Laporan Lawatan ke Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, UPM, Serdang.
Pada 2hb Disember 2016, saya telah melawat ke Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada jam 2.15 petang untuk mengkaji mengenai warisan masyarakat melayu. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali identiti Melayu, kesenian tradisional Melayu dan amalan kehidupan yang telah diparaktikkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu serta meningkatkan pengetahuan mengenai warisan Melayu. Saya telah tiba di Muzium Warisan Melayu yang terletak di Universiti Putra Malaysia tepat pada pukul 2.15 petang. Saya telah bertemu dengan Cik.Nurul Shafika Ahmad, yang bertugas sebagai penyelia di Muzium tersebut. Beliau merupakan pelajar latihan praktikal dari Universiti Putra Malaysia. Selepas berkenalan dengan beliau, beliau telah membawa saya ke bahagian Muzium yang mempamerkan kain batik Warisan Melayu dahulu. Saya juga diberikan penjelasan ringkas tentang bahagian-bahagian lain yang terdapat di Muzium sambil memberi penjelasan mengenai kain batik tersebut. Muzium Warisan Melayu mempunyai koleksi kain batik dari serata dunia. Saya telah melihat pelbagai jenis kain batik dan cop corak yang digunakan untuk menghasilkan batik yang menjadi keunikan kaum melayu di tanah air. Jenis-jenis kain batik yang terdapat di Muzium adalah kain Batik lukis berperada emas, Batik Cap dan Batik Pelangi, Selendang, kain cindai dan lain-lain lagi. Saya juga dapat menggambarkan perkembangan zaman moden yang menyebabkan kehilangan kain-kain yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu. Selepas itu, saya telah beralih ke bahagian Manuskrip. Di sini, saya telah melihat dengan jelas manuskrip-manuskrip yang dihasilkan oleh para cendekiawan zaman dahulu. Saya telah mengetahui bahawa bidang-bidang seperti perubatan, ilmu hisab, pelayaran, ilmu perhitungan dan sebagainya telah dikuasai oleh masyarakat melayu. Menurut Nurul Shafika, perkembangan dalam pelbagai bidang telah wujud dalam ketamadunan melayu, namun begitu, ia tidak dapat dibuktikkan kerana kekangan dari segi saluran untuk menyebarkannaya kepada masyarakat umum. Walaubagaimanapun, perkara ini telah disempurnakan oleh golongan barat. Terdapat dua jenis koleksi besar Manuskrip di Muzium Warisan Melayu iaitu, koleksi Nusantara dan koleksi Semenanjung. Keagungan Muzium Warisan Melayu ini, dapat dilihat melalui hasil koleksi Manuskrip yang terdapat di Muzium ini. Keunikan yang terdapat dalam Manuskrip ini telah mewujudkan sikap ingin tahu dalam diri saya. Ini telah menjurus saya untuk mengkaji tentang manuskrip yang terdapat di Muzium ini. Saya telah mengambil insiatif lebih dengan mengutarakan pelbagai soalan tambahan kepada saudari Nurul Shafika, bagi menambah pengetahuan saya tentang manuskrip yang tedapat dalam Muzium ini.
Gambar 1 : Koleksi Manuskrip Semenanjung dan Nusantara di Muzium Warisan Melayu 1 Sumber : Koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia
Gambar 2 : Manuskrip Melayu Tradisional dalam Muzium Warisan Melayu. Sumber : Koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia
Nurul Shafika, menjelaskan bahawa manuskrip merupakan dokumentasi cerita dan rekod pekerjaan, peristiwa dan ketamadunan masyarakat terdahulu yang turut mengandungi kejayaan dan kepakaran yang diperolehi oleh orang Melayu. Dalam erti kata lain, ia juga merupakan salah satu sumber dokumentasi yang penting dalam usaha untuk mengkaji dan memahami pelbagai ragam kehidupan orang Melayu yang pernah wujud dan berkembang pada masa lalu. Manuskrip dianggap sebagai sumber dasar yang mampu menceritakan pengalaman hidup generasi lalu, termasuk pengetahuan mereka dalam lapangan tertentu. Menurut Cik Nurul Shafika, salah satu lapangan pengetahuan yang tercatat dalam manuskrip Melayu, adalah cara penggunaan senjata api dan ubat bedil. Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malysia, merupakan salah satu pusat maklumat yang mengumpul dan memelihara pelbagai koleksi hasil warisan melayu. Ia mempunyai sebanyak 36 jenis manuskrip untuk tatapan umum. Setiap manuskrip tersebut mengandungi tulisan keilmuan dalam pelbagai bidang termasuk ilmu hisab, geografi dan sebagainya. Kebanyakkan manuskrip Melayu yang terdapat di Muzium Warisan Melayu, UPM, menceritakan tentang kebijaksanaan orang pada zaman dahulu bukan sahaja di tanah melayu malah di seluruh kepulauan yang dipanggil ‘The Malay Archipelago’. Manuskrip ditemui dari seluruh pelosok Negara yang banyak menceritakan tentang kebijaksanaan orang melayu dahulu dalam pelbagai bidang. Kandungan dalam setiap manuskrip ini boleh dikatakan sebagai ‘The Wisdom of Malay’ iaitu kebijaksanaan Melayu dalam bidang-bidang seperti sukan, ilmu alam, pelayaran, pembuatan senjata dan sebagainya. Terdapat juga manuskrip Melayu yang lain, dihasilkan oleh golongan cendekiawan, dan kemudian menjadi rujukan bagi para sultan, khususnya manuskrip mengenai hukum yang menceritakan tentang cara pentadbiran dan pemerintahan pada zaman dahulu dan jenis undangundang yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan Melayu. Disamping itu, terdapat juga manuskrip-manuskrip dalam bidang-bidang khusus seperti Ilmu hisab, perubatan dan juga pelayaran. Nurul Shafika, menyatakan bahawa usaha pencarian manuskrip Melayu, adalah bukan sahaja terhad di dalam Negara, tetapi di Negara-negara lain, terutamanya daripada Negara yang pernah menjajah Malaysia, seperti di Belanda, terdapat lebih daripada 300 manuskrip Melayu yang diambil oleh kerajaan mereka, sewaktu menjajah Tanah Melayu sekitar pada kurun ke 17 dan 18.
2
Menurut Nurul Shafika lagi, pihak Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, juga menghadapi pelbagai cabaran untuk mencari dan mengkaji manuskrip seperti kekangan dari sudut peruntukan, mengenal pasti pemegang manuskrip tersebut dan juga mengenalpasti sama ada penemuannya asli ataupun palsu kerana terdapat ramai orang di luar yang menjual manuskrip melayu yang didakwa sebagai sebuah kisah lama dan hikayat tertentu. Malahan, Manuskrip Tradisional Melayu asli boleh dikenal pasti daripada jenis kertas yang digunapakai, dakwat yang digunakan untuk menulis dan kajian saintifik untuk menentukan usia manuskrip tersebut. Pengumpulan manuskrip melayu tradisional ini merupakan satu motivasi serta insipirasi kepada generasi sekarang dan akan datang terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan yang timbul. Kebijaksanaan Melayu dapat diketahui melalui mengkaji manuskrip lama yang sarat dengan khazanah keilmuan sekaligus mendedahkan sifat intelektual orang Melayu yang menguasai pelbagai bidang utama. Menerusi lawatan ke Muzium Warisan Melayu di UPM, dapat melihat kepentingan sejarah sesebuah tamadun, untuk generasi yang akan datang.
1.1 KITAB TIB Kitab Tib adalah salah satu kitab lama di antara pelbagai koleksi manuskrip yang terdapat di Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia. Kitab ini merupakan satu hikayat lama yang menceritakan mengenai ilmu perubatan. Hikayat ini, dihasilkan oleh Sheikh Omar Basheer Al khalidi, di Pulau pinang pada abad ke- 19 masihi. Kitab Tib adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab yang bererti ilmu mengenai ubat-ubatan. Orang Melayu sejak dahulu, memiliki pengetahuan dalam ilmu perubatan dan secara umum sebahagian besar maklumat dalam bidang ini ditulis dalam tulisan jawi. Kitab ini mengandungi perbicaraan seolah-olah mengenai perubatan Melayu tradisional bagi pelbagai penyakit. Kitab Tib ini, dikategorikan sebagai Seni Warisan Negara di bawah Kategori Warisan Bahasa dan Persuratan.
Gambar 3: Kitab Tib, oleh Sheikh Omar Basheer al Khalidi di Pulau Pinang pada abad ke 19 Masihi Sumber : Koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia.
3
Kitab Tib menerangkan tentang kaedah perubatan untuk mengubati pelbagai penyakit seperti batuk, lelah, kayap, senggugut, pitam dan juga resdung. Kitab Tib ini mengandungi cerita dan pengalaman, penulisnya Sheikh Omar Baheer yang menjelaskan bahawa anak beliau, Baheer sering jatuh sakit. Justeru, beliau mempelajari kaedah perubatan yang dipercayai berasal dari Negara Timur Tengah. Antara kaedah yang terkandung dalam manuskrip kitab Tib adalah kaedah merawat pitam atau sakit kepala dengan menggunakan kapur dan daun sirih, digaulkan dan dilekatkan di atas dahi kiri dan kanannya untuk menghilangkan kesakitannya. Kehadiran Kitab Tib yang menjadi warisan berharga bangsa Melayu, kini jelas menunjukkan wujudnya pelbagai bidang ilmu yang dipelajari masyarakat dengan sebahagian besarnya dirakam dalam naskhah lama dengan kebanyakan jenis ilmu terbabit mempunyai konsep dan kaedah penyampaiannya tersusun. Meskipun Kitab Tib kurang seninya dari segi bahasa atau penampilannya berbanding manuskrip sastera atau sejarah, tetapi isi kandungannya relevan, malahan kandungannya yang kekal menjadi petua berkesan sehingga terus diamalkan generasi hari ini.
2.0 PERALATAN MANUSKRIP Penghasilan Manuskrip juga mempunyai kaedah tersendiri dan unik. Pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Manuskrip. Saya telah kagum melihat peralatan-peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Manuskrip. Nurul Shafika berkata pula, penulisan dan penghasilan manuskrip dalam pelbagai bidang, merupakan satu usaha untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan para cendekiawan kepada generasi Melayu yang akan datang. Pada umumyan, manuskrip adalah satu gelaran yang diberikan kepada naskah penulisan yang bertulis tangan. Manakala jenis tulisan yang digunakan adalah Jawi. Tulisan Jawi ialah tulisan yang diadaptasi daripada huruf-huruf Arab sebanyak tiga puluh huruf dan Parsi sebanyak lima huruf bagi membentuk perkataan bahasa Melayu. Bahan yang digunakan untuk menulis manuskrip Melayu ialah pen, dakwat dan kertas. Pen yang digunakan oleh para penulis Melayu dahulu diperbuat daripada batang pelepah pokok resam. Pokok ini ialah sejenis pokok daripada keluarga paku-pakis yang besar dan kebanyakannya tumbuh di kawasan hutan terutamanya di kawasan sejuk seperti di kawasan tanah tinggi. Pelepah daun pokok resam diambil dan dibersihkan sebelum dipotong mengikut saiz dan mata pen yang diperlukan oleh penulis. Bagi menghasilkan tulisan Jawi yang kemas, sudut potongan mata pen perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mudah pecah dan boleh digunakan untuk masa yang lama. Disamping pen, dakwat adalah satu bahan yang penting untuk menulis Manuskrip. Terdapat beberapa bahan digunakan sebagai dakwat untuk menghasilkan manuskrip, seperti yang ditemui oleh para pengkaji manuskrip Melayu. Lazimnya, dakwat yang digunakan oleh penulis Melayu ialah warna hitam. Bahan-bahan untuk menghasilkan dakwat ini terdiri daripada bahan daripada sumber alam semula jadi seperti jelaga, arang dan dakwat sotong.
4
Gambar 3: Kertas kulit kayu, dakwat dan pena yang digunakan untuk menghasilkan Manuskrip Sumber : Koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia.
Satu lagi bahan asas penting yang diperlukan untuk menghasilkan manuskrip adalah kertas. Dalam penulisan manuskrip Melayu, kertas yang digunakan adalah bukan seperti kertas yang boleh didapati pada hari ini. Kertas masa dahulu, di alam Melayu di panggil sebagai deluang yang diperbuat daripada lapisan kulit pokok seperti mulberi yang diketuk sehingga leper selepas lapisan dalam kulit pokok tersebut direndam sehingga lembut. Kertas ini mempunyai tekstur dan boleh tahan lama. Selain daripada kertas deluang, bahan lain yang digunakan untuk menulis ialah seperti kayu, daun nipah dan daun lontar. Bagi menghasilkan karya di atas kertas ini, dakwat dan pen yang digunkan perlulah licin dan tidak terlalu kesat kerana ia akan mengganggu penulisan dan tulisan yang dihasilkan tidak jelas dan sukar untuk dibaca. Selain kertas deluang, kertas yang diimport dari negara luar terutamanya dari Barat seperti Belanda, Perancis dan England juga diguna pakai oleh para cendekiawan melayu lama. Kertas-kertas import ini kebanyakannya ditanda dengan cap perniagaan tersendiri yang dikenali sebagai tera air.
3.0 SENI PENULISAN Manuskrip lama merupakan satu dorongan kepada seni penulisan masyarakat terdahulu bagi menghasilkan sesuatu hasil karya. Hai ini demikian kerana, jika melihat dengan teliti, tulisan yang terdapat dalam manuskrip melayu tradisional adalah lebih kemas, dan jelas. Selanjutnya, perkara yang menggambarkan unsur kreatif para cendekiawan yang menghasilkan manuskrip Melayu adalah, ayat dan perkataan ditulis secara teratur dengan meninggalkan langkah baris yang sepatutnya, tanpa penggunaan sebarang teknologi yang boleh membantu mereka seperti wujud dalam kalangan masyarakat zaman kini. Keadaan ini menggambarkan sifat pengkarya, yang mementingkan kejujuran, keikhlasan dan tumpuan sepenuhya terhadap penghasilan manuskrip. Ketelitian terbukti apabila hasil tulisan tersebut begitu kemas dan menakjubkan, walaupun ia memakan ruang yang sangat kecil. Hal ini membuktikkan bakat orang dahulu bahawa tanpa teknologi juga mereka boleh menulis dengan kemas dan jelas.
5
Gambar 4: Tulisan yang kemas, jelas dan teratur dalam Manuskrip Kitab Tib Sumber : Koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia.
Kaedah susun atur penulisan yang unik ini, merupakan satu tarikan terhadap pembaca. Ruang halaman juga digunakan sepenuhnya dalam manuskrip sehingga meninggalkan tiada ruang untuk ditulis. Hal ini juga menimbulkan satu gambaran yang menyatakan pemikiran masyarakat terdahulu yang begitu tajam dan sangat kreatif. Terdapat juga manuskrip, yang mana pengkarya menggambarkan sesuatu yang pernah melihat, mengalami dan seterusnya diberi gambaran dalam manuskrip. Sebagai contohnya melukis jenis-jenis pedang walaupun lakaran tersebut hanya sekadar lukisan yang ringkas. Pengkarya manuskrip ini menghasilkan iluminasi atau rekahiasnya mengikut kesan emosi dan mood. Perkara ini dikesan menerusi pemerhatian terhadap sesetengah manuskrip yang kandungan rekahiasnya tidak lengkap, didapati di halaman yang dilukis corak, tidak dilengkapkan warnanya dan hanya dibiarkan begitu sahaja.
Gambar 5: Lakaran yang terdapat dalam Manuskrip Kitab Tib
6
Disamping itu, terdapat juga seni hias dalam karaya-karya manuskrip lama, khasnya banyak ditemui pada manuskrip yang berkandungan ilmu agama, tilikan dan warkah. Simbol hiasan tersebut bukan sekadar memberikan tarikan, malahan juga di sebaliknya membawa erti yang mendalam. Kebanyakan manuskrip berhias ini dikatakan mempunyai gaya identiti tersendiri. Akhirnya, hasil pemerhatian saya di Muzium Warisan Melayu telah mendapati bahawa naskhah atau manuskrip merupakan salah satu bentuk khazanah budaya yang mengandungi tulisan yang menggambarkan pelbagai pemikiran, pengetahuan, adat istiadat, kepercayaan, nilai kehidupan serta perlakuan lapisan masyarakat Melayu. Warisan budaya ini menentukan tahap pemikiran atau kebudayaan masyarakat bagi tempoh dan lingkungan tertentu. Nusantara tidak terpisah dari limpahan budaya yang jelas begitu tinggi dan hebat ketika bertapaknya Islam di rantau ini. Semua ini boleh diamati melalui tinggalan manuskrip berbentuk adat, hikayat, bahasa, agama, prosa dan puisi yang terdapat di pelbagai pusat maklumat sama ada institiusi pengajian tinggi, perpustakaan atau pusatpusat berkaitan, seperti Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, yang merupakan satu wadah bersejarah, bertujuan ditubuhkan untuk mengekalkan sejarah warisan melayu dan kepakaran orang melayu terdahulu. Kesedaran terhadap nilai ilmu yang tersimpan dalam karya insan berilmu pada waktu dahulu telah mendorong pelbagai pihak melibatkan diri dengan ikut serta mengkaji atau, paling minimum mereka mengambil inisiatif, untuk menjadi pengumpul bahan-bahan artifak tersebut. Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, perlu dihargai bagi mengambil usaha untuk mengumpulkan pelbagai lambang dan identiti berkaitan dengan masyarakat melayu dahulu dan bagi mengekalkan warisan tersebut serta mengambil segala usaha untuk membawa perkara ini kepada tumpuan generasi yang seterusnya. Ratusan koleksi hasil warisan melayu yang terdapat di Muzium Warisan Melayu, dapat dipelihara dan dimulihara dengan sepenuhnya oleh pihak pengurusan muzium untuk membangunkan kesedaran dan rasa kepentingan warisan melayu dalam kalangan masyarakat zaman kini. Pelajar-pelajar di Universiti Putra Malaysia, mempunyai peluang untuk mengembangkan ilmu mereka mengenai kepakaran, cara hidup, amalan kehidupan dan perkara-perkara yang diaplikasikan secara turun temurun oleh masyarkat melayu dari dahulu di tanah air kita. Selepas mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan, saya telah mengucapkan terima kasih kepada Cik Nurul Shafikah, yang bertugas sebagai penyelia Muzium kerana memberi maklumat lanjut mengenai artifak-artifak yang terdapat di Muzium. Beliau telah memberikan pelbagai informasi tambahan mengenai monumen yang terdapat dalam Muzium. Lawatan ini, telah mengambil tempoh masa selama 1 jam 45 minit dan saya telah beredar dari Muzium pada pukul 3.50 petang. Lawatan ini memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada diri saya melalui hasil penerokaan manuskrip-manuskrip yang terdapat dalam Muzium ini.
Gambar 5 : Gambar yang diambil semasa Cik Nurul Shafika menjelaskan mengenai Kitab Tib
7
4.0 LAMPIRAN
Gambar yang disertakan dalam lampiran ini, adalah beberapa contoh manuskrip yang terdapat di Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia.
Kitab Faedah Istikhodam Ayatul Qursi oleh Abdul Rahman Salleh, di Terengganu pada abad ke 19 Masihi. Kitab ini menerangkan kelebihan menggunakan ayat Qursi dalam mewujudkan khodam. Diterangkan juga secara jelas tentang cara penjagaan khodam. Pantang-larang dan cara memindahkan khodam kepada baru.
Kitab Azimat Memagar Diri dan memikat Wanita. Azimat memagar diri melindungi diri daripada kejahatandan kecelakaan serta gangguan alam ghaib. Bagi siapa yang ingin memikat wanita agar dicintai. Maka tulislah azimat pada saat Qomar bertemu dengan musytari.
Kitab Risalat Berkaitan Ilmu Hisab oleh Sheikh Omar Nuruddin, di Sg. Keladi, Kelantan pada abad ke 1319 hijarah Masihi. Kitab ini membicarakan tentang ilmu penghitungan.
Gambar Manuskrip Pamor Keris Hang Tuah & Hang Jebat
8