LAPORAN REFLEKTIF
Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(Kamus Dewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo & Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepada satu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakan kegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan). Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah….". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah
berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan
kakitangan,
latihan
dalam
perkhidmatan,
dan
perkembangan
profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budaya ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guru yangberkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman, (v) Bijak dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahap etika dan profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x) Mempunyai keinginan mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minat yang kuat terhadap manusia, (xii) Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai
kawalan diri dari segi emosi dan kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv) Mempunyai keyakinan diri dan kepada tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti; tabah, intelektual, bermoral, sosial dan profesional, (xvii) Mempunyai taraf diri seperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan (xviii) Mempunyai rasa pengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikan dan minat pelajar. Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim Program BIG Fasa II. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPM. “Guru dan Hubungan Komuniti” merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagai seorang bakal guru, guru-guru pelatih hendaklah mengetahui tentang peranan mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru.
Maka, dari
institut latihan inilah guru-guru pelatih diajar bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berwatak. Program seminar pendidikan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah dan bengkel. Tajuk ceramah adalah mengenai “Guru Sebagai Agen Perubahan”. Manakala
bagi
tajuk
bengkel
dan
pembentangan
adalah
Cabaran
Guru
Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Hubungan Sekolah dan Komuniti Ke Arah Pembangunan Pendidikan. Seminar ini disampaikan oleh Tn. Hj. Omar Bin Abdul. Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraian yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini membolehkan
para
peserta
ceramah
dapat
memanfaatkan
ceramah
yang
disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan “masuk telingan kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut belangsung adalah tempat yang disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diinagti oleh setiap peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yang selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akan mula berfikiran negatif kepada pihak penganjur. Kekuatan yang saya dapati semasa program ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada para peserta dapat member lebih kefahaman kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana, di samping mendengar ceramah, peserta dapat membaca dan seterusnya akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Selain itu, saya mendapati pengacara telah melakukan sedikit kesilapan semasa
mengacarakan majlis iaitu semasa menyebut nama Timbalan Pengarah. Walaupun kesilapan yang dilakukan akan menyebabkan kreadibiliti beliau sebagai pengacara majlis akan tercalar namun bagi saya ia hanyalah kesilapan yang kecil dan boleh dimaafkan serta diperbaiki pada masa-masa yang akan datang. Antara peluang yang saya peroleh melalui ceramah ini adalah saya dan para peserta ceramah berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas lagi mengenai konsep seorang guru adalah sebagai agen perubahan masyarakat. Seorang guru yang berkreadibiliti unggul akan mampu untuk menjadi ikon kepada masyarakat. Ini adalah kerana di mata masyarakat, seorang yang bergelar guru akan dipandang mulia oleh masyarakat dan justeru itu, sebagai seorang guru yang baik, kita haruslah sentiasa menunjukkan peribadi yang unggul selaras dengan konsep guru sebagai agen perubahan masyarakat. Selain itu, ancaman yang saya dapati semasa program berlangsung adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya.