The cold work applications like aluminium extrusion, it allows complex shapes to be formed with very smooth surfaces and it is popular for visible architectural applications such as window frames, door frames, roofs, and sign frames should have high
Full description
edm
Full description
Deskripsi lengkap
MESIN EDM WIRE CUT
PENGENALAN
Amali di dalam bengkel ini adalah wajib bagi setiap pelajar untuk mendapatkanpermarkahan dalam modul JJ503. Di dalam bengkel ini pelajar di ajar cara-cara untuk mengendalikan mesin larik dan mesin raut semesta. Pelajar juga dapatmempelajari cara-cara untuk membuat pengukuran yang tepat. Semua pembelajaran di atas akandi terangkan dengan terperinci oleh pensyarah. Segala pemasalahan akan di rujuk kepada pensyarah yang bertanggungjawab.
EDM bermakna “electrical discharge machine” atau pun pemesinan discharge elektrik. Ia merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam dengan tempakan bunga api dari sebatang electrod khas. Keseluruhan proses ini dijalankan di dalam elektrolisis. Dimanaelektrolisis ini adalah cecair yang bukan konduktor iaitu seperti petroleum distillate denganbahan campuran ataupun air suling dan voltan yang digunakan adalah kecil (dari 1 hingga 45v)manakala arus yang dialir adalah tinggi iaitu diantara 5 hingga 60Amp atau melebihi. Pada masa sekarang ia digunakan secara meluas turutamanya pada industri berat. Kilang pencetak logam dan plastik acuan. Terdapat banyak jenis mesin EDM diantara tersebut EDM WIRE CUT dan EDM DIE SINKING.
PERALATAN
PERALATAN
Mesin CNC EDM wire cut
Alat pengawal mesin EDM
Wayar elektrod berdiameter 0.25mm
GAMBAR
JENIS-JENIS MESIN EDM
Mesin EDM Wire Cut
Mesin EDM Die Sinking
Mesin EDM Drilling
KEGUNAAN MESIN EDM
Electrical Discharge Machine (EDM) merupakan salah satu proses permesinan nonkonvensional yang berasaskan komputer sebagai pengendali utamanya. Mesin EDM digunakan untuk membuat rongga cetakan yang memiliki kontur atau permukaan yang kompleks dan perisian yang tinggi. Salah satu produk yang selalu digunakan oleh mesin EDM adalah dies dan mould yang memiliki kekerasan yang tinggi. Peranan dies dan mould pada proses manafaktur seperti deep , drawing, forging, pengecoran dan lain-lain sangatlah mempengaruhi terutama pada kualiti ketepatan, dimensi, perisian, dan kekerasan permukaan dies. Untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil produk sesuai dengan yang diinginkan, pengetahuan parameter selama proses permesinan EDM hendaklah berada dalam keadaan baik. Bahan terbaik seperti Aloi Titanium mempunyai sifat-sifat teknikal yang sangat baik, tetapi penerimaannya agak kurang dalam industri disebabkan oleh kesukaran dalam proses pemesinan. Mesin yang terbaik seperti Mesin Nyahcas Elektrik (EDM) merupakan proses yang berpontensi untuk memotong bahan-bahan tersebut.
TEKNOLOGI TERKINI
Dengan telah ditemukannya teknologi yang maju tentang kehausan elektrode, ketelitian dan kecepatan, EDM telah mengganti proses pemotongan logam yang lama pada beberapa aplikasi. Faktor lain yang menyebabkan berkembangnya penggunaan EDM adalah kemampuannya mengerjakan bentuk tipis,khususnya dalam pengerjaan ketinggian dan ketirusan. EDM yang menggunakan kawat (Wire EDM) dapat membelah dengan ketinggian 16 inchi(sekitar 400 mm), dengan kelurusan ±0,0005 inchi(± 0,0125 mm) tiap sisi.
Pada waktu yang lalu, EDM digunakan terutama untuk membuat bagian-bagian mesin yang sulit dikerjakan dengan proses konvensional. Pertumbuhan penggunaan EDM pada sepuluh tahun terakhir menempatkan proses pembuatan komponen dirancang menggunakan EDM terlebih dahulu, sehingga EDM bukanlah pilihan terakhir,tetapi pilihan yang pertama
LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN MESIN EDM
1. Pastikan tiada kebocoran pada tangki tangki cecair dielektrik penyambungan hos dan paip
2. Pastikan alat pemadam api berdekatan dengan mesin untuk kegunaan kecemasan
3, Pastikan bahan kerja dipasang ditempat yang betul.
4. Pastikan pemegang elektrod tidak menyentuh pemegang benda kerja
5. Pastikan wayar pemotong tidak menyentuh benda kerja.
6. Pastikan setiap kabel tidak terdapat kebocoran.
7. Bersihkan cecair berminyak yang ada pada tempat pemegang benda kerja semasa proses pemasangan.
8. Bersihkan segala kotoran pada tangki meja dan tangki simpanan.
KESIMPULAN
Objektif yang ingin dicapai telah berjaya dilaksanakan. Segala tunjuk ajar yangdiberikan oleh pensyarah amat berguna dan berkesan. Kami telah berjayamenggunakan mesin CNC EDM wire cut dan EDM Die Sinking dengan mahir danmengetahui cara memasukkan program dan menjalankan mesin bagi mendapatkanrekabentuk produk yang dibuat. Selain itu,kami juga mengetahui cara mengaplikasikanprogram kepada bentuk G-Kod bagi mendapatkan hasil seperti di atas. Segala yangtelah diajarkan kepada kami memang benar-benar berguna untuk kami manfaatkanapabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.