Kurikulum dan sukan bagi PAV tingkatan 2. boleh dijadikan panduan dalam p&p.Full description
AKTIVITI KOKURIKULUM
Laporan Tahunan Kokurikulum 2015Full description
Full description
rphFull description
n
contoh rph dalam bahasa tamil
n
RPH sejarah
ub
Full description
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
:
Kokurikulum
Unit Beruniform
:
Pengakap Kanak-kanak
Tarikh
:
2 Ogos 2017 (Rabu)
Masa
:
1.30 petang – 2.30 petang
Tajuk
:
Lagu Patriotisme
Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah menyanyikan lagu yang berunsur patriotisme.
Objektif Pembelajaran
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Psikomotor :Membuat sekurangnya dua jenis pergerakan mengikut rentak muzik. 2. Kognitif : Mengetahui lagu-lagu patriotisme. 3. Afektif : Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti yang dijalankan.
Nilai
:
Kerjasama, Keyakinan diri
Bahan Bantu Mengajar
:
Pembesar suara, kertas mahjong
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
CATATAN
PEMBELAJARAN
1. Permulaan (5 minit)
1. Pengenalan tajuk aktiviti yang akan dijalankan
1. Guru menunjukkan bendera Malaysia. 2. Guru menyoal murid apa yang akan dipelajari. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. 4. Guru menyatakan aktiviti yang akan berlangsung sempena Bulan Kemerdekaan iaitu pertandingan koir.
Fasa Permulaan Strategi : Hubungkait BBM : Gambar bendera
2. Perkembangan (40 minit)
Aktiviti 1 Menyanyikan lagu patriotisme - Memudakan murid untuk memilih lagu yang sesuai dengan mereka.
1. Guru memasang beberapa buah lagu patriotisme. - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Jalur Gemilang - Negaraku 2. Guru menayangkan video lagu-lagu tersebut. 3. Murid akan bersama-sama menyanyikan lagu. 4. Guru memperbetulkan nyanyian murid mengikut rentak muzik yang betul dan jelas. 5. Murid diminta memilih lagu yang ingin dinyanyikan sempena hari kemerdekaan.
Fasa Perkembangan BBM : Video, pembesar suara, laptop
Aktiviti 2 Menyalin lirik lagu yang dipersetujui - Memudahkan murid untuk menghafal lagu
1. Guru menampal lirik lagu tersebut di papan putih. 2. Murid menyalin di dalam sebuah kertas.
BBM : Kertas mahjong
Cinta Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya Tak berbelah bagi Cinta bergema Sejarah kebangkitan Semangat bagai pahlawan Alangkah oh bertuahnya Kita Punya rasa yang dalam Pada pertiwi ini Kita terus berganding ke mercu (korus) Di sini lahirnya sebuah cinta Cinta yang semarakkan Penyatuan kita semua Di sini lahirnya sebuah cinta Curahkan sepenuhnya Jasa dan budi kita Segala cabaran Kita terus tempuhi Jangan ada yang leka Tetap berjuang Di sini lahirnya sebuah cinta Cinta yang semarakkan Penyatuan kita semua Di sini lahirnya sebuah cinta Curahkan sepenuhnya Jasa dan budi kita Ayuhlah berbakti Hingga akhirnya
Aktiviti 3 Membaca senikata lagu mengikut irama lagu secara kelas. - Sebutan murid akan lebih jelas
1. Guru membaca senikata lagu secara beramairamai dengan murid. 2. Murid akan mengulang membaca senikata tersebut sehingga lancar dan sebutan adalah jelas. 3. Guru memasang “minus one” lagu tersebut.
BBM : Pembesar suara, laptop
Menyanyi lagu baris demi baris mengikut arahan guru serta iringan muzik.
4. Murid menyanyi lagu dengan iringan muzik secara kelas 5. Guru akan memperbetulakan intonasi dan sebutan murid mengikut rentak muzik.
Aktiviti 4 Pemilihan penyanyi solo koir
1. Guru memanggil murid yang berani untuk tampil kehadapan menyanyi. 2. Guru membuat undian nyanyian mengikut giliran. 3. Murid akan mempersembahkan nyanyia solo bagi lagu yang telah dipilih. 4. Guru dan murid melakukan perbincangan siapa yang akan dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 5. Murid yang dipilih menjadi penyanyi solo, manakala murid yang lain akan menyanyikan di bahagian korus lagu secara beramai-ramai.
Kemahiran aplikasi
1. Murid akan melakukan persembahan penuh di hadapan guru. 2.Guru memberi penerangan dan memberikan komen apa yang perlu dibaiki dalam persembahan mereka. - Cara nyanyian - Keseragaman pergerakan 3. Guru membuat rumusan pendek tentang aktiviti yang dijalankan dan penerapan nilai.
Fasa Penutup Kemahiran membuat kesimpulan
Nyanyian penuh lagu - Menyeragamkan suara - Mencantikkan persembahan murid - Melatih pergerakan yang bersesuaian mengikut rentak muzik
Penutup (15 minit)
1.Persembahan murid 2.Guru memberi komen tentang persembahan murid. 3. Refleksi