Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Puisi Tradisional
Prosa Tradisional
☛ Pantun
☛ Pelanduk
Alam Remaja ☛ Pantun Kiasan ☛ Pantun Budi ☛ Pantun Nasihat ☛ Pantun Kasih Sayang ☛ Syair Nasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah
Sajak ☛ Dalam
Mengajar Memerang
Cerpen ☛ Banjir
di Mata Emak ☛ Talia dan Raksasa Qadqad ☛ Menuai Emas
Drama Persekitaran Kata-kata
☛ Mahkamah
☛ Roti ☛ Kucari
Damai di sIni ☛ Pada Sekuntum Mawar
Novel ZON
KAWASAN
JUDUL
1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
2
Selangor, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Meniti Impian
3
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan
Jejak MONPUS
4
Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Jalan ke Puncak
Darah Titik di Semantan
Analisis Anali sis Puisi Pu isi Tradisional Tradision al Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap
Maksud
1
Perasaa saan ge gembira an anak ya yang me menyambut ke kepulangan ib ibu.
2
Kepul epulan ang gan ibu ibu tel telah ah mele meleny nyap apk kan per perasaa asaan n bim bimba bang ng di hati hati an anak ak..
3
Hati an anak berasa lega kerana ibu pulang awal.
4
Adikdik-be berradik adik menu menunj njuk ukka kan n rasa asa gemb gembir ira a deng dengan an meny menyan anyi yi..
5
Anak Anak-a -ana nak k ber beras asa a gem gembi bira ra ker keran ana a pad pada a mas masa a yan yang g sam sama a bap bapa a jug juga a tib tiba a di di rum rumah ah..
6
Hati ati ana anak k ber berta tamb mbah ah gemb gembir ira a apa apabi bila la dibe diberi rika kan n had hadia iah h ber berup upa a baj baju u dan dan selu seluar ar..
7
Anak Anak-a -ana nak k memi memint nta a agar agar tid tidak ak dima dimara rahi hi ker keran ana a seba sebaga gaii anak anak kec kecil il,, mer mereka eka mema memang ng suka bermanja.
Tema Tema pantun ini ialah kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan ibu dan ayah. Persoalan 1. 2. 3. 4.
Ikatan kekeluargaan yang erat. Hubungan baik dalam kalangan adik-beradik. Sikap penyayang ibu bapa terhadap terhadap anak-anak. anak-anak. Sikap anak kecil yang suka bermanja.
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri terdiri daripada tujuh rangkap. rangkap. Setiap rangkap ada empat baris. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah kata. Setiap baris mengandungi lapan hingga sepuluh suku kata.
Gaya Bahasa 1. Inversi – Elok rupanya kumbang jati 2. Simpulan bahasa – bahasa – Tidak terkatakan besar hati 3. Kata ganda – ganda – bilang-bilang, adik-beradik, bersorak-sorak bersorak-sorak – Sebarang tari kita tarikan , 4. Anafora Anafora – Sebarang nyanyi kita nyanyikan
2
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Analisis Anali sis Puisi Pu isi Tradisional Tradision al Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap
Maksud
1
Perasaa saan ge gembira an anak ya yang me menyambut ke kepulangan ib ibu.
2
Kepul epulan ang gan ibu ibu tel telah ah mele meleny nyap apk kan per perasaa asaan n bim bimba bang ng di hati hati an anak ak..
3
Hati an anak berasa lega kerana ibu pulang awal.
4
Adikdik-be berradik adik menu menunj njuk ukka kan n rasa asa gemb gembir ira a deng dengan an meny menyan anyi yi..
5
Anak Anak-a -ana nak k ber beras asa a gem gembi bira ra ker keran ana a pad pada a mas masa a yan yang g sam sama a bap bapa a jug juga a tib tiba a di di rum rumah ah..
6
Hati ati ana anak k ber berta tamb mbah ah gemb gembir ira a apa apabi bila la dibe diberi rika kan n had hadia iah h ber berup upa a baj baju u dan dan selu seluar ar..
7
Anak Anak-a -ana nak k memi memint nta a agar agar tid tidak ak dima dimara rahi hi ker keran ana a seba sebaga gaii anak anak kec kecil il,, mer mereka eka mema memang ng suka bermanja.
Tema Tema pantun ini ialah kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan ibu dan ayah. Persoalan 1. 2. 3. 4.
Ikatan kekeluargaan yang erat. Hubungan baik dalam kalangan adik-beradik. Sikap penyayang ibu bapa terhadap terhadap anak-anak. anak-anak. Sikap anak kecil yang suka bermanja.
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri terdiri daripada tujuh rangkap. rangkap. Setiap rangkap ada empat baris. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah kata. Setiap baris mengandungi lapan hingga sepuluh suku kata.
Gaya Bahasa 1. Inversi – Elok rupanya kumbang jati 2. Simpulan bahasa – bahasa – Tidak terkatakan besar hati 3. Kata ganda – ganda – bilang-bilang, adik-beradik, bersorak-sorak bersorak-sorak – Sebarang tari kita tarikan , 4. Anafora Anafora – Sebarang nyanyi kita nyanyikan
2
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Unsur Bunyi 1. Rima akhir ialah abab. (pengulangan vokal a ) 2. Asonansi – Sebarang tari kita tarikan (pengulangan Menepuk gendang dengan rebana (pengulangan vokal e ) 3. Aliterasi – Tidak terkatakan besar hati (pengulangan (pengulangan konsonan t ) Sebarang nyanyi kita nyanyikan (pengulangan konsonan n konsonan n ) Bonda pulang bapa pun sampai (pengulangan (pengulangan konsonan p )
Nilai 1. Bertanggungjawab – Bertanggungjawab – Sikap ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak. 2. Bertolak ansur – ansur – Hubungan persaudaraan yang erat antara adik-beradik. – Kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak. 3. Kasih sayang –
Pengajaran 1. Ibu bapa hendaklah hendaklah mencurahkan kasih sayang dan memberikan perhatian kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa tersisih. 2. Adik-beradik haruslah menjaga hubungan baik sesama mereka. 3. Setiap ahli keluarga keluarga hendaklah mengamalkan sikap yang positif dan berkasih berkasih sayang agar hidup sentiasa bahagia.
Pantun Kiasan Maksud Rangkap
Maksud
1
Bend Benda a yan yang g ros rosak ak jan jangan gan ter terus us dibu dibuan ang g ker keran ana a mas masih ih ada ada gun gunan anya ya..
2
Sikap te terlampau me merendah di diri da dan ku kurang ke keyakinan.
3
Kein eingina ginan n unt untuk uk memi memili liki ki sesu sesuat atu u yan yang g di di lua luarr kem kemam ampu pua an dir diri. i.
4
Usahl sahlah ah ter terlalu lalu berh berhar ara ap kep kepad ada a sesu sesuat atu u yan yang g belu belum m pas pasti ti..
5
Sikap angkuh da dan ta takbur akan kebolehan diri.
6
Jan anga ganl nla ah ber bersika sikap p suka suka memb membes esar ar-b -bes esar arka kan n per perk kara ara yang yang keci kecil. l.
7
Hati man manusia sia tida idak tetap dan bole oleh ber berubah-ubah.
8
Perse erseli lisi siha han n yan yang g besa besarr dapa dapatt dise disele lesa saik ikan an deng dengan an sika sikap p yang yang berh berhem emah ah..
9
Sese Seseor oran ang g yan yang g mer meran anta tau u jau jauh, h, akhi akhirn rnya ya pula pulang ng ke kamp kampun ung g hal halam aman an juga juga..
10
Sesua esuatu tu per perkar kara yan yang ber berla laku ku itu itu past pastii ada ada seba sebabn bnya ya..
11
Tida idak ber berda daya ya henda endak k men menc capai apai sesu sesua atu yang yang diha dihaja jati ti..
12
Jan anga ganla nlah h mela melaku kuka kan n sesua sesuatu tu peke pekerj rjaa aan n yan yang g besa besarr jika jika hany hanya a mem mempu puny nyai ai ilmu ilmu yan yang g sedikit.
13
Tidak idak masu masuk k aka akall ber berce ceri rita ta tent tentan ang g sesu sesuat atu u yan yang g bel belum um tent tentu u lag lagii aka akan n dipe dipero roleh leh..
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
3
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
14
Setelah berusaha pun tidak dapat, apatah lagi jika tidak diusahakan.
15
Mengharapkan sesuatu yang mustahil dan di luar kemampuan diri.
16
Mula berasa insaf apabila kematian semakin hampir.
17
Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Tema Tema pantun ini ialah kiasan dan sindiran tentang pelbagai ragam serta sikap manusia dalam kehidupan seharian. Persoalan 1. 2. 3. 4. 5.
Sikap suka membazir. Sikap terlalu merendah diri dan kurang keyakinan. Sikap suka bertindak tanpa memikirkan kemampuan diri.
Sikap terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti. Sikap angkuh dan suka membangga diri. 6. Sikap suka membesar-besarkan perkara yang kecil. 7. Sikap malas berusaha. 8. Sikap tidak berbudi bahasa.
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri daripada 17 rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. Setiap baris mengandungi lapan hingga 11 suku kata.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – daun kayu, buah bacang 2. Kata ganda – Budak-budak melempar burung 3. Repetisi – Tikar pucuk tikar mengkuang Tebang gelam tebang kenanga 4. Perlambangan – Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung .
5. 6. 7. 8.
4
(kumbang melambangkan lelaki dan bunga melambangkan gadis, puncak gunung melambangkan kedudukan yang tinggi) Inversi – Gila apakah ikan di laut Simile – Laksana gadis Menteri Bogor Sungguh laksana bunga dedap Peribahasa – Macam melukut di tepi gantang Burung terbang dipipiskan lada Sinkope – nak, tak
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Unsur Bunyi 1. Rima akhir ialah abab. 2. Asonansi • Buah bacang masak serangkai (pengulangan vokal a ) • Tebang gelam tebang kenanga (pengulangan vokal e ) • Limau Bentan di tepi tingkap (pengulangan vokal i ) • Bunga kembang di puncak gunung (pengulangan vokal u ) 3. Aliterasi • Rotan siput rotan berlingkar (pengulangan konsonan r ) • Kononlah pulak cicak mengkarung (pengulangan konsonan k ) • Bunga geti bergulai temenung (pengulangan konsonan g )
Nilai 1. Berjimat-cermat – Sikap berjimat cermat dapat mengelakkan pembaziran. 2. Keyakinan diri – Sikap yakin akan diri penting supaya tidak dipandang rendah oleh orang lain. 3. Keinsafan – Insaf atas segala perbuatan yang telah dilakukan. 4. Berbudi bahasa – Seseorang itu akan lebih dihormati jika berbudi bahasa.
Pengajaran 1. Janganlah kita bersikap boros, sebaliknya manfaatkan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. 2. Kita perlu ada keyakinan diri yang tinggi. 3. Kita hendaklah memastikan kemahuan kita itu sesuai dengan kemampuan diri. 4. Janganlah kita terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti. 5. Janganlah kita suka bersikap angkuh dan takbur dengan kelebihan diri. 6. Kita perlu rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu. 7. Kita hendaklah mengamalkan budi pekerti yang baik.
Pantun Budi Maksud Rangkap
Maksud
1
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan disebut orang.
2
Budi bahasa yang baik.
3
Orang yang tidak berbudi akan dipandang hina.
4
Sudah menjadi lumrah kehidupan, harta dan kekayaan lebih diutamakan berbanding dengan budi.
5
Walaupun miskin harta tetapi seseorang itu dipandang mulia kerana berbudi bahasa.
6
Sesuatu bangsa itu dipandang tinggi kerana budi bahasa yang baik.
7
Pasangan yang sama sepadan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
5
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Tema Tema pantun ini ialah ketinggian nilai budi. Persoalan 1. Pentingnya sikap berbudi bahasa. 2. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Setiap baris mengandungi tiga hingga enam patah perkataan. Setiap baris mengandungi empat hingga sepuluh suku kata.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – bunga melati, bunga cina, bunga seroja 2. Kata ganda – Tenang-tenang air di laut 3. Anafora – Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. 4. Peribahasa – Bagai cincin dengan permata 5. Inversi – Jatuh daunnya ke dalam ruang 6. Sinkope – nak
Unsur Bunyi 1. Rima akhir pantun ini ialah abab . 2. Asonansi Bunga melati bunga di darat (pengulangan vokal a ) Bunga seroja di tepi kali (pengulangan vokal i ) Hati terkenang mulut menyebut (pengulangan vokal u ) • • •
3. Aliterasi Sampan kolek mudik ke tanjung (pengulangan konsonan k ) Hati terkenang mulut menyebut (pengulangan konsonan t ) Sebab emas budi terbuang (pengulangan konsonan b ) •
• •
Nilai 1. Mengenang budi – Sikap mengenang budi baik orang lain. 2. Bersopan santun – Bersopan santun dalam pergaulan seharian. 3. Berbudi bahasa – Orang yang beradab mulia akan sentiasa dihormati.
Pengajaran 1. Kita hendaklah sentiasa menunjukkan sikap berbudi bahasa. 2. Janganlah kita memandang kekayaan melebihi budi bahasa. 3. Kita perlu menghargai dan mengenang budi seseorang. 6
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Pantun Nasihat Maksud Rangkap
Maksud
1
Jika berbuat baik, janganlah berlebih-lebihan hingga tidak kena pada tempatnya dan jauhilah perbuatan jahat.
2
Sesuatu yang sudah diketahui membawa keburukan, namun tetap dilakukan juga.
3
Berusaha untuk menyembunyikan kesedihan dengan menunjukkan kesedihan.
4
Jangan bercakap sesuka hati, kelak bala menimpa diri.
5
Sikap tidak menghormati suami akan merosakkan rumah tangga.
6
Jagalah adab dan budi bahasa kerana budi bahasa amat tinggi nilainya.
7
Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.
Tema Tema pantun ini ialah nasihat supaya seseorang itu berbuat baik dan menjaga tingkah laku. Persoalan 1. Bertindak berlandaskan pertimbangan yang wajar dalam sesuatu perkara. 2. Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu. 3. Kepentingan menjaga percakapan dan pergaulan. 4. Bijak menyesuaikan diri walau berada di mana-mana sahaja.
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Setiap baris mengandungi tiga hingga lima patah perkataan. Setiap baris mengandungi tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – buah peria, padi masak, batang kapas 2. Kata ganda – berpada-pada, Ketua-ketua, terdorong-dorong, Baik-baik 3. Anafora – Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali . 4. Simile – Bagai panas mengandung hujan 5. Peribahasa – Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Unsur Bunyi 1. Rima akhir ialah abab .
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
7
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
2. Asonansi Tanam balik buah peria (pengulangan vokal a ) Hangus bertih berwarna merah (pengulangan vokal e ) Hidup di dunia biar beradat (pengulangan vokal i ) • • •
3. Aliterasi Buat baik berpada-pada (pengulangan konsonan b ) Ketua-ketua raja duduk (pengulangan konsonan k ) Pisang kelat digonggong helang (pengulangan konsonan g ) • • •
Nilai 1. Rasional – Membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sesuatu tindakan. 2. Hormat-menghormati – Hormat-menghormati antara suami dan isteri. 3. Berwaspada – Berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak ditimpa keburukan. 4. Berbudi bahasa – Berbudi bahasa dalam kehidupan seharian walau di mana-mana sahaja kita berada.
Pengajaran 1. Janganlah kita berbuat kebaikan secara berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya. 2. Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk. 3. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan. 4. Janganlah kita melakukan perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri. 5. Suami isteri hendaklah saling menghormati demi menjaga kerukunan rumah tangga. 6. Kita hendaklah mempunyai budi bahasa yang baik. 7. Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.
Pantun Kasih Sayang Maksud Rangkap
Maksud
1
Terpikat kepada senyuman manis seseorang.
2
Ingin menyampaikan hajat dan keinginan kepada seseorang.
3
Tertawan oleh kecantikan seseorang sehingga timbul keinginan untuk memilikinya.
4
Berbuat helah untuk menyembunyikan niat hati yang sebenar.
5
Walaupun terpisah jauh, suatu hari nanti pasti akan berjumpa kembali.
Tema Tema pantun ini adalah tentang perasaan cinta dan kasih sayang terhadap seseorang. Persoalan 1. Kasih sayang sesama manusia. 2. Perasaan cinta terhadap seseorang. 8
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri daripada lima rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Setiap baris mengandungi tiga hingga enam patah perkataan. Setiap baris mengandungi lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – buah mengkudu, kandis, langit 2. Kata ganda – Jalan-jalan, singgah-menyinggah 3. Responsi – Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak di dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. 4. Peribahasa – bulan dipagar bintang
Unsur Bunyi 1. Rima akhir ialah abab . 2. Asonansi • Jalan-jalan sepanjang jalan (pengulangan vokal a ) • Asam di darat ikan di laut (pengulangan vokal i ) 3. Aliterasi • Jalan-jalan sepanjang jalan (pengulangan konsonan j ) • Singgah-menyinggah di pagar orang (pengulangan konsonan g )
Nilai 1. Kasih sayang – Kasih sayang sesama manusia. 2. Berhemah tinggi – Berhemah tinggi apabila berbicara dengan orang lain. 3. Keyakinan diri – Yakin bahawa pasti ada pertemuan apabila tiba masanya, walaupun berjauhan.
Pengajaran 1. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara satu sama lain. 2. Kita hendaklah menunjukkan sikap yang baik dan berhemah tinggi apabila berbicara. 3. Kita hendaklah sentiasa bersikap positif dalam menempuh sebarang dugaan.
Syair Nasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah Maksud Rangkap
Maksud
1
Untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan, janganlah bertindak sesuka hati tanpa mengikut cara yang betul.
2
Jagalah tingkah dan laku kerana perlakuan yang baik akan meninggalkan kesan kepada orang lain.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
9
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
3
Ayah menasihati anaknya supaya mengikut nasihat yang diberikan dan janganlah bersikap malas.
4
Ayah menasihati anaknya, sekiranya dilantik menjadi pemimpin, hendaklah komited dalam menjalankan amanah.
5
Ayah menasihati anaknya supaya rajin dan ikhlas melakukan kebajikan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
6
Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu, iaitu ilmu yang benar seperti yang diperintahkan oleh Allah dan bukan ilmu yang salah.
7
Ayah menasihati anak supaya rajin menuntut ilmu, terutama berkenaan hukum syarak supaya dapat mengelakkan aib.
8
Sesuatu tindakan itu biarlah berdasarkan ilmu supaya mendapat faedah dan tidak merugikan kita.
9
Dengan memiliki ilmu, kita dapat membezakan perkara yang benar dan salah, seterusnya bertindak adil dalam menjatuhkan hukuman.
10
Jika ilmu pengetahuan dipandang remeh dan diambil mudah, anaknya akan menghadapi masalah apabila menjadi seorang pemimpin kelak.
11
Disebabkan tiada ilmu, maka seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu mengeluh sahaja.
12
Tidak mampu berkata apa-apa dan lebih banyak berdiam diri.
13
Pesalah yang menanti perbicaraan berasa sakit hati kerana tidak mengerti hujung pangkal keadaan.
14
Disebabkan hendak cepat dan mudah, hukuman dijatuhkan tanpa sebarang pertimbangan yang wajar.
15
Seandainya hukuman yang dijatuhkan itu tidak betul, maka akan menjadi bahan umpatan orang.
16
Seandainya hukuman yang dijatuhkan itu benar, maka usahlah diambil kira sebarang umpatan atau pujian, sebaliknya berserah saja kepada Allah SWT.
17
Ayah menasihati anaknya, jika menjadi pemimpin, hendaklah bergaul dengan orang yang berilmu supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
18
Janganlah melakukan pekerjaan yang melanggar peraturan, kelak akan terjerumus ke arah keburukan.
Tema Tema syair ini ialah nasihat ayah kepada seorang anak yang dilantik sebagai pemimpin agar menjadi seorang pemimpin yang berilmu dan menjalankan tugas dengan jujur serta ikhlas.
10
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Persoalan 1. Kepentingan ilmu bagi seseorang pemimpin. 2. Keperibadian yang tinggi pada seseorang pemimpin. 3. Tanggungjawab dan amanah seorang pemimpin. 4. Ilmu agama sebagai pegangan dalam kehidupan.
Bentuk 1. Pantun ini terdiri daripada 18 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 3. Setiap baris mengandungi empat hingga enam patah perkataan. 4. Setiap baris mengandungi lapan hingga 13 suku kata sebaris.
Gaya Bahasa Bahasa arkaik atau bahasa sastera lama – puri , wazir , ugahari Bahasa Arab – kitab , syarak, batil , biladah, ‘adah, Allah, Allahu Kata ganda – sebarang-barang, mudah-mudahan, Responsi – Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja 5. Simile – seperti air di dalam gelas 6. Inversi – Menuntut ilmu janganlah segan 7. Simpulan bahasa – berpeluk tubuh 1. 2. 3. 4.
Unsur Bunyi 1. Rima akhir ialah aaaa . 2. Asonansi • T amatlah kitab dikarang orang (pengulangan vokal a ) • m udah-mudahan betul tingkah dan laku (pengulangan vokal u ) 3. Aliterasi • jerni hkan hati hendaklah ikhlas (pengulangan konsonan h ) • mengeluh mengucap mengata Allahu (pengulangan konsonan m )
Nilai 1. 2. 3. 4.
Kepatuhan – Patuh akan nasihat orang yang lebih tua dan berpengalaman. Kerajinan – Rajin menuntut ilmu untuk meningkatkan kemahiran dan dihormati orang. Keadilan – Bersikap adil sebagai seorang pemimpin kepada orang bawahannya. Keikhlasan – Ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mendengar nasihat ayah supaya hidup kita diberkati. 2. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. 3. Kita hendaklah ikhlas membuat amal kebajikan tanpa mengharapkan balasan. 4. Kita hendaklah rajin bekerja dan janganlah malas. 5. Kita hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
11
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Analisis Puisi Moden Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain) Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak memetik ayat al-Quran bagi menyatakan bahawa manusia dicipta oleh Tuhan dan diajarkan cara-cara untuk berbicara.
2
Tuhan mengurniakan akal fikiran kepada manusia dan kebolehan bercakap supaya dapat menyampaikan ilmu dari zaman berzaman.
3
Penyajak menyatakan bahawa Tuhan telah menciptakan sekelompok manusia (termasuk dirinya) yang berkulit agak gelap sebagai satu bangsa. Mereka belayar ke merata-rata tempat hingga sampai di tanah semenanjung.
4
Penyajak menggambarkan kata-kata atau bahasa telah tersebar luas seperti alam sekitar yang terbentang. Penyajak membaca kitab-kitab lama untuk mendapatkan ilmu tentang alam ciptaan Tuhan dengan tafsiran yang lebih jelas.
5
Melalui bahasa, penyajak dapat menambah pengalaman dan memahami makna kehidupan.
Tema Tema sajak ini ialah manusia dikurniakan Tuhan dengan bahasa dan kemahiran untuk berkata-kata. Persoalan 1. Hubungan antara manusia dengan Tuhan. 2. Hubungan antara manusia dengan bahasa. 3. Hubungan antara manusia dengan alam sekeliling.
Nada Sajak ini bernada romantis. Bentuk 1. 2. 3. 4.
Pantun ini terdiri daripada lima rangkap. Setiap rangkap mengandungi dua hingga sembilan baris. Setiap baris mengandungi tiga hingga lima patah perkataan. Setiap baris mengandungi tujuh hingga 12 suku kata sebaris.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – pulau, pantai, langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, pohon 2. Repitisi – dari tempat ke tempat dari zaman ke zaman 3. Kata ganda – kata-kata, pulau-pulau, pantai-pantai, buah-buahan, kitab-kitab 4. Simile – Seperti kami memetik buah-buahan 12
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Unsur Bunyi 1. Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: aa • Rangkap kedua: aaabc • Rangkap ketiga: abccd • Rangkap keempat: abcaaadda • Rangkap kelima: aba 2. Asonansi • Mengajarnya pandai berbicara (pengulangan vokal a ) • menjelajah pulau-pulau dan berlabuh (pengulangan vokal u ) 3. Aliterasi • Engkau beri kami kata-kata (pengulangan konsonan k ) • dan akal untuk mengucapkannya (pengulangan konsonan n )
Nilai 1. Kesyukuran – Bersyukur atas setiap kurniaan Tuhan. 2. Berhemah – Menggunakan kata-kata yang sopan dan berbicara dengan baik. 3. Kerajinan – Rajin menuntut ilmu untuk dijadikan bekal dalam kehidupan.
Pengajaran 1. 2. 3. 4. 5.
Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk tujuan kebaikan. Kita hendaklah menjaga tutur kata ketika berkomunikasi. Kita hendaklah menjaga bahasa ibunda agar sentiasa terpelihara. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Kita hendaklah menghargai kurniaan Tuhan dan pengalaman yang diperoleh.
Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak menyatakan bahawa asap terbit dari dapur dan seleranya terbuka apabila terhidu aroma sejenis masakan yang popular.
2
Penyajak menceritakan keadaan dirinya yang lapar ketika menanti hidangan roti bakar yang enak.
3
Penyajak menikmati juadah yang dihidangkan dengan berselera sehingga dia berasa kenyang dan sendawa.
4
Penyajak menyatakan bahawa tidak lengkap rasa kenyang itu bagi orang yang beriman kerana masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, iaitu membantu orang miskin yang kelaparan.
5
Sikap tersebut perlu diamalkan sebagai tanda kesyukuran dan seterusnya kita dapat menikmati kehidupan yang damai apabila hati dipenuhi iman.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
13
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Tema Tema sajak ini ialah makan untuk menghilangkan rasa lapar. Persoalan 1. Makanan yang enak. 2. Nafsu makan akibat perut yang lapar. 3. Tanggungjawab terhadap golongan fakir miskin.
Nada Sajak ini bernada ironis, iaitu sifat yang bertentangan. Bentuk 1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat hingga lima baris. 3. Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan. 4. Setiap baris mengandungi empat hingga 14 suku kata.
Gaya Bahasa 1. Hiperbola – berkeping-keping menggegar selera 2. Personifikasi – selera kian menggelepar 3. Inversi – perut pun kenyang terasa 4. Kata ganda – berkeping-keping 5. Simile – terhidang seumpama permaidani terhampar
Unsur Bunyi 1. Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abac • Rangkap kedua: aaaaa • Rangkap ketiga: aaaaa • Rangkap keempat: aaaaa • Rangkap kelima: aaaaa 2. Asonansi • berkeping-keping menggegar selera (pengulangan vokal e ) • Bagi pemilik iman di dada (pengulangan vokal i ) 3. Aliterasi • Dari cerobong dapur (pengulangan konsonan r ) • harum berbau juadah tersohor (pengulangan konsonan h )
Nilai 1. Kesyukuran – Bersyukur kerana dapat menikmati makanan. 2. Belas kasihan – Belas kasihan terhadap golongan miskin yang kelaparan. 3. Prihatin – Membantu fakir yang kebuluran.
14
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Pengajaran 1. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana dapat menikmati makanan. 2. Kita janganlah mementingkan diri sendiri. 3. Kita hendaklah membantu golongan yang miskin dan susah.
Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain) Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak mencari kedamaian di negara yang makmur dan merdeka. Di situ, penyajak mempunyai ikatan persaudaraan yang kukuh.
2
Penyajak mencari kedamaian di situ, dengan perasaan cinta dan jati diri yang terpahat kukuh di hatinya.
3
Penyajak berharap agar negaranya terus gemilang walau dilanda badai dan mencipta sejarah yang menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Tema Perasaan cinta kepada negara atau tanah air. Persoalan 1. Negara yang makmur dan merdeka. 2. Semangat patriotik dan cinta kepada negara. 3. Jati diri seorang warganegara.
Nada Sajak ini bernada patriotik. Bentuk 1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat hingga enam baris. 3. Setiap baris mengandungi tiga hingga lapan patah perkataan. 4. Setiap baris mengandungi enam hingga 17 suku kata.
Gaya Bahasa 1. Personifikasi – perasaan kehidupan 2. Metafora – laman sukma
Unsur Bunyi 1. Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abacc • Rangkap kedua: aabca • Rangkap ketiga: abcc
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
15
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
2. Asonansi • Kucari damai di sini (pengulangan vokal i ) • membebat perasaan kehidupan (pengulangan vokal e ) 3. Aliterasi • bersemarak di laman sukma (pengulangan konsonan m ) •
Di sini damainya badai (pengulangan konsonan d )
Nilai 1. Patriotisme – Cinta kepada negara yang makmur dan merdeka yang menjadi tanah kelahiran. 2. Kesetiaan – Setia kepada negara serta mempunyai jati diri yang kukuh sebagai seorang warganegara yang merdeka. 3. Tanggungjawab – Bertanggungjawab untuk mengekalkan keamaian dan keharmonian negara untuk generasi akan datang.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mencintai negara kita. 2. Kita hendaklah berasa bangga kerana menjadi warganegara. 3. Kita hendaklah berusaha dan sama-sama menyumbang tenaga untuk memastikan negara terus maju. 4. Kita hendaklah berusaha untuk melindungi negara agar generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran.
Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed) Maksud Rangkap
Maksud
1
Kehidupan seorang gadis pasti akan tersisih apabila kesucian dirinya telah ternoda dan keluarganya pasti berasa sedih, terutamanya ibu.
2
Seseorang gadis pasti tidak akan dapat menjalani kehidupan yang sempurna jika diri telah ternoda, malah masa depannya akan menjadi gelap.
3
Seseorang gadis tidak harus menggadaikan kehormatan dirinya, tetapi harus memelihara maruah diri dan meningkatkan kesucian melalui keimanan.
Tema Peringatan kepada gadis remaja akan kepentingan menjaga kesucian diri. Persoalan 1. Ketinggian harga diri seseorang gadis. 2. Kehidupan seseorang gadis yang tidak menjaga maruah diri akan menjadi gelap. 3. Kepentingan menjaga kesucian diri melalui keimanan yang teguh.
16
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Nada Sajak ini bernada melankolik. Bentuk 1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada tiga hingga enam baris. 3. Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan. 4. Setiap baris mengandungi lima hingga 13 suku kata.
Gaya Bahasa 1. Metafora – lipatan usia, pintu kehidupan, puncak iman 2. Personifikasi – malam yang kematian angin 3. Perlambangan – mahkotamu (Mahkotamu merujuk harga diri seseorang gadis.) 4. Simile – seperti telah menutup 5. Responsi – Merenung pada malam yang kematian angin Pada laut yang kematian ombak 6. Sinkope – tak
Unsur Bunyi 1. Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abc • Rangkap kedua: abcdee • Rangkap ketiga: abcbd 2. Asonansi • adalah titis air mata bonda (pengulangan vokal a ) • seperti telah menutup (pengulangan vokal e ) 3. Aliterasi • adalah titis air mata bonda (pengulangan konsonan t ) •
bukan melontar harum indahmu (pengulangan konsonan m )
Nilai 1. 2. 3. 4.
Kasih sayang – Memelihara maruah diri demi kasih sayang terhadap keluarga. Harga diri – Seorang gadis perlu menjga maruah diri pada setiap masa. Keimanan – Keimanan yang teguh sebagai benteng dalam memelihara kehormatan diri. Kesopanan – Seorang gadis haruslah bersopan dan menjaga tingkah laku.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga kehormatan diri pada setiap masa kerana harganya tidak ternilai. 2. Kita haruslah mempunyai keimanan yang teguh agar maruah diri tidak tergadai. 3. Janganlah kita hanyut dengan godaan dunia sehingga menggadaikan maruah diri sendiri.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
17
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Analisis Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang Sinopsis
Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar Syah Alam di Rimba paling terkenal. Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemukan lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Syah Alam di Rimba berasa runsing kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah, burung berbunyi bersahut-sahutan dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak silat, menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu mengalami kecederaan parah lalu mati kesemuanya. Keesokan harinya, pasangan memerang itu pun mengadu masalah mereka. Setelah itu, Nabi Sulaiman memerintahkan Unggas Belatuk supaya memanggil Syah Alam di Rimba dengan segera. Syah Alam di Rimba menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang Bubut berkokok bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangka bahawa paluan itu isyarat kedatangan musuh lalu dia membuka silat dan tanpa sedar telah mencederakan anak-anak memerang. Selepas itu, Sang Bubut diperintah untuk menghadap baginda. Sang Bubut memberikan alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa Sang Biawak hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu memalu gendang dengan sekuat-kuat hati supaya didengar oleh para hulubalang. Kemudian, Sang Biawak pula disuruh menghadap. Sang Biawak menyatakan bahawa dia terlihat Sang Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak menyerang baginda. Sang Labi-labi pula mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh yang besar datang menyerang. Maka, Sang Udang menyatakan pula bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman. Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih akan keadaannya itu dan bermohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang. Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.
18
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Tema Perbicaraan yang adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Persoalan 1. Kebijaksanaan pemimpin. 2. Pertimbangan yang waras. 3. Balasan bagi perbuatan yang jahat.
Watak dan Perwatakan Nabi Sulaiman (watak utama ) 1. Pemimpin kepada golongan manusia dan haiwan. 2. Mempunyai lima Perdana Menteri. 3. Seorang yang tegas dan bijaksana. 4. Adil dan saksama. Syah Alam di Rimba 1. Seekor pelanduk. 2. Salah seorang daripada lima Perdana Menteri Nabi Sulaiman. 3. Terkenal akan kebijaksanaannya. 4. Mempunyai kemahiran bersilat. Sang Memerang suami isteri 1. Mempunyai tujuh orang anak tetapi semuanya telah dibunuh oleh Syah Alam di Rimba. 2. Tidak mempunyai belas kasihan kerana menganiayai haiwan lain. 3. Bersikap kejam kerana makan kesemua ahli keluarga Sang Sebarau.
Latar
1 4 Latar 4 tempat 4 4 Latar Prosa 2 Tradisional 4 Latar Pelanduk 4 masa Mengajar Memerang 4 4 4 Latar 4Masyarakat 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
1 2 1. Di hutan – Tempat tinggal Sang Memerang 3 2. Di Istana Nabi Sulaiman – Tempat perbicaraan berlangsung 1 2 3Zaman dahulu kala 1 2 3Masyarakat haiwan
19
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Plot Binaan plot Permulaan Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Dia terdengar bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka mati.
Perkembangan Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya.
Klimaks Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat Sang Memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman murka terhadap Sang Memerang.
Peleraian Sang Memerang memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka. Nabi Sulaiman memberikan kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.
Teknik plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Contoh: Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang, ada anaknya tujuh ekor. (hal. 35) 2. Teknik dialog Contoh: “Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?” (hal. 35) 3. Teknik imbas kembali Contoh: Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu kala cekak perkelahian. (hal. 36) 4. Teknik monolog dalaman Contoh: Fikir Syah Alam di Rimba, “Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.” (hal. 36)
Gaya Bahasa 1. Penggunaan ayat yang panjang Contoh: Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam dengan takdir Allah Taala kepada masa itu semua binatang bercakap seperti manusia juga . (hal. 35) 2. Penggunaan ayat yang pendek Contoh: Hari pun malamlah . (hal. 36) 20
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
3. Penggunaan Bahasa arkaik Contoh: ayapan (makanan), cerpu (terompah daripada kulit) 4. Penggunaan Bahasa Arab Contoh: alaihissalam, Nabi Allah, azmat, taalif 5. Penggunaan Bahasa istana Contoh: patik, tuanku, murka, titah, baginda
Nilai 1. 2. 3. 4. 5.
Bijaksana – Nabi Sulaiman menyelesaikan masalah rakyatnya dengan bijaksana. Tegas – Nabi Sulaiman tegas ketika mengadili perbicaraan. Belas kasihan – Simpati terhadap nasib malang yang menimpa Sang Sebarau.
Hormat – Hormat kepada pemimpin dan juga anggota masyarakat yang lain. Ketaatan –Taat kepada pemerintah seperti belatuk yang taat akan perintah Nabi Sulaiman. 6. Keinsafan – Insaf terhadap perbuatan dan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan seperti sikap yang ditunjukkan oleh Sang Memerang dengan meminta maaf atas kesalahannya.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu setiap aduan yang diterima dengan teliti dan jangan bertindak secara melulu. 2. Kita hendaklah menghormati pemimpin. 3. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dengan adil dan saksama. 4. Kita hendaklah mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain. 5. Kita hendaklah hidup bersatu padu dan tolong-menolong. 6. Janganlah kita menganiaya orang lain.
Analisis Cerpen Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail) Sinopsis
Dalam suatu perbualan telefon, seorang wanita yang membahasakan dirinya “emak” memberitahu keadaannya yang sukar kerana makanan sudah habis dan banjir semakin naik. “Emak” agak kalut bercakap sehingga penulis tidak sempat untuk berkata apa-apa, kecuali satu pertanyaan pendek sahaja. Wanita itu memanggil penulis dengan nama lain yang bukan namanya. Rupa-rupanya, penulis tersalah ketika mendail nombor telefon rakannya. Wanita itu pula menyangka bahawa penulis ialah anaknya, Nana. Dia mengucapkan terima kasih kerana penulis menelefonnya untuk bertanyakan khabar. Dia juga mengadu bahawa abang Nana langsung tidak datang melawatnya walaupun tinggal berdekatan. Dia menamatkan perbualan selepas berkirim salam kepada suami dan anak-anak penulis.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
21
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Penulis tidak sempat untuk membetulkan tanggapan wanita itu kerana panggilan sudah terputus. Penulis mengikuti laporan banjir di radio dan televisyen. Penulis risau memikirkan keadaan wanita tua yang tinggal bersendirian itu lalu mencuba untuk menelefon sekali lagi. Beberapa kali mendail, barulah telefon itu dijawab. “Emak” memberitahu penulis bahawa dia bersolat zuhur dan meminta penulis supaya tidak bimbang. Masih ada sedikit bekalan makanan, iaitu ikan kering dan cili kering. Katanya, jika makanan itu habis, dia akan makan nasi dengan garam. “Emak” berpesan supaya penulis menjaga anak dan suaminya dengan baik. Penulis tertanya-tanya sebab wanita tua itu menamatkan perbualan dengan cepat. Penulis membuat andaian bahawa wanita tua itu bimbang bil telefon melambung jika bercakap lama. Penulis berasa gelisah dan serba salah untuk menikmati makanan kerana memikirkan wanita tua itu hanya makan nasi berlaukkan ikan kering. Penulis bercadang untuk membantu wanita itu bukan kerana mahukan penghargaan atau sanjungan tetapi itulah gerak hatinya. Penulis mencari alamat wanita tua itu berpandukan nombor telefon yang tersalah dail itu. Dia berdoa agar usahanya dipermudahkan Allah. Dia dapat merasakan kesusahan wanita tua itu yang terkepung oleh banjir. Bahkan dia juga berasa rindu untuk berbakti kepada seorang ibu kerana ibunya sudah lama meninggal dunia. Akhirnya, dia menemukan alamat dalam buku panduan telefon. Penulis menziarahi wanita tua yang dikenal sebagai Mak Piah. Dia membawa barangan keperluan dan makanan untuk wanita itu. Mak Piah sangat gembira menyambut kedatangan penulis. Dia menyangka bahawa anaknya, Nanalah yang menyuruh penulis datang. Mak Piah bertanyakan khabar tentang anak dan cucu-cucunya. Penulis pula diselubungi rasa bersalah kerana terpaksa berbohong demi menjaga hati Mak Piah. Mak Piah memberitahu penulis bahawa dia tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tambahan pula, dia mengalami masalah kesihatan. Penulis berjanji akan datang lagi untuk menemani Mak Piah. Mak Piah memeluk penulis sambil mengucapkan terima kasih berulang kali. Hati penulis sangat tersentuh ketika itu kerana membayangkan pelukan ibunya. Setelah pulang dari rumah Mak Piah, penulis diserang demam. Setelah pulih beberapa hari kemudian, dia melihat laporan berita di televisyen bahawa banjir telah surut. Penulis terkejut apabila tiba di rumah Mak Piah kerana banyak orang berkumpul. Rupa-rupanya, Mak Piah sudah meninggal dunia. Penulis menyapa anak Mak Piah, iaitu Nana. Nana bercerita dengan panjang lebar. Mulanya tentang kekesalan abangnya yang tidak menjenguk emak kerana lebih mengutamakan isteri. Kemudian, cerita kesedihannya kerana tidak diizinkan suami untuk membersihkan rumah emak selepas banjir. Mak Piah tergelincir dan kepalanya terhantuk lalu meninggal dunia. Nana juga memberitahu penulis, emaknya bercerita kepada jiran-jiran bahawa dia mengirimkan makanan. Nana terharu oleh kemuliaan hati emaknya dan menyangka bahawa Mak Piah berbohong demi mengangkat martabat dirinya. Dia berasa bersalah kerana selama ini dia tidak pernah menghantar apa-apa atau mengambil tahu akan keperluan emaknya. Penulis memimpin Nana yang meraung keluar dari kawasan perkuburan.
Tema Tema cerpen Banjir di Mata Emak ialah kisah seorang ibu yang tinggal bersendirian ketika kampungnya dilanda banjir. Dia enggan berpindah ke pusat pemindahan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain ekoran masalah kesihatannya. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang tunduk kepada isteri dan seorang anak perempuan yang takut kepada suami. Dia tergelincir di rumahnya selepas banjir surut lalu meninggal dunia. 22
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Persoalan 1. Keprihatinan terhadap orang yang dalam kesusahan. Penulis ingin membantu Mak Piah bukan kerana menginginkan sanjungan, tetapi atas dasar prihatin terhadap nasib malang dan kesusahan wanita itu semasa banjir. Tambahan lagi, Mak Piah tinggal sendirian dan anak-anaknya juga tidak melawatnya. 2. Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Nana berasa kesal kerana tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada Mak Piah. Dia tidak mengambil tahu akan keperluan dan kebajikan ibunya kerana takut akan suami, sedangkan hubungan antara anak dengan ibu tidak terputus walaupun sudah berkahwin.
Watak dan Perwatakan Saya (watak utama ) 1. Seorang gadis muda. 2. Seorang yang baik dan peramah. 3. Suka membantu orang yang susah. Mak Piah 1. Seorang ibu tua yang tinggal bersendirian. 2. Mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. 3. Seorang yang tabah dan sabar. 4. Seorang yang peramah dan berhati mulia. 5. Takut kepada ular. Nana 1. Anak bongsu Mak Piah. 2. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. 3. Takut kepada suami.
Latar
Latar Cerpen Banjir di Mata Emak
1 41. 4 22. 4 4 33.
Di rumah penulis – Ketika penulis menelefon Mak Piah dan ketika
1 dia menonton siaran berita tentang banjir. Di rumah Mak Piah – Ketika penulis melawat Mak Piah dengan 4 Latar membawa keperluan makanan dan lawatan penulis selepas banjir 4 tempat surut. 4 Di kawasan kubur – Ketika penulis menyapa Nana dan berbual 4 dengannya. 2 Latar 1 Zaman sekarang – Sudah wujud sistem perhubungan moden, iaitu 4 masa 21. telefon bimbit. 4 32. Tengah hari – Mak Piah memberitahu penulis bahawa dia pergi 4 bersolat zuhur tadi. 4 Latar 1 masyarakat 2 3 Masyarakat kampung – Mak Piah dan penulis tinggal di kampung. 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
23
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Plot Binaan plot Permulaan Penulis tersalah dail nombor telefon dan berbual dengan Mak Piah yang menyangka bahawa penulis ialah anaknya, iaitu Nana. Mak Piah mengadu keadaan dirinya yang sedang dalam kesulitan. Perbualan ditamatkan dan penulis tidak sempat untuk memberitahu Mak Piah bahawa dia bukanlah anak wanita tersebut.
Klimaks Penulis demam dan sembuh selepas beberapa hari. Penulis ke rumah Mak Piah selepas banjir surut. Penulis terkejut melihat orang ramai di rumah Mak Piah. Mak Piah telah meninggal dunia akibat tergelincir di rumahnya.
Perkembangan Penulis mengikuti laporan berita tentang banjir. Penulis mencari alamat rumah Mak Piah. Penulis menziarahi Mak Piah dan membawa barang-barang keperluan untuknya. Mak Piah gembira menyambut kedatangan penulis dan menyangka bahawa Nanalah yang menyuruh penulis datang.
Peleraian Nana menyatakan rasa kesal kerana mengabaikan emaknya. Nana terharu akan kemuliaan hati emaknya yang bercerita perkara baik-baik tentang dirinya. Penulis memimpin Nana keluar dari kawasan kubur.
Teknik plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman, saspens, dan kejutan bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara, saya menyelit soal. (hal. 51) 2. Teknik dialog “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada.” (hal. 51) 3. Teknik imbas kembali Tapi katanya tadi, makanan sudah habis. Jiran-jiran semua sudah berpindah ke pusat pemindahan. Cuma dia seorang yang tidak pergi. Kenapa begitu? (hal. 52) 4. Teknik monolog dalaman Ke mana dia? Mungkinkah keluar membeli makanan? Dekatkah jauh tempat yang dituju? Rumahnya di mana? Dapatkah dia ke sana? (hal. 52) 5. Teknik saspens Tanda soal berbaur dura menyambut kehadiran. Kenapa orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah? (hal. 56) 6. Teknik kejutan Belum sempat saya melangkah masuk, usungan jenazah dibawa keluar. (hal. 56) 24
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Gaya Bahasa 1. Penggunaan ayat panjang Pada ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara, saya menyelit soal . (hal. 51) 2. Penggunaan ayat pendek Tiada jawapan. (hal. 52) 3. Penggunaan bahasa Arab Ya Allah, zuhur, assalamualaikum, insya-Allah 4. Penggunaan bahasa arkaik dura 5. Simile “Terima kasih ... terima kasih,” ucapnya bertubi kali, seperti ucapan dan pelukan emak sewaktu saya membelikan pokok bunga mawar sebagai hadiah hari lahirnya. (hal. 55) 6. Metafora lukisan ceria, lembah kepiluan, bungkusan takdir, lautan fikir 7. Hiperbola bahagia menjadi pendusta 8. Sinkope dah, tak, tu, 9. Personifikasi • banjir kali ini telah menelan dua nyawa • dipeluk kepanasan demam
Nilai 1. Prihatin – Penulis prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Mak Piah. 2. Baik hati – Penulis membantu Mak Piah dengan membawa keperluan makanan untuknya. 3. Kesabaran – Mak Piah seorang wanita yang sabar. Dia sabar menjalani kehidupan dan hidup bersendirian. 4. Berhati mulia – Mak Piah tidak pernah marah terhadap anak-anaknya yang mengabaikan dirinya. 5. Kasih sayang – Mak Piah menyayangi anak-anaknya dan cucunya. Dia sentiasa bertanyakan khabar anak dan cucunya kepada penulis.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mengambil berat akan kesusahan orang lain. 2. Kita hendaklah ringan tulang untuk membantu orang lain. 3. Kita janganlah mengabaikan kedua-dua ibu bapa yang sudah tua. 4. Kita hendaklah berbuat jasa dan berbakti kepada orang tua, seperti menjaga mereka. 5. Kita hendaklah menjaga ikatan kekeluargaan agar tidak terputus.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
25
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Talia dan Raksasa Qadqad (Zanifa Azzura Abdullah) Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan pertemuan Talia dengan Raksasa Qadqad. Talia terdengar suara rengekan yang ganjil di lereng Bukit Ungu semasa dia sedang bermain sendirian di sempadan huma. Talia terkejut apabila melihat satu makhluk ganjil terbaring di tepi tunggul. Rupanya seperti katak dan saiznya sebesar kepala budak. Makhluk itu juga mempunyai sepasang tanduk kecil dan sedang mengerang kesakitan. Cecair berwarna hijau mengalir dari luka pada kepalanya. Talia segera mencari pucuk ulam daun dalut, dikunyah lumat lalu ditampalkan pada luka itu. Selepas itu, makhluk itu pun melompat tinggi dan hilang di dalam hutan. Talia memberitahu ibu dan ayahnya tentang makhluk itu tetapi ayah Talia, iaitu Dodo menganggapnya hanya khayalan Talia. Beberapa minggu selepas itu, banyak suku mereka bercerita bahawa mereka terserempak dengan makhluk yang sama seperti yang diceritakan oleh Talia. Ada yang berbadan gempal dan saiznya sebesar dua kepala orang dewasa. Makhluk yang dibantu oleh Talia itu rupanya masih anak lagi. Talia menggelarnya Raksasa Qadqad sempena bunyi suaranya. Mereka berasa bimbang jika raksasa itu merupakan ancaman dan mereka perlu berpindah lagi. Tambahan pula, tanaman mereka di situ sangat subur. Suatu hari, adik Talia jatuh sakit. Ayah Talia bercadang hendak menumpang kereta api lombong. Ayahnya memanggil Talia dan mengajaknya ke bandar bersama-sama ibu dan adiknya. Waktu mereka sampai, kereta api sudah hampir kerana gegarannya dapat dirasakan. Ketika mereka bergegas ke arah stesen kereta api, tiba-tiba seorang lelaki menjerkah dan tidak membenarkan keluarga Talia menumpang kereta api itu. Pada waktu itu, pemandu kereta api keluar dan menyapa lelaki itu yang dipanggil Tuan Binjah. Dia menyampaikan berita buruk tentang sekumpulan katak raksasa menyerang kem balak di timur sehingga ada yang mati dan cedera. Amukan raksasa itu dipercayai berpunca daripada tindakan mandur kem balak yang menetak mati satu keluarga haiwan itu di kawasan pembalakan. Tiba-tiba kedengaran bunyi Raksasa Qadqad dari laluan kereta api. Gerombolan raksasa itu muncul dan bergerak sangat pantas. Pemandu kereta api yang bernama Sidek terus menjerit. Semua pekerja di situ lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Dodo dan Misa turut berlari membawa anak-anak mereka ke sebuah bangunan di situ. Malangnya, belum sempat mereka masuk, pintu sudah ditutup oleh Binjah. Dalam suasana cemas itu, seekor Raksasa Qadqad melompat ke atas bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu tidak mencederakan keluarga Talia. Sebaliknya, raksasa itu melihat Talia sambil bersuara lembut dan disambut oleh Qadqad yang lain. Talia ternampak kesan parut pada kepala raksasa itu. Seketika kemudian, Qadqad itu melompat turun dari bahu Dodo. Ratusan Qadqad yang lain berundur dan terus hilang ke dalam hutan. Para pekerja mengerumuni keluarga Talia dan berasa hairan dengan kejadian tersebut. Binjah dengan kagum bertanyakan keistimewaan Talia. Dodo dan Misa tidak menjawab. Binjah menarik Talia lalu ternampak benda berwarna ungu pada beberapa bahagian badan Talia. Binjah bertanyakan benda ungu tersebut lalu dijawab oleh Dodo bahawa itu tanah, kerana Talia bermain tanah tadi. Binjah membuat kesimpulan bahawa Raksasa Qadqad itu lari kerana alah pada tanah berwarna ungu. Keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api. Tiga hari selepas itu, Sidek datang menemui mereka. Sidek memberitahu Dodo bahawa Tuan Binjah hendak melombong di Bukit Ungu. Tuan Binjah telah mengarahkan masyarakat suku yang tinggal di situ supaya segera berpindah. Ketua suku, iaitu Tuk Sibat tidak bersetuju, lalu Tuan Binjah membawa samseng untuk menghalau mereka.
26
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Kemudian, keluarga Talia membuat aduan di balai polis. Binjah bertengkar dengan Tuk Sibat dan mengarahkan konco-konconya membakar pondok-pondok di situ. Binjah juga telah melepaskan tembakan yang menembusi lengan Dodo. Talia teringat akan Raksasa Qadqad lalu menjerit memanggil raksasa itu. Ratusan raksasa Qadqad muncul dari hutan. Semua orang berlari ke puncak Bukit Ungu kecuali Binjah dan pengikut-pengikutnya kerana mereka yakin bahawa tanah berwarna ungu itu dapat dijadikan senjata bagi melawan Raksasa Qadqad. Namun begitu, sangkaannya meleset. Setelah keadaan selamat, barulah penduduk kampung kembali ke kaki bukit Bukit Ungu. Terdapat puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Ketika itu, pasukan polis juga baru sampai. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas kejadian itu, Raksasa Qadqad hilang lenyap begitu saja. Sejak itu, kisah Talia dan Raksasa Qadqad terus menjadi buah mulut orang.
Tema Tema cerpen ini ialah hubungan istimewa yang terjalin antara seorang anak kecil, Talia dengan Raksasa Qadqad, iaitu makhluk ganjil yang dirawatnya. Makhluk itu membalas budi Talia dengan membantu orang-orang kampung Talia yang ditindas oleh Binjah yang mahu melombong Bukit Ungu. Persoalan 1. Pencerobohan alam sekitar – Banyak kawasan hutan diteroka oleh para pembalak dan pelombong sehingga menjejaskan kehidupan penghuninya. Satu keluarga Raksasa Qadqad dibunuh oleh pembalak, menyebabkan gerombolan raksasa itu mengamuk. Penduduk kampung Talia dihalau oleh Binjah dari Bukit Ungu kerana Binjah dan pengikut-pengikutnya hendak melombong di situ. 2. Sikap mengenang budi – Talia pernah merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera. Oleh sebab itu, gerombolan Raksasa Qadqad tidak mencederakan keluarga Talia ketika serangan di kawasan lombong. Bahkan Raksasa Qadqad telah datang untuk membantu masyarakat suku Talia yang hendak dihalau oleh Binjah. Watak dan Perwatakan Talia (watak utama ) 1. Seorang budak perempuan daripada masyarakat suku. 2. Anak sulung daripada dua beradik. 3. Seorang yang baik hati dan mempunyai rasa belas kasihan. Raksasa Qadqad 1. Makhluk aneh yang tinggal di dalam hutan. 2. Menyerupai katak, bertaring dan bertanduk, kakinya berjalur kuning hijau. 3. Mempunyai sikap mengenang budi. Dodo 1. Bapa Talia dan Jini. 2. Mempunyai sikap berani dan penyayang. Sidek 1. Pemandu kereta api. 2. Mempunyai sikap belas kasihan. Binjah 1. Ketua pelombong. 2. Mempunyai sikap yang angkuh dan kejam. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
27
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Latar
Latar Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad
1 1 4 1. Di kawasan huma – Tempat mula-mula Talia berjumpa 4 4 dengan Raksasa Qadqad 4 42. Di rumah – Ketika Talia memberitahu ibu bapanya tentang Latar 4tempat 2 pertemuan itu. 4 4 4 3. Di kawasan lombong – Ketika keluarga Talia hendak 4 4 menumpang kereta api untuk ke bandar. 4 34. Di kaki bukit Bukit Ungu – Ketika Binjah hendak menghalau penduduk kampung Talia. 2 4 1 masa tidak dinyatakan dengan jelas tetapi dipercayai 4 Latar 2 Latar tidaklah terlalu lampau kerana sudah ada kemudahan 4 masa 3 hospital dan jalan kereta api serta kegiatan pembangunan. 4 1 4 4 1. Masyarakat suku – Talia dan keluarganya datang daripada 4 Latar 4 masyarakat suku yang sering berpindah-randah. 4masyarakat 22. Masyarakat peneroka hutan – Merujuk Binjah sebagai ketua 4 pelombong dan para pembalak yang diceritakan oleh Sidek. 3 43. Masyarakat raksasa Qadqad – Haiwan pelik yang menghuni 3 hutan tersebut.
Plot Binaan plot Permulaan Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad yang tercedera dan dia telah merawatnya. Talia memberitahu ibu bapanya tentang raksasa itu, namun ibu bapanya tidak mempercayainya. Setelah itu, orang kampung juga heboh bercerita tentang Raksasa Qadqad.
Perkembangan Adik Talia jatuh sakit. Keluarga Talia hendak menaiki kereta api untuk ke hospital di bandar, tetapi dihalang oleh Binjah. Sidek, pemandu kereta api menyampaikan berita buruk tentang amukan Raksasa Qadqad. Raksasa Qadqad menyerang stesen kereta api tetapi keluarga Talia selamat.
Klimaks Binjah bertengkar dengan Tuk Sibat kerana penduduk di kaki Bukit Ungu enggan berpindah.Orang-orang Binjah membakar pondok. Binjah menembak Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Ratusan Raksasa Qadqad datang menyerang. Para penduduk lari ke puncak bukit, kecuali Binjah dan orang-orangnya.
28
Peleraian Binjah dan orang-orangnya telah terbunuh. Penduduk kembali ke kaki bukit setelah keadaan selamat. Polis tiba di tempat kejadian, namun tidak dapat berbuat apaapa. Raksasa Qadqad hilang dan tidak muncul lagi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Teknik plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, saspens dan kejutan bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Talia tersentak lantas berpaling ke arah hutan. Didapati dari arah datangnya suara itu, seekor haiwan sebesar kepala budak terbaring di pinggir tunggul. Rupanya mirip katak, namun tidak serupa. (hal. 58) 2. Teknik dialog “Katak bertaring dan bertanduk?” Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan kepadanya. (hal. 60) 3. Teknik imbas kembali Talia serta merta teringat akan pandangan-pandangan hijau kuning yang mengiringi mereka dari celah pohon ceruyu yang tumbang tadi . (hal. 66) 4. Teknik saspens Talia memeluk erat bapanya. Jini di dalam bakul tidak bergerak. Qadqad yang paling dekat dengan mereka melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Nyaris Talia terjerit jika tidak kerana isyarat mata dan gelengan ibunya. Peluh merenik di dahi Dodo yang menanggung berat anaknya berserta makhluk selebar bahunya itu . (hal. 63) 5. Teknik kejutan Terlalu yakin mereka bahawa tanah ungu itu dapat dijadikan peluru bagi menewaskan Raksasa Qadqad. Beberapa kepal tanah itu diambil dan dilemparkan kepada gerombolan Qadqad yang melompat ke arah mereka. Namun, lemparan itu tidak mendatangkan kesan! (hal. 66)
Sudut Pandangan Cerita ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Gaya Bahasa 1. Penggunaan ayat yang panjang Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaji . (hal. 58) 2. Penggunaan ayat yang pendek Kesemua mereka terpegun. (hal. 61) 3. Simile “Gempal macam disumbat air,” kata salah seorang daripada mereka. (hal. 60) Bauran itu tersebar di seluruh lereng, bagaikan cincin melingkari gunung. (hal. 60) Di situ, tompok-tompok pondok berlatarkan huma yang menghijau tampak bagai butir-butir gula dihurungi semut manusia. (hal. 65) 4. Inversi Terlalu yakin mereka bahawa tanah ungu itu dapat dijadikan peluru... (hal. 66) 5. Personifikasi jalan ternganga
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
29
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Nilai 1. Belas kasihan – Talia simpati melihat kecederaan yang dialami oleh anak Raksasa Qadqad, lalu dia merawatnya. 2. Kasih sayang – Sikap yang ditunjukkan oleh Dodo dan Misa apabila risau akan kesihatan anak mereka, iaitu Jini. 3. Berani – Dodo dan Sidek berani menentang Binjah yang mahu melombong Bukit Ungu. 4. Mengenang budi – Raksasa Qadqad mempunyai sikap mengenang budi apabila gerombolan raksasa itu datang membantu masyarakat suku Talia.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati hak makhluk lain yang berkongsi kehidupan dengan kita. 2. Kita janganlah merosakkan alam sekitar, terutamanya kawasan hutan. 3. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain. 4. Kita janganlah bersikap zalim dan mementingkan diri sendiri. 5. Kita hendaklah mengenang budi orang yang telah menolong kita.
Menuai Emas (Salina Ibrahim) Sinopsis
Alif kagum melihat sawah padi yang sudah berwarna keemasan itu, hatinya berasa tenang. Dia bersyukur kerana tidak lama lagi dia akan dapat menuai hasil padi yang ditanam setelah menunggu dengan sabar. Dia berterima kasih kerana emak mendidiknya erti syukur, sabar, dan reda. Alif terkejut apabila terdengar bunyi hon motosikal daripada Tuk Ketua. Tuk Ketua mengucapkan tahniah atas usaha Alif. Alif berjalan di sekitar kawasan sawah dengan perasaan gembira yang sukar digambarkan. Kata-kata arwah ayahnya masih terngiang-ngiang di telinganya, bahawa itulah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah. Alif terkenang akan peristiwa yang berlaku setahun yang lalu. Dia hampir berputus asa apabila didesak supaya mengorbankan tanah sawah itu untuk tujuan pembangunan. Semua penduduk kampung bersetuju dan tidak mahu rancangan pembangunan di kampung itu tergendala. Abang Man mempertikaikan kelulusan Alif yang belajar di universiti. Dia meragui sama ada Alif benar-benar lulus atau hanya belajar separuh jalan sahaja. Abang Man mengatakan bahawa Alif beria-ia hendak mengerjakan sawah itu kerana dia gagal memperoleh pekerjaan. Kata-kata Abang Man itu mengejutkan emak dan Tuk Ketua. Alif berasa geram dan memandang tajam kepada Abang Man. Emak akhirnya bersuara dan meminta mereka pulang. Dia akan berbincang dengan Alif tentang perkara itu. Alif melihat emak menangis. Alif membuat keputusan untuk melepaskan petak sawah miliknya tetapi emak tidak bersetuju. Emak menyatakan bahawa dia teringat akan arwah abah Alif. Kata-kata itu menjadi penawar dan semangat kepada Alif. Dia tidak sanggup melihat tanah sawah itu berganti dengan deretan rumah kos rendah. Tanah Alif itu bersempadan dengan tanah Abang Man. Disebabkan dia enggan melepaskan petak sawahnya, Abang Man berhadapan dengan masalah. Sebab itulah Abang Man marah kepadanya. Alif memikirkan cara untuk memahamkan Abang Man bahawa usahanya juga suatu kemajuan. Alif telah berurusan dengan pegawai pertanian untuk mengusahakan padi jenis baharu yang dikacukkan dan mampu memberikan hasil yang lebih baik dan menguntungkan. Dia bertekad untuk menyambung tugas ayahnya mengusahakan tanaman padi tetapi dengan
30
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
kaedah yang lebih moden. Akhirnya, Alif berjaya mengusahakan tanaman padi di kampungnya. Alif bersyukur, itulah hadiah dan nikmat atas kesabarannya. Rasa sedih dan luka akibat dicemuh dan dikeji oleh orang kampung semakin pulih walaupun dia hampir dicederakan oleh Abang Man yang menuduhnya menghasut penduduk kampung supaya tidak menjual tanah mereka. Akhirnya, projek perumahan itu dibatalkan. Terdapat juga penduduk yang kesal kerana tanah itu akan terbiar apabila projek perumahan itu dibatalkan kerana mereka sudah tua dan tidak mampu mengerjakannya. Oleh itu, Alif mengambil peluang itu untuk meminta izin mereka dan membina estet padi mini di situ. Kini, petak-petah sawah itu sudah mula mengeluarkan hasil.
Tema Kegigihan seorang anak muda yang mempertahankan tanah sawah miliknya. Alif tidak mahu menjual tanah itu kepada pemaju perumahan kerana mahu menanam padi yang berkualiti tinggi. Tindakannya telah menimbulkan kemarahan segelintir penduduk kerana menghalang projek pembangunan. Namun begitu, akhirnya anak muda itu berjaya membuktikan usahanya berbudi kepada tanah telah mendatangkan hasil yang lebih baik. Persoalan 1. Pertanian moden – Alif menanam padi kacukan serta menggunakan kaedah pertanian moden untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. 2. Pengaruh pembangunan – Atas nama pembangunan, tanah-tanah dijual kepada pemaju perumahan sehingga menjejaskan keindahan desa.
Watak dan Perwatakan Alif (watak utama ) 1. Graduan ekonomi dari universiti tempatan. 2. Anak yatim dan anak tunggal dalam keluarga. 3. Tinggal bersama-sama emaknya di kampung. 4. Seorang yang gigih berusaha. Mak Wan 1. Ibu Alif. 2. Seorang yang penyabar. 3. Sangat menyokong usaha anaknya yang mahu berbudi kepada tanah. Abang Man 1. Salah seorang penduduk kampung. 2. Umurnya lebih tua daripada Alif. 3. Mudah berang dan sukar untuk dibawa berbincang. 4. Memusuhi Alif kerana menghalang projek perumahan di kampung itu. Tuk Ketua 1. Ketua kampung Alif. 2. Seorang yang tenang. 3. Sangat mengambil berat akan anak-anak buahnya. 4. Menyokong usaha Alif yang mahu mengerjakan tanah sawah penduduk kampung.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
31
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Latar
Latar Cerpen Menuai Emas
1 1 4 41. Di sawah – Tempat Alif berbual dengan Tuk Ketua tentang 4 Latar 2 kerja menuai padi yang akan bermula esok. 4tempat 4 Di rumah Alif – Beberapa orang penduduk kampung termasuk 32. Abang Man datang untuk berbincang hal tanah. 4 1 4 4 Latar 2 Latar masa ialah pada waktu pagi, iaitu ketika Alif meninjau tanah 2 masa 3 sawahnya yang sudah mula menguning. 4 1 4 41. Masyarakat belia yang gigih – Alif gigih bekerja sebagai 4 4 seorang petani moden. 4 Latar 42. Masyarakat kampung – Diwakili oleh Alif, Mak Wan, Tuk Abang Man, dan lain-lain. 4masyarakat 23. Ketua, 4 Masyarakat yang mahukan pembangunan – Abang Man dan 4 4 beberapa orang penduduk kampung mahu menjual tanah 4 4 mereka kepada pemaju perumahan. 34. Masyarakat petani – Diwakili oleh Alif dan beberapa orang 3 penduduk kampung yang mempunyai tanah sawah.
Plot Binaan plot Permulaan Alif melihat sawahnya menguning. Alif teringat kepada abahnya dan perbualan mereka tentang berbudi kepada tanah. Tuk Ketua muncul lalu menyapa Alif.
Klimaks Projek perumahan dibatalkan. Abang Man menyalahkan Alif atas pembatalan projek itu. Alif hampir dicederakan oleh Abang Man. Alif memberitahu Abang Man bahawa semua itu berlaku kerana Allah memakbulkan doanya agar projek itu dibatalkan.
32
Perkembangan Alif teringat kepada peristiwa setahun lalu, ketika penduduk kampung memarahinya kerana tidak mahu menjual tanah. Emak menyokong tindakan Alif untuk terus mempertahankan tanah itu. Alif bercadang untuk memujuk warga tua yang lain agar tidak menjual tanah mereka. Alif menambah ilmu pengetahuan tentang penanaman padi jenis baharu.
Peleraian Penduduk kampung daripada golongan tua resah kerana tidak mampu mengerjakan tanah itu dan bimbang tanah mereka akan terbiar. Alif meminta izin penduduk kampung untuk mengusahakan semua tanah itu sebagai estet padi mini. Alif menanti hari esok untuk menuai hasilnya dengan sabar.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Teknik plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, dan monolog dalaman bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Sayup mata memandang. Tenang hati Alif ketika menyeluruhi petak emas di hadapannya. Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah serasa-rasa mesra di penjuru mata. (hal. 68) 2. Teknik dialog “Cantik, ya abah!” “Memang cantik.” “Kuningnya seperti emas, kan, abah?” “Inilah hasilnya berbudi kepada tanah. Kita akan menuai emas nanti!” (hal. 68) 3. Teknik imbas kembali Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah. (hal. 69) 4. Teknik monolog dalaman Ya abah, tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik. (hal. 68) Terima kasih yang tidak terkimah, emak, kerana selalu mendidik anakmu ini akan makna syukur, sabar dan reda. (hal. 68)
Gaya Bahasa 1. Penggunaan ayat yang panjang Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman apabila bersabung pandang dengan si penunggang motosikal. (hal. 68) 2. Penggunaan ayat yang pendek “Memang cantik.” (hal. 68) 3. Simile Semua orang tiba-tiba bagaikan disua bahang api. (hal. 70) 4. Personifikasi • ....gegendangnya ditujah bunyi hon... (hal. 68) • Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak. (hal. 72) 5. Inversi Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga. (hal. 68) 6. Simpulan bahasa campur tangan, angkat bendera putih, senyum kambing, naik angin 7. Sinkope tak, ni, tu 8. Metafora pita ingatan, pisau kata-kata, ufuk batin 9. Perlambangan • permaidani hijau – melambangkan tanah sawah yang terbentang • hutan batu – melambangkan bangunan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
33
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Nilai 1. Kegigihan – Alif gigih mengusahakan tanah sawah miliknya. 2. Kesabaran – Alif dan emaknya bersikap sabar walaupun dicemuh dan dimarahi oleh orang kampung. 3. Keberanian – Alif berani berhadapan dengan Abang Man yang menuduhnya telah menghasut orang kampung. 4. Bersyukur – Alif sentiasa bersyukur kepada Allah.
Pengajaran 1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. 2. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa kepada Allah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. 3. Kita hendaklah berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar setiap yang kita kerjakan akan memperoleh hasilnya. 4. Kita janganlah bertindak secara terburu-buru sehingga boleh mendatangkan kerugian.
Analisis Drama Mahkamah (Awang Abdullah) Sinopsis Suatu perbicaraan berlangsung di mahkamah. Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper didakwa telah menyebabkan kematian seorang nenek yang berusia 99 tahun. Pendakwa raya memulakan tugasnya. Tertuduh I ditanya oleh Pendakwa raya sama ada dia berada di tempat kejadian dan memakan sebiji pisang serta membuang kulitnya. Tertuduh I mengakui perkara itu. Pendakwa raya menyatakan bahawa pada waktu itu, seorang nenek sedang berjoging dan telah terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Akibatnya, pinggang nenek itu patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital. Namun begitu, Tertuduh I menyanggah kenyataan itu. Peguam bela pula berhujah bahawa Tertuduh I telah makan pisang dan membuang kulitnya ke dalam tong sampah yang pintunya telah rosak. Perkara itu menunjukkan contoh kesedaran sivik yang baik kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. Seterusnya, peguam bela menjelaskan bahawa seekor kambing telah menyelongkar tong sampah itu dan kulit pisang itu tercampak ke jalan raya. Pada ketika itu, seorang nenek terpijak kulit pisang lalu terjatuh. Oleh sebab sudah sampai ajalnya, maka dia pun mati. Dengan itu, peguam bela yakin bahawa Tertuduh I tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah ialah kambing. Peguam bela memohon agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper. Pendakwa raya mengatakan bahawa mahkamah itu untuk manusia bukan haiwan. Peguam bela pula mengatakan bahawa tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tiada tuan, maka pihak berwajib harus bertanggujawab. Setelah meneliti hujah-hujah tersebut, Hakim pun membebaskan Tertuduh I dan memerintahkan supaya tuan kambing dicari. Pihak berwajib juga diperintahkan membaiki pintu tong sampah. Mahkamah berehat seketika. Selepas itu, Tertuduh II pula masuk. Bahasa yang digunakan oleh Tertuduh II tidak difahami sehingga mencetuskan rasa geli hati seisi mahkamah. Hakim meminta
34
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
supaya seorang penterjemah dipanggil. Seterusnya, pendakwa raya mula membaca pertuduhan, iaitu Tertuduh II telah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan dari sebuah stor. Namun begitu, Tertuduh II menyatakan bahawa dia tidak memahami istilah beruk subsidi. Kemudian, pendakwa raya membacakan maksud istilah beruk dan subsidi dalam bahasa Inggeris tetapi menurut Penterjemah, Tertuduh II menyatakan bahawa dia makin tidak faham dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah itu, pendakwa raya pun memperincikan istilah beruk, iaitu seekor binatang berekor pendek, berbulu, dan suka makan pisang seperti Hakim. Istilah subsidi pula dijelaskan dalam bahasa Melayu lama. Setelah Tertuduh II memahami istilah tersebut, Hakim bertanya kepada Tertuduh II sama ada dia mengaku salah ataupun tidak. Penterjemah memberitahu Hakim bahawa Tertuduh II mengaku salah tetapi dia meminta izin untuk diberi peluang bersuara. Tertuduh II memberitahu Hakim bahawa ibu beruk itu hamil dan dia hendak memulangkan beruk itu kepada yang berhak dan memelihara anaknya. Hakim membuat keputusan dan memerintahkan Tertuduh II supaya memelihara beruk itu sehingga bersalin. Anaknya hendaklah diberi nama Mat Yeh jika jantan dan Mentesah jika betina. Selepas tamat tempoh berpantang 40 hari, ibu beruk itu hendaklah dipulangkan kepada yang berhak. Tertuduh II didenda memanjat kelapa dan anak beruk itu sebagai tuannya sehingga mencapai umur akil baligh. Perbicaraan pun tamat.
Tema Tema drama Mahkamah ialah Perbicaraan yang adil. Hakim tidak terburu-buru untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya beliau mendengar terlebih dahulu hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak, iaitu Pendakwa raya dan Peguam bela. Dalam kedua-dua kes tersebut, Hakim mengambil kira aspek kepentingan awam dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Persoalan 1. Kesedaran sivik – Tertuduh I mempunyai kesedaran sivik kerana membuang sampah ke dalam tong sampah dan tidak membuangnya ke merata-rata tempat. 2. Tanggungjawab bersama – Pihak berwajib juga bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak membaiki pintu tong sampah. Begitu juga dengan pemilik kambing yang tidak menjaga kambingnya dengan baik sehingga kambing itu menyelongkar tong sampah. 3. Sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan – Tertuduh II mempunyai sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya.
Watak dan Perwatakan Hakim (watak utama ) 1. Seorang yang arif dan bijaksana. 2. Tenang ketika mengendalikan perbicaraan. 3. Seorang yang adil kerana mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman. 4. Seorang yang amanah dan dedikasi terhadap tugasnya. 5. Gemar menonton rancangan gusti. 6. Gemar makan pisang. Pendakwa Raya 1. Seorang yang amanah dan dedikasi terhadap tugasnya. 2. Bijak berhujah. 3. Menghormati Hakim. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
35
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Peguam Bela 1. Suka menonton rancangan gusti. 2. Bijak berhujah. 3. Menghormati Hakim. Pegawai 1. Bertugas di mahkamah. 2. Patuh kepada perintah. 3. Menghormati Hakim. Tertuduh I 1. Namanya ialah Bulat bin Leper. 2. Miskin dan tidak mampu untuk mengupah peguam bela. 3. Suka makan pisang. 4. Dituduh telah mengakibatkan kematian seorang nenek yang terpijak kulit pisangnya. 5. Mempunyai kesedaran sivik. 6. Didapati tidak bersalah. Penterjemah 1. Amanah dan dedikasi terhadap tugasnya. 2. Memahami bahasa lain selain bahasa Melayu. Tertuduh II 1. Namanya ialah Akinomoto. 2. Dituduh mencuri beruk subsidi kerajaan. 3. Menyayangi haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya. 4. Tidak memahami bahasa Inggeris. 5. Didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.
Latar
1 1 4 Latar 2Di mahkamah – Tempat Hakim melaksanakan perbicaraan 4tempat 3terhadap Tertuduh I dan Tertuduh II. 1 4 2 Waktu pagi 4 Latar masa 3 Contoh: MASA: Siang, waktu pagi. (hal. 81) 4 1 4 1. Masyarakat yang mengamalkan undang-undang – Hakim, 4 Latar 2 4 Pendakwa raya, dan Peguam bela ialah pengamal undang-undang. Cerpen 4 4 2. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik – Tertuduh I Mahkamah 4 Latar 4 membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. 4masyarakat 43. Masyarakat yang bersikap adil dan saksama – Hakim 2 membebaskan Tertuduh I kerana dia didapati tidak bersalah. 4 4 4 44. Masyarakat yang mengutamakan bahasa kebangsaan – 4 4 Tertuduh II meminta Pendakwa raya membaca maksud istilah 4 beruk subsidi dalam bahasa Melayu. 4 45. Masyarakat yang sedia menerima hukuman dan mengaku salah 3 3 – Tertuduh II mengaku salah atas perbuatannya yang mencuri dan menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim.
36
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Plot Binaan plot
Permulaan Hakim masuk ke ruang mahkamah. Tertuduh I masuk dan mengangkat sumpah. Pertuduhan dibacakan tetapi Tertuduh I tidak diwakili peguam bela. Seorang peguam bela percuma disediakan. Tertuduh I tidak mengaku salah.
Perkembangan Peguam bela berhujah dan menyalahkan kambing atas kematian nenek tua itu. Pendakwa raya membantah dan kedua-dua pihak saling berhujah. Hakim membuat keputusan bahawa Tertuduh I tidak bersalah. Hakim memerintahkan supaya tuan kambing dicari dan pintu tong sampah dibaiki. Mahkamah berehat sebentar.
Klimaks Tertuduh II masuk ke mahkamah. Dia menggunakan bahasa yang tidak difahami. Seorang penterjemah dipanggil. Pendakwa raya diminta untuk menjelaskan istilah beruk subsidi. Tertuduh II tidak faham kerana Pendakwa raya menjelaskannya dalam bahasa Inggeris. Pendakwa raya ditegur supaya menggunakan bahasa Melayu.
Peleraian Tertuduh II mengaku salah kerana mencuri beruk subsidi. Hakim menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh II. Perbicaraan tamat.
Teknik plot Pengarang menggunakan teknik pemerian dan dialog. 1. Teknik pemerian PEGUAM BELA dan TERTUDUH I berunding dengan aksi tergesa-gesa, keburuan. (hal. 84) 2. Teknik dialog HAKIM: Kenapa lambat? PEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. HAKIM: Tak habis-habis dengan gusti. (Bernada perlahan, separuh berbisik) Siapa menang? (hal. 83)
Gaya Bahasa 1. Penggunaan ayat panjang PENDAKWA RAYA: Ya, tuan hakim, bahawa Bulat bin Leper, pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, Mek Teh binti Jali, 99 tahun, di Taman Gagak Putih. (hal. 82-83) 2. Penggunaan ayat pendek • PEGAWAI: Sudah, tuan. (hal. 82) • TERTUDUH 1: Ya, tuan. (hal. 87)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
37
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
3. Simpulan bahasa masuk akal (hal. 87) 4. Kata-kata hikmat malang tak berbau (hal. 88) 5. Sinkope nak, tak, sikit, tau 6. Bahasa Inggeris HAKIM: Well done ... well done ... (hal. 94) 7. Bahasa Arab wassalam 8. Kata ganda • habis-habis (hal. 83) • kedua-dua (hal. 90)
Nilai 1. Keadilan – Hakim mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak semasa menjalankan perbicaraan bagi mencapai keadilan. 2. Kepatuhan – Pegawai yang patuh akan arahan Hakim. 3. Kesedaran sivik – Tertuduh I membuang kulit pisang ke dalam tong sampah sekali gus mengekalkan kebersihan persekitaran. 4. Dedikasi – Hakim, Pegawai, Pendakwa raya, Peguam bela, dan Penterjemah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. 5. Hormat – Sikap yang ditunjukkan oleh seisi mahkamah terhadap Hakim.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang negara. 2. Kita hendaklah menjalankan siasatan dan perbicaraan dengan adil sebelum menjatuhkan hukuman. 3. Kita hendaklah menjatuhkan hukuman dengan adil agar tidak ada pihak yang teraniaya. 4. Kita hendaklah menerima teguran dengan hati terbuka. 5. Kita hendaklah insaf selepas melakukan kesalahan. 6. Kita hendaklah mempunyai kesedaran sivik dan menjaga kelestarian alam sekitar.
38
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Analisis Novel Jalan ke Puncak (Juri Durabi) Sinopsis
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Laiman. Laiman seorang pemuda yang berbangsa Sungai yang berasal dari Kampung Kusilad, Sabah. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia menyambung pelajaran matrikulasi selama dua tahun. Seterusnya, Laiman menyambung pengajiannya bagi peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu, kesempitan wang yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa memohon bantuan biasiswa. Sebelum Laiman menamatkan pengajiannya di UKM, dia telah menjalani latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak, iaitu di bawah pengawasan Sukri. Laiman sangat disenangi oleh para pekerja bawahannya kerana sikapnya yang ringan tulang dan sering kali mendengar pandangan daripada mereka. Sewaktu Laiman berada di Kuching kerana ingin berjumpa dengan rakan sekuliahnya di sana, sebuah tangki minyak nombor 12 telah mengalami kebakaran. Hal itu menyebabkan Laiman dipanggil oleh pengurusnya. Selepas siasatan dilakukan, Laiman terbukti tidak bersalah. Kejadian itu telah dirancang oleh Muluk yang cemburu melihat hubungan mesra antara Laiman dengan Soniah kerana Muluk sudah lama menaruh hati terhadap Soniah. Muluk akhirnya diberkas oleh pihak polis dan kesnya juga sudah dihadapkan di mahkamah. Setelah tamat pengajian, Laiman pulang ke kampung dan mengusahakan kebun tembikai di atas tanah miliknya yang seluas lima hektar. Pada masa yang sama, Laiman mendapat tawaran kerja di jabatan kerajaan, namun dia menolak jawatan tersebut. Tindakan Laiman itu ditentang oleh ayahnya, iaitu Pak Kiassim. Laiman turut mendapat kata cacian dan hinaan daripada orang-orang kampungnya. Laiman mempunyai alasannya yang tersendiri atas tindakannya itu. Laiman dan sepupunya, Milan mengusahakan kebun tembikai itu secara bekerjasama sehingga mereka berjaya memasarkan hasilnya di Kota Kinabalu. Selain itu, Laiman ingin mengusahakan projek ternakan ikan air tawar, projek ternakan udang harimau, dan projek ternakan lebah madu di kampungnya juga. Hasratnya itu mendapat sokongan dan pertolongan daripada ayahnya. Pak Kiassim membantu Laiman untuk memujuk Pak Sahok supaya projek ternakan ikan dan udang dapat dilaksanakan. Kejayaan demi kejayaan berjaya digapai oleh Laiman. Hasratnya untuk membuka mata orang-orang kampung bahawa bekerja sendiri juga mampu untuk memperoleh hasil yang lumayan tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata telah tercapai. Jabatan pertanian juga sering melawat ke tapak projek yang diusahakan oleh Laiman dan bersedia untuk menghulurkan bantuan serta sokongan kepada Laiman sekiranya dia ingin memperbesar projek ternakannya itu. Pada masa yang sama, Laiman terkenang akan Soniah. Dia mendapat tahu bahawa Soniah bakal berhijrah ke Kota Kinabalu untuk menguruskan sebuah syarikat milik bapa saudaranya. Laiman ingin meluahkan rasa cintanya terhadap Soniah apabila Soniah berada di Kinabalu. Laiman dan Milan juga telah mendapat surat daripada jabatan pertanian. Jabatan pertanian akan menjadikan projek ternakan mereka sebagai projek contoh di daerah itu. Di samping itu, jabatan pertanian juga akan membantu mereka bagi memperbesar projek itu supaya menjadi projek yang terbesar di Sabah. Laiman dan Milan melahirkan rasa syukur dan puas kerana penat lelah mereka selama ini telah terbayar.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
39
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Tema Tema novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi ialah kegigihan dan kecekalan hati seorang pemuda yang mempunyai kelulusan di peringkat ijazah tetapi memilih untuk bekerja sendiri daripada hidup makan gaji. Laiman ingin menjadi contoh teladan kepada masyarakat kampungnya supaya keluar daripada kemunduran hidup tanpa bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata. Hal ini dapat diperhatikan melalui sikap cekal dan tabah yang dimiliki oleh Laiman sehingga dia berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya di kampungnya. Walaupun Laiman memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian, namun dia tidak mahu hidupnya terlalu bergantung dengan makan gaji di jabatan kerajaan. Persoalan 1. Tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup. Laiman tetap bersabar dan tidak pernah patah semangat dengan segala cacian dan cemuhan orang-orang kampung terhadapnya ekoran tindakannya yang memilih untuk bekerja sendiri di kampung walaupun dirinya memiliki ijazah berbanding bekerja makan gaji di jabatan kerajaan. 2. Hubungan erat antara majikan dan pekerja. Laiman membina hubungan yang erat dan mesra dengan pekerja bawahannya di syarikat pengeluar minyak sewaktu dia menjalani latihan industri di Miri, Sarawak. 3. Perjuangan dalam mempertahankan maruah diri. Laiman menceritakan hal yang sebenar kepada pengurusnya berkenaan kejadian kebakaran yang berlaku di syarikat minyak tempat dia menjalani latihan industri. 4. Sokongan moral daripada ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak. Pak Kiassim pada mulanya menghalang tindakan Laiman untuk bekerja sendiri, namun akhirnya Pak Kiassim berubah fikiran setelah melihat kejayaan Laiman dalam mengusahakan kebun tembikai dan memperoleh pendapatan yang lumayan. 5. Golongan remaja yang tidak berminat untuk bersekolah. Laiman berhasrat untuk mengupah remaja yang sudah berhenti sekolah dan juga yang gagal meneruskan pengajian mereka ke tingkatan tiga untuk bekerja di projek ternakannya supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak berfaedah di kampung tersebut. 6. Keprihatinan seorang abang terhadap adiknya. Abang Mail sentiasa mengambil berat tentang projek yang diusahakan oleh adiknya, Laiman. Malah, dia turut memberikan kata-kata perangsang kepada Laiman agar projek yang diusahakan itu beroleh kejayaan. 7. Hubungan persahabatan yang berkekalan walaupun berjauhan. Soniah masih mengirimkan surat kepada Laiman walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja di syarikat minyak. 8. Taat pada perintah agama. Laiman tidak lupa untuk mendirikan solat, malah dia sering solat berjemaah di surau di kampungnya. 9. Rajin dan gigih dalam pelajaran. Laiman gigih belajar sehingga dia lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya memasuki pusat matrikulasi dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan kejuruteraan. 10. Keinginan untuk bekerja sendiri / berdikari. Walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun Laiman tidak mahu bekerja makan gaji, malah dia memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan semata-mata. 40
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Plot Binaan plot 1. Permulaan Laiman telah menjalani latihan industri di syarikat pengeluar minyak yang terkenal di Miri, Sarawak. Dia disenangi oleh para pekerja bawahannya, kecuali Muluk, rakan sepejabatnya. Muluk yang cemburu akan hubungan mesra Laiman dengan Soniah, telah merancang suatu kebakaran di loji minyak tersebut. Setelah siasatan dilakukan, akhirnya Muluk ditangkap oleh pihak berkuasa. 2. Perkembangan Laiman pulang ke kampung setelah menamatkan pengajiannya di UKM. Dia mengusahakan projek tanaman tembikai bersama sepupunya Milan. Dia juga menolak tawaran kerja daripada jabatan kerajaan. Ayahnya, iaitu Pak Kiassim menentang tindakan Laiman itu. Laiman juga dicemuh oleh penduduk kampung. 3. Klimaks Laiman dan Milan mendapat pulangan yang lumayan hasil daripada penjualan tembikai mereka itu. Kejayaan ini telah mula membuka mata Pak Kiassim dan orang-orang kampung. Setelah itu, Laiman dan Milan merancang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan mengusahakan projek ternakan. 4. Peleraian Laiman berasa amat gembira dan bersyukur kerana projek pertanian dan penternakan yang diusahakan oleh mereka berjaya. Kejayan demi kejayaan yang dikecap oleh Laiman dan Milan. Jabatan pertanian telah memilih projek ternakannya itu sebagai projek contoh di daerahnya serta bercadang untuk memperbesar projek ternakan itu. Soniah pula akan berpindah ke Kota Kinabalu bagi menguruskan syarikat milik bapa saudaranya. Teknik plot 1. Teknik dialog Contoh: “Makanlah,” pelawa Laiman. “Terima kasih,” kata Soniah. Mereka berdua pun makan mi goreng itu dengan berselera sekali. (hal. 31) 2. Teknik imbas kembali Laiman teringat akan kesusahannya dahulu ketika dia berusaha untuk memohon biasiswa bagi menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Contoh: Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus lumus untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat. Yayasan Sabah sudah. Kerajaan negeri juga sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedua-duanya memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa. (hal. 34) 3. Teknik imbas muka Laiman mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa bekerja sendiri juga mampu untuk hidup dengan senang-lenang dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Contoh: Laiman terasa menyesal. Ayahnya tidak mengerti dicita-citanya. Kerja? Bila-bila masa boleh dapat. Akan tetapi, timbul berbagai-bagai fikiran dalam kepalanya. Anak-anak muda harus diberi satu jalan untuk dicontohi. Selepas keluar dari universiti dia melihat ramai anak muda yang duduk membuang masa dengan berjalan ke sana ke sini tanpa memikirkan sesuatu yang baik untuk diri mereka. (hal. 59) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
41
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
4. Teknik saspens Pembaca tertanya-tanya akan rancangan yang diatur oleh Muluk terhadap Laiman. Contoh: Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk! Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya. (hal.16) 5. Teknik kejutan Laiman terkejut oleh berita yang disampaikan oleh Milan bahawa dua orang pekerjanya, iaitu Kedek dan Muali sudah tidak mahu bekerjasama dengan mereka lagi. Contoh: “Bukan sakit. Bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sedang sakit sekarang ini. Kepala kita yang sakit. Mereka berdua tidak mahu bekerjasama dengan kita lagi. Mereka sudah sepakat memutuskan untuk membuat projek sendiri,” kata Milan seperti berputus asa. Laiman terkejut besar. (hal. 89) 6. Teknik pemerian Pengarang memerihalkan pekerjaan Laiman di pejabatnya sewaktu dalam latihan industri di Miri, Sarawak. Contoh: Setelah itu Laiman mula mengumpulkan fail-fail yang berselerak. Disusunnya rapi-rapi. Kertas-kertas yang tidak berguna dilemparkannya ke dalam bakul sampah di tepi dinding. Almari fail dibukanya dan dia memasukkan timbunan fail yang disusun tadi. Selainnya dia ditinggalkan di atas meja. Barulah lega rasa hatinya sekarang. (hal. 2)
Watak dan Perwatakan Laiman 1. Seorang pemuda berbangsa Sungai yang tinggi lampai. 2. Berasal dari Kampung Kusilad, Sabah. 3. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Bijak dalam pelajaran. 5. Seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan. 6. Tidak mudah berputus asa. 7. Taat akan perintah agama. 8. Tidak mahu bekerja makan gaji walaupun sudah menggenggam segulung ijazah. Dia memilih untuk bekerja sendiri. 9. Bercita-cita mahu mengajar orang-orang kampungnya untuk berdikari dan menaikkan taraf hidup mereka di mata masyarakat lain. 10. Menceburi bidang pertanian dan penternakan. 11. Mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. 12. Seorang usahawan muda yang berjaya. 13. Menaruh perasaan cinta terhadap Soniah. Milan 1. Sepupu Laiman 2. Sebaya dan seusia dengan Laiman. 3. Pernah memasuki kem kayu balak dan bekerja sebagai tukang pasang eshok. 4. Pernah bekerja sebagai pengangkat buah di kebun kelapa sawit. 42
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
5. Pernah terhumban ke dalam jurang menyebabkan kecederaan di pinggangnya. 6. Menjadi tonggak utama kejayaan di sebalik semua projek yang dirancang oleh Laiman. 7. Belajar untuk memasak kuih bulan daripada Laiman. Pak Kiassim 1. Ayah Laiman. 2. Seorang ayah yang baik dan mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya. 3. Bangga dan kagum akan kejayaan yang dikecap oleh Laiman. 4. Berubah hati daripada menentang hasrat Laiman kepada menyokong sepenuhnya projek yang diusahakan oleh Laiman. 5. Seorang duda kerana sudah kematian isterinya. 6. Mudah memaafkan kesalahan Laiman yang tidak menurut kata-katanya pada awal-awal pembabitan Laiman dalam projek di kampung. Pak Sahok 1. Seorang petani. 2. Menjadi ahli jawatankuasa bertindak untuk projek kampung contoh. 3. Pada awalnya, dia tidak memberikan kerjasama kepada Laiman dan Milan untuk mengusahakan projek ternakan mereka. 4. Seorang yang degil dan sukar untuk dipujuk. 5. Akhirnya, dia membenarkan Laiman menggunakan tanah paya bersebelahan tanah sawah miliknya setelah dipujuk oleh Pak Kiassim. 6. Berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Laiman dan Milan walaupun pada satu ketika dia pernah membantah hasrat murni mereka. Soniah 1. Nama singkatannya ialah So. 2. Seorang gadis manis bertubuh kecil, tinggi lampai, berkulit putih kuning, dan berambut pendek. 3. Merupakan rakan sepejabat Laiman. 4. Seorang gadis berketurunan Melanau. 5. Seorang wanita yang cekal dan suka akan cabaran. 6. Menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 7. Bakal bekerja di syarikat milik bapa saudaranya di Kota Kinabalu. 8. Sering mengutus surat kepada Laiman. Sukri 1. Rakan sepejabat Laiman di syarikat pengeluar yang terkenal di Miri. 2. Ditugaskan untuk mengawasi dan membimbing Laiman sepanjang dia menjalani latihan industri di syarikat minyak itu. 3. Sering membantu Laiman dalam menyiapkan tugasan di syarikat. 4. Isterinya bernama Misah dan juga mempunyai beberapa orang anak. Abang Mail 1. Abang kepada Laiman. 2. Seorang yang pendiam. 3. Seorang yang prihatin. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
43
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
4. Sudah lima tahun bekerja di KPD, Kota Marudu. 5. Sering memberikan nasihat dan kata-kata perangsang kepada Laiman. Juriah 1. Adik kepada Laiman. 2. Berusia 15 tahun. 3. Masih bersekolah. 4. Seorang yang rajin membuat kerja-kerja di rumah, seperti mengemas rumah dan memasak. Muluk 1. Seorang pemuda sasa yang berbadan besar. 2. Berdendam dengan Laiman kerana cemburu melihat hubungan mesra antara Laiman dengan Soniah. 3. Diberkas oleh polis kerana menjadi punca kebakaran di loji minyak. 4. Menaruh perasaan sayang kepada Soniah.
Latar Latar tempat 1. Kampung Kusilad, Sabah – Kampung kelahiran Laiman. Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Kusilad, Sabah. 2. Miri, Sarawak – Laiman menjalani latihan industri di syarikat minyak di Miri bagi melengkapkan pengajian siswazahnya dalam bidang kejuruteraan. 3. Gerai Pitas – Tempat Laiman dan Milan menjual kuih yang dipajak oleh orang-orang kampung kepada mereka. 4. Rumah Pak Kiassim – Laiman tinggal bersama-sama ayah, nenek, serta adiknya, Juriah di rumah pusaka mereka yang terletak di Kampung Kusilad, Sabah. 5. Rumah Pak Sahok – Laiman dan Milan menemui Pak Sahok bagi membincangkan rancangan mereka untuk mengerjakan projek ternakan di atas tanah paya yang terletak bersebelahan tanah sawah milik Pak Sahok. 6. Rumah sewa Laiman – Sukri telah pergi ke rumah sewa Laiman pada awal pagi bagi memberitahu rakannya mengenai kejadian kebakaran di loji minyak. 7. Rumah Sukri – Sukri duduk termenung di ruang tamu rumahnya setelah pulang dari lokasi kebakaran di tempat kerjanya. 8. Rumah Milan – Laiman pergi ke rumah Milan selepas tidak tahan mendengar leteran ayahnya, Pak Kiassim di rumahnya. 9. Kebun tembikai – Laiman duduk bersandar di bawah teduhan pokok nangka di kebun tembikai miliknya sambil memikirkan cabaran dan tentangan yang perlu dihadapi daripada ayahnya sendiri dan juga orang-orang kampung. 10. Tapak projek ternakan ikan dan udang – Pegawai jabatan pertanian membuat lawatan ke tapak projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau milik Laiman dan Milan setelah mendapat tahu akan kejayaan mereka. Latar masa 1. Waktu pagi – Peristiwa Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian kebakaran yang berlaku di loji minyak. 44
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
2. Tengah hari – Sukri mengajak Laiman keluar makan di warung pada waktu rehat dengan menaiki kereta Sukri. 3. Waktu petang – Laiman keluar bersiar-siar di pekan Lutong dan telah berjumpa dengan Soniah bersama-sama adik sepupunya. 4. Waktu malam – Laiman pulang dari surau di kampungnya setelah selesai solat isyak secara berjemaah. Latar masyarakat 1. Masyarakat kampung yang sukar menerima pembaharuan dalam kehidupan – Orang-orang kampung memandang hina kepada Laiman kerana dia mempunyai ijazah tetapi hanya bekerja di kampung. 2. Masyarakat pelajar yang berwawasan – Soniah mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana dia suka akan cabaran walaupun dia sedar bahawa bidang yang dipilihnya itu berisiko. 3. Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab – Laiman merupakan seorang pelajar yang rajin di sekolahnya dan dia juga pernah menjual kuih bulan semenjak di tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi menampung perbelanjaan persekolahannya. 4. Masyarakat siswazah yang ingin membuka mata semua masyarakat di sekitarnya – Laiman sanggup menolak tawaran kerja daripada jabatan kerajaan dan Laiman ingin bekerja sendiri tanpa mengharapkan kerja makan gaji sahaja. Laiman ingin menjadi contoh teladan kepada orangorang kampungnya dengan membuktikan bahawa bekerja sendiri juga mampu memberikan pendapatan yang tinggi. 5. Masyarakat yang taat pada perintah agama – Laiman tidak pernah meninggalkan solat dan sering bersembahyang secara berjemaah di surau kampungnya. 6. Masyarakat yang berpegang kuat pada adat dan tradisi – Pak Muluk baru sahaja meninggal dunia. Oleh itu, Pak Kiassim menyuruh Laiman dan Mail ke Bawang bagi mengikuti adat bejaga selama tujuh hari. Bejaga sudah menjadi adat dan tradisi suku kaum Orang Sungai. 7. Masyarakat penyayang – Nenek dan abang Laiman sanggup mengorbankan wang simpanan mereka supaya Laiman dapat menyambung pengajian di universiti. 8. Masyarakat remaja yang sudah berhenti sekolah dan gemar membuang masa – Laiman mencadangkan supaya Milan mengambil beberapa orang remaja yang sudah tidak bersekolah dan juga yang tidak berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan tiga untuk bekerja di projek ternakan ikan mereka.
Gaya Bahasa 1. Diksi • Penggunaan bahasa Arab Contoh: “Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelum masuk,” kata Sukri sambil ketawa. (hal. 28) •
Penggunaan dialek Contoh: Petang itu ketika Pak Kiassim pulang lalu menyuruh Mail dan Laiman pergi ke Bawang. Malam itu bermulalah bejaga untuk si mati selama tujuh hari. (hal. 100)
•
Penggunaan bahasa slanga. Contoh: “ Jangan takut. Hal itu boleh diuruskan, ditanggung beres, “ Milan berjenaka. (hal. 85)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
45
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
2. Binaan ayat • Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Laiman tersipu-sipu . (hal. 34) •
Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Tiada makna dia bersusah payah meminta bantuan beribu-ribu ringgit, kalau hanya nama universiti yang terlekat di bajunya, tetapi pulangan hasil daripada perjalanannya cukup menyedihkan. (hal. 34)
3. Personifikasi Contoh: Di langit awan-gemawan berarak perlahan. (hal. 6) 4. Simile Contoh: Pagi esoknya minyak yang belum, diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang (hal. 21) 5. Hiperbola Contoh: Matahari pun tidak lagi galak sinarnya. (hal. 18) 6. Kata ganda Contoh: bermain-main, pecah-pecah (hal. 18) 7. Pengulangan kata/ repetisi Contoh: Semuanya menjadi debu. Semuanya jadi tidak keruan. (hal. 35) 8. Sinkope Contoh: • kauambil (hal. 31) • “Nak masuk jurusan yang Man ambil?” (hal. 36) 9. Penggunaan imej alam Contoh: pasir pantai dan laut (hal. 4) 10. Peribahasa Contoh: mencontengkan arang (hal. 54), berpeluk tubuh (hal. 64) 11. Perlambangan Contoh: mendabik dada (hal. 8) – membawa makna kebanggaan dan kemegahan orang rumah (hal. 28) – membawa maksud isteri 12. Metafora Contoh: roman mukamu (hal. 16), pintu hatinya (hal. 17)
Sudut Pandangan Dalam novel Jalan ke Puncak karya Duri Jurabi, pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Pengarang hanya menumpukan kepada sebahagian watak yang dipilihnya, iaitu watak Laiman, Milan, Pak Kiassim, Pak Sahok, dan Soniah manakala watak-watak lain seperti Muluk, Kedek, Muali, dan Tini digambarkan secara ringkas. 46
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Nilai 1. Kecekalan – Laiman cekal menghadapi kata cemuhan daripada orang-orang kampungnya yang tidak yakin akan kebolehannya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan tawaran kerja daripada jabatan kerajaan semata-mata. 2. Kasih sayang – Abang Mail sangat sayang akan adiknya. Dia selalu menasihati Laiman supaya tetap akan pendiriannya dan tidak patah semangat dengan kata-kata negatif daripada orang lain. 3. Tolong-menolong – Laiman tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada Kedek dan Muali bagi membantu mereka mengusahakan projek mereka sendiri. 4. Baik hati – Nenek Laiman sanggup mengeluarkan semua duit simpanannya untuk membantu Laiman menyambung pengajian di universiti. 5. Bertanggungjawab – Laiman bertanggungjawab dalam memastikan kerja-kerjanya di loji minyak dapat dilaksanakan dengan baik sambil dibantu oleh pekerja-pekerjanya. 6. Bekerjasama – Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan dalam mengusahakan projek tanaman tembikai dan projek ternakan ikan di kampung mereka.
Pengajaran 1. Kita mestilah tabah dan cekal berjuang demi mencapai matlamat hidup. Laiman tidak patah semangat apabila hasratnya untuk bekerja sendiri mendapat tentangan yang kuat daripada ayahnya sendiri, Pak Kiassim. 2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Laiman sanggup menolak tawaran kerja daripada jabatan kerajaan kerana dia ingin bekerja sendiri dan juga ingin membuka mata orang-orang kampungnya supaya keluar daripada kemunduran hidup. 3. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup . Laiman gigih datang berjumpa dan berbincang dengan Pak Sahok untuk meminta kebenaran daripada Pak Sahok bagi menggunakan tanah paya bagi mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau di sebelah tanah sawah milik Pak Sahok. 4. Kita hendaklah menghormati ibu dan bapa walaupun mereka sering berleter kepada kita di rumah. Laiman tidak melawan cakap ayahnya, Pak Kiassim walaupun ayahnya itu sering berleter kepadanya kerana menolak tawaran untuk bekerja di jabatan kerajaan. 5. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Laiman telah dipanggil oleh pengurusnya untuk menerangkan punca kebakaran yang berlaku di tangki minyak di bawah tanggungjawabnya. Akhirnya, kebenaran di pihak Laiman kerana dia tidak bersalah dalam kes kebakaran di tangki minyak itu. 6. Kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran . Laiman seorang yang rajin belajar sehingga dia berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam jurusan kejuruteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 7. Kita hendaklah berani mempertahankan hak. Laiman berani mempertahan pendirian kepada pengurusnya bahawa dia tidak bersalah dalam kes kebakaran di tangki minyak di syarikat minyak itu. 8. Kita hendaklah menjauhi sikap hasad dengki dan iri hati kepada orang lain. Muluk sanggup menganiaya Laiman dengan membakar loji minyak nombor 12 itu kerana Muluk cemburu melihat hubungan mesra antara Laiman dengan Soniah. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
47
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Meniti Impian (Osman Ayub) Sinopsis
Novel Meniti Impian karya Osman Ayob mengisahkan kegigihan seorang pemuda, iaitu Zahar dalam mencapai impiannya untuk memiliki sebuah bengkel perabot sendiri kerana tercabar oleh hinaan bekas kekasihnya, Suhaili. Zahar yang tidak cemerlang dalam SPM kerana demam, gagal melanjutkan pelajaran ke ITM seperti yang dijanjikan bersama-sama Suhaili, anak ketua kampung. Zahar berkeinginan untuk menyambung pengajiannya di sekolah swasta, namun hasratnya itu terpaksa dilupakan kerana ketidakmampuan keluarganya. Ibunya terpaksa menanggung dua orang adiknya lagi setelah kematian bapanya. Zahar yang amat meminati kerja-kerja pertukangan telah membantu Pak Yusuf, iaitu bapa saudaranya di bengkel perabot yang terletak bersebelahan dengan rumah bapa saudaranya itu. Seterusnya, Zahar telah diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara IKM dalam bidang pertukangan perabot. Dia berasa sangat gembira. Berita gembira itu akan dikongsi bersamasama Suhaili. Mereka berjanji untuk bertemu di City Point. Namun begitu, hati Zahar sedih apabila Suhaili seakan-akan mempersoalkan lulusan IKM kerana baginya, lulusan IKM tidak mempunyai masa depan. Zahar berasa amat kecewa dan berazam untuk membuktikan kepada Suhaili bahawa dia akan berjaya meskipun hanya lulusan IKM. Selepas itu, Suhaili bergegas untuk meminta diri kerana hendak bertemu dengan kenalannya. Zahar mengekori langkah Suhaili. Zahar terlihat Suhaili keluar bersama dengan seorang lelaki kacak yang berkereta. Zahar akur bahawa hubungannya dengan Suhaili sudah berakhir. Semasa pendaftaran di IKM, Zahar bertemu dengan Norimi yang ditemani oleh bapanya. Norimi seorang gadis cantik, lemah lembut, dan baik budi bahasanya. Di IKM, Zahar terkenal sebagai seorang pemain bola sepak yang berbakat. Dia berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan menentang IKM, Alor Setar. Zahar juga tekun dan cemerlang dalam pelajarannya. Oleh itu, dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Semasa latihan dalam loji, Zahar ditempatkan di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad yang terletak di Lot 313, Jalan Kencana Sari, Ipoh. Tanpa disangka-sangka, Suhaili juga bekerja di situ sebagai Penolong Unit Pemasangan. Suhaili berusaha untuk mendekati Zahar kerana perasaan bersalahnya setelah mengecewakan Zahar. Namun begitu, Zahar kerap mengelak daripada bertemu dengan Suhaili. Menurut Razali, iaitu rakan serumah Zahar, Suhaili berpindah dari Petaling Jaya ke Ipoh kerana putus cinta. Zahar telah menolak tawaran pihak kilang yang menawarkan kerja kepadanya selepas tamat latihan dalam lojinya. Dia tetap dengan keputusannya mahu membuka bengkel perabotnya sendiri. Pada majlis perpisahan itu juga, Zahar bertemu dengan Suhaili dan memintanya agar melupakan kisah silam mereka dan akan kekal sebagai sahabat. Suhaili juga meminta maaf atas sikapnya terhadap Zahar sebelum ini. Zahar pulang ke kampung dan mendirikan bengkel perabotnya sendiri dengan pinjaman sebanyak RM10 000 daripada pihak MARA dan RM5000 daripada Pak Yusuf. Bengkel perabot Zahar didirikan di atas tanah ibunya yang amat strategik kerana berhampiran dengan jalan utama. Semua barang di bengkel Pak Yusuf dibawa ke bengkel baharu. Tapak bengkel lama Pak Yusuf akan dijalankan perusahaan ternakan ayam daging oleh Mak Temah. Bengkel baharu Zahar diberi nama “Meniti Impian”. Bengkel Zahar menjadi terkenal selepas rencananya termuat dalam akhbar Harian Kebangsaan. Zahar akan membawa Pak Yusuf dan ibunya semasa majlis penyampaian sijil di IKM dan mereka akan bertemu dengan Norimi serta keluarganya.
48
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Tema Tema novel Meniti Impian karya karya Osman Ayob ialah kegigihan seorang pemuda yang bernama Zahar dalam mengejar impiannya. Contohnya, Zahar gigih berusaha untuk mengejar impiannya memiliki sebuah bengkel perabot sendiri. Azamnya semakin berkobar-kobar setelah dia dipandang rendah oleh bekas kekasihnya, Suhaili. Dia berusaha untuk membuktikan kepada Suhaili bahawa lulusan IKM juga mampu untuk berjaya. Persoalan 1. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 2. Tanggungjawab untuk menyiapkan tempahan pelanggan. 3. Pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak. 4. Memandang rendah terhadap orang lain. 5. Semangat berpasukan yang membawa kejayaan. kalangan masyarakat. masyarakat. 6. Semangat gotong-royong dalam kalangan 7. Penyesalan atas tindakan masa lalu. 8. Impian menjadi kenyataan. Plot Binaan plot 1. Permulaan Pada permulaan cerita, pengarang memperkenalkan watak Zahar yang membantu Pak Yusuf di bengkel perabotnya. Zahar digambarkan sebagai seorang s eorang pemuda yang bercita-cita tinggi tetapi tidak bernasib baik dalam pelajaran. Dia juga menanti keputusan temu duganya untuk memasuki IKM bagi merealisasikan impiannya untuk memiliki sebuah bengkel perabotnya sendiri. 2. Perkembangan Perkembangan cerita bermula apabila Zahar bertemu dengan Suhaili untuk memberitahu memberitah u Suhaili bahawa dia telah diterima masuk ke IKM. Suhaili memandang rendah kepada lulusan IKM kerana pada pandangannya lulusan IKM tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. 3. Klimaks Pada bahagian klimaks novel ini, Zahar bertemu dengan Suhaili semula di kilang perabot tempat Zahar menjalani latihan dalam loji. Manakala, Suhaili merupakan pekerja di kilang itu. Suhaili berusaha untuk mendekati Zahar kerana dia telah pun insaf akan keterlanjuran kata-katanya dahulu. Namun begitu, Zahar sering mengelak daripada bertemu dengan Suhaili. 4. Peleraian Peringkat peleraian cerita, Zahar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya di IKM. Selain itu, dia juga berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri di atas tanah ibunya. Dia menamakan bengkel tersebut “ Meniti Impian ”. Teknik plot 1. Teknik Pemerian Teknik Pemerian Contoh: Zahar tergesa-gesa mandi setelah emaknya selesai mengambil wuduk. Tergesa-gesa juga dia naik ke atas rumah menyalin kain sarung dan memakai baju teluk belanga biru tua yang selalu dipakainya ke masjid. Dia kemudian turun mendapatkan basikalnya lalu memecut ke masjid yang terletak di simpang jalan, kira-kira seratus meter sahaja dari rumahnya. (hal. 14)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
49
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan Tingkatan 2
2. Teknik dialog Contoh: ”Kita mesti siapkan bangku panjang ni, petang juga, ya pak cik,” usul Zahar sambil menyusun kayu yang digergaji tadi. “Ya, besok kita mesti siapkan mejanya mejany a pula,” balas Pak Yusuf dengan wajah ceria. “Lusa pula pak cik?” tanya Zahar. Zahar. “Lusa pak cik hantar kau ke IKM. Setuju?” (hal. 45) 3. Teknik monolog dalaman Contoh : Adakah aku juga masih ada harapan untuk menikmati suasana yang indah dan penuh harapan itu? Tidak terkejutkah Suhaili nanti apabila aku memberitahunya bahawa aku akan kembali menjadi seorang pelajar? Ah, barangkali perkataan yang lebih tepat ialah aku akan menjadi seorang pelatih IKM! Aku bakal digelar pekerja berkolar biru, tidak seperti Suhaili yang bakal menjadi seorang eksekutif muda penuh gaya! Apakah reaksi Suhaili nanti? ( hal. hal. 28 ) 4. Teknik imbas kembali Contoh: Pak Yusuf menyepi. Dia mengimbau pandangannya jauh ke halaman. Pada saat begitu menjangkau suasana masa lampau. Jauh benar bezanya dengan suasana sekarang. Jemaah semakin ramai. Sedangkan rak tempat menyimpan kasut tidak bertambah. Tidak hairan jika setiap kali sembahyang Jumaat, kasut diletakkan di merata-rata, memenuhi kaki lima pintu masjid. (hal. 7)
Watak dan Perwatakan Zahar 1. Anak saudara saudara Pak Pak Yusuf. 2. Tinggal bersama-sama ibu dan adik-adiknya sejak kematian bapa. cita-cita yang tinggi untuk membuka bengkel perabot sendiri. 3. Mempunyai cita-cita 4. Seorang yang rajin rajin membantu Pak Yusuf di bengkel perabotnya. 5. Kecewa dengan Suhaili apabila Suhaili Suhaili memandang rendah rendah terhadap lulusan IKM. 6. Melanjutkan pelajaran di IKM Sungai Petani. perabot. 7. Merupakan pelajar yang berbakat dalam pertukangan perabot. 8. Seorang yang taat pada perintah agama. Norimi semasa sama-sama belajar di IKM. 9. Berkenalan dengan Norimi 10. Menjalani latihan dalam loji di sebuah kilang yang sama dengan Suhaili. 11. Berjaya dengan cemerlang di IKM. 12. Berjaya membuka bengkel perabot sendiri selepas tamat latihan dalam loji. Pak Yusuf 1. Bapa saudara Zahar. Mak Temah Temah dan mempunyai dua orang orang anak. 2. Suami kepada Mak perabot. 3. Menjadi penyokong kuat kepada Zahar untuk berjaya dalam bidang pertukangan perabot. 4. Mempunyai bengkel perabot sendiri. 5. Bertanggungjawab menghantar Zahar mendaftar ke ke IKM. 50
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
6. Seorang yang berbakat dalam bidang pertukangan walaupun tidak mendapat latihan formal dalam bidang tersebut. 7. Seorang yang taat pada agama. Mak Temah kepada Pak Pak Yusuf. 1. Isteri kepada taat kepada perintah suami. 2. Seorang yang taat 3. Bercita-cita menjadi penternak penternak ayam daging. Mak Kiah Zahar. 1. Ibu kepada Zahar. 2. Bekerja keras keras menanggung menanggung anak-anak anak-anak sejak kematian suami. Suhaili 1. Anak kepada Pak Pak Karim, iaitu ketua kampung di kampung Zahar Zahar.. 2. Teman istimewa Zahar semasa zaman persekolahan. 3. Lulusan ITM dalam bidang pengurusan pengurusan perniagaan. 4. Memandang rendah kepada lulusan IKM. Unit Pemasangan di kilang yang sama dengan dengan Zahar 5. Bekerja sebagai Penolong Pegawai Unit 6. Menyesal dan insaf akan keterlanjuran kata-katanya terhadap Zahar Cikgu Baharum kursus pertukangan perabot di IKM Sungai Petani. 1. Merupakan guru kelas Zahar dalam kursus 2. Pernah mengikuti kursus lanjutan pertukangan perabot di Itali. 3. Selalu memberikan kata-kata semangat buat pelajar-pelajarnya. Norimi 1. Pertama kali bertemu dengan Zahar semasa hari pendaftaran di IKM. 2. Berasal dari Johor. Johor. 3. Mengambil jurusan lukisan akitektur di IKM Sungai Petani. Zahar. 4. Mempunyai perasaan terhadap Zahar.
Latar Latar masa 1. Pada waktu pagi Contoh: Teksi bergerak dengan pantas meninggalkan meninggal kan Kampung Caruk Petitih, melewati pekan Sik dan terus membelah pagi yang bersih. (hal. bersih. (hal. 51) 2. Hari Selasa Contoh: “Hari ini baru hari Selasa. Takkan kita tak boleh siapkan selewat-lewatnya lusa, pak cik?” Zahar meletakkan kembali piring bihun dalam dulang. Cawan kopi pula diangkat dan dihirup dengan tenang. (hal. tenang. (hal. 6) 3. Waktu Waktu tengah hari Contoh: “Tengah hari tadi posmen ada hantar surat,” kata Mak Kiah mengambil surat yang diletakkan di tepi pintu. Surat itu cepat dihulurkan kepada Zahar. (hal. 13) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
51
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
4. Selepas maghrib Contoh : Selesai sembahyang maghrib, Zahar dan rakan-rakannya duduk di anjung masjid menghadap ke muka jalan yang gelap dan mulai lengang. (hal. 14) 5. Pada waktu malam Contoh: Setelah angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginannya, baru Zahar bangun menuju ke tingkap. Dia membaringkan badannya di atas tikar dan cuba melelapkan matanya. (hal. 22) Latar masyarakat 1. Masyarakat kampung yang taat kepada perintah agama – Selesai sembahyang maghrib, Zahar dan rakan-rakannya duduk di anjung masjid. 2. Masyarakat pelatih IKM – Setiap pelatih dikehendaki tampil ke hadapan memperkenalkan diri serta menceritakan serba sedikit latar belakang kehidupan masing-masing serta bercakap secara jujur dan terus terang mengenai cita-cita masing-masing setelah tamat mengikuti latihan di IKM nanti. 3. Masyarakat yang berbudi bahasa – Zahar bersalaman dan bertanyakan khabar orang yang lebih tua dan baru dikenalinya. 4. Masyarakat kampung yang mengamalkan gotong-royong – Masyarakat kampung bergotongroyong memasak lauk-pauk semasa kenduri di rumah Pak Karim. 5. Masyarakat yang mempunyai cita-cita untuk maju dalam kehidupan – Zahar bercita-cita untuk membesarkan bengkel Pak Yusuf dan mengeluarkan perabot yang bermutu. 6. Masyarakat yang memandang rendah terhadap orang lain – Suhaili memandang rendah kepada lulusan IKM yang pada pandangannya tiada masa depan. Latar tempat 1. Di bengkel perabot Pak Yusuf Contoh: Dia mendirikan bengkel berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya ini dan menjalankan kerja membuat perabot sejak lima tahun lalu semata-mata kerana berminat dengan kerja pertukangan. Walaupun dengan peralatan yang serba kekurangan, Pak Yusuf mampu juga menghasilkan perabot yang baik seperti yang dipesan oleh orang-orang kampung. (hal. 8) 2. Di rumah Pak Yusuf Contoh: Pak Yusuf menelan liur dan menghela nafas lega sebaik-baik sahaja terpandang isterinya keluar dari pintu dapur. (hal. 3) 3. Di rumah Zahar Contoh: Mak Kiah duduk tersenyum di muka pintu. Zahar yang baru tiba di hadapan tangga, berasa sedikit hairan melihat telatah emaknya yang sebelum ini tidak pernah duduk di muka pintu menyambut kepulangannya. (hal. 12) 4. Di masjid Contoh: Selesai sembahyang maghrib, Zahar dan rakan-rakannya duduk di anjung masjid menghadap ke muka jalan yang gelap dan mulai lengang. (hal. 14)
52
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
5. Di blok asrama Contoh: Suasana di pintu masuk blok asrama lelaki tidak jauh bezanya dengan suasana di blok asrama perempuan tadi. Pelatih berbaris memanjang hingga ke koridor untuk mendaftar dan mengambil kunci almari dan locker masing-masing. Zahar dengan sabar ikut berbaris bersama-sama dengan rakan pelatih yang lain (hal. 60) 6. Di dalam kelas Contoh: Berkumpul sahaja dalam kelas pagi itu, Cikgu Baharum terus memulakan sesi pengenalan diri. (hal. 71)
Gaya Bahasa 1. Penggunaan bahasa asing (i) Bahasa Inggeris Contoh: • Boleh repair motor dan kereta. (hal. 52) • Pelatih berbaris memanjang hingga ke koridor untuk mendaftar dan mengambil kunci almari dan locker masing-masing. (hal. 60) (ii) Bahasa Arab Contoh: • ” Alhamdulillah, dah sampai pun kita,” ujar Pak Usin sambil menghela nafas lega. (hal. 56) • Apa yang penting, kita mesti hadapi minggu suai kenal ini dengan tabah. Banyakkan bersabar. Insya-Allah kita akan berjaya,” balas Zahar yang berdiri agak lama. (hal. 67) 2. Hiperbola Contoh: Panas yang membakar atap zink bengkel tempat mereka bekerja sudah terasa bahangnya. (hal. 2-3) • Petang itu Zahar pulang dengan wajah yang riang. Seriang kicauan burung yang terbang membelah cuaca petang yang bersih menuju ke sarang. (hal. 11) •
3. Metafora Contoh: • Dia duduk di anak tangga bawah. Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup untuk memukul tangkai hatinya. Penutup surat itu dirobek. (hal. 13) • Zahar tidak sempat lagi untuk melayan kenangan yang masih tidak mahu padam daripada layar ingatannya. (hal. 64) 4. Sinkope Contoh: • “Bila kau datang buat praktikal di sini, Zahar?” soal Suhaili, mencari kemesraan. (hal. 169) • “ Dah dua minggu lebih,” kata Zahar. (hal. 170) 5. Personifikasi Contoh: Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali dibungkus sepi dan lampunya dipadamkan oleh Bilal Harun yang akan datang semula melaungkan azan apabila subuh mencecah waktunya nanti. (hal. 19) 6. Simile Contoh: • Arus kirannya seperti terhenti, lidahnya seperti dikelukan oleh suatu kuasa bagi menafikan kata-kata Bakar. (hal. 18) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
53
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Sudut Pandangan Dalam novel Meniti Impian karya Osman Ayob, pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia, mereka, atau lengkap dengan nama. Nilai 1. Bertanggungjawab – Mak Kiah bekerja keras untuk menyara kehidupannya dan anak-anak setelah kematian suaminya. 2. Keyakinan – Suhaili yakin bahawa dia akan lulus dalam peperiksaannya. 3. Prihatin – Pak cik Kamil menasihati Zahar dan Norimi agar belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan. 4. Bekerjasama – Pelatih-pelatih baharu IKM bergotong-royong untuk membersihkan kawasan belakang IKM yang dipenuhi semak-samun semasa minggu suai kenal. 5. Insaf – Suhaili insaf terhadap kata-katanya dahulu yang memandang rendah kepada pelatih IKM, sehingga mengguriskan hati Zahar. Dia meminta maaf kepada Zahar.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mempunyai cita-cita untuk maju dalam kehidupan. 2. Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 3. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amanah. 4. Kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain. 5. Kita perlulah mempunyai semangat berpasukan dalam mencapai sesuatu hasil yang memberansangkan. 6. Kita hendaklah mengambil berat antara satu sama lain terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat. 7. Kita hendaklah mempunyai semangat gotong-royong dan saling membantu dalam kehidupan bermasyarakat. 8. Kita hendaklah meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan.
Jejak MONPUS (Zuhaila Paikon) Sinopsis Umum
Novel Jejak MONPUS mengisahkan Zahar, seorang mahasiswa Sains Kaji Hayat, Universiti Teknologi Malaysia yang juga seorang pencinta serangga, menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya, hampir pupus. Zahar perlu menyelamatkan spesies itu dengan segera. Zahar telah pergi ke beberapa tempat tetapi gagal menemukan spesies yang baharu. Dengan ditemani rakan-rakannya, Fikri dan Malcom Tan, Zahar ke Pulau Pisang yang dikatakan misteri. Di sana dia menemukan Monarch, spesies ulat bulu yang baharu. Zahar berjaya mencantumkan spesies Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baharu yang diberikan nama Morgan. Tidak lama selepas kelahiran ulat bulu spesies baharu ini, Kampung Maju Jaya, kampung tempat tinggal Zahar, diserang ulat bulu berintik hitam dan dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh Zaharlah penyebabnya kerana minat Zahar dalam kajian serangga dan ulat bulu. Untuk membersihkan namanya, Zahar pun menjalankan penyelidikan. Dia kembali ke Pulau
54
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Pisang untuk mengkaji asal usul Morgan dan mengenal pasti makanan yang sepatutnya dimakan Morgan. Akhirnya, dia mengetahui bahawa wabak itu sebahagiannya berpunca daripada rangsangan Morgan terhadap ulat bulu berintik hitam di kampungnya. Pembiakan ulat bulu berintik hitam semakin rancak disebabkan aktiviti kilang sawit yang beroperasi di Kampung Maju Jaya. Zahar bertekad untuk mencari penawar wabak kerana berasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk kampung. Dalam usahanya untuk menghasilkan penawar, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan kesayangannya. Belum sempat penawar dihasilkan, bahan eksperimen serta buku formula pentingnya dicuri oleh Ripin, samseng kampung yang memusuhinya sejak sekian lama. Kemudian, Zahar membuat laporan polis berhubung dengan kehilangan bahan-bahan eksperimennya. Ripin ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes penipuan dalam penjualan benih cambah sawit ‘haram’ serta pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn.Bhd.. Zahar meneruskan misi mencipta penawar, dan akhirnya berjaya menghasilkan MONPUS, sejenis agen biologi. Hasil inovasinya itu, Zahar meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS melayakkan dia menerima Anugerah Akademik Negara serta Biasiswa Kerusi Canselor. Anugerah itu disampaikan oleh seorang saintis negara yang telah berkhidmat di luar negara. Tanpa diduga, saintis itu sebenarnya bapa kandungnya sendiri yang sudah sepuluh tahun tidak ditemuinya. Sesungguhnya, ciptaan MONPUS bukan sahaja menyelamatkan nyawa malahan menyatukan hubungan keluarga yang lama terpisah semula.
Tema Inovasi ciptaan sains yang membantu kehidupan manusia. Zahar merupakan mahasiswa Sains Hayat yang banyak membuat kajian dan inovasi untuk manfaat masyarakat. Antara ciptaannya ialah racun serangga yang dapat membantu peladang sawit di Simpang Renggam menghapuskan ulat bungkus. Selain itu, ciptaan terbaharunya, MONPUS, juga telah berjaya mengatasi masalah serangan ulat bulu berintik hitam yang menyerang penduduk Kampung Maju Jaya.
Persoalan 1. Kasih sayang ibu terhadap anaknya. Qistina sangat menyayangi anaknya, Zahar. Qistina sentiasa memikirkan keselamatan anaknya dan tidak mahu ada orang mengganggu anaknya. Oleh sebab itu jugalah Qistina menyarankan supaya Zahar menimbangkan kemungkinan memusnahkan makmalnya apabila penduduk kampung menuduh Zahar sebagai penyebab serangan ulat bulu di kampung mereka. Qistina risau akan keselamatan Zahar dan bimbang Zahar akan dipengapa-apakan oleh Ripin dan orang kampung. 2. Tanggungjawab guru terhadap muridnya. Qistina merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia tidak pernah lewat ke sekolah, kecuali ada hal-hal kecemasan, kerana baginya kalau dia lewat masuk ke kelas atau lambat mengembalikan buku latihan murid, dia berhutang kepada murid-muridnya. Sepanjang kariernya, ada-ada sahaja kaedah pembelajaran baharu yang kreatif dan inovatif yang diilhamkannya untuk memenuhi keperluan murid. Qistina juga sanggup meredah denai dan semak-samun untuk ke rumah Umar dan menyampaikan berita tentang anak muridnya itu kepada keluarganya. Qistina juga bimbang akan Umar yang sering tidak menyiapkan latihannya kerana sibuk menjaga kambing. Qistina bimbang Umar akan gagal dalam peperiksaan SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
55
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
3. Kasih sayang anak kepada bapa kandungnya. Walaupun telah sepuluh tahun ditinggalkan oleh bapa kandungnya, Zahar masih ingat akan pesanan ibunya agar dia tidak membenci bapa sendiri. Semasa Zahar menerima Anugerah Produk Inovasi dan Biasiswa Kerusi Canselor, dia dapat mengecam bapa kandungnya yang kebetulan menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu. Dia berasa gembira dapat bertemu dengan bapanya semula. 4. Keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar. Zahar kesal akan sikap segelintir masyarakat yang tidak cakna memelihara alam sekitar. Banyak pencemaran berlaku sehingga mencemarkan keindahan Hutan Paya Bakau Tanjung Piai. Sepatutnya semua orang mengambil tanggungjawab untuk melestarikan hutan paya bakau itu yang merupakan lokasi ekopelancongan negara. 5. Perasaan dendam dan hasad dengki merugikan diri sendiri dan masyarakat. Ripin mewakili golongan muda yang menyimpan perasaan hasad dengki dan dendam. Walaupun dia tahu bahawa dirinya bersalah kerana menceroboh rumah Zahar sehingga dipukul oleh Zahar, namun kerana perasaan dengki dan dendamnya, dia mengapi-apikan orang kampung untuk menyalahkan Zahar atas serangan ulat bulu di kampung mereka.
Plot Binaan plot Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi. 1. Permulaan Pada permulaan cerita, pengarang memperkenalkan Zahar, seorang penuntut Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia, dan minatnya dalam alam serangga dan ulat bulu, serta Qistina, seorang guru dan ibu tunggal. Diceritakan juga akan kerisauan Zahar terhadap Pus Pus, spesies ulat bulunya yang dikatakan semakin lemah dan usaha Zahar untuk mencari spesies ulat bulu yang baharu. 2. Perkembangan Dengan matlamat untuk mencari spesies ulat bulu yang baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus, Zahar ke Pulau Pisang, sebuah pulau di Pontian yang dikatakan misteri dan banyak kisah sejarah, bersama-sama Fikri dan Malcom Tan, rakan sekuliahnya. Di situ, Zahar menemukan spesies ulat bulu Monarch. Hasil cantuman sel spesies Pus Pus dan Monarch, terhasillah Morgan, spesies ulat bulu yang unik. 3. Klimaks Klimaks cerita ini bermula apabila Kampung Maju Jaya diserang ulat bulu sehingga menyebabkan wabak penyakit. Disebabkan penduduk tahu bahawa Zahar memelihara ulat bulu, maka Zahar dipersalahkan. Keadaan diburukkan lagi dengan adanya Ripin, samseng Kampung Maju Jaya yang memusuhi Zahar sehingga melibatkan perkelahian. Atas keprihatinannya, Zahar berusaha untuk mencari penawar bagi serangan ulat bulu di kampungnya dan akhirnya berjaya mencari penyelesaiannya selepas pergi ke Pulau Pisang buat kali kedua bersama-sama Fikri. Malangnya, sebelum dia dapat menghasilkan penawar tersebut, bahan uji kaji dan buku formulanya dicuri oleh Ripin kerana mahu menggagalkan usahanya untuk membantu penduduk kampung. Akhirnya, Ripin dan kawan-kawannya ditahan oleh pihak polis atas kesalahan menipu. 4. Peleraian Peleraian cerita ini berlaku apabila Zahar berjaya mencipta MONPUS, agen biologi yang menjadi penawar bagi serangan ulat bulu berintik hitam di kampungnya. Zahar juga berjaya meraih Anugerah Akademik Negara dan Biasiswa Kerusi Canselor, dan dipertemukan semula dengan bapa kandungnya, Dr. Baharuddin, yang kebetulan menjadi tetamu kehormat dan penyampai anugerah. Keluarga Zahar kemudian bersatu semula. 56
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Teknik plot 1. Teknik dialog Contoh: “Mama ni! Cepat sangat serkap jarang,” komen Zahar sambal berjalan ke singki. Dibawa pinggannya bersama-sama. Selepas Zahar meletakkan pinggannya di mangkuk singki, dia kembali duduk di meja makan. “Har bukan nak date dengan anak dara orang. Banyak benda lain nak fikir. Belum masanya,” tambahnya serius. (hal. 8) 2. Teknik pemerian Contoh: Sejak akhir-akhir ini, Pus Pus, ulat bulu hijaunya, kelihatan lemah dan tidak bermaya. Makan juga tidak berselera. Daun-daun mambu sampai kering tidak dijamah . (hal. 10) 3. Teknik imbas kembali Contoh: “Tiada sesiapa dapat pisahkan kita, Qis,” begitulah ucapan manis suaminya suatu ketika dahulu. “Abang berjanji akan menyayangi Qis sampai akhir hayat abang,” janji Baharuddin pada malam bulan madu mereka di sebuah pusat peranginan terkemuka di Pulau Bali . (hal. 71) 4. Teknik saspens Contoh: Zahar memberanikan diri untuk mendekatinya. Nafasnya tercungap-cungap cemas. Dia berasa seram, pada masa yang sama, didera rasa ingin tahu. (hal. 85) 5. Teknik kejutan Contoh: • Yang lain masih melongo melihat adegan yang tidak disangka-sangka itu. Hanya kerana ulat bulu. (hal. 119) • Mata Zahar yang buntang, terkedip-kedip memandang. Dia tercengang melihat Morgan terapung-apung di udara, mula-mula terbang rendah, kemudian semakin tinggi, seolah-olah ada kuasa yang membantu Morgan terbang. ( hal. 134) 6. Teknik monolog dalaman Contohnya: “Ya Allah, semua ini takdir-Mu. Semuanya terjadi dengan keizinan-Mu. Ampunilah hamba-Mu ini, ya Allah!” Zahar pantas beristighfar apabila terdetik dalam fikirannya bahawa dia seolah-olah cuba mempertikaikan takdir . (hal. 135)
Watak dan Perwatakan Zahar 1. Anak muda berusia 22 tahun. 2. Anak tunggal kepada Qistina dan Baharuddin. 3. Seorang mahasiswa dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. 4. Meminati dunia serangga. Zahar mempunyai sebuah makmal kecil di tepi rumahnya, menempatkan kelompok ulat bulu dan serangga kesayangannya. 5. Seorang anak muda yang bijak, Zahar telah meraih banyak anugerah inovasi. 6. Seorang yang bertanggungjawab dan prihatin. Zahar berusaha untuk mencari penyelesaian bagi masalah serangan ulat bulu berintik hitam di kampungnya. Qistina 1. Ibu kepada Zahar. 2. Seorang guru Bahasa Melayu di SMK Sri Yassin, Pontian. 3. Bekas isteri kepada Baharuddin. Qistina dan suaminya bercerai ketika Zahar berusia 12 tahun. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
57
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
4. Seorang wanita yang tabah, dia sabar menerima tohmahan daripada masyarakat sekeliling disebabkan gelaran jandanya. 5. Dia gigih membesarkan Zahar seorang diri tanpa bantuan daripada Baharuddin. 6. Seorang guru yang bertanggungjawab dan prihatin. Qistina tidak pernah lewat masuk ke kelasnya kecuali ada hal kecemasan. 7. Dia juga sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran baharu yang kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran yang diajarnya. Fikri 1. Sahabat baik Zahar. 2. Sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Hayat. 3. Berminat dalam kajian serangga dan ulat seperti Zahar. Fikri teruja ketika melihat spesies ulat bulu rama-rama tebuan bulan yang ditemukan oleh Zahar di Hutan Paya Bakau Tanjung Piai. 4. Dia juga menemani Zahar untuk mencari spesies ulat yang baharu di Pulau Pisang. 5. Seorang yang prihatin. Fikri menyelamatkan Zahar yang terjatuh ke dalam jurang semasa Kursus Kembara Biologi Alam di Kem Kaizen dan membantu mencari bahan uji kaji Zahar yang hilang di tapak semaian benih cambah sawit Ripin. Malcom 1. Sahabat dan rakan sekuliah Zahar. 2. Agak penakut. Ketika Zahar mengatakan bahawa Pulau Pisang kononnya berhantu, Malcom melarang Zahar daripada berkata sedemikian. 3. Seorang yang mementingkan semangat setia kawan. Malcom sama-sama menemani Zahar ke Pulau Pisang. 4. Berbudi bahasa terhadap orang yang lebih tua. Malcom menyapa Qistina dengan hormat ketika berkunjung ke rumah Zahar bersama-sama Fikri. Mawar 1. Rakan sekuliah Zahar di Universiti Teknologi Malaysia dan antara penuntut terbaik Sains Hayat. 2. Teman wanita Zahar. Zahar dan Mawar berkenalan seminggu selepas mereka memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia. 3. Seorang anak peneroka, Mawar tinggal di Ladang South Malaya bersebelahan dengan Kampung Maju Jaya. 4. Anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Sebagai kakak yang sulung, Mawar sentiasa menjaga kebajikan adik-adiknya, terutamanya dalam menimba ilmu. 5. Seorang gadis yang bertanggungjawab. Mawar lambat tiba semasa temu janjinya dengan Zahar kerana menghantar adiknya pulang ke asrama. 6. Seorang yang tenang dan berkeyakinan tinggi. Mawar tidak berasa cemburu melihat Munirah berbual berdua dengan Zahar. Ripin 1. Kawan sekampung Zahar. 2. Salah seorang anak tempatan yang terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti memecah rumah, mencuri, menagih dadah, dan merosakkan harta benda awam. 3. Ripin sudah acap kali keluar masuk lokap disebabkan jenayah yang dilakukannya. 4. Seorang yang degil dan tidak mendengar nasihat. Ripin tidak mengendahkan nasihat Pak Naib, ketua Kampung Maju Jaya supaya dia mengubah sikapnya. 5. Seorang pendendam. Ripin berdendam terhadap Zahar kerana Zahar pernah memukulnya ketika dia mencuba untuk mencuri tong gas di rumah Zahar. 58
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Munirah 1. Rakan sekuliah Zahar. 2. Meminati Zahar secara diam-diam. Munirah mengajak Zahar menonton filem di pawagam, tetapi Zahar menolak. 3. Seorang yang cemburu. Munirah tidak senang melihat kemesraan Mawar dengan Zahar dan percaya bahawa Mawarlah punca Zahar tidak mengendahkannya. 4. Bersikap optimis. Munirah yakin bahawa suatu hari kelak, Zahar akan menjadi miliknya. 5. Seorang yang suka akan cabaran. Bagi Munirah, semakin sukar dia mendekati Zahar semakin terasa cabarannya. Pak Naib 1. Ketua Kampung Kampung Maju Jaya. 2. Seorang yang berfikiran rasional, Pak Naib mengingatkan orang-orang kampung supaya tidak sewenang-wenang membuat tuduhan kerana negara ada undang-undang. 3. Mengambil berat akan anak-anak buahnya. Pak Naib meminta Zahar datang ke balai raya untuk menjelaskan persoalan yang timbul yang melibatkan penduduk kampung. 4. Sentiasa menasihati anak buahnya. Pak Naib menasihati Ripin yang sering keluar masuk lokap supaya berubah sikap.
Latar Latar Masa 1. Pada waktu pagi • Jam loceng Zahar berdering pada jam 6.00 pagi. • Pada sesi sarapan semasa Kem Kembara Biologi Alam di Kem Kaizen, Munirah datang menemui Zahar dan Malcom yang sedang berbual-bual. • Murid-murid berhimpun di pekarangan sekolah selepas loceng berbunyi tepat pukul 7.20 pagi. 2. Pada waktu tengah hari Qistina menegur Zahar yang makan tengah hari dengan agak gelojoh. Zahar yang kelaparan makan dengan berselera kerana masakan kegemarannya, ikan Kembung masak lemak cili api terhidang di depan mata. 3. Pada waktu petang Selesai solat zuhur, Zahar menjeling jam yang tergantung di dindingnya. Hampir pukul 2.30 petang. Lebih kurang pukul 2.00 petang, sebaik sahaja kelas tambahan Bahasa Melayu tamat, Qistina terpandang Faridah didatangi oleh lelaki yang sama. Zahar tiba di balai raya Kampung Maju Jaya pada waktu petang. Ketika itu ketua kampung sudah tercegat di pintu masuk balai raya menunggu Zahar untuk membincangkan masalah serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya. •
•
•
4. Pada waktu senja Menjelang senja, Zahar sudah mengumpulkan lima spesies ulat bulu yang baharu. 5. Pada waktu malam • Malam itu, Zahar mengekori Morgan. Dek pencemaran udara yang sudah berada pada indeks berbahaya, cahaya bulan kelihatan berbalam-balam. • Sementara menunggu Dr. Zakaria tiba, Zahar yang terlalu letih dan lemah, tertidur. Di luar, malam telah menebarkan kegelapan, menyelubungi seluruh Kem Kaizen itu. • Malam itu, Zahar berasa sukar hendak tidur. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
59
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Latar tempat 1. Di Warung Sudi Mampir – Kedai makan ini merupakan kedai makan yang popular dengan hidangan rojak petisnya. Zahar dan Mawar mengakhiri pertemuan mereka di bandar Pontian dengan makan rojak di kedai ini. 2. Di Kelas 4 Karisma – Kelas Bahasa Melayu Qistina. Suasana kelas 4 Karisma hari itu gamat oleh suara murid mengekek melihat rakan-rakan sekelas berlakon. 3. Di bilik Zahar – Jam loceng di tepi katil Zahar berdering tepat pukul 6.00 pagi. 4. Di Kaunter Tiket Taman Paya Bakau, Tanjung Piai – Kaunter tiket sudah dibuka. Seorang gadis manis tersenyum mesra, mempamerkan sebarisan giginya yang putih. Tugasnya sebagai penjual tiket masuk ke Taman Paya Bakau itu dimulakan dengan penuh ikhlas. 5. Di Tanjung Piai – Dataran lumpur dan kawasan paya hutan bakau di Tanjung Piai sudah sekian lama menjadi tempat persinggahan dan tempat spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah untuk mencari makanan. 6. Di Kem Kaizen – Kelab Biologi Alam, Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia telah menjadikan Kem Kaizen sebagai destinasi untuk kembara ilmu mereka. 7. Di dewan tertutup di puncak bukit Kem Kaizen – Peserta Kem Kembara Biologi Alam mendengar santapan minda sejak dua jam yang lalu daripada Dr. Azura. 8. Di makmal Zahar – Zahar menunjukkan spesies ulat-ulat bulunya kepada Fikri dan Malcom. 9. Di Bilik 302 – Bilik 302, Kolej Gemilang ialah bilik penginapan Fikri. Sesekali Zahar akan menginap di bilik Fikri jika banyak kertas kerja dan projek yang perlu disiapkan. 10. Di Pulau Pisang – Zahar, Fikri, dan Malcom menjelajah Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu yang baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang sudah tenat. Di sini juga Zahar menemukan spesies baharu dipanggil Monarch, yang kemudian melahirkan ulat bulu spesies baharu hasil cantuman Pus Pus dan Monarch, diberi nama Morgan. 11. Balai raya – Zahar dipanggil oleh ketua kampung ke balai raya untuk membincangkan masalah serangan ulat bulu di kampungnya. 12. Warung Kopi Pak Mail – Di sinilah penduduk Kampung Maju Jaya berkumpul setiap pagi untuk membincangkan masalah serangan ulat bulu. Di sini jugalah Ripin menyerang Zahar sehingga cedera dan dimasukkan ke hospital. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang penyayang – Qistina dan anaknya, Zahar saling menyayangi antara satu sama lain. Oleh sebab ibunya telah bersusah payah membesarkannya seorang diri, Zahar tidak sampai hati untuk membiarkan ibunya seorang diri di rumah. Dia sanggup berulang alik dari rumah ke universiti setiap hari. 2. Masyarakat pelajar universiti – Zahar, Fikri, Malcom, Mawar, dan Munirah merupakan rakan sekuliah yang mengikuti aliran Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Mereka juga giat menjalankan kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti. Antaranya Kursus Kem Kembara Biologi Alam di Kem Kaizen. 3. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar – Zahar merupakan seorang yang cinta akan alam semula jadi. Bukan sahaja kehidupan flora, malahan dia juga amat menyenangi serangga dan ulat sejak kecil lagi. Minatnya yang mendalam ini telah mendorong Zahar membina makmal untuk menempatkan serangga dan ulat bulunya, serta membuat kajian dan inovasi tentang serangga ini. Dia juga melahirkan kekecewaannya dengan pencemaran yang berlaku di Hutan Paya Bakau Tanjung Piai. 60
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
4. Masyarakat yang suka bertindak mengikut perasaan – Ripin bertindak menyerang Zahar kerana mengikut perasaan dan dendam. Dia juga mencederakan Zahar dengan pisau disebabkan perasaan marahnya. Dia juga mencuri bahan uji kaji dan buku formula Zahar disebabkan perasaan hasad dengkinya terhadap Zahar dan mahu menggagalkan usaha Zahar membantu penduduk kampung. 5. Masyarakat yang percaya akan perubatan tradisional – Ketika penduduk kampung diserang ulat bulu dan wabak penyakit, mereka terlebih dahulu berjumpa dengan pawang untuk mengubati penyakit mereka kerana menyangka bahawa penyakit yang dihidapi oleh mereka disebabkan buatan orang atau sihir. Apabila penyakit mereka tidak sembuh, barulah mereka mendapatkan rawatan doktor di klinik kesihatan. 6. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga – Qistina dan Baharuddin mengalami masalah rumah tangga ketika Zahar berusia 12 tahun. Baharuddin dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan wanita lain menyebabkan Qistina berasa kecewa, dan akhirnya mereka bercerai. Qistina membawa diri ke Kampung Maju Jaya dan membesarkan Zahar seorang diri. 7. Masyarakat yang dedikasi dan bertanggungjawab terhadap kerjaya – Qistina seorang guru yang sangat dedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugasnya. Dia tidak pernah datang lewat ke sekolah kecuali ada hal kecemasan. Dia juga sentiasa menanda buku murid-muridnya dan memulangkan buku-buku latihan murid-muridnya secepat mungkin.
Gaya Bahasa 1. Personifikasi Contoh: • Keharuman nasi yang dimasak Qistina sudah cukup membuat selera Zahar bertandang tanpa diundang . (hal. 5) • Perahu-perahu nelayan kelihatan berolang-aling dipukul ombak nun di kejauhan . (hal. 12) • Kelihatan pelbagai spesies ikan, krustasea, dan udang di perairan hutan bakau itu. Semuanya berkejar-kejar untuk mencari makan, dan menghendap dari akar-akar pokok kayu bakau. (hal. 41) 2. Simile Contoh: • Dari kejauhan, bentuk pulau itu kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir . (hal. 14) • “Tak kena pun, orang dah cap aku gatal macam ulat bulu. (hal. 43) • Seperti cahaya siang yang beransur-ansur hilang, fikiran Zahar menerawang keletihan . (hal. 45) 3. Hiperbola Contoh: • “Buat tuan puteri yang cantik , lautan masa sanggup kuredah .” (hal. 16) • Biarpun hanya sempat menanda sebuah dua, masih juga dibawanya buku latihan yang menggunung itu pulang bersama-samanya. (hal. 25) • Walaupun Zahar tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak polis, kemarahannya tetap membara . (hal. 68) 4. Peribahasa Contoh: • Kalau boleh dia ingin mengambil Faridah sebagai anak angkat. (hal. 26) • Bagai ikan pulang ke lubuk , Faridah cuba membiasakan diri hidup di tempat baharu . (hal. 27) • “Ulat bulu dah naik daun .” (hal. 52)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
61
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
5. Metafora Contoh: • Mahligai cintanya tidak bertahan lama . (hal. 26) • Tanda tanya dipendamkan dalam-dalam supaya tidak bermain di kotak fikiran. (hal. 28) • Terapung-apung dan berhayun-hayun dibuai jernihnya air tasik ketika berlaga dengan keghairahan kolek . (hal. 46) 6. Kata pinjaman bahasa Inggeris Contoh: • “Sorry!” (hal. 37) • Aktiviti meredah hutan, jungle trekking, sebelah malam . (hal. 56) • “Betul ke handsome, auntie?” sahut Malcom . (hal. 75)
Sudut Pandangan Novel Jejak MONPUS ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak, menggunakan kata ganti nama diri ketiga seperti dia, mereka, atau nama watak. Contoh: Zahar pantas keluar, menuju ke arah laungan suara tadi. Beberapa minit kemudian, dia sudah berada di dapur. Sudah duduk di meja makan, menghadap hidangan tengah hari. Hidangan air tangan ibunya, Qistina Asraf. Terkenal juga dengan panggilan Cikgu Qistina. (hal. 4)
Nilai 1. Keprihatinan – Zahar amat prihatin akan serangga dan ulat-ulat peliharaannya. Walaupun keletihan selepas pulang daripada kuliah, hatinya akan tenang selepas memeriksa ulat peliharaannya. Zahar juga bimbang akan keadaan Pus Pus yang semakin lemah dan bertekad untuk menyelamatkan spesies Pus Pus. 2. Kasih sayang – Zahar tidak tinggal di universiti dan sanggup berulang-alik dari rumah ke universiti setiap hari kerana tidak mahu meninggalkan ibunya sendirian di rumah. Dia tekun belajar untuk berjaya dalam hidup demi menggembirakan ibunya. 3. Kesetiaan – Walaupun sudah bercerai dengan Baharuddin, Qistina masih menyayangi lelaki itu walaupun lelaki itu sudah berkahwin baharu dan berhijrah ke London. 4. Tanggungjawab – Qistina tidak pernah masuk lewat ke kelasnya kecuali ada hal kecemasan. Dia juga sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran baharu yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan mata pelajaran yang diajarnya menyeronokkan dan menarik minat murid. 5. Hormat-menghormati – Malcom dan Fikri amat menghormati Qistina dan memanggilnya dengan panggilan “cikgu” walaupun mereka telah meninggalkan alam persekolahan. 6. Setia kawan – Fikri sanggup menemani Zahar ke Pulau Pisang buat kali kedua walaupun dia agak takut untuk kembali ke sana. Dia juga menemani Zahar memeriksa gudang tapak semaian Ripin untuk mencari bahan eksperimen dan buku formula Zahar yang hilang. 7. Kerajinan – Zahar rajin dan tekun menjalankan penyelidikan untuk mencari penawar bagi masalah serangan ulat bulu di kampungnya. Selain menjadi penyelidik, Zahar juga seorang pengumpul dan pengutip data, serta memelihara serangga dan ulat bulu.
62
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
8. Kebijaksanaan – Zahar telah banyak mencipta produk inovasi untuk kesejahteraan masyarakat. Selain inovasi agen biologi untuk mengatasi serangan ulat bungkus di Simpang Renggam, Zahar juga berjaya mencipta MONPUS, agen biologi yang menyelesaikan masalah serangan ulat berintik hitam di Kampung Maju Jaya.
Pengajaran 1. 2. 3. 4.
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah. Kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain.
Kita tidak seharusnya membuat tuduhan tanpa usul periksa. Kita hendaklah mementingkan semangat setia kawan dan membantu sahabat yang kesusahan. 5. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat.
Darah Titik di Semantan (Arman Sani) Sinopsis
Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid dan rakan-rakannya bersama-sama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail, dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Ketidakpuasan hati Datuk Bahaman, iaitu salah seorang Orang Besar Berlapan serta penduduk kampung Lubuk Terua, Semantan bermula apabila pihak Inggeris mencabuli perjanjian yang telah dibuat antara pihak Inggeris dengan pihak raja. Keadaan menjadi lebih tegang apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Terua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Terua berasa marah dan hendak menyerang Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British di Pahang menerima aduan daripada Syres, Owen, dan Rodger tentang Datuk Bahaman yang tidak memberikan kerjasama kepada mereka. Clifford telah mendesak sultan supaya mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Walaupun sultan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, tetapi baginda terpaksa menurut kehendak Clifford kerana telah dipaksa dan diugut. Kemarahan Datuk Bahaman memuncak apabila mendapat berita bahawa pengikut kanannya seperti Pak Uda Ismail, Samad, Pak Long Abas ditahan oleh pihak Inggeris atas kesalahan membawa rotan tanpa kebenaran. Hatinya bertambah sakit apabila Pak Uda Ismail dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap sedia untuk menyerang hendap Desborough di Sungai Semantan. Dalam serangan itu, pihak Desborough telah kalah dan banyak mata-mata Inggeris yang mengiringinya terbunuh. Selain itu, rumah pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh. Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancangan untuk menyerang Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela, serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh untuk mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman meneruskan rancangan mereka menyerang rumah pasung itu dan mengambil semua senapang serta peluru yang terdapat di dalam rumah pasung tersebut.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
63
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali bergerak ke Semantan. Datuk Bahaman tidak mahu berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya mereka berbunuhan sesama bangsa. Walau bagaimanapun, setelah mengetahui bahawa perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada askar-askar sultan, Datuk Bahaman menarik rantai yang merintangi Sungai Semantan sebaik sahaja perahu Desborough bersetentang dengan rantai besi itu. Perahu itu terbalik dan pengikut-pengikut Datuk Bahaman menghujani mereka dengan bambu runcing manakala Tuk Selampit menyumpit dengan sumpitannya secara bertalu-talu. Perahu-perahu yang lain hilir semula ke Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan. Semasa di Batu Hampar, Datuk Bahaman melihat Rodger mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit orang Inggeris sahaja tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman kerana bimbang sumpit akan terkena sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka. Setelah pulang dari Pasir Tuk Anjang kerana menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa sultan menyokong perjuangan mereka, cuma baginda dalam keadaan tersepit. Sultan akan memaafkan mereka serta memulangkan pangkat dan kuasa kepada Datuk Bahaman. Mereka akan pulang ke kampung halaman setelah sultan mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai dan Inggeris tidak akan mengganggu mereka. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan perjanjian sultan. Dari Pasir Tuk Anjang, Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya memberikan perintah supaya menembak ke udara sahaja. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad yang berlari ke kubu mereka tiba-tiba rebah akibat terkena tembakan. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kerana askar-askar sultan tidak menepati janji tetapi Datuk Bahaman masih berpegang pada janjinya. Datuk Panglima Raja membidik ke arah askar sultan. Datuk Panglima Raja terkena tembakan askar sultan. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin menyerah diri. Seorang ketua askar sultan telah menikam Imam perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Pertempuran itu tamat dengan kemenangan kepada askar-askar sultan. Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Dalam surat itu, semua orang Semantan telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai satu rancangan yang besar. Lajis memberitahu penduduk Lubuk Terua bahawa perang belum tamat. Penduduk Lubuk Terua bersatu kembali setelah mendengar mendapat berita bahawa Datuk Bahaman telah menawan Lubuk Terua semula. Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangannya gagal. Tuk Raja kurang berminat untuk membantu perjuangan menentang Inggeris. Askar-askar sultan dan mata-mata Inggeris di bawah pimpinan Wise mencari Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah berpatah balik ke Lubuk Terua setelah mendengar keganasan yang dilakukan oleh mata-mata Inggeris. Datuk Bahaman kemudian bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas peristiwa tersebut, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.
Tema Tema novel Darah Titik di Semantan ialah semangat perjuangan rakyat tempatan menentang penjajahan dalam mempertahankan tanah air. Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama Datuk Bahaman, Mat Lela, dan rakyat tempatan yang lain menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. 64
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Persoalan 1. Semangat kerjasama dalam menghadapi musuh. Zahid bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris. 2. Keberanian rakyat tempatan menentang penjajah Inggeris. Lajis berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris. 3. Kesetiaan kepada negara. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajahan Inggeris. 4. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Zahid dan rakan-rakannya menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. 5. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Zahid, Samad, dan Awang Muhammad melakukan kerja menjaga kubu bersama-sama. 6. Kepentingan mendengar arahan ketua. Awang Muhammad berpendapat bahawa adalah penting untuk mendengar arahan ketua sebelum melakukan sesuatu kerja. 7. Pegangan agama yang kuat dalam kalangan rakyat tempatan. Datuk Bahaman mempunyai pegangan agama yang kuat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar perjuangan mereka mendapat pertolongan Tuhan. 8. Sikap tidak mementingkan diri sendiri. Datuk Bahaman tidak menerima ganjaran yang akan diberikan oleh Gabenor Singapura agar dia tidak memihak kepada rakyat.
Plot Binaan plot Peristiwa dalam novel Darah Titik di Semantan disusun secara kronologi. 1. Permulaan Pembaca diperkenalkan tempat peristiwa dalam novel ini berlaku, iaitu Lubuk Terua, Sungai Semantan. Pembaca juga diperkenalkan watak empat sekawan, iaitu Zahid, Rahman, Samad, dan Awang Muhammad. Pada permulaan cerita digambarkan watak Datuk Bahaman, iaitu Orang Kaya Semantan dan Mat Lela yang berperanan sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris. 2. Perkembangan Peringkat perkembangan cerita bermula apabila Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua agar menentang penjajah Inggeris. Datuk Bahaman menyuruh penduduk mempergiat latihan kerana mereka hanya boleh menentang Inggeris sekiranya dada penuh dengan ilmu dan kepandaian serta kecekapan bermain senjata. Zahid dan rakan-rakannya juga bersetuju untuk menggali kubu di pangkal “Merbau Berdarah” untuk menentang Inggeris. Penduduk Lubuk Terua juga bersiap sedia untuk menentang Inggeris. 3. Perumitan Pada peringkat perumitan, Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris sudah mula membuat rumah pasung di tepi tebing. Zahid dan rakan-rakannya membina kubu dan menyediakan batang bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang sama,
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
65
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Datuk Bahaman pergi ke Johor untuk berunding dengan Gabenor Singapura. Kak Minah, isteri Lajis juga hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang bekerja untuk Inggeris. Lajis dan Pak Uda Ismail turut mendirikan bengkel membuat senjata bedil. Datuk meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah mengadakan mesyuarat dengan raja dan orang besar-besar di Pulau Tawar dan telah membuat keputusan yang mencabar Datuk Bahaman dan penduduk di Semantan. 4. Klimaks Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka akibat terpaksa. Segala gelaran Datuk Bahaman telah ditarik balik dan Datuk Bahaman tidak mempunyai kuasa di Semantan. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman. Pak Uda Ismail kemudiannya dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman bersama-sama perajurit-perajuritnya berjaya membunuh ramai matamata Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris akan mudik ke Semantan bersamasama mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit askar-askar sultan. Askar-askar sultan tidak menembak ke udara seperti yang dijanjikan sebaliknya telah menembak Mat Lela, Awang Muhammad, dan perajurit-perajurit Datuk Bahaman. Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman menyerang pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman masih berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh menyerah diri kepada Inggeris tetapi akhirnya dibunuh. 4. Peleraian Pada peringkat peleraian, perajurit-perajurit Semantan telah berundur ke Darat Kelubi. Inggeris dan askar-askar sultan bersorak atas kemenangan mereka. Mat Kilau membawa surat yang menyatakan bahawa semua orang Semantan yang menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman menyuruh Pak Cik Hassan Tahmid supaya menghebahkan kepada orang ramai agar pulang ke kampung masing-masing. Mat Kilau memaklumkan bahawa sultan tidak menganggap Datuk Bahaman sebagai penderhaka sebaliknya sultan mempunyai rancangan besar yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahman tinggal di Darat Kelubi bersama-sama Datuk Bahaman. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang Inggeris. Mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan diketuai oleh Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua. Rumah penduduk kampung dibakar dan ada juga penduduk kampung yang telah ditembak. Khabarnya, Datuk Bahaman berpatah balik dan memerangi pihak Inggeris setelah mendengar keganasan yang berlaku di Lubuk Terua. Zahid tidak bertemu dengan Datuk Bahaman selepas peristiwa tersebut. Teknik plot 1. Teknik pemerian Pengarang menggambarkan gerak laku Datuk Bahaman sebaik sahaja dia selesai sembahyang dan berdoa. Contoh: Sebaik-baik sembahyang dan doa selesai, Datuk Bahaman yang berpakaian baju teluk belanga putih, bersamping dan bertanjak biru muda, melangkah ke tepi mimbar dan merenung ke muka para jemaah yang belum beredar dari masjid itu . (hal. 6) 2. Teknik dialog Dialog antara Mat Kilau dengan Datuk Bahaman. Contoh: “Tapi saya fikir, patut juga Clifford tidak menjemput Datuk ke mesyuarat itu,” sebut Mat Kilau. “Mengapa?” “Banyak hal Datuk dibincangkan dalam mesyuarat itu,” jelas Mat Kilau lagi. “Perkara saya?” Datuk Bahaman mengerutkan dahi . (hal. 55) 66
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
3. Teknik imbas kembali Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua, bersama dengan Samad, Rahman dan Awang Muhammad, aku terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap. Contoh: Aku terkenang kepada Datuk Bahaman. Pada penglihatanku sejak pulang dari Pulau Tawar, Orang Kaya Semantan itu banyak berubah. Dahulu setiap malam selepas menyelia bersama-sama Mat Lela dengan Datuk Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita kepada kami tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang. Akan tetapi, sekarang tidak begitu lagi . (hal. 1) 4. Teknik imbas muka Awang Muhammad sedang memikirkan gerakan yang akan dilakukannya dengan Zahid dan Samad semasa ketiadaan Rahman. Contoh: “Eh, mengapa termenung saja, Awang?” usik Samad yang menyedari juga keadaan Awang Muhammad itu. “Sebetulnya, saya sedang memikirkan gerakan kita di sini semasa Rahman tidak ada.” Aku dan Samad diam. “Saya fikir begini,” usul Awang Muhammad lagi. “Sebelah pagi, kita meronda ke segenap kampung. Kita meilhat kubu-kubu orang kampung yang berselerak di tebing-tebing sungai. Sebelah petang kita berkawal di kubu saja sehingga senja.” (hal. 27) 5. Teknik monolog dalaman Teknik monolog dalaman ialah kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Contoh: “Tentu ini perahu Inggeris yang dikatakan oleh Pak Long Abas semalam,” fikirku lalu menggelongsor turun ke tepian . (hal. 14) 6. Teknik kejutan Teknik kejutan ialah perubahan yang berlaku dalam urutan peristiwa secara tiba-tiba tanpa diduga. Contoh: “Kalau macam itu biar kami menyebelahi pihak sultan!” kata Imam Perang Weh lalu melompat keluar dari kubu dan berlari menuju ke pasukan askar sultan. Sambil berlari itu, kedua-dua tangannya diangkat ke atas. “Saya menyerah diri! Saya menyerah diri!” (hal. 141) 7. Teknik saspens Teknik saspens ialah peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selepas itu. Sebaik-baik sahaja kami hendak bergerak ke belakang, kami terdengar bunyi perempuan menjerit dari rumah Lajis. Contoh: “Ada orang minta tolong!” sebut Samad. Suara itu tidak kedengaran lagi. Kami tercengang . (hal. 39)
Watak dan Perwatakan Zahid 1. Emak dan ayahnya bekerja sebagai pesawah. 2. Zahid digambarkan seorang yang pandai menentang musuh apabila dia berjaya membaling bambu runcing yang betul-betul mengenai belakang seorang mata-mata Inggeris. 3. Zahid seorang yang berpegang kepada ajaran agama. 4. Zahid mempunyai semangat berjuang yang tinggi. 5. Zahid seorang yang berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
67
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
6. Dia seorang yang bertanggungjawab kerana sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar berlatih bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. 7. Seorang yang penyayang. 8. Zahid seorang yang mementingkan semangat setia kawan. Datuk Bahaman 1. Orang Kaya Semantan. 2. Anak bongsunya bernama Awang Muhammad. 3. Bersikap sabar. 4. Sebagai pembesar negeri, Datuk Bahaman sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu. 5. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. 6. Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran. 7. Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat. 8. Seorang yang berpegang kepada janji. 9. Datuk Bahaman seorang yang baik hati. 10. Seorang yang berani. Samad 1. Rakan Zahid, Rahman, dan Awang Muhammad. 2. Dia pernah ditangkap oleh Inggeris ketika membawa rotan ke Batu Hampar. 3. Seorang yang berani kerana tidak takut untuk berjuang. 4. Samad seorang yang pandai menyimpan rahsia apabila dia berpura-pura macam budak bodoh apabila Inggeris menyuruhnya menceritakan perkara yang sebenar. 5. Mempunyai semangat bekerjasama. 6. Seorang yang bertanggungjawab. 7. Samad menunjukkan sikap yang bijaksana apabila menyuruh rakan-rakannya tidak merosakkan pokok-pokok di tebing supaya mereka dapat mengintip musuh. Mat Lela 1. Umurnya baru hendak meningkat ke dua puluh tahun. 2. Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad. 3. Terkena tembakan di paha akibat diserang oleh askar sultan tetapi berjaya diselamatkan. 4. Mat Lela sangat membenci Inggeris. 5. Seorang yang berfikiran terbuka apabila bersetuju dengan cadangan Datuk Bahaman supaya berjuang menggunakan akal fikiran. 6. Mat Lela seorang yang suka berterus terang. Lajis 1. Mengajarkan silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya. 2. Baru mendirikan rumah tangga dengan Kak Minah. 3. Menjadi pengintip di Kuala Semantan untuk mengetahui rahsia tentang gerakan Inggeris di situ. 4. Lajis bersumpah bahawa dia akan menentang Inggeris. 5. Lajis seorang yang mengenang budi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Zahid dan
68
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Samad yang telah menolong isterinya. 6. Seorang yang taat akan perintah.
Latar Latar masa 1. Hari Jumaat – Samad mengajak kawan-kawannya memulakan kerja-kerja membina kubu pada hari Jumaat. Contoh: “Kalau boleh, petang ini juga kita mulakan,” kata Samad. “Hari ini hari Jumaat. Memulakan kerja hari Jumaat ada berkatnya. Apa kata kawan-kawan?” (hal. 10) 2. Pada waktu pagi – Zahid memikirkan bahawa dia dan kawan-kawannya akan mendalamkan kubu pada pagi itu lagi. Contoh: Pagi ini akan kami dalamkan lagi kubu itu, fikirku lalu memandang pula ke sebelah hulu . (hal. 13) 3. Pada waktu tengah hari – Zahid, Samad, dan Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah yang dibakar. Contoh: Tengah hari itu kami makan nasi dengan ikan kelah yang dibakar . Selepas makan, kami sembahyang zuhur berimamkan Awang Muhammad. (hal. 30) 4. Selepas waktu maghrib – Zahid dan kawan-kawannya membaca yasin dan memohon doa restu daripada Tuhan selepas selesai sembahyang maghrib. Contoh: Selepas sembahyang maghrib kami membaca yasin dan memohon doa restu daripada Ilahi, agar perjuangan kami akan diberi petunjuk oleh Tuhan . (hal. 53) 5. Musim ikan tembelian bertelur – Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim ikan tembelian bertelur. Contoh: “Musim ini musim ikan tembelian bertelur. Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail ini masyhur kerana pandai mengail ikan tembelian.” (hal. 62) 6. Zaman pemerintahan Inggeris – Rahman menerangkan bahawa dua tahun dulu, negeri mereka telah diambil oleh Inggeris. Contoh: “Dua tahun dulu, negeri kita ini tel ah diambil oleh Inggeris,” Rahman menerangkan lagi . (hal. 3) Latar tempat 1. Lubuk Terua – Zahid dan kawan-kawannya berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua. 2. Lubuk Sengarat • Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat. • Samad terus berlari ke rumah Lajis setelah mendengar ada orang meminta tolong. 3. Di Johor – Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang besar-besar Pahang menghadap sultan Johor. 4. Batu Hampar – Lajis menambatkan perahunya di Batu Hampar setelah melihat mayat. 5. Rumah pasung Temerloh – Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung itu. 6. Pasir Tuk Anjang – Zahid melihat ada sekumpulan askar sultan naik ke atas tebing dari Pasir Tuk Anjang. 7. Kubu – Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang Inggeris.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
69
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel Tingkatan 2
Latar masyarakat 1. Masyarakat golongan penjajah Inggeris – Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang, seperti Rodger, Clifford, dan Syres. 2. Masyarakat yang tidak mempercayai kepercayaan karut – Zahid tidak mempercayai bahawa di pangkal merbau berdarah ada penunggu. 3. Masyarakat yang mengenang jasa seseorang – Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas. 4. Masyarakat yang menentang penjajahan Inggeris – Mat Lela menentang penjajahan Inggeris. 5. Masyarakat yang mementingkan soal agama – Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal keagamaan.
Gaya Bahasa 1. Diksi Pemilihan kata yang digunakan bersesuaian dengan jalan cerita yang dipaparkan. Contohnya: • Penggunaan bahasa istana atau bahasa dalaman Contoh: Sebab itulah baginda berangkat ke Pulau Tawar dan bersemayam di sana . (hal. 8) • Penggunaan bahasa klasik Contohnya: Datuk Bahaman berhenti kira-kira lima puluh hasta dari pintu pagar rumah pasung itu . (hal. 67) 2. Simile Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan bagai, umpama, seperti ibarat, laksana , dan macam . Contoh: • “Semantan ini, kalau tidak ada ayahmu, seperti anak ayam yang tidak ada ibu!” (hal. 32) • Bahagian tengah batang pisang itu hancur seperti kena tikam . (hal. 36) • Mereka menggelupur seperti ayam disembelih . (hal. 103) 3. Personifikasi Memberikan sifat manusia kepada benda atau unsur alam. Contoh: • Kemudian, dia juga melompat keluar dan hilang ditelan gelap malam yang samar-samar . (hal. 138) • Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur . (hal. 139) 4. Peribahasa Unsur peribahasa ini terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, dan sebagainya. Contoh: • “Kalau tinggal di dalam kubu, kita sama-sama tinggal. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” (hal. 26) • “Bagi aku, siapa pun memerintah negeri ini, keadaan saya seperti sekarang juga. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . (hal. 48) • “Tapi kerana kita sama seperjuangan biarlah saya ceritakan juga. Cuma diingatkan, jangan ceritakan pada sesiapa. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut . (hal. 50) 5. Sinkope Singkatan sesuatu kata. Contoh: • “Kemudian kita tinggalkan rumah pasung ini. Tak guna kita tunggu di sini.” (hal. 104) • Kulihat dua orang mata-mata Inggeris yang berkawal di situ terlentok tidur . (hal. 101)
70
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.