyat tptn utk mentadbir sesebuah organisasi besar, ini tlh memberi peluang kpd rakyat tptn utk mengumpul dan menyelesai beberapa masalah yg dihadapi oleh rakyat tptn yg selama ini terbengkalai krn tdk diselesaikan oleh Jepun. Dgn pemberian peluang ini, kehidupan rakyat sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dan memberi faedah serta manfaat kpd penduduk. Begitu juga di Indonesia, stlh Jepun gagal dlm pembentukan PUTERA, Mokokai dan Masjumi kemudiannya menubuhkan PETA @ Pembela Tanah Air pd bln Sept 1943. tujuan Jepun menubuhkan PETA adalah utk melatih tentera sukarela Indonesia drp serangan tentera Berikat. Anggota2 PETA mempunyai semangat kebangsaan yg tinggi.mereka bukan sahaja berperasaan anti-Belanda malahan juga berperasaan anti-Jepun. Sebenarnya anggota2 PETA inilah yg menjadi tulang belakang tentera republik Indonesia stlh Jepun tewas. Pendidikan Jepun juga turut memberikan pendidikan kpd penduduk tptn di negara yg diduduki. Jika sblm kedatangan Jepun aspek pendidikan tidak berapa dititikberatkan oleh Barat. Ini krn penjajah bimbang gol. terpelajar akan menentang mereka. Tetapi semasa pendudukan Jepun aspek pendidikan dititikberatkan sbg langkah bg mendpt sokongan drp rakyat tptn. Di Vietnam aspek ini jelas kelihatan. Bagi menghadapi ancaman baru, pihak pemerintah tlh melancarkan dasar2 tertentu dlm bidang politik dan social spt memperbaiki sistem perkhidmatan, menggalakkan perkembangan sukan, pendidikan dan nasionalisme yg selamat di kalangan gol. beliadan menggunakan kekerasan utk membanteras nasionalisme yg melampau. Akibatnya bil. pelajar sek. tlh meningkat drp 450 000org pd thn 1939 hingga 700 000 org (1944). Kumpulan pelajar ini tlh dikawal rapi oleh pemerintah spy tdk belot dgn penyokong puak lain. Bahasa Di Indonesia, perkembangan dan penyebaran bahasa Indonesia sepanjang zaman pendudukan Jepun tlh menguatkan kesedaran nasionalisme dan menghapuskan sifat2 kedaerahan org Indonesia. W/pun utk jangka masa panjang, bahasa Jepun dirancang utk menggantikan bahasa Belanda sbg bahasa pentadbiran dan bahasa penghantar di sek,2. ttp utk jangka masa pendek, bahasa Indonesia masih digunakan. Dr. Ali Alisjahbana berpendapat bahawa apabila semakin ramai pelajar yg mempelajari bahasa Indonesia dgn bebas, mereka menjadi sedar akan ikatan yg sama mengikat mereka. Bahasa Indonesia tlh menjadi satu lambang perpaduan nasionalis penduduk tptn mahupun sesbuah negara yg
dijajah itu sendiri. Dgn itu mereka tlh menemui kata sepakat utk sama2 bangun bg mencapai kemerdekaan yg selama ini diidamkan oleh mereka. Keadaan ini tlh berjaya membuka mata negara2 yg dijajah utk bangun mendapatkan kemerdekaan bg mendaulatkan negara mereka.
Perubahan kuasa. Perubahan kuasa juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme. Ini berikutan Jepun muncul sbg sebuah negara Asia pertamayg melakukan penjajahan. Kemunculan Jepun sbg kuasa besar dunia tlh membuka mata penduduk di Asia Tenggarautk memperjuangkan nasib mereka yg selama ini terbelenggu oleh kuasa penjajah sama ada dr aspek eko.,politik mahupun social. Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar Barat menyedarkan penduduk Asia Tenggara bhw penduduk Asia juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Dlm konteks nasionalisme di Asia Tenggara ini,penduduk tlh bangun menentang penjajahan Jepun krn mereka sedar bhw Jepun bukanlah kuasa yg tdk boleh dikalahkan. Pengaruh luar Keadaan politik dunia juga mempengaruhi kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Banyak fahaman2 baru muncul spt fahaman komunisme dan kapitalisme serta imperialisme. Idea komunisme yg berasal dr Rusia tlh berkembang dan berjaya mempengaruhi gol. nasionalisme Vietnam. Idea demokrasiyg didukung oleh Barathanya dijalankan di negara mereka sahaja. Perkara sebenar yg berlaku ialah pemerasan kpd bangsa yg dijajah. Idea kapitalismedan imperialismemenjadikan bangsa yg dijajah hidup menderita. Keadaan ini tlh mengecewakan gol. intelektual yg selama ini percaya kpd nilai murni demokrasi yg menjadi tunggak keadilan. Namun unsur kapitalisme lebih dominan dlm perjuangan kuasa Barat. Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara tlh banyak mendatangkan kesan terhadap penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Pendudukan ini tlh menyedarkan penduduk Asia Tenggara terutama gol. nasionalis utk bangkit menentang penjajahanbg memerintah negara sendiritanpa bantuan pihak luar dan seterusnya memperolehi kemerdekaan. Justeru gol. nasionalis tlh mendapat inspirasi utk menuntut kemerdekaan drp penjajah.