APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN
1.0 Pengenalan kepada
seni
Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter
edisi pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa "seni adalah
bahasa visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi". Pandangan
serta kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan
pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of
Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art,
Read menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan
daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun
kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup
menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir
seni tampak di negara ini.
Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan
kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat,
bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada
pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi
termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita
dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik,
geografi, bahasa dan kebudayaan.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang
manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran
logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang
ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.
Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur,
rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.
Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah
memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang
positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini
diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran
Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang
berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan
lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
seseorang guru boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni
mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni
dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti
proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk
memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di
dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan
pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori
Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni
diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya,
manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya
kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan,
muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan
eksistensialis.
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi
membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu
aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap
muzik yang didengari.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan
lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang
baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen
yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya
warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam
komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang
utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna
ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti
warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi
dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada
manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya
dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual.
Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat
keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika
seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren
dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana
memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang
lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga
menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai
sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu
muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang
kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai
irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi
titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud
disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap
masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat
dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan
muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai
sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan
pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat
meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu
aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu,
kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik
minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya
tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka
dengar.
Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling
sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam
pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik
dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan
mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut
Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia
"visual spatial" dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik
bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar
melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak
langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh
berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan
pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat
memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran
guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa
yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung,
ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut
ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak
memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina
pengetahuan secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan
interaksi sosial amatlah digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti
meneroka, membuat eksperimen dan mengolahbahan, murid akan memperoleh
pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka
sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang
dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan
idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi
tumpuan demimenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Guruhendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid
menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan
pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakanperlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif.
Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan
warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama
menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan
elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara
atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada
guru.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan
denganmenggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni
visual), irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam
pengajaran matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu
haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa
kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang
terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat
catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh
badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa
bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-
kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan
perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan
mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga
dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan
lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah
kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan
murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi.
Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh
menggunakan setiap ruangyang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan
menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut
menarik dan kreatif.
3.0 Peranan seni dalam pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai '3 R' iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf
'R' adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu
sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan 'R' keempat
atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni
Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa
mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:
i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih
Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih
mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar
secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama
murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan
dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini
turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan
meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.
ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima
sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai
anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang.
Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-
kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara
murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan
murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan
menghargai bakat yang dimiliki.
iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan
semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan
sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan
bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.
vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada
ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana
keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang
dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai
motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.
4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk :Mari Bertani
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
1) Muzik :Nyanyian lagu 'Pak Mamat Tukang Kebun'
2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan
menyemai.
3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan
difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam
tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru
memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam
tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu 'Mari Bertani'. Dalam
tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual
dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar
sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran
yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran
yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak
langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan
pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang
berkaitan.
Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk 'Mari Bertani'
dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh
memilih untuk menyanyikan lagu 'Pak Mamat Tukang Kebun' beramai-ramai
sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.
Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan
dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan
murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa
seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran
sememangnya amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran
bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga
dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian
kerana, dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat
dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi
seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat
seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung.
Bibliografi
1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh
pada Oktober
2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni
2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada
Oktober 1, 2010
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com
3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010
daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States
4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010
daripada http://www.
www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-