Halaman Kandungan
Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1
Latar Belakang
1.2
Definisi Konsep
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
6.1
Pengumpulan Data
6.2
Penganalisisan Data
i
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Penggunaan Bahasa Istana dalam Filem Hang Jebat
7.2 Pengkelasan Bahasa Istana mengikut aspek penggunaannya
8.0 Rumusan Kajian
9.0 Penutup
Bibliografi
Lampiran
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah penyelidik menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru bahasa Melayu tingkatan 6 Atas Kemanusiaan, iaitu Puan Hayati binti Arshad kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga penyelidik dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjalankan kajian ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa penyelidik kerana turut membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha penyelidik menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
Muhamad Syazwan Syazan Ahmad Mustaqim Muhammad Aiman Muhamad Bisyrul
1.0
PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1
Latar Belakang Kajian
Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama seratus per atus. Terdapat kelainan tanpa kita sedari terutamanya apabila digunakan secara spontan. Misalnya, ada kalanya kita menggunakan bentuk ‘tidak’ dan ada kalanya bentuk yang lebih ringkas iaitu ‘tak’. Perbezaan ini disebut sebagai variasi bahasa atau kelainan bahasa. Variasi atau kelainan bahasa ini bermaksud bentuk bahasa yang berlainan bagi maksud yang sama. Aspek variasi dalam bahasa mungkin timbul disebabkan oleh perbezaan daerah atau kawasan, ataupun faktor-faktor sosial seperti kedwibahasaan, gaya serta konteks.
Salah satu ciri daripada variasi bahasa ialah bahasa istana. Ciri-ciri penting bahasa istana ialah bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu. Bahasa Istana juga mempunyai ciri pengulangan, pemulukan dan pendinaan. Ungkapan di raja ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis.
Penggunaan bahasa istana sangat unik dan memainkan peranan yang penting dalam filem Hang Jebat. Kajian penggunaan bahasa istana dalam filem Hang Jebat jarang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Oleh itu, pengkaji tertarik untuk membuat kajian seumpama ini bagi mengenal pasti keunikan dan fungsi penggunaannya sekali gus memberi laluan kepada pengkaji-pengkaji yang seterusnya bagi melakukan kajian dalam aspek yang berbeza.
1.2
Definisi konsep
1.2.1
Variasi Bahasa
Dalam pandangan sosiolinguistik, bahasa tidak saja dipandang sebagai gejala individu, tetapi merupakan gejala sosial. Sebagai gejala sosial, bahasa dan pemakaian bahasa tidak hanya ditentukan oleh
faktor-faktor
linguistik,
tetapi
juga
oleh
faktor-faktor
nonlinguistik. Faktor-faktor nonlinguistik yang mempengaruhi pemakaian bahasa, melibatkan faktor-faktor sosial seperti status sosial, tingkat pendidikan umur dan tingkat ekonomi. Faktor-faktor situasi ketika berbicara dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, dan di mana. Kerana faktor-faktor di atas, maka timbul lah keseragaman bahasa yang dimiliki oleh seluruh umat manusia, atau biasa kita sebut variasi bahasa. Berikut ini pendapat tokoh mengenai variasi bahasa. Aslindgf
(2011)
bentuk-bentuk
menyatakan
bahagian
atau
bahwa
variasi
bahasa
ialah
varian
dalam
bahasa
yang
masing-masing memiliki pola yang menyerupai pola umum bahasa induksinya. Variasi bahasa wujud disebabkan adanya kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang sangat beragam dan oleh para penuturannya yang tidak bersifat homogen. Sedangkan menurut Chaer (2004) variasi bahasa merupakan keseragaman bahasa yang disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang sangat beragam dan para penuturnya yang tidak homogen. Jadi, dari pendapat di atas dapat disimpulkan bahwa variasi bahasa adalah sejenis ragam bahasa yang pemakaiannya disesuaikan dengan fungsi dan situasinya, tanpa mengabaikan kaedah-kaedah yang berlaku dalam bahasa yang bersangkutan. Hal ini dikatakan demikian kerana, variasi bahasa itu terjadi akibat dari adanya
keseragaman sosial dan keseragaman fungsi bahasa. Misalnya, seseorang yang mempunyai tingkat ekonomi yang tinggi akan mempunyai variasi bahasa yang berbeza dengan orang yang mempunyai tingkat ekonomi rendah.
1.2.2
Bahasa Istana
Menurut Asmah Haji Omar ( 1940) bahasa istana merupakan variasi bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah. Bahasa istana mungkin berasal daripada bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, bangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada dan bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab. Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam kalangan bahasa Melayu, Nyobo kotoba bagi bahasa Jepun, Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris.
Dalam penulisan esei ilmiah ini, persoalan yang dinyatakan di atas akan dibincangkan berdasarkan penggunaan bahasa istana yang terdapat di dalam filem Hang Jebat. Bahasa istana yang digunakan di dalam filem ini terbahagi kepada beberapa aspek yang sememangnya merupakan pecahan kepada bahasa istana. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah aspek penggunaan kata dan ungkapan khusus, aspek kata ganti nama diri orang dan aspek penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan.
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan kosa kata bahasa istana dalam filem Hang Jebat. (b) Mengelaskan penggunaan bahasa istana mengikut aspek penggunaannya
3.0
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk…
(a) Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang penggunaan bahasa istana. (b) Menambah bahan kajian dan dokumentasi tentang penggunaan bahasa istana. (c) Dijadikan panduan dan sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan kajian tentang penggunaan bahasa istana dalam konteks yang berbeza.
4.0
SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini adalah pada aspek penggunaan bahasa istana, iaitu salah satu daripada variasi bahasa yang wujud berdasarkan perkembangan semasa. Aspek yang diberikan tumpuan ialah bahasa istana yang digunakan dalam Filem Hang Jebat, aspek penggunaan bahasa Istana, dan perbandingan antara bahasa istana dan bahasa biasa. Hasil daripada pemerhatian dan penelitian
yang telah dilakukan, terdapat sebanyak 30 perkataan berunsur bahasa istana telah digunakan di dalam filem Hang Jebat.
5.0
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya berfokuskan tentang penggunaan bahasa Istana dalam filem Hang Jebat arahan Hussein Haniff yang diterbitkan pada tahun 1961. Pengkaji membuat kajian pada keseluruhan cerita bagi filem tersebut yang mengambil masa selama 1 jam 57 minit.
6.0
KAEDAH KAJIAN
Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.
Kaedah Kepustakaan
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan filem Hang Jebat, pelbagai rujukan telah dibuat termasuklah membaca dan meneliti buku yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini dan kajian lapangan yang dihasilkan oleh sarjana tempatan di institusi pengajian tinggi awam. Selain itu, laman web dan internet menjadi sumber rujukan bagi menambahkan bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.
6.1 Pengumpulan Data
A. Kaedah Analisis Teks
Filem
Filem yang digunakan ialah Hang Jebat. Hasil penganalisian, kami telah mengeluarkan bahasa Istana yang terdapat dalam filem tersebut.
6.2 Penganalisisan Data
Data yang dikumpulkan daripada filem Hang Jebat disusun mengikut jenisnya. Seterusnya data berkenaan dipersembahkan dalam bentuk jadual berdasarkan jenis-jenisnya.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.
Bahagian ini membincangkan analisis maklumat yang telah diperoleh dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan. Hasil kajian kami terbahagi kepada dua bahagian iaitu, senarai bahasa Istana yang digunakan dalam filem dan aspek penggunaan bahasa istana.
7.1 Penggunaan Bahasa Istana dalam filem Hang Jebat
Hasil penilaian dan penelitian yang telah dilakukan terhadap filem Hang Jebat, penyelidik mendapati sebanyak 18 penggunaan bahasa Istana yang terdapat dalam filem berkenaan, iaitu: Bil
Kosa kata dan ungkapan bahasa istana
1.
Beta
2.
Raja
3.
Tuanku
4.
Titah
5.
Hamba
6.
Berangkat
7.
Murka
8.
Sembah
9.
Daulat
10.
Patik
11.
Ampun tuanku sembah patik harap diampun
12.
Menjunjung perintah tuanku
13.
Ke bawah duli yang menitahkan patik
14.
Ampun tuanku, sembah derhaka patik sembahkan
15.
Ampunkan dosa melalui titah ke bawah duli
16.
Silalah tuanku berundur ke teratak patik
17.
Sebab itulah patik sembahkan kepetahaan tuanku
18.
Sebab itulah patik sembahkan kepetahaan tuanku Jadual 1 : Kosa dan Ungkapan Bahasa Istana
Jadual 1 menunjukkan daripada tempoh 1 jam 57 minit filem ini ditayangkan, dapat dirumuskan bahawa terdapat 18 penggunaan bahasa Istana yang dituturkan oleh pemegang watak di dalam filem Hang Jebat. Daripada jumlah tersebut, perkataan patik dan tuan hamba paling banyak diulang. Hal ini membuktikan bahawa latar belakang masyarakat yang menuturkan perkataan tersebut ialah golongan masyarakat istana yang menggunakan bahasa dalam.
7.2
Pengkelasan Bahasa Istana Mengikut Aspek Penggunaannya
Hasil daripada penelitian terhadap kesemua 12 bahasa istana yang digunakan di dalam filem Hang Jebat, pengelasan mengikut aspek penggunaannya dijalankan. Hasilnya adalah seperti berikut:
7.2.1
Aspek Penggunaan dan Gelaran Keturunan
Aspek ini melibatkan penggunaan gelaran, setiap ahli keluarga diraja mengikut negeri masing-masing. Dari segi rujukan terhormat pula, kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat tertentu bergantung kepada status mereka.
Contoh daripada filem
Bil
Gelaran Keturunan
1.
(a) Raja
2.
(b) Tuanku
Jadual 2 : Aspek penggunaan dan gelaran keturunan
Jadual 2 menunjukkan penggunaan gelaran keturunan yang digunakan dalam filem Hang Jebat iaitu gelaran raja dan tuanku.
7.2.2
Aspek Penggunaan Kosa Kata dan Ungkapan Khusus
Terdapat atau kosa kata dan ungkapan khusus yang merujuk golongan diraja dan perbezaan dengan ungkapan masyarakat biasa.
Bil
Ungkapan khusus/ rutin
1.
Ampun tuanku sembah patik harap diampun
2.
Ampun tuanku Jadual 3 : Aspek penggunaan kosa kata dan ungkapan khusus Jadual 3 menunjukkan ungkapan khusus atau rutin yang digunakan dalam filem Hang Jebat iaitu ungkapan angpun tuanku sembah patik harap diampun dan ampun tuanku.
Bil
Kosa Kata Khusus
1.
Hulubalang
2.
Laksamana
3.
Murka
4.
Sembah
5.
Daulat
Jadual 4 : Kosa kata khusus Jadual 4 menunjukkan kosa kata khusus yang digunakan dalam filem Hang Jebat iaitu hulubalang, berangkat, murka, sembah dan daulat.
7.2.3
Aspek Kata Ganti Nama Diri Yang Khusus
Penggunaan kata ganti nama diri ini penting untuk membezakan status dalam golongan diraja. Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada tiga iaitu, kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
Contoh daripada filem:
Bil
Kata Ganti Nama Diri yang Khusus
1.
Beta
2.
Patik
3.
Tuanku
4.
Baginda Jadual 5 : Kata ganti nama diri yang khusus
Dalam situasi ini, beta merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang digunakan oleh raja. Manakala istilah patik merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang digunakan oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan golongan diraja. Istilah tuanku pula, kata ganti nama diri orang kedua yang bermaksud ‘ tuan yang mulia’ dan akhir sekali istilah baginda merujuk kepada kata ganti nama diri orang ketiga bagi raja.
7.2.4
Rujukan Kehormat
Bil
Rujukan Kehormat
1.
Yang Amat Mulia
2.
Yang Amat Berhormat Dato Bentara
Jadual 6 : Rujukan Kehormat
7.2.5
Aspek Penggunaan Unsur Pemulukan dan Pendinaan
Unsur pemulukan bermaksud perbuatan menyanggung yang ditujukan kepada raja untuk meletakkan baginda pada satu taraf yang lebih tinggi. Manakala unsur pendinaan pula bermaksud merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja.
Contoh daripada filem:
Unsur Pemulukan
Ke bawah duli yang menitahkan patik
Unsur Pendinaan
Ampun tuanku, sembah derhaka patik sembahkan
8.0
RUMUSAN KAJIAN
Bahasa istana merupakan salah satu daripada varia si bahasa yang penggunaanya khusus untuk golongan tertentu sahaja, iaitu golongan diraja. Bahasa istana atau dikenali juga sebagai bahasa dalam merujuk variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja. Bahasa istana ter golong dalam variasi bahasa halus dan digunakan oleh orang kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja. Bahasa ini mempunyai perkataan dan ungkapan yang khusus serta gaya pengungkapan tersendiri.
Berdasarkan hasil kajian kami, kami telah memperoleh 18 perkataan bahasa istana melalui filem Hang Jebat. Antaranya ialah menghadap, bertitah, mangkat dan sebagainya. Perkataan-perkataan ini merupakan perkataan bahasa istana yang sering digunakan dalam filem ini. Walaupun bahasa istana hanya digunakan oleh kerabat diraja, kita perlu menghormati bahasa ini dan tidak menggunakannya sesuka hati dalam kehidupan seharian kita sebagai tanda kesetiaan kepada raja dan negara. Hal ini demikian kerana untuk membezakan antara golongan diraja dan golongan rakyat biasa, kita perlu mengetahui perkataan bahasa istana kerana ia merupakan salah satu daripada variasi bahasa.
Dalam filem Hang Jebat ini juga kami lebih mendalami bahasa istana dengan lebih terperinci berdasarkan situasi dalam babak-babak yang terdapat dalam filem itu. Impak keseluruhan yang dapat kami ambil daripada filem ini adalah kami dapat mengetahui nilai keunikan bahasa istana dan juga penggunaannya mengikut situasi yang sesuai. Akhir sekali, terdapat tiga asp ek penggunaan bahasa istana iaitu kata ganti nama diri, gelaran bagi golongan di raja dan perkataan atau ungkapan khusus dan pendirian. Kita haruslah memelihara ketinggian dan keunikan bahasa Istana ini.
9.0 PENUTUP
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan antara setiap aspek dalam penggunaan bahasa istana. Hasil kajian yang dijalankan turut membolehkan kami mengenalpasti dengan lebih mendalam kesesuaian dalam menggunakan bahasa istana terutamanya dalam pembikinan fielm. Kajian ini berkepentingan bukan sahaja kepada kami sebagai penuntut malah diharapkan mampu memberikan manfaat yang berguna kepada orang lain. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa istana walaupun mereka sebenarnya tidak menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan harian. Perbandingan bahasa istana dengan bahasa masyarakat biasa yang diperoleh dalam hasil dapatan membolehkan masyarakat mengetahui sendiri perbezaan istilah yang wujud antara kedua-duanya. Kajian ini amat penting sebagai usaha untuk memelihara keunikan bahasa istana agar tidak hilang daripada pengetahuan masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Buku
Asmah Haji Omar, 1940. Bahasa di raja: Siri pedoman bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Bt Hj Sabran et al., 2013. Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_istana http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Jebat(filem)