1.0 Pengenalan.
Pada masa kini, tidak ramai yang tahu mengapa Islam lenyap dari bumi Sepanyol atau dikenali sebagai Andalus bagi dunia Islam. Sedangkan dalam sejarah keilmuan Andalus banyak membuktikan tahap t ahap kemajuan memberangsangkan yang dibawa Islam. Banyak juga persoalan mengenai pentadbiran Bani Umayyah di Andalus sedangkan kerajaan Abbasiyah telah mentadbir dunia Islam. Sejarah ini tidak diketahui oleh kebanyakkan umat Islam walaupun ia tercatat sebagai peristiwa penting dunia Islam. Perkembangan Islam di Andalus merupakan sejarah penting bagi seluruh umat Islam. Bermula daripada usaha khalifah AlWalid yang mendapat ilham untuk terus menyebarkan agama Islam, maka beliau telah mengarahkan Musa Ibn Nusair iaitu Gabenor di Afrika Utara untuk meluaskan pengaruh Islam hingga ke bumi Andalus. 1 Andalus suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara yang pernah di diami dan diperintah oleh suku kaum Eropah dan Barbar. 2Pada kurun pertama Masihi, Andalus dikuasai orang Romawi dan diikuti suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalus sehingga ke tahun 92 92 Hijrah bersamaan 711 Masihi. 3 Andalus mendapat nama dari para pengkaji geografi Islam pada abad pertengahan yang merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di semenanjung Iberia yang meliputi negara Portugal dan Sepanyol moden yang dikenali sebagai al-Andalus. al-Andalus. Kemungkinan besar perkataan Andalus berasal dari perkataan “Vandalusia” Vandalusia” yang bererti “Tanah Vandal”, iaitu satu suku Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar abad kelima Masihi. 4 Selain itu, ia dikenali sebagai Iberia ketika diduduki bangsa Iberia. Pada zaman pemerintahan Rom, ia dikenali sebagai Asbania. Manakala sewaktu diduduki oleh bangsa Vandal pula dikenali sebagai Vandalusia. Vandalusia. Kemunculan Abdul Rahman Ad-Dakhil dianggap suatu rahmat yang besar dan ketetapan Allah S.W.T untuk terus menegakkan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalus. Bermulanya kisah pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhil di Al-Dakhil di Andalus apabila gerakan menjatuhkan kerajaan Bani Umayyah secara besar-besaran dilakukan oleh Abu Jaafar as-Saffah di as-Saffah di Damsyik bagi mendirikan kerajaan Abbasiyah. Namun begitu, negara Andalus mula mengalami zaman kejatuhan kerajaan Islam disebabkan beberapa faktor. Kejatuhan kerajaan Islam di Andalus dapat dilihat secara jelas melalui kerajaan-kerajaan kecil yang wujud di Andalus iaitu kerajaan-kerajaan kecil Al1
Chejne dan Anwar G., Muslim Spain: Its History and Culture, Minneapolis: The University of Minneasota Press, 1974, hlm. 1. 2 Ibid ., ., hlm. 2. 3 ., hlm. 3. Ibid ., 4 Ibid ., ., hlm. 3-4.
1|Page
Murabitun Murabitun dan Al-Muwahhidun. Al-Muwahhidun. Kerajaan-kerajaan ini dikatakan sebagai punca kejatuhan Islam di Andalus. Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam kecil ini telah membentuk faktor jangka
panjang
dan
kemudianya telah
melahirkan
faktor-faktor
lain
yang telah
menyumbangkan kepada kejatuhan Islam di Andalusia. Pemerintahan kerajaan Islam di Andalusia dapat dilihat melalui beberapa kerangka masa seperti yang pertama dapat dilihat melalui zaman pemerintahan Umayyah di Andalusia sekitar tahun 711-1013 Masihi. Kerangka masa yang kedua dapat dilihat pada zaman pemerintahan Muluk al-Tawaif pada tahun 1013 sehingga 1062 Masihi, seterusnya pada zaman kerajaan Al-Murabitun Al-Murabitun pada sekitar tahun 1062 sehingga 1147 Masihi, manakala pada zaman kerajaan Al-Muwahhidun dapat dilihat sekitar tahun 1147 sehingga 1250 Masihi dan akhir sekali melibatkan kerangka masa pada zaman kerajaan Nasriyyah Nasriyyah di Granada iaitu pada tahun 1250 sehingga 1492 Masihi. Pada tahun 1492 dapat dilihat bahawa kerajaan Islam di Andalus mengalami kejatuhan sepenuhnya dan menandakan bahawa berakhirnya pemerintahan Islam di Andalus. Berdasarkan kerangka masa tersebut didapati bahawa kemunculan kerajaan-kerajaan Islam kecil di Andalusia seperti Al-Murabitun Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun Al-Muwahhidun telah menyebabkan kejatuhan Islam di Andalus. Hal ini demikian kerana, melalui penubuhan kerajaan-kerajaan kecil ini telah membawa bibit-bibit kejatuhan Islam di Andalusia seperti kerajaan ini telah mewarisi kemelut politik kerajaan Muluk al-Tawaif , ketiadaan unifikasi dalam kedua-dua kerajaan kecil ini, kelemahan pemimpin pada zaman tersebut, wujudnya konspirasi antara kerajaan-kerajaan kecil ini dengan kerajaan kecil Kristian. Selain itu, wujud juga fanatisme mazhab melibatkan kedua-dua kerajaan kecil ini, berlakunya manipulasi perjanjian yang melibatkan kerajaan-kerajaan kecil ini dengan puak Kristian dan yang terakhir sekali ialah dapat dilihat melalui gerakan Reconquesta Reconquesta atau dikenali sebagai penaklukan kembali yang melibatkan perampasan wilayah oleh puak Kristian di Andalusi. Kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia secara jelas dapat dilihat selepas kejatuhan kekhalifahan Umayyah pada abad ke-11. Hal ini menyebabkan berlakunya penaklukan kembali wilayah Sepanyol terutama sekali dapat dilihat melalui pertempuran Covadonga pada tahun 718 Masihi yang dilakukan oleh puak Kristian. 5Melalui ini, saya dapat mengenal pasti dan bersetuju bahawa kemunculan kerajaan-kerajaan kecil Al-Murabitun Al-Murabitun dan Al Muwahhidun adalah Muwahhidun adalah punca utama kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol ataupun Andalusia.
5
Philip K. Hitti, History of The Arabs, (Terj.), Cecep Lukman Yasin dan Dedi Slamet Riyadi, Jakarta: Serambi Ilmu Semesta, 2013, hlm. 70.
2|Page
2.0 Penguasaan Islam ke atas Andalus (Sepanyol).
Kedudukan geografi bagi negara Sepanyol atau dikenali sebagai Andalus terletak di kawasan barat daya benua Eropah dan kawasan ini merangkumi sebahagian besar daripada Semenanjung Iberia. Luas kawasan Sepanyol ini di anggarkan 500 000 kilometer persegi. Kawasan ini mempunyai pantai laut yang panjang di kawasan Lautan Atlantik dan Mediterranean. Sepanyol merupakan sebuah kawasan pertanian yang subur dan kaya dengan hasil-hasil bumi dan penternakan, serta indah dan menawan. 6 Kekayaan dan keindahan Sepanyol lebih terserlah di bahagian selatannya yang dikenali sebagai Andalus yang merupakan 2/3 dari Sepanyol. Sebelum ketibaan Islam di Sepanyol, dikatakan telah berlakunya satu pergaduhan yang melibatkan antara Witiza, raja Visigoth dan Roderick. Akhirnya Witiza telah tewas dan dibunuh oleh Roderick lalu menjadikan Roderick sebagai raja di Sepanyol. Roderick ialah seorang raja yang terlalu tamakkan harta dan kuasa. Beliau juga suka kepada hiburan serta gila seks. Kemudian berlaku satu pergaduhan yang melibatkan Roderick dengan Julian yang mana pergaduhan ini tercetus disebabkan Roderick telah mencabuli kehormatan anak perempuan Julian.7 Hal ini menyebabkan Julian terlalu marah lalu beliau mengambil keputusan untuk menemui Musa bin Nusair yang merupakan Gabenor Afrika Utara. Dalam pertemuan ini Julian menyatakan perasaan ingin berbaik-baik dengan dengan orang Islam. Seterusnya beliau cuba mengambil perhatian Musa terhadap Sepanyol yang kaya dengan hasil dan indah kerana ianya belum diketahui oleh orang Islam. Tujuannya adalah supaya Musa dan tenteranya menyerang kerajaan Roderick dan seterusnya memerintah Sepanyol. Pada awalnya, Musa merasakan curiga di atas pelawaan Julian itu kerana dibimbangi ianya merupakan tipu muslihat untuk memerangkap orang-orang Islam. Namun begitu, setelah mendapat keizinan daripada Khalifah al-Walid dari Damsyik, Musa kemudianya menghantar seramai 500 orang pasukan tenteranya yang dipimpin oleh Tarif pada tahun 710 Masihi. Seterusnya Julian pula telah menyediakan kapal-kapal untuk membawa tentera Tarif untuk dihantar ke Sepanyol. Pada Julai 710 Masihi, tentera Tarif telah mendarat di pantai selatan Sepanyol dan kawasan ini dikenali sebagai Tarifan yang diambil sempena nama pemimpin tersebut.8 Mereka berjaya mencapai kemenangan dan membawa pulang harta rampasan perang. Pada tahun berikutnya, seramai 7 000 orang Islam telah menyeberangi 6
Stanly Lane-Poole, The Moors in Spain, Khayots, Beirut, 1967, hlm. 12. Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 5. 8 Ibid ., hlm. 6. 7
3|Page
Gibraltar dan menaiki kapal-kapal yang disediakan oleh Julian. Mereka kebanyakkannya terdiri daripada keturunan Barbar dibawah pimpinan Tariq bin Ziyad yang bernaung di bawah Musa bin Nusair yang merupakan gabenor di bahagian laut Afrika. Apabila Roderick mendengar berita ini, beliau terus datang menyerang tentera Islam yang sedang berada di Selatan Sepanyol.9Perkara ini telah menyebabkan berlakunya satu pertempuran. Dalam pada itu, tentera Islam menerima bantuan tentera seramai 5 000 orang, manakala di pihak Roderick, ramai tenteranya melarikan diri. Akhirnya Roderick tewas dan terbunuh dalam pertempuran pada 19 Julai 711 Masihi. 10 Dengan kemenangan ini, maka Sepanyol terbuka luas bagi tentera Islam menaklukinya. Kemudian, pasukan ini memasuki Cordova dan berlaku pertempuran kecil melibatkan tentera Visigoth. Hal ini kerana, kaum Yahudi pada masa tersebut tidak sukakan pemerintahan Visigoth dan mereka telah berpihak kepada tentera Islam. Dengan itu, tentera Visigoth dapat dipatahkan dengan mudah oleh tentera Islam. Cordova kemudianya menyerah kalah dan tentera Islam memasuki kawasan pemerintahan Visigoth di Toledo. Hal ini menyebabkan sekaligus Bandar Toledo jatuh ke tangan tentera Islam. Tentera Islam kemudianya berjaya menawan Seville, Saragossa, Leon, dan Astorga. Seterusnya, tentera Islam telah dipanggil pulang oleh khalifah al-Walid ke Damsyik kerana kurang disenangi dengan kejayaan tersebut. Ada pendapat menyatakan bahawa al-Walid bimbangkan Khalifah Sulaiman yang merupakan bakal pengantinya. Ternyata ianya benar, dalam pada itu hanya Musa sahaja yang pulang dan beliau telah diseksa oleh khalifah Sulaiman dan akhirnya mati akibat seksaan tersebut pada tahun 716 Masihi. 11 Hal ini menyebabkan perluasan jajahan Islam di Sepanyol terhenti setakat itu sahaja dan kawasan-kawasan inilah yang dipanggil Andalus iaitu kawasan selatan Semenanjung Iberia. Sepanyol berada di bawah pemerintahan gabenor yang di lantik khalifah Bani Umayyah berpusat di Damsyik. Pada period ini, kestabilan politik Sepanyol belum sempurna kerana masih terdapat gangguan-gangguan sama ada dari dalam ataupun luar. Gangguan dari dalam melibatkan perselisihan antara penguasa, terutamanya akibat daripada perbezaan etnik dan golongan. 12 Di samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor di Afrika Utara yang berpusat di Khairawan. Masing-masing mengaku bahawa 9
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 7. Ibid ., hlm. 7. 11 Ibid ., hlm. 7. 12 Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri, History of Muslim Spain, Delhi: Adam Publisher & Distributors, 2000, hlm. 35. 10
4|Page
mereka yang paling berhak menguasai daerah Sepanyol. Oleh kerana itu, terjadilah dua puluh kali penggantian gabenor Sepanyol dalam jangka waktu yang singkat. Perbezaan pandangan politik itu juga menyebabkan sering terjadinya perang saudara. Hal ini ada hubunganya dengan perbezaan etnik, terutamanya antara Barbar dan Afrika Utara dan Arab. Dalam etnik Arab sendiri terdapat dua golongan yang terus-menerus bersaing iaitu suku Qaisy (Arab Utara) dan Arab Yamani (Arab Selatan). Perbezaan ini seringkali menimbulkan konflik politik, terutama ketika tiada pengganti kepada gebenor. Itulah sebabnya di Sepanyol tiada gabenor yang mampu mempertahankan kekuasaannya untuk jangka waktu lama. Period ini berakhir dengan datangnya Abdul Rahman ad-Dakhil ke Sepanyol pada tahun 138 Hijrah bersamaan 755 Masihi. Kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam di Andalusia dapat dilihat melalui dua faktor iaitu internal dan eksternal. Faktor eksternal adalah melibatkan keadaan di Andalusia sendiri. Pada saat pasukan Islam melakukan penaklukan wilayah dapat dilihat bahawa keadaan politik, sosial dan ekonomi di Andalusia amat menyedihkan. Hal ini demikian kerana, penguasa Gothic pada masa itu bersikap tidak toleransi terhadap aliran agama yang berkembang di Andalusia. Contohnya dapat dilihat melalui penganut agama Yahudi pada masa tersebut yang merupakan jumlah penduduk paling besar dipaksa untuk menurut ajaran Kristian.Dalam keadaan tersebut, penduduk yang tertindas hanya menanti penyelamat dan tentera Islam pada masa tersebut merupakan penyelamat kepada penganut kaum Yahudi. Selain itu, faktor internal pula dapat dilihat melalui kemenangan tentera Islam di Andalusia adalah suatu keadaan semangat perjuangan yang terdapat dalam diri pemerintah dan tentera-tentera Islam. Hal ini kerana, para pemimpin pasukan Islam melibatkan tokohtokoh yang kuat, berpengaruh dan bersatu. Hal lain yang penting adalah melalui ajaran agama Islam yang ditunjukkan oleh para tentera Islam. Iaitu toleransi, persaudaraan dan tolong menolong sehingga penduduk di Andalusia dengan senang hati menerima kedatangan pasukan Islam.13
13
Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2014, hlm. 93.
5|Page
3.0 Sejarah Pemerintahan Kerajaan Kecil Islam Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun di Andalus. 3.1 Kerajaan Kecil Islam Al-Murabitun.
Al-Murabitun merupakan sebuah gerakan agama yang ditubuhkan oleh Yusuf alTasyfin di Afrika Utara. Pada tahun 1062, Yusuf al-Tasyfin berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang berpusat di Marakesy. Dinasti Murabitun berjaya memasuki Andalusia di atas undangan penguasa Islam di Andalusia iaitu al- Mu‘tamid yang merupakan pemerintah terakhir kerajaan Bani Abbad di Seville. Al- Mu‘tamid merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk pengaruh dan kuasa Al-Murabitun ke Andalusia. Tidakan yang dilakukan ini adalah disebabkan kejatuhan Toledo ke tangan Alfonso VI pada tahun 1085. 14Perkara ini dapat dilihat bahawa al-Mutamid lebih rela menyerahkan nasibnya kepada saudara seagama di luar Andalusia berbanding menyerahkan wilayahnya kepada tangan musuh tradisi Islam iaitu puak Kristian, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak begini. Pendirian beliau jelas terlihat melalui kata-katanya “Aku lebih rela menjadi pemandu unta di padang pasir dari mejadi pemelihara babi di Castile”.15
Yusuf al-Tasyfin dan tenteranya mula memasuki Andalusia pada tahun 1086 Masihi dan berlakunya pertempuran di Zallaqah di selatan Andalusia. Perperangan ini telah berlanjutan selama dua tahun dan berakhir dengan kemenangan dipihak tentera Islam. Pasukan tentera Islam berhasil megalahkan pasukan Castilia dan ramai tentera Kristian terbunuh disebabkan peperangan tersebut. Keadaan Andalusia yang tidak stabil pada waktu tersebut telah mendorong tentera Murabitun untuk menguasai Andalusia dengan mudah. Selepas kemenangan tentera Islam keatas puak Kristian, Yusuf al-Tasyfin dan tenteranya kembali ke Afrika bersama tenteranya seramai 3000 orang. 16Lebihan tentera Islam yang lain diarahkan untuk tinggal di Andalusia bagi mengawal keadaan wilayah Islam.
14
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 66. 15 Ibid ., hlm. 67. 16 R. Dozy, Spanish Islam, A History of the Moslems in Spain, London, Glasgow, 1013, hlm. 97-98.
6|Page
Walaupun pada hakikatnya Alfonso VI telah tewas di tangan tentera Islam melalui peperangan di Zallaqah, beliau kemudianya menyimpan perasaan dendam dan terus berusaha untuk membalas dendam terhadap orang Islam akibat kekalahanya. Pada ketika itu, masih banyak kawasan-kawasan di Andalusia berada dibawah penguasaan beliau seperti di bahagian pantai timur hingga ke Murcia. Dengan kekuatan yang ada pada puak-puak Kristian Castile ini telah menimbulkan kebimbangan di pihak al-Mutamid yang disokong kuat oleh rakyat dan juga para ulama di Andalusia untuk terus berjihad dalam menentang puak Kristian yang dipimpin oleh Alfonso VI. Dengan itu, pada tahun 1090 sekali lagi pihak Yusuf al-Tasyfin dan tenteranya berlepas ke Andalusia bagi membantu saudara dan juga mempertahankan wilayah Islam di Andalusia. 17 Hal ini dapat dilihat kesepaduan tentera Islam apabila mereka telah bergabung dengan tentera Islam di Andalusi di bawah pimpinan Yusuf al-Tasyfin. Melalui pergabungan ini, beliau telah bertekad untuk meghapuskan musuh-musuh Islam sekaligus bagi mendirikan empayar Islam di Andalusia. Matlamat ini dilaksanakan dengan segara apabila mendapat sokongan daripada para ulama dan juga rakyat di Andalusi dan Afrika Utara. Menjelang 1090 Masihi, beliau telah berjaya menundukkan Granada tanpa peperangan dan berikutnya Cordova dan seterusnya wilayah-wilayah Andalus yang lain. Namun begitu, wilayah Seville telah ditawan dan al-Mutamid ditangkap dan dibuang negeri. Pada 1095, al Mutamid kemudianya telah meninggal dunia. Berikutan itu, banyak bandar -bandar di Andalusia telah jatuh ke tangan tentera Islam. Kebanyakkan kawasan yang di takluk ini terletak di kawasan selatan Andalusia dan terletak dibawah kekuasaan empayar Al-Murabitun di Afrika. Salah seorang orientalis yang berwibawa mengenai sejarah Islam di Andalusia telah membuat satu analisis dan menyatakan bahawa, kejayaan yang dicapai olen Yusuf al-Tasyfin dan pasukan tentera Islam di Andalusia adalah disebabkan oleh sokongan rakyat yang beragama Islam di Andalusia yang mempunyai semangat keagamaan yang sangat kuat. Mereka bukan sahaja
17
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 68.
7|Page
menyokong dalam penghapusan kuasa-kuasa Kristian tetapi turut menyokong menghapuskan kuasa-kuasa yang dipegang oleh Muluk al-Tawaif .18 Namun begitu, penguasa Murabitun di Andalusia selepas peninggalan Yusuf al-Tasyfin adalah terletak di kekuasaan yang lemah sehingga pada tahun 1143 Masihi, kekuasaan Murabitun berakhir baik di Afrika Utara mahupun di Andalusia. Pada saat Andalusia dikuasai oleh penguasa Murabitun tepat pada tahun 1118 Masihi wilayah Saragossa jatuh ke tangan puak Kristian yang dipimpin oleh Raja Aragon. Kerajaan Murabitun di Andalusia dikatakan tidak kekal lama kerana pada 1118 Masihi ia mula lemah. Raja tersebut dikatakan berjaya meluaskan pengaruh ke selatan Andalusia. Pada zaman Yusuf al-Tasyfin ini telah berlaku pemberontakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1144 Masihi dan 1145 Masihi. Pemberontakan yang terakhir itu telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Al-Murabitun. Sepeninggalan Murabitun di Andalusia ini kemudianya telah muncul dan digantikan oleh kerajaan Al-Muwahhidun.
3.2 Kerajaan Kecil Islam Al-Muwahhidun.
Wujud kesamaan antara kemunculan kerajaan kecil al-Murabitun dan al Muwahhidun di Andalusia. Kedua-kedua pemerintahan ini sememangnya didirikan oleh keluarga Barbar yang memerintah Afrika Utara. 19 Al-Muwahhidun datang ke Andalusia merupakan suatu langkah bagi memperluaskan empayar masing-masing. mereka memiliki penyokong yang kuat daripada kaum Barbar sendiri yang mempunyai semangat keislaman yang sangat kuat. Merurut W.M Watt, semangat keislaman yang tulen di Sepanyol hanya bermula pada zaman pemerintahan al-Murabbitun.20 Keadaan di Andalusia sebelum ketibaan al-Muwahhidun adalah dalam keadaan tidak stabil kerana kebanyakkan umat Islam di situ sedang berpecah. Selepas kejatuhan kerajaan kecil al-Murabitun pada 1145 Masihi, Andalusia diperintah oleh kerajaan-kerajaan kecil Islam dan bahagian utara di perintah oleh kerajaan Kristian. Malah terdapat juga pemimpin-pemimpin Islam yang bernaung 18
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 69. 19 Ibid ., hlm. 70. 20 W. M. Watt, A History of Islamic Spain, Islamic Surveys, Endinburgh, 1965, hlm. 101.
8|Page
di bawah kerajaan Kristian. Namun, ada juga yang berada di bawah kerajaan Muwahhidun di Afrika. Al-Muwahhidun telah didirikan oleh Ibn Tumart. Ibn Tumart turut dikenali sebagai Al-Mahdi, sifat keinginan yang ada pada Al-Mahdi untuk memulihkan Islam ke dalam bentuk yang asli telah menjadikan beliau seorang pemimpin yang bijak. Beliau telah mengajar pengikutnya tentang doktrin tauhid, keesaan Tuhan dan sebagainya. Perkara ini adalah sebagai langkah untuk mempengaruhi umat Islam pada masa tersebut. Setelah beliau meninggal dunia pada 1128 Masihi. Muwahhidun datang ke Andalusia di bawah pimpinan Abd al Munim. Setelah Abd al-Munim meninggal pada 1163 Masihi, penguasaan Muwahhidun di ambil oleh Abu Yusuf Yakub al-Mansur iaitu pada tahun 11841199 Masihi. Beliau telah menjadikan Siville sebagai ibu kota di Andalus. Semasa pemerintahan Al-Mansur ini dikenali sebagai zaman keemasan bagi kerajaan Muwahhidun di Andalusia. Semasa berada dibawah pemerintaha al-Mansur , beliau telah melakar beberapa kejayaan antaranya ialah pembinaan Bandar Bougie. Seterusnya, pada tahun 1190 Masihi, beliau telah mengambil inisiatif dengan dengan mengadakan perjanjian damai dan ianya ditandatangani oleh raja-raja Castile dan Leon selama lima tahun.21 Setelah perjanjian tamat, berlakunya peperangan antara orang Islam dengan Kristian kembali yang melibatkan kerajaan Muwahhidun dengan tentera Alfinso VIII di Alarcos yang terletak di Cardova dan Toledo. Peperangan ini berlaku akibat daripada serangan tentera Alfonso VIII ke atas wilayah-wilayah Islam. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pihak Islam.22 Ekoran daripada peperangan ini, satu perjanjian damai selama lima tahun sekali lagi ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Dalam tempoh tersebut, pihak Kristian telah melakukan pelbagai persediaan untuk membalas dendam terhadap kerajaan Muwahhidun. Pelbagai persediaan dilakukan termasuk golongan paderi turut membantu dalam memberi semangat kepada puak-puak Kristian di Andalusia dan juga Eropah. Hal ini menyebabkan munculnya angkatan tentera Salib yang ramai dan kuat.
21
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 72. 22 Stanley Lane-Poole, The Moors in Spain, Khayots, Beirut, 1967, hlm. 217.
9|Page
Sebelum perjanjian damai yang melibatkan raja Alfonso VIII dan kerajaan Muwahhidun tamat, al-Mansur telah meninggal dunia pada tahun 1199 Masihi dan tempatnya diganti oleh anakanda beliau iaitu Muhammad al-Nasir yang tidak mahir mengenai selok belok politik serta tidak mempunyai semangat juang yang tinggi.Beliau tidak merancang strategi ketenteraan yang kemas seperti yang dilakukan oleh pihak Kristian. Akibatnya, pada Julai 1212 Masihi, tentera Salib telah bergabung dengan Castile, Leon dan Aragon telah menyerang wilayahwilayah Islam. Ramai tentera Islam berjaya ditewaskan oleh tentera Salib Kristian. Peperangan yang berlaku ini telah membawa erti yang sangat besar bagi puak Kristian kerana selepas kekalahan tentera Islam ini satu demi satu bandar-bandar serta wilayah-wilayah Islam di Andalusia jatuh ke tangan puak Kristian. 23 Bagi pihak al-Muwahhidun ia merupakan satu bala bencana yang sangat besar menimpa mereka, kerana dengan kekalahan itu telah membawa kepada keruntuhan kerajaan Muwahhidun di Andalusia.
23
Stanley Lane-Poole, The Moors in Spain, Khayots, Beirut, 1967, hlm. 217.
10 | P a g e
4.0 Punca-punca Kejatuhan Kerajaan Kecil Islam Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun di Andalus.
4.1 Mewarisi Kemelut Politik Kerajaan Muluk al-Tawa‘if .
Kerjaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun telah mewarisi kemelut politik daripada kerajaan Muluk al-Tawaif . Kerajaan Muluk al-Tawaif ini dikatakan wujud pada akhir pemerintahan Hisyam II yang merupakan anak kepada Hakam II pada kira-kira tahun 1009 Masihi. Kerajaan Muluk al-Tawaif ini menunjukkan banyak kelemahan. Kelemahan yang wujud ini berpunca daripada perpecahan dalam kalangan keluarga dan pembesar di istana. 24 Akibat daripada perpecahan ini maka lahirlah kerajaan-kerajaan kecil yang diperintah oleh Muluk al-Tawaif , iaitu raja-raja kecil yang memerintah wilayah-wilayah di seluruh Andalusia. Kemunculan kerajaan-kerajaan ini adalah merupakan suatu petanda besar kepada kejatuhan kerajaan Bani Umayyah. Dikatakan bahawa, di kawasan selatan dan timur Andalusia sahaja terdapat hampir 30 unit politik atau pemerintahan telah diwujudkan. Malah sering berlaku persengketaan melibatkan suatu kawasan dengan kawasan yang lain. Malah dalam sistem pemerintahan di kawasankawasan tersebut sering berlaku khianat-mengkhianati dan hasut-menghasut antara satu sama lain. Pendek kata keadaan politik pada zaman tersebut sangat huru-hara. Pemerintahan Muluk al-Tawaif ini berpusat di kota-kota tertentu seperti Seville, Cordova, Toledo dan sebagainya. Pada masa ini sering berlakunya perang saudara yang melibatkan sesama umat Islam di Andalusia. Bahkan terdapat sebahagian pihak yang meminta bantuan puak-puak Kristian bagi mengukuhkan kuasa mereka. Kerajaan Muluk al-Tawaif ini kebanyakkanya dipimpin oleh orangorang Barbar, Slavia dan Arab. Setiap kepimpinan ini terlalu mementingkan kepentingan puaknya sahaja tanpa mengira kepentingan puak-puak lain. Justeru, tidak pernah wujudnya kesepakatan dalam pelbagai hal yang mereka lalukan, terutama sekali perkara yang melibatkan aspek politik. Oleh itu, apa yang berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan Muluk al-Tawaif turut berlaku pada zaman
24
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 62.
11 | P a g e
kerajaan-kerajaan kecil Murabitun dan Muwahhidun di Andalusia terutama sekali dan bidang politik. Keadaan politik kerajaan Murabitun dan Muwahhidun di Andalusia sangat rumit. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan pemerintah pada zaman tersebut sering berlaku perselisihan faham, hasut-menghasut dan sebagainya. Mereka terlalu mementingkan kekuasaan waima tidak begitu cekap dalam pentadbiran politik. Bagi mengukuhkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah, mereka sanggunp meminta bantuan daripada pihak musuh. Tanpa mereka sedari bahawa perkara tersebut telah memberi peluang kepada puak Kristian untuk merampas kembali wilayah-wilayah di Andalusia. 25Hal ini juga menyebabkan para penguasa Kristian
mula
melakukan
penyerangan
terhadap
wilayah-wilayah
Islam.
Sememangnya perkara tersebut yang dinantikan oleh puak-puak Kristian untuk mereka mengambil peluang melakukan penyerangan.
4.2 Tiada Unifikasi dalam Kerajaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun.
Punca kejatuhan kerajaan kecil Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun dapat dilihat apabila ketiadaan unifikasi dalam kerajaan-kerajaan kecil ini. istilah unifikasi ini merujuk kepada pergabungan. Hal ini dilihat bahawa, kejatuhan kerajaan-kerajaan kecil ini disebabkan oleh tiada sikap bersatu dalam kalangan masyarakat Islam pada waktu tersebut. Perkara ini lebih terserlah apabila berlakunya perpecahan masyarakat dan mereka lebih mengamalkan kehidupan berpuak-puak. Hal ini dapat dilihat di bawah kerajaan yang diperintah oleh Muluk al-Tawaif yang mana “tawaif ” ataupun “taifah” merujuk kepada makna puak -puak. Semasa era pemerintahan Muluk al-Tawaif ini telah terbahagi kepada tiga puak besar iaitu Barbar, Slavs dan termasuk orang Arab dan bangsa Andalus. Setiap puak ini terlalu mementingkan puaknya sahaja tanpa mengira kepentingan puak-puak yang lain. 26 Hal ini menunjukkan bahawa setiap puak ini tidak pernah mencapai kata sepakat dalam apa juga perkara yang mereka lakukan, lebih-lebih lagi melibatkan hal yang berkaitan dengan bidang politik kerana mereka 25
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 65. 26 Ibid ., hlm. 63.
12 | P a g e
mengganggap bahawa mereka mempunyai kepentingan tersendiri dalam bidang politik. Namun begitu, pemerintahan pada kerajaan-kerajaan kecil Andalus iaitu Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun ini didirikan oleh keluarga Barbar. Akan tetapi, penguasaan kerajaan Murabitun dan Muwahhidun sepeninggalan khalifah telah menjadikan orang-orang Islam lemah. Hal ini demikian kerana, wujudnya golongan-golongan yang ingin mengantikan khalifah untuk menerajui kerajaankerajaan kecil Andalus pada masa tersebut. Perkara ini menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil yang berlangsung selama beberapa tahun. Kewujudan kerajaan-kerajaan kecil ini telah menimbulkan lagi sikap berpuak-puak dalam kalangan umat Islam. Contohnya dapat dilihat di selatan dan timur Andalus wujud kira-kira 30 unit politik atau pemerintahan diwujudkan. 27 Keadaan ini menjadikan orang Islam dan kerajaan Islam pada waktu tersebut berpecah belah dan tidak stabil. Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak lansung, kerajaan-kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 1012 M.Namun bibit-bibit perpecahan awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 1002 M. 28 Selain itu, sikap tiada unifikasi yang melibatkan aliran pegangan antara kedua-dua kerajaan ini menjadi elemen punca kejatuhan Islam di Andalus. Mereka hanya menggunakan aliran pegangan melibatkan mazhab Maliki dan melalui tafsiran dari al-Quran. Hal ini menyebabkan berlakunya perselisihan dan berbeza pandangan antara kedua-dua kerajaan ini. Masing-masing tidak dapat menerima aliran pegangan yang lain dan hanya mementingkan fahaman aliran mereka semata-mata. Perkara ini telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam
27
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 63. 28 Maruwiah Ahmat, Sejarah Bani Umaiyah Di Andalus, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd., 2003, hlm. 75.
13 | P a g e
kalangan mereka dan akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia. 4.3 Kelemahan Pemimpin Kerajaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun.
Kelemahan pemimpin merupakan antara punca jatuhnya kerajaan Islam di Andalusia. Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia terbentuk apabila kepimpinan utama mula lemah. Lebih tepat, ia rentetan daripada kelemahan pemimpin dikalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah al-Mustansar Billah (961 – 976M). Bermula dari itu, Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, berpecahmenjadi banyak daerah yang membentuk lebih daripada 30 kerajaan-kerajaan kecil.
Sepeninggalan tonggak utama kepimpinan kedua-dua kerajaan ini menyebabkan kerajaan ini berada dibawah penguasa yang lemah. Contohnya, sepeninggalan Yusuf al-Tasyfin semasa kerajaan Murabitun menyebabkan kerajaan ini berakhir pada tahun 1143M. Hal ini kerana, kerajaan ini ditadbir oleh orang-orang yang lemah dan tidak mahir untuk mengatur strategi politik dan juga pertahanan ketenteraan pada masa tersebut. Kelemahan yang ditonjolkan oleh orang-orang Islam telah memberi peluang kepada pihak Kristian untuk merancang strategi ketenteraan yang kemas untuk meyerang wilayah-wilayah Islam. Buktinya, pada tahun 1212M, tentera Salib yang mangabungkan Castile, Leon, Navarre dan Aragon telah menyerang wilayah-wilayah Islam.29 Tentera Islam yang dianggarkan seramai 600 000 orang pada masa tersebut berjaya ditewaskan oleh puak Kristian. Ramai tentera-tentera Islam terbunuh. Peperangan ini membawa erti yang sangat besar kepada pihak Kristian kerana selepas itu satu demi satu wilayah di Andalusia jatuh ke tangan mereka.
Selain itu, berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya sendiri, iaitu kepada
saudaranyayang
lain,
lalu
beliau
memberontak
sehingga
dalam
29
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 73.
14 | P a g e
pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad .
Hal ini menyebabkan Abu Abdullah telah meminta
bantuan daripada Raja Ferdinand untuk mengambil alih tampuk pemerintahan tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa kewibawaan seorang pemimpin tidak terserlah dan mereka hanya memikirkan kepentingan dan kuasa dalam sesebuah kerajaan. Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja.
4.4 Fanatisme
dalam
Mazhab
Kerajaan Al-Murabitun dan Al-
dalam
Muwahhidun. Bidang agama turut berkembang di Andalusia walaupun keadaan politik tidak stabil selepas kejatuhan Bani Umayyah. Abdul Rahman III merupakan insan yang bertanggungjawab dalam mengembangkan ilmu-ilmu agama seperti fikah, Hadith, tauhid, dan tafsir. Pada awalnya beliau didedahkan dengan ajaran agama mengikut mazhab Maliki kerana mazhab ini merupakan mazhab dominan di Andalusia. 30 Pada abad ke-12M, telah lahir ramai tokoh agama di Andalus iaitu pada zaman pemerintahan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun. Antaranya ialah Qadi Iyad (1083-1149M). beliau merupakan antara ulama yang pada zaman Murabitun. Beliau telah dilantik menjadi Kadi Ceuta, setelah itu beliau dipindahkan ke Seville dan
kemudianya
dipindahkan
ke
Cordova. 31 Oleh
kerana
berlakunya
ketidakstabilan politik pada akhir pemerintahan Murabitun menyebabkan beliau telah melarikan diri ke Marrakesh dan meninggal dunia di situ pada 1149 M. Selepas
kemunculan
kerajaan
Muwahhidun
di
Andalusia
bagi
mengantikan Murabitun, pengaruh ulama Maliki kian pudar dan tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh pemerintah. Pada tahun 1184-1199M, Abu Yusuf Yaaqub telah memerintah supaya memihak kepada mazhab Zahiri. Perkara ini mendapat sokongan daripada Ibn Rusyd (1126-1198M). Ibn Rusyd bukan sahaja mahir dalam agama tetapi turut mahir dalam falsafah, astronomi, biologi dan lain-
30
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 81. 31 Ibid ., hlm. 83.
15 | P a g e
lain. Pada akhir pemerintahan Abu Yaaqub Yusuf, Ibn Rusyd dituduh sebagai orang yang telah menyeleweng dari agama Islam kerana pemikiranya tentang agama Islam telah dicampuradukkan dengan pemikiran falsafah. 32 Berlaku perpecahan dalam kedua-dua kerajaan kecil ini kerana mereka terlalu taksub dengan aliran mazhab masing-masing hingga membawa kepada perpecahan dari segi aliran pemikiran agama. Contohnya, sebahagian orang-orang Islam di bawah kerajaan Merabitun menganut mazhab Maliki dan sebahagian yang lain pula hanya berpandukan al-Quran dan Hadith tanpa terikat sepenuhya kepada mazhab seperti yang telah di amalkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan pemerintahan Muwahhidun.33 Sebelum itu, kerajaan Murabitun mempunyai sokongan padu daripada para ulama yang berpegang kepada mazhab Maliki. Namun begitu, setelah beralih tampuk pemerintahan kepada Muwahhidun, sokongan mereka terhadap mazhab Maliki ini tidak begitu padu kerana sikap pihak pemerintah yang tidak bermazhab atau tidak memihak kepada mana-mana mazhab tertentu. Walaupun kerajaan Muwahhidun majoritinya tidak begitu setuju dengan pengamalan mazhab, tetapi merek tidak mempunyai sumber perundangan Islam alternatif bagi mengantikan sumber-sumber perundangan mazhab yang ada. Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan sistem perundangan yang sedia ada iaitu sumber yang terdapat dalam mazhab Maliki. Suasa ini telah menunjukkan kelemahan kerajaan Muwahhidun bagi mendapatkan sokongan daripada golongan anti mazhab. Malah, gelaran Mahdi yang berbaur seakan-akan Syiah yang diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin Muwahhidun awal seperti Ibn Tumart tidak dipersetujui oleh orang-orang Arab dan penduduk tempatan di Andalus. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa, gelaran Mahdi yang digunakan boleh membawa kepada keadaan pemerintahan elit kerana kebanyakkan penduduk penduduk tempatan yang bukan berbangsa Arab yang beragama Islam lebih mengharapkan corak pemerintahan langsung dari Tuhan. Hal ini menyebabkan berlakunya perpecahan antara golongan Barbar, Arab dan bangsa-bangsa lain di Andalus yang beragama ini.
32
Muhayudin Hj. Yahaya, Islam di Sepanyol dan Sicily , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 85. 33 Ibid ., hlm. 75.
16 | P a g e
4.5 Konspirasi dengan Kerajaan Kristian.
Berlaku konspirasi melibatkan kerajaan Islam di Andalus dengan kerajan Kristian. Hal ini berlaku kerana, mereka ingin menjaga kepentingan kuasa dikawasan tersebut tanpa menyedari bahawa konspirasi ini bakal membawa keruntuhan kerajaan Islam di Andalus. Perkara ini dapat dilihat melalui perselisihan keluarga yang berlaku hanya untuk mewarisi tampuk kepimpinan semata-mata, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya sendiri, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn
Sa’ad .
Oleh
itu, Abu Abdullah telah mengadakan konspirasi dengan kerajaan Kristian yang dipimpin oleh Raja Ferdinand untuk mendapatkan takhta tersebut. 34 Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangka masa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidaklain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau,lantas masyurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yangberjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia. Selain itu, konspirasi antara orang Islam dengan kerajaan Kristian dapat dilihat melalui pakatan rahsia antara Putera Cid Haiya dengan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Hal ini dapat dilihat apabila tentera Kristian pura-pura melakukan pengepungan terhadap Bandar Baza bagi mengelirukan pemerintah Andalusia. Putera Cid Haiya kemudianya berpura-pura berbincang dengan para pembesar angkatan tentera untuk melakukan rundingan dengan pihak Kristian. Sebenarnya, itu merupakan satu sandiwara bagi menutup konspirasi mereka. 35 Apabila Ratu Isabella dan Raja Ferdinand bersetuju, satu rundingan diadakan antara wakil raja 34
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2011, hlm. 13-30. 35 Abdul Latip b. Talib, Runtuhnya Islam Andalusia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia, 2014, hlm. 117-132.
17 | P a g e
Kristian dengan Gabenor Muhammed. Pertemuan tersebut berjalan lancar dan aman. Komander Leon yang mewakili pihak Kristian memberi amaran kepada Gabenor Muhammed bahawa peristiwa hitam akan berlaku kepada Bandar Baza sekiranya mereka tidak mahu menyerah. Melalui rundingan ini juga, penduduk Baza diberi pilihan ata s arahan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Pilihan pertama menjanjikan bahawa kerajaan Islam akan diberi perlindungan dari segi keselamatan nyawa, tanah, harta, kebebasan dan juga anutan agama. Manakala, pilihan kedua pula, jika orang Islam enggan menyerah, akan berlakunya rampasan harta benda orang-orang Islam kemudianya akan ditangkap untuk dijadikan tawanan atau dibunuh. Putera Cid Hiaya kemudianya menghantar utusan kepada Al-Zagal yang merupakan sepupu kepada baginda Putera Cid Hiaya untuk memohon pendapat. Namun begitu, Al-Zagal merupakan seorang yang bijak dapat merasakan bahawa wujudnya konspirasi antara puak Kristian dengan pihak Putera Cid Hiaya. Al-Zagal menyatakan bahawa semua keputusan terletak pada tangan Putera Cid Hiaya dan beliau tidak dapat memberi bantuan. Akhirnya, Putera Cid Hiaya menyerah diri dan tunduk kepada kekuasaan Ratu Isabella. Penyerahan Baza dianggap sebagai suatu peristiwa yang amat mendukacitakan. Penyerahan Baza menan dakan permulaanya puak-puak Kristian bagi merampas wilayah-wilayah Islam yang lain seperti Almunecar, dan beberapa bandar lain. 36 Melalui konspirasi ini maka bermulalah penaklukan Kristian di wilayahwilayah Islam di Andalusia yang kononya dijanjikan keamanan, keselamatan, dan jaminan harta benda. Disebabkan sikap pemimpin Islam yang tidak berwibawa ini menyebabkan runtuhnya kerajaan Islam di Andalusia.
4.6 Manipulasi Perjanjian.
Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan
36
Abdul Latip b. Talib, Runtuhnya Islam Andalusia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia, 2014, hlm. 117-132.
18 | P a g e
Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk. Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakanmempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. Selain itu, pihak Kristian turut menjanjikan jaminan
melalui
keagamaan,
harta
benda,
kehormatan,
pemikiran
dan
kebebasan.37 Mereka juga menjamin kebebasan orang-orang Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan. Menghormati rumah ibadat bagi orang-orang Islam. Tawanan-tawanan juga dibebaskan oleh puak Kristian dan lain-lain lagi yang termaktub dalam perjanjian penyerahan Granada kepada pihak tentera Salib. Namun begitu, perjanjian yang dibuat antara Abu Abdullah dengan pihak tentera Salib tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian. Mereka juga menggunakan kuasa mereka sebagai penguasa sepenuhnya dengan membatalkan perjanjian tersebut. Malah perjanjianitu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan, apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Pihak Kristian juga mengeluarkan pernyataan anti muslim yang dibuat oleh tokoh Katolik. Kesankesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.
4.7 Gerakan Reconquesta.
Reconquesta bermaksud ‘Penaklukan kembali’ adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada suatu gerakan. Ia diusahakan oleh puak Kristian untuk
37
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2011, hlm. 13-30.
19 | P a g e
menakluk kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Bani Umayyah di Andalus.38 Gerakan ini berjalan selama lebih dari 7 abad dan bermula secara jelas pada pertempuran Caradonga pada tahun 722 Masihi di mana kerajaan Asturias berjaya menamatkan penaklukan kerajaan Bani Umayyah.Gerakan ini muncul dari kawasan yang terpencil yang tidak dikuasai oleh kerajaan Bani Umayyah. Tindakan kerajaan Bani Umayyah yang membiarkan kawasan tersebut untuk diduduki orang Kristian telah membuka peluang kepada mereka untuk melahirkan Gerakan Reconquesta di sana. Kerajaan Bani Umayyah berpandangan bahawa, orang-orang Kristian yang mendiami kawasan terpencil itu dilihat hanya sebagai satu kumpulan kecil yang tidak mungkin akan mendatangkan ancaman dan bahaya kepada pemerintahan Bani Umayyah. Kerana pada ketika itu kerajaan Bani Umayyah mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menghalang sebarang serangan. Tetapi sebaliknya, di dalam wilayah yang terpencil inilah telah lahirnya aspirasi Gerakan Reconquesta atau ‘Penaklukan kembali’ untuk menawan semula Andalus. Gerakan ini lahir melalui suasana politik pada ketika itu. Sedikit demi sedikit ia mula mengancam kestabilan dan keamanan Negara Islam. Dan akhirnya, ia muncul dengan satu keinginan yang kuat untuk melawan kerajaan Bani Umayyah dan mahu mencapai kemenangan serta memiliki semula Andalus. Aspirasi Gerakan Reconquesta juga didorong oleh semangat yang dimiliki penduduk di kawasan pergunungan dan di kawasan terpencil. Hasrat besar mereka ialah untuk membebaskan dairi dari peraturan-peraturan dan hukum asing. Telah berlaku banyak peristiwa di sepanjang Gerakan Reconquesta ini. Namun, bagi sesetengah ahli sejarah, mereka bependapat bahawa idea revolusi Gerakan Reconquesta berjalan tanpa perubahan yang ketara dari zaman permulaan kemunculan dan pertengahan sehinggalah penaklukan Granada dan kesatuan yang tidak diduga dari kerajaan Castile dan Aragon. Antara peristiwa besar yang membawa Gerakan Reconquesta terus mara kehadapan ialah kejatuhan Toledo di tangan kerajaan Kristian pada tahun 1085. Kejatuhan Toledo ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap Gerakan Reconquesta dan mewujudkan satu fasa yang baru sebagai langkah menakluk kembali wilayah di Andalus. Selepas 38
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2011, hlm. 13-30.
20 | P a g e
menakluki Toledo, kerajaan Kristian mara ke Zaragoza dan mengepungnya. Mereka telah memaksa pemerintah pada ketika itu iaitu Amir Musta’in bin Hud untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan terhadap mereka. Terdapat beberapa strategi yang dilakukan oleh orang-orang Kristian untuk menjayakan Gerakan Reconquesta di Andalus, antaranya ialah diwujudkan suatu kesedaran di kalangan orang-orang kristian untuk melawan kerajaan Bani Umayyah. Ia adalah semangat psikologi, politik dan ketenteraan yang sangat besar di bawah pimpinan Ratu Isabella dari Castile dan Raja Ferdinand dari Aragon. Kesedaran ini bukan sahaja dimainkan oleh pemerintah, tetapi turut dibantu oleh pihak gereja dan paderi.Strategi dalam Gerakan Reconquesta juga perlu dilihat dari sudut pandang orang-orang Kristian di Andalus. Semangat yang diterapkan pada diri mereka adalah semangat keagamaan yang tinggi dan dianggap suci. Ia, sama seperti semangat jihad yang dimiliki umat Islam dalam meluaskan kuasa Islam di pelusuk dunia. Ia ibarat tuntutan agama yang mereka anuti, diibaratkan juga mereka datang bersama pedang di tangan kiri dan Injil di tangan kanan. Ketika berlakunya Perang Salib di wilayah Timur Tengah, kerajaan Kristian di Andalus tidak menghantar tenteranya untuk membantu orang-orang Kristian di sana. Ini adalah strategi yang dimainkan supaya dapat memberi kefahaman kepada orang-orang Kristian di Andalus bahawa musuh utama yang mesti mereka hapuskan bukanlah musuh di Timur Tengah, tapi musuh yang ada di Andalus itu sendiri.39 Selain itu, strategi serangan demi serangan telah dilakukan terhadap kerajaan Bani Umayyah di Andalus. Disebabkan itu, kekuatan kerajaan Bani Umayyah
mula
terhakis
sedikit
demi
sedikit.
Ditambah
pula
dengan
pertelingkahan sesama sendiri yang telah melemahkan pertahanan kerajaan Andalus. Orang-orang Kristian sentiasa menanti peluang untuk mengalahkan kerajaan Bani Umayyah, sebaik sahaja peluang itu tiba, mereka tidak akan mensia-siakannya. Antara kesan yang berlaku selepas kejayaan Gerakan Reconquesta ialah jatuhnya kerajaan Bani Umayyah di wilayah terakhir di Andalus iaitu Granada
39
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2011, hlm. 13-30.
21 | P a g e
pada 16 Febuari 1492. Dengan kejatuhan benteng terakhir itu maka berakhirlah satu dinasti pemerintahan Islam di Spanyol. Mercu kemegahan kerajaan Bani Umayyah iaitu Masjid Cordova dimusnahkan dan diubah menjadi geraja sebagai simbol kemenangan agama Kristian terhadap agama Islam. Seterusnya, pendeta pendeta Kristian telah memberi umat Islam dan Yahudi suatu pilihan, sama ada mereka perlu murtad dari agama mereka dan memeluk agama Kristian ataupun mereka perlu tinggalkan wilayah itu. Disebabkan itu, sebahagian umat Islam telah berhijrah ke negara-negara Islam yang lain, dan tidak kurang juga mereka yang telah memilih untuk murtad dan kekal di sana. 40 Antara kesan lain yang berlaku selepas kejayaan Gerakan Reconquesta adalah ia telah menyebabkan hubungan keagamaan antara Kristian dan Islam menjadi buruk. Ia juga telah menjadi sejarah yang akan diingati sepanjang zaman, maka kebencian dan saling mencurigai antara satu sama lain akan terus wujud. Telah terhapusnya tradisi Islam dalam pelbagai aspek seperti keilmuan, ritual keagamaan, pakaian dan lain-lain di Spanyol. Ia disebabkan larangan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Kristian supaya menghapuskan semua perkara yang mempunyai identiti Islam di Spanyol.
40
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2011, hlm. 13-30.
22 | P a g e
5.0 Rumusan.
Keruntuhan kerajaan Islam di Andalusia dapat dikaitkan dengan kewujudan kerajaankerajaan Islam kecil yang wujud selepas zaman pemerintahan Muluk al-Tawaif. Kerajaankerajaan kecil seperti Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun merupakan antara kerajaan yang mewarisi kemelut politik daripada kerajaan sebelumnya. Hal ini dapat disimpulkan bahawa sikap para pemimpin bermula daripada kerajaan Muluk al-Tawaif sehingga kepada penubuhan kerajaan-kerajaan kecil Murabitun dan Muwahhidun telah melahirkan generasi pemimpin yang tidak berwibawa, cuai, saling bertelingkah, dan suka menjalani hidup berpuak-puak. Perkara ini merupakan punca utama keruntuhan kerajaan Islam di Andalusia. Kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam. Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Andalusia dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam. Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini. Oleh itu, berdasarkan faktor-faktor atau punca-punca yang didapati semasa pemerintahan zaman kerajaan-kerajaan kecil ini menandakan bahawa benarlah kuwujudan kerajaan kecil Murabirun dan Mwahhidun sebagai punca utama kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia ataupun Sepanyol. Maka jelaslah maksud ayat al-Quran surah al-Saff bahawa: “ Mereka, yakni orang-orang kafir berusaha untuk memadamkan cahaya Allah SWT, namun Allah SWT terus menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir itu benci.”
23 | P a g e