PENGENALAN PENGENALAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut akan dihukum atau didenda oleh mahkamah. Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di mana hakim mendengar pertikaian di antara dua pihak dan mengenal pasti satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara di mana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan. Ia biasanya berkembang mengikut adat-adat adat-adat sendiri sesebuah negara.
Warga pendidik terutama pengetua pengetua dan guru besar melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan tindakan
perlu menghindarkan diri daripada mereka disabitkan dengan sesuatu
undang-undang. Pentadbir sekolah dan para pendidik
hendaklah menerima aspek
perundangan dalam pendidikan sebagai satu cabaran agar bertindak lebih professional dalam menangani perkara ini dan mengetahui prosedur yang ditetapkan .
PENGENALAN KE PADA UNDANG-UNDAN G TORT TORT
Tort adalah salah satu daripada cabang undang-undang sivil yang yang menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan ganti rugi. Menurut Abd Ghani (1985), Tort merangkumi soal tuntutan dan dakwaan berkaitan kerugian, kecederaan atau kesakitan. Peranan undang-undang tort ialah menentukan soalsoal liabiliti dan ganti rugi yang dituntut dalam kesalahan sivil. Antara tort yang paling utama ialah kecuaian (negligence), pencerobohan, kacau ganggu, fitnah dan pern yataan silap. Dalam bidang pendidikan, tort kecuaian (negligence) sering berlaku. Kecuaian adalah pelanggaran kewajipan undang-undang untuk berjaga-jaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini oleh plaintif ( Roger, W.V.H, 1994 ). Tie Fatt Hee (2004) dalam bukunya Liabiliti dalam Pengurusan Pendidikan menyebut, kecuaian adalah kegagalan mengambil
1
tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain seperti mana yang dikehendaki oleh undangundang. Dalam pendidikan, terdapat dua jenis kecuaian iaitu kecuaian guru dan kecuaian pendidikan. Kecuaian guru merujuk kepada kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Guru perlu membayar ganti rugi jika disabitkan bersalah oleh mahkamah. Terdapat empat elemen yang perlu ada sebelum seseorang guru itu didakwa iaitu : 1. Kewajipan berjaga-jaga yang diperuntukkan oleh undang-undang 2. Memungkiri kewajipan berjaga-jaga 3. Kecederaan yang dialami oleh pelajar 4. Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defenden (guru) dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif (pelajar).
SI NOPSI S KES ZAZLI N ZAH I RA HJ. KAMARULZAM AN
Kes Zazlin Zahira Hj.Kamarulzaman merupakan salah satu kes mahkamah berkenaan dengan penyeliaan murid dalam bilik darjah. Kes ini melibatkan Zazlin Zahira Hj.Kamarulzaman (pelajar) menuntut melalui bapa dan penjaganya Hj.Kamarulzaman bin Mohd Ali lawan Louis Marie Neube Rt.Ambrose a/l Ambrose & dua lagi. Kes ini berlaku pada 19 Mac 1985 dimana seorang guru muzik (defendan pertama) mengajar muzik dalam darjah satu. Semasa sesi pengajaran berlaku, guru tersebut menyuruh murid melakukan gerakan “ gerabak kereta api ” di mana murid– murid termasuk Zazlin Zahira (plaintif) melakukan pergerakan mengikut rentak muzik. Sebelum pengajaran bermula, penerangan yang jelas telah diberikan oleh guru muzik berkenaan. Semasa pengajaran berlaku murid tersebut telah berlari keluar daripada barisan “ gerabak kereta api”. Murid tersebut cuba masuk kembali ke dalam barisan dan ketika itulah ia terjatuh dan mengalami patah tangan. Guru muzik (defendan) bersama bantuan guru lain telah memberi bantuan kecemasan kepada Zazlin Zahira sebelum ia dihantar ke hospital atas arahan guru besar. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh guru besar kepada ibu bapa murid berkenaan tentang apa yang berlaku dan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah. Kesan daripada kemalangan itu, murid mengalami patah tangan kanan dan selepas pembedahan 2
terdapat parut di tempat pembedahan tersebut. Ekoran daripada itu, plaintif kedua (bapa Zazlin) telah mengambil tindakan mahkamah dan menuntut ganti rugi.
KEPUTUSAN M AHKAM AH
Dalam kes ini, mahkamah telah telah memutuskan bahawa guru yang mengajar Zazlin Zahira bt Hj Kamarul
sewaktu kecederaan berlaku tidak bersalah setelah meneliti empat elemen yang
melibatkan kecuaian guru. a) Un sur Pertama : Kewajipan B erj aga-jaga
Terdapat kewajipan berjaga – jaga yang wujud antara pihak guru dan sekolah sebagai defendan dengan pihak pelajar sebagai plaintif. Dalam kes ini, didapati guru telah memberi arahan yang jelas kepada murid-murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga telah memastikan keadaan kelas adalah selamat sebelum dan semasa aktiviti dijalankan dan tiada peralatan yang merbahaya digunakan. Guru berada bersama murid sepanjang aktiviti dijalankan. Setelah berlaku kecederaan, guru dengan segera memberi bantuan kecemasan kepada plaintif dengan bantuan guru lain. Seterusnya guru dan pihak sekolah telah membawa plaintif ke hospital untuk rawatan lanjut dan menghubungi keluarga plaintif. Sebagai seorang guru, beliau telah memenuhi tanggungjawab berjaga-jaga yang diamanahkan kepadanya dan telah mengambil tindakan sewajarnya. b) Unsur Kedua : M emungkir i Kewaji pan Berj aga – Jaga.
Unsur ini berkait rapat dengan unsur pertama iaitu kewajipan berjaga- jaga dilanggar. Dalam kes ini, mahkamah mendapati guru sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti dijalankan dan guru sering mengingatkan murid aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan. Guru juga tidak menggunakan peralatan merbahaya kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, defenden pertama (guru) tidak memungkiri kewajipan berjaga-jaga ke atas plaintif dan telah bertindak secara munasabah bagi menjaga keselamatan muridmurid di bawah seliaannya. c) Unsur Ketiga : Faktor penyebab kegagalan guru melakukan sesuatu perbuatan meru pakan sebab utama keceder aan ber laku . 3
Kecederaan yang dialami oleh paintif adalah disebabkan plaintif tidak mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru dan telah mengakibatkan
plaintif terjatuh serta
mengalami patah tangan kanan. Dalam kes ini, fakta menunjukkan tidak ada perkakas atau peralatan merbahaya diberikan kepada murid-murid oleh defenden. Oleh itu, tiada sebab menunjukkan kelas tersebut merbahaya yang memerlukan penjagaan rapi yang luar biasa. d) Un sur Keempat : K aitan r apat di an tara ti ngkah lak u defenden dengan k eceder aan yang dialami oleh plainti f.
Berdasarkan kes ini, guru telah memberi arahan yang jelas namun ia
tidak
diendahkan oleh murid (plaintif). Keingkaran murid mengikut arahan guru telah menyebabkan kecederaan berlaku. Oleh itu, guru tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kecederaan yang berlaku. Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah dan bukti yang dikemukakan, mahkamah menolak tuntutan yang dibuat oleh plaintif.
SI NOPSI S KES M OHAM ED RAIH AN BI N I BRAHI M
Kes ini melibatkan Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor vs Government of Malaysia & Ors.( 1981 ). Mohamed Raihan merupakan seorang pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Port Dickson yang mengalami kecederaan di kepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian. Beliau mendakwa bahawa kecederaan berlaku disebabkan oleh kegagalan guru Sains Pertanian tersebut menyelia pelajar – pelajar yang mengikuti kelas perkebunan serta kegagalan memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul. Tuntutan beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan beliau membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kes berkenaan adalah seperti berikut . Seramai 37 atau 38 orang pelajar tingkatan satu mengikuti kelas amali pertanian dibawah seliaan guru Mrs. Hau Kan Yong. Selepas berbaris, para pelajar mengambil peralatan pertanian di stor dan terus ke kebun. Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu batas. Ukuran batas adalah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar.
4
Mohamed Raihan menggunakan penyodok untuk meninggikan batasnya, manakala rakannya Raja Aminuddin menggunakan cangkul yang pemegangnya sepanjang 5 kaki melakukan kerja yang sama di batas sebelah. Bilah cangkul tersebut telah longgar. Disebabkan jarak mereka terlalu hampir, akhirnya cangkul Raja Aminuddin terkena kepala Mohamed Raihan. Plaintif telah mengalami kecederaan 2 ½ inci luka dan retak pada tulang tengkorak kanan. Semasa kemalangan berlaku, guru sedang duduk di bawah pokok beberapa ela dari batas pertanian.
KEPUTUSAN M AHKAM AH
Kesimpulan daripada hujah dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, guru tersebut telah melakukan kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah yang sepatutnya bagi mengelakkan plaintif (Mohamed Raihan) yang di bawah jagaan beliau daripada menanggung kecederaan. Kecuaian yang dilakukan oleh Mrs Hau Kan Yong adalah seperti berikut : a) Un sur Pertama : Kewajipan B erj aga-jaga
Dalam kes ini, guru tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian. Guru terlalu mempercayai pelajar dan tidak menguruskan peralatan kebun dengan baik. Guru juga tidak memberi peringatan dan tidak mengambil langkah – langkah keselamatan seperti keadaan dan kedudukan pelajar termasuk jarak antara mereka bagi mengelakkan berlakunya kecederaan. Selain itu, guru tidak memberi arahan yang jelas berkaitan penggunaan peralatan pertanian t ersebut.
– Jaga b) Unsur Kedua : M emungkir i Kewaji pan B erj aga .
Semasa aktiviti dijalankan, tidak ada pengawasan secukupnya dari guru dan tidak menitik beratkan aspek keselamatan. Guru tidak memeriksa terlebih dahulu peralatan pertanian sebelum membenarkan murid menggunakannya. Ketika aktiviti berlangsung, guru tidak ada bersama murid sebalik beliau duduk di bawah pokok beberapa ela dari batas pertanian. Guru memungkiri kewajipan berjaga-jaga dengan membiarkan pelajar melakukan aktiviti tanpa pengawasan yang sewajarnya. c) Unsur Ketiga : Faktor penyebab kegagalan guru melakukan sesuatu perbuatan meru pakan sebab utama keceder aan berl aku 5
Dalam kejadian tersebut, Mohamed Raihan menggunakan penyodok manakala Raja Aminuddin menggunakan cangkul. Kedudukan Mohamed Raihan dengan Raja Aminuddin sangat hampir tetapi guru tidak menegur kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa aktiviti dijalankan. Sepanjang aktiviti berlangsung, guru hanya memantau aktiviti dari jauh. Guru didapati bersalah kerana kecuaiannya tidak menyelia secara munasabah hingga menyebabkan kecederaan berlaku. d) Un sur Keempat : K aitan r apat di an tar a tin gkah l aku defenden dengan k eceder aan yang dialami oleh plainti f.
Merujuk kepada unsur keempat, didapati tiada penyeliaan yang munasabah daripada guru ( defendan ) semasa aktiviti dijalankan menyebabkan pelajar ( plaintif ) mendapat kecederaan. Akibat kecuaian guru, pelajar mengalami luka 2
⁄ inci dan retak pada tulang
tengkorak kanan. Mahkamah Persekutuan telah menerima tuntutan Mohamed Raihan setelah meneliti unsur-unsur yang menyebabkan kecuaian. Mohamad Raihan Bin Ibrahim telah memenangi kes ini di Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur.
H AK KEADI LAN ASASI ( NATURAL OF JUSTI CE)
Menurut Profesor De Smith dalam
bukunya Constitutional and Administrative Law
menyatakan bahawa Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat keputusan yang saksama yang dikenakan oleh
undang-undang terdapat orang atau badan yang bertugas
bertindak secara kehakiman. Menurut (De Smith, 1995)
lagi,
hak
keadilan asasi ini biasanya dipakai oleh badan
tribunal yang membuat sesuatu keputusan. Walau bagaimanapun ia mempunyai pengecualiannya, iaitu jika badan itu telah diberi kuasa di bawah undang-undang bertulis yang telah menerangkan dengan jelasnya acara yang perlu dipatuhi yang hak keadilan asasi telah diketepikan.
Hak keadilan asasi perlu mematuhi dua prinsip utama iait u: 6
a) Audi Al teram Partem Prinsip audi alteram partem, iaitu orang yang berkenaan diberi peluang yang mencukupi untuk menyatakan kesnya semasa perbicaraan. Dalam membincangkan prinsip pertama ini, ciri-ciri yang berikut akan disentuh: i.
Keperluan notis pemberitahuan tentang kesalahan yang dihadapi oleh pekerja yang berkenaan.
ii.
Keperluan diberi peluang membuat representasi jawapan atau berhujah atas kesnya dalam masa yang munasabah. Peluang membuat representasi ini sama ada secara lisan atau tulisan;
iii.
Hak menyoal saksi dan hak diwakili oleh peguam;
iv.
Hak diberitahu keputusan dan hak dinyatakan ala san keputusan;
v.
Pertimbangan kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu" (autrefois acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res judicata;
vi.
Hak merayu dan dengar semula.
b) Nemo D ebet Judex Sua Causa/Nemo Judex I n Cause Sua Potest Dalam bahasa Latin, ia dikenali juga sebagal nemo judex in causa sua polest atau nemo debet judex in propria sua causa yang bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes yang dikendalikannya (iaitu yang diadilinya).
Oleh itu dia tidak boleh
mengadili kes tersebut. Sesuatu keputusan yang dibuat hendaklah bebas daripada berat sebelah dan prasangka. Berat sebelah dan prasangka mungkin terjadi kerana tiga sebab iaitu: i. Berat sebelah kerana pihak-pihak ada kepentingan. ii. Berat sebelah kerana ada perhubungan atau pertalian iii. Berat sebelah kerana membuat polisi
SI NOPSI S KES M EOR ATI QULRAHM AN & ORS VS FATI M AH BTE SI H I & ORS
Isu ini berbangkit ekoran tindakan tegas pihak Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir Jempol, Negeri Sembilan (1997) membuang sekolah tiga orang pelajar kerana memakai serban ke sekolah. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban dan dimenangi oleh pihak pelajar (plaintif). 10
7
November 1997, Mahkamah Tinggi Malaya, Seremban membatalkan keputusan guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya yang memakai serban ke sekolah.
Rayuan dibuat dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan dengan permohonan sivil No. 01-3-2005 (N). Mahkamah Persekutuan memutuskan kes ini dimenangi oleh Fatimah Sihi dan Kerajaan Malaysia. Defenden-defenden dalam pembelaan mereka menegaskan plaintif-plaintif yang memakai serban di sekolah sudah melanggar peraturan 3 (f) (v) Peraturan Sekolah 1997 yang disediakan oleh guru besar sekolah itu.
Pada 4 Ogos 1997, guru besar telah menghantar surat kepada waris murid berkenaan agar pakaian serban diganti dengan songkok bagi mengelak tindakan disiplin. Pada 2 September 1997, guru besar mengarahkan murid itu menanggalkan serban dan memakai songkok. Sekiranya mereka berdegil juga akan diarah pulang. Beberapa hari berikutnya, plaintif pergi ke sekolah dan dihalau setiap hari. Pada 3 November 1997, surat berhenti sekolah dikeluarkan kepada ketiga-tiga murid tersebut.
KEPUTUSAN M AHKAM AH
Dalam kes Meor Atiqulrahman Mahkamah Tinggi Malaya, Seremban telah membatalkan ,
keputusan guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya kerana memakai serban ke sekolah. Guru besar tiada bidang kuasa melarang semua murid memakai serban. Guru besar juga telah melampaui kuasanya dengan melangar hak keadilan asasi manusia. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak melarang pakaian tersebut berdasarkan peraturan pakaian seragam bil. 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Selain itu, plaintif- plaintif tidak mendapat keadilan yang sewajarnya kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya.
Selain itu, didapati plaintif-plaintif tidak diberi peluang untuk membela diri sebaliknya plaintif diberi surat buang sekolah. Tindakan disiplin „buang sekolah‟ adalah langkah terakhir setelah langkah-langkah terawal seperti kaunseling, gantung persekolahan serta tindakan lain tidak 8
berjaya. Oleh itu, segala dokumentasi berkaitan tindakan proses tatatertib hendaklah teratur dan lengkap. Jika dilihat insiden tersebut semua tatacara dan panduan tidak dinyatakan secara jelas mengikut prosedur, iaitu peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah 1959), peruntukan undangundang mengikut peraturan 4 dan 8 dan surat-surat pekeliling ikhtisas bil.9/1975. Oleh itu, sebabsebab yang telah diberikan oleh guru besar adalah sebagai bertentangan dengan tatacara tindakan disiplin sehingga menyebabkan ibu bapa atau penjaga murid berkenaan mengambil tindakan mahkamah terhadap hukuman yang dikenakan.
Seterusnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa tindakan disiplin yang diambil oleh Fatimah bt Sihi adalah betul. Ini adalah kerana berdasarkan kepada Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 ada menyatakan bahawa guru besar sesebuah sekolah adalah bertanggujawab atas disiplin sekolah. Guru besar mempunyai kuasa ke atas guru-gurunya serta murid-murid sekolah itu. Perkara 5 (1), sebagai maksud menjaga disiplin di kalangan murid-muird guru besar hendaklah mempunyai kuasa melaksanakan hukumanhukuman sekolah yang biasa.
Sebagai guru besar, hukuman gantung dan buang sekolah boleh dikuatkuasakan berdasarkan peraturan-peraturan pelajaran (disiplin) sekolah 1959 dibawah seksyen 8 (a), iaitu sebagai maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang s ekolah. Berdasarkan kepada peraturan 4 dan 8, peruntukan tersebut adalah jelas bahawa hanya guru besar dan pengetua sahaja diberi kuasa untuk menggntung dan membuang murid dari sekolah untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolahnya. Plaintif-plaintif dikatakan juga telah melanggar perkara-perkara Tatatertib yang dianggap berat dalam Surat Perkeliling Ikhtisas bil.9/1975.
SI NOPSI S KES M AH ADEVAN VS ANAND ARAJAN & OTH ERS
Seorang pengetua sekolah dalam keterangannya menyatakan seorang pelajar dibuang sekolah kerana terdapat laporan daripada guru berkenaan tingkah laku pelajar itu.
Pengetua
memanggil pelajar itu bersama dua orang rakannya yang lain ke dalam pejabatnya pada 2 April 9
1968. Beliau memberi amaran kepada mereka.
Pengetua juga memanggil pelajar itu secara
bersendirian dan memberitahu perangainya yang kurang sopan pada masa yang lepas. Pada masa yang lain, pelajar itu membawa surat sakit daripada doktor tetapi pada sebelah petang, dia dating untuk bermain badminton.
Selepas menemui pelajar itu, pengetua berpuas hati dan merasakan pelajar itu patut diambil tindakan buang sekolah bagi menjaga disiplin di sekolahnya. Pengetua menyampaikan keputusannya pada 6 Mei 1968. Bapanya merayu kepada Lembaga Pengurus Sekolah tetapi rayuannya ditolak.
Pelajar itu bersama bapanya membawa kes itu ke mahkamah bagi membatalkan tindakan pengetua agar dia dapat bersekolah semula. Dalam pengakuannya, ia menyatakan tuduhan yang dibuat ke atasnya tanpa memberi peluang yang mencukupi untuk dia menjawab pertuduhan yang dibuat. Pertuduhan yang dibuat dengan cara tidak tepat dan tidak mengikut undang-undang keadilan asasi atau Natural of Justice.
Mahkamah Tinggi mendengar keterangan yang diberikan dan berpuas hati bahawa pelajar itu tidak diberi peluang yang mencukupi untuk didengar. Pelajar tersebut diterma bersekolah semula. Pengetua merayu agar kes ini dibawa ke Mahkamah Federal.
Tidak puas hati dengan keputusan tersebut, pelajar itu merayu kesnya ke majlis privy atau privy council. Majlis privy menolak rayuan itu.
KEPUTUSAN M AHKAM AH
Dalam kes Mahadevan (plaintif), tindakan disiplin telah diambil oleh pengetua untuk memberhentikan plaintif dari sekolah di atas salah laku yang serius. Mahkamah mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh pengetua adalah mengikut peraturan dan menepati keadilan asasi. Mahkamah menetapkan, bagi menjaga keadilan disiplin dan peraturan di sekolah, pengetua tidak perlu mengadakan sesi pertemuan yang panjang lebar sebelum bertindak. Sekolah tidak tertakluk kepada prinsip audi alteram partem. 10
Mahkamah Federal berpuas hati dengan tindakan pengetua yang sudah memberi peluang yang mencukupi kepada pelajar itu. Tindakan daripada pengetua memberhentikan persekolahan adalah wajar. Hakim-hakim sebulat suara membuat keputusan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak mengikut prosedur yang berkuatkuasa pada masa itu. Kewajaran dalam kes ini ialah pengetua berkenaan dapat dilindungi, walaupun telah didakwa kerana telah bertindak mengikut prosedur yang tepat semasa mengambil tindakan disiplin untuk melindungi pihak sekolah daripada didakwa.
KESIMPULAN
Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, seharusnya g warga pendidik terutama pengetua dan guru besar
perlu menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu kesalahan yang boleh
menyebabkan mereka disabitkan dengan sesuatu tindakan undang-undang. Pentadbir sekolah dan para pendidik hendaklah menerima aspek perundangan dalam pendidikan sebagai satu cabaran agar bertindak lebih professional dalam menangani perkara ini dan mengetahui prosedur yang ditetapkan.. Pihak sekolah sewajarnya memahami undang-undang dalam pendidikan sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), seterusnya mengetahui panduan dan prosedur yang perlu dilakukan dalam mengambil tindakan ke atas pelajar. Justeru, pihak pentadbir perlu membuat rujukan sebelum membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Selain itu, untuk menentukan dan mengambil tindakan disiplin, pihak sekolah hendaklah memberi keutamaan kepada Prinsip Keadilan Asasi ( Natural of Justice) . Jenis hukuman yang dikenakan hendaklah adil, setimpal dan bersifat mendidik. Manakala kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah hendaklah dilaporkan kepada pihak polis. Prosedur
hukuman
yang
dikenakan haruslah tepat dan mengikut prosuder yang digariskan dalam undang-undang bagi mengelakkan guru didakwa di mahkamah.
11