S E N I B E L A D I R I B i l : 3 9 ( 1 3 6 ) P 1 4 3 6 9 / 1 0 / 2 0 0 9 ( 0 1 0 6 7 8 ) M A C 2 0 0 9 R M 5 . 9 0 S E N A S K A H T E R B I T A N : A Z L A N G H A N I E ( M ) S D N B H D
S ENI ENI
MARTIAL ARTS
www. senibeladiri.com.my
Media Warisan Budaya Tradisi Tradisi Disiplin * Memelihara * Menyambung * Mengembang
BELADIRI UNITY THROUGH MARTIAL ARTS /BERSATU DALAM SENI BELADIRI
PP 14369/10/2009 (010 678) Bil. 39 (136) MICA (P) 175/03/2007 Senaskah
RM5.90
MAC 2009
Master Tan cipta pukul sambil menari LANGKAH SILAT LANGKAH BERKAT Silat mula digilai ahli beladiri UK Pendedahan: Keris keluar sendiri PAK TEH RAMLI Diri terdinding bila nafsu dirajakan
Sendang Jati Kedah
masih permainan asal KEMPEN 2009: *MALAYSIA - PUSAT BELADIRI DUNIA * BERSENAM SELEPAS PEJABAT PEJABAT * HIDUP GENDANG SILAT
Personaliti
4 SENI BELADIRI
Untitled-1
4
15/12/2012, 2:41 PM
B
ila disebut sahaja silat sendeng, ramai pesilat mengenali gaya persilatan oleh AHMAD FUAD HAMDAN itu. Dari caragaya berdiri mengadap musuh, kedudukan kaki bertapak, termasuklah gaya tangan mengacu samada kedua tangan menggenggam atau sebelah terbuka, permainan itu bergaya tersendiri. Diketahui juga secara umum, asal mainan itu dari suku Bugis. Orang Bugis pula diketahui memang sudah lama bertapak dan memainkan peranan utama dalam sejarah Johor. Tidak hairan kebanyakan permainan sendeng SENI BELADIRI 5
Untitled-1
5
15/12/2012, 2:42 PM
Sendeng Jati Kedah memang berbeza dari permainan Seni Silat Sendeng Malaysia kerana pengasas Sendeng Malaysia iaitu Guru Hamid Hamzah sudah mencampurkan pelbagai jenis permainan lain dalam perguruan silat yang dibawanya... ditemui dan diwarisi guru-guru di negeri Selatan Tanahair itu. Antara yang masyhur adalah Guru Hamid Hamzah pengasas Seni Silat Sendeng Malaysia. Kerana itulah penulis sehingga terangkat kening bila diberitahu oleh guru Abdul Hakim akan adanya di Kedah permainan sendeng yang memang berasal dari negeri Jelapang Padi itu sendiri. Bagaimana begitu? Apabila berkesempatan ke Kedah tahun lalu, penulis tidak sesekali lepaskan peluang menemui guru sendeng yang dimaksudkan untuk tahu cerita sebenar. Pertemuan di Kampung Charok Beras (sila rujuk majalah SENI BELADIRI keluaran Jun 2008) lalu
itulah menemukan penulis dengan permainan sendeng dari Kedah. Guru Yusop Lahman, berasal dari Kampung Tiak, Kupang, Kedah adalah guru sendeng yang dimaksudkan. Guru itu dilahirkan pada 30 Oktober 1948 iaitu kira-kira 60 tahun lalu di Kampung Charok Beras, Kuala Ketil. Walaupun usia melebihi setengah abad, susuk tubuh masih tegap dan kederat nampak kuat. Beliau beristerikan Siti Rahmah Ismail dan dikurniakan anak seramai sembilan orang kesemuanya. Empat lelaki dan lima perempuan. Seorang anak lelakinya sudah meninggal dunia. Permainan sendeng Guru Yusop itu bernama Sendeng Jati Kedah. Guru Yusop mula mengajar Sendeng Jati
ketika masih muda lagi iaitu lama sebelum berkahwin. “Asal memang dari Kedah,” ringkas kata Guru Gur u Yusop. Yusop. Menurut Guru Yusop, Sendeng Jati Kedah memang berbeza dari permainan Seni Silat Sendeng Malaysia kerana pengasas Sendeng Malaysia iaitu Guru Hamid Hamzah sudah mencampurkan pelbagai jenis permainan lain dalam perguruan silat yang dibawanya itu. Penulis sendiri dimaklumkan serba sedikit sejarah mengenai Guru Hamid Hamzah. Guru Hamid Hamzah pernah menuntut dari ramai guru tersohor termasuklah Kiyai Salleh. Terdapat pengaruh permainan seperti lian dan Kuntau Teluk Emas dalam Sendeng Malaysia yang diajar Allayarham guru tersebut. Sendeng Jati pula, seperti namanya menandakan permainan silat itu adalah tidak bercampur dengan manamana permainan lain. Kerana itu namanya ‘jati’ yang bermaksud asli atau asal. Yang menariknya dan menimbulkan persoalan, menurut Guru Yusop permainan Sendeng Jati adalah salasilahnya berasal dari Patani.
6 SENI BELADIRI
Untitled-1
6
15/12/2012, 2:42 PM
Bila mencari kebenaran kisah sejarah, penulis temui jalan buntu kerana seperti kebanyakan guru tua yang ditemui Guru Yusop juga tidak arif mengenai asal-usul persilatan yang dituntut beliau. Siapakah yang mula-mula membawa permainan sendeng aliran Patani? Yang dapat dikesan, guru asal Sendeng Jati yang dipelajari oleh Guru Yusop adalah Pakteh Haji Latif, dari Kampung Tiak. Menurut Guru Yusop, semasa guru tersebut mengajar umurnya sudah pun agak lanjut menjangkau 70 tahun. Umur Guru Yusop pula baru 12 tahun ketika keti ka beliau menuntut itu. Guru Yusop menyertai kerana memang minat beliau kepada seni itu, selain mahu belajar silat untuk kekuatan diri. Selama 3 bulan sahaja beliau menuntut dengan Pakteh haji Latif. “Tok guru panggil, satu malam dipanggil turun dan belajar. Sendeng ja ti ad a 7 bu ah sa ha ja . Ri ma u mengerang, gagau udang, buah wong, buah simba, buah tangkap lutut, buah siku belakang, buah tangkap tengkuk. “Dari 7 inilah boleh dipecahkan menjadi beratus-ratus. Tetapi dalam bermain persembahan tidak ditunjukkan buah yang tujuh kerana ia digelar buah musuh, atau khas untuk musuh kerana boleh membunuh. Dalam persembahan hanya ditunjukkan pecahan-pecahan yang kurang berbahaya,” terang Guru Yusop. Silat dulu-dulu memang diajar sebegitu. Dikhuatiti jika menunjukkan permainan sebenar, akan diketahui oleh musuh jika melihat semasa sedang bermain. Permainan Sendeng Jati pula memang keras semata-mata. Kerana
Sendeng jati tidak bercampur dengan permainanpermainan lain. Pergerakannya tidak cantik dan berlangkah sumbang. Kalau yang tidak tahu, pasti tersalah menyangka tidak pandai bersilat. Tetapi yang sumbang itu yang akan memakan...
itu juga tidak sesuai dipertontonkan, tidak seperti silat pulut. Apabila diperlihatkan memang ada gaya permainan Sendeng Malaysia dari cara badan ‘menyendeng’ tetapi kelainanannya adalah kedua-dua tangan tidak digenggam tetapi tapak tangan terbuka seperti gaya pisau. Kedua-dua belah tangan juga sering digerakkan secara kontra dengan langkahan-langkahan. Menurut guru kepada Guru Yusop, ada dua buah yang bahaya iaitu ‘gagau udang’ dan ‘rimau mengerang’ boleh membawa maut. Ditunjukkan sedikit gaya buah tersebut kepada penulis. “Sendeng jati tidak bercampur dengan permainan-permainan lain. Pergerakannya tidak cantik dan berlangkah sumbang. Kalau yang tidak tahu, pasti tersalah menyangka tidak pandai bersilat. Tetapi yang sumbang itu yang akan memakan penyerang tadi,” kata Guru Yusop. Dalam Sendeng Jati tiada permainan Bersambung ke mukasurat 12
SENI BELADIRI 7
Untitled-1
7
15/12/2012, 2:42 PM
Dari mukasurat 7
1
2
4
3
5
7
8
6
9
12 8 SENI BELADIRI
Untitled-1
8
15/12/2012, 2:42 PM
Guru Yusop dengan penduduk kampung.
Sendeng jati ada 7 buah sahaja. Rimau mengerang, gagau udang, buah wong, buah simba, buah tangkap lutut, buah siku belakang, buah tangkap tengkuk... Dari 7 inilah boleh dipecahkan menjadi beratusratus...
10
senjata, sekadar bertangan sahaja. Dakwa Guru Yusop memang dari asalnya tiada permainan senjata dalam permainan silat itu. Lagipun kerana berbahaya dan boleh mencederakan jika berlatih menggunakan senjata. Selain Sendeng Jati, Guru Yusop juga bela jar tar tarii pulu t dan tom tomoi oi kerana minat mendalam kepada seni beladiri. Dalam usia 15 tahun, sesudah Sendeng Jati, Guru Gur u Yusop Yusop belajar pula tomoi dengan guru bernama Tok Haji Mahamud. Guru beliau itu belajar dengan seorang guru tomoi bernama Che Li Pulai. Che Li pula menuntut ilmu tomoi dari Patani. “Mainnya sama dengan siam tapi lain sikit. Siam main paras lutut,” terang Guru Yusop lagi sambil menggayakan permainan tomoi aliran Patani itu. Pertandingan tomoi tidak pernah
11
beliau sertai kerana bagi dirinya ia berbeza. Guru Yusop belajar untuk seni dan keaslian bukan untuk kemenangan, bermegah dan demi wang. Lagi pula kerana permainan yang dipelajari beliau adalah beladiri asli, tersangat rahsia sehingga buahbuah pun disorok kerana bahaya. “Dalam bermain pentas pun, kena ada 3 bulan latihan sekurangkurangnya. Sampai badan ringan, stamina tinggi. Jangan nanti masuk round kedua sudah lembik. Dalam pertarungan kena baca lawan, apa kebiasaan lawan, seperti selepas tumbuk disusuli kaki kemudian siku dan sebagainya. “Kaki-tangan kena sama-sama cepat. Antara latihan adalah berlatih tubi dalam air. Nak jadi guru pun kena ada kelebihan. Kena faham, apa yang diajar dan tahu mana yang perlu diajar. Kalau tidak penaya anak murid,” terang Guru Yusop.
12 SENI BELADIRI 9 13
Untitled-1
9
15/12/2012, 2:42 PM
TANGKAS... Persembahan permainan tongkat oleh anak buah Guru Yusop.
Sehingga sekarang, Guru Yusop masih mengajar tomoi dan latihan diadakan setiap hari. “Kalau mengajar ramai orang, kalau ada dua orang yang membantu pun sudak ok . Jurulatih jadi penting. Datang sekadar tegur sahaja mana yang kurang,” kata Guru Yusop lagi. Seperti tidak sah pula kalau anak kampung tidak belajar tari pulut. Silat pulut pula dituntut oleh Guru Yusop dengan seorang guru bernama Paksu Hitom. Semasa beliau menuntut ketika itu berumur 18 tahun. Guru beliau pula ketika itu sudah pun berusia 75 tahun. Permainannya sama sahaja dengan mana-mana silat pulut yang diajar guru-guru lain ketika itu kerana diketahui asalnya memang dari Patani juga. Walaupun tidak mengajar silat pulut, gerak langkah Guru Yusop bertari pulut nampak juga kemasnya apabila beliau membuka sembah. Tidak kelihatan pula kekoknya kerana kadangkala kalau seseorang kita lihat biasa dengan seni beladiri yang keras permainannya agak susah nak melembutkan badan bila bertari. Bagi orang lama dalam arena silat seperti Guru Yusop, zaman mudanya walaupun boleh dianggap zaman emas kerana banyaknya terdapat silat lama dan guru-guru tua di sana-sini, bukan semuanya bagus. Zaman dulu-dulu
juga teruk kerana ramai orang suka cabar-mencabar, suka menduga kehebatan orang lain. Macam-macam pula cerita mengenai ilmu-ilmu pelik yang dipakai seperti ilmu tubuh tidak lut senjata dan sebagainya. Ada antara kisah yang berlaku, seorang yang ingin menduga ilmu yang dituntutnya pergi ke kedai lalu meminta orang di kedai itu memaku tapak tangannya dengan paku. Apabila dilakukan permintaan itu, yang terjadi bukan tapak tangannya tercedera tetapi paku-paku tersebut yang bengkok. Mungkin orang itu sematamata mahu menunjuk kehebatan sahaja. Sekarang Guru Yusop mengajar tomoi dan sendeng di kampung. Menurut beliau seseorang itu ada kelebihan jika tahu bermain lebih dari satu gaya. Sekurang-kurangnya ada tiga jenis kepandaian barulah dianggap bagus. Pemahaman beliau
dalam tiga jenis permainan seni beladiri juga menyebabkan Guru Yusop jadi lebih bersifat terbuka. “Setiap satu ada kelebihan,” katanya ikhlas. Selain bersilat Guru Yusop juga pandai bermain ghazal yang dipelajari dari tok guru tomoinya dahulu. Beliau juga mahir berma bermain in seruli seruling ng dan boleh bermain gendang silat. Guru Yusop Yusop dan guru-guru guru- guru lain yang penulis temui di Charok Beras bercakap dalam loghat Ulu, berlainan dengan loghat pertuturan Kedah biasa. Mujurlah adanya Guru Hakim memudahkan kerja penulis yang seringkali sukar memahami isi perbualan. Menurut Guru Hakim banyak lagi silat-silat lama ada di Kedah. Cuma menunggu masa dan ketika sahaja untuk dicungkil oleh penulis, kisah guru-guru tua yang setia dengan cara lamanya. Pencarian SB masih jauh...
KLASIK... Baju silat berseluar jeans. 14 SENI BELADIRI 10
Untitled-1
10
15/12/2012, 2:43 PM
Personaliti
SATU MALAM, Guru Hitam Andak hendak melihat sejauh mana kepandaian salah seorang anak murid beliau bernama Abdul Razak Mohd Aziz sesudah sekian lama berlatih. Abdul Razak pula adalah murid termuda dalam bangsal itu. Usia beliau 30 tahun. Jadi, sebagai seorang muda hendak dilihat juga kekuatan fizikal. Guru Hitam serang. Abdul Razak oleh AZLAN GHANIE tangkis tetapi gagal. Yang disedari, & AHMAD FUAD HAMDAN dirinya sudah melayang ke udara Apabila murid itu sudah berada di merempuh dinding bangsal. depan, dinasihatkan supaya ‘menahan Tangan Guru Hitam amat deras dan serangan’. Guru itu tidak kisah cara keras. Dada Abdul Razak terasa sakit apa dilakukan untuk menangkis dan wajahnya merah menahan serangan beliau, yang penting kesakitan. Ramai rakan meluru tangannya tidak menjamah tubuh membantu dan ada ketawa kecil. Tiada murid berkenaan. simpati. Sebelum itu, beberapa murid lain “Saya suruh engkau pandai bukan telah diuji. Di tumbuknya murid, hendak menyakitkan engkau” itu katamereka mengelak dan ada berjaya kata yang tidak dapat Abdul Razak menepis. lupakan dari Guru Hitam. Abdul Aziz melihat orang lebih Selepas malam itu, Abdul Razak berusia mampu mengatasi serangan. semakin serius belajar. Beliau enggan Beliau yakin dapat juga berbuat lagi berlaku kesilapan kedua. demikian. Abdul Razak atau juga di kenali Apabila Guru Hitam berada di dengan panggilan Pak We, 63, telah depan, Abdul Razak berlangkah sedia. ditemui di Durian Hijau, Jerantut, 8 SENI BELADIRI
Untitled-15
8
15/12/2012, 1:49 PM
Pahang Darul Makmur hujung tahun lalu. Beliau lahir di Kampung Sekoh, Kuala Krau, Temerloh. Anak sulong dalam tiga adik-beradik yang semuanya lelaki. Dua adindanya, Jalaluddin dan Japlus. Ayah Pak We bernama Mohd Aziz Omar dan mencari rezeki seperti kebanyakan orang kampung iaitu
perlu menemui pegawai berpangkat OCPD untuk mendapatkan kebenaran rasmi. “Dulu ia satu kemestian dengan mendapat kebenaran polis untuk berlatih silat,” beritahu Pak We. Guru Hitam, menurut Pak We adalah menantu kepada Tok Endul. “Tok Endul adalah seorang guru yang dihormati. Orangnya kurus dan
tinggi. Setiap malam beliau berkunjung dan melihat kami berlatih. Kami berlatih setiap malam, kecuali malam Jumaat. “Saya tidak dapat merasa tangan Tok Endut. Beliau pula tidak sihat namun berkunjung kerana bersemangat. Yang diketahui, beliau seorang guru yang tegas,” sambung beliau lagi.
2
1
3
Persembahan Bunga Silat memerlukan persilat yang tahu memelihara adat dan adab supaya Budaya Melayu tidak disumbangkan.
4 seperti menoreh getah dan membuat padi. Ibu beliau bernama Besah Daud. Suri rumah. Diakui, minat bersilat wujud apabila sebuah bangsal hendak dibuka di kampung beliau. Guru Hitam pula seorang guru silat yang handal dan terkenal mengajar silat dari Tok Pendekar Endul. Menurut Pak We, dulu silat tiada nama dan mereka gelarkan Silat Bunga. “Silat dinamakan sebegitu kerana banyak bunga tangan dan langkah,” kata Pak We. Kerana beliau paling muda dalam bangsal itu, tugas utama adalah membuat laporan polis. Beliau juga SENI BELADIRI 9
Untitled-15
9
15/12/2012, 1:50 PM
1
2
4
dan bunga. “Sepertimana saya diajar dulu, begitulah saya bawa ke hari ini dan nama silat pun saya panggil Silat Bunga,” beritahu beliau. Seterusnya diterangkan, ilmu Langkah 3 tidak diabaikan sebelum menyampaikan bunga. Sesudah itu diberikan buah seperti pakok (pancung), sepak, rembas iaitu
5
Gendang mengiringi pesilat yang melakukan Silat Bunga. “Tok Hitam ini cekap pada segala buah dan tanpa berkira dalam meyampai ilmu. Beliau akan tunjuk semua buah dan terpulang kepada kita boleh atau tidak mengamalnya,” kata Pak We yang menuntut sebanyak dua bangsal atau enam bulan. Dalam tempoh tiga bulan, Pak We diajar bunga, kemudian langkah dan buah-buah sulit. Hubungan Pak We dengan Guru Hitam rapat selepas terkena pukulan hingga diberikan kepercayaan untuk menjadi pembantu guru. “Saya mula diberikan kepercayaan dan belajar sebagai pembantu di Kuala Krau di rumah seorang pegawai pejabat haiwan. Nama beliau Mohd Isa, itu nama yang saya tahu. “Orang tak ramai kerana itu di rumah beliau. Tidak perlu juga membuat laporan polis kerana balai berada di depan rumah.. Jadi, polis tahu kami berlatih silat dalam rumah itu,” cerita beliau lagi. Sungguhpun begitu, Pak We hanya menjadi pembantu selama dua bulan
3
kerana pegawai itu bertukar ke daerah lain. Pengalaman sebagai pembantu pada awal 70an dan ketika itu Pak We melakukan kerja-kerja kampung untuk mendapatkan pendapatan. “Selepas itu,
saya tidak mengajar lagi silat,” ringkas Pak We. Namun begitu Pak We tetap dikenang oleh orang tempatan walaupun jasanya hanya dua bulan. Pertengahan tahun lalu, beliau telah ditemui pihak tertentu untuk menga jar. “Saya tidak menolak dan ajar apa yang tahu seperti langkah
10 SENI BELADIRI
Untitled-15
10
15/12/2012, 1:52 PM
pergerakan libas bawah, serang bawah dan cantas bawah. Juga diperturunkan buah cucuk atau tikam. Kemudian kuncian seperti ‘kunci bunuh’ yang memberi makna tidak memberikan musuh masuk menyerang. Pergerakan musuh sudah ‘diikat’ dengan permainan ‘Hadang Sesudah’. Pak We seterusnya memberitahu, permainan yang dibawa, lebih bersikap menunggu diserang. “Apabila musuh serang... kita tangkap dan kunci dia. Kuncian atas, tengah atau bawah. Terpulang kepada apa yang hendak dibuat,” katanya. Mengenai sejarah asal Silat Bunga, beliau akui kurang arif kerana tidak pernah bertanya kerana masa itu masih ‘budak’ dan tidak matang.. “Kita nak belajar aje. Hanya tahu ia
Mohd Noor, Noor, Ahamd Shalabay Hj Abdul Hamid dan Khairul Azhar Abdullah Nasib. Untuk mereka yang berhasrat untuk menjemput kumpulan ini untuk mengadakan persembahan, taliannya 014 807 8368 (Aki Uda).
dari Pendekar Endul salah seorang pendekar yang terbilang di Pahang,” kata beliau. Silat Bunga beliau tidak menggunakan senjata. Semua dengan ‘tangan kosong’. Apapun, Pak We akui generasi sekarang sudah mula menunjukkan minat dalam bersilat. “Silat sudah ada tempat dan anak muda wajar berusaha untuk memelihara dan mengembang warisan bangsa sendiri. Kehadiran anak-anak muda membuat saya menyahut untuk mengajar,” kata beliau lagi. Majalah SENI BELADIRI (SB) mengucapkan terima kasih kepada Mohd Rahmat Zainal Abidin atau Aki Uda kerana membawa SB menemui Pak We. Turut Turut hadir dalam pertemuan per temuan itu (rujuk gambar di atas) adalah Haji Shamsuddin Awang, Mohd Yusof Ngah, Ishak Damin dan Mohd Sarif SENI BELADIRI 11
Untitled-15
11
15/12/2012, 1:52 PM
Personaliti
TIGA tahun dulu, Taklimat Kesedaran Keselamatan Diri Dan Waja Diri (TKKDWD) telah ditubuhkan. Pengasasnya, Master Tan Ghee Lip mendedahkan ia bukan sahaja atas kesedaran tetapi juga dari pengalaman menangkap penjenayah. Menguatkan lagi, kadar kes jenayah ganas melibatkan wanita dan kanak-kanak di Malaysia meningkat.
Master Tan ketika berkunjung ke pejabat majalah SENI BELADIRI bersama ketua Jurulatih TKKDWD, Azlina Kadir baru-baru ini, berkata, ilham untuk program itu terhasil apabila pulang dari Jerman pada tahun 2000.
A
B
C
“Bila saya berada kembali di Malaysia, saya agak terperanjat juga mengetahui negara kita yang sebelum ini dikatakan aman... tidak. Ia digugat oleh penjenayah. “Yang membikin saya naik berang Sambung mukasurat 40
D
16 SENI BELADIRI
Untitled-2
16
15/12/2012, 1:09 PM
Kosongkan
SENI BELADIRI 17
Untitled-2
17
15/12/2012, 1:09 PM
Dari mukasurat 16
bila mangsanya kanak-kanak. Mereka bukan sahaja diculik, dirogol tetapi dibunuh. Manakala wanita pula digunakan cara kekerasan ketika ragut hingga ada kalangan mereka cedera parah dan ada maut,” sambung beliau lagi. Master Tan yang berada selama 15 tahun berniaga dan mengajar taekwando akui beliau seperti guruguru beladiri lain ingin membantu masyarakat “Apabila seseorang itu sudah sampai ke tahap tertentu dirasakan ilmu di dada perlu disampaikan kerana ia seperti satu kewajipan,” kata beliau. Pada tahun 1985 iaitu sebelum ke Jerman, Master Tan pernah menarik perhatian negara apabila menjadi wira kerana berjaya menangkap penjenayah berhampiran Jalan Raja
Chulan, Kuala Lumpur. Imbas kembali sejarah itu, kejadian berlaku apabila dua penjenayah berjaya merampas beg seorang wanita dalam sebuah bank. Kedua peragut terus lari keluar manakala wanita itu cuba mengejar sambil menjerit minta bantuan. Master Tan ketika itu hendak ke pejabat insuran untuk membuat tuntutan terhadap kenderaan beliau terbabit dalam kemalangan. Apabila mendengar jeritan wanita dan melihat dua penjenayah lari, beliau tidak lagi menoleh. Terus dihambat penjenayah itu sambil memegang beg mengandungi pakaian seragam taekwando. “Seorang berjaya bolos dengan motosikal. Seorang lagi lari ke Jalan Tun Perak. Tumpuan saya kepada penjenayah sedang berlari dan ia berlaku seperti dalam sebuah filem.
1
“Saya dengar banyak kenderaan brek kecemasan dan ada bunyi pelanggaran. Tetapi, saya tidak pandang kerana beri tumpuan kepada penjenayah itu. Sebenarnya, saya pun tidak sedar beg yang dibawa lari peragut itu berisi ribuan wang,” sambung beliau lagi. Peragut itu silap strategi atau mungkin kepenatan, apabila mengambil keputusan untuk menaiki teksi. “ Apabila beliau buka pintu dan hendak masuk.. saya terus memberikan tendangan ke pintu yang menghentakkan kepalanya. “Beliau terjatuh dan saya lakukan beberapa pukulan untuk memastikan dia tidak melawan. Beberapa saat kemudian, orang ramai membantu saya mengawal lelaki itu,” cerita Master Tan yang mana Sambung mukasurat 53
2
3
4
5
40 18 SENI SENIBELADIRI BELADIRI
Untitled-2
18
15/12/2012, 1:09 PM
SEMBAH SALAM
Penerbit AZLAN GHANIE
[email protected] [email protected]
APABILA penulis memperolehi surat amanah amanah dari Majlis Ugama Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dua tahun lalu untuk bercakap mengenai Adat Melayu, bahu terasa ‘rebeh’ sedikit. Bukan mudah hendak memikul tanggungjawab itu. Apatah lagi dari hak bangsa sendiri yang kurang catatan. Banyak kajian dan pertemuan dengan individu dibuat untuk kepastian. Kalau di luar negara, disampaikan perkara-perkara asas seperti pakaian, warna, pertuturan, senjata dan persilatan Melayu. Menyediakan nota Adat Melayu serta menunjuk cara ikat samping dan sebagainya tidak susah, namun menjawab pertanyaan dari pesilat-pesilat bukan Silat Melayu, itu sedikit cabaran. Manakala di bumi kelahiran pula, penulis berdepan dengan ramai yang tidak tahu. Ya, ramai orang Melayu tidak tahu asal usul bangsa, erti ikatan samping, pakaian Melayu, destar dan ada juga tidak pernah melihat keris. Ada juga terkejut dan pelik apabila melihat mata keris. “Kenapa bengkang-bengkuk (lok)...”, itu sebutan seorang lelaki Melayu. Begitulah pengalaman penulis dalam seminar. Sebagai orang Melayu, sudah pasti surat dari majlis dirasakan tidak perlu, tambah lagi sebagai wartawan berpangkat paling tinggi dan sudah lebih 27 tahun menulis, ‘kuasa’ sudah ada untuk bicara, namun penulis tidak berpandangan begitu. Walaupun bila direnungkan diri, penulis terlibat dalam dunia persilatan melepasi 45 tahun. Kira-kira 21 tahun lalu, penulis menghasilkan majalah PENDEKAR. Terlangsung penulis serius dengan dunia beladiri. Tetapi, sepertimana dikatakan bila renung
diri, sebenarnya diri banyak tidak tahu dan akui masih belajar. Masih luas lautan. Belajar pula dengan sesiapa sahaja yang tahu dan yang ada kaitan dengan apa penulis lakukan. Malah dalam kelas latihan, penulis bersikap belajar dalam mengajar. Apabila memperolehi surat amanah itu, bicara hanya Adat Melayu. Isu-isu Adab dan istiadat dalam istana tidak termampu disentuh oleh penulis dan kerana itu diadakan semina r Adat dan Adab setiap tahun. Penceramah utama, Datuk Seri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua majlis adalah ‘orang istana’ yang tepat menyampaikan perihal isuisu itu. Beliau adalah juga Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang. Bagi penulis, setiap yang mengakui dirinya Melayu bukan sahaja perlu mengetahui tetapi mengamal supaya budaya bangsa terus hidup. Tujuan direncanakan isu ini kerana penulis rasakan semakin ramai bangsa Melayu sudah lupa sejarah hingga tidak kenal dan tidak tahu asal diri. Yang paling penulis enggan terjadi, perjuangan orang-orang Melayu dulu iaitu dari dalam dan luar istana untuk kemerdekaan, dilupai dan tidak dihargai. Sesekali orang Melayu, jangan siasiakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Begitu juga, ada yang bernama Melayu sanggup membuang maruah supaya kelihatan jelas berbudayakan Barat hingga tutur tidak lagi reti berbahasa dan gerak enggan lagi merendah. Melayu sebegitu perlu kembali ke pangkal jalan. Orang Barat tidak akan menghormati Melayu yang buang adat bangsa sendiri. Mereka lebih menghormati orang Melayu yang menga-
mal budaya bangsa tetapi tahu bertutur cara Barat dan berpengetahuan seperti orang Barat. Dalam dunia seni beladiri, maaf dikatakan, jika ada terguris, bahawa pengamalnya tiada penghujung dalam mempelajari ilmu itu. Ahli atau pengamal beladiri yang berpakaian seperti seorang satria atau pahlawan berakhir dengan mereka mengikhtiraf sesama sendiri atau diri sendiri. Penulis lihat bukan sebegitu caranya. Kerana itu, cadangan penulis Penyerahan Selempang Diraja bergelar Pendekar oleh DYMM Sultan Pahang terlaksana jua dalam Festival Seni Beladiri Diraja beberapa tahun lalu. Lebih 20 guru tua silat menerima selempang itu apabila Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli turun dari pentas untuk menyarungkan selempang. Itu penghujung sebenar seorang pengamal beladiri, walaupun ada bersendirian menyebar ilmu persilatan. Ikut sejarah, pahlawan-pahlawan bernaung bawah pemerintahan iaitu golongan Raja baik di Jepun atau di China. Mereka bekerja, taat dan setia serta memperolehi pengikhtirafan dari Raja mereka. Apabila Raja mereka tidak hirau lagi dengan pengamal dan ada negara tiada lagi beraja, pengamal-pengamal yang ada, dari negara itu berada dalam perjuangan yang tiada arah. Berbeza di Malaysia. Guru silat mendapat pengikhtirafan. Apa yang mereka lakukan tidak sia-sia. Mereka umpama hulubalang-hulubalang Melayu. Yang bukan silat turut tidak terpinggir dan dapat restu Raja Melayu. Kita perlu bersyukur. Kebenarannya, Silat Melayu tetap dari asal Melayu namun ilmunya sudah ditebar dan disebar merata untuk dunia mengenali Melayu. SENI BELADIRI 19
Untitled-3
19
15/12/2012, 1:13 PM
Pihak SB kali ini menyiarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut AZLAN GHANIE, ramai pengamal silat juga terbabit dengan aktiviti perbomohan atau pengubatan secara tradisional. Disertakan garis panduan dari JAKIM ini sebagai landasan dan rujukan bagi pengamal-pengamal perbomohan Melayu atau yang beragama Islam. ‘Ritual’ atau upacara-upacara tertentu yang jadi amalan bertentangan dengan agama dan fatwa JAKIM harap dapat dielakkan. - Editor AHMAD FUAD HAMDAN 1. TUJUAN 1.1.Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan perbomohan tradisional supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar. 2. PENDAHULUAN 2.1.Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumbersumber asal Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak.
Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara harus diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya. Manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Dalam hubungan ini, umat Islam di negara ini ada kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tertentu dan sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh dari fahaman animisme, dinamisme dan lain-lain. 2.2. Garis panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari penyelewengan dalam aqidah dan syariat Islam. Allah sw.t. sw.t. berfirman: “ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orangorang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”. (Surah Yunus: 106) Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan” . Para sahabat bertanya, “apakah tujuh perkara itu? ” Baginda menjawab:
menyengutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk ” . (Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 m.s.33). Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda: Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah s.a.w. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi? Baginda bersabda “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan ” (Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905) 2.3.Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Selain dari cara pengubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan ini. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki “
20 SENI BELADIRI
Untitled-16
20
15/12/2012, 1:55 PM
syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadamkhadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak. 2.4.Takrif 2.4.1.Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati orang sakit dengan menggunakan tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi). 2.4.2 Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi jam pi ser serapah apah dan seb sebaga againy inya) a) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297) 2.4.3. Pawang ialah: i) Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib). ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920). 2.4.4. Takrif Kita: Jampi ialah perlindungan yang dijampi kepada seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah. 2.5. Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perkara berikut: 2.5.1.Asal usul Perbomohan 2.5.2.Matlamat Perbomohan 2.5.3.Syarat-syarat Perbomohan 2.5.4.Mengenai Bomoh 2.5.5.Ikrar dan Sumpah 2.5.6.Pantang Larang 2.5.7.Adab Semasa Perbomohan 2.5.8. Pengamalan Perbomohan 2.5.9.Bayaran Perkhidmatan (Pengeras) 2.5.10.Pengijazahan 2.5.11.Tertakluk kepada Undangundang Negara. 3. GARIS PANDUAN PERBOMOHAN
3.1. Asal-Usul Perbomohan Setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa perbomohannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lainlain jika tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith. 3.2.Matlamat Perbomohan 3.2.1.Matlamat perbomohan hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga. 3.2.2.Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-nakutkan, mengugut orang lain dan lain-lain. 3.3.Syarat-syarat Perbomohan 3.3.1.Bagi mempastikan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran islam perkara berikut hendaklah dikenalpasti: i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata. ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat. iii) Tidak boleh percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri. iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain. v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’i. vi) Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ ghaib ” dalam acara perbomohan. vii) Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu. viii) Tidak boleh mentaati bomoh atau seseorang pada perkaraperkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
3.4.Mengenai Bomoh 3.4.1.Bomoh hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya. 3.4.2.Tidak melakukan perkaraperkara yang boleh membawa syirik, sama ada melalui iktikad, perkataan atau perbuatan. 3.4.3.Tidak meninggalkan ibadatibadat wajib dalam Islam seperti sembahyang fardhu, puasa dan zakat. 3.4.4.Tidak melakukan maksiat, jenayah jena yah dan yan yang g bert bertenta entangan ngan dengan undang-undang negara. 3.4.5.Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga. 3.4.6.Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa nafsu. 3.4.7.Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik. 3.4.8.Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul Islam atau tidak. 3.4.9.Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudrat Allah. 3.4.10.Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah semata-mata. 3.4.11. Tidak Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum atau ‘ menurun ’ kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengannya. 3.4.12. Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik SENI BELADIRI 21
Untitled-16
21
15/12/2012, 1:55 PM
pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain. 3.4.13. Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T S.W.T.. 3.4.14. Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan. 3.5. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia 3.5.1. Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya ikrar saja boleh digunakan mengikut kesesuaian. 3.5.2. Pengamal perbomohan tidak boleh taat secara membuta tuli kepada bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan bomoh tertentu selama tidak bercanggah dengan hukum syarak. 3.5.3. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam pengakuan ikrar hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja dewa atau nama berhala. 3.5.4. Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam. 3.6. Pantang Larang 3.6.1. Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti hantu, jin, penunggu atau orang halus dan sebagainya. 3.6.2. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh sehingga melakukan perkaraperkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan bomoh s ahaja dan sebagainya. 3.6.3. Perkara-perkara yang harus dan halal dalam syariat Islam tidak boleh dihukumkan haram atau sebaliknya. 3.6.4. Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh sekiranya bertentangan dengan apa jua
perkara yang berhubung aqidah, syariah dan akhlak Islam. 3.7. Adab Semasa Perbomohan 3.7.1. Tidak mendakwa perkaraperkara yang ghaib. 3.7.2. Bomoh tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh. 3.7.3. Bomoh hendaklah melarang pesakitnya memuja, mengagung atau taksub kepad dirinya. 3.7.4. Bomoh hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau bersama pesakit. 3.7.5. Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai orang Islam. 3.8. Pengamalan Bomoh 3.8.1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. 3.8.2. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulu llah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya. 3.8.3. Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain. 3.8.4. Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat alQuran dan jangan menganggap tangkal mempunyai kuasa. 3.8.5. Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat: i) menggunakan ayat al-Quran
ii) menggunakan bahasa yang difahami iii) jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa. 3.8.6. Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat alQuran. 3.8.7. Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran secara songsang, seperti Qul-Huwallah dan lain-lain. 3.8.8. Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza ’). 3.8.9. Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan. 3.8.10. Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan. 3.9. Bayaran Perkhidmatan/ Pengeras 3.9.1. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik. 3.9.2.Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolongmenolong. 3.10. Pengijazahan 3.10.1 Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah
22 SENI BELADIRI
Untitled-16
22
15/12/2012, 1:55 PM
sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya. 3.11. Tertakluk Tertakluk Kepada Undangundang Negara Semua pengamal ilmu perbomohan perlu patuh kepada undang-undang negara. 4. PENUTUP Dengan mengikuti garis panduan ini diharapkan para pengamal ilmu perbomohan dapat menghindarkan diri dari ajaran sesat dan aqidah yang karut agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T S.W.T..
Surat dari Pembaca
C
Apa tunggu lagi Mr David Teoh?
epatlah buat filem aksi seni beladiri. Negara kita ada ramai pelakonpelakon aksi yang gagah dan handsome. Filem negara kita pun boleh maju dengan seni beladiri tau, lihat Bruce Lee, kita ada Ketiga-tiga personaliti Mat tiru oleh pelakon-pelakon yang ramai tau yang lebih handsome Wahab, S. Suhaizy dan Tony ada bukan pakar. Kami mahukan dari Bruce Lee pun kita ada. jutaan murid dan peminat-peminat golongan kami beraksi untuk seni Kita ada cikgu Mat Wahab (silat), mereka tersendiri di seluruh Malay- beladiri, bukan golongan plastik kita ada master S. Suhaizy sia, malah Brunei dan Singapore yang pandai ‘posing’ muka dan (taekwando), kita ada sensei Tony tau, gerenti laku filem Mr David. hafal dialog sahaja. Watak gila, (aikido), kita pun ada ramai hero kalau tak percaya, cubalah, itu pun watak hantu, watak orang mati tomoi, kita ada hero capoeira, kita kalau anda berani? Saya semua orang boleh buat, tapi watak ada hero silambam, kita ada hero cadangkan tajuk filem Mr David kali aksi seni beladiri, hanya pakar seni beladiri sahaja yang mampu, kungfu, kita ada hero karate, ini ‘BERANI’, amacam? pendek kata negara kita ini ada Kami dah bosan asyik tengok menjiwainya. Rempit dah, Jangan Pandang semua jenis seni beladiri “Best of filem aksi luar negara aje, kami dah the best”. Kita ada hero tua, hero bosan dengan filem aksi dari Thai- Belakang dah, Senario pun dah, muda dan hero remaja tau, land, Indonesia, Hong Kong, Holly- seni beladiri bila lagi? Kami tahu Mr kesemua mereka ini taksub dan wood atau Bollywood. Kami David boleh buat punya, CEPAT! begitu pakar dalam seni beladiri mahukan filem-filem aksi beladiri Sebelum penerbit lain baca amsing-masing. Gunakanlah dari negara kita sendiri. “FILEM cadangan saya ini! kehebatan dan kepakaran mereka KITA WAJAH KITA.” Mohammad Adam Harris Haikel ini di layar perak, gerenti gempak, Kami mahukan ‘Malaysian Martial Bin Yahya, Taman Tun Dr Ismail, KL. gerenti box office punya. Arts Action Movie’ bukan aksi tiruSENI BELADIRI 23
Untitled-16
23
15/12/2012, 1:55 PM
Sembang-sembang Dunia SB
Sembangsembang Dunia SB
bersama: AHMAD FUAD HAMDAN emel : fuad81@yah
[email protected] oo.com
A
ssalamualaikum, salam ssalamualaikum, sejahtera semua. Salam perpaduan. Bersatu kita dalam seni beladiri.
Ketika artikel ini ditulis, kami di SB sudah menerima khabar pemergian dua tokoh persilatan iaitu Pak Muslim, Guru Utama Silat Kalimah Amin Amin dan Pakcik Bakar, menantu Mat Kilau juga pewaris Silat Tapak Setia Suci dari Mat Kilau. Anak kepada Pakcik Bakar iaitu Guru Mohd Al Hamady ada menyatakan beliau memohon maaf bagi pihak Allaya Allayarham rham bapanya. Kepada sesiapa yang pernah disakiti atau disalahi, harap ampunkan dan turut sama-sama mendoakan kesejahteraan ruh beliau. Begitu juga dengan Allayarham Pak Muslim. Marilah kita samasama sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua guru tua ini. AlFatihah... Sempena ini, kawan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf kepada semua pembaca SB. Maafkan jika ada yang pernah terasa hati atau tersinggung dengan penulisan kawan sepanjang menulis di kolum ini. Kawan sememangnya budak ba ru be bela la ja jar. r. Ba Bany nyak ak si la p da dan n salahnya. Tetapi minta janganlah jolok dengan galah pula kalau nak diajar kawan. Tegurlah kawan. Hantar emel boleh, nak sms pun boleh. Maklumlah sejak ada kolum sendiri kadang-kadang ghairah sangat melontar buah fikiran. Tak salah ada pendapat dan
pandangan sendiri tetapi jangan sampai ia menjadi duri tajam yang menyucuk hati sanubari insan lain. Lebih-lebih lagi orang silat. Iyelah, orang seni ni jiwanya halus. Rajuknya kadang-kadang lambat nak pulih. Lebih-lebih lagi guru tua. Lagipun wujudnya majalah SB untuk bersaudara, bersilaturrahim. Bukan untuk menuding jari, menyalahkan yang itu dan yang ini. Begitu pun SB untuk kebenaran, kadangkala ditulis juga yang kurang sedap dan pahit ditelan. Bukan niat untuk menyakitkan tetapi memberi panduan kepada yang mahu mengikuti. Bercakap tentang silaturrahim, kawan seronok sangat apabila be rk rkes es em empa pa ta tan n me meny nyer erta taii sa tu perjumpaan tahunan gabungan persilatan PANJI di Batu Pahat Januari lalu. Bagi kawan itulah yang dikatakan ‘silat itu silaturahim’. Kemesraan, kemeriahan, macam berh ari ray a pul pulaa sua suasan sanaa yan yang g dialami. Kalau diikutkan, kawan mulamula menemuramah guru Silat Panji Putera Ledang, Imam Mokhtar di Tangkak, Johor beberapa tahun lalu apabila ke sana atas urusan kerja. Kawan sempat menemuramah dan mengambil gambar walaupun waktu terluang terlalu singkat. Bagaimanapun gambar-gambar guru tua itu banyak yang tidak menjadi dan kisah mengenai beliau sehingga sekarang belum lagi keluar di majalah SB. Januari lalu kawan telah dijem dijemput put ke sebuah majlis penganugerahan
bengkung oleh Gabung bengkung Gabungan an Seni Silat Panji di Kapar, Selangor. Apabila Guru Hashim, guru utama Gabungan Seni Silat Panji memberitahu akan ada perjumpaan tahunan di Batu Pahat yang akan menghimpun semua perguruan bawa ba wah h na naun unga gan n PANJ I, ka kawa wan n teringat pula kepada Imam Mokhtar yang kisahnya dahulu masih ‘diperam’ kerana tiada gambar untuk keluar dalam majalah. Kawan rasa, itulah peluang keemasan. Kawan dah berkira-kira, selain dapat menemubual Guru Hashim dan juga buat liputan mengenai perjumpaan tersebut, dapatlah kawan ambil gambar Imam Mukhtar dan keluarkan temubual eksklusif dengan beliau di Tangkak dahulu. Bagaimanapun hajat kawan tidak kesampaian juga. Terlalu sukar untuk kawan mencuri masa guru-guru dari dua aliran tersebut kerana sepanjang persembahan silat yang bermula dari jam 9.00 malam hingga ke 5.30 pagi, guru-guru tua duduk di tempat VIP dan harus menyaksikan persembahan sampai tamat. Imam Mukhtar pula diperlukan khidmatnya bermain gendang silat sepanjang masa dan kawan hendak mendekati pun susah. Sehinggalah habis tamat majlis, kesemua peserta terus sahaja berg era erak k ke kend era eraan an mas masing ing-masing, kebanyakannya menaiki bas yang disewa dan terus berger bergerak ak pulang ke destinasi masing-masing. Tidak mengapalah, ada waktu lain untuk kawan. Yang penting
Ruang Iklan Perguruan
Ruang iklan berbayar
MAGMA Baju Seragam Silat RM35 - RM 38 satu set (Baju, Seluar, Talipinggang)
i D ar i R M 4 0 t!! u s e t s a t u
WTF TKD Uniform (Very attractive price for instructors)
Kami juga menjual menjua l barangan seni seni mempertahankan mempertahankan diri dengan dengan harga ha rga yang ber berpat patutan. utan.
SSK EVO Enterprise (1525518-U) No. 29, Jalan Puteri 7/7, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor DE, Malaysia. email :
[email protected] Tel : 6 03 - 8063 1668 H/P : 6 017 - 218 2239 Fak : 6 03 - 8063 1663
Malaysia Martial Arts Grandmasters Association/ Persatuan GuruGuru Seni Beladiri Malaysia Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 017-3818700 (Imran) 012-3105118 (W (Wati) ati)
AKBN AKADEMI BELADIRI NUSANTARA Keterangan Percuma SMSkan nama, alamat lengkap ke:
017-6184968 (www.akbn.com.my) Arwah pakcik Bakar bersama Azlan Ghanie.
perkenalan sudah bermula dan nombor telefon juga sudah diperoleh, memudahkan kawan buat temujan temujanjiji untuk pertemu pertemuan an seterusnya. Buat masa ni kawan peram lagi cerita Imam I mam Mokhtar. Mokhtar. Bercerita mengenai silat PANJI, nama itu merupakan nama yang diberi pengasasnya, Mahaguru Radin Ismail. Beliau juga dengan kebijaksanaannya pula telah mengangkat murid-muridnya www.auraasshifa.blogspot.com menjadi guru utama bagi aliran BERMINAT? persilatan masing-masing. Hubungi Master Anuar Ahmad Bagi kawan tindakan itu sangat di talian ‘genius’. Awalnya tidak nampak 012-4142401 hikmahnya. Tetapi setelah beliau Alamat gelanggang: meninggal dunia baru jelas. Tidak 36, Taman Anggerik, 36000 berlaku krisis atau perebu perebutan tan kuasa tentang siapa paling layak Teluk Intan, PERAK DARUL RIDZUAN menggantikan guru...
A u ra
AS- SHIFA PERSATUAN SENI SILAT WARISAN NEGERI PERLIS Alamat gelanggang: 123-A, Kg Tebing Tinggi, 01000 Bintong Kangar,, Perlis Indera Kangar I ndera Kayangan Website: www.silatwarisan.com www.silatwarisan.com No Tel: 019-4786226 (Ustaz Mazlin Hamid) Iklan ini adalah dibayar
r om t ion f r r ac t t r Ex t y Based Realit y a c C o u n t e r R e V ol r aining t ion T r o V t o l
30 SENI BELADIRI
MENJEJAK TUMBUHAN RIMBA BELANTARA
OLEH: MAZLAN HAJI HASHIM (Talian h/p: 019 952 3721) Anugerah: PENULIS DUNIA SENI BELADIRI oleh Majalah SENI BELADIRI
D
ewasa ini didapati berbagai penyakit menyerang kita. Darah tinggi, kencing manis, gout dan barah sudah menjadi sebutan harian. Sebenarnya kita masih kurang mendapat info kesihatan untuk melindungi diri dari rupa-rupa penyakit. Setelah diserang barulah kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan kita terkena penyakit tersebut. Di waktu itu barulah kita mengawal pemakanan dan berpantang untuk pulih semula. Sebenarnya ia sudah terlewat kerana itu diingatkan, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
PERINGATAN
Anda dinasihatkan memperolehi khidmat-nasihat dan penerangan yang lebih lanjut dari guru Mazlan Haji Hashim atau mana-mana pakar perubatan tradisional atau moden terlebih dahulu sebelum mengamalkan penggunaan tumbuhan-tumbuhan tradisional Melayu yang dipamerkan dalam ruangan ini. - Penerbit AZLAN GHANIE
Negara kita begitu mewah sekali dengan pelbagai sajian makanan. Tidak menjadi kesalahan buat kita menjamu selera tetapi makanlah sekadar perlu. Jangan makan mengikut nafsu, kelak kita yang kecundang akhirnya. Pelbagai ubat dan penawar sama ada yang moden ataupun tradisional mudah didapati tetapi belum tentu ia dapat menyembuhkan penyakit. Eloklah beringat sebelum terkena penyakit mula bertapak di dalam diri. Faktor pemakanan menyumbang risiko besar kepada sesuatu penyakit. Mengambil makanan yang banyak mengandungi ‘purin’ boleh menambah asid ‘uric’ di dalam tubuh. Mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan masin akan mengundang darah tinggi. Begitu juga apabila makanan manis menjadi idaman maka kencing manis akan memakan diri. Naga Buana adalah tumbuhan renek yang ba ny ak di ta na m se ba ga i ta na ma n hi as an . Batangnya tumbuh menegak dengan mengeluarkan daun halus pada rantingnya. ia mengeluarkan bunga kecil berangkai berwarna merah jambu di bahagian rantingnya. Naga Buana boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Air rebusan daunnya dikeringkan dan direbus lalu diminum boleh mengubati penyakit gout. Daunnya dikisar dan dibuat barut untuk mengubat sakit di dalam perut. Daunnya diramas di dalam air dan dibuat jaram di kepala bagi melegakan demam dan panas badan. Getah yang terdapat pada tangkai pokoknya dititis pada gigi yang sakit dan berlubang untuk meredakan sakit gigi. SENI BELADIRI 35
Untitled-1
35
15/12/2012, 2:05 PM
gelanggang tradisi
Perguruan
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bergelanggang, boleh hubungi: No Tel: 016- 350 0410 . No. 2201, Jalan Permata 10, Tamann Permata Ulu Kelang, Tama 53300 Kuala Lumpur.
(Berilmu, Setia & Berbakti) GURU UTAMA DAHLAN KARIM ANUGERAH PENULIS DUNIA SENI BELADIRI
Keluaran
90
www.silatsetiabakti.blogspot.com
P
ukulan 7 Hari sering didengar dan disebut-sebut oleh ramai peminat seni beladiri silat. Ia merupakan sebahagian dari inti rahsia buah pukulan yang digunapakai untuk mengatasi serangan lawan. Buah dan kaedahnya ringkas, mudah dipelajari dan berkesan untuk beladiri. Sesuai juga diprakti kkan di tempat sempit atau kawasan lapang, dalam rumah, dalam bas, di tengah padang, tepi jalan dan di mana-mana tempat kerana ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak untuk mengatasi lawan. Banyak terdapat perguruan, orang perseorangan dan guru-guru silat yang memiliki kemahiran pukulan ini tetapi mungkin ada perbezaan pada teknik,
2
5
kefahaman dan penyampaian ilmu tersebut mengikut kaedah guru yang mengajar. Dalam konteks ini, perguruan Setiabakti mempunyai kaedahnya sendiri untuk menyampaikan ilmu ini. Oleh itu saya telah menamakannya
1
3
6
‘Pukulan 7 Hari Setiabakti’ untuk menjawab pertanyaan dari para peminat pukulan ini. Ilmu yang diturunkan adalah mengikut kefahaman saya dari guru yang saya temui. Mungkin lain guru, lain tempat atau lain negeri, lain pula rupa pukulan ini. Ilmu pukulan 7 hari ini saya pelajari dari abang saudara saya, Musa Tambi Tambi lama dahulu. Ketika itu beliau menetap di Kuala Lumpur. Pukulan 7 hari bermaksud 7 buah pukul, 7 sasaran pada lawan (digelar makam) dan 7 hari belajar (sehari satu mata pelajaran buah pukul). Sasaran buah 1 di persenyawa, buah 2 sasar di muka, buah 3 di bahu
4
7
kanan, buah 4 di bahu kiri, buah 5 di rusuk kiri, buah 6 di rusuk kanan dan buah 7 di suduhati. Masing-masing setiap sasaran menggunakan kaedah sebat, tumbuk baji, tumbuk pepet,
hentak buku lima, tapak tangan dan tendangan spring. Digabung pula dengan kaedah gerak pukul, elak pukul dan buah seturut. Untuk lebih berkesan teknik yang digunakan hendaklah disatukan dengan petua-petua silat seperti gerak pukul (perhatikan gerak bahu kiri atau kanan dan lutut kiri, lutut kanan), elak pukul, pukul dalam gerak dan buah sulung. Namun apa pun petua, teknik atau kedah tidak akan berkesan sekiranya tidak diamalkan. Bagi mendapatkan kepantasan, kekuatan dan ketepatan pukulan, gunakan punching bag atau dinding batu sebagai sasaran pukulan. Pukulan 7 Hari Setiabakti diajar kaedah menanti dan menyerang serta memiliki teknik yang ringkas, mudah dipelajari dan berkesan untuk beladiri. Bagi yang ingin mewarisi beladiri ini, anda hanya perlu menghadiri dua kali kursus insentif yang kami adakan setiap Ahad atau pada tarikh dan masa yang anda tetapkan sendiri di gelanggang pusat Setiabakti, Taman Permata, Hulu Kelang Kuala Lumpur. Sila hubungi saya (guru Dahlan ) di talian 016-3500410 atau 019-6555371 (cikgu Hamidi). Sediakan payung sebelum hujan. Demo Teknik 1 (Makam 1) Pukulan 7 Hari Setiabakti oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Mohd Dzulkarnain. 1. Musuh mula menyerang, 2. Segerak, tepis dan makan sasaran ke makam 1 (persenyawa), 3. Susuli serangan ke muka dengan bergelek, 4. Buah sebat ke bawah dagu musuh, 5. Hentak muka musuh dengan buah tumbuk pepet, 6. Akhiri serangan dengan tendangan spring ke persenyawa musuh, 7. Siap sedia untuk serangan seterusnya.
KURSUS HUJUNG MINGGU SETIABAKTI
TAHUN 2009 Pukulan Buah Melaka/ Pukulan 7 Hari Teknik Tongkat & Kayu Selengan Teknik Parang/ Tangan Kosong Teknik Tembung & Buluh Runcing Beladiri Wanita Wanita
Urut & Senaman Tradisional Teknik Kerambit Teknik Belati Refleksologi TERBARU! VCD Perguruan Setiabakti Peluang menjadi Jurulatih dan mengembangkannya (Sijil akan dikeluarkan). Tempat kursus/latihan: Gelanggang Setiabakti, No. 2201, Jln Permata 10, Taman Permata, Ulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur. BERMINAT : Sila hubungi 016 - 350 0410 GURU DAHLAN KARIM
LATIHAN BIASA: Setiap malam Rabu dan malam Sabtu di gelanggang yang sama.
Aktiviti
DEVASTATING... Special Aikido techniques shown by Yasushida Shioda Kanco.
S
hoppers passing through The Blue Atrium at Sunway Pyramid on October 4th, were accorded a rare opportunity to witness a spectacle of poise and power as practitioners of the Japanese martial arts Aikido held a public demonstration. This demonstration was organized by Yoshinkan Aikido Malaysia through the contribution and support of a group of Socially Concerned Corporate Citizens, Sunway Pyramid, Dialog Group Bhd., Cititel Mid Mi d Valley, Valley, Eau Claire Mineral Water, Resorts World Bhd., Mah Sing Group and Bru
Haas Sdn. Bhd. The event was officially launched by Yasushisa Shioda, Global Head of Yoshinkan Aikido with the chief inspector of Yoshinkan Aikido Malaysia (YAM) Sensei Sonny Loke by performing two Aikido demonstrations. Both throwing their attackers to the ground and a gimmick by the children of YAM, releasing balloons to mark the commencement of demonstration. During the demonstration, visitors were treated to some displays of skill and grace from Aikido practitioners as young as 5 years old, both male and female. Colleen shows the way of skill and grace.
Visitors were also given a glimpse of weapons techniques using the ‘jo’ (long stick), ‘bokken’ (wooden long sword) and ‘tanto’ (wooden dagger). Also being shown is the application of Aikido in engaging an armed opponent and relieving him of his weapon. The demonstration was concluded with a special demonstration of Aikido technique by the Global Head of Yoshinkan Aikido, Yasushida Shioda Kanco who time and time again was able to force his opponent to the mat using only the slightest of wrist and arm movement. It’s simply amazing.
Shoppers passing through The Blue Atrium at Sunway Pyramid couldn’t resist the Yoshinkan Aikido spectacle. Most gather at the demonstration arena till the end.
Even the heavy rain that fell from the start of the demonstration to its end failed to dampen the interest of the participants and the enthusiastic crowd could be seen squeezing under canopies erected all around the entrance of the Blue Atrium. Atrium. Immediately afterwards, 33 members of the public who registered, participated in a one and a half hour self defense workshop under the watchful eye of YAM instructors. Participants also had the opportunity to join Kung Hai Yuan, Miss Malaysia Tourism Queen Of The Year 2008, during the workshop. Participants were taught practical and applicable techniques using the ‘3D’ principles of self defense, ‘Distract’, ‘Disengage’ and Depart’.
POISE AND POWER... ‘Queen’ Kung Hai Yuan shows a cool Aikido technique.
KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN TAEKWON-DO MGTF 2008 PULAU PINANG
U
niversiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang jadi medan pertarungan antara artis-artis Taekwondo-Do MGTF sempena Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2008 lalu. Kejohanan tersebut adalah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan dengan Kerjasama Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia (MGTF) dan diselaraskan oleh Jabatan Jaba tan Beli Beliaa Dan Suka Sukan n Nege ri Pulau Piang dan Persatuan Taekwon-Do Negeri Pulau Pinang (GTF). KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN TAEKWON-DO MGTF 2008 PULAU PINANG Tempat: USM Pulau Pinang Tarikh : 27 hingga 30 Disember 2008 Pengurus: ANG KEE WAH Jurulatih: NG BOON TUCK Peserta: Lee Chee Siong, Chow Gua Hao, Wee Tze Yin, Ang Hock How, Mohamad Saiful Ikram, Mindi Dharshini, Ng Sher Li, Wee Geot Fang, Nurazhani Rosli, Wee Sin Yee. 1. EMAS: Chow Gua Hao (Acara Sparring (L) Light Weight) 2. EMAS: Lee Chee Siong (Acara Pattern (L) 2nd Dan) 3. EMAS: Wee Tze Yin (Acara Pattern (L) 1st Dan) 4. EMAS: Ng Sher Li (Acara Pattern (P) 1st Dan) 5. EMAS: Lee Chee Siong (Acara Pattern Berpasangan) 6. EMAS: Mindu Dharshini AP Revindran (Acara Pattern Berpasangan) 7. PERAK: Chow Gua Hao (Acara Pattern (L) 3nd Dan) 8. PERAK: Mindu Dharshini AP Revindran (Acara Pattern (P) 2nd Dan) 9. GANGSA: Wee Geot Fang (Acara Sprring (P) Light Weight)
Kejohanan disertai oleh 14 kontijen negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, melibatkan 200 pegawai dan peserta seluruh Malaysia. Sebanyak 17 pingat emas, 17 perak dan 33 gangsa menjadi rebutan. Kejohanan kali ini menjelmakan persaingan hebat kerana kesemua peserta adalah muka baru yang mempunyai kehebatan masing-masing. Skuad Pahang sejak awal lagi telah menguasai peringkat suku akhir dan separuh akhir dan mereka semakin bersemangat apabila 7 peserta dari pasukan itu berjaya ke akhir. Negeri Pahang akhirnya berjaya mengutip 6 emas, 2 perak dan 1 gangsa gangsa seterusnya menjadi naib johan keseluruhan. Johan ialah pasukan Kedah dengan pungutan 6 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Wee Tze Yin dan Ng Ser Li menjuarai acara pattern Talipinggang Hitam Darjah Pertama Lelaki dan
perempuan. Lee Chee Siong memperolehii 2 emas manakala Mindu memperoleh Dharshini 1 emas dan 1 perak di acara Pattern Talipinggang Hitam Darjah Kedua dan Pattern Berpasangan. Satu lagi emas dipungut oleh Chow Gua Hao melalui acara sparring Light Weight. Pahang telah diwakili oleh lima peserta lelaki dan perempuan iaitu Lee Chee Siong, Wee Tze Yin, Chow Guo Hao, Mohd Saiful Ikram, Ang Hock How, Mindu Dharshini AP Revindran, Ng Shern Li, Wee Sin Yee, Nurazhani Rosli dan Wee Geot Fang. Musthana Mahat selaku presiden berasa puas hati dengan kejayaan tersebut kerana pada mulanya sasaran cuma 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa sahaja. Beliau mengucap terima kasih kepada Jabatan Belia Dan Sukan Pahang kerana memberi dorongan dan kerjasama kepada skuad itu.
Berita SB
Perjumpaan Gabungan Persilatan Panji 2009
oleh AHMAD FUAD HAMDAN
J
ika selalu dicanang dan diperkatakan bahawa silat itu adalah silaturrahim, maka gabungan persilatan PAN PANJI JI adalah bukti nyata kata-kata itu. Setiap kali tibanya awal bulan kalender Islam iaitu Muharram, seluruh gabungan persilatan PANJI akan berkumpul dan mengadakan demonstrasi silat di halaman rumah Allayarham Mahaguru pengasas persilatan PANJI iaitu Tuan Haji Radin Ismail di Sungai Sarang
Dicky Dzulkarnain buka gelanggang.
Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor. Majlis yang diadakan sejak 45 tahun lalu itu tetap diteruskan walaupun setelah pemergian Allayarham Guru Radin Ismail. Di bawah persilatan PANJI, terdiri beberapa gabungan persilatan iaitu Seni Silat Sendeng Panji, Seni Silat Panji Putera Putera Ledang, Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan, Seni Silat Pukulan Seri Mersing Karakatau, Seni Silat Kota Sendeng, Seni Silat Panji RIA, Seni Silat Panji Warisan, Seni Silat Gayung Makrifat, Seni Silat Kuntau Tekpi dan Gabungan Seni Silat Panji. Kesemua persilatan merangkumi beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang, Pulau
Pinang, Singapura dan juga Kepulauan Indonesia seperti Jawa Tengah, Ceribon dan Surabaya. Januari lalu wartawan SB berkesempatan menyaksikan sendiri perjumpaan silaturrahim gabungan persilatan PANJI di Sungai Sarang Buaya atas jemputan Guru Che Hashim Che Jaafar iaitu Guru Gabungan Seni Silat Panji, Kapar Selangor . Guru Che Hashim terlebih dahulu mendalami Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan pada 1980an sebelum pada 1992 diijazahkan oleh Guru Radin Ismail sebagai pengasas sebuah persilatan baru yang dinamakan Gabungan Seni Silat Panji. Mulai hari pengijazahan itu beliau diamanahkan oleh Guru radin Ismail menjadi guru kepada
MERIAH... Gelanggang terang-benderang dan dipenuhi penduduk datang menyaksi.
46 SENI BELADIRI
Untitled-6
46
15/12/2012, 1:22 PM
Gayang Lima
Sembah Perguruan Sendeng Panji
aliran persilatan beliau sendiri dan bernaung di bawah persilatan PANJI. Majlis itu yang bermula selepas Solat Isyak dimulakan dengan sembah buka gelanggang oleh Dicky Dzulkarnain, pesilat Panji dari Singapura. Kemudiannya satupersatu persembahan silat dari pelbagai perguruan silat Panji dan juga jemputan menghiburkan para jemputan yang sedia meyaksikan dari jam 9.00 malam sehingga ke jam 5.00 pagi. Sememangnya menakjubkan bila difikirkan yang aktiviti tersebut
Pusaka Gayung
sudah dimulakan sejak 45 tahun lalu. Penduduk tempatan di situ juga sudah mengenali dan sekian lama menjadi penyokong utama aktiviti tersebut. Ia sebuah perjumpaan tahunan pesilat yang benar-benar menonjolkan ikatan silaturrahim antara pelbagai aliran persilatan. Selain persembahan dari gabungan persilatan PANJI, aliran persilatan lain yang menerima je mp ut an si la tu rr ah im ad al ah Pusaka Gayung dari SMK Selayang Baru, Singa Kandangan Meru, Kelang, Gayang Lima dari Batu Pahat dan Silat Awang Sulung
Merah Muda dari Kulim, Kedah. Persembahan diiringi kumpulan gendang silat dari Silat Panji Putera Ledang kendalian Guru Imam Mukhtar Haji Othman yang tidak nampak penat walaupun bermain terus-menerus selama lebih lapan jam. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada semua peserta dan sebuah anugerah khas kepada seorang pemimpin muda dari setiap perguruan PANJI yang memenuhi kriteria tertentu perguruan. Seperti kebiasaan di setiap perjumpaan tahunan, Perjumpaan Gabungan Persilatan PANJI 2009 ditutup dengan acara berselawat dan bersalam-salaman antara semua yang hadir.
BERTAHAN... Kumpulan Gendang Panji Putera Ledang secara ‘live’ memainkan alunan muzik silat. SENI BELADIRI 47
Untitled-6
47
15/12/2012, 1:23 PM
Berita SB
Ekslusif Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCUHM 1430H
oleh AHMAD FUAD HAMDAN
T
enaga pengajar atau jurulatih adalah golongan yang amat penting dalam pergerakan sesebuah perguruan seni beladiri seperti silat dan sebagainya. Jurulatih yang berwibawa, komited dan sanggup berusaha keras menaikkan nama perguruan menjadi tonggak utama persatuan. Jurulatih jugalah diharap-harapkan menjadi pewaris dan penerus kepada sesebuah perguruan seni beladiri itu. Atas sebab itu, jurulatih atau tenaga pengajar sejak lama dahulu menjadi aset utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) dalam memacu perguruan tersebut ke tahap yang dicapainya sekarang. Guru Utama, Marwi Latif dalam ucapan beliau pada Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCUHM Sempena awal Muharam 1430H, turut menyentuh mengenai peri kepentingan sumbangan tenaga pengajar dalam perguruan silat Cekak Hanafi. Antara amanat yang telah disampaikan beliau adalah supaya tenaga pengajar menjalankan tugas bersungguhsungguh, menjaga Guru Marwi Latif
keperibadian diri sendiri dan mengelakkan diri dari mempunyai niat-niat yang tidak baik terhadap ahli-ahli apabila mengajar silat. Kata-kata itu dilafazkan kepada kira-kira 300 ahli silat Cekak Hanafi yang menyertai Sambutan Hari Tenaga Pengajar 2009 yang diadakan pada 17 Januari lalu bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MP (MPAJ), AJ), Selangor. Hari Tenaga Pengajar diadakan setiap tahun bagi menghargai sumbangan barisan tenaga pengajar dan jurulatih Silat Cekak Hanafi. Ia juga khusus untuk meningkatkan semangat mereka supaya sentiasa tekun berusaha meneruskan amanah persilatan. Selain itu ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahliahli Silat Cekak Hanafi seluruh negara apabila dapat berkumpul bersama dan saling bertukar fikiran. Pada setiap perjumpaan Hari Tenaga Pengajar, jurulatih Silat Cekak Hanafi dari seluruh negara berkumpul dan memperbaharui ikrar serta tauliah kejurulatihan yang diterima dari persatuan. Tahun ini seramai 250 tenaga pengajar telah ditauliahkan. Sambutan kali ini pula menjadi lebih bermakna bagi persatuan itu kerana ia juga menandakan bermulanya pelancaran Akademi Silat Cekak Hanafi iaitu satu perancangan perancanga n jangka masa panjang persatuan tersebut dalam misi
48 SENI BELADIRI
Untitled-7
48
15/12/2012, 1:25 PM
memartabatkan Silat Melayu setaraf dengan seni beladiri asing. Penubuhan Akademi tersebut adalah satu bentuk ‘penjenamaan semula’ imej Silat Cekak Hanafi dengan memberi alternatif dan prasarana yang lebih efektif. Objektif penubuhan akademi adalah untuk menyedia dan melaksana kaedah pembelajaran Silat Cekak Hanafi yang lengkap dengan teori dan praktikal serta mewujudkan tenaga pengajar yang berwibawa di semua peringkat. Rasionalnya, penubuhan akademi tersebut dijangka akan dapat meningkatkan kaedah pembelajaran Silat Cekak Hanafi supaya lebih bersifat akademik dan praktikal, setaraf dengan ilmu pengetahuan lain yang boleh diketengahkan ke peringkat kurikulum di pusat-pusat pengajian tinggi. Berbicara dengan Guru Marwi Latif, beliau memberi contoh beladiri Korea iaitu taekwando yang sudah pun diajar sebagai matapelajaran di universiti-universiti Korea dan harapan beliau silat juga akan mencapai tahap sebegitu. Dalam wawancara SB dengan Guru Marwi, didapati visi dan misi akademi tersebut secara umumnya menaikkan nama silat walaupun secara khusunya Silat Cekak Hanafi adalah penggerak usaha tersebut. Wartawan SB sempat bertanya kepada Guru Marwi soalan mengenai benarkah Silat Cekak Hanafi mengaibkan silat dan seni beladiri lain dalam setiap
Cek sumbangan disampaikan kepada wakil NSTP NSTP..
persembahan-persembahan mereka? Dakwa beliau, ianya bukan berniat untuk mengaibkan silat atau beladiri lain tetapi sekadar satu persembahan semata-mata. “Bukan niat untuk memperlekeh, tetapi setiap teknik silat Cekak mampu menghadapi serangan berbagai rupa. “Bukanlah untuk membanding atau mengatakan silat Cekak boleh menewaskan silat (atau beladiri) tersebut,” katanya. Guru Marwi juga menekankan bahawa setiap silat atau beladiri itu ada kelebihannya masing-masing. Beliau juga mengatakan ada pihak terlalu cepat membuat andaian tanpa usul periksa dan meminta mana-mana pihak yang inginkan penjelasan mengenainya boleh menghubungi beliau sendiri. Seorang jurulatih Silat Cekak
Hanafi juga mengakui dalam persembahan-persembahan silat Cekak, ada watak hero dan watak jahat. Hero adalah pengamal silat Cekak yang akan mengambil serangan watak jahat yang bermacam rupa dan mengatasi teknik musuh itu dengan teknikteknik silat Cekak. Bezanya silat Cekak tidak bertari dan berkuda-kuda menanti serangan dengan berdiri tegak. Kerana itu watak jahat memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana dengan melakonkan berbagai gaya dan adakala lakonan itu menyamai gaya silat atau beladiri lain. “Kalau dua-dua tegak sahaja, tak menariklah persembahan,” dakwa beliau yang turut mengakui ada terlalu banyak silat dan beladiri yang hebat dan ada kelebihan masingmasing. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu turut diserikan dengan persembahan silat Cekak sebelum berlangsungnya Pelancaran Secara Rasmi Akademi Silat Cekak Hanafi. Kemudian diikuti pembacaan ikrar dan penyampaian tauliah kepada semua tenaga pengajar.. Majlis turut menyerahkan pengajar cek sumbangan kepada ‘Tabung NSTP Untuk Gaza’ yang disampaikan oleh Guru Utama kepada wakil dari New Straits Times Press. Majlis berhenti rehat waktu makan tengahari dan kemudian diteruskan dengan forum bertajuk ‘Silat Cekak Hanafi: Perjuangan Perlu Diteruskan, Kenapa dan Bagaimana’. Majlis bersurai jam 4.30 petang. SENI BELADIRI 49
Untitled-7
49
15/12/2012, 1:25 PM
DUA PERGURUAN - Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia (Lok 9) dan Siamang Laut membuat kejutan pagi 28 Januari lalu, apabila muncul dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Selama 15 minit, dua perguruan itu menampilkan sembah, membuat pengasas Lok 9, Azlan Ghanie yang ju ga pe ne rb it ma ja la h SE NI BELADIRI (SB) tidak putus-putus menerima tahniah hingga lewat petang itu. Manakala guru Siamang Laut, guru Ahmad Tajuddin Ayeob (juga guru Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak) bukan sahaja membuat sekolah itu terkenal, beliau turut membuat nama Beruas terkenal di Malaysia. Tidak mustahil, serata dunia di masa depan. Pesilat Lok 9 diwakili oleh Mohd Rozman Che Hassan, Mohd Shuhaimi Che Hassan, Razali Asrik, Imran Azmi, Aminallah Jaafar, Haniff Ibrahim, Gadaffi Dzulkifli dan Danial Azlan. Manakala pesilat Siamang Laut,
Guru Tajuddin di wawancara... Cikgu Imran dan cikgu Haniff dalam Sembah Adab Keris.
Muhd Ashraf Asmadi, Muhd Shakir Latif, Muhd Faiq Wahid, Muhd Aqil Adli Amin dan Farez Adry Murad. Dua perguruan itu antara usaha The Stealth Organisation untuk promosi program Malaysian Martial Arts Showcase dijangka pada Jun ini. Organisasi itu diwakili oleh Norlihawati Hajidan.
Wati sedang disolek sebelum diwawancara. Anak Tuah... Pesilat dari SK Beruas.
Kenangan depan Sri Pentas TV3 selepas persembahan. 50 SENI BELADIRI
Untitled-8
50
15/12/2012, 1:28 PM
rencah
Golongan status master dan pakar beladiri mula berminat untuk mendapatkan kelas peribadi...
Serius... Pak Arifin memberi tumpuan ketika hadir dalam perjumpaan MAGMA bersama Menteri Belia & Sukan baru-baru ini.
Dalam satu pertemuan Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) di Kuala Lumpur barubaru ini, Guru Yeop Ariffin Yeop Mahidin atau Pak Arifin turut hadir bersama isterinya, Amira. Mereka dari perguruan Silat Melayu United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (USA). Kehadiran pasangan itu turut mencanakan kekuatan dan kemantapan MAGMA. Lantaran itu, majalah SENI BELADIRI (SB) terus melakukan wawancara eksklusif supaya mengetahui perkembangan terkini pasangan itu. Menurut Pak Arifin, ilmu yang disampaikan di UK adalah Silat Melayu dan sambutannya luar biasa. “Sekarang saya hanya ajar Silat Melayu dan orang di negara itu tiada
masalah dengan nama itu dan ilmunya. “Malah perkembangan Silat Melayu bagus... mereka suka, sayang dan cinta kepada ilmu ini. Juga, ramai mastermaster menemui saya untuk mendapatkan kelas peribadi,” cerita Pak Arifin. Beliau seterusnya akui ramai master-master itu terkejut dan teruja dengan kuncian Melayu. “Saya pula bersikap tiada rahsia... jadi, tidak dapat dinafikan penyebaran mulut ke mulut mengenai ilmu Silat Melayu membuat ramai hendak belajar,” ringkas beliau senyum. Lantaran itu, kata Pak Arifin, silat ju ga tu mb uh se pe rt i ce nd aw an . “Makin ramai mahaguru silat di UK,” kata beliau sambil geleng kepala. Sungguhpun begitu, Pak Arifin memberitahu beliau tidak ambil
pusing dengan sikap-sikap demikian. Kata beliau, tidak dapat dinafikan, siapa tidak teruja hingga hilang imbangan diri bila ‘pekena’ ilmu Melayu. “Saya tidak ambil pusing sebab mereka bukan perguruan perguruan saya. Mereka bukan tahu mengenai Adat Melayu. Sepatutnya bila belajar Silat Melayu perlu diterapkan pengetahuan Adat Melayu dan seterusnya mengamalkannya. “Apabila tidak diajar Adat Melayu, sebaliknya ajar silat aje... mereka ajar silat dengan campuran budaya mereka,” kata beliau lagi. Pak Arifin tinggal di Penzance yang mana setiap minggu pesilat-pesilat beliau dari Surrey, Manchester, Reading dan Luton akan berkunjung untuk menambah ilmu dalam kelas kepakaran. Kata beliau, gelanggang-gelanggang sudah ada tenaga pengajar dan mereka hanya perlu berkunjung ke Penzance untuk penambahan ilmu. Sebulan sekali atau dua, beliau akan melawati gelanggang untuk memantapkan pergerakan dan memahami apa yang hendak dilakukan. Begitu, beliau juga ada gelanggang di Sepanyol iaitu dua di Covdoba dan satu di Granada. “Kalau tanya saya, sudah ada berapa ramai pesilat. Saya sendiri tidak tahu... sudah tidak boleh bilang lagi sejak berada di UK pada tahun 1991. “Ada gelanggang, ramai perempuan dari lelaki seperti di Surrey,” kata beliau lagi. Pak Arifin seterus akui Silat Melayu boleh menjadi produk Malaysia dalam industri pelancongan.
Pak Arifin keliling England dan berkunjung ke negara-negara jiran setiap bulan untuk menyampaikan ilmu Silat Melayu.
Sehubungan itu, beliau amat berharap pihak kerajaan terutamanya memberi tumpuan kepada Silat Melayu dalam pelbagai aspek supaya budaya adab itu bukan sahaja dapat dipelihara tetapi mengembangkan kepada orang tempatan dari usia muda. “Pergerakan kita berbeza dengan Indonesia dan mana-mana beladiri lain. Kita ada adab (disiplin) seperti ji ka me ne nd an g ti da k me le pa si ketinggian pusat. “Pergerakan kita lembut tetapi dalam lembut wujud keras. Manakala tari pula bercerita,” kata Pak Arifin dengan mengakui Silat Melayu terbahagi kepada dua, dalam dan luar istana. Dari murat surat 40
kejayaan itu telah disiarkan dalam akhbar harian Cina pada 24 Jun 1985. Konsep TKKDWD adalah untuk mengajar mangsa potensi bagaimana mencegahkan diri dari jenayah. Kumpulan mereka fokus kepada sekolah-sekolah dan lebih 10 sekolah telah diadakan ceramah. Selain sekolah, kempen juga diadakan kepada persatuanpersatuan NGO termasuk korporat. “Kami fokus kepada cara hendak atasi ragut, rogol dan culik. Kami hendak mereka tahu, cara yang terbaik adalah jangan jadi tragedi itu berlaku dan sentiasa berwaspada. “Kerana kes-kes itu berpunca kerana ramai orang lalai dan malas. Lalai hingga menyebabkan diri jadi mangsa dan malas pula seperti ambil risiko merbahaya. Jejambat disediakan tetapi masih hendak melalui jalan bawah yang gelap
sebagai jalan pintas,” hujah beliau lagi. Master Tan yang juga pengasas Free Style Martial-Arts And Self-Defence Club telah menghasilkan beladiri sendiri terutama untuk wanita dari penglibatan lebih 30 tahun. “Asas awal adalah cara teknik paut kepala bila penjenayah hendak menyerang...,” Master Tan seterusnya menunjukkan beberapa caranya. Lihat rakaman beliau dengan Azlina di mukasurat 16 dan 40. Azlina diajar dengan teknik mudah tetapi berkesan, iaitu memaut kepala apabila berdepan dengan penyerang. Terlangsung Terlangsung dapat mengawal muka dari diserang manakala siku boleh menjadi pelindung awal untuk bertindak. Untuk menghubungi mereka : Master Tan 017 350 8980 and Azlina Peserta seminar disaran bersikap 019 379 4018 atau terbuka supaya dapat melakukan Halaman web: www.bestm www.bestmartialart.net artialart.net pergerakan yang berkesan.
SIRI 6
Haji Ramli Haji Mohammad Zin atau lebih dikenali dengan panggilan Pakteh Ramli. Sebelum ini, pena beliau bertari dengan kolum Amanah Dari Guru-guru Tua, kini, Cakap-cakap Melayu Lama. Kepada peminat dunia Melayu, ikuti kolum bersiri ini dan hayati ‘kata-kata berlapik’ Pakteh Ramli yang umpama tudung saji menutup hidangan lazat. Buka hati, terasalah enaknya. Pakteh Ramli juga boleh bergendang silat, boleh dihubungi melalui talian 013 4101 286. Penerbit AZLAN GHANIE
MELAYU LAMA memperolehi berbagai iktibar dari gelagat isi alam. Proses pertukaran bunga Kembang Pagi kepada bunga Kembang Tengahari yang berlaku pada pokok Padi Pulut adalah salah satu dari gelagat alam. Diperingkat ini, bunga sudah bertukar menjadi butir-butir padi muda dan berisi ‘susu’ sebelum mengeras, gelagat alam seterusnya membawa isi padi bertukar kepada ‘mendaging ayam’ sebelum padi betul-betul masak. Bunga Kembang Pagi yang biasa disapa bayu pagi yang penuh dengan kelembutan tidak lagi akan merasa keenakan itu lagi sebaik sahaja umur mereka melepasi Kembang Pagi. Dalam Silat Pulut, angin yang menyapa Kembang Tengahari ‘akan semakin keras dan agak gila’. Kembang Pagi pantas menukar diri kepada alam buah bagi menyesuaikan diri kepada alam baru ini. Bunyian gelanggang bertukar bertukar tempo. Aksi-aksi berbeza ditampil. Tari diterjemahkan dalam tindakan. Melayu lama tidak berkecil hati dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Silat Pulut bermula dengan aksi-aksi pelik, ilmu kampungan dan tidak canggih. Pelik
bagi mereka yang tidak mengetahui, ilmu kampungan bagi mereka yang kehilangan sejarah tetapi benar bagi mereka-mereka yang mewarisiny mewarisinya. a. Cara gaya bertari dan bermain sudah bertukar wajah pukulan dara sunti, senyuman dan gamitan dara pingitan tidak wujud dalam Kembang Tengahari. Guru sudah ‘menukar susu’ dalam Kembang Tengahari, menukar susu bagi menukar rentak. Mengubah rentak bagi mengalih wajah. Mengalih wajah bererti mengubah gaya. Semua ini disajikan kepada murid adalah kerana Silat Pulut tidak mahu menghasilkan generasi yang lembik dan generasi yang tidak sanggup berhujan batu di negeri sendiri. Sudah tentulah perubahan-perubahan ini bukan semudah menadah tangan. Setiap seorang dari kita bermula sebagai anak. Begitulah halnya dengan Kembang Tengahari. Guru yang bagaikan ratu hati kepada murid sama ada di dalam atau di luar gelanggang mula melangkah dengan menurunkan ilmu tempur bertangan kosong kepada pasangan silat. Bertangan kosong adalah bagi merintis cabaran. Membentuk murid agar tidak takut hadapi risiko jika ditakdirkan berada di dalam situasi
yang amat-amat genting. Tak perlu goyah sebaliknya cabaran adalah merupakan sesuatu yang harus diterima kalau semua pintu keluar sudah tertutup. Tidak mudah lemah akal dan sentiasa berjiwa besar dalam menangani kemelut yang terpaksa dihadapi, Insya Allah. Dari tangan kosong betukar kepada tangan berisi. Maka tangan murid diberi hak untuk menggenggam berbagai jenis ulu senjata. Diwaktu ini, kalau diteliti kembali gelagat alam, kulit padi sudah menguning. Isinya bukan lagi mendaging ayam tetapi sudah mengeras. Kalau gajah sudah bergading dan kalau rusa sudah bercabang tanduk. Kembang Pagi sudah sampai ke senja. Tumbuk menumbuk. Tepis menepis, tangkap menangkap, tikam menikam, kunci mengunci... memenuhi episod ini. Walau bagaimana pun pecah langkah bersenjata ini tidak sampai ‘berhujan darah’ kerana petua guru dalam mengatasi kebolehan musuh sentiasa menjadi sandaran. Perguruan peribadi berhemah oleh setiap pasangan yang sedang berpencak tersaksi dalam setiap langkah yang diatur. Murid bukan sahaja menghargai nilai kecantikan
60 SENI BELADIRI
Untitled-11
60
15/12/2012, 1:32 PM
dalam melangkah sebagai satu sumber akhlak malah mereka sentiasa memelihata diri untuk tidak bertindak diluar daripada kebiasaan hak seseorang teman sepermainan sewaktu sedang berpencak. Lebih-lebih lagi bila menggunakan senjata. Sebab itulah guru sanggup menunggu sehingga padi menguning, sehingga gajah bergading atau sehingga rusa bertanduk sebagai satu faktor paling tepat untuk diserahkan ilmu senjata, sesuai dengan batas murid sebagai manusia. Guru tidak berhati gusar dalam menurunkan ilmu senjata meskipun kecuaian selalunya membawa padah kerana guru sedar yang anugerah ini turun bersekali dengan risikonya. Satu perubahan sanubari yang ketara berlaku kepada murid sepan ja ng be ra da da la m Ke mb an g Tengahari hasil dari terjahan-terjahan kasar yang diterima mereka. Guru secara pasti menyedarkan murid bahawa hukum bergelanggang memang begitu. Belajar menghargai debu-debu dari bumi mereka serta menyedarkan murid ‘tiada mahkota kuning’ yang ditawarkan oleh Silat Pulut. Dari itu, pertarungan bebas tanpa berperaturan yang wujud dalam Kembang Tengahari mesti dilalui dengan tenang dan sabar. Disamping itu, guru menjelaskan mengapa Kembang Tengahari tidak boleh dibawa masuk dalam Kembang Pagi sewaktu berpencak dengan murid dari perguruan Silat Pulut yang lain. Kembang Pagi dan Kembang Tengahari tidak terpisah sebenarnya dan bukannya perkembangan yang bercelaru. Cuma kedua-dua kembangan ini telah ‘disempadankan’ Kembang Pagi, kembang penyeri majlis. Kembang Tengahari kasar kerana ‘pukul bersabung’ mengambil tempat. Sedangkan sesuatu majlis perlukan kemanisan yang bukan sementara. Pertembungan yang bukan dari satu perguruan adalah pertembungan yang tidak sihat yang selalunya membawa kepada tindakan mencarik adat kerana pertarungan bebas tidak berperaturan tidak pernah menjanjikan keharmonian dan keamanan, sedangkan Silat Pulut amat-amat mementingkan
keharmonian dan keamanan. Sebab itulah keharmonian dan keamanan tidak pernah dipertandingkan. Maka sebab itulah juga Kembang Tengahari yang selalu menghasilkan ‘gelombang ganas’ dan condong kepada kebinasaan disempadankan dan diletakkan di atas landasannya yang sebenar iaitu bermain dengan teman seperguruan sahaja atau menyempurnakan hajat merekamereka yang mahu Kembang Tengahari mengambil tempat. Silat Pulut sebenarnya mampu mengubah keadaan dan bukannya mengharapkan orang lain berbuat demikian melainkan pesilat pulut sendiri. Perkembangan beban, pukul bersabung, makan tidak mencari, langkah berbayang... yang terhimpun dalam Kembang Tengahari diserahkan kepada murid agar mereka tidak menjadi ‘sibuta mengenal gajah’ dalam mengenali hak sendiri. Dalam Kembang Tengahari tidak ada murid yang dianak emaskan dan tidak ada murid yang dianak tirikan. Guru tidak berhasrat menjadikan murid seperti ‘burung kakak tua’, dia sendiri tidak faham apa yang dicakapkannya. Tumpas dalam melawan adalah ilmu terakhir dalam Kembang Tengahari. Murid dirangsangkan dari berbagai arah untuk berlatih bersungguh-sungguh kerana ilmu tanpa dilatih tidak berdaya guna. Tumpas dalam melawan perlu dihayati kerana ia berupaya menghilangkan bayangan pucat dan sifat bacul serta insyaAllah ia akan membawa murid melepasi ‘cabaran menguji’ yang ditakdirkan atau sekurang-kurangnya murid tidak dibingungkan oleh silat sendiri dalam menghadapi saat-saat genting. Dalam apa situasi sekalipun murid bukan disuruh bersifat garang tetapi berani. Semua yang terangkum dalam Kembang Tengahari adalah bertujuan mempercepatkan proses kematangan murid. Sekurang-kurangnya murid ada kepandaian mentafsirkan apa yang dilihat, apa yang didengar atau apa yang dirasa oleh hati. Kalau pun sudah bergading, sudah bertanduk. sudah pandai makan dengan tidak payah mencari, sudah menguasai pukul bersabung atau sudah berketerampilan, murid terus dibimbing agar pandai membawa diri.
Pandai membawa diri bermaksud membawa ilmu padi. Semakin tunduk semakin berisi. Jadi kalau merendah janganlah jangan lah sampai rebah dan meningg meninggii jangan sampa i hilang budi. Murid diminta berhati-hati dengan laluan yang dianggap selamat atau mudah kerana boleh dengan secara mendadak menjadi rumit dan sempit. Masyarakat silat tergolong didalam orang yang mulia. Orang silat adalah orang yang cemerlang. Satu-satunya orang yang bertanggungjawab untuk menjadikan orang silat mulia dan cemerlang adalah guru. Kalau silat dianggap sebagai rahmat dalam rumpun Melayu maka guru silat bersekali di dalam hal ini. Silat apa pun fokus dan maksudnya cukup jelas. Ini adalah disebabkan guru sebagai kuasa penggerak bagi menyuburkan silat disamping amat berhati-hati dalam memelihara amanah perguruan. Dalam Silat Pulut, gurunya tidak terkecuali dalam menjadikan muridnya sebagai orang yang mulia, cemerlang, tidak pekak dan tidak buta dengan selalu bertanggungjawab dalam menunaikan ‘hak diri’ kepada murid. Pengalaman telah mengajar mereka (guru) bahawa yang pekak dan buta selalu tertipu. Guru mampu memewahkan murid dengan budi pekerti dan nilai-nilai muslim sejati bagi menjadikan murid orang yang mulia dan cemerlang, sekaligus terangkat darjat murid kepada peribadi yang disayangi Allah Dalam Kembang Tengahari, guru dengan keras sekali selalu mengingatkan murid bahawa sehebat mana pun pencapaian manusia tidak membawa erti apa-apa kalau mengenepikan Yang Yang Maha Kuasa. Kua sa. DIA adalah Pencipta sedangkan manusia adalah barang murahan CiptaanNya. Menafikan hak-hak ketuhanan atau menolak hakikat ketuhanan atau diri tidak sejalan dengan urusan agama dalam menjalani kehidupan akan membuatkan orang silat cenderung menjauhi Tuhan. Jauh dari tuhan bererti nafsu sudah mengawal diri. Bila nafsu dirajakan maka diri terdinding dari rahmat Allah. Dalam hal ini, seharusnya ilmulah yang menjaga kita, tentunya bukan nafsu. Bersambung SENI BELADIRI 61
Untitled-11
61
15/12/2012, 1:32 PM
Luar Negara
oleh AHMAD FUAD HAMDAN
S
udah agak lama filemfilem aksi seni beladiri tidak lagi menggegar pawagam berikutan tiadanya filem-filem genre itu yang benar-benar menyengat deria penonton. Kali terakhir peminat filem aksi seni beladiri begitu teruja adalah apabila dipukau oleh aksi-aksi hebat Tony Jaa dalam filem yang melonjakkan seni beladiri muay thai, Ong Bak. Walaupun aktor-aktor filem aksi seperti Steven Seagel, Jean Claude Van Damme dan Dolph Lundgren sentiasa muncul dengan filem-filem aksi mereka tetapi tiada yang benarbenar hebat dan menarik. Akhirnya Tony Jaa juga yang diharap-harapkan dan muncul dengan Ong Bak2 tetapi filem yang ditunggu-tunggu itu juga tidak jadi fenomena yang diharap-harapkan peminat bahkan Tony seperti hilang identiti. Mujurlah ada filem Ip Man, lakonan Donnie Yen jadi pengubat kekosongan filem hebat aksi seni beladiri.
Ip Man SENI BELADIRI 63
Untitled-13
63
15/12/2012, 1:34 PM
Apa yang hebatnya filem mengenai Ip Man yang pakai aksi ala Hong Kong? Sebelum ini dikatakan penonton sudah agak muak dengan aksi-aksi pertarungan Hong Kong yang kurang realistik kerana banyak sangat aksi-aksi keterlaluan yang memerlukan penggunakan tali. Lebih-lebih lagi jika penon penonton ton itu pengam pengamal al seni beladiri, sekali tengok sudah tahu aksi mana yang logik atau ‘wayang’. Atas sebab realistik jugalah tibatiba Tony Jaa mendadak naik kerana langsung menghapuskan tradisi penggunaan tali. Beliau membuktikan kehebatan pakar seni beladiri yang mampu menghasilkan aksi-aksi luar biasa dengan kudrat dan latihan semata-mata. Apa pun hakikatnya, filem Ip Man memang seronok untuk ditonton. Lakonan Donnie Yen seperti biasa sahaja, tiada apa yang istimewa sangat kerana beliau bukanlah seorang pelakon taraf lakonan hebat cuma bersandar kepada kemampuan melakukan aksi pertarungan. Bagaimanapun watak Ip Man itu sendiri adalah tunjang kekuatan filem tersebut. Ip Man memang dianggap antara hero orang Cina dan terkenal sebagai mahaguru seni beladiri wing chun. Bruce Lee sendiri merupakan salah seorang anak muridnya sebelum aktor terkenal itu menempa nama sebagai pelakon dan mengasaskan seni beladiri beliau sendiri, jeet kune do. Justeru, bila filem itu muncul ramai yang terangkat dan terlompat kerana ‘syok’. Awalnya tidak digembargemburkan sangat mengenainya malahan boleh dikatakan peminat tidak menyedari akan filem tersebut akan muncul. Filem itu memang diadaptasikan dari secebis kisah hidup Ip Man tetapi lebih mengketengahkan zaman antara 1930an-1940an, dan semasa perang dunia kedua apabila Jepun menguasai China. Ikut sejarahnya, memang Ip Man pernah beberapa kali menolak permintaan pihak tentera Jepun yang mahukan beliau melatih tentera Jepun dengan seni beladiri wing chun. Dalam filem adalah lebih dramatik, Ip Man dipaksa bertarung dengan komander tentera Jepun itu atas kerana keengganan beliau.
BERSINAR KEMBALI... Donnie Yen tumpang kemasyhuran Ip Man.
Pertarungan itu jadi aksi klimaks dalam filem Ip Man dan sekali lagi filem Hong Kong gunakan sentimen anti tentera Jepun untuk tarik minat menonton. Kalau kita rujuk kembali sejak zaman Bruce Lee lagi filem-filem aksi Hong Kong memaparkan wira mereka menewaskan orang Jepun dan seni beladiri Jepun. Sentimen ini masih belum berakhir lagi nampaknya. Bagaimanapun, itulah dunia filem. Kalau formula itu terbukti berkesan, kenapa tidak gunakannya? Filemfilem di Malaysia pun sama, asyik ulang idea serupa tapi tak sama.
Aksi dalam pertarungan akhir memang hebat dan penonton pasti akan berpuas hati apabila hero Cina membelasah watak Jepun jahat sampai lembik. Lebih-lebih lagi kebencian terhadap watak jahat sudah disemai dan dibaja sejak awal cerita. Donnie Yen yang pegang watak Ip Man belasah komander Jepun seperti memukul orang kayu (wooden dummy) wing chun sahaja. Tangan Donnie Yen memang laju! Bagi yang sudah menonton dan ja tu h ci nt a de ng an Ip Ma n, sambungan filem ini akan menyusul tidak lama lagi dan antara watak-
Gambar kenangan Ip Man, ahli keluarga dan pelajar-pelajar di hadapan sekolah wing chun beliau.
64 SENI BELADIRI
Untitled-13
64
15/12/2012, 1:35 PM
Ip Man dan Bruce Lee
watak yang akan muncul adalah Bruce Lee, iaitu murid kepada Ip Man dalam sekualnya yang dijangka akan lebih meletup! Siapa sebenarnya Ip Man? Kenapa baru sekarang muncul filem mengenainya? Ip Man sejak muda lagi memang dianggap berkebolehan dalam seni beladiri. Beliau mula belajar wing chun sejak usia 13 tahun. Kerana guru wing chun beliau iaitu Chan Wah-shun sudah terlalu tua dan uzur, Ip Man banyak menerima tunjuk ajar dari pembantu guru bernama Ng Chung-sok. Tiga tahun kemudian guru meninggal dunia tetapi sempat berwasiat supaya Ng terus mengajar Ip Man mungkin kerana menyedari potensi anak muda itu. Usia 16 tahun, Ip Man menuntut ilmu di Saint Stephen’s College di Hong Kong, sebuah sekolah menengah untuk anak orang putih dan anak orang-orang Cina yang
kaya-raya. Menurut satu cerita, seorang rakan sekelasnya pernah menyuruh Ip Man bertarung dengan seorang pakar seni beladiri yang lebih tua, iaitu Leung Bik. Leung Bik menewaskannya dengan beberapa serangan sahaja dan Ip man terus berguru sehinggalah beliau berusia 24 tahun dan kembali ke kampung halamannya di Foshan, China. Di kampung, Ip Man yang menjadi anggota polis baru menyedari kemahirannya dalam wing chun meningkat begitu maju sekali sejak pulang dari Hong Kong. Beliau bagaimanapun tidak membuka sekolah wing chun sebaliknya hanya mengajar beberapa anak murid yang terdiri daripada rakanrakan dan saudara mara sahaja. Pelajarnya yang terbaik ialah Chow Kwong-yue tetapi pelajar itu akhirnya bersara terus dari dunia seni beladiri. Dua pelajarnya yang lain
bernama Kwok Fu dan Lun Kai pula jadi guru wing chun di Foshan dan Guangdong dan sekarang ini di kedua-dua wilayah itu, kebanyakan yang mengajar di sana adalah pewaris kepada kedua-dua pelajar Ip Man itu. Semasa pendudukan Jepun Ip Man menolak permintaan Jepun mengajar mereka seni beladiri wing chin dan lari ke rumah pelajarnya, Kwok Fu di ceruk kampung. Apabila Jepun kalah perang barulah beliau kembali semula ke Foshan dan menyambung kerjanya sebagai anggota polis. polis. Pada 1949, Ip Man terpaksa lari ke Hong Kong apabila kuasa rejim Komunis mula merebak ke Foshan. Ia berikutan diri beliau yang menjadi anggota polis bagi rejim yang bertentangan komunis iaitu Kuomintang. Hong Kong menjadi tapak permulaan sekolah wing chun Ip Man apabila beliau membuka kelas. Walaupun pada awalnya kurang sambutan lama-kelamaan sekolah itu jadi terkenal kerana Ip Man berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam wing chun. Beberapa pelajar Ip Man pula sering membandingkan seni beladiri mereka dengan pakarpakar seni beladiri lain dalam pertarungan persahabatan. Mereka selalu menang dan ia melonjakkan lagi reputasi Ip Man dan sekolah wing chun beliau. Bruce Lee sendiri menuntut seni beladiri wing chun secara terus dengan Ip Man dari tahun 1954-1957. Pada 1967 Ip Man dan para pelajarnya menubuhkan Hong Kong Vin Tsun Athletic Association untuk mengembangkan lagi seni beladiri tersebut. Apabila Ip Man bersara dari mengajar, ramai pelajarnya mampu menjadi guru termasuklah dua anaknya sendiri iaitu Ip Chun dan Ip Ching. Pada 2 Disember 1972, Ip Man menghembuskan nafas terakhir setelah agak lama menderita kanser tekak. Bagaimanapun beliau mati tanpa sebarang penyesalan bahkan kepuasan yang teramat sangat kerana dalam masa tiga dekad beliau di Hong Kong, wing chun yang diperjuangkan olehnya telah jadi fenomena sehingga ke merata dunia. SENI BELADIRI 65
Untitled-13
65
15/12/2012, 1:35 PM
1
2
3
5
4
6
7
9
8 SENI BELADIRI
MAC 2009 SENI BELADIRI 67
Untitled-14
67
15/12/2012, 1:39 PM