Falsafah Occultisme dalam Kitab Melayu Klasik Taj AlMulk Indriaty Ismail
Abstrak Occultisme merupakan suatu bentuk falsafah kebatinan yang merangkumi pelbagai cabang ilmu yang cuba menerokai perkara-perkara misteri yang sukar diketahui oleh pancaindera dan pengalaman manusia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai elemen occultisme yang terdapat di dalam kitab Melayu klasik Taj al-Mulk. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah bersifat kajian kepustakaan. Hasil kajian menemui bahawa sebahagian besar dari kitab ini mengandungi elemen falsafah occultisme yang antaranya ialah seperti numerologi, astrologi, divinasi, ilmu tangkal azimat dan lain-lain.
Pengenalan Perkembangan occultisme secara formal di dalam dunia Islam dapat dilihat paling awal dalam pemikiran aliran Ikhwan al-Safa` dan kemudiannya dipraktikkan oleh ahli-ahli falsafah Islam yang juga merupakan saintis Islam terkenal, seperti J bir ibn Hayy n, al-R zi, al-Tughr ’i, al-Majriti dan lain-lain. Occultisme secara tidak formal terus berkembang dan mendapat tempat di kalangan orang awam yang tidak mengetahui hujung pangkal ilmu ini. Occultisme menjadi suatu budaya dan adat tradisi masyarakat Islam sejak beberapa lama. Ia juga kelihatan terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Amalan-amalan ini dipelihara oleh golongan tua dari semasa ke semasa sehingga mereka dikenali sebagai orang yang berilmu dan luas pengalaman di kalangan generasi muda. Occultisme kemudiannya diwarisi oleh golongan generasi muda yang terus menjadi pendokong utama yang mempertahankannya daripada pupus di telan zaman. Baik secara individu atau kolektif, masyarakat Melayu sebenarnya belum benarbenar mengenali apakah occultisme yang selama ini menjadi kepercayaan dan pakaian harian mereka. Penerokaan terhadap occultisme sebagaimana tersurat di dalam penulisan-penulisan tinggalan masyarakat dan yang tersirat di dalam dada dan amalan masyarakat akan membuahkan hasil perbandingan yang kritis dengan ciri-ciri occultisme yang telah menjadi elemen terpenting dalam berbagai agama lain selain Islam. Penganalisisan ini juga bermatlamatkan untuk melihat sedekat mungkin keserasian occultisme atau sejauhmana perjalanannya bertunjangkan kepada pendekatan yang dibawa oleh syiar Islam.
Falsafah Occultisme Dan Kitab-Kitab Masyarakat Melayu The Living Webster Encyclopedia Dictionary menghuraikan occult sebagai sains awal yang menumpukan kepada kualiti fizikal yang terdapat pada benda-benda di alam yang sukar diketahui melalui kefahaman fikiran tetapi dapat disingkap melalui pengalaman. Ia juga
Indriaty Ismail / 1133
merupakan suatu sains yang berkaitan dengan unsur-unsur magik, astrologi dan penggunaan agen-agen misteri dan ghaib. Webster Encyclopedia menyimpulkan occultisme sebagai suatu doktrin, kajian dan kepercayaan terhadap unsur-unsur ghaib dan berkomunikasi dengannya. Manakala occultist ialah orang yang mengamalkan occultisme dan mengabdikan diri dengan ilmu-ilmunya (The Living Webster Encyclopedia Dictionary t.th.,1:655). Menurut The Encyclopedia Americana, occultisme ialah falsafah yang berkaitan dengan perkara-perkara misteri atau tersembunyi; ‘The philosophy of hidden matters’. Istilah ini merangkumi amalan-amalan yang didasarkan kepada teori-teori dan kepercayaankepercayaan yang kemudiannya membentuk falsafah ini. Dalam kata lain, occultisme pada kebiasaannya mengandungi kepercayaan mistik dan amalan magik rahsia (The Encyclopedia Americana 1972,20:609). Pengumpulan data-data mengenai occultisme dalam masyarakat Islam Malaysia diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber-sumber bertulis dan tidak bertulis. Kajian ke atas sumber-sumber bertulis dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kitab-kitab agama bertulisan Arab dan Jawi dan buku-buku berunsur agama bertulisan rumi. Sumber-sumber occultisme yang tidak bertulis pula terdiri daripada kajian-kajian ke atas amalan, pegangan dan kepercayaan individu dan masyarakat yang diwarisi secara tradisi lisan sejak turuntemurun. Kitab-kitab bertulisan Jawi yang memuatkan beberapa bahagian ilmu occultisme sebagaimana yang ditemui oleh pengkaji ialah seperti berikut: Kitab Bintang Dua Belas (Abi Macsyar al-Falaki:1957), Kitab Pati Rahsia (Haji Nik Mahmud bin Ismail:1946) dan Kitab Taj al-Mulk (Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani:t.th.). Kitab-kitab di atas merupakan kitabkitab terbitan dan cetakan tempatan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultisme. Manakala kitab-kitab berbahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang banyak memuatkan ilmu-ilmu occultisme dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah seperti berikut: Syams al-Macarif al-Kubra (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:1970), Manbac Usul alHikmah (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:t.th.), Sir al-Asr r wa Kanzu al-Anw r (Daud al-Antaki al-Darir:1928), Kitab Mujarobat (Al-Syaykh Ahmad al-Dairabi al-Kabir:t.th.) dan Kit b Mujarrobat al-Iman (Al-Syaykh Abi cAbd Allah Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi al-Husni). Kitab-kitab bahasa Arab tersebut di atas ini amat hebat pengaruhnya di kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, terdapat ratusan buah buku-buku bahasa Melayu dan Indonesia yang dikesan oleh pengkaji mengandungi elemen-elemen occultisme yang begitu sebati di dalam masyarakat Islam. Buku-buku tersebut dapat disenaraikan seperti berikut: Hikmat Ayatul Kursi (Ali Zulfakar:t.th.), Dunia Hikmat (Ali Zulfakar:1955), Intisari Ilmu Ghaib (Imam Ghazali:t.th.,Terj.), Rahasia Mujarobat Lengkap (MS Mariyah:1994), Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof:1993), Kitab Mujarabat (M.A. Romdon: 1986), Mujarrobat Madiinatul Asroor (t.p:t.th.), Buku Primbon Lengkap Kunci Keselamatan (t.p:t.th.), Miftahusy Syifa’ Primbon Lengkap Kunci Kesembuhan (Ahmad Thoha Abdul Ghani:t.th.), Kunci Mencari Rezeki (K.H. Zahwan Anwar:1988) dan berbagai nama kitab lagi. Pengkaji juga menemui beberapa buah buku berbahasa Inggeris yang pada hemat pengkaji turut menyelitkan fahaman occultisme. Kemungkinan besar buku-buku ini mendapat tempat utama di kalangan para intelek Melayu meskipun kedudukannya di kalangan orang awam dipercayai adalah terhad. Buku-buku bahasa Inggeris yang dikenalpasti itu ialah: The Book of Sufi Healing (Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) (Shaykh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin:1985) dan Sufi Expressions of The Mystic Quest (Laleh Bakhtiar:1976). Perbincangan mengenai occultisme di dalam kitab-kitab tersebut dapat diselami menerusi ilmu-ilmu occultisme yang terdiri daripada numerologi, astrologi, divinasi, palmistry dan lain-lain. Di dalam kajian ini pengkaji hanya akan menumpukan kepada sebuah kitab sahaja iaitu Taj al-Mulk. Pemilihan ini dibuat memandangkan kitab ini amat popular di kalangan orang Melayu dan kandungan falsafah kebatinannya juga hampir merangkumi sebahagian
1134 / ISoIT 2004
besar cabang falsasah occultisme. Pengkaji akan memuatkan fakta-fakta dan contoh-contoh yang ditemui sepanjang kajian sebagai membuktikan penampilan ilmu-ilmu occultisme di dalam kitab ini.
Elemen Occultisme Di Dalam Kitab Taj Al-Mulk Setelah membuat analisis ke atas data-data yang dikumpulkan dari kitab agama klasik masyarakat Melayu ini, pengkaji merumuskan untuk membentangkan tiga unsur occultisme yang utama dan terbanyak dihuraikan di dalam kitab tersebut dan juga masih diamalkan di kalangan masyarakat. Unsur-unsur tersebut terdiri dari Numerologi, Astrologi dan Divinasi.
Numerologi Numerologi merupakan ilmu dalam occultisme yang paling popular di kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu di mana ia telah diamalkan dan diperturunkan sejak dari zaman silam lagi. Ilmu numerologi ini di dalam bahasa Arab disebut sebagai cIlm al-Huruf. Pengkaji melihat bagi kebanyakan penulis kitab-kitab occultisme baik berbahasa Melayu atau Arab, mereka beranggapan bahawa huruf-huruf samada secara bersendirian atau tersusun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Huruf-huruf hijaiah ini dijadikan wifiq dan bentuknya yang tersusun dijadikan sebagai azimat. Setiap huruf dipercayai mempunyai tabiat-tabiat tertentu yang membolehkan seseorang memahami ciri-ciri, kaifiyat, darjat dan martabat kerohanian sesuatu benda. Penggunaan ilmu huruf di kalangan ulamak occultisme di dalam kitab Taj al-Mulk dan kebiasaannya di dalam kitab-kitab yang sealiran dimulai dengan memberi nilai kepada hurufhuruf hijaiah tersebut. Menurut kajian pengkaji sistem nilai abjad yang dipraktikkan ini tidak mempunyai sedikit perbezaan pun dengan yang digunakan oleh masyarakat Chaldean, masyarakat Yahudi dan falsafah aliran Pythagorean. Berikut ialah nilai abjad huruf-huruf hijaiah yang diambil dari kitab Melayu yang lain dan diperturunkan di sini disebabkan kitab Taj al-Mulk sendiri tidak mencatatkan huraian nilaiannya: JADUAL 3.1: Angka-Angka Menurut Hitungan (Hisab) Abjad = / Alif = ! = 9 = /8 Yaa = 1 = " = 0 Baa` = : Kaaf = 2 = 08 = # = 1 Jim = ; Laam = 3 = 18 = 2 = $ Daal = < Miim = 4 = 28 Haa = % = 3 = 5 = = Nuun = 38 Wawu = & = 4 = > = 48 Siin = 6 Zay = ' = 5 = ? Ain = 7 = 58 Haa` = ( = 6 = 8 = @ = 68 Faa = Shood = A = 78 Thoo = ) = 7 = 9 Qoof = * = /88 = 100 = Khoo` = B = 488 Roo = + = 088 = 200 = Dzaal = C = 588 = , = 188 = 300 Dhood = D = 688 Syiin Taa` = - = 288 = 400 Zhoo = E = 788 = . = 388 = 500 Tsaa Ghoin = F = /888 = N = Ng 50 = 38 = * = G 100 = /88
= = = = = = = = = = = = = =
10 20 30 40 50 60 70 80 90 600 700 800 900 1000
Indriaty Ismail / 1135
Ny
=
Y
=
9
=
/8
10
Sumber: Mujarobat Madiinatul Asroor:t.th., 2:35-37 Para numerologis dan occultis Melayu Islam amat fanatik dengan ilmu huruf atau sistem nilai abjad ini kerana ia menjadi asas yang paling penting dalam segala pekerjaan yang lain. Sebagai contoh, ilmu hitungan diperlukan dalam menentukan jumlah nama seseorang, sifat dan karakter peribadinya, keserasian seseorang dengan pasangannya, mengetahui hal manusia dan bintangnya, mengetahui kiraan orang yang akan bermusafir, mengetahui hajat tercapai atau penyakit sembuh, mengetahui punca sesuatu penyakit, mengetahui menang atau kalah, menentukan jantina bayi yang dikandung dan lain-lain.
Mengetahui Keserasian antara Dua Sahabat atau Pasangan Suami Isteri Bab yang paling laris di dalam pegangan ilmu numerologi ialah penentuan keserasian di antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga atau antara dua sahabat sebelum memulakan sesuatu perkongsian kerja. Banyak kitab-kitab Melayu lama dan moden tidak ketinggalan memuatkan perbincangan khusus mengenai aspek ini. Dalam analisis pengkaji, perincian terhadap ilmu keserasian ini dapat ditemui di dalam Kitab Pati Rahsia (Nik Mahmud 1946:145), Bintang Dua Belas (Abi Macsyar al-Falaki 1957: 3), Taj al-Mulk (Tuan Hassan t.th.:25), Buku Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof 1993,45-46) dan lain-lain lagi. Kitab Taj al-Mulk secara khusus telah mencatatkan hal ini dengan; “Jika engkau kehendaki kenal hal laki-laki dan perempuan adakah muafakat antara keduanya atau berbantah antara keduanya atau jadi bercerai kemudiannya atau adakah mati satu seorang daripada keduanya maka hendaklah engkau hisab akan nama laki-laki dan nama ibunya dan bilangan hari bulan dan esa iaitu dua puluh tiga cadad hari maka buang majmuk tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang tersebut dan dihisab akan nama perempuan dan ibunya dan cadad hari dan bilangan haribulan dan esanya iaitu dua puluh maka buang tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang tersebut jua kemudian maka dilihat pada dua Luh maka jika jatuh cadad laki-laki dan perempuan dalam Luh al-Hay t maka dua orang itu muafakat dan apabila seorang dalam Luh al-Hay t dan seorang lagi dalam Luh al-Mam t maka dua orang itu bercerai kemudiannya atau yang jatuh dalam Luh al-Mam t itu mati dan yang jatuh dalam Luh al-Hay t itu hidup dan qiyas olehmu atas demikian itu segala pekerjaan yang lain-lain. Demikian lagi jika engkau kehendaki kenal akan dua orang yang berkehendak bersahabat antara keduanya atau berkehendak bersyarikat pada berniaga umpamanya maka hendaklah engkau hisab antara dua nama orang itu dan cadadnya hari dan bilangan haribulan dan esa bermula esa itu dua puluh jua tiada lebih tiada kurang selama-lamanya dan qiyas olehmu akan segala pekerjaan yang lain-lain” (Tuan Hasan t.th.:25-26).
Pengkaji melihat terdapat kelainan pada jumlah pengiraan nilai-nilai nama yang dilakukan oleh pengarang Kitab Taj al-Mulk ini dengan kitab-kitab Melayu yang lain kerana jumlah pengurangan angka agak besar iaitu dibuang 30, 30. Pengarang juga mengamalkan kaifiyat mengenali sesuatu hajat dan mengetahui sesuatu dengan berdasarkan kaedah yang beliau namakan Luh al-Hay t dan Luh al-Mam t (Tuan Hasan t.th.:25). Jadual Luh al-Hay t dan Luh al-Mam t yang digunakan oleh pengarang kitab ini ialah seperti berikut: JADUAL 3.1.1: Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat Kitab Taj al-Mulk
1136 / ISoIT 2004
Sumber: Tuan Hasan t.th.:26 Pengarang kitab ini menjelaskan lagi bagaimana menentukan bilangan hari dengan katanya: “Adapun cadad hari itu maka Ahad itu 1 cadadnya, Isnin itu 2 cadadnya dan Selasa itu 3 cadadnya dan Rabu itu 4 cadadnya dan Khamis itu 5 cadadnya dan Jumaat itu 6 cadadnya dan Sabtu itu 7 cadadnya” (Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual Luh al-Hay t dan Luh al-Mam t tersebut di atas digunakan oleh pengarang sebagai asas numerologi di dalam kitabnya dan disarankan kepada orang ramai sebagai rujukan dalam pengiraan mereka untuk menentukan berbagai perkara selain muafakat dua sahabat atau keserasian suami isteri seperti menentukan kalah menang seseorang dengan lawannya, menentukan orang yang sakit sembuh atau tidak, mengenalpasti punca sesuatu penyakit, mengetahui keadaan orang yang musafir atau ghaib, mengetahui hajat akan tercapai atau tidak, mengenali pekerjaan yang musykil, mengetahui jantina anak dalam kandungan dan hidup atau mati anak itu dan lain-lain lagi (Tuan Hasan t.th.:24-27).
Mengetahui Kalah Menang Seseorang Dengan Musuhnya Kitab Taj al-Mulk telah mengemukakan dua bentuk pengiraan kalah menang dengan berpandukan mazhab Imam Jacfar al-Sadiq r.a. (Tuan Hasan t.th.:23) dan mengikut kaedah mazhab Abi Macsyar al-Falaki (Tuan Hasan t.th.:24). Pengarang kitab ini menyebutkan di dalam “Fasal kepada menyatakan ghalib dan maghlub atas mazhab Imam Jacafar al-Sidiq r.a.”, “Adapun kaifiyat mengenal itu maka hendaklah dihisab huruf antara dua nama yang berbantah atau berbetulan dengan huruf abjad dengan hisab jumal kabir. Dan murad dengan jumal kabir itu seperti hisab seseorang yang bernama Ahmad, maka hisab dengan jumal kabir itu: ( ) itu satu cadadnya dan ( ! ) itu 8 cadadnya dan ( " ) itu 40 cadadnya dan ( # ) itu 4 cadadnya maka jadi jumlah itu 53 cadad bakinya. Adapun hisab jumal saghir itu maka diiktibar ( ) itu 3 huruf makhraj iaitu ( $%& ), maka ( & ) itu satu cadad, ( ' ) itu 30 cadad, dan ( $ ) itu 80 cadad. Dan ( ! ) itu 2 huruf iaitu ( () ) dan ( ! ) itu 8 c adad dan ( ) itu satu cadad. Dan ( " ) itu 3 huruf (*+, ), maka ( " ) itu 40 cadadnya, dan ( - ) itu 10 c adadnya, dan ( " ) yang kedua itu 40 cadadnya jua . Dan ( # ) itu 3 huruf asalnya iaitu ( . # ), maka iaitu 4 cadad dan ( ) itu satu cadadnya, dan (' ) itu 30 cadadnya. Maka jadi jumlah lafaz Ahmad (/"0& ) dengan hisab jumal saghir itu 245 cadadnya. Maka qiyas olehmu akan nama yang lain daripada “Ahmad” (Tuan Hasan t.th.:23). “Setelah sudah maklum akan dua nama orang yang berkehendak berkelahi bantah umpamanya maka dihisab huruf bagi nama masing-masing orang itu maka dibuang masing-masing nama orang akan 9, 9. Adapun jika bersamaan pada nama keduanya maka kita lihat pada ilmunya dan sya`n dan warna kulitnya dan bangsanya dan sifat kejadiannya. Maka barang yang lebih ilmu atau tua umur atau lebih warna kulit bangsa atau lebih sifat kejadiannya maka iaitulah menang. Bermula warna hitam itu keras
Indriaty Ismail / 1137 daripada warna yang lain dan warna merah itu keras daripada warna yang putih dan qiyas olehmu akan lainnya” (Tuan Hasan t.th.: 23). “Adapun jika tinggal esa dengan 9, ghalib esa maghlub 9. Dan jika esa dengan 8, ghalib 8 maghlub esa . Dan jika esa dengan 7, ghalib esa maghlub 7. Dan jika esa dengan 6, maka ghalib 6 maghlub esa. Dan jika esa dengan 5, maka iaitu ghalib esa maghlub 5. Dan jika esa dengan 4, maka iaitu ghalib 4 maghlub esa. Jika dengan 3, maka iaitu ghalib esa maghlub 3. Dan jika esa dengan 2, maka iaitu ghalib 2 maghlub esa. Dan jika esa dengan esa, maka barang yang mendatang itu ghalib dan yang didatang itu maghlub” (Tuan Hasan t.th.:23).
Pengarang kitab ini seterusnya membincangkan lebih panjang bilangan angka tunggal di antara dua nama iaitu 2 dengan 9, 3 dengan 9, 4 dengan 9, 5 dengan 9, 6 dengan 9, 7 dengan 9, 8 dengan 9 dan terakhir 9 dengan 9 (Tuan Hasan t.th.:23-24). Perbincangan tersebut mengkhususkan kepada pengiraan mengikut mazhab Abi Jacafar al-Sadiq. Manakala perbincangan seterusnya ialah dikhususkan kepada `Fasal pada menyatakan satu kaedah lagi pada mengenal ghalib dan maghlub atas mazhab Abi Macsyar al-Falaki’ (Tuan Hasan t.th.:24-25). Pengarang mencatatkan, “Dan adalah kaedah ini tersebut dalam dua bait dalam Kitab Abu Macsyar al-Falaki jua. Maka kaifiyatnya hendaklah dihisabkan antara dua nama orang yang berkelahi bantah atau lainnya dengan hisab jumal kabir. Setelah sudah dihisab maka nyatalah maksudnya dalam dua bait syair Arab yang bermaksud: “Yakni ghaliblah matlub ertinya ghaliblah yang datang kepadanya dan maghlub yang mendatang apabila bersamaan antara dua nama pada genapnya. Dan ghaliblah talib ertinya ghaliblah yang mendatang dan maghlub yang datang tatkala bersamaan antara dua nama pada kasalnya. Dan jadilah ghaliblah yang terkurang cadadnya pada tatkala seorang genap cadadnya dan seorang kasal yakni pada tatkala seorang genap dan seorang kasal itu ghalib yang terkurang cadadnya dan jadi maghlub yang banyak cadadnya dan ghaliblah yang banyak cadadnya pada tatkala bersalah-salahan ia” (Tuan Hasan t.th.:24).
Pengkaji mendapati terdapat kesukaran dalam memahami kaedah mengenali ghalib maghlub mengikut mazhab Abi Macsyar al-Falaki seperti keterangan di atas. Walau bagaimanapun pengarang telah menghuraikan kenyataannya itu dengan memberikan contohcontoh bagi setiap bentuk nilai abjad. Pengarang menerangkan, “Adapun kehasilan surah dalam dua bait syair itu empat, pertama, surah bersamaan antara nama pada genapnya maka adalah surah enam ghaliblah yang didatang kepadanya dan maghlub yang mendatang, misal, seorang Muhammad namanya seorang lagi namanya pun Muhammad jua maka Muhammad itu 92 cadadnya. Maka yang mendatang itu maghlub dan yang datang itu ghalib. Kedua, surah bersamaan antara dua nama pada kasal maka adalah surah ini ghaliblah yang mendatang dan maghlub yang didatang, misal, seorang namanya Salam dan seorang lagi namanya Salim, maka Salam itu 131 c adadnya jua maka adalah surah ini ghalib yang mendatang dan maghlub yang didatang. Ketiga, surah seorang genap dan seorang kasal, misal seorang bernama Ahmad dan seorang bernama Husin maka Ahmad itu 53 cadadnya dan Husin itu 128 cadadnya maka surah ini memanglah yang terkurang c adadnya daripada yang banyak yakni ghalib Ahmad dan maghlub Husin. Keempat, surah ghalib yang banyak tatkala bersalah-salahan cadadnya pada genap antara dua nama atau kasal antara dua namanya, misalnya, bersalahan pada genap itu seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Yusof, maka Ali itu 110 banyak cadadnya dan Yusof itu 156 cadadnya maka Yusof itu ghalib dan Ali itu maghlub kerana banyak cadadnya daripada cadad Ali dan missal bersalah-salahan pada kasal itu seorang bernama Ibrahim dan seorang lagi bernama Sulaiman, maka Ibrahim itu 259 cadadnya dan Sulaiman itu 191 c adadnya maka Sulaiman itu maghlub dan Ibrahim itu ghalib kerana banyak cadad Ibrahim daripada c adad Sulaiman dan qiyaskan olehmu akan yang lain-lain daripadanya. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:23-24).
Mengetahui Jantina Anak di Dalam Kandungan Numerologi juga digunakan untuk penentuan jantina bayi yang dikandung. Kitab Taj alMulk mempunyai persepsi yang berbeza dari kitab-kitab lain kerana membuat pengiraan ke
1138 / ISoIT 2004
atas sesuatu perkara dengan meletakkan sesuatu di atas kaedah Luh al-Hayat dan Luh alMamat. Pengarang menegaskan, “Jika dikehendaki kenal orang yang bunting dan budak adakah laki-laki atau perempuan dan adakah mati budak itu atau hidup atau adakah orang yang bunting itu mati dalam hal wiladah atau tiada, maka iaitu bahawa engkau hisab akan nama perempuan dan nama ibunya dan cadad hari dan bilangan haribulan dan ditambah atasnya esa iaitu dua puluh kemudian maka dibuang 30, 30 hingga tinggal 30 atau kurang maka jatuh dalam Luh al-Hayat pada cadad yang kasal adalah perempuan itu beranak perempuan dan jika jatuh dalam Luh al-Hayat pada cadad yang genap adalah perempuan itu beranak laki-laki. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka bahawasanya anak itu tiada hidup sekali-kali. Dan demikian lagi ibunya jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah ia mati dan hal beranak jatuh dalam Luh al-Hayat itu maka adalah ia hidup, InsyaAllah” (Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual abjad dalam kedua-dua Luh al-Hayat dan al-Mamat adalah seperti yang dibincangkan di dalam bahagian keserasian antara lelaki dan perempuan atau dua sahabat.
Mengetahui Keadaan Orang Yang Bermusafir atau Ghaib Kitab Taj al-Mulk telah membincangkan fasal ini berdasarkan kaedah Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat seperti yang telah diperkenalkannya. Pengarangnya juga telah menggabungkan perbincangan dan pengiraan dua perkara serentak iaitu keadaan-keadaan orang yang musafir atau ghaib dengan hal keadaan orang yang sakit. Beliau menyatakan, “Tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra, “Apabila engkau kehendak ketahui hal orang sakit dan yang ghaib dan yang musafir dan barang yang hasil atas keduanya maka kenal olehmu akan nama hari yang datang penyakit atas orang sakit itu, nama hari pergi orang yang musafir yang sudah ghaib dan hisab olehmu akan nama orang itu dan nama ibunya dengan hisab jumal kabir yang termazkur dan c adad hari dan murad dengan esa itu dua puluh banyaknya. Setelah sudah engkau himpun sekeliannya maka buang olehmu 30, 30 hingga tinggal 30 atau kurang daripada 30. Setelah itu maka engkau lihat akan cadad yang tinggal mana Luh yang tempat jatuh cadad yang tinggal itu. Maka jika jatuh dalam Luh al-Hayat maka adalah orang sakit itu hidup dan orang yang musafir itu selamat dan orang ghaib pun selamat, InsyaAllahTaala. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah orang yang sakit itu mati dan orang yang musafir itu kesukaran dan orang yang ghaib itu kesakitan atau lambat kembali” (Tuan Hasan t.th.:25).
Pengarang kitab ini seterusnya membawakan contoh, “Misal orang yang sakit atau kedagangan umpamanya itu Ibrahim dan nama ibunya Hajar dan nama hari itu Ahad dan bilangan hari bulan Arab masa ditanyai itu 6 haribulan umpamanya. Maka kita hisab Ibrahim itu 259 dan Hajar itu 208 cadadnya maka jadi majmuk itu 417 (Pengkaji mendapati kiraan ini salah kerana 259 + 208 = 467). Maka kita tambah pula 1 iaitu cadad hari dan kita tambah pula 6 iaitu bilangan haribulan yang sudah lalu maka jadi majmuk 424 cadadnya. Kemudian maka kita tambah pula esa hari bulan iaitu 20 cadadnya maka jadi majmuk, semuanya 444 cadadnya. Kemudian maka kita buang akan dia 30, 30 maka jadi tinggalnya itu 24 maka kita dapat 24 cadadnya itu dalam Luh alMamat maka nyatalah bagi kita orang itu mati dalam kedagangan” (Tuan Hasan t.th.:25).
Mengetahuai Hal Pekerjaan Yang Sangat Musykil Kitab Taj al-Mulk membincangkan, “Jika dikehendaki kenal pekerjaan yang sangat musykil maka hendaklah dihisab seperti kaedah yang tersebut. Maka jika jatuh dalam Luh al-Hayat maka adalah pekerjaan itu jadi mudah dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah pekerjaan itu bertambah-tambah kesukaran dan qiyas olehmu akan tiap-tiap pekerjaan atas pekerjaan ini maka adalah kaedah mengetahui akan pekerjaan suatu kaedah Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat itu betul lagi sahih sudah dicoba-coba akan dia dan sedikit tersalah. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26).
Pengarangnya menjelaskan lagi sambil menasihatkan,
Indriaty Ismail / 1139 “Tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak kenal pekerjaan yang musykil atas kaedah Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat itu dengan hisab yang sahih jua dan diketahui haribulan pun dengan sahih jua maka apabila jatuh pekerjaan yang dikehendaki kenal dalam Luh al-Hayat maka kerjakan olehmu serta engkau tawakkal kepada Allah Taala dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka sabar olehmu maka Allah Taala serta orang yang sabar. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26-27).
Astrologi Astrologi adalah elemen kedua terbanyak yang ditemui oleh pengkaji menjadi kegunaan orang-orang Melayu di dalam kehidupan mereka. Kebanyakan pengarang dan penyusunpenyusun kitab-kitab Melayu membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan astrologi secara terang-terangan dan meluas tanpa sedikitpun menunjukkan keraguan terhadapnya. Dengan tidak membicarakan mengenai asal usul astrologi, pengarang-pengarang kitab tersebut terus memulakan perbincangan mengenai kelebihan-kelebihan dan kegunaan astrologi kepada kehidupan harian selepas mengenali pembahagian bintang-bintang kepada 12 buruj. Antara kegunaan astrologi ialah tertumpu kepada mengaplikasikannya dalam beberapa perkara seperti menghurai tabiat seseorang, mengetahui maksud bintang tujuh, mengetahui maksud hari-hari yang menjadi awal tahun, mengenali waktu yang baik untuk mencari rezeki, mengenali hari yang baik dan hari yang nahas, mengetahui waktu yang baik dan waktu yang nahas dalam sehari, mengenali jadual waktu yang baik atau nahas dalam sebulan dan lain-lain lagi.
Mengetahui Tafsiran Bintang Tujuh Pengkaji melihat hanya kitab Taj al-Mulk membincangkan mengenai huraian pengaruh Bintang Tujuh ini dalam kehidupan seseorang. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Syarah Bintang Tujuh’ yang telah tersebut di dalam jadual, pengarang menyatakan, “Adapun pada ketika Syams barang kehendak kita kerjakan nescaya beroleh sentosa jika berjalan bertemu dengan orang berbangsa dan beroleh nikmat diperjamu orang akan dikau…Adapun saat Zuhrah maka barang kerjanya baik atau beristeri atau bertemu dengan kekasih atau memakai kain itu baik…Adapun saat Utarid maka barang kerjanya baik dan jika mengambil upahan atau menyurat atau mesyuarat suatu pekerjaan atau mengadap raja-raja atau menanam sesuatu maka iaitu baik. Adapun saat Qamar maka barang kerjanya terlalu baik tetapi pekerjaan yang jahat jangan dikerja dalam saat ini. Adapun saat Zuhal itu maka barang kerjanya terlalu jahat kerana Zuhal itu nahas akbar dan jika berperang tiada menang jika pergi kepada suatu nescaya kesukaran dan terkadang bertemu orang jahat…Adapun saat Musytari itu barang kerjanya terlalu baik kerana Musytari itu sacad akbar jika dikehendaki mengadap raja-raja atau berjual beli maka iaitu pun baik…Adapun saat Marikh itu maka barang pekerjaannya tiada baik kerana Marikh itu nahas asghar. Wallahuaclam.” (Tuan Hasan t.th:1516).
Mengetahui Saat Dalam Setiap Hari Yang Tujuh Pengkaji mendapati pengaruh astrologi amat ketara dalam pemikiran pengarang Taj alMulk yang berusaha membahagikan saat dalam setiap tujuh hari dalam seminggu, mengikut buruj-buruj dalam sistem astrologi. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Saat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh’, pengarang menyebut, “Kata setengah hukamak adalah dalam satu qaus hari itu dibahagi tujuh saat. Inilah jadual mengenal saat yang tujuh dalam qaus tiap-tiap hari yang tujuh dan murad dengan qaus hari itu daripada waktu terbit matahari hingga masuk matahari. Inilah jadual. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:12-13).
1140 / ISoIT 2004
JADUAL 3.2.2 : Saat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh Sumber: Tuan Hasan t.th.:13
Pengarang Taj al-Mulk seterusnya membahagikan satu hari dalam seminggu itu kepada dua puluh empat saat. Pengkaji melihat usaha beliau ini tidak lain darpada mengembangkan cabang-cabang astrologi di dalam analisis hari. Beliau mencatatkan, “Kata setengah hukamak seperti yang tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra adalah dalam sehari semalam itu dua puluh empat saat maka jadilah dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus bagi tiap-tiap hari bermula jadual ini (Tuan Hasan t.th.:13). (Pengkaji tidak membawakan di sini contoh jadual yang dimaksudkan demi untuk menjimatkan ruangan).
Mengetahui Keadaan Baik Atau Buruk Menerusi Hari Yang Jadi Awal Permulaan Sesuatu Tahun Huraian astrologi hari yang menjadi awal tahun mengikut kitab Taj al-Mulk pula pada fikiran pengkaji merupakan huraian yang paling ringkas dan padat di antara semua kitab. Di dalam `Fasal pada menyatakan Hari Awal Tahun Yakni Sehari Bulan Muharram’, pengarang telah mencatatkan, “Kata Syeikh Muhammad al-Marzuqi dalam Syarh Natijah al-Miqat, maka apabila masuk awal tahun itu hari Ahad, maka talicnya itu bintang Syams. Adalah tahun itu menunjukkan atas wujud zalim pada segala raja-raja dan orang besar-besar dan sedikit hujan. Adapun jika adalah Muharam itu hari Isnin maka talicnya bintang Qamar maka tahun itu menunjuk atas wujud baik segala raja-raja dan hulubalang dan adalah hujan itu banyak. Adapun jika awal tahun itu hari Selasa maka talic nya bintang Marikh maka adalah tahun itu menunjukkan atas mati segala orang yang besar-besar dan banyak orang bertumpah darah dan sangat mahal dagangan dan mahal makanan dan sedikit hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Arbica maka talicnya itu bintang Utarid maka adalah tahun itu menunjuk atas pertengahan hal pada segala waktu dan rakyat dan hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Khamis maka talicnya Musytari maka adalah tahun itu menunjuk atas wujud adil segala raja-raja dan hulubalang dan baiklah hal segala qadi dan fuqahak dan banyaklah kebajikan dan rezeki dan hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Jumaat maka talicnya bintang Zuhrah maka adalah tahun itu menunjuk atas wujud zalim raja-raja dan hulubalang dan segala orang besar-besar dan bersalahan antara segala manusia pada bicara dan pekerjaan dan sedikit hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Sabtu maka talicnya bintang Zuhal maka adalah tahun itu menunjuk atas kesukaran manusia pada segala pekerjaan mereka itu dan kehidupan mereka itu dan jadi kekerasan hamba orang dan orang supih dan orang fasik banyak ketakutan dalam tahun itu. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:21).
Indriaty Ismail / 1141
Pengkaji melihat kelainan yang terdapat pada huraian dalam kitab ini ialah penumpuannya pada aktiviti raja-raja, pembesar-pembesar dan hulubalang-hulubalang secara khusus. Kemungkinan huraian ini adalah bersesuaian dengan jodol kitabnya iaitu Taj alMulk. Oleh itu huraian tentang baik buruk aktiviti rakyat jelata kurang diberi penekanan khusus.
Mengetahui Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari Perbincangan mengenai kegunaan astrologi dalam aspek ini banyak ditemui di dalam kitab Bintang Dua Belas (Abi Macsyar al-Falaki 1957:6-8), kitab Sir al-Asrar wa Kanzu alAnwar (Daud al-Antaki 1928:23-24), kitab Taj al-Mulk (t.th.:19) dan Kitab Pati Rahsia (Nik Mahmud 1946:99-107). Kitab Taj al-Mulk turut membicarakan hal ini di dalam `Fasal Pada Menyatakan Saat Yang Baik Dan Yang Jahat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh’. Kitab ini menyatakan, “Dengan peperangan atau berkelahi bantah atas mazhab setengah hukamak inilah jadual saat baik dan jahat atas mazhab setengah hukamak dalam hari yang tujuh dengan nisbah bagi peperangan dan adalah dalam qaus hari lima saat. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:19).
JADUAL 3.2.4: Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari
Sumber: Tuan Hasan t.th.:19 Kitab ini menghuraikan,
“Adapun syarah huruf rumuz yang tersebut maka (1) itu alamat ghalib dan (23 ) itu alamat ghalib jua tetapi ada merbahaya sedikit dan ( 2 ) itu alamat bagi maghlub dan (4 ) itu alamat saat itu tiada ghalib dan tiada maghlub. Adapun mengadap tatkala mendatang akan musuh atau menahan akan musuh dengan nisbah bagi saat lima bagi tiap-tiap hari yang tersebut maka iaitu jika pada hari Ahad atau Isnin maka hendaklah mengadap dari Selatan ke Utara atau dari Timur mengadap ke barat jati. Dan jika pada hari Selasa maka hendaklah mengadap dari masyriq ke maghrib atau dari utara ke selatan. Dan jika hari Arbica mengadap dari barat laut ke selatan atau dari barat laut ke timur pedang nescaya menanglah ia dan jika pada hari Khamis maka hendaklah tatkala berang mengadap dari timur pedang ke utara atau dari utara ke selatan nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Jumaat, maka hendaklah mengadap dari Timur Laut ke Barat Daya atau Timur Jati ke maghrib nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Sabtu maka hendaklah tatkala berperang mengadap dari maghrib ke masyriq atau dari utara mengadap ke selatan nescaya menanglah ia” (Tuan Hasan t.th.:19).
Pengkaji melihat terdapat keistimewaan di dalam huraian hari yang baik atau nahas seperti yang dibuat oleh kitab Taj al-Mulk di atas. Selain daripada memaparkan saat yang
1142 / ISoIT 2004
baik atau buruk dalam sehari, pembaca kitab ini ditunjukkan panduan bagaimana untuk mengekalkan kemenangan di dalam perbalahan atau peperangan dengan mengikut strategi bertindak yang terancang dan mengelak dari kekalahan menurut jadual nahas tersebut.
Mengetahui Nahas Dalam Sebulan Pengkaji menemui satu fungsi astrologi yang tidak kurang pentingnya iaitu untuk mengetahui nahas dalam satu bulan. Fungsi ini didapati huraiannya di dalam kitab Taj alMulk di dalam `Fasal Pada Menyatakan Nahas di dalam Sebulan Atas Mazhab Jaafar al-Sadiq r.a.’. Pengarang telah mencatatkan, “Dan telah berhimpunlah dalam satu bait syair yang bermaksud : Yakni maka barang yang ada ia huruf bertitik maka iaitu nyatalah nahasnya hasil dan barang yang tiada bertitik maka iaitu bahagia yang dapat ia dan tersebut dalam Syams al-Macarif al-Kubra bermula nahas dan bahagia yang tersebut dalam bait syair itu khusus atau qaul itu jua. (Inilah jadual) mengenal haribulan yang nahas dalam sebulan atas mazhab Jaafar al-Sadiq seperti yang tersebut dalam Syams al-Macarif al-Kubra dan Irsyad al-Sari dan maksud kami perbuat jadual ini supaya segera mudah faham bagi mubtadi, InsyaAllah” (Tuan Hasan t.th.:18-19).
Mengetahui Saat Yang Baik Atau Buruk Dalam Tiap-Tiap Haribulan Yang Tiga Puluh Hari Ini merupakan peranan astrologi yang terakhir menurut hemat pengkaji dapat dilihat di dalam kitab Taj al-Mulk. Di dalam `Fasal Pada menyatakan Saat Yang Baik dan Jahat Dalam Tiap-tiap Hari Bulan yang Tiga Puluh Hari’, pengarang menyatakan, “Ketahui olehmu adalah hukamak membahagi akan qaus tiap-tiap haribulan itu lima saat. Inilah jadual lima saat di dalam satu qaus haribulan. Wallahuaclam”. (Tuan Hasan t.th.:20) (Pengkaji tidak membawakan jadual yang dimaksudkan di ruangan ini).
Pengarang menghuraikan, “Dan apabila sudah sampai lima haribulan maka kembali kepada enam hari bulan hingga sepuluh hari bulan. Demikianlah hingga genap tiga haribulan (Adapun) saat maisuri maka barang kerjanya baik jika engkau perang nescaya menang engkau, InsyaAllah Taala. Dan jadilah alah musuh jika engkau pergi kepada suatu tempat nescaya bertemu dengan orang baik parasnya. Jika mengadap raja-raja itu baik. (Adapun) saat kal itu maka barang kerjanya itu jahat jika pergi-pergian itu jahat bertemu dengan orang dusta atau berkelahi bantah jika berperang nescaya tiada menang. (Adapun) saat sirri maka barang kerjanya baik jika engkau perang musuh baik jika engkau diperang akan dikau tiada baik. (Adapun) saat berham itu maka barang kerjanya tiada baik dan pada satu qaul pada saat itu jika diperang akan musuh baik jika diperang orang akan dikau tiada baik. (Adapun) saat bisan maka barang kerjanya tiada baik jika ber-jalan bertemu dengan orang berkelahi bantah jika bertanaman tiada baik dan pada suatu qaul jika berperang tiada menang pada saat itu dan pada satu qaul lagi jika diperang musuh menang engkau dan jika diperang orang akan dikau tiada baik (Tuan Hasan t.th.:20-21).
Divinasi Elemen occultisme yang seterusnya ditemui di dalam persekitaran masyarakat Melayu ialah divinasi. Divinasi boleh difahami sebagai ilmu untuk mengetahui, menilik dan meramalkan sesuatu atau tentang masa depan. Pengkaji melihat walaupun ilmu divinasi ini kurang popular sebagaimana ilmu huruf (numerologi) dan ilmu bintang (astrologi), namun ia merupakan antara yang terbanyak diajarkan di dalam kitab-kitab Melayu. Aspek-aspek ilmu divinasi yang berbagai jenis telah dikupas di dalam banyak bahagian kitab-kitab tersebut tetapi tidak menggunakan istilah divinasi yang khusus. Antara ilmu-ilmu divinasi yang telah
Indriaty Ismail / 1143
dikumpulkan dan dianalisis oleh pengkaji ialah seperti berikut: Palmistry, Phrenology, Empat unsur alam: Air, Api, Tanah, Angin, Dowsing, Ilmu Tilik/Ramalan, Ilmu Gerakan Anggota Badan, Ilmu Mentacbir Mimpi, Ilmu Tubuh Badan Manusia, Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T., Wifiq dan Ilmu Tangkal Azimat.
Empat Unsur Alam: Air, Api, Tanah Dan Angin Menurut analisis pengkaji Air, Api, Tanah dan Angin merupakan empat elemen alam yang sering digandingkan di dalam perbincangan falsafah terutama di dalam memberi penerangan mengenai asal usul sesuatu perkara. Pergandingan unsur ini dikesan wujud paling awal dalam falsafah bangsa Chaldean dan tersebar penggunaannya di dalam pemikiran bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Pengkaji melihat empat unsur alam ini juga amat laris di dalam perbincangan kitab-kitab Melayu. Kitab Taj al-Mulk turut membincangkan sedikit mengenai empat unsur alam ini. Di dalam fasal “Pada menyatakan segala ubat yang dimakan akan menghilangkan segala penyakit dan membaik pada segala anggota”, pengarang kitab menyebut, “(Sebermula) dan dijadikan Allah Taala tanah itu akan gunanya tempat air dan api itu akan gunanya tatkala ubat sangat maraknya. Air memadamkan api itu pun demikian dengan airnya. (Adapun) angin itu akan gunanya menyerapkan air dan api itu maka tiada dapat angin itu lalu. Maka jadilah lemah segala acdha’. Inilah kita ini sebutnya” (Tuan Hasan t.th.:85).
Dowsing Kitab Taj al-Mulk merupakan kitab Melayu yang paling banyak membicarakan tentang aspek dowsing. Dowsing ialah cara lama untuk mencari benda-benda tersembunyi seperti air, galian berharga dan lain-lain dengan menggunakan satu daripada pancaindera yang mana kebanyakan daripada kita tidak sedar mereka memiliki keistimewaan tersebut iaitu keupayaan untuk mengesan benda-benda yang tidak boleh ditanggapi oleh orang lain. Dowsing digunakan untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat seperti mengesan mata air di bawah tanah atau tempat yang kurang baik supaya dapat berhati-hati sebelum membina bangunan atau rumah di atasnya. Kitab Taj al-Mulk di dalam `Bab Pada Menyatakan bumi Yang Baik dan Yang Jahat’, telah mencatatkan, “Hendaklah kita ketahui akan dia dan jika bumi itu tinggi ke maghrib dan rendahnya ke masyriq maka iaitu yang afdal dan jikalau ada bumi itu tinggi ke masyriq dan rendahnya ke maghrib maka janganlah engkau diam di sana tiada baik padahnya dan jikalau ada dalam bumi itu tinggi ke selatan rendah ke utara beroleh laba yang duduk dan jikalau ada bumi itu samaratanya maka iaitu pertengahan dan jikalau ada bumi tiu tinggi ke masyriq dan warnanya pun putih rasa manis baunya harum maka iaitu afdal dan jika ada bumi itu merah rasanya kelat baunya pedas atau manis beroleh laba yang diam di sana dan jika ada bumi itu hitam airnya masam-masam baunya busuk janganlah diam di sana kerana beroleh kesakitan dan papa (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).
Pengarang menjelaskan lagi, “(Adapun) bumi yang baik pertama warnanya putih kedua kuning ketiga hitam keempat bersih kelima hijau itulah yang amat baik faedahnya. (Adapun) bumi yang jahat itu pertama warnanya hitam kedua berjul ketiga baunya busuk keempat berbulu kelima berdekat-dekat keenam berlubang-lubang ketujuh terban. Itulah bumi yang jahat janganlah diam di sana (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).
Pengarang menjelaskan lagi, “Bermula jika bumi itu ditepi sungai ada bukit besar atau kayu tiada baik diam di sana perolehnya dukacita dan kematian dan kesakitan kerana itu tempat jin dan jika kau diam di sana hendaklah dipindah pintunya pada pihak maghrib (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).
1144 / ISoIT 2004
Terdapat beberapa bahagian lain dalam kitab ini yang memokuskan kepada amalan dowsing yang sama tujuannya seperti di atas. Ini dapat dilihat pada perbincangan pengarang berkenaan `Fasal Pada Menyatakan Bekas Rumah atau Dusun atau negeri’ adakalanya baik dan adakalanya jahat (Tuan Hasan t.th.:87), `tempat bumi bekas rumah’ (t.th.:87), `Syarat berbuat tempat bekas rumah’, `memilih bumi akan tempat rumah duduk segala manusia’ (t.th.:93-94), `Syarat melantai rumah itu’ (t.th.:94), `bumi yang jahat dan nahas’ dan `tanah yang baik dan jahat’ (t.th.:95). Sebagai contoh terakhir, pengkaji memetik tulisan pengarang di dalam `Fasal ini Pada Mengetahuikan Memilih Bumi akan Tempat Rumah Duduk Segala Manusia’. Penulis mencatatkan, “Ketahui olehmu hai talib (Adapun) jika bumi itu rendah ke masyriq itulah yang beroleh baik dan jika ada bumi itu senget ke utara itulah yang maha utamanya. (Jika) ada bumi itu sama rata tinggi rendahnya naik jika bumi itu senget ke masyriq warnanya putih rasanya manis baunya harum itulah yang terlebih utama rahmatnya (Jika) bumi itu hijau warnanya lagi kuning meseri warnanya manis rasanya pedas barangsiapa diam di sana alamat beroleh isteri baik bangsawan dan hartawan datang kepada anak cucunya selamat diam di sana (Jika) bumi perak pertamanya putih kedua merah ketiga kuning keempat kelabu kelima hijau keenam hungan ketujuh mesrinya warnanya itulah yang maha utama tempat kita diam di sananya InsyaAllah Taala yang memberi berkat. Adapun tiga perkara yang nahas itu pertamanya yang berbukit-bukit tinggi rendah barangsiapa diam di sana alamat segala hamba sahayanya dan anak cucunya derhaka kepada ibubapanya dan lari segala hamba sahaya padahnya…..hingga akhir (Tuan Hasan t.th.:93-94).
Pengkaji mendapat terdapat sedikit kelainan di dalam huraian pengarang di atas dengan huraian beliau yang lain mengenai klasifikasi tanah yang baik atau sesuai dengan yang tidak sesuai untuk didiami. Dalam huraian di atas, beliau telah memasukkan kriteria warna, bau dan rasa dalam menentukan jenis bumi tersebut. Terdapat juga beberapa perkataan yang tidak dapat difahami oleh pengkaji seperti hungan, mesrinya dan mesri. Walau bagaimanapun yang dapat dipastikan di sini, pengarang telah mengaplikasikan metode (dowsing) di sini.
Ilmu Gerakan Anggota Badan Berdasarkan analisis pengkaji, kitab Taj al-Mulk memberi tumpuan yang agak meluas dalam menghuraikan ilmu gerakan anggota badan. Hampir seluruh anggota badan manusia dari hujung rambut hingga ke tapak kaki yang mengalami gerakan dihurai dan ditafsirkan. Sebagai contoh, di dalam `Bab ini pada Menyatakan Seni Kaf dinamai Gerak’, pengarang menyatakan, “Jika sebuah kepala bergerak-gerak dari kanan, alamat sakit hati. Jika pihak kepala dari kiri bergerakgerak alamat beroleh kebesaran. Jika tendon bergerak alamat dukacita jika perempuan alamat segera bersuami. Jika kening kanan bergerak-gerak alamat yaman tetapi ada sedikit bahaya. Jika kening kiri bergerak-gerak alamat melihat perempuan. Jika bibir mata dari bawah bergerak akan menangis. Jika pohon mata kanan bergerak-gerak alamat luput daripada penyakit. Jika ekor mata kanan bergerakgerak, alamat melihat orang datang dari jauh ……” (Tuan Hasan t.th.:59).
Pengarang memberi tafsiran tentang pergerakan anggota badan ini yang merangkumi kepala, kening, mata, biji mata, hidung, telinga, muka, bibir, lidah, leher, bahu, belikat, lengan, siku, jari jemari, tapak tangan, dada, lembing, tubuh, pinggang, pusat, peha, lutut, kaki, tapak kaki dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:60-67). Antara contoh tafsiran gerakan anggota badan yang dikupas oleh pengarang kitab ini ialah, “Jika paha kanan bergerak alamat sakit, jika paha kiri bergerak alamat sukacita, jika lutut kanan bergerak alamat pergi-pergian barang ke mana segera datang, jika betis kira bergerak alamat sukacita, jika pergelangan kaki kanan bergerak alamat orang dengki, jika pergelangan kaki kiri bergerak alamat
Indriaty Ismail / 1145 kebesaran, jika kura-kura kaki kanan bergerak alamat berlaba, jika kura kaki kiri bergerak alamat sakit, jika tapak kaki kanan bergerak alamat mendengar khabar keluarga sakit, jika telunjuk kaki kanan bergerak alamat berhati suci, jika telunjuk kaki kiri bergerak alamat yaman hati ….” (Tuan Hasan t.th.:60-61).
Di dalam bahagian lain bukunya ini, pengarang sekali lagi telah menyentuh tentang ilmu gerakan anggota badan. Di dalam `Bab ini Peri Menyatakan Segala Seri Gempa di dalam Besar Kita’, pengarang telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang, “Alamat baik dan jahat supaya diketahui pada barang yang pada badan kita daripada gerak Allah jua maka ia bergerak. Bermula jikalau sekelian tubuh kita bergerak kanak kiri atas alamat melihat indahindah sesuatu pula hampir ajal atau keruh. Jika tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan. Jika ubun-ubun alamat menjadi menteri atau raja-raja atau beroleh harta banyak orang pun kasih akan dia. Jika kepala kanan alamat barang pekerjaannya beroleh laba. Jika semua kepalanya alamat beroleh sukacita. Jika dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal. Jika tengkuk bergerak alamat banyak orang kaya-kaya kasih akan dia. Jika kening kanan alamat berbahagia akan datang. Jika kening yasar ma man mati lagi bertemu dengan kekasihnya” (Tuan Hasan t.th.:108).
Dalam pengamatan pengkaji seterusnya mendapati pengarang telah mentafsirkan alamatalamat bagi anggota-anggota badan yang lain yang bergerak. Ini terdiri dari kelopak mata, hidung, pelipis, telinga, pipi, bibir, dagu, leher, bahu, lengan, siku, lidah, bahu, belikat, lambung, belakang, perut, pinggang, dubur, hati, pusat, paha, lutut, pergelangan kaki, kurakura kaki, mata kaki dan terakhir, ibu kaki (Tuan Hasan t.th.:108-110).
Ilmu Mentacbir Mimpi Ilmu mentacbir mimpi merupakan suatu ilmu dan kemahiran manusia yang paling lama di warisi sejak zaman berzaman. Banyak kitab-kitab Melayu membincangkan mengenai ilmu ini. Pengarang Taj al-Mulk telah mengkhususkan Fasal Pada Menyatakan Tacbir Mimpi Baiknya dan Jahat ditunjukkan Allah Taala’ untuk membicarakan tentang ilmu ini. Pengarang menyebut, “Telah berkata syaikhuna wa ustazuna wa cazizuna wa qudwatuna Sayyidi al-Syaykh Muhammad ibn al-Syaykh cAbd al-Karim al-Samani al-Madani. (Adapun) mimpi orang yang awam itu ditacbirkan dan mimpi yang khawas tidak ditacbirkan seperti mimpi itulah. (Adapun) mimpi orang yang awam itu lihatlah olehmu apa hurufnya yang pertamanya jika huruf (@GH) maka sambut dengan ayat: (=IJ'KL <%MN O%LPQ @NRM SH TUVGNH WX MH). Alamatnya segala dukacitanya telah diluputkan oleh Allah Taala (Dan jika) mimpi awalnya huruf ( " ) maka disambut dengan ayat (OYZLX& ZJP SH [+Z\ ). Alamatnya barang citanya diberi Allah Taala hendak berbuat jahat tiada akan menjadinya (Dan jika) awalnya huruf ( - ) maka disambut dengan ayat (O]H ^PX ZJG_+H `aG SH Zb) alamatnya akan datang gaduh dan gendala segala pekerjaan ingat-ingat malam dan siang ……” (Tuan Hasan t.th.:71-72).
Pengarang menghuraikan metode mentacbir mimpi ini dengan mendasarkannya kepada huruf-huruf hijaiyah dan mengaitkannya dengan ayat-ayat al-Quran yang bermula dengan setiap satu daripada huruf-huruf hijaiyah tersebut. Dalam pengamatan pengkaji metode yang digunakan oleh pengarang seperti di atas merupakan salah satu metode yang digunakan oleh pengarang untuk mentacbir mimpi di dalam bukunya ini. Metode ini belum pernah ditemui oleh pengkaji diaplikasikan oleh kitab-kitab Melayu yang lain. Manakala metode mentacbir mimpi dalam bahagian lain dalam bukunya ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pengarang-pengarang kitab-kitab lain di mana tacbiran sesebuah mimpi tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana ayat al-Quran tetapi dihuraikan dengan maksud-maksud tertentu tanpa dinyatakan sumber daripada mana makna maksud-maksud mimpi tersebut diperolehi. Antara contoh-contoh lain tacbiran mimpi oleh pengarang yang boleh dirujuk oleh orang yang ingin mengetahui tentang maksud mimpi mereka ialah merangkumi “bermimpi melihat titian sirat, melihat Luh Mahfuz, berjumpa empat sahabat Nabi, sepuluh sahabat Nabi, melihat hari qiyamat, melihat matahari dan bulan sujud kepadanya, matahari atau bintang
1146 / ISoIT 2004
turun ke rumahnya, naik ke atas udara, matahari terbelah dua, mimpi hujan lebat, puting beliung, angin keras, mimpi mandi, air sungai jernih, minum air sungai, perahu karam, melimpah sungai besar, air laut menjadi najis, mimpi makan nasi, berkata-kata dengan orang mati, mimpi minum arak dan lain-lain” (Tuan Hasan t.th.:73-74). Oleh kerana perbincangan mengenai huraian mimpi ini terlalu meluas pengarang telah mengkategorikannya mengikut fasal-fasal tertentu. Misalnya di dalam fasal yang berkaitan dengan manusia, pengarang telah menyenaraikan mimpi-mimpi berkenaan melihat Rasulullah s.a.w., melihat qadhi yang adil, pendeta, faqir, Abu Bakar, Uthman cUmar, cAli, ulamak, hukamak, lelaki atau perempuan banyak, kanak-kanak, melihat kubur, mimpi dibunuh, mimpi belayar, berniaga, berkahwin, gigi patah, mata buta dan sebagainya lagi (Tuan Hasan t.th.:7678). Di dalam fasal yang berkaitan dengan binatang pula disenaraikan mimpi-mimpi seperti makan daging kambing, melihat gajah, harimau, membunuh binatang, menaiki kuda, membunuh tikus, babi, menyembelih biri-biri, pelanduk dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:78) Kategori-kategori mimpi yang lain yang boleh dirujuk di dalam kitab ini ialah mimpimimpi yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, bukit, manusia, pakaian yang mulia, intan permata, emas perak, sungai, laut, tanah, binatang-binatang yang melata, hal-hal yang berkaitan dengan api dan kebakaran, makanan, makan gula, makan pisang, minuman, minum susu, amalan-amalan yang baik, sembahyang, sujud, memberi sedekah, sesuatu yang berkenaan dengan najis, peralatan menangkap ikan, buah-buahan, batu-batu bumi dan lainlain lagi. Semua jenis mimpi-mimpi yang dinuqilkan oleh pengarang telah diberi tafsiran dan makna-makna tertentu sama ada baik atau buruk (Tuan Hasan t.th.:79-84).
Ilmu Tubuh Badan Manusia Pengkaji mendapati pengarang kitab Taj al-Mulk turut membincangkan mengenai ahwal segala tubuh badan manusia dan tafsirannya dalam rangka untuk mengenali peribadi seseorang manusia. Dengan berpandukan kepada sebuah hadith pengarang menyatakan; “Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Ketakut olehmu daripada firasat segala mukmin bahawa sanya ia menilik dengan cahaya Allah Taala”. (Syahdan) kembalilah faqir pada menyatakan perkataan firasat hukumnya yang tersebut iaitu mengambil dalil dan qiyas daripada melihat ahwal segala tubuh manusia daripada perkataan dan warnanya. (Adapun) tubuh yang merah lagi halus tanda melawan dan tubuh seperti warna api tanda malang pada segala kerjanya dan amanah lagi kurang akal dan tubuh warna hijau bercampur hitam tanda jahat perangai dan warna tubuh bercampur merah tanda segera pada segala pekerjaan dan tubuh sangat putih tanda tiada baik” (Tuan Hasan t.th.:64-65).
Huraian pengarang di atas adalah mengenai warna tubuh manusia. Beliau juga turut menghuraikan berkenaan rambut manusia sebagaimana katanya, “Rambut yang ikal lagi hitam berkilat tanda caqil lagi sempurna kelakuan dan rambut antara merah dan hitam tanda kebajikan dan rambut yang sederhana tanda baik dan rambut yang sangat hitam tanda berakal dan rambut yang lemah tanah penyakit sejuk otak lagi kurang bebal lagi tamak dan rambut yang kuning tanda kurang akal lagi segera marah dan rambut yang sangat lebat tanda kurang akal” (Tuan Hasan t.th.:65).
Aspek-aspek tubuh badan manusia yang lain yang diberi tafsiran dan maknanya oleh kitab ini merangkumi kepala; kepala yang besar, yang sederhana, yang pipih, dahi; dahi yang besar lagi luas, yang sederhana, yang bujur, kening; yang lurus, sederhana lagi hitam, kening panjang lagi jarang, kening yang bertemu, mata; mata sederhana, mata jarang terkelip-kelip, mata yang sangat hitam, mata yang merah, mata yang kecil, warna mata; yang sangat biru hampir kepada putih, yang biru hampir kepada kuning, yang merah bercampur kuning, hidung; yang panjang lagi mancung, yang pendek hujungnya, mulut, bibir, lidah, suara, nafas, pipi, tahi lalat, janggut, warna muka, telinga; yang besar, yang kecil, yang lekat cuping, telinga yang lembut, muka, leher, pinggang, hasta, tapak tangan; dengan anak jari yang panjang, tangan yang lembut, yang tipis, tapak tangan dengan anak jari yang pendek, dada,
Indriaty Ismail / 1147
perut, punggung, betis, kaki; yang kecil lagi lembut, tumit; yang besar, langkah; yang jarang dan akhir tembon yang sederhana (Tuan Hasan t.th.:65-68). Pengkaji akan memperincikan di sini berkenaan dengan tahi lalat yang ada di tubuh badan manusia. Ilmu mengenai tahi lalat ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu sehingga terdapat buku-buku khusus yang diterbitkan mengenai tafsiran tahi lalat sahaja. Di dalam zaman teknologi moden kini ilmu tafsiran tahi lalat Taj al-Mulk boleh diakses melalui SMS (Short Message Services) atau dial ke pusat servis telefon yang tertentu. Pengarang kitab Taj al-Mulk menghuraikan, “(Adapun) tahi lalat pada kesudahan kepala atau di atas tanda tiada hasil segala maksudnya dan tahi lalat antara kedua mata tanda hasil segala maksudnya dan tahi lalat pada kelopak mata dan pada kening tanda kesukaan dan tahi lalat yang pada bibir tanda sir sir dan tahi lalat pada batang leher tanda permulia orang dan tahi lalat pada lengan tanda ada tolong segala manusia barang hajat dan tahi lalat pada belakang tapak tangan tanda kikir dan jika pada tapak tangan kanan tanda tiada tetap padanya harta dan tahi lalat pada zakar tanda kuat jimac dan tahi lalat pada punggung tanda sentiasa dalam suruhan orang dan tahi lalat pada lidah tanda ia mancut darah dan tahi lalat pada muka yang tiada dinyatakan tanda tuma, demikianlah lagi tahi lalat pada batang hidung” (Tuan Hasan t.th.:67).
Dalam kenyataan di atas terdapat beberapa perkataan tulisan jawi yang tidak dapat difahami dengan baik oleh pengkaji seperti sir sir , mancut dan tuma. Dalam hal ini pengkaji serahkan sendiri kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui huraian makna tanda-tanda tahi lalat ini supaya merujuk kepada kitab asal tersebut dan bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui dan yang sentiasa mempraktikkan tafsiran ilmu ini.
Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T. Salah satu aspek divinasi yang tidak kurang popularnya ialah bibliomancy. Bibliomancy bermaksud meneka tentang sesuatu perkara dengan berpandukan kepada kitab suci. Amalan ini pada asalnya ditemui di dalam masyarakat Kristian di mana mereka membuka lembaran kitab Bible dan menunjuk kepada bahagian-bahagian tertentu untuk diramalkan maksudnya sama ada baik atau buruk. Pengarang kitab Taj al-Mulk di dalam fasal `Inilah Pal Kalam Allah S.W.T’ telah menghuraikan, “Barangsiapa hendak mengerjakan sesuatu pekerjaan yang besar-besar hendaklah dahulunya itu melihat Pal Kalam Allah. Jika baik padanya nescaya dikerjakannya dan jika palnya jahat maka disabarkan dahulu supaya sempurna sekelian pekerjaan dengan berkat kalam Allah. Adapun syarat membukakan pal ini dengan mengambil air sembahyang dahulu. Maka diambil mashaf dan adab serta merendahkan dirinya kepada hadrat Allah Taala dengan dibaikkan niat serta ikhlas hatinya. Setelah itu maka membaca surah sekali dan ( $KH SH&%ca ) tiga kali dan membaca mucawwizatayn sekali. Maka membaca doa ini:
“deLf gh =&JijG! dkl ^h m&bijP! &%Zj ^JkUn :eZboe -Pp& dLPQ -PoNq gJ X OrGP H ” Maka membaca salawat sepuluh kali maka dicitanya barang yang dikehendak. Maka tatkala sudah dicita maka dibukakan mashaf maka dibilang, tujuh warq maka dibilang pula tujuh satr yang dikanan. Maka jika bertemu dengan huruf ( & ) nescaya adalah pal itu terlalu baik lagi sempurna pekerjaan itu. (=IJ'KL <%MN O%LPQ @NRM SH TUVGNH WX MH). Dan jika bertemu dengan huruf (5 ) nescaya adalah yang empunya pal itu barang pekerjaan kebajikan maka barang yang dipintanya diperoleh dengan kurnia Allah Taala (!kLJ] Zs !+_& tJ Cue SH ^PX ZLQ!& !+LvJ& !+Lwe )…..” (Tuan Hasan t.th.:31-32). Demikianlah seterusnya keterangan pengarang iaitu bermula dari bertemu dengan huruf ( & ) sehingga huruf hijaiyah terakhir ( - ). Setiap satu huruf diiringi dengan sepotong ayat alQuran yang bermula dengan huruf-huruf hijaiyah tersebut. Pengkaji mendapati ayat-ayat
1148 / ISoIT 2004
tersebut menjadi penguat atau penentu kepada huraian atau tafsiran pengarang. Sebagai contoh, ayat-ayat yang bermaksud ketinggian, kemuliaan atau kegembiraan yang dijanjikan Allah Taala maka ia menandakan kemenangan, kebahagiaan dan kebaikan bagi seseorang. Begitu juga ayat-ayat yang bermaksud kecelakaan, penyesalan atau janji-janji buruk Allah Taala kepada hamba-Nya di dalam al-Quran telah ditafsirkan oleh pengarang sebagai menandakan hal-hal yang tidak baik yang harus dielakkan oleh seseorang. Sebenarnya terdapat banyak lagi unsur-unsur occultisme di dalam kitab klasik Taj alMulk ini yang tidak dapat dipertontonkan di sini memandangkan keluasan ilmu tersebut. Bagi individu yang berminat untuk mengkaji selanjutnya mereka akan bertemu dengan lainlain ilmu occultisme seperti ilmu-ilmu wifiq, ilmu azimat dan tangkal. Ilmu-ilmu ini menggunakan berbagai bentuk gambarajah yang ganjil, bahasa yang janggal dan simbol yang pelik yang sudah tentu bukannya simbol bahasa Arab yang digunakan di dalam al-Quran atau bahasa Arab yang mudah difahami.
Penutup Kitab Taj al-Mulk adalah di antara kitab-kitab lama yang kaya dengan perbendaharaan ilmu di dalamnya. Ilmu-ilmu yang tidak terusik di dalam kitab ini setelah dianalisis memaparkan kepada kita bahawa ianya banyak diselitkan dengan ilmu-ilmu falsafah kebatinan atau occultisme. Tiga bentuk ilmu yang paling banyak digunapakai dan dihuraikan ialah Numerologi, Astrologi dan Divinasi. Numerologi membantu seseorang untuk mengenali seseorang yang lain menerusi jumlah nama, mengenalpasti keserasian antara dua sahabat atau pasangan suami isteri, mengesan punca-punca penyakit dan lain-lain. Manakala Astrologi membolehkan kita mengetahui tabiat seseorang, mengetahui waktu yang baik atau buruk dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun dan lain-lain. Divinasi pula memperkenalkan ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu tafsiran tapak tangan, tengkorak kepala, ilmu ramalan, ilmu mentacbir mimpi, ilmu menafsir tahi lalat, ilmu gerakan anggota badan, azimat, wifiq dan lain-lain. Kepelbagaian dan keluasan ilmu yang terkandung di dalam kitabkitab Melayu ini menampakkan pembangunan fikiran orang-orang Melayu yang amat tinggi sejak zaman silam dalam memahami dan menyelesaikan persoalan kehidupan mereka. Ilmuilmu mereka adalah lambang sains dan teknologi mereka yang tentunya berbeza sekali dengan sains dan teknologi moden dan terkini. Tetapi persoalannya adakah ilmu-ilmu ini boleh disesuaikan dengan ajaran akidah dan syariat Islam yang sebenar?
Bibliography Al-Quran al-Karim The encyclopedia Americana. 1972. USA: Americana Corporation. Vol. 20. International Edition. The living Webster encyclopedia dictionary of the English language. t.th.. Chicago: Institute of America Inc. Vol. 1. First Edition. Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani. t.th. Kitab Taj al-mulk. Pulau Pinang : Percetakan al-Macarif Sdn. Bhd.
Indriaty Ismail / 1149