Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Media massa dan serangan pemikiran
Abdul Razak Abd Muthalib
(Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa)
[email protected] & Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof
(Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Pe ngurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa)
[email protected]
ABSTRAK
Media massa merupakan bukti kemajuan peradaban yang dianggap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Selaku medium penting dalam arus pembangunan kini, media sewajarnya digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran umat Islam. Walaupun diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama. Pola fikir umat Islam kini diserabutkan dengan percampuran antara kebenaran dan kebatilan dalam maklumat dan program-program yang dihidangkan oleh media massa, terutamanya perihal penularan prinsip Machiavelli dan juga lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam dalam media massa dilihat semakin membimbangkan. Kertas kerja ini bercadang untuk melihat fenomena dan jenis-jenis serangan pemikiran melalui media massa dalam aspek akidah dan syariat Islam khususnya di Malaysia serta mencadangkan solusinya dari perspektif Islam yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan fungsi media massa.
Kata Kunci: Media massa, Machiavelli, akidah dan syariat Islam,
1
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Pendahuluan
Era ledakan maklumat atau zaman teknologi maklumat memberi ruang luas kepada media massa untuk mencorak tradisi intelektual dan pola fikir manusia. Transformasi media massa yang semakin pesat berkembang dari semasa ke semasa mencipta peluang kepada penduduk bumi untuk berinteraksi dengan pelbagai medium. Teknologi hasil daripada inovasi manusia memungkinkan untuk sesuatu informasi itu disebarkan dengan tuntas sehingga million gigabyte dapat merentasi dunia dalam masa sepantas nano saat. Islam selaku agama universal mengiktiraf pembangunan duniawi demi kebaikan manusia seluruhnya ternyata tidak membantah arus revolusi media yang telah dan sedang berlaku. Malah Islam dipercayai telah menggunakan konsep iqra’ sebagai media 900 tahun sebelum revolusi intelektual yang diperkenalkan oleh Johannes Gutenberg menerusi mesin pencetak mudah alihnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui madrasah, majlis, perpustakaan, khanaqah dan lain-lain sebagai tumpuan dan pusat komunikasi dan perbincangan mendahului idea Eropah (Ahmad, 2005). Konsep iqra’ ini dianggap media universal penting dalam membentuk budaya dan tamadun Islam kerana paksinya yang berteraskan ilmu. Yusoff (1993) mengambil rumusan Profesor Muhammad Siddiqi apabila beliau mengklasifikasikan perkembangan media Islam yang melalui tiga fasa penting iaitu tahap penerbitan majalah atau risalah, fasa pertumbuhan pesat dan menuju fasa peningkatan profesionalisme. Cuma sahaja kesilapan lampau umat Islam akibat penutupan pintu ijtihad pada abad ke10 menempah kejatuhan tiga empayar besar Islam yakni Empayar Ottoman,Safavid Syiah dan Moghul, walhal pada waktu kebekuan Islam itu Eropah berjaya membebaskan diri daripada Zaman Gelap sehingga membawa kepada Zaman Kesedaran atau Pencahayaan. Justeru, revolusi 2
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
yang berlaku dalam era teknologi maklumat masa kini mendesak umat Islam untuk tidak ketinggalan kerana zaman yang mencabar ini menuntut kebijaksanaan, kerasionalan, dan kepekaan umat Islam sejagat (Deraman, 2003). Kepentingan
media
tidak
dapat
dinafikan
sebagai
medium
penting
dalam
mempromosikan era maklumat. maklumat. Cialdini (2001) berhujah bahawa media massa massa dalam kehidupan masa kini diiktiraf sebagai pembawa maklumat, ia membawa pelbagai maklumat sehingga mampu mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia sehinggakan sesuatu tingkah laku dirasakan bertepatan dengan norma masyarakat apabila majoriti melakukan perkara yang sama. Pengesahan masyarakat terhadap tingkah laku dan pemikiran itu kadang-kala melibatkan perilaku yang tidak masuk akal tanpa dasar yang logik. Philips (1989) dan Cialdini (2007) beranggapan gambaran maklumat yang diberikan media mampu menghasut dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Malah media massa khususnya penyaluran mesej melalui paparan berita dan program televisyen banyak mempengaruhi kehidupan harian. Pendapat mengenai pengaruh dan penyaluran mesej oleh media massa telah dicetuskan oleh Walter Lippmann. Menurut Lippmann (1922) dalam bukunya “Public Opinion” menyatakan bahawa media berita adalah sumber asas kepada gambaran dalam kepala kita mengenai dunia luar yang tidak dapat kita capai, lihat dan fikir. Siti Suraini (2006) pula memetik pernyataan Liebes dan Curan (1998) yang menyatakan bahawa media bukan sahaja dianggap sebagai satu ruang untuk mengedarkan maklumat agar individu lebih berinformasi tetapi juga dianggap sebagai satu ruang budaya yang watak dan peristiwanya digarap sedemikian rupa yang akhirnya akan mencorakkan identiti budaya sesebuah masyarakat. Siti Suraini (2006) juga menghuraikan pandangan Liabes dan Curan ini dengan menyatakan bahawa kita akan t erdedah kepada proses integrasi dan disi d isintegrasi ntegrasi budaya luar yang 3
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga mendisintegrasikan budaya yang sedia ada melalui media. Hakikat ini boleh mengakibatkan budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar. Kesan inilah yang paling kritikal jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Di Amerika Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang dihadapi hari ini. Laporan yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan kanak-kanak dan belia remaja adalah disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil keganasan secara beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak langkah keganasan yang dilihat melalui televisyen dan beridentitikan sesetengah watak seperti mangsa atau pemangsa. Ada juga beberapa para ulamak Islam terdahulu yang mengharamkan sesetengah penggunaan medium dalam media massa, pengharaman itu bukan berdasarkan teks nas yang jelas, tetapi atas sebab daya rosaknya terhadap agama, moral, keamanan masyarakat. Selain itu, wujud juga pandangan lain yang menganggap hukum sesuatu medium itu bergantung kepada perbuatan, bukan zatnya. Di Malaysia khususnya, kajian yang dibuat oleh Nielson Media melaporkan bahawa penggunaan media masih kuat dan menjadi pilihan utama dengan bukti kenaikan perbelanjaan di dalam pasaran pengiklanan. Penggunaan media utama seperti suratkhabar, television, dan radio di Malaysia ternyata stabil walaupun dalam era digital masa kini banyak memperlihatkan inovasi gajet-gajet baru. Media massa di Malaysia dimanfaatkan dengan baik, tetapi adakah manfaat itu digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran umat Islam? Atau wujud perancangan
4
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
secara berencana untuk memasung pemikiran umat Islam untuk terus merosot daripada berupaya untuk menilai dan membuat perhitungan tentang apa yang sedang berlaku d isekeliling? isekeliling? Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara termasuk Malaysia melalui peratusan frekuansi mengakses permainan dan muat turun hiburan melalui internet merumuskan bahawa rakyat Malaysia sebagai kecanduan hiburan dan teknologi. Justeru tanpa adanya acuan yang benar dalam membentuk pola fikir Islamik, umat Islam dikhuatiri senang terpengaruh dengan media massa sehingga disalah tanggapi sebagai pegangan hidup. Daripada pihak yang menyampaikan maklumat sehinggalah pihak yang menerima maklumat, rantaian hubungan dalam dunia media memerlukan disiplin yang jelas untuk mengelak pemikiran umat Islam menjadi jelek akibat tidak mampu menapis maklumat yang diterima. Y. B. Dato’ Seri. Dr. Ahmad Zahid Hamidi (2009) juga percaya media di Malaysia adalah wahana yang sangat berguna tetapi memerlukan pemurnian dan pe ngukuhan nilai. Dalam era globalisasi ini, campuran antara kebenaran dan kebatilan dalam media berada disaat yang membimbangkan. Klasifikasi filem contohnya kepada U, 18SG, 18SX dan sebagainya hanya releven pada zaman sebelum munculnya internet. Jika parlimen sejak pada tahun 1973 lagi pernah mengusul supaya diharamkan filem-filem, siaran barangan bercetak, pertunjukan pementasan dan iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur lucah, zaman kini dengan slogan ‘dunia tanpa sempadan’ dan era ledakan maklumat mendesak para penguasa bersikap lebih efektif dan teliti dalam menapis maklumat yang ingin disampaikan. Hal ini adalah kerana telah menular satu prinsip dalam media massa yang boleh digelarkan sebagai prinsip Machiavelli yang menjurus kepada lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam di dalam kaedah penyampaian media massa. Karya Niccolo Machiavelli, 'The Prince', memberikan pemerhatian berkenaan pertalian antara manusia 5
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dan kuasa yang dimilikinya. Tetapi nilai Machiavellian ini dikosmetikkan bagi menjustifikasi konsep “matlamat menghalalkan cara” yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berpaksikan nilai Machiavellian ini yang asalnya berkait rapat dengan dunia politik, ianya kini menular pula dalam media massa. Produk keluaran media massa cuba mendedahkan atau melakonkan realiti atas alasan sempadan dalam pendidikan moral, walhal nilai Machiavellian ini jelas bertentangan dengan kaedah di dalam Islam, atau keadah Fekah yang al-zari'ah" atau menutup pintu keburukan. Kegagalan mengenal pasti akar umbi dan digelar " sad al-zari'ah" benih-benih Machiavellism itu menjurus kepada pendedahan maklumat dan gambaran tanpa sempadan. Walaupun Zaharom (2006) berpandangan bahawa kajian-kajian terkini yang melibatkan bahan-bahan budaya termasuk filem mendatangkan pendapat bahawa penonton mampu untuk menilai dan membuat interpretasi sendiri berasaskan latar belakang penonton. Tetapi ajaran Islam menolak prinsip Machiavellism yang ternyata mendatangkan keburukan terlebih dahulu sebelum sempat mencegah bermacam lambakan ideologi yang terdapat dalam media massa kini melalui kaedah menutup pintu keburukan. Atas sebab itu kaedah menutup pintu keburukan dalam Islam memberikan indikasi bukan sahaja pintu-pintu dosa dan haram yang perlu ditutup, malah semua jalan-jalan yang berpotensi untuk menghala dan mendorong kepadanya juga turut mengambil hukum haramnya. Tanpa disiplin yang jelas, media massa akan hanya menyerap segala maklumat dan menyampaikannya tanpa ada penapisan yang jelas berdasarkan ajaran Islam. Maka tidak mustahil untuk sesuatu pemikiran itu terlepas masuk dan bersarang dalam hati umat Islam dan umat Islam membentuk generasi yang bersandar kepada pemikiran yang menular, bukannya atas
6
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dasar ilmu. Ini jelas bertentangan dengan Islam yang mengajak manusia kepada ilmu kerana dengan ilmu barulah manusia mampu bersatu kerana kejelasannya (mundhobith (mundhobith). ). Usaha serangan pemikiran ( ghozwul fikr ) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’ (Surah An-Nisa’ , 4:89). Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam daripada serangan pemikiran ini apabila baginda melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan karekteristik seseorang muslim. Hal ini dalam ilmu fekah d ijelaskan dalam hal ehwal menyelisihi orang kafir merangkumi masalah pakaian, tingkah laku dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kalian ke syurga melainkan telah aku perintahkan kepada kalian, dan tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kalian ke neraka melainkan telah aku larang kalian darinya” (Silsilah al-Sahihah , jld. 6 ms.865). Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism, tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada keterikatan dengan para ulamak. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin 7
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)” (Surah An(Surah An Nisa’ , 4:83). Perkataan Ulil Amri dalam ayat di d i atas menurut para ahli tafsir adalah para ulamak. Maka jelas bahawa keterikatan para ulamak dengan umat manusia telah digambarkan sejak awal lagi sehinggalah zaman ini apabila para ulamak tidak lagi menjadi tempat rujukan utama. Kesannya, umat Islam lebih mempercayai pemikiran yang tersebar luas dan menjadikannya sebagai pegangan hidup sekaligus menjatuhkan institusi ulamak. Justeru serangan pemikiran yang menerobos media massa dalam bentuk moden ini perlu ditangkis dari semua aspek bermula dengan kesedaran yang bermatlamatkan penambahbaikan moral masyarakat. I. Pemikiran budaya hedonisme
Hedonisme yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan ( pleasure) pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
8
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Kebarangkalian yang boleh difikirkan kenapa berita artis, rencana hiburan dan skandal seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, mungkin kerana ianya jenis yang ”selamat”. Para menteri tidak menghalang, menyebabkan ianya terdedah kepada ramai orang membaca atau menontonnya, maka bertambahlah pasaran dan para pengiklan semestinya senang hati dengan situasi ini. Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang salah atau dilarang oleh Islam, asalkan ianya dihidangkan dan dinikmati berlandaskan lunas-lunas syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas. Namun, fenomena yang terzahir pada hari ini adalah sebaliknya. Program-program hiburan sama ada di televisyen atau radio dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program-program lain. Berita-berita hiburan juga memonopoli akhbar-akhbar dan tabloid-tabloid. Kisah kehidupan, dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa. Tidak cukup dengan program hiburan yang disiarkan di kaca televisyen, terdapat sesetengah pengamal media dengan bersungguh-sungguh menghidangkan hiburan ini secara langsung kepada masyarakat. Menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis-artis yang dibawa. Sebagai contoh, umum telah mengetahui tentang kewujudan Karnival TV3 Jom Heboh! yang sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Setiap kali karnival ini sampai di mana-mana negeri, konsert hiburan dari artisartis tempatan pasti dinanti. Memang tidak adil untuk kita mengkategorikan karnival ini sebagai budaya hedonisme sepenuhnya, kerana sesetengah aktiviti yang diselitkan memang memberi 9
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
faedah kepada masyarakat masyarakat seperti pameran yang melibatkan melibatkan gerai-gerai dan jualan. Namun, pengaruhnya ke arah penyuburan buda ya tersebut tidak boleh dinafikan. Hal ini tampak jelas melalui tindakan Kerajaan Negeri Terangganu suatu ketika dahulu melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hashim Wan Salleh pada 26 Febuari 2005. Sebagai mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, beliau menafikan sama sekali telah memberi kebenaran kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karnival TV3 Sure Heboh – nama yang digunakan ketika itu- di negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya tidak pernah dan tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya dibuat di negeri itu kerana ia mengandungi mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak menepati ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan negeri telah membuat kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Islam Hadhari yang bertujuan memberi memberi kefahaman kepada rakyat negeri
itu mengenai mengenai konsep Islam Hadhari.
Natijahnya, maka lahirlah program ”Perkampungan Hadhari” yang dilihat lebih berunsurkan Islamik. Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh ini, ada juga konsertkonsert lain yang terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat 6 konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.
10
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi ma hasiswi di institut institut pengajian t inggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman ini. Demi menghasilkan imej dan identiti urbankontemporari para remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan ’cool ’cool ’ dan ber’attitude ber’attitude’’ (Syuhada, 2009). Tiada lagi jatidiri seorang bangsa Melayu yang sangat terkenal dengan budaya ketimurannya. Malah yang lebih penting, tidak nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang telah diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh conto h ikutan yang hakiki. Terlalu banyak contoh pemikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Salah satu buktinya yang ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian apabila pemikiran ini meresap dan mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek yang menguntungkan. Hal ini terjadi apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat penyanyi baru. Program-program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang yang mana buruk yang mana bermanfaat.
11
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran yang diberikan oleh Mohd Ridhuan Tee T ee (2006) berkaitan hal ini. Katanya: ”Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikatsyarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan. Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan nilai-nilai keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan sebagainya, tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya dan adat sopan agama.” Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya adalah untuk melahirkan penyanyi-penyanyi ”pasang siap”. Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata (Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan. Jelas pemikiran hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda 12
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada keperibadian para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya hedonisme ini dilihat normal atas nama kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas dan nilai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat. Masyarakat makan, pakai, dan berkelakuan selari dengan kehendak dan kecenderungan masa kini mengikut maklumat yang disampaikan media. Oleh itu, jika baik maklumat yang tersebar, baiklah kesannya kepada masyarakat, jika buruk pula maklumat yang disampaikan, maka buruk pula kesannya kepada masyarakat. Shahril Anuar (2006) ketika memberikan kritikan terhadap program-program realiti televisyen ini menyatakan, kebanyakan program realiti yang ada tidak ambil peduli tentang aspek moral dan budaya masyarakat Malaysia. Tiada satu pun ciri-ciri masyarakat Melayu yang beragama Islam yang ditampilkan dalam program berkenaan sedangkan hampir semua penontonya adalah di kalangan orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan keterlaluan dan cara penampilan diri yang bertentangan dengan adat dan budaya Malaysia sudah banyak menjadi asam garam program realiti ini. Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi yang diberikan media kepada para artis melebihi para ilmuan dan tokoh sarjana. . Tokoh-tokoh akademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang telah mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah dan dijulang nama mereka atas kecemerlangan mereka di dalam industri. Pencapaian para artis lebih mendapat liputan pihak media, berbanding kecemerlangan para cerdik pandai negara. 13
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Realiti yang berlaku ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini telah meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya dan fahaman ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak kepada program-program dan bahan-bahan berita yang berbentuk hiburan. II. Pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah
Dari segi etimologi, perkataan khurafat ini berasal dari bahasa Arab: kharafa-yakhrifukharfan-khurafatan—manakala bahasa Inggeris merujuk kepada superstition dan superstitio dalam bahasa Latin yang bermaksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng, tahyul dan perkara yang tidak masuk akal tetapi ianya menarik (Ensiklopedia Islam, 1994). Manakala definisi bidaah pula menurut bahasa ialah diambil daripada perkataan Arab bida' yaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Manakala dari sudut istilah pula takrifan yang paling kemas ialah takrifan Imam Syatibi, beliau mengtakrifkan bidaah sebagai sebagai jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariat, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT (Ismail Omar, 2006:326). Pemikiran dan kepercayaan tahyul dan khurafat ini telah lama wujud dalam masyarakat Melayu nusantara. Sebahagiannya adalah dibawa masuk ke dalam adat dan amalan masyarakat Melayu hasil pengaruh agama-agama atau bangsa-bangsa lain. Namun, hasil kesedaran dan usaha gigih para ulamak dan pendakwah khususnya di alam nusantara Melayu, sedikit demi sedikit amalan dan kepercayaan karut, tahyul dan khurafat ini berjaya dihapuskan. Sebagai contoh, upacara pemujaan laut dan mandi Safar dengan kepercayaan untuk mengelakkan segala mara bahaya dan sial yang akan berlaku. Walaupun begitu, ini tidak bermakna masyarakat Islam di Malaysia ini telah bersih dari segala amalan dan pemikiran tahyul dan khurafat yang bercanggah dengan akidah Islam. Masih 14
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
terdapat sebahagian masyarakat Melayu Islam yang mana pemikiran dan amalan mereka dicemari dengan unsur-unsur tahyul dan khurafat. Sebagai contoh, amalan zikir, pemujaan dan kepercayaan karut yang berlaku di kubur di Pulau Besar, Melaka (Rosli Hassan, 2009). Dukacitanya media elektronik pula cuba menyuburkan semula pemikiran dan amalan tahyul, khurafat dan bidaah ini melalui filem dan program-program televisyen. Sejak kebelakangan ini didapati begitu banyak filem-filem dan drama-drama berunsurkan seram yang mengisahkan cerita-cerita berkaitan hantu, jin dan syaitan dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem negara kita. Jika kita singkap singkap kembali sejarah filem Melayu, filem Pontianak, yang diterbitkan diterbitkan pada 1975, merupakan filem Melayu genre seram pertama yang diarahkan oleh BN Rao. Filem yang menampilkan primadona Datuk Maria Menado ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Namun, selepas itu itu industri perfileman perfileman Malaysia dilihat dilihat seperti ketandusan filem filem genre seram selepas selepas terpaksa berdepan dengan peraturan dan penguatkuasaan yang tegas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada waktu itu. Pengharaman filem Fantasia arahan Aziz M.Osman, atas alasan filem itu mengandungi unsur-unsur tahyul dan boleh memesongkan akidah, adalah salah satu bukti ketegasan pihak LPFM ketika itu. Kesannya menyebabkan ramai pengusaha filem tidak berani untuk menghasilkan filem-filem seram lagi kerana membayangkan risiko kerugian jika filem mereka itu tidak diluluskan. Tetapi, senarionya berubah sejak akhir-akhir ini. Ketegasan dalam melaksanakan peraturan yang diletakkan oleh pihak LPFM atau FINAS FINAS dilihat menghadapi menghadapi era yang baru. baru. Kelonggaran untuk menghasilkan filem-filem genre seram ini diberikan kepada pengusaha filem tempatan, malah mendapat dokongan yang padu. Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS,
15
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran Pameran Filem Seram 2009 di Galeri Perfileman Finas, katanya: ”Selama 35 tahun industri perfileman kita tidak menerbitkan filem seram, inilah masanya kita kembalikan kegemilangan filem seram seperti yang pernah kita capai pada 1950-an keluaran k eluaran Cathay Keris dan Malay Film Production dulu.” Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali rancak menghasilkan filemfilem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh Perhentian, Makar, Di Ambang Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jangan Tegur, Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak dan pelbagai lagi. Senarai ini belum ditambah dengan siri-siri drama seram yang disiarkan melalui kaca televisyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik, Keliwon dan lain-lain lagi. Entah berapa banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu dan jangan terkejut jika generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu melebihi takut akan Tuhan ataupun mengenali jenis-jenis hantu dari Tuhan. Kebanyakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang memberansangkan daripada masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta. Angka kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus menerbitkan filem seram. Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merupakan filem yang mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM 5.7 juta. Manakala filem seram terbaru Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), arahan Ahmad Idham berjaya meraih kutipan RM5.3 juta dalam tempoh 12 hari ditayangkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan pula ialah melebihi 400, 000 orang. Dijangkakan filem JPBC ini akan berjaya memecahkan rekod JPB. 16
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Jika ditonton filem dan drama ini dari kaca mata industri filem dan drama, ianya tidak mempunyai masalah kerana ada antara tajuk-tajuk filem di atas mendapat kutipan yang membanggakan. Tetapi dari sudut kaca mata syariat Islam, filem dan drama berunsurkan seram ini memasukkan unsur-unsur khurafat dan tahyul yang bercanggah dengan akidah Islam seperti adegan pemujaan yang dilakukan oleh seorang bomoh, bacaan mentera-mentera tertentu dan kepercayaan karut lain yang berkaitan dengan hantu. Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis harus diambil perhatian. Pandangan beliau yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menyatakan: ”Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanakkanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya berbahaya kerana ia
boleh
menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya. Filem seperti ini boleh merosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhluk halus itu adalah tidak benar.” Gempar seketika dunia perfileman Malaysia rentetan daripada teguran yang diberikan oleh Mufti Mufti Perlis –ketika itu-. Walau bagaimanapun bagaimanapun sebahagian para penerbit dan pengarah seperti Suhaimai Baba dan Ahmad Idham membidas semula dengan alasan ianya hanyalah satu hiburan dan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) telahpun meluluskan penerbitan filemfilem tersebut. Malah penerbit filem, David Teo pula menjadikan kutipan box-office sesuatu filem sebagai kayu ukur penerimaan masyarakat terhadap filem berkenaan. Inilah bahana nilai 17
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Machiavellian yang menjadi pegangan sesetengah penerbit filem di Malaysia apabila para penerbit filem seram merasakan aqidah umat Islam tidaklah begitu gawat atau goyah. Jadi tiada salahnya filem-filem sebegitu diperbanyakkan. Para penerbit perlu memahami bahawa kerosakkan akidah bukan terhad kepada masalah menyembah berhala atau kuburan sahaja. Banyak skop lain yang lebih luas dan perlu diperhatikan, perasaan takut yang bukan tabii kepada selain Allah SWT juga merobek akidah. Takut tabii adalah ketakutan yang lumrah seperti takutkan harimau, ular, takut dilanggar keretapi dan sebagainya. Manakala takut yang membawa syirik pula adalah seperti takut kepada orang yang telah meninggal dunia kononnya kembali mengganas. Takut kepada makhluk ghaib seperti jin dan syaitan dan sebagainya. Ketakutan ini tentunya wujud disebabkan keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini dengan sendiri punya kuasa untuk memudaratkan orang yang masih hidup. Seorang yang bergelar muslim perlu jelas bahawa tidak ada yang lebih mengetahui mengenai perihal alam ghaib melainkan Allah SWT. Rasulullah SAW pula mengetahuinya melalui wahyu daripada Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Quran malalui firman-Nya yang bermaksud: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga al-Jinn, 72: perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, 26-27) Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak mengajar tentang kefahaman roh si mati kembali semula selepas mati atau roh yang tidak tenang datang ke dunia menjadi 18
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
hantu. Ini adalah kerana roh orang yang telah mati telah dipisahkan daripada dunia. Jadi jelas bahawa wajib kita kembali kepada al-Quran dan hadis sahih untuk mengetahui mengenai hal-hal ghaib. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.” (Surah az-Zumar , 39:42) Walaupun firman Allah SWT telah jelas tetapi ramai yang masih mempunyai sangkaan dan
kefahaman
bahawa
hantu
itu
adalah
dari
roh
orang
yang
telah
mati.
Maka dari mana lagi pemahaman ini disuntik jika tidak melalui filem atau drama filem yang melakonkan orang yang telah mati menjadi hantu? Walaupun mungkin sesetengah pengarah dan penerbit filem-filem seram ini berhujah bahawa mereka bertujuan untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada para penonton tentang bahaya syirik dan pemikiran khurafat, tetapi kebanyakkan pengarah atau penerbit filem menganggap tindakan menyiarkan satu ayat al-Quran atau ayat tazkirah di penghujung atau di permulaan cerita sudah mencukupi dalam menerangkan kepada penonton hakikat yang benar. Sedangkan adegan-adegan yang penuh dengan khurafat dan tahyul di dalam filem dan drama tersebut meliputi hampir keseluruhan cerita. Persoalannya sejauh mana pendedahan lakonan tahyul ,khurafat dan bidaah ini mampu mengajar masyarakat, apakah ianya mengajak masyarakat menjauhinya atau lebih terpengaruh ke arahnya? Unsur-unsur Islamik yang cuba dimasukkan di dalam penceritaan filem atau drama seram ini dianggap sudah cukup dengan menambah watak seorang ustaz atau orang alim cuba merawat seseorang yang telah dirasuk oleh jin dan syaitan. Tetapi dukacitanya apabila kaedah dan cara yang digunakan oleh watak ustaz atau orang alim tersebut adalah sesuatu yang boleh 19
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
mengelirukan dan boleh dipersoalkan kesahihannya dari sudut peraturan syariat dan sebagainya, malah boleh dikategorikan sebagai metod penuh dosa mengikut klasifikasi Syaikh Wahid Abdussalam Bali. Hal ini adalah kerana unsur tokok tambah seperti penggunaan kain berwarna kuning, keris, buah limau dan sebagainya sekaligus merosakkan imej perubatan menurut syaraiat Islam. Formula yang boleh para penerbit filem aplikasikan dalam melibatkan perkara-perkara ghaib ini telah Nabi SAW berikan terutama yang melibatkan jampi-jampi, tangkal dan perkara perkara yang tidak dapat dikenal pasti ialah melalui sabdanya yang bermaksud: “Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan).” (Diriwayatkan Imam Tirmidzi, Sahih Sunan al-Tirmizi no: 2518) Pemikiran tahyul dan khurafat ini bukan sahaja tersebar melalui media elektronik, malah media cetak juga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya sama ada secara langsung atau pun tidak. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat sesetengah akhbar dan tabloid yang memberikan ruang yang mudah dan selesa untuk para ”tok bomoh” atau dalam istilah sekarang digunakan ”pengamal perubatan tradisional” atau ”pengamal perubatan moden” untuk menyiarkan iklan tentang pakej rawatan yang ditawarkan. Sebahagian pakej-pakej yang ditawarkan ini jelas bertentangan dengan akidah dan diselubungi dengan unsur-unsur khurafat. Sesetengah golongan ”tok bomoh” ini cuba mengelirukan umat Islam dengan menyembunyikan unsur-unsur khurafat dan syirik tersebut disebalik songkok, kopiah, serban atau jubah yang mereka pakai. Ada juga yang menggunakan gelaran ”ustaz”, ”tuan guru”, ”tuan haji” dan sebagainya, lebih mejengkelkan apabila ada yang memakai gelaran palsu ”Dr”, ”Prof”, ”Sir” dan sebagainya untuk melariskan produk atau perkhidmatan mereka. Apa yang dipertikaikan ialah bagaimana golongan sebegini dengan segala amalan dan kepercayaan khurafat yang mereka bawakan ini diberikan ruang oleh media cetak di negara kita 20
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
untuk mempromosikan ”perniagaan khurafat dan tahyul” mereka? Ruang-ruang iklan itu dijual dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan aktiviti atau produk mereka tanpa ada kawalan menyeluruh. Walaupun ruangan iklan tersebut adalah salah satu sumber kewangan kepada syarikat-syarikat yang yang menerbitkan akhbar dan tabloid tersebut, adakah demi memperoleh keuntungan wang ringgit, akidah dan pemikiran murni umat Islam terpaksa digadaikan? Sebagai salah satu contoh, akhbar tabloid Perdana, keluaran 5 Julai 2009 yang lalu menjadikan tajuk utama muka depannya ialah ”Haji pulang ke rumah setelah 10 jam dikebumikan”. Maka diceritakanlah bahawa terdapat seorang lelaki pulang semula ke rumahnya dengan berkain kapan selepas 10 jam dikebumikan. Penduduk kampung yang sedang berkumpul di rumah si mati, terus lari bertempiaran akibat terkejut dan menyangka bahawa itu adalah syaitan jelmaan si mati. Lelaki tadi meminta supaya isterinya membuka semula kain kapannya dan menyatakan bahawa dia masih hidup. Diringkaskan cerita, ada pula seorang yang bergelar ustaz datang untuk menemuramah lelaki tadi untuk mengetahui kisah sebenarnya. Lelaki tadi yang digelar ”haji” mendakwa bahawa dia telah dibawa menjelajah melihat syurga dan neraka yang akan didiami oleh manusia di akhirat kelak. Dakwanya lagi, dia turut berpeluang melihat gambaran sebenar titian sirat al-mustaqim dan dibawahnya terdapat air yang sedang menggelegak dengan bahang yang panas. Tepuklah dada, tanyalah iman. Apa akan berlaku kepada kefahaman akidah umat Islam jika cerita-cerita begini terus disebarkan di kalangan masyarakat dan diberikan ruang pula oleh pihak media? Selain daripada akhbar dan tabloid, terdapat juga majalah-majalah yang turut menyumbang kepada penularan pemikiran dan amalan khurafat dan tahyul ini. Setiap keluaran, 21
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
pasti ada sahaja berita atau rencana pelik tentang mayat, ada sahaja cerita tentang hantu itu dan ini, sejarah puaka di sana sini dan bermacam-macam lagi. Sesetengah cerita atau rencana itu dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam apabila cuba menceritakan perkara-perkara ghaib sedangkan firman Allah jelas yang bermaksud: ”Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (Surah An-Naml (Surah An-Naml , 27:65). Sebagai satu contoh, majalah yang diberi nama ”Hidayah” terkenal dengan cerita-cerita pelik tentang mayat dan dijadikan pula tajuk utama untuk setiap keluaran. Misalnya seperti tajuk ”Mulut Keluarkan Api Menjelang Ajal”, ”Terbenam Paras Leher Dalam Kubur Ibu”, Jasad Ibu Tiri Dimakan Tikus” dan keluaran terbaru bulan Julai 2009 dengan isu ”Jenazah Jatuh Dari Keranda”, ”Mayat Penzina Berbau Busuk”, ”Liang Lahadnya Dipenuhi Botol Arak” dan pelbagai lagi. Menjadi persoalan, hampir kesemua cerita-cerita ini dikatakan adalah kes-kes yang berlaku di negara seberang. Kenapa dimasukkan cerita dari sana sahaja? Mungkin andaian yang boleh dibuat, jika pihak penerbitnya mengatakan kes-kes tersebut berlaku di sesuatu tempat di dalam negara kita, ianya membuka ruang untuk para pembaca mencari kepastian dan kesahihan cerita itu dengan mudah dan cepat. Maka, mungkin akan terpecahlah tembelang mereka. Peliknya, majalah-majalah seperti ini tidak pula diharamkan atau diberikan amaran supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan rencana dan berita. Tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri mengharamkan sesetengah buku-buku agama tanpa menjelaskan keadaan sebenar. Sebagai contoh, buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang diharamkan penjualannya dan pihak penerbit pula tidak diberikan sebarang notis apatah lagi peluang untuk memberikan penjelasan. 22
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Buku tersebut secara umumnya menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat berdasarkan hadis-hadis sahih yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SWT diharamkam hanya kerana disangka boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. Tindakan yang tidak tepat ini wajar disuarakan supaya pihak berkuasa mampu berkerja dengan lebih adil dan telus kerana pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah dalam media massa yang berleluasa ini tidak dibendung dengan tindakan yang sewajarnya. Dalam masa yang sama, majalah-majalah yang penuh dengan fakta misteri, sangsi dan diragui kesahihanya masih boleh bernyawa bebas. Tidak T idak pula timbul atau dibincangkan untuk dikaji isi kandungann ya. Cukup banyak masyarakat disajikan dengan pelbagai kefahaman ini seperti pemujaan kepada keramat; amalan memuja kampung dan semangat padi; roh wali boleh mengabulkan citacita; bintang dua belas penentu nasib; bomoh boleh mengetahui alam ghaib; bulan Safar ialah bulan bala; suara burung hantu membawa pertanda malang; jika sesuatu benda pecah menjadi petanda berlakunya kemalangan di tempat lain; cara uri ditanam akan mempengaruhi kehidupan anak yang baru dilahirkan; kucing hitam yang melintas membawa pertanda buruk; nombor 13 akan membawa sial; dan banyak lagi. Ternyata kepercayaan kepada khurafat, tahyul dan bidaah ini melambangkan kemunduran akal dan kelemahan jiwa seseorang individu. Jika media massa mampu mendedahkan masyarakat kepada khurafat, tahyul dan bidaah, maka media massa juga mempunyai kemampuan untuk melakukan sebaliknya. III.Pemikiran III. Pemikiran terorism Islam
Media ialah wahana utama untuk membentuk pandangan, nilai dan tanggapan massa. Intipati media seperti laporan berita, rencana, informasi, wacana politik, ekonomi, sosial, agama dan tidak ketinggalan juga hiburan, tidak dapat dielakkan daripada suatau sistem nilai, 23
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
kepercayaan dan kuasa. Menurut Johan Jaafar (2002), media kini adalah sebahagian daripada industri maklumat. Maklumat itu kuasa. Sesiapa yang menguasai maklumat, ia menguasai kuasa. Maka, untuk berkuasa atau mengekalkan kuasa, prasyarat utama dalam dunia hari ini ialah menguasai media. Faktor inilah yang menyebabkan media amat mudah untuk dimanipulasi dan diputar-belitkan untuk keuntungan dan kepent ingan sesuatu pihak yang menguasainya. Kerancakan dakwah Islam serta kebangkitan semula kesedaran Islam dan perjuangan politik Islam menyebabkan Barat berusaha untuk menayangkan Islam sebagai musuh yang baru iaitu suatu kuasa global yang membawa ancaman ideologi dan ancaman fizikal. Dalam hal ini, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh John L. Esposito di dalam bukunya The Islamic Threat: Myth or Reality? ada benarnya. Esposito melihat konflik masa depan sebagai berantakan Barat – Islam. Bagi beliau, perlu untuk melihat ”ancaman Islam” dan meletakkannya dalam perspektif sejarah. Beliau berpendapat Islam akan menjadi antagonis baru Barat dan ia akan mengambil alih komunisme sebagai musuh utama. Inilah sebabnya kenapa penting bagi Barat mengukuhkan semula kuasanya ke atas negara-negara yang kaya dari sumber ekonomi semulajadi. Mereka menyangka dengan cara ini maka imej keagungan barat serta hegemoni mereka dapat dikekalkan. Menurut Ahmad Azam Abdul Rahman (2003), media sebagai instrumen hegemonik digunakan sebagai alat penting untuk memburuk-burukkan Islam, memutar-belitkan fakta dan mengherot-berotkan suasana hingga Islam ditonjolkan sebagai pengancam. Umat Islam dilonggokkan dengan gambaran dan paparan yang menunjukkan mereka sebagai mundur, tidak rasional, misoginis, berbahaya dan manipulatif. manipulatif. Maka, Islam dan penganutnya ditampilkan dengan imej yang negatif di dalam mediamedia Barat. Lebih malang apabila perspektif buruk yang ditayangkan oleh media barat ini 24
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
berjaya mempengaruhi media Islam sendiri. Sebab itu, menurut Azizan Baharudin (2003), terdapat dua dimensi yang menyebabkan berlakunya salah tanggapan yang negatif terhadap Islam; 1) sebab-sebab berlakunya bias yang negatif dalam media asing (barat), 2) sebab-sebab berlaku bias yang negatif dalam media Muslim. Yusoff (1993) telah lebih awal melihat gambaran sebegini dicanangkan media barat apabila menggap Islam sebagai separatist terrorist. Maka peristiwa yang berlaku pada 11 September 2001 menyebabkan kekeliruan terhadap Islam diperkukuhkan lagi akibat serangan yang dikatakan sebagai perbuatan militan Islam- ke atas sasaran di tanah Amerika Syarikat sendiri. Kali ini, seakan-akan senario yang dibayangkan oleh Esposito semacam disahkan. Media massa barat dengan reaksi spontan telah memberi potret baru konflik budaya, agama, malah ketamadunan itu sendiri. Mereka menamakannya ”t he Islamic threat”. Rentetan daripada peristiwa tersebut yang penuh dengan spekulasi dan kecurigaan, media barat telah digunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk menyerang Islam dengan cara yang rasmi, lebih agresif dan melampau. Apa sahaja peristiwa keganasan, pengeboman dan sebagainya yang berlaku selepas daripada peristiwa ini, Islam tidak terlepas daripada tuduhan dan sasaran. Tujuan mereka ialah untuk membuktikan dan menzahirkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam adalah agama keganasan. Kempen-kempen jahat dengan memberi imej negatif terhadap Islam ini dilakukan bagi memastikan yang Islam tidak mempunyai simpatisan atau untuk menakut-nakutkan mereka yang tertarik dan berhasrat untuk menganut agama Islam. Mungkin sejarah yang berlaku pada kurun ke-11 dahulu iaitu Perang Salib antara Islam dan Kristian menjadi rujukan mereka. Islam dilihat berkembang pesat pada masa itu dan dirasakan sebagai mengancam pihak berkuasa dan pihak gereja. 25
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Diatas alasan dan ”niat murni” negara Barat untuk memerangi keganasan, maka kedaulatan negara-negara Islam dicerobohi tanpa hak. Negara Iraq adalah contoh terbaru yang masih segar diigatan. Sekali lagi media digunakan seoptima mungkin bagi menghalalkan tindakan ganas mereka itu. Sesetengah pemimpin negara Islam juga ada yang terpengaruh dengan kempen palsu yang mereka jalankan itu. Pemikiran ini tidak dianggap menular melalui media di Malaysia tetapi kebanyakannya di negara Barat, tetapi hakikatnya penularan pemikiran ini banyak menyebabkan orang bukan Islam dan juga sesetengah umat Islam sendiri merasa sangsi dengan ajaran Islam. Perasaan yang menyusup ini melahirkan kesalahfahaman golongan bukan Islam dan umat Islam terhadap ajaran murni agama Islam. Jika ini dianggap sebagai perkara yang remeh, masa depan akan melihatkan ramai salah faham tentang ajaran Islam dan tidak mustahil ada yang murtad akibat tidak mendapat maklumat yang sewajarnya tentang isu terrorism ini. ini. Kemudahan mendapatkan maklumat dan berita hari ini sangat mudah sehingga diibaratkan dunia hanya dihujung jari. Jika berita dan maklumat yang dibaca itu adalah gambaran negatif, maka ianya akan mengelirukan umat Islam terhadap agama yang dianutinya. Apatah lagi jika berita dan maklumat itu ditulis sendiri oleh mana-mana pertubuhan yang kononnya mewakili Islam atau mana-mana penulis yang beragama Islam tetapi mereka juga telah terpengaruh dengan propaganda media barat. Apabila tulisan mereka ini dibaca oleh masyarakat, dibimbangi masyarakat juga akan turut mendapat gambaran yang salah terhadap Islam. IV. Pemikiran Kristianisasi
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah 26
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah 2:120) Ayat di atas mengingatkan kita umat Islam, betapa Yahudi dan Nasrani tidak pernah berputus asa untuk membalik-balikkan hati kita terhadap Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan sejak zaman Nabi Isa sehinggalah sekarang, mereka masih tidak putus-putus mencari jalan untuk membawa umat Islam kepada agama aga ma mereka. Pada abad ke-20, usaha dan janji-janji mereka untuk membawa umat Islam kepada agama mereka, dilakukan dengan satu gerakan yang dipanggil “Gerakan Kristianisasi”. Kristianisasi juga sinonim dengan perkataan Evangelism yang bermaksud menginjilkan manusia, ataupun memberitahu khabar baik. Antara cara yang mereka lakukan dalam memastikan agenda Kristianisasi ini dapat disempurnakan ialah melalui penguasan media. Evangelism yang menggunakan media yakni televisyen untuk menyampaikan dakyah Kristian ini diistilahkan juga sebagai televangelism(Encyclopedia of Philosophy, 2006;296-298). Sejak dari dahulu media menjadi alat untuk menyampaikan maklumat kepada kelompok atau individu yang tertentu. Melalui media juga sesuatu kelompok, pertubuhan atau individu dapat menyebarkan fahaman serta ideologi mereka atas dasar keterbukaan dan merentasi benua. Media massa kini yang lebih moden dan beteraskan jalur lebar membuka peluang kepada gerakan Kristianisasi untuk memperluaskan wilayah pergerakan mereka. Oleh kerana orde dunia telah dikuasi barat, maka penguasaan barat yang rata-ratanya dari negara-negara Kristian terhadap media telah memberi peluang besar kepada gerakan kristianisasi menjalankan dua agenda besar. Pertama: Memberi gambaran buruk tentang Islam kepada orang-
27
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
orang bukan Islam. Kedua: Memberi pemahaman yang salah kepada penganut Islam terhadap Islam. Penguasaan mereka terhadap akhbar-akhbar arus perdana di Mesir seperti yang dikatakan oleh Dr. Sa’aduddin al-Sayyid Saleh telah memberikan banyak kejayaan mereka dalam misi Kristianisasi. Mereka juga telah mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya memonopoli media massa Mesir secara khususnya bagi menyebarkan idea-idea Kristian. Dalam hal ini, mungkin kata-kata seorang orientalis barat, Hanoto yang merupakan penasihat politik kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis di akhir kurun ke 19 yang dipetik oleh Ridhuan Tee (2006) boleh dijadikan peringatan kepada kita semua. Katanya: “Dahulu tujuan peperangan Salib adalah untuk merebut kembali Bait al-Maqdis dari tangan orang-orang Islam yang tidak bertamadun itu, namun apa yang mengejutkan Kristian barat ialah kemenangan panji-panji Islam terus kekal di sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu sudah tibanya untuk berusaha memindahkan
orang-orang
Islam
kepada
tamadun
barat
dengan
tujuan
menghapuskan bahaya yang tersembunyi dalam perpaduan Islam. Sebaik cara bagi meneguhkan kedudukan wilayah jajahan orang-orang Eropah di dunia Islam ialah melahirkan keraguan terhadap agama Islam dan meresapkannya ke dalam jiwa penganutnya dengan menonjolkan isu perbezaan mazhab, pertentangan bangsa, perkauman dan geografi di samping mensyarahkan prinsip-prinsip Islam dengan syarahan yang meragukan dan menyimpang dari nilai-nilainya yang asli, seterusnya memuliakan nilai-nilai barat, sistem politik dan akhlak individu yang terdapat pada bangsa-bangsa Eropah.”
28
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa penguasaan media massa ini mempunyai dua agenda besar iaitu memberi gambaran buruk tentang Islam kepada orang-orang bukan Islam dan juga memberikan fahaman yang salah terhadap orang-orang Islam kepada Islam. Usaha untuk menguasai media massa bagi memburukkan Islam kepada orang-orang bukan Islam telah bermula sejak kekalahan tentera-tentera Kristian dalam peperangan Salib. Suara-suara memuji dan menyebut-nyebut kebaikan dan layanan istimewa yang diberikan oleh orang-orang Islam dari mulut para tentera yang pulang ke negara-negara masing-masing, telah membuatkan para pemimpin gereja berasa bimbang dan tidak senang. Bagi menyekat suara-suara ini dari terus bergema menyebut-nyebut kebaikan Islam, mereka berusaha mencari jalan untuk memburukkan Islam dari pandangan orang-orang bukan Islam. Antara langkah-langkah yang diambil oleh mereka ialah; dengan menggunakan media massa mereka memindahkan gambaran buruk fenomena dan suasana yang dihadapi umat Islam ke Eropah di samping mendakwa mereka adalah bangsa yang mundur ke belakang, pelopor pelopor aqidah keberhalaan, asyik dengan keseronokan hidup, ketagihan dadah dan kaki betina. Memberi publisiti besar-besar terhadap peperangan dengan mengaitkan Islam sebagai pendokong terorisma, dan menyuburkan istilah Islam fundementalisme. Kemudian memberikan gambaran baik-baik ataupun gambaran simpati kepada negara-negara sekutu seperti Israil dan Amerika. Kononnya merekalah yang menjadi mangsa bukannya pemangsa. Manakala langkah memberikan kefahaman yang salah kepada orang Islam terhadap Islam yang tulen. Dengan menggunakan media, mereka mula menyediakan rangkaian-rangkaian rancangan yang yang membahaskan mengenai Islam serta program yang beteraskan
kononnya
memberikan ilmu-ilmu Islam. Tetapi sebaliknya berlaku, iaitu dengan memberi kekeliruan serta mencampur-adukkan antara kefahaman yang sebenar dan batil. Peruntukan dana yang besar juga 29
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
disediakan bagi para oreintalis yang kebanyakannya penganut Kristian untuk menghasilkan buku-buku ‘ilmiah’ yang membahaskan Islam dari sudut yang lebih ‘moden’ dan kentremprori. Sedangkan semua tulisan-tulisan tersebut tidak mengikut displin dan kaedah ilmu Islam. Orang-orang yang berada di balik tabir Kristianisasi ini sedar bahawa mereka memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang manusia itu simpan di dalam minda mereka. Atas kesedaran ini negara-negara Kristian yang besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal. Tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audia, filem dan internet untuk menjajah di dalam minda negara-negara yang disasarkan. Lebih-lebih lagi sekarang ini maklumat tidak ada batasannya. Internet menjadi medium utama dalam penyampaian segala macam maklumat dan ideologi. Semua bahan-bahan dapat disebarkan secara terus, dan peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan propaganda Kristianisasi. Di Malaysia, sudah ada beberapa organisasi Kristian yang membina laman sesawang mereka sendiri. Semua aktiviti dan bahan-bahan ‘dakwah’ mereka boleh dibaca dan dimuat-turun secara percuma. Misalnya laman sesawang, http://www.bible.org.my/ http://www.bible.org.my/,, http://agapeassembly.cjb.net/,, http://www.calvary.org.my/ http://agapeassembly.cjb.net/ http://www.calvary.org.my/,, dan banyak lagi. Kristian tidak akan pernah lemah dan putus- asa dalam usaha memurtadkan umat Islam. Walaupun mereka berpecah dan terdiri dari pelbagai mazhab dan ideologi, tetapi di atas tujuan yang sama iaitu menjatuhkan umat Islam, mereka sanggup untuk bersatu. Satu persoalan yang kita harus fikirkan ialah apakah kita sedar dan perihatin tentang masalah ini? Kita tidak perlu mencaci atau mengutuk setiap satu strategi orang-orang Kristian ini, tetapi yang perlu kita lakukan ialah adakah kita ada usaha untuk menghalang gerakan ini? 30
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Justeru kita perlu menguasai ekonomi dan dengan kekuatan ekonomi kita dapat menguasai media massa. Para billionaire dengan sokongan kuasa-kuasa besar telah menguasai pusat-pusat media yang starateg ik di dunia sepert i CNN, Star TV, channel ko munikasi Internet seperti Google dan sebagainya. Tetapi dalam kesibukan Billionaire Barat membeli pusat srategik menguasai manusia, Billionaire Arab Islam pula menguasai hotel-hotel mewah dan membina pusat-pusat pelancongan (hiburan) untuk kepentingan saudagar Arab ini seperti di Dubai. Malahan Al Jazeera, satu-satunya media Islam yang banyak membantu menyampaikan “katakata saranan” yang berkredibiliti juga sudah dibeli dan dikuasai oleh puak-puak barat dengan kekuatan wang dan pengaruh mereka. Para pengarah dan penerbit filem mereka juga turut memberi sumbangan dalam menyebarkan fahaman Kristian yang mereka anuti. Filem-filem yang dibuat ini berjaya menembusi pawagam-pawagam negara kita dan dihidangkan dengan rasmi kepada masyarakat. The Davinci Code, Passion of the Christ dan Angle and Demon adalah contoh kepada filemfilem tersebut. Penerbit dan pengarah filem mereka telah memanfaatkan bakat seni, kemahiran dan kemampuan mereka untuk berfikir dan berusaha bagaimana untuk menyebarkan fahaman agama yang mereka anuti. Manakala penerbit muslim majoritinya masih menghasilkan filem dan drama berbentuk hiburan. V. Pemikiran Seks
Menyuburkan pemikiran tentang soal seks melalui media massa merupakan satu lagi fenomena bahaya lagi membimbangkan. Malah, wabak ini telah mencapai tahap yang kronik atau mungkin boleh dipinjam istilah ”pendamik” bagi menunjukkan yang ia sukar untuk dikawal dan telah merebak ke seluruh dunia.
31
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Teknologi maklumat (IT) merupakan salah satu medium media massa yang sangat berkesan. Tidak dapat dinafikan, IT berkembang dengan begitu pesat sekali. Dunia yang besar seolah-olah semakin mengecil. Jika dahulu, Marshal McLuhan, seorang guru komunikasi membayangkan senario ”global village”. Hari ini gagasan yang dicetuskan oleh McLuhan itu mengambil bentuk yang lebih luas seperti apa yang disebut oleh Kenichi Ohmae sebagai ”borderless world ”. ”. Kemajuan komputer dan dunia IT pada hari ini telah membuatkan apa yang dibayangkan oleh McLuhan dan Ohmae itu menjadi kenyataan. Cara manusia berinteraksi dan berurusan sudah dibentuk oleh teknologi baru yang dimungkinkan oleh komputer dan IT. Secara sedar atau pun tidak, dunia seakan-akan sudah menjadi sebuah kampung global dan tanpa sempadan disebabkan oleh IT. Kita harus akur dan bersyukur diatas kemajuan dunia teknologi maklumat pada hari ini. Segala urusan yang dianggap sukar dan rumit suatu ketika dahulu, berjaya dirungkaikan menjadi mudah hasil kecanggihan teknologi maklumat. Ada urusan yang suatu ketika dahulu dianggap sangat mustahil untuk berlaku, hari ini ia boleh berlaku tanpa ada siapa pun yang ragu. Pendek kata, dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat ini, ia sangat memberi manfaat dan banyak membantu memudahkan urusan manusia. Perbincangan tentang IT ini tidak boleh terhenti begini sahaja. Ini kerana, jika ada pepatah yang menyebut ibarat pedang bermata dua, maka dirasakan bahawa IT merupakan salah satu contohnya. Apabila kemajuan dan kecanggihan IT ini dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, maka ia adalah suatu nikmat. Tetapi, jika ada tangan-tangan kotor yang mengambil kesempatan di atas kemajuan IT ini, lalu digunakan untuk tujuan merosakkan manusia, maka ia adalah azab. Ketika ini, jadilah ibarat pedang bermata dua yang bila-bila masa saja boleh mencederakan tuannya sendiri send iri.. 32
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Apa yang kita bimbangkan ini, ianya telah benar-benar terjadi. Dunia IT yang merupakan salah satu saluran media massa yang sangat berkesan telah dicemari fungsinya. Apa yang penulis maksudkan ialah lambakan bahan-bahan lucah yang seakan-akan sudah sukar untuk dibendung lagi. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada bencana ini. Bahan-bahan lucah –tidak perlu rasanya untuk disebutkan contoh-contohnya- sangat mudah untuk didapati. Cukup dengan hanya menaip beberapa huruf tertentu di mana-mana enjin carian internet, dan tekan butang ”enter”, seseorang individu itu akan dihidangkan apa sahaja yang diidamkan. Tiada apa lagi yang dapat menghalang, kecuali kekuatan iman dan takwa yang mendalam. Sambutan dan pengaruh laman sesawang lucah dari barat ini mendapat tumpuan yang amat menggalakkan. Jika dilihat kajian-kajian yang dibuat berkenaan pornografi ianya melahirkan kebimbangan apabila beberapa pendedahan fakta menerusi kajian yang dilakukan di Boston, Seattle, Houston, Los Angeles dan New York mengesahkan bahawa pornografi mempunyai hubung kait dengan kes jenayah yang meningkat. Kajian lain pula diambil daripada 36 orang pembunuh bersiri yang berlaku, 81 peratus dilaporkan bahawa pornografi adalah salah satu punca kepada kemahuan seksual yang mendadak (Research on pornography, n.d.). Sesetengah filem yang diluluskan untuk ditayangkan di negara kita juga tidak terlepas daripada unsur-unsur yang menjuruskan ke arah pengaruh seks. Walau pun mungkin ianya dimasukkan secara tidak langsung, namun ianya cukup memberi kesan terutamanya kepada golongan remaja dan belia. Pendedahan gaya hidup bebas yang seolah-olah tiada batasan pergaulan antara jantina adalah salah satu bukti yang jelas terpampang di depan mata. Maka tidak hairan juga apabila beberapa buah negeri di Malaysia ini pernah mendapat berita gempar apabila dinobatkan sebagai dua negeri iaitu Kota Bharu dan Kuantan sebagai dua negeri tertinggi 33
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
para pelayar laman web lucah berdasarkan pendedahan Google Trends. Antara perkataan carian tertinggi yang menyebabkan negeri-negeri itu dinobatkan ialah kekerapan para pelayar laman web yang menaip kata kunci seperti bogel, gambar bogel, seks Melayu dan cerita seks. Apabila bahan-bahan lucah ini begitu banyak dan senang untuk dicari, hasilnya akan membuatkan pemikiran mereka yang melayarinya akan sentiasa memikirkan soal seks. Tidak cukup dengan melihat bahan-bahan lucah di internet, mereka akan berusaha pula mencari dan mendapatkan video-video lucah. Gejala tidak sihat ini sebenarnya sangat meruncing terutamanya di kalangan sebahagian golongan muda, bahkan di peringkat semaja sekalipun. Dalam satu kaji selidik yang telah lama dilakukan membabitkan golongan remaja berusia diantara 13 tahun hingga 21 tahun mendapati seramai 40 peratus remaja tersebut pernah menonton video lucah. Remaja di luar bandar sahaja, mencatatkan sebanyak 47 peratus pernah menonton video lucah, manakala 46 peratus pula membaca majalah lucah. (Berita Harian, 1994) Fakta ini sewajarnya menimbulkan perasaan gusar dalam hati kita dan menjadi kayu pengukur betapa kesan bahan-bahan lucah semakin membarah dalam kehidupan masyarakat. Itu adalah 13 tahun yang lalu. Jangan ditanya peratusan sekarang kerana jawapannya pasti ianya sangat membimbangkan. Apa yang berlaku ini mempunyai kesan buruk yang sangat ketara seperti seks bebas, peningkatan kes-kes rogol, pelacuran, AIDS dan termasuk juga kegilaan seks luar tabii. Akhirnya larangan syariat tidak lagi dipedulikan. Dosa pahala t idak lagi dihiraukan. Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) melaporkan daripada seramai 1900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18 tahun didapati bahawa 4.6 peratus telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang membabitkan 4347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula mendapati 6
34
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
peratus daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Peratusan ini pastinya akan meningkat sekiranya usaha-usaha serius untuk membendung ge jala ini tidak dilakukan. Apa yang kita bincangkan ini ialah pengaruh pemikiran seks secara langsung. Maka, dunia IT adalah topik perbincangannya. Namun, tidak seharusnya kita lupa bahawa pengaruh pemikiran seks ini juga tersebar melalui medium-medium media massa lain secara t idak langsung. Terdapat sesetengah majalah yang khusus memaparkan cerita-cerita artis semata-mata. Lalu, disiarkanlah gambar-gambar para artis dengan pelbagai jenis ragam dan pakaian. Apa yang menyedihkan, terdapat gambar-gambar artis yang disiarkan ini sangat melampaui batas. Pakaian para artis yang mendedahkan sebahagian buah dada, sengaja menyingkap kain sehinga ternampak bahagian paha, gambar para artis dengan berpakaian mandi di tepi kolam, gambar para artis yang bukan mahram berpelukan lelaki dan perempuan tanpa batasan dan tidak kurang juga gambar para artis yang sengaja ber”posing” dengan gaya-gaya yang menghairahkan. Ini adalah gambaran sebahagian contoh-contoh yang terdapat dalam majalah-majalah yang dijual di negara kita. Apa yang disebut tadi bukan dilakukan oleh artis-artis barat sahaja, tetapi artis-artis tempatan juga telah mula berani melakukan aksi-aksi sedemikian. Tidakkah semua bahan-bahan ini apabila dilihat dan dibaca oleh para remaja akan membuatkan mereka menuruti jejak langkah artis idola mereka? Atau mungkin juga akan menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Penularan pemikiran seks ini juga banyak tersebar melalui iklan-iklan di media massa. Menurut Mansor Ahmad Saman, katanya selain daripada profesion pelacuran, barangkali profesion periklananlah yang paling banyak memperdayakan seks. Pelacuran memperdagangkan seks itu sendiri, manakala periklanan – bukan semua, tetapi kebanyakan daripadanyamenggunakan seks untuk memperdagangkan barang-barang dan perkhidmatan. 35
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Walaupun mungkin keadaan ini masih lagi terkawal di negara kita, tetapi bibit-bibit ke arah itu semakin banyak didapati. Ianya terbukti apabila ada para pengiklan yang telah menghasilkan iklan-iklan yang menggunakan runtutan seks yang tidak cocok dengan budaya ketimuran masyarakat kita, apatah lagi jika ditimbang berdasarkan neraca syariat. Banyak gambar-gambar tubuh wanita yang boleh dikatakan separuh bogel digunakan untuk menjual pelbagai barangan; dari kenderaan hinggalah kepada pakaian. Oleh itu, keadaan ini mesti diawasi dan diberi perhatian penting. Ini kerana, menggunakan rayuan kepada kehendak manusia dengan memperalatkan seks adalah sesuatu perbuatan yang tidak berakhlak. Peranan Media Massa Menangkis Serangan Pemikiran
Salah seorang ahli teori Barat yang pertama sekali menghuraikan tentang tujuan media massa ialah Lasswell (1948). Menurut Lasswell (dalam Yusof Hussain, 1988), media massa mempunyai tiga peranan iaitu mengawasi alam sekeliling (surveillance), membincang dan mencadangkan perubahan, tindakan dan penyesuaian yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi menghadapi perubahan –perubahan dan masalah-masalah baru dalam masyarakat (correlation), dan menyampaikan warisan sosial iaitu ilmu pengetahuan, nilai dan norma masyarakat kepada generasi baru. Sudah tiba masanya pihak berkuasa bersifat serius dalam perlaksanaan Akta Kebudayaan Kebangsaan yang telah digagaskan pada tahun 1971. Akta ini digagas berteraskan tiga unsur utama yakni unsur kebudayaan asal rantau ini, unsur unsur kebudayaan lain yang wajar dan unsur Islam sebagai unsur terpenting (Syuhada, 2009). Berdasarkan garis panduan yang telah digagaskan, semua pihak yang terlibat dengan media massa secara lansung atau tidak lansung
36
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
perlu peka dan berkerjasama dalam menangkis serangan permikiran yang semakin menular dalam masyarakat. I. Mendapat pemahaman Islam yang sebenar
Media massa harus mendapat pemahaman Islam yang sebenar, Islam bukan satu agama yang terpisah dari dunia realiti atau hanya mengfokuskan kepada ritual ibadat semata. Tetapi ajaran Islam sebagai agama universal mengcakupi setiap aspek kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: ”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu al-Baqarah, 2:208). musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah, Masyarakat berhak mendapat pemahaman sebenar tentang Islam, Syuhada (2009) menganggap cukuplah selama ini apabila masyarakat yang bergantung kepada media massa disajikan dengan informasi dan hiburan yang tidak membina peribadi dan peradaban. Jaafar (2009) menyarankan pemahaman sebenar terhadap media arus perdana dalam mengartikulasi usaha pemantapan ekonomi umat Islam, selain itu dengan pemahaman sebenar tentang garis panduan dari perspektif Islam mampu membantu media massa menyaring maklumat dan menyampaikan maklumat yang mampu membina jati diri muslim yang sebenar. Tanpa ada pemahaman sebenar tentang garis panduan Islam berhubung dengan tatacara penggunaan media massa, media massa akan hanya mencedok segala macam pemikiran untuk dijadikan bahan promosi secara lansung atau tidak. II. Mengetengahkan peranan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam
Bagi mengiktiraf peranan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam di Malaysia, kewujudan Majlis Penasihat Shariah boleh membantu atau berkerjasama dengan LPFM dalam proses 37
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
penapisan dan penyampaian maklumat. Ini tidak bermaksud LPFM tidak melakukan kerja dengan baik, tetapi proses penapisan dan penyampaian dari perspektif Islam sesuai dengan keilmuan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam. Dengan cara ini, penghasilan dan pameran yang melepasi media massa melalui filem dan drama dapat dikawal sesuai dengan landasan syariat Islam. Zaharom (2006) dalam tulisan beliau membawa contoh kritikan tiga golongan yang mengkritik kuat LPFM atas berat sebelah mereka dalam melaksanakan tugas mereka iaitu golongan liberal, golongan konservatif dan golongan seni. Ternyata kritikan demi kritikan yang dilontarkan ketiga-tiga golongan ini menghimpit LPFM dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu tanpa mengira asas kritikan tersebut, LPFM disarankan berpegang teguh kepada dasar am garis panduan LPFM yang ternyata jika dilihat daripada zahirnya selari dengan syariat Islam. Penapisan filem berdasarkan garis panduan itu bertu juan sebagai: “Untuk melindungi orang ramai dari kemungkinan pengaruh buruk yang diakibatkan daripada penontonan filem dan bahan-bahan publisiti sesebuah filem sehingga mendorong mereka; melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan perkara-perkara yang tidak bermoral; dan bersimpati dengan ideologi yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara” (1992: 2) Maka dengan adanya bantuan daripada para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam dalam membantu LPFM melaksanakan tugas mereka sekaligus menepati dasar am garis panduan LPF yang telah ditetapkan sesuai dengan syariat Islam. Selain daripada itu, media massa seharusnya memberi ruang seluas-luasnya untuk proses penyebaran ilmu kepada para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam di Malaysia. Program berbentuk keagamaan adalah sungguh sedikit jika
38
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dibandingkan dengan program hiburan, malah ianya pula selalunya diletakkan pada waktu yang tidak sesuai. Dengan mengiktiraf keilmuan golongan agamawan ini, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan dan idea-idea baru dalam menyediakan bahan-bahan untuk filem. Dan dengan bantuan daripada mereka yang berilmu, semakan dan kajian semula permit majalah dan akhbar yang mempunyai unsur khurafat dan seks boleh dikenal pasti. Tambahan pula, dengan cara ini media massa seharusnya memberi galakkan kepada golongan agamawan dan ahli akademik untuk turut terlibat secara langsung dalam industri perfileman. Ini adalah kerana ramai orang yang tidak selesa jika asyik dikritik sepanjang masa. Oleh itu, kertas kerja ini ingin mencadangkan supaya para karyawan dan penerbit filem untuk mewujudkan hubungan langsung dengan golongan agamawan dan ahli akademik yang berkredebiliti. Sentiasa rujuk kepada mereka dalam menghasilkan apa -apa karya. Mungkin juga pihak tertentu boleh memikirkan memikirkan untuk diberikan kursus yang yang khas kepada lepasan universiti dalam jurusan agama yang berminat untuk terlibat dalam industri perfileman. Untuk mengharapkan lepasan jurusan agama ini terus mengarahkan atau menerbitkan filem mungkin ianya suatu yang sangat drastik, tapi sekurang-kurangnya mereka boleh dilatih untuk menulis skrip dan menyediakan bahan-bahan yang bermutu untuk industri perfileman negara kita. Begitu juga pentingnya memperbanyakkan program-program dan bahan-bahan ilmiah di dalam media elektronik dan media cetak. III.Perbanyakkan III. Perbanyakkan filem-filem yang mampu mendidik masyarakat.
Kita terus mengharapkan agar penerbit dan pengarah-pengarah filem tempatan di negara kita untuk terus berkarya. Cuma, harapan kita semoga bakat seni dan kemampuan yang dikurniakan kepada mereka itu akan dimanfaatkan dalam usaha bersama membina sebuah 39
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
generasi yang bermaruah, dihormati, dan tahu hala tuju hidup ini. Kita masih memerlukan filemfilem yang mampu mendidik masyarakat ke arah lebih baik. Memetik Zakaria Sungib (dalam Zaheril, 2006) yang menyatakan ”...jika karyawan filem seorang yang mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial, tentunya dia akan lebih ”selective” lagi kerana memikirkan kesan (natijah) filem kepada penonton”. Menyentuh hal ini, pujian layak diberikan kepada seniman tanah air kita, Tan Sri P. Ramlee diatas sumbangan beliau dalam menghasilkan banyak filem-filem yang bermutu dan berkualiti. Bermutu dan berkualiti bukan dari sudut cara pembikinannya, tetapi isi kandungan dan mesejnya yang mampu mendidik masyarakat, meningkatkan semangat patriotik, memupuk perasaan muhibbah dan sebagainya. Menurut Naim Hj Ahmad (1995) masyarakat kini mula menyedari akan sumbangan besar P.Ramlee. Antara filem-filem beliau yang masih digemari dan mempunyai nilai-nilai pendidikan yang tinggi ialah Ibu Mertuaku (1962), Antara Dua Darjat (1960), Hang Tuah (1965), Anakku Sazali (1956) dan Sarjan Hassan (1958) dan pelbagai lagi. Begitu juga filem-filem lain seperti filem Bukit Kepong, Embon, Leftenan Adnan dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Ini tidak bermaksud memburukkan pengarah dan penerbit filem yang lain, tetapi sekadar ingin mengajak untuk kita berfikir semula. Adakah masyarakat sekarang memerlukan filemfilem seperti KL Menjerit, Remp-It, Impak Maksima, Bohsia dan banyak lagi yang seakaakannnya? Dan yang masih dibahaskan ialah filem Anu Dalam Botol yang ingin memaparkan ”realiti” kehidupan golongan maknyah dan gay. Setelah skrip filem ini dikaji oleh pihak JAKIM, menurut laporan sebuah akhbar tempatan, judul filem ini dicadangkan supaya ditukar menjadi
40
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
”Anu Dalam Almari” dan yang terkini pihak JAKIM mengarahkan supaya ditukarkan tajuk menjadi ”... dalam botol” (Dot dot dot dalam botol). Biar apa pun judulnya, persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah dengan menerbitkan filem-filem sebegini dapat membantu mengurangkan masalah ”samseng jalanan” – atau dulu disebut sebagai ”mat rempit”, bohsia, lumba haram, pelacuran dan sebagainya? Atau ia boleh menjadi pencetus perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam hati para remaja? Adakah masyarakat tidak tahu bahawa wujudnya gejala ”samseng jalanan”, bohsia, lumba haram dan masalah yang lain sehingga ia perlu per lu difilemkan? Jika dengan alasan apa yang dibuat ini adalah untuk menayangkan perkara realiti kepada masyarakat, siapa pula yang menetapkan peraturan bahawa perkara realiti perlu ditayangkan? Atau sekiranya dengan alasan yang sama, rasanya dalam realiti sekarang masih banyak nilai-nilai murni dan positif dalam masyarakat kita yang boleh ditonjolkan. Zaheril Zainudin (2006) menyebut, filem dan budaya sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yang amat intim antara satu sama lain. Ini kerana, filemlah ”budaya”. Dalam erti kata yang luas, ia merangkumi penonjolan, perbincangan dan penghargaan aspek-aspek cara hidup yang berkait rapat dengan sesebuah masyarakat. Malah filem bukan sahaja dapat menghiburkan hati yang lara, tetapi juga berupaya mendidik, mengejutkan malah turut mengajar sesuatu yang baru kepada penontonnya. Maka, kita mengharapkan filem-filem yang mampu mendidik masyarakat ke arah pengamalan budaya buda ya baik dan harmoni sejajar dengan ajaran Islam. IV. Mewujudkan Majlis Media Muslim Malaysia
Sebenarnya, sekiranya pihak yang berwajib menguatkuasakan menguatkuasakan segala peraturan dan garis panduan yang telah ada berkaitan dengan industri hiburan, perfilemen dan media cetak, ianya telah memadai. Peraturan dan garis panduan yang tertulis di atas kertas itu sudah cantik, yang 41
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
tinggal ialah untuk mencantikkan juga perlaksanaan dan penguatkuasaannya. Rujuk lampiran kertas kerja ini yang mengandungi Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Garis Panduan Hiburan dalam Islam yang dibuat oleh JAKIM, Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh JAKIM dan juga Garis Panduan Penerbitan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Keseriusan dalam mengaplikasi kesemua garis panduan yang telah dibuat ini akan seharusnya mengakibatkan mana-mana program hiburan dan bahan bercetak yang tidak memenuhi atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan, hendaklah dilarang. Ini tidak bermaksud pihak media gagal dalam tugasannya dalam menjaga dan memelihara imej Islam, tetapi penularan serangan pemikiran yang terkandung dalam media dan peningkatan filem dan drama berunsurkan pelbagai jenis serangan pemikiran baik di radio mahupun televisyen sangat membimbangkan. Maka tindakan tegas daripada pihak yang terlibat dan berkuasa diperlukan bagi menjaga ak idah dan syariat Islam. Walau bagaimanapun, Y. B. Dato’ Seri. Dr’ Ahmad Zahid Hamidi (2009) pernah mencadangkan supaya diwujudkan Majlis Media Muslim Malaysia dengan mengadakan pertemuan stratergik antara mereka yang terlibat dalam media dan juga di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk berkerjasama mewujudkan jawatankuasa khas bagi membincangkan imej dan paparan Islam di dalam media. Justeru beliau merasakan pihak media tidak seharusnya terbeban dengan kisah politik dan hiburan semata, pemurnian yang boleh dilakukan oleh pihak media dengan mengetengahkan ajaran Islam mampu membantu mempromosi kehidupan bermoral dalam masyarakat. Hal ini jelas kerana apa yang baik untuk Islam semestinya baik juga untuk umat dunia sejagat.
42
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Jawatankuasa khas yang wujud boleh bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam media seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam membendung penularan serangan pemikiran yang telahpun berlaku lama di Malaysia ini. Selain itu Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Jawatankuasa Rayuan Filem diharap dapat memperketatkan pemberian Sijil Kelulusan Filem terutamanya kepada penerbit muslim supaya filem atau drama yang ingin diterbitkan kepada umum tidak mempromosi apa-apa yang bercanggah dengan syariat Islam. Jika perlu, kesemua Lesen Pengeluaran Filem FINAS, Sijil Penggambaran Filem (SPP), Sijil Kelulusan Filem dan sebagainya yang diperlukan bagi menghasilkan dan mempamerkan filem atau drama ditelusuri semula dari semasa ke semasa dan dilakukan penambahbaikan berlandaskan syariat Islam. Kesimpulan
Pisau adalah alatan yang tajam, ianya boleh digunakan untuk memotong buah, dan pada masa yang sama ianya boleh disalah guna untuk dijadikan senjata membunuh. Pisau itu semestinya
satu
penggunaannya
alat perlu
keperluan,
tidak
diharamkan.
bermaksud
Tetapi
jika
pengguna
ianya
disalahgunakan,
mestilah
memahami
maka matlamat
penggunaannya terlebih dahulu, begitulah juga halnya dengan media massa. Segala serangan pemikiran yang didedahkan ini hanyalah antara sekian banyaknya pemikiran yang sedang berlaku, hanya dengan pendedahan cirri-cirinya sahaja para pembaca dan penonton boleh mengenalinya dan berhati-hati akan bahayanya serangan pemikiran ini terhadap akidah mereka. Cuma sahaja umat Islam kadang kala lalai dengan hiburan yang berleluasa hidangan media massa, walhal pada masa yang sama mereka risau dan mengambil berat akan keperluan pembinaan peradaban bagi golongan belia. Persoalannya adakah acuan yang diinginkan itu berasaskan daripada campuran jatidiri (agama) yang diselit sama lambakan 43
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
ideology yang ternyata bercanggahan dengan ajaran Islam atau mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh ajaran al-Quran dan as-Sunnah? Sesungguhnya kebenaran itu tidak boleh bercampur dengan kebatilan kerana hasilnya pasti tidak mendatangkan kualiti yang sempurna. Secara rasionalnya, pendedahan serangan pemikiran ini bukan hanya ditujukan kepada media massa tetapi semua individu bergelar muslim bagi tujuan pembentengan akidah. Umat Islam sewajarnya kembali menghayati ajaran Islam yang suci demi untuk memartabatkan imej agama yang maju lagi saintifik. Diharap penjelasan berkenaan serangan pemikiran melalui media massa ini mampu dijadikan batu loncatan kepada lebih banyak penyelidikan pada masa akan datang untuk didedahkan kepada para penerbit media cetak, elektronik dan perfileman serta semua pihak, demi mengekang unsur-unsur yang mampu mengugat akidah umat Islam kepada dan juga usaha memurnikan kandungan bahan-bahan penerbitan, berdasarkan prinsip dan nilainilai agama yang luhur, mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
44
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
RUJUKAN
Ahmad Azam Abdul Rahman. (2003). Media Massa Barat dan Penghinaan Terhadap IslamSatu Penilaian. Penilaian. Kuala Lumpur:IKIM.
Futures . Kuala Ahmad Murad Merican. (2005). Media History Worldviews and Communication Futures. Lumpur:University Lumpur:University Malaysa Press. ms.145-157.
Ahmad Zahid Hamidi. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya keusahawanan ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.
Al-Furqon. 09(8). Ariff Fathul Ulum (April 2009). Di Balik Istilah Pemikiran Islami. Majalah Al-Furqon. Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.
A. Aziz Deraman. (2003). Revolusi Teknologi Maklumat dan Umat Islam di Malaysia. Pemikir, Malaysia. Pemikir, ms. 125-145.
Azizan Baharuddin (2003), Peranan Media Massa dan Sastera Dalam Pembangunan UmmahSatu Perspektif Islam, Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia Ma laysia (IKIM).
Brasher B. (October 19, 2001). Evangelicalism. Encylopedia of fundamentalism. London: Routledge.
Brasher B. (October 19, 2001). Hedonism. Encylopedia of fundamentalism. London: Routledge.
Brasher B. (October 19, 2001). Televangelism. Encylopedia of fundamentalism. London: Routledge.
45
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Borchert, D.M. (2006). Hedonism. Encylopedia of philosophy. (jld.4 ms. 254-258). London:Routledge.
Cialdini, R. B. (2001). Influence: (2001). Influence: Science and practice. (4th Ed.). Boston: Allyn & Bacon. Baco n.
Cialdini (2007). "The Media:Carriers of Contagious Information". Diambil pada 15 Mei, 2009 dari: http://www.in-mind.org/is http://www.in-mind.org/issue-4/the-media-carriers-of-contagious-inf sue-4/the-media-carriers-of-contagious-information.html ormation.html
Ensiklopedia Islam. (1998). Khurafat. Kuala Lumpur : Malaysia Encyclopedia Research Center Berhad.
Filem seram tidak merosakkan. (Mei 18, 2008). Utusan Malaysia. Diambil pada dari 15 Mei 2009 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&se c=Hiburan&pg=hi_01.htm
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam. (14 Januari 2009). Diambil pada 16 Mei 2009 dari http://www.islam.gov http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lih .my/e-rujukan/lihat.php?jakim=3710 at.php?jakim=3710
Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. (21 November 2005).
).
Diambil
pada
16
Mei
2009
dari
http://www.islam.gov.my/e-
rujukan/lihat.php?jakim=773
Garis
Panduan
Penerbitan
KDN.
(n.d.).
Diambil
pada
16
Mei
2009
dari
http://www.moha.gov.my/template01.asp?contentid=67
Ima Syuhada Ismail. (2009). Cabaran Media Dakwah Islami Dalam Era Globalisasi. Diambil pada 30 Mei 2009 dari http://www.e-zakat.com.my/artikel/artikel-10.asp http://www.e-zakat.com.my/artikel/artikel-10.asp
46
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Ismail Omar. (2006) Manhaj Aqidah Ahli As-sunnah Wal Jamaah. Jamaah . Kuala Lumpur:Access InfoTech (M) Sdn Bhd.
Johan Jaaffar. (2002), Antara Kebenaran & Wibawa Moral: Cabaran Media Hari Ini, Ini, Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).
Johan Jaafar. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya keusahawanan ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.
Reality? . New York : Oxford University John L. Esposito. (1995). The Islamic Threat: Myth or Reality?. Press. ketiga . Kuala Lumpur : Dewan Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus (1994). Kamus Dewan Edisi ketiga. Bahasa dan Pustaka ms.448.
Khalid Al-Juraisy. Al-Fatawa Asy-Syara'iyyah Fi Al-Masail Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Indonesia: Darul Haq.
Lippmann. (1922). Public (1922). Public Opinion. Opinion. New York: Macmillan.
Mansor Ahmad Saman (1982), Iklan: (1982), Iklan: Amanah Seks dan Jual Janji, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Media Consumption in Malaysia Remains Strong. Strong.(2007, Oktober 1). Nielson Media. Diambil pada 15 Mei 2009 dar i http://my.nielsen.com/site/20071001.shtml http://my.nielsen.com/site/20071001.shtml
Mohamad
Md.Yusoff.
(1993).
Media
dan
masyarakat:satu
kumpulan
esei.
Kuala
Lumpur:Percetakan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006). Gambaran Pengaruh Budaya Barat. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-barat.html 47
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) ms. 41. Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. Ash-Shahwah Al-Islamiyah Dhawabith wa Taujihat, (edisi Indonesia
Panduan
Kebangkitan
Islam,
Penerjemah
Muhammad
Ihsan
Zainudin,
Indonesia:Darul Haq.
Muhammad Nashiruddin Al-Albani, (n.d.). Silsilah Shohihah, jld.6.
Muhammad Nashiruddin Al-Albani. (n.d.). Kitab Sifat Kiamat, Shahih Sunan a l-Tirmizi.
Nielsen Survey Finds Malaysians To Be Entertainment And Media Junkies. (2009, January 7). Nielson Media. Diambil pada 15 Mei 2009 dari http://my.nielsen.com/news/20090107.shtml
Nurul Ain. (Januari 19, 2009). Sesi ujibakat AF 7 dapat sambutan hangat. mStar Online. Online. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/1/19/mstar_hiburan/20090119102747& sec=mstar_hiburan
Kajian, Serdang: Penerbit Universiti Naim Hj. Ahmad (1995), (1995), Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian, Putra Malaysia. Malaysia.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Penggal Parlimen Ketiga. (18 Julai 1973). Kuala Lumpur: Percetakan Barat, jld.3 bil.21 ms. 34-35.
Phillips, D. P. (1989). Recent advances in suicidology: The study of imitative suicide. In R. F. W. Diekstra, R. Maris, S. Platt, A. Schmidtke, & G. Sonneck (Eds.), Suicide and its prevention: The role of attitude and imitation (pp. 299-312). Leiden: E. J. Brill.
48
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Research on Pornography (N.D). Diambil pada 30 Mei 2009 dari http://ktk.ru/~cm/stat2.htm
Rosli Hassan. (Mei 19,2009).JAIM serbu Pulau Besar. Kosmo Besar. Kosmo.. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=N egara&pg=ne_01.htm
Salhan K. Ahmad. (December 10, 2006). Most porn surfers from Kota Baru and Kuantan. The Star. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/10/nation/16280253&sec=nation
Tempatan, Nilai: Penerbit KUIM. Shahril Anuar Abdul Ghalim. (2006), Program (2006), Program Realiti Tempatan,
Tinjauan, Nilai: Siti Suriani Othman. (2006). Kesan TelevisyenTerhadap Identiti Remaja: Satu Tinjauan, Penerbit KUIM.
Utsman Abdussalam Nuh. (Februari 2007). Kategori Hizbiyyah Dan Harokah. Majalah Al Furqon ,06(4). Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.
Wahid Abdussalam Bali, Wiqayatul Insan Minal Jinni Wasy-Syaithan, Wasy-Syaithan , (Judul terjemahan: Ruqyah Cara Islami Mengatasi Kesurupan). Aqwam. ms. 177-180.
Yahya bin Said Alu Syalwan. (2004). Fatawa Ath-thiflul Muslim, (edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim). Penerjemah Ashim. Ashim. Indonesia:Griya I ndonesia:Griya Ilmu.
Yusof Hussain (1988), Peranan Media Massa Dalam Menyampaikan Risalah Islam, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, UPM.
Zaharom. (2006). Isu dan cabaran media di Malaysia. Pualu Pinang:Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
49
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Zaheril Zainudin. (2006). Pengaruh dan Kesan Filem Ke Atas Remaja. Remaja. Nilai: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
50