Contoh jawapan yang cemerlang bagi soalan ringkasan.Full description
ppki kemahiran manipulatifFull description
Full description
Mengandungi koleksi soalan kbat untuk pt3. Boleh digunakan oleh guru sebagai latih tubi dan latihan untuk persediaan murid menghadapi PT3
Ini adlah contoh soalan yang akan ditanya.
PT3
Contoh untuk panduan buat soalan Titas
SOALAN MATERIAL
Full description
Full description
contoh soalan
bahasa melayuFull description
bijak sifirFull description
PERKONGSIAN CONTOH SOALAN KEMAHIRAN ARAS TINGGI KBAT / HOTS.
Safety Officer Exam Paper 1. Contoh SialanFull description
Sila lakukan rujukan tambahan. Terima kasih.Full description
Full description
Contoh soalan ke tahun 1 SRAI
21 soalan dari https://rosfazila.wordpress.com/tag/contoh-soalan-hubungan-etnik/Full description
sains spm
1. Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme. a. Teori Pelaziman Klasik Pavlov b. Teori Pelaziman Klasik Watson c. Teori Pelaziman Operan Skinner d. Teori Pelaziman Operan Thorndike (2 Markah) 2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike. a. Hukum Kesediaan b. Hukum Latihan c. Hukum Kesan (3 Markah) 3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme . Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ia juga fokus kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. (3 Markah)
4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan. a. Peneguhan Positif= Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi. b. Peneguhan Negatif= Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan kebiasaannya tingkah laku tersebut tidak diulangi. c. Dendaan = Sesuatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. (6 Markah) 5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Generalisasi merupakan satu rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya Sheila risau setiap kali ujian Matematik dan Sains diadakan kerana kedua-dua mata pelajaran telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain. Generalisasi di sini berlaku apabila kerisauan dalam satu mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. (4 Markah) 6. Senaraikan 4 langkah proses peniruan. a. Pemerhatian: Memerhati terhadap sesuatu subjek yang ingin ditiru. b. Penyimpanan: Perlakuan yang tidak dilahirkan tetapi tersimpan di dalam minda pelajar. c. Pengeluaran: Tingkah laku yang ditiru dan dipersembahkan. d. Motivasi: Tingkah laku yang dipersembahkan menerima dorongan dan motivasi daripada orang lain, maka peniruan akan diulangi. (4 Markah) 7. Gagne telah mengemukakan satu taksonomi kebolehan pembelajaran yang terdiri daripada lima kategori. Berikan 4 peringkat pembelajaran sahaja yang dinyatakan oleh Gagne itu. a. Kemahiran intelek: Operasi mental yang membolehkan murid-murid member respon kepada pelbagai konsepsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. b. Strategi Kognitif: Perancangan, kawalan dan pemantauan pemikiran oleh murid-murid.
c. Maklumat verbal:Mendapatkan semula maklumat yang disimpan dan keadaan dalaman yang menyokong termasuk pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru. d. Kemahiran Motor: Kebolehan untuk melakukan pergerakan mengikut urutan. Ia melibatkan 3 tahap iaitu belajar urutan yang berkenaan, amalkan pergerakan tersebut dan murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran. e. Sikap: satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. (8 Markah) 8. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Klasik Pavlov. a. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. b. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. c. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran. d. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan dipanggil pelaziman. (4 Markah) 9. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Operan Skinner. a. Ia berasaskan rangsangan dan gerak balas. b. Individu bertindakbalas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya. c. Mementingkan motivasi. d. Jika sesuatu tingkah laku diingini, perlu diiringi peneguhan. (4 Markah) 10. Nyatakan perbezaan antara Pelaziman Klasik dengan Pelaziman Operan. JENIS PELOPOR
GERAK BALAS (TINGKAH LAKU) URUTAN PELAZIMAN
CARA PEMBELAJAR AN
PELAZIMAN KLASIK Pavlov Watson Respon Bukan inisiatif sendiri (bergantung kepada kewujudan rangsangan/ stimuli) Bersifat pasif Gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan. Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim. Secara responden terhadap rangsangan.
PELAZIMAN OPERAN Thorndike Skinner Operan Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan). Bersifat aktif (cubajaya)
Gerak balas / tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan. Menggunakan peneguhan positif/ negatif. Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan.
Soalan Struktur 1. Pengalaman Belajar Secara Langsung merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi yang amat berkesan.
(a) Jelaskan tiga kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. (b) Nyatakan empat prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. (iv) ………………………………………………………………………………. 2. Main merupakan sebahagian penting alam belajar kanak-kanak. (a) Senaraikan empat jenis permainan Kategori Main Sosial. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. (iv) ………………………………………………………………………………. (b) Terangkan tiga ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanakkanak. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. 3. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pembelajaran masingmasing. (a) Nyatakan empat jenis gaya pembelajaran menurut Mumford dan Honey (1986). (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. (iv) ………………………………………………………………………………. (b) Jelaskan tiga implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. 4. Motivasi daripada perspektif pendekatan kognitif menekankan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh cara pemikiran dan persekitaran. Teori Atribusi Weiner, Teori Ekspektansi versus Nilai dan Teori Dissonansi Kognitif mendasari aliran pandangan ini. (a) Berdasarkan Teori Motivasi Kognitif Atribusi Weiner, jelaskan tiga peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar. (i) ………………………………………………………………………………. (ii) ………………………………………………………………………………. (iii) ………………………………………………………………………………. (b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi Weiner.
Soalan Esei 1. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (a) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. (b) Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya. 2. Model Pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif dalam kalangan murid. (a) Jelaskan empat prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial. (b) Huraikan empat implikasi Model Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran. 3. Motivasi berkaitan dengan Pendekatan Behavioris dan Kognitif boleh dikategorikan kepada jenis ekstrinsik atau intrinsik. (a) Jelaskan lima perbezaan di antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. (b) Huraikan lima cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid-muridnya.