PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
1
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 BAB 20: SEJARAH IBADAH HAJI 20.1 SEJARAH PEMBINAAN MEKAH pada zaman nabi Ibrahim
1. Sejarah pembinaan mekah Merupakan binaan pertama untuk beribadah Didirikan oleh Nbi Ibrahin dan anaknya Ismail A.S
2. Kedudukan Kaabah sebagai kiblat Merupakan kiblat kedua selepas BaitulMaqdis Setiap muslim menghadap kearah yang sama ketika solat walau di mana mereka berada
3. Tarikh difardukan ibadah haji Menurut alQaradowi dan Doktor Wahbah Azzuhaili : Pada tahun kesembilan Hijrah
2
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 20.2 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH
Umrah
Haji
Bahasa: Ziarah
Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia
Syarak: Mengunjungi Baitullah alHaram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu, pada bila-bila masa
Mengunjungi Baitullah alHaram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu tertentu, berdasarkan syarat tertentu
Hukum: Fardu Ain (Wajib sekali seumur hidup)
Hukum: Fardu Ain (Wajib sekali seumur hidup)
PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH
3
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
Haji
Umrah
• Ditunaikan dalam bulan haji sahaja • Dalam rukun haji ada wukuf di Arafah
• Tidak ditentukan masa • Tidak ada wukuf
Keistimewaan dan kesan ibadah haji dan umrah
Individu • Melatih diri berdisisplin • Berkenalan dan merapatkan ukhwah islamiah • Membersihkan diri dari dosa dan sifat-sifat mazmumah
Umat islam • Perhimpunan tahunan bagi umat Islam • Bermuzakirah dan berbincang menyelesaikan masalah umat Islam • Berkenalan dan mengenali bangsa lain
Ekonomi • Berpeluang berniaga barangbarang dagangan • Berbincang dan mencari jalan meningkatkan taraf ekonomi, politik, teknologi dalam pelbagai bidang
4
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 BAB 21: Manasik haji 21.1 Syarat wajib haji dan umrah
islam
berkema mpuan
baligh
Syarat wajib haji dan Umrah
merdeka
berakal
niat
tertib
wukuf
Rukun haji bercukur
tawaf
saie'
Rukun umrah: semua rukun haji kecuali wukuf
5
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 1. NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH Niat ihram ialah berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali.
NIAT HAJI SECARA BERASINGAN
NIAT UMRAH SECARA BERASINGAN
NIAT HAJI DAN UMRAH SECARA BERSAMA-SAMA
6
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
mengerat kuku
sembahyang sunat ihram sebelum berniat disunatkan untuk
memakai pakaian ihram berwarna putih
mencabut atau menanggal kan bulu atau rambut
mandi sunat ihram memakai minyak rambut dan bau-bauan
Tujuan ihram: Seseorang dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada allah dengan mengenepikan segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum ihram.
7
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
2. Wukuf Wukuf: berada di Arafah walaupun seketika. bermula dari gelincir matahari pada hari ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah.
Menyucikan diri daripada najis dan hadas berdoa, terutama ketika matahari hampir terbenam
sentiasa mengahadap kearah kiblat Ketika wukuf disunatkan untuk
bertalbiah, beristighfar, bertakbir dan berzikir
memperbanya kkan bacaan alquran memperbanya kkan solat sunat
Hikmah ketika wukuf: dapat mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia dipadang mahsyar ketika menunggu pengadilan daripada Allah pada hari akhirat.
8
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
9
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
3. Tawaf Tawaf ialah mengelilingi Baitullah alHaram sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas wukuf, sama ada sebelum atau selepas bercukur atau bergunting
Menjadi lambang kesatuan umat Islam Menyamai perbuatan para malaikat yang mengelilingi Arasy Allah
Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah
Hikmah tawaf
10
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 4. Saie’ Saie' ialah berjalan berluang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.
Hikmah saie' Kesabaran
Kegigihan
Tidak berputus-asa
Pengorbanan
Kasih-sayang ibu terhadap anaknya
11
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Syarat sa’ie ialah: a) b) c) d)
Dilakukan selepas tawaf ifadhah atau tawaf qudum. Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. Hendaklah sampai ke penghujung tempat di Safa da Marwah. Cukup 7 kali ulang-alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa
Sunat sa’ie ialah: a) b) c) d) e) f)
Keluar ke tempat sa’ie melalui pintu safa. Berjalan kaki bagi yang mampu. Berada dalam keadaan berwuduk dan berdoa. Menaiki bukit Safa da Marwah hingga sampai kekawasan yang berbatu Menghadap kiblat dan melambai kedua tangan serta bertakbir Muwallah
12
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
5. Bercukur atau bergunting i. ii. iii.
Sekurang-kurangnya 3 helai. Waktu: selepas melontar diJamrah alAqabah pada 10 Zulhijjah atau selepas melakukan Tawaf Ifadah. Selepas bercukur atau bergunting, jemaah haji bolehlah bertahallul. TAHALLUL Tahallul ialah bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.
Terbahagi kepada 2: I.
Tahallul awal:selepas selesai melakukan 2 drpd 3 perkara berikut: i. melontar di Jamrah Aqabah ii. tawaf rukn dan saie' jika belum dibuat iii. bercukur atau bergunting Apabila selesai melakukan tahallul awal jemaah terlepas daripada pantang larang ihram kecuali: i. berkahwin, mengahwinkan orang lain atau menerima wakil kahwin ii. melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan (muqaddimah aljima') iii. bersetubuh
II.
Tahallul kedua: selesai melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus melakukan segala pantang larang ihram. Sunat-sunat bercukur atau bergunting i. ii. iii. iv. v.
mencukur habis rambut bagi orang lelaki. Bagi perempuan-memotong ekor rambut melalukan mata pencukur-orang tiada rambut mulakan cukur dari bhgn kanan menghadap kearah kiblat dilakukan selepas melontar diJamrah Aqabah dan sebelum tawaf Ifadah Hikmah bercukur/bergunting
i.
menghapuskan segala sifat tercela pada diri
13
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 ii. menjadi simbol penyucian segala dosa zahir dan batin 6. Tertib Semua rukun umrah dan haji wajib dilakukan secara tertib.
21.2 wajib haji dan umrah
Wajib haji
Wajib umrah
• Niat ihram haji di Miqat • Bermalam (Mabit) di Muzdalifah • Melontar di Jamrah al-Aqabah • Bermalam (Mabit) di Mina • Melontar ketiga-tiga Jamrah • Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram
• Niat ihram umrah di Miqat • Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ihram
1. Niat ihram di Miqat
Niat ihram di Miqat Miqat Zamani ialah ketentuan masa untuk seseorang berniat Miqat Zamani bagi haji bermula pada 1 syawal hingga 10 Zulhijjah. Miqat Zamani bagi umrah ialah pada bila –bila masa sepanjang tahun.
Miqat Makani ialah ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.
14
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Hikmah penetapan Miqat
Untuk menjaga kemuliaan Baitullah. Ia mempunyai sempadan-sempadan yang tidak boleh dilawati oleh orang-orang yang hendak menunaikan haji dan umrah melainkan dia telah berniat ihram. Untuk memberi kemudahan kepada jemaah haji yang datang dari pelbagai tempat arah. Untuk mengajar umat Islam supaya berdisiplin dan membuat perancangan dalam semua tindakan mereka.
2. Bermalam di Muzdalifah Bermalam di Muzdalifah ialah berada di Muzdalifah walaupun sekejap selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah (malam hari raya haji).Iaitu selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar.
Amalan sunat di Muzdalifah
• Disunatkan berjalan dengan tenang tanpa tergesa-gesa • Memungut anak-anak batu untuk dilontar di Jamrah. • Bersolat maghrib dan isyak pada waktu isyak dengan satu azan dan dua iqamat. • Membanyakkan doa terutama di Masha’ri AlHaram.
3. Melontar di Jamrah al-Aqabah i. ii. iii. iv.
Melontar Jamrah Al-Aqabah ialah selepas separuh malam ke-10 Zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal melontar ialah pada waktu dhuha hari ke-10 Zulhijjah. Melontar Jamrah ialah dengan menggunakan 7 biji anak batu sebesar hujung jari kelingking. Orang yang hendak melontar disunatkan memberi ruang kepada orang-orang tua, perempuan dan kanak-kanak serta berada dalam keadaan Kaabah di sebelah kirinya dan Mina di sebelah kanannya.
15
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 4. Bermalam di Mina
Jemaah haji wajib bermalam di Mina pada hari-hari tasyrik. Syarat bermalam di Mina ialah berada di situ lebih daripada separuh malam. Walaubagaimanapun, bagi orang yang ingin meninggalkan Mina segera, dia boleh bertolak pada 12 Zulhijjah, selepas berada di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijjah. Cara ini dinamakan Nafar Awal.Tetapi orangyang melakukan nafar awal diwajibkan membayar dam.
Syarat nafar awal
•Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari 12 Zulhijjah. •Menyempurnakan ketiga-tiga lontaran jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah. •Berazam tidak akan kembali lagi ke Mina lagi. •Telah bermalam di Mina selama dua malam.
5. Melontar ketiga-tiga Jamrah
Pada hari tasyrik diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Waktu melontar adalah seperti berikut: i. Hari ke-11 dan ke-12 Zulhijjah mulai gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya. ii. Hari ke-13 Zulhijjah mulai daripada gelincir matahari hingga terbenam matahari. iii. Bagi orang yang tidak sempat melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah, hendaklah melontar pada 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.
16
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
Syarat-syarat sah melontar
Sunat-sunat melontar pada hari tasyrik
Hikmah-hikmah larangan semasa ihram
•Melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah. •Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan-tujuan lain. •Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya. •Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam Jamrah dengan yakin. •Melontar dengan tangan bagi yang mampu. •Melontar dengan tertib. •Tidak boleh melontar untuk orang lain melainkan setelah dia selesai melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya.
•Menghadap kiblat •Bertakbir dan berdoa sebelum dam selapas setiap membuat lontaran. •Berada lebih kurang 5 hasta dari Jamrah. •Muwalah antara tujuan lontaran.
•Untuk membuang sifat sombong dan angkuh. •Untuk melatih diri supaya bersabar. •Untuk menimbulkan rasa kasih sayang dan belas kasihan. •Untuk membolehkan para jemaah haji menumpukan kepada ibadah dengan penuh ikhlas dan tawaduk
17
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram Lelaki dan perempuan
Memakai wangiwangian sama ada pada tubuh, pakaian, makanan dan sebagainya.
Mengerat atau membuang kuku.
Memakai sarung tangan.
Lelaki sahaja
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti memakai songkok dan serban.
Perempuan sahaja
Menutup muka walaupun sebahagian daripadanya
Memakai pakaian yang bersarungsama ada berjahit atau sebagainya seperti seluar dan baju kemeja.
Memakai minyak pada rambut atau janggut. Menanggal atau mencabut rambut atau bulu pada anggota badan. Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berkucupkucupan atau berpeluk-pelukan sehingga boleh menaikkan syahwat. Melakukan persetubuhan antara suami dan isteri.
18
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Bab 22: Pelaksanaan haji 22.1 CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH Para ulama bersependapat bahawa cara mengerjakan haji dan umrah ada 3 iaitu:
1. Haji Ifrad
Iaitu mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan di mana umrah bukan dilakukan dalam bulan haji. Setelah selesai melakukan haji barulah dilakukan umrah atau umrah dilakukan sebelum menjelang bulan haji. Cara yang paling afdhal menurut mazhab Syafi’e dengan syarat umrah ditunaikan dalam tahun yang sama.
2. Haji Tamattu’
Iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Dikerjakan haji dalam tahun yang sama. Seseorang itu dikehendaki berniat ihram umrah sahaja serta menunaikan semua rukun dan wajib umrah. Apabila tiba musim haji, dia hendaklah berniat ihram haji pula. Cara ini dikenakan dam.
3. Haji Qiran
Iaitu mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak.Cara seperti ini juga diwajibkan dam. Terdapat dua cara mengerjakan haji qiran ini, iaitu: 1) 2)
Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak. Mengerjakan umrah terlebih dahulu tetapi sebelum bertawaf dia berniat mengerjakan haji serta umrahnya secara serentak.
19
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 22.2 Dam Dam ialah denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara berikut: 1) 2) 3)
Meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji dan umrah. Melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram. Menunaikan haji secara tamattu’ atau qiran.
Jenis-jenis Dam 1. Dam tertib dan takdir
Tertib bermaksud ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir ialah gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.
Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut:
Melakukan haji secara tamattu’
Melakukan haji secara qiran
Tidak berwukuf di Arafah
Tidak melontar di Jamrah
Tidak bermalam di Muzdalifah
Tidak berihram di Miqat
Tidak melakukan tawaf wida’
Melanggar nazar semasa mengerjakan haji
Menyembelih seekor kambing atau kibasy atau satu per tujuh bahagian daripada unta, lembu atau kerbau Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu 3 hari semasa haji dan tujuh hari apabila dia kembali ke tempatnya Jika tidak mampu,dia hendaklah memberi makan faqir miskin sebanyak sepuluh cupak makanan asasi.
20
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 2. Dam tertib dan takdil
Takdil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilaian tersebut. Dam ini dikenakan jika Jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut:
I.
Persetubuhan yang dilakukan sebelum tahallul awal atau sebelum selesai menyempurnakan ibadah umrah.
Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih seekor lembu.
Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban.
Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih 7 ekor kambing.
Dam yang dikenakan ialah
Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin di tanah haram.
21
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 II.
Dia tertahan atau terkepung dalam perjalanan oleh musuh atau perkara-perkara lain yang menghalangnya daripada memasuki Makkah. Dia hendaklah bertahallul dengan bercukur atau bergunting. Sebelum itu, dia hendaklah melaksanakan damnya dahulu, iaitu:
Menyembelih seekor kambing atau kibasy.
Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin yang nilainya sama dengan seekor kambing.
Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak menyamai nilai seekor kambing.
22
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 3. Dam tahyir dan takdil
Tahyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.
Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada berikut
Dam akan dikenakan jika jemaah melakukan kesalahan tersebut
Berburu binatang buruan
Menyembelih binatang yang standing dengan binatang buruannya.
Menebang, mengerat atau mencabut pokok di kawasan tanah haram. Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut:
Memberi makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan tersebut.
Berpuasa sebanyak bilangan cupak yang menyamai nilainya binatang bandingan tersebut.
4. Dam tahyir dan takdir Dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut:
Menanggal atau mencabut tiga helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan walaupun secara tidak sengaja. Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram. Mengerat, menanggal atau membinasakan kuku pada tiga batang jari. Memakai wangi-wangian. Memakai minyak di rambut, janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi. Melakukan perkara permulaan persetubuhan. Melakukan persetubuhan.
Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut:
Menyembelih seekor kambing atau kibasy Bersedekah kepada enam orang faqir miskin sebanyak 2 cupak setiap orang. Berpuasa selama tiga hari.
23
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Hikmah dam
Melatih jemaah haji supaya berhati-hati semasa beribadah.
Memberi dorongan kepada jemaah haji supaya bersungguhsungguh dan menumpukan perhatian semasa beribadah.
Menimbulkan minat untuk berkorban dan membantu faqir miskin.
24
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 22.3 Menziarahi madinah
Menziarahi Madinah adalah antara sunat haji yang utama kerana di dalamnya terdapat Masjid Naabawi serta makam Rasullullah s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Menunaikan solat dalam Masjid Nabawi mempunyai banyak kelebihan iaitu lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali Masjidil Haram.
Antara tempat lain yang digalakkan untuk diziarahi ialah:
Masjid Quba’ yang merupakan masjid pertama yang dibina di Madinah. Masjid Kiblataini iaitu masjid yang berlaku peristiwa peraliha kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah. Ilbaqi’ iaitu makam para sahabat terkemuka serta para syuhada badar dan uhud. Badar iaitu tempat berlakunya peperangan pertama dalam Islam. Uhud iaitu tempat berlaku perang Uhud.
22.4 Haji mabrur
Haji mabbrur ialah haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah. Antara tanda seseorang itu memperolehi haji yang mabrur ialah apabila dia menunaikan haji, keadaannya berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Antara ciri haji mabrur ialah:
Tidak melakukan perkara maksiat dan perkara tercela semasa melakukan haji. Melakukan haji dan umrah dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang perasaan riak. Memastikan perbelanjaan yang digunakan adalah berasal dari sumber yang halal. Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna Menjaga adab-adab mengerjakan haji dan umrah.
25
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 22.5 Niabah dalam haji
Niabah dalam haji bermaksud seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Hukum niabah dalam haji Para ulama mazhab Syafi’e mengharuskan niabah dalam dua keadaan: 1) Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu
tua atau sakit berat yang tiada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini, dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada sukarela ataupun dengan bayaran upah asalkan ia berpatutan. 2) Untuk orang yang telah mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan ia
berkemampuan Para ulama mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri.
Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Maliki niabah haji adalah makhruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup.
Hukum upah niabah haji
Para ulama Mutaqaddimun maazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan mengupah haji dan amalan-amalan lain yang berkaitan dengan ibadah seperti azan, mengajar AlQuran, dan sebagainya. Namun begitu, para ulama Mutaakhirun mazhab Hanafi serta para ulama maazhabmazhab lain termasuk mazhab Syafi’e mengharuskannya.
26
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Naib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna. Naib haji hendaklah meniatkan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya. Naib haji hendaaklah melakukan ibadah haji untuk seoarng sahaja pada satu musim. Naib haji berihram pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut.
Syarat-syarat niabah dalam haji
Naib haji mestilah orang yang cukup keahlian untuk melakukan amalanamalan haaji dan umrah dengan sempurna. Naib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup. Jika naib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya atau para pewarisnya mengizinkannya. Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi.
27
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Hikmah niabah dalam haji
Memberi peluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri. Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang itu untuk berbakti walaupun setelah dia meninggal dunia.
28
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 BAB 23: pengurusan haji Malaysia
23.1 sejarah penubuhan lembaga tabung haji
Pada November 1962, perbadanan wang simpanan bakal-bakal haji telah ditubuhkan.Ia mula beroperasi pada 30 September 1963. Badan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja yang mulia Profesor Ungku Aziz pada tahun 1959. Pada tahun 1969, hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal haji di Pulau Pinang, laahirlah lembaga urusan dan tabung haji.Pada tahun 1997, namanya ditukar kepada lembaga tabung haji.
Membantu umat Islam menjana kewangan mereka secara halal dan sistematik Mengelakkan jemaah haji ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
Menjamin keselamatan para jemaah haji
Keperluan kepada pengurusan hal ehwal haji di Malaysia
Meringan kan beban pengurusan haji
Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji
29
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012
Menyediakan passport dan visa haji.
Menyediakan perkhidmata n tabungan serta menjana keagungan pendeposit secara halal.
Mengurus dan memberi perkhidmata n kepada jemaah haji semasa menunaikan haji.
Peranan tabung haji
Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti beg, buku panduan dan sebagainya.
Menyediakan penginapan dan makan minum semasa beradaa di tanah suci.
Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji.
Menyediakan pengangkutan.
Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang
Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman.
Kelebihan menunaikan haji melalui tabung haji
Memperoleh perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
Memperoleh layanan yang lebih mesra dan selesa.
30
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Badan-badan lain yang terlibat dalam pengurusan haji 1. Jabatan Hal Ehwal Negeri-negeri Peranan: mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji. 2. Kementerian Penerangan serta stesen-stesen televisyen dan radio awam serta swasta Peranan: mengadakan program-program di televisyen dan di radio berkaitan dengan pelaksanaan haji. 3. Kementerian Pengangkutan, Jabatan penerbangan awam dan swasta serta sistem penerbangan Malaysia Peranan: menyediakan perkhidmatan pergi dan balik 4. Kedutaan Malaysia di Arab Saudi Peranan: mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji 5. Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Peranan: memberi kemudahan tempat penginapan kepada jemaah haji 6. Kementerian Pendidikan Malaysia Peranan: memberi pendedahan awal kepada umat Islam tentang pelaksanaan haji dan umrah.
Pengurusan haji yang baik meningkatkan kemampuan rakyat
i. ii. iii.
Antara perkara yang sering menghalang seseorang mengerjakan haji ialah kurangnya kemampuan material untuk membiayai kos pelaksanaan haji. Namun begitu, perkara ini telah dapat ditangani dengan baik dan lebih awal oleh lembaga tabung haji melalui perkhidmatan seperti: Menyediakan perkhidmatan kepada bakal haji untuk menyimpan wang secara beransuransur dan sistematik. Memberi peluang kepada para penyimpan untuk menjana wang mereka secara halal serta memperoleh keuntungan yang maksima. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan. Semua perkhidmatan ini dapat meringankan beban umat Islam serta dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk menunaikan haji mengikut pelan yang lebih terancang.
31
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 Sumbangan Lembaga Tabung Haji kepada Perkembangan Ekonomi umat Islam di Malaysia
Antara sumbangan lembaga tabung haji kepada perkembangan ekonomi di Malaysia ialah: i. ii. iii.
Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat Islam dalam usaha untuk membangunkan ekonomi mereka. Melabur wang umat Islam dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan pulaangan yang lumayan seperti perusahaan dan sebagainya. Memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam.
32