Penghargaan Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Sains Malaysia kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ………. yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakanrakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang samasama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
kami
disamping
dapat
menjadi
pekerja
yang
bertanggungjawab
bagi
membangunkan negara Malaysia yang tercinta. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita samasama menjadi pekerja yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.
1
Pengenalan Apabila menyebut tentang syarikat penerbangan di Malaysia, pasti ramai pihak yang lebih mengenali AirAsia berbanding Malaysia Airlines atau (MAS). Ini semua kerana strategi tambang murah yang diperkenalkan telah menjadikan AirAsia pilihan utama rakyat Malaysia ketika ini dan pesaing utama kepada MAS. Sejarah awal penubuhan AirAsia adalah bermula pada tahun 1993 dan secara rasminya beroperasi pada 18 November 1996. Ia adalah dibawah naungan DRB-Hicom yang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan. Di awal pembabitan mereka dalam bidang ini, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah menasihati Tony Fernandes, seorang usahawan dari Malaysia supaya membeli syarikat penerbangan sedia ada walaupun syarikat itu banyak menanggung hutang. Proses pengambil alihan itu ternyata berjaya mengubah AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan komersial yang memiliki rangkaian dengan kerajaan menjadi syarikat tambang murah yang sangat berjaya. Beliau telah memperkenalkan pakej tambang murah dengan tagline “Now Everyone Can Fly ” yang berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap AirAsia. Keberanian Tony Fernandes dapat dilihat apabila beliau mencagarkan asetnya iaitu rumah dan juga duit simpanan sendiri dalam untuk dijadikan modal bagi mengambil alih AirAsia yang ketika hanya mempunyai dua boeing 737-300 dan tanggungan hutang berjumlah RM 40 juta yang akhirnya menjadi pemacu utama industri penerbangan. Kemunculan syarikat penerbangan yang menggunakan strategi tambang murah beberapa tahun kebelakangan ini telah membuka satu dimensi baru dalam permintaan industri penerbangan
terutama
selepas
krisis
ekonomi
dunia
pada
tahun
2008/2009
(Wong & Musa 2011). Di rantau ASEAN terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah telah muncul di pasaran seperti sebagai Firefly, AirAsia ( Malaysia), Cebu Pacific, Zest Airways ( Filipina ); Jetstar Airways , Tiger Airways (Singapura ), Nok Air , Orient Thai Airlines (Thailand); Malindo Air, Similan , Lion Air, Mandala Airlines (Indonesia) dan Air Mekong (Vietnam ). Jurang yang rendah diantara segmen pasaran kos di pasaran Malaysia yang telah memberi inspirasi kepada Tony Fernandes untuk memperkenalkan konsep tambang murah ini pada tahun 2001 yang telah memberikan impak yang besar kepada AirAsia.
2
Selepas peristiwa 11 September 2001 yang telah menggegarkan dunia, semua pihak mengatakan bahawa Tony Fernandes adalah seorang yang gila dan meramalkan yang AirAsia akan gagal kerana masyarakat dunia pada ketika itu berada dalam ketakutan. Tetapi sangkaan itu meleset kerana setahun selepas pengambil alihan tersebut air asia telah berjaya membersihkan segala hutang yang ada dan Tony Fernandes telah diberikan penghormatan gelaran Dato Seri oleh Kerajaan Malaysia dan Legion d’Honneur oleh Kerajaan Perancis. Latar belakang Tony Fernandes
Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur, ayah beliau berasal dari Chennai, India dan ibunya merupakan Serani Kristian campuran yang berketurunan Portugis dan Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Epsom College pada tahun 1977-1983 dan merupakan graduan lulusan dari London School of Economics pada tahun 1987. Beliau jega pernah bekerja sementara dengan Virgin Atlantic sebagai Pengawal Kewangan. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang paling muda dalam Warner Music Records (Malaysia) sebelum memutuskan untuk menubuhkan Tune Air Sdn. Bhd dan meneroka ke dalam perniagaan syarikat penerbangan . Niat awal Tony Fernandes dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad , pada Jun 2001 adalah untuk mendapatkan pengesahan rasmi Perdana Menteri untuk menjadi pengendali baru dalam industry penerbangan Malaysia (Ismail , 2010). Pada mesyuarat itu, Fernandes telah mendaftarkan syarikat bernama Tune Air Sdn. Bhd di Kuala Lumpur dengan tiga rakan lain. Tanpa mengeluarkan lesen baru, Tun Dr. Mahathir
3
Mahathir telah mencadangkan bahawa Tune Air boleh memperolehi syarikat penerbangan dengan mengambil alih AirAsia yang sedang mengalami masalah. Fernandes
telah
mencipta
semula
dan
mengubahsuai
AirAsia
berdasarkan
syarikat
penerbangan tambang murah Ireland yang telah Berjaya iaitu Ryannair. Beliau mensasarkan jutaan orang Asia yang tidak pernah menaiki kapal terbang untuk merasai pengalaman menaikinya. Menjelang tahun berakhir 30hb Jun 2006, AirAsia telah berkhidmat di 65 buah bandar dan membawa 9.3 juta orang penumpang (Ismail, 2010). Latar Belakang Syarikat Airasia Airasia merupakan salah satu daripada pemenang anugerah bagi syarikat tambang murah terbesar di asia semenjak mula beroperasi pada tahun 2001. Dengan memiliki 72 buah pesawat, airasia telah terbang merentasi 61 destinasi domestic dan 108 destinasi bagi laluan antarabangsa dan mengendalikan 400 penerbangan setiap hari daripada hab yang terletak di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Airasia percaya terhadap tanpa perkhidmatan yang lebih, mudah, konsep perniagaan tambang murah dan merasakan dengan mengekalkan konsep ini memerlukan kecekapan yang lebih tinggi dalam setiap urusan perniagaan mereka. Melalui fals afah korporat iaitu “Now Everyone Can Fly” ternyata airasia telah mencetuskan satu revolusi baru dalam industry penerbangan apabila Berjaya memikat hati pelancong untuk memilih asia sebagai destinasi untuk percutian. Terkenal dengan falsafah “now everyone can fly” yang membawa maksud member peluang dan ruang kepada semua orang untuk memilih kos penerbangan yang paling murah dan mampu dibayar walaupun mereka bukan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
4
Definisi Teori Organisasi Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama ‐sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Menurut kamus dewan edisi keempat, organisasi ialah kesatuan, susunan yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). James D Mooney berpendapat bahwa Organization is the form of every human, association for the assignment of common purpose atau organisasi adalah setiap bentuk kerjasama untuk pencapaian suatu tujuan bersama. Chester L Bernard (1938) mengatakan bahawa Organisasi adalah system kerjasama antara dua orang atau lebih yang sama-sama memiliki visi dan misi yang sama. Sebuah organisasi dapat terbentuk karena dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti penyatuan visi dan misi serta tujuan yang sama dengan perwujudan eksistensi sekelompok orang tersebut terhadap masyarakat. Organisasi yang dianggap baik adalah organisasi yang dapat diakui kewujudannya
oleh
masyarakat
disekitarnya,
kerana
memberikan
sumbangan
seperti
pengambilan sumber daya manusia dalam masyarakat sebagai anggotanya sehingga mengurangkan angka pengangguran. Paul Preston dan Thomas Zimmerer mengatakan bahawa organisasi adalah sekumpulan orang-orang yang disusun dalam kelompok-kelompok, yang bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Berdasarkan kepada teori-teori organisai yang telah diterbitkan oleh para pengkaji, dapat disimpulkan disini bahawa organisasi adalah sekumpulan manusia yang terdapat dalam sebuah tempat yang melakukan kerja-kerja secara bersama bagi meralisasikan misi dan visi organisasinya. Bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berjaya, komitmen daripada semua pihak amat perlu dan mestilah selari dengan matlamat organisasi.
5
Ciri-ciri teori organisasi airasia Bagi syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tony Fernandes telah menggunakan teori pengurusan dalam mengembangkan organisasinya. Teori pengurusan adalah teori yang kedua daripada teori organisasi klasik dan ianya telah berkembang sejak tahun 1990 dan ia lebih menerapkan proses pengurusan berbanding dengan proses teknikal. Sebahagian besar daripada teori ini telah dikembangkan oleh Henri Fayol dan Lyndall Urwick dari Eropah dan Mooney dan Reily dari Amerika Syarikat. Teori ini dijkenali juga sebagai struktur pyramid dalam system pengurusan dimana pengurus ditempat teratas iaitu Tony Fernandes bagi airasia dan pekerja adalah ditempat yang paling bawah. Henry Fayol mengatakan bahawa semua kegiatan industri dapat dibahagikan kepada dua kategori yang utama iaitu penstrukturan dan pengkhususan. 1) Penstrukturan Konsep ini adalah lebih terkenal dengan konsep piramid iaitu pengarah eksekutif berada dibahagian paling atas manakala golongan pelaksana atau pekerja berada di barisan paling bawah.
Semua pekerja berada dibawah naungan seorang ketua dan setiap ketua adalah
bertanggungjawab kepada pekerjanya sahaja dalam satu kumpulan. Setiap pekerja akan melakukan tugasan yang sama setiap waktu kerja dan ketua akan memantau bagi memastikkan setiap pekerja melaksanakan tugasan mereka. 2) Pengkhususan Bagi konsep pengkhususan pula setiap pekerja yang telah dibahagikan mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing dan pembahagian tugasan ini merangkumi bahagian pemasaran atau bahagian penambahbaikan. Umum mengetahui bahawa dalam bidang penerbangan jumlah pelanggan adalah tidak terhad dan datang daripada pelbagai kategori sama ada kaya, sederhana dan juga tidak berkemampuan. Selain itu, geografi atau keadaan persekitaran juga akan mengubah strategi pemasaran yang digunakan oleh AirAsia kerana perkhidmatan yang diberikan kepada keadaan sesebuah Negara, politik, agama dan ekonomi sesebuah Negara.
6
3) Kegiatan
kewangan
seperti
pembiayaan,
pelaporan
untung
– rugi
dan
pembelanjaan lain Laporan kewangan sesebuah organisasi adalah penting kerana disini kita dapat melihat rekod pembayaran untung dan rugi di samping pelbagai lagi perbelanjaan lain. Semakin banyak keuntungan yang diperoleh semakin kukuh sesebuah organisasi. Kebajikan pekerja juga perlu dijaga ini kerana pekerja merupakan aset yang amat penting dalam organisasi ini kerana bukan hanya mesin yang digunakan tetapi juga kepakaran dan tenaga manusia. Oleh itu pembiayaan gaji, bonus dan juga insurans kepada pekerja akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk bekerja dengan lebih baik. Amalan AirAsia dengan Teori Pengurusan Airasia telah pun menggunakan strategi-strategi berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Henri Fayol dalam organisasinya. Tony Fernandes telah menggunakan strategi ini dan menjadikan ia sebagai plan dalam perniagaannya. Secara asasnya, konsep penstrukturan ini adalah berdasarkan kepada struktur piramid dimana setiap orang atau bahagian didalam organisasi adalah saling berkaitan dan memerlukan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Sementera itu, bagi pengkhususan pula, setiap bahagian mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini amat perlu kerana pengkhususan akan menjadikan organisasi itu lebih tersusun. Sebagai contoh, dalam organisasi AirAsia mempunyai bahagian kewangan, sumber dan juga mekanikal. Jika bahagian jurutera melakukan tugas kewangan ini tentu akan memberikan masalah kepada mereka. Apakah rahsia kejayaan yang telah digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes sehingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang beruniform merah? Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi perniagaan yang tepat yang digunakan oleh AirAsia. Strategi perniagaan AirAsia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan organisasi.
7
Antaranya ialah pengurusan pasukan gerak kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh AirAsia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja. Amat jelas disini bahawa AirAsia bukan hanya menitikberatkan soal sahaja pengurusan organisasi sahaja tetapi juga pengurusan pekerja dengan menganggap pekerjanya adalah aset yang paling mahal. Bagi konsep pengkhususan pula setiap bahagian akan melakukan tugasan masing-masing dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah bahagian pemasaran yang merupakan satu daripada watak penting yang memainkan peranan untuk memastikan AirAsia dikenali ramai. Salah satu strategi perniagaan AirAsia yang unik ialah membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya sama ada kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi akan diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau kejayaan Dato’ Seri Tony Fernandes semata-mata. Malah di dalam blognya, Dato’ Seri Tony se ndiri menyatakan bahawa sebagai sebuah negara, kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Kita juga perlu berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia kita boleh dan mampu bersaing dan menjadi yang pesaing yang terbaik di dunia. Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia.
8
Strategi Pemasaran Berasaskan Media Sosial Bukan itu sahaja, AirAsia juga memanfaatkan kecanggihan teknologi kedalam perniagaan mereka dengan menjadikan media sosial sebagai saluran untuk mereka berkempen dengan menawarkan promosi-promosi yang ada. Antara media sosial yang digunapakai oleh mereka ialah Facebook dan juga Twitter dan ia telah mula menubuhkan Fan Page Facebook mereka sendiri pada bulan April 2009. Selain daripada Malaysia, airasia juga telah mewujudkan Fan Page untuk pelanggan-pelanggan di singapura, Indonesia, Filipina,Thailand, hong kong, Taiwan, united Kingdom, india, Australia dan new Zealand. Untuk rekod, AirAsia kini telah mempunyai lebih daripada 1.4 juta pengikutnya di laman sosial Facebook. Untuk rekod, airasia pernah mencatat sejarah dengan jualan tiket sebanyak 538,000 pada hari pertama kempen dijalankan melalui kempen “Mind Blowing Fare”pada tahun 2010. Kempen ini menawarkan harga tiket penerbangan hanya pada RM1 bagi penerbangan antara 1 April 2011 hingga 11 Ogos 2011. Promosi kempen tersebut berjalan selama 6 hari bermula dari 10 Ogos 2010 hingga 15 Ogos 2010. Jualan ini mengatasi pencapaian jualan tiket AirAsia pada tahun sebelumnya dalam kempen promosi Free Seat yang mencatat jualan sebanyak 390,000 tiket penerbangan pada hari pertama. Menyedari bahawa media sosial merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan AirAsia telah mewujudkan sebuah pasukan media sosial dengan tujuan untuk membuat dan memantau kesemua kandungan dan pengiklanan melalui media sosial dihasilkan sendiri oleh AirAsia, menerusi perbincangan antara pasukan media sosial dan pasukan pemasaran. Mereka tidak menggunakan kepakaran luar untuk menjayakan hasrat ini kerana mereka lebih selesa menggunakan pekerjanya sendiri atas beberapa sebab. Pertama, ianya lebih menjimatkan dan kedua-dua pekerja AirAsia lebih memahami ciri-ciri jenama AirAsia itu sendiri berbanding jika mereka menggunakan agensi luar untuk melakukannya. Dalam menghasilkan kempen menerusi media sosial seperti di Facebook, AirAsia menumpukan kepada kandungan yang menarik dan relevan dengan pelanggannya kerana AirAsia percaya kandungan yang berguna akan disebarkan oleh setiap pelanggan (word of mouth marketing ). Walaupun AirAsia banyak menggunakan media sosial sebagai medium untuk berurusan ini tidaklah bererti bahawa strategi pemasaran tradisional telah dilupakan sebaliknya ia berfungsi sebagai pelengkap kepada aktiviti pemasaran tradisional AirAsia seperti melalui pengiklanan akhbar dan televisyen.
9
Pemasaran melalui media sosial ini bertujuan memastikan pengiklanan AirAsia meliputi pasaran yang lebih luas. Ini kerana tidak semua pelanggan AirAsia dan pelancong mempunyai akaun Facebook ataupun Twitter, dan terdapat juga antara mereka yang jarang membaca akhbar dan menonton televisyen. Untuk itu, AirAsia masih lagi memperuntukkan bajet sebanyak satu peratus dari pendapatan tahunan syarikat bagi pengiklanan secara tradisional, walaupun mereka semakin meningkatkan usaha pemasaran dan pembinaan jenama melalui media sosial. Ternyata media sosial bukan sahaja banyak membantu AirAsia dari segi pemasaran tetapi juga telah berjaya melakukan penjimatan sehingga RM 3.8 juta semenjak ia menggunakan media sosial. Ini terbukti melalui kempen promosi Mind Blowing Fare dimana mereka membelanjakan hanya sebanyak RM1.2 juta untuk pengiklanan di suratkhabar, televisyen dan sebagainya. Pada tahun-tahun sebelumnya, AirAsia membelanjakan sebanyak RM5 juta untuk pengiklanan kempen tawaran yang sama. Ini bermakna AirAsia bukan sahaja meningkatan pendapatan melalui kenaikan jualan tiket malah melalui penjimatan sebanyak RM3.8 juta dalam perbelanjaan iklan. Laporan Kewangan Airasia Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, AirAsia telah mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM 1.20 bilion iaitu meningkat sebanyak 12 peratus berbanding RM 1.07 bilion pada tahun sebelumnya. Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes merupakan individu yang paling gembira dengan prestasi ini dan ia adalah sesuatu yang membanggakan. Manakala jika dilihat pada laporan suku tahun ketiga tahun 2012 pula AirAsia telah berjaya mencatakan keuntungan selepas cukai sebanyak RM157.81 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2012, iaitu peningkatan empat peratus berbanding suku yang sama tahun lalu. Menurut Tony Fernandes, keputusan keseluruhan tahun 2011 menunjukkan AirAsia berada di kedudukan terbaik kerana AirAsia Berjaya menguruskannya dengan baik. Beliau berkata, 2011 merupakan tahun bersejarah untuk AirAsia yang menyambut ulang tahun ke-10, apabila membawa 135 juta penumpang ke seluruh rantau, terbang ke destinasi baru, meningkatkan kekerapan penerbangan serta mencapai sasaran faktor muatan sebanyak 80 peratus. Berdasarkan laporan kewangan ini jelaslah bahawa kewangan AirAsia berada pada kedudukan yang semakin mengukuh kerana pada setiap tahun keuntungan yang dicatatkan semakin meningkat walaupun keadaan ekonomi dunia berada pada kedudukan yang tidak menentu dengan kenaikan kos bahan api dan sebagainya. 10
Penutup Kesimpulannya, kepimpinan dan pemilihan strategi yang tepat memainkan peranan penting dalam mengerakkan sesebuah organisasi. Keupayaan pemimpin untuk menggunakan pendekatan transaksi dan transformasi telah terbukti sebagai pendekatan yang baik dalam menguruskan syarikat-syarikat yang mereka pimpin. Tony Fernandes yang telah menggunakan strategi berkesan ke dalam organisasi seperti transformasi daripada pemasaran tradisional kepada pemasaran berasaskan media sosial telah berjaya menjadikan AirAsia sebuah organisasi yang kuat. Beliau
boleh
dilabel
sebagai
pemimpin
transformasi
yang
membawa
bersama-sama
unsur-unsur yang inovatif, keusahawanan, karisma, etika dan ketelusan dalam memandu syarikat untuk bersaing di pasaran antarabangsa (Tracey & Hinkin, 1994; Gill et al, 2010). Dalam keadaan tertentu, Tony Fernandes menunjukkan gaya kepimpinan bercampur bergantung kepada keadaan untuk melaksanakan beberapa perubahan dalam organisasi. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa strategi perniagaan yang digunakan bergantung kepada perubahan dan keadaan yang berlaku dalam organisasi. Ringkasnya, AirAsia telah pun mencapai satu tahap yang tertinggi dalam industri penerbangan dan boleh dikatakan sebagai berjaya kerana mampu bersaing dengan Malaysia Airlines. Kebijaksanaan Tony Fernandes dalam memacu AirAsia boleh dipuji dan boleh menjadi contoh kepada golongan usahawan untuk lebih berjaya. AirAsia bukan sahaja dikenali dengan kapal terbangnya tetapi juga dikenali dengan produknya sendiri iaitu Tune Hotels , Tune Talk, Tune Sport, Tune Insurans, dan lain-lain Akhir sekali untuk memastikan AirAsia kekal bersaing mereka hendaklah sentiasa melakukan transformasi mengikut peredaran teknologi dan juga keadaan ekonomi yang tidak menentu. Airasia juga mesti memahami kehendak dan juga permintaan daripada pelanggan supaya pelanggan kekal memilih perkhidmatan daripada syarikat mereka. Dengan keuntungan yang Berjaya dicatat oleh airasia setiap tahun tidak dapat disangkal lagi bahawa airasia kini merupakan pemacu utama industri penerbangan di Malaysia.
11
Rujukan 1) Kredit: Social Maximizer, Facebook Pages Air Asia, CSUS, Air Asia. 2) Tracey, J. B., & Hinkin, T. R. (1994). Transformational leaders in the hospitality industry. The Cornell Quarterly. 3) Ismail, S. E. (2010). The rise of Tony Fernandes and AirAsia in Malaysia. Proceeding 18th Biennial Conference of the Asian Studies Association of Australia, Adelaide 5-8 July 2010. 4) Malaysia
Airlines.
(2013).
Our
History.
Retrieved
from
http://www.malaysiaairlines.com/my/en/corporate-info/our-story.html 5) Northhouse, P. G. (2004). Leadership: Theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage 6) Sutha, P. (2013). Tony Fernandes interview on Nation Channel. Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=yeMgNKzzZT4 7) Christopher, H. (2012). Tony Fernandes – Dream the impossible. Retrieved from http://www.chrisfharvey.com 8) Christopher, H. (2012). Interview with Tony Fernandes, Founder & CEO of AirAsia. Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=ibimrM1ahec 9) Fiedler, F. & Garcia, J. (1987). New approaches to effective leadership: cognitive resources and organizational performance. New York: Wiley. 10) AirAsia Corporate Website. http://www.airasia.com . 11) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Ekonomi&pg=ek_02.htm 12) http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121122/ko_03/Prestasi-kewangan AirAsia-meningkat 13) AirAsia Annual Reports and Financial Statements (2011)
12