El gobierno de Venezuela impuso controles para que el envío de remesas al país se realice a través de canales oficiales y no del mercado negro de divisas, en medio de sus graves problemas de liquid...Descripción completa
nota lengkap
Descripción completa
dramaFull description
nota maths tahun 6
jkjhl
Full description
Descrição completa
nottFull description
letterDeskripsi lengkap
Full description
khb ktFull description
Ringkasan daripada modul oumFull description
nota medica
NOTA INDOPRINTDeskripsi lengkap
BERKAYAK
Berkayak adalah satu aktiviti yang memerlukan seseorng mengemudi kayak di atas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental seseorang.
a) Reka Reka ben bentu tuk k kaya kayak k -
Terda Terdapa patt tiga tiga reka reka bentu bentuk k kaya kayak k iaitu: iaitu: •
Mandesta
•
Ottersport
•
Slalom
-
Jenis-jenis kayak yang biasa digunakan adalah:
•
Rekreasi Kayak (untuk laut dan sungai)
•
Sea Kayak dan touring (untuk laut dan ekspedisi)
b) Komponen kayak, pendayung dan jaket keselamatan Mengenal pasti kegunaan dan kepentingan peralatan dan komponen utama dalam kayak adalah penting untuk membantu seseorang mengendalikan kayak dalam sesuatu situasi.
i.
Komponen kayak
Stern Bow Coaming Cockpit Keel Deck Hatch Seat Carrying Handle/toggle line Shock Cord Deck Rigging
Bahagian belakang kayak Bahagian depan kayak Bahagian atas kayak Lubang tempat duduk kayak Lunas kayak Kompartment menyimpan barang Tempat duduk kayak Tali tempat memegang kayak Tali sekeliling deck yang anjal yang boleh digunakan untuk meletak dan
Cockpit Rim
menyelitkan barang Pelindung getah bahagian atas
Hull
sekeliling cockpit Bahagian bawah kayak
ii.
Pendayung
Power Face Blade Back Face Blade Edge Tip Drip ring
Bahagian hadapan bilah dayung Bahagian belakang dayung Bahagian sisi dayung Hujung dayung Penghalang air daripada membasahi
Shaft
shaft Pemegang dayung
iii.
-
Jaket keselamatan Seseorang disarankan menggunakan jaket keselamatan yang ada poket berzip di bahagian depan untuk memudahkan menyimpan alatan mustahak seperti kompas,wisel dan lain-lain.
-
Pemakaian jaket keselamatan yang betul perlulah dititik beratkan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini sekiranya berlaku insiden yang tidak diduga.
c) Keselamatan semasa berkayak
-
Seseorang perlu memastikan semua peralatan kecemasan dibawa bersama dan berada dalam keadaan baik dan berfungsi.
-
Memulakan aktiviti pada masa yang sesuai bergantung kepada keadaan air tempat aktiviti.
-
Sentiasa berada dalam lingkungan kawasan yang telah ditentukan dan tidak berkayak keseorangan.
-
Pastikan kemahiran, kebolehan pasangan berkayak untuk berenang atau tidak, bentuk fizikal rakan dan ketahanan rakan kepada mabuk laut atau tidak.
Melancar dan mendaratkan kayak
•
- Semasa melancar kayak: pastikan kayak telah sepenuhnya berada di dalam air dan bow kayak menghala ke arah laut. - Semasa mendaratkan kayak: Pastikan kayak telah dipusingkan semula menghadap ke laut dengan menggunakan teknik dayungan ke belakang.
•
Naik dan turun kayak
-
Letakkan dayung di sisi kayak dan lihat pukulan ombak.
-
Pastikan pengemudi di bahagian depan naik dulu diikuti pengemudi di belakang.
-
Pastikan anda mengimbangkan berat badan. Rendahkan pusat graviti dan masuk ke dalam bahagian cockpit kayak perlahan-lahan.
-
Sekiranya berhenti, pastikan kayak dinaikkan ke pantai.
•
-
Berdayung
Dayung perlu dipegang dalam keadaan yang selesa sesuai dengan kedudukan badan.
•
Teknik berdayung
Terdapat beberapa cara berdayung iaitu: - Dayungan junam - Dayung ke belakang atau “back paddling” - Dayungan sapu - Merapatkan kayak
d) Menyelamat kayak
Sekiranya berlaku kecemasan, kayak yang berada di sekitar kayak yang bermasalah boleh malakukan mana-mana antara teknik dan kaedah menyelamat berikut:
i.
Self rescue
Cara menyelamat diri sendiri: a) Jika kayak akan terbalik, luruskan kaki dan keluar dari kayak dengan segera. Dalam situasi ini cuba capai mana-mana dari bahagian kayak. b) Jika kayak tidak dipenuhi air, secara serentak kedua-dua peserta mestilah mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan dengan pantas. Ini akan membetulkan kedudukan kayak. c) Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya akan cuba untuk memanjat untuk menaiki kayak. d) Setelah rakan depan (bowman) berada di dalam kayak, rakan belakang (sternman) akan mula memanjat kayak.
ii.
”X” rescue
a) Kayak yang terbalik akan dinaikkan ke bahagian depan kayak penyelamat. b) Bowman dan sternman akan saling bersama membuang air dari dalam kayak dengan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak seperti papan jongkang-jongket.
c) Kemudian apabila anda telah pasti bahawa semua air telah dikeluarkan dari kayak kembalikan kedudukan kayak anda ke kedudukan asal. d) Seterusnya anda boleh naik semula ke kayak didahului oleh bowman dan sternman.
iii.
”H” rescue
a) Kaedah ini boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat dalam satu masa. b) Kedua-dua kayak penyelamat akan berada disisi kayak yang terbalik seolah-olah membuat huruf ’H’. c) Bowman pada kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik itu dan seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya. d) Sternman akan membantu dalam mengimbangkan kayak. e) Jika ramai, mereka akan membaut ’rafting’ di sebelah kiri dan kanan.
iv.
”HI” rescue
a) Sternman kayak A dan B akan merentangkan pendayung kepada satu sama lain. b) Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah direntangkan. c) Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak. d) Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal dan turunkan semula di dalam air.