Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
MODUL KERTAS 3 2017 DAERAH KINTA UTARA TEMA UMUM KERTAS 3 : SPM 2017 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme SehinggaPerang Dunia Kedua Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau TimorTimur.
Aspek Perincian Pengenalan 1. (a) Takrifan imperialisme (b) Maksud nasionalisme Isi dan 2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara Huraian (b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara 3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan Sistem Birokrasi Barat di i. Filipina ii. Indonesia iii. Tanah Melayu (b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. 4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara. (b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini. (c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia 5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan negara. (b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan 1
Catatan
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
kedaulatan negara (c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka 6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan negara (b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya tidak dijajah (c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kalangan warganegara 7. (a) Kesatabilan negara mula diganggu-gugat oleh sesetengah pihak. i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini? ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi? (b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat. (c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. 8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan (b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotism yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Kesimpulan
9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. (a) Pengetahuan yang diperolehi (b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk (c) Iktibar yang diperolehi (d) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia yang cemerlang.
2
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
1. (a) Takrifan imperialisme
Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. imperialisme barat telah mengubah sistem politik tanah jajahannya. didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah. Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan imperialis Eropah bertambah sengit.
(b) Maksud nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa Perasaan cinta akan negara Gerakan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya, penjajahan British di Tanah Melayu. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja Gerakan pembebasan daripada cengkaman ekonomi Gerakan pembebasan daripada kebudayaan asing Gerakan Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.
2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara a) Revolusi perindustian Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17. Keadaan ini telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten. Selain itu, Eropah turut memerlukan kawasan pasaran baru. Keadaan ini mendorong perluasan imprialisme yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asian Tenggara. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat. Negara-negara tersebut berpotensi untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan negara Eropah. b) Kekayaan bahan mentah Negara-negara di Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat kerana kekayaan bahan mentahnya. Bahan mentah negara-negara di Asia Tenggara pada awal abad ke-18 ialah Tanah Melayu dan Indonesia kaya dengan bijih timah, Thailand kaya dengan bijih timah dan kayu jati, Burma kaya dengan kayu jati dan Filipina kaya dengan tebu dan kelapa. 3
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
c) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak. Penggunaan kapal berkuasa wap juga mempercepat perjalanan di antara Barat dengan Timur. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur. Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez mejadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhunungan antara Barat dengan Timur. Kuasa-kuasa Imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah. Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat. d) Persaingan antara kuasa-kuasa Barat Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme mereka. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat. e) Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. British dan Belanda mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Hal ini bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
(b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara a) Dasar penjajahan barat Dasar penjajahan barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara di Asia Tenggara. Pengenalan sistem birokrasi barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Rakyat tempatan kekal dengan ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina. Sistem ini telah menindas penduduk peribumi. Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial. Penjajah berpendapat mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Mereka hanya layak berdampingan dengan sesama mereka dan bergaul dengan golongan elit tempatan 4
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
yang terdiri daripada golongan bangsawan. Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran pula menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan Hal ini kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.
b) Pengaruh agama Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian. Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara Hal ini menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan. Serta golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan Islah telah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat. Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. c) Karya kesusasteraan Karya-karya ini merupakan media menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Di Filipina, novel Noli Me Tanggere oleh Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan nasionalisme di negara itu tetapi menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan ke Makam Bonda oleh Chairil Anwar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, terkenal dengan karya Pak Sako iaitu Putera Gunung Tahan. d) Sistem pendidikan Sistem pendidikan mencetuskan nasionalisme kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih. Penjajah hanya menyediakan pendidikan mengutamakan sekolah menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Penjajah hanya memberi pendidikan pada peringkat rendah. Pendidikan ini terhad kepada golongan penduduk bandar dan golongan elit. Sebagai contoh, golongan Priyayi di Indonesia diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat tempatan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan Mubaligh diperkenalkan. Pendidikan ini telah memberikan ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
e) Kemunculan golongan intelektual Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat. Mereka ini didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman mereka di Barat dan Asia Barat telah menyedarkan bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti di negara mereka sendiri. Golongan ini kemudiannya memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. 5
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Pada peringkat awal, mereka hanya menuntut taraf hidup dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.
f) Pengaruh media massa Pengaruh akhbar dan majalah telah menyemarakkan nasionalisme di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah telah berupaya menyebarkan idea nasionalisme dan menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata. Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu, Al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama. Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka di negara mereka sendiri. g) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah. Hal ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme. h) Pengaruh luar Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Jepun mengalahkan Russia pada tahun 1905. Kejayaan ini telah membuka mata nasionalis di Asia Tenggara. Hal ini kerana keupayaan negara kecil mengalahkan negara besar. Perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang British telah memberi inspirasi nasionalis di negara Asia Tenggara lain.
3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara
i.
Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai Ketua Pentadbir di tanah jajahan Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) Perlantikan Pegawai Barat sebagai ketua biro Pengenalan undang-undang Barat
Filipina
Sebelum penjajahan Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali barangay yang diperintah oleh golongan Datu. Di Selatan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam. Selepas penjajahan (Sepanyol) Memperkenalkan Sistem pentadbiran berpusat Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat Dibantu oleh Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil Pentadbiran peringkat tempatan dilaksana dibawah sistem encomienda Barangay disatukan menjadi encomienda 6
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Encomineda terdiri daripada barangay-barangay yang digabungkan Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendaro. Tugas encomiedaro Menjaga keamanan Mengutip cukai Mengkristiankan penduduk barangay Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan Datu Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
ii. Indonesia Sebelum penjajahan Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam Diperintah oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah Selepas penjajahan (Belanda) Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda Penubuhan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undangundang Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam. Dianggap sebagai satu langkah kemerdekaan
iii. Tanah Melayu Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
7
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
(b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. P
Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap. a. Tahap Pertama Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme. Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera. b. Tahap Kedua Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi. Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal. Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat. i. Filipina Tahap pertama Merupakan gerakan dakyah Dipimpin oleh Jose Rizal Dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara menubuhkan Liga Filipina mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial Jose Rozal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh Tahap kedua bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan Melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal 8
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Andres Bonifacio dihukum mati Emilio Aguinaldo bersama-sama dengan Andres Banifacio melancarkan pemberontakan Dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika Syarikat revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana ditubuhkan pada tahun 1930-an nasionalisme Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
ii. Indonesia Tahap pertama memberi sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib penduduk Indonesia Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda. Memberikan inspirasi pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting Matlamat pertubuhan ini Untuk menyebar Islam sebenarnya Menghindari ancaman sekularisme barat Menghindari ancaman agama kristian Membina sekolah, klinik & masjid Tahap Kedua Memperlihatkan perjuangan parti politik radikal. Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI). menuntut kemerdekaan Indonesia dengan cara kekerasan. PNI pimpinan Soekarno paling popular. Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat. Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno. Dan mengharamkan PNI.
iii. IndoChina Tahap Pertama Lebih tertumpu di Vietnam . Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja Golongan menengah yang berpendidikan barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau Memimpin satu gerakan revolusi tetapi gerakan tersebut gagal Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) Melancarkan beberapa pemberontakkan di Tongkin 9
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam Phan Boi Chau kemudianya telah dipenjarakan VNQPH diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan parti Komunis Vietnam (PKV). Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja disekat Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme iv. Burma Tahap Pertama Gerakan nasionalisme tahap pertama memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha. Golongan elit berpendidikan barat. Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha tahun 1906. Bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha Memajukan pendidikan untuk rakyat Burma Menggunakan isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme 1916 Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis lebih radikal seperti U Ba Pe. Persatuan Belia Buddha menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma 1920 yang lebih radikal. Tahap Kedua Gerakan tahap kedua muncul selepas Laporan Montagu Chelsford Menyatakan Burma belum bersedia untuk berkerajaan sendiri. 1920 tercetus revolusi pelajar menuntut sebuah universiti. Nasionalisme seterusnya merupakan golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametgi Mencetuskan pemberontakan Saya San Diketuai oleh Saya San bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. Muncul liga Anti pemisahan Pengenalan perlembagaan Burma 1935 Peluang ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin ( siswazah university)menubuhkan parti Daboma Asiayone 1935 menuntut kemerdekaan. Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelarkan diri mereka “Tuan” Aung San aktif dalam gerakan Blok Pembebasan yang menuntut kemerdekaan Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 Beliau mengetuai Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis kerana kecewa dengan sikap Jepun Mengetuai rombongan kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan baru Burma Dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama. Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram 10
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
v. Thailand Tahap Pertama Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat anti penjajah pada tahap pertama berlaku kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak perkembangan sistem pendidikan Barat pendedahan terhadap fahaman liberal/sistem demokrasi/sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek kelemahan sistem pentadbiran sikap Raja Vajiravudh yang boros penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 bagi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak Tahap Kedua Disebakan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan ekonomi oleh orang Cina Malah sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha Tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.
4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.
Tahap Pertama Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Thailand. Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuashati. Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932. Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
11
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Tahap Kedua Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan orang Siam terhadapkerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orangorang Cina menindas orang Siam. Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan. Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan. Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasakuasa Barat. Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.
(b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini. i. Kesan Politik Mengalami perubahan yang drastik Pemimpin tempatan terpaksa menerima penasihat dari Barat Sistem politik termasuklah perundangan telah di ubah suai atau ditukar agar menyerupai sistem di Barat Negara Malaysia pernah ditadbir oleh penjajah Inggeris ii. Kesan Ekonomi Kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomeraialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri. iii.
Kesan Sosial (Pendidikan) Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di Tanah Melayu Hanya terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberi pendidikan asas Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pedidikan inilah yang kemudiannya dibaiki oleh kerajaan peribumi yang berkuasa selepas merdeka Sistem pendidikan alaf ini menggunakan pelbagai teknologi moden seperti komputer, wujudnya sekolah bestari dan sebagainya Inilah satu-satunya perkara yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini
iv. Kesan Sosial (masyarakat) Kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan ekonomi komersial mereka Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah 12
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
dijajah oleh kuasa Barat Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka Tugas untuk merangsang daan menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum telah terpaksa dipikul oleh pemimpin selepas merdeka Pemimpin terpaksa berusaha dari semasa ke semasa untuk mengekalkan perpaduan kaum terutama yang melibatkan tiga kaum terbesar seperti kaum Melayu, kaum Cina dan Kaum India
(c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia
Mengukuhkan semangat patriotisme Mengeratkan perpaduan bangsa Menjaga nama baik Negara Memelihara jati diri Menguasai ilmu pengetahuan Menguasai bidang kemahiran Mengukuhkan pasukan tentera Meningkatkan sains & teknologi Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Bersatu padu dalam perjuangan Mempunyai semangat kepimpinan yang baik Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat Sikap berdisiplin Gigih berusaha Tolong-menolong/ bekerjasama Mempunyai semangat setia Negara yang tinggi Sanggup berkorban untuk bangsa dan Negara (Mana-mana munasabah)
5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan negara.
Menguasai ilmu pengetahuan Menguasai segala bidang kemahiran Mematuhi ajaran agama Mengamalkan budaya bangsa Memperkasakan perpaduan bangsa Memelihara jati diri Mengamalkan cara hidup sihat Menghayati perjuangan tokoh-tokoh silam Mengambil iktibar daripada sejarah Menghindari budaya negatif Mempunyai kerjaya yang baik Sentiasa mengnela identiti bangsa Menghargai warisan Negara Menyokong dasar-dasar kerajaan Menjunjung perlembagaan Negara 13
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
(Mana-mana munasabah)
(b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan kedaulatan negara
Kedaulatan negara mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara Peranan rakyat mempertahankan kedaulatan amat penting Usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang utuh perlu dilaksanakan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan budaya, kepercayaan dan ideologi yang berbeza tetapi dapat hidup bersama di bawah satu sistem politik yang sama. Sikap bersatu padu dipupuk melalui Kebudayaan Kebangsaan yang bermatlamat mengekalkan kedaulatan negara Proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan bakal pemimpin pada masa hadapan Pelaksanaan PLKN berada di landasan betul bertujuan melahirkan generasi muda yang meminati isu-isu kenegaraan, mementingkan nilai bersama dan solidariti yang kukuh Walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dan kebudayaan, sebagai rakyat harus mengawalnya agar tidak mencetuskan ketegangan dan mencalarkan perpaduan Kesefahaman ini berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Keadaan ini akhirnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir luar yang boleh membawa kepada neo-kolonialisme Rakyat berganding bahu dan hidup bersatu padu dalam menjamin keselamatan negara supaya dapat mengelak dari diperalatkan oleh anasir luar bagi menjajah dari segi politik dan ekonomi Perpaduan negara membolehkan negara memperoleh pengikrafan dari negara luar seterusnya dikenali dunia. Contohnya pelantikan Malaysia ke Majlis Keselamatan PBB merupakan kejayaan yang diperolehi dengan sokongan kuat dari negara-negara yang sebelumnya tidak mengenali Malaysia
(c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
Pemimpin negara dapat mentadbir negara mengikut acuan sendiri melalui pelbagai program pembangunan ekonomi dan sosial Perpaduan dan hubungan antara kaum dapat dipupuk melalui program integrasi nasional Pelaburan asing di negara ini meningkat kerana kewujudan politik yang stabil Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi tanpa bergantung kepada kuasa barat Kestabilan politik lebih terjamin hasil daripada kecekapan pemimpin berwibawa Rakyat mampu berdaya saing diperingkat global melalui penghasilan produk halal untuk pasaran antarabangsa yang telah membuka peluang perniagaan kepada usahawan Malaysia Semangat setia negara telah dipupuk dalam kalangan rakyat seperti pelaksanaaan PLKN dan gagasan 1 Malaysia Penciptaan dan penemuan baharu dalam bidang pertanian, perindustrian dan pembuatan telah menggalakkan lagi pembangunan R&D Sistem pendidikan negara bertaraf dunia dengan penubuhan sekolah bestari, sekolah wawasan dan sekolah cluster Penubuhan koridor raya multimedia (MSC) telah meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai bidang Taraf hidup masyarakat meningkat kerana peluang pekerjaan yang disediakan dalam pelbagai bidang Pemodenan dalam bidang pertanian seperti penggunaan teknologi moden telah meningkatkan hasil 14
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
pengeluaran pertanian. Kejayaan dalam bidang sukan seperti pencapaian atlet dalam sukan KOMANWEL, sukan SEA dan sukan paralimpik
6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan negara Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil disebabkan berlakunya perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan kerajaan Iraq yang dibantu oleh Amerika syarikat. Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara. Oleh itu, mereka terpaksa mengikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak. Kesan dalam bidang ekonomi pula negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun. Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah. Penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini. Keamanan negara akan tergugat disebabkan kebebasan bersuara tanpa ada sikap menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara. Oleh itu, perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri Masalah perkauman mengakibatkan masyarakat tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain Ini akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita
(b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya tidak dijajah.
Menekankan kemajuan dari sudut dunia/ akhirat. Memajukan ekonomi/ pendidikan/ politik/ sosial Bersama berperanan memajukan bangsa Semua individu berhak mendapat peluang pendidikan Mempunyai sikap positif dalam memajukan bangsa Mendirikan pusat keilmuan/ sekolah/ institusi pengajian tinggi Berfikiran kreatif/ kritis/ inovatif dalam memajukan bangsa Meningkatkan ilmu pengetahuan Mempersiapkan diri dengan kemahiran Meningkatkan disiplin diri Sentiasa mengamalkan sahsiah yang baik Memanfaatkan usaha kerajaan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda/ ketrampilan diri 15
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Menjauhi diri dari gejala negative Mematuhi ajaran agama Memelihara jati diri Mengamalkan gaya hidup sihat Menyemaikan semangat nasionalisme Mengekalkan tradisi / budaya bangsa (Mana-mana munasabah)
(c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kalangan warganegara
Memupuk perasaan cinta pada Negara yang tinggi Menjunjung prinsip demokrasi berperlembagaan Taat setia kepada raja dan Negara Menghormati perlembagaan Membudayakan kehidupan penuh kesopanan dan kesusilaan Meletakkan undang-undang Negara di peringkat tertinggi Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara Membudayakan konsep 1 Malaysia di setiap peringkat masyarakat Memastikan perpaduan sentiasa erat Mengamalkan dan menghayati prinsip rukun negara Saling bertoleransi antara satu sama lain Bertindak sebagai satu komuniti yang erat Menjunjung konsep bersatu padu mempertahankan negara. (Mana-mana munasabah)
7. (a) Kestabilan negara mula diganggu-gugat oleh sesetengah pihak. i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini?
Iri hati dengan kemajuan negara Tamak kepada kuasa Ingin membolot sumber ekonomi negara Ingin merampas kuasa pentadbiran Bercita-cita menjadi kuasa utama dunia Hubungan diplomatik yang tegang Golongan pelampau/ ekstrimis/ golongan pengganas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Jenayah antarabangsa Kesan globalisasi (Mana-mana munasabah)
ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi?
Cara untuk mengatasi ancaman pihak ini ialah dengan melahirkan pemimpin negara yang bijak dan berwibawa. Seperti Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn, Bapa Keamanan dan Tun Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Selain itu, pihak kerajaan berjaya memajukan ekonomi negara ke peringkat antarabangsa. Mengukuhkan pertahanan negara juga dapat mengelak daripada ancaman imperialisme bentuk baru. 16
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
Disamping itu,kestabilan politik boleh dicapai melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen. Pelaksanaan dasar luar negara juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara . Dasar berkecuali yang dilaksanakan oleh negara juga dapat membebaskan Malaysia dari campur tangan mana-mana kuasa. Rakyat juga perlu mengamalkan semangat bersatu-padu dan saling menghormati perbezaan agama, bahasa dan budaya kaum lain. Secara tidak langsung keaman negara dapat diwujudkan dan rakyat hidup harmoni. Warganegara juga perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara untuk dijadikan pegangan dan panduan sebagai ideologi negara. Hal ini juga berjaya mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat. (Mana-mana munasabah)
(b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.
Berfikiran positif. Cekal dan tabah menghadapi cabaran Menguasai pelbagai kemahiran/ ilmu pengetahuan Mempunyai jati diri yang mantap Berpegang teguh kepada ajaran agama Sentiasa bersatu padu Semangat patriotik yang tinggi Berinovasi dan kreatif Mematuhi undang-undang Menghayati Rukun Negara Taat setia kepada sultan dan Negara Berakhlak mulia Berwawasan (Mana-mana munasabah)
(c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
Campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik negara Mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan kuasa besar Budaya hiburan yang keterlaluan Penerapan budaya asing tanpa disedari Pengaruh sekularisme Mengutamakan pembangunan lahiriah daripada rohaniah Ancaman pengganas Amalan individualisme yang merosakkan nilai kekeluargaan Muncul pelbagai fahaman politik Mengapi-apikan isu perkauman Perasaan kebencian antara kaum diluahkan secara terbuka Contohnya media sosial Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp serta di media cetak. Ancaman pencerobohan dari negara luar Mengancam keselamatan negara dan mengorbankan banyak nyawa Tanggal 1 dan 2 March 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan 17
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
kedaulatan negara dicabar dan 8 wira tanah air gugur ketika mempertahankan tanah air daripada diceroboh Serangan yang dilakukan di Lahad Datu dilakukan oleh kumpulan pengganas dari Filipina Pertikaian sesetengah pihak terhadap perlembagaan negara Mempersoalkan institusi raja berperlembagaan, hak istimewa kaum Melayu dan pendidikan kebangsaan Perkara tersebut boleh mengganggu gugat kestabilan negara Kemunculan golongan radikal Yang mengadakan demonstrasi jalanan Seperti menganjurkan perhimpunan bersih, perhimpunan menghapuskan GST yang boleh mendatangkan kecederaan Melahirkan kelompok masyarakat yang ekstrem dan biadap sehingga menggugat keamanan (Mana-mana munasabah)
ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
Sistem pentadbiran yang sistematik Yang berupaya mengatasi setiap cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar Seperti badan pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman melaksanakan pentadbiran dengan cekap, cepat, adil, berintegriti dengan mematuhi perlembagaan negara Rakyat hidup bersatu padu Perpaduan rakyat di negara ini diperkukuhkan Setiap kaum mementingkan kerjasama, toleransi, musyawarah dan hidup bersama secara aman dan harmoni Sedia berkorban untuk negara Sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi ancaman dari dalam mahupun luar negara Berpegang pada prinsip rukun negara demi mempertahankan tanah air daripada diceroboh Memastikan ekonomi terus kukuh dan maju Berjaya membangunkan ekonomi negara secara optimum, mengeksport hasil yang banyak ke negara luar, pengangguran berkurang dan kewangan terus kukuh Taraf hidup rakyat tinggi negara makmur Pemimpin berwibawa untuk memastikan negara kuat Pemerintahan kerajaan yang sistematik bagi melancarkan sistem pentadbiran Rakyat bersatu padu dalam menghadapi cabaran Pembangunan ekonomi yang seimbang dan ekonomi negara kukuh Pegangan agama yang kukuh yang menjadi benteng diri daripada pengaruh negatif Jati diri rakyat kukuh Rakyat berpendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga mahir negara Semangat nasionalisme rakyat tinggi Pertahanan negara kuat Dasar luar yang strategik dengan menjalin hubungan baik dengan semua Negara (Mana-mana munasabah)
8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan
Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk 18
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
memajukan diri Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh mereka. Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara serta cinta akan bangsa dan negara Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara Bersyukur sebagai warganegara Malaysia (mana-mana munasabah)
(b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara. Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus merasai nikmat kemerdekaan. Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan harmoni. Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah semula. Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus aman dan makmur, Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan supaya keselamatan negara terus terjamin. Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri. Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif. Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana pembangunan ekonomi negara. Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju setanding dengan negara maju yang lain. (mana-mana munasabah)
9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. (a) Pengetahuan yang diperolehi
Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang utama ialah keperluan bahan mentah bagi keperluan industri di Eropah. Pengenalan sistem birokrasi barat telah mengubah sistem politik,ekonomi dan sosial negara –negara 19
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
di Asia Tenggara Imperialis Barat telah menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pemerintahan beraja dan kehilangan pengaruh pembesar Pentingnya memelihara perpaduan lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk untuk meningkatkan kerjasama dengan semua kaum sama ada Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain tanpa prejudis. Sentiasa berwaspada terhadap ancaman pihak luar untuk menjamin kedaulatan negara. Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi pelapis kepimpinan negara seperti belajar bersungguh-sungguh dan menguasai bidang teknologi maklumat. Bijak mengatur strategi agar tidak diancam oleh kuasa luar. Meningkatkan kerjasama dengan negara jiran agar dapat menjamin keselamatan serantau. Imperialisme membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi negara mereka. Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asia Tenggara. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan. Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah. Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan kekuasaannya, contoh menindas penduduk peribumi dengan mempekenalkan tanaman paksa di Indonesia. (mana-mana munasabah)
(b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk
Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara. Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus merasai nikmat kemerdekaan. Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan harmoni. Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah semula. Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus aman dan makmur, Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan supaya keselamatan negara terus terjamin. Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri. Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif. Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana pembangunan ekonomi negara. Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju 20
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
setanding dengan negara maju yang lain. (mana-mana munasabah)
(c) Iktibar dari tajuk yang dikaji
Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk memajukan diri Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh mereka. Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara serta cinta akan bangsa dan negara Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara Bersyukur sebagai warganegara Malaysia (mana-mana munasabah)
(d) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang.
Harapan saya agar semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara dengan berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental dan keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara. Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan saling berkerjasama antara satu sama lain ke arah kemajuan negara. Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Harapan supaya seluruh rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan yang padu dan berharmoni. Semoga sikap bertolak-ansur dan bertoleransi dan tolong-menolong sentiasa dipupuk bagi mengelak berlaku perpecahan demi memastikan negara dapat memacu pembangunan yang mampan (mana-mana munasabah)
21
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017
22