TEMPAT BERSEJARAH MUZIUM PERANG (WAR MUSEUM), BUKIT BATU MAUNG, PENANG.
NAMA/NO. NAMA/NO. KUMPULAN KUMPULAN : KUMPULAN KUMPULAN TAMING TAMING SARI (NO. ) NAMA AHLI KUMP. : 1. RAJA RAJA NURAYUNIEYIDAYU NURAYUNIEYIDAYU BT RAJA ABD HALIM HALIM (203587) 2. MUNIRAH BT AHMAD (203648) 3.KHAIRUNNISA BT KAMIS (203699) 4.NAZIALITA GEYNNA MAHARAN (203513) 5.MUHAMMAD MAHZEE BIN IBNEE (204923) 6.KOH YONG KANG (205137) 7.LEE HOWE CHONG (205074) 8.THAM CHUN KIT (205077) 9.CHONG CHUN HOU (203606)
NAMA PENGAJAR SEMESTER/SESI SUBJ SUBJEK EK/K /KOD OD SUBJ SUBJEK EK KUMPULAN
: PUAN ROHANI HAJI ABD GHANI : SEMESTER 1, 2010/2011 : KENE KENEGA GARA RAAN AN MAL MALAY AYSI SIA/ A/SA SADN DN 1033 1033 :B
KANDUNGAN
Hlm.
KANDUNGAN
BAHAGIAN A
i
:PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.2
Tujuan Kajian
Nom.
1.3
Kepentingan Kajian
Nom.
BAHAGIAN B
: PERBINCANGAN
2.1 Pendahulu Pendahuluan an
2.2 Sejarah Penubuhan Kubu Pertahanan Sehinggalah Menjadi Muzium Perang (War Museum) 2.2.1 2.2.1 2.2.2 2.2.2
Kemuda Kemudahan han-kem -kemuda udahan han Asas Asas di Kubu Kubu Sebelum Sebelum Ditawa Ditawan n Jepun Jepun Infrast Infrastruk ruktur tur dan dan Senjata Senjata Perta Pertahan hanan an Britis British h di Kubu Kubu
2.3 Sejarah Sejarah Kedatangan Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu Melayu
2.4 Faktor-faktor Kejayaan Jepun Jepun Menawan Kubu Kubu Pertahanan British
2.5 Fungsi Bahagian-bahagian Bahagian-bahagian Kubu Selepas Ditawan Jepun
2.6 Penutu Penutup p
BAHAGIAN C
: PENUTUP
RUJUKAN
Nom
LAMPIRAN
Nom BAHAGIAN A
PENDAHULUAN
KANDUNGAN
BAHAGIAN A
i
:PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.2
Tujuan Kajian
Nom.
1.3
Kepentingan Kajian
Nom.
BAHAGIAN B
: PERBINCANGAN
2.1 Pendahulu Pendahuluan an
2.2 Sejarah Penubuhan Kubu Pertahanan Sehinggalah Menjadi Muzium Perang (War Museum) 2.2.1 2.2.1 2.2.2 2.2.2
Kemuda Kemudahan han-kem -kemuda udahan han Asas Asas di Kubu Kubu Sebelum Sebelum Ditawa Ditawan n Jepun Jepun Infrast Infrastruk ruktur tur dan dan Senjata Senjata Perta Pertahan hanan an Britis British h di Kubu Kubu
2.3 Sejarah Sejarah Kedatangan Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu Melayu
2.4 Faktor-faktor Kejayaan Jepun Jepun Menawan Kubu Kubu Pertahanan British
2.5 Fungsi Bahagian-bahagian Bahagian-bahagian Kubu Selepas Ditawan Jepun
2.6 Penutu Penutup p
BAHAGIAN C
: PENUTUP
RUJUKAN
Nom
LAMPIRAN
Nom BAHAGIAN A
PENDAHULUAN
1.1 Pengenal Pengenalan an
Negara kita telah melalui pelbagai proses dan peristiwa penting dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Peristiwa-peristiwa itulah yang menjadi sejarah penting yang yang haru haruss dija dijadi dika kan n tela telada dan n dan dan pand pandua uan n oleh oleh masy masyar arak akat at hari hari ini ini demi demi mengek mengekalk alkan an kemerd kemerdeka ekaan an yang yang dikecap dikecapi.S i.Seja ejarahrah-sej sejarah arah yang yang dilalu dilaluii telah telah melahirkan masyarakat yang bertamadun dan mempunyai struktur organisasi yang kukuh sehinggalah ke hari ini. Sejarah juga membantu masyarakat untuk lebih menghargai dan memahami erti kemerdekaaan yang digapai digapai hasil daripada usaha dan penat lelah generasi terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.
Negara telah banyak menyaksikan peristiwa pahit manis generasi terdahulu mengharungi kehidupan di bawah penjajahan kuasa asing. Peperangan,penyeksaan dan pertumpahan darah adalah satu perkara yang mengerikan bagi kita namun nenek moyang kita telahpun melalui semua itu dalam kehidupan seharian mereka. Kese Keseda daran ran yang yang timb timbul ul tela telah h meny menyeb ebab abka kan n merek merekaa bang bangun un dan dan berj berjua uang ng memartabatkan bangsa dan tanah air mereka. Peperangan dan kekejaman kuasa asin asing g sedi sediki kitt seba sebany nyak ak tela telah h memb memberi eri kesa kesan n yang yang mend mendala alam m buka bukan n saha sahaja ja terhadap masyarakat namun kesannya dapat dilihat melalui tinggalan bangunan bangunan dan kubu-kubu yang dibina kuasa asing ketika menjajah tanah air kita. Tinggalan-tinggalan ini menjadi bahan sejarah buat kita,generasi selepas merdeka ini,untuk dihayati dan dijadikan panduan dalam memacu negara ini ke arah yang lebih baik agar negara kita tidak dijajah lagi oleh kuasa asing.
Salah satu tinggalan sejarah yang bermakna untuk dikaji ialah bekas kubu pertahanan British yang kini telahpun diubahsuai menjadi Muzium Perang (War Museum). Tugasan kali ini akan membicarakan mengenai sejarah dan rentetan peristiwa peristiwa yang berlaku berlaku di sebalik kubu pertahanan pertahanan peninggal peninggalan an British ini yang banyak menyimpan sejarah yang amat berguna untuk dikaji. 1.1 Tujuan Kajian
i.
Untu Untuk k meng menget etah ahui ui meng mengap apaa Muz Muziu ium m Per Peran ang g mer merup upak akan an ting tingga gala lan n sej sejar arah ah yang sangat penting dalam sejarah negara kita.
ii.
Untuk mengkaji tinggalan-tinggalan sejarah yang masih wujud di kubu pertahanan peninggalan British ini.
iii.
Untuk mengkaji kesan-kesan yang timbul atas penaklukan British dan Jepun ke atas penduduk sekitar kubu pertahanan ini.
iv.
Untuk menjelaskan fungsi bahagian-bahagian kubu pertahanan ini pada zaman penaklukan British dan juga Jepun.
1.2 Kepentingan Kajian
i.
Kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kesan-kesan penaklukan kuasa asing ke atas Tanah Melayu.
ii.
Kajian ini adalah untuk membina jatidiri masyarakat Malaysia yang kuat dan membangkitkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri.
iii.
Kajian ini diharapkan dapat menyuntik semangat masyarakat Malaysia agar mencintai sejarah negara kita dan berusaha mempelajarinya.
iv.
Kajian ini adalah untuk menyedarkan masyarakat Malaysia agar mengambil iktibar daripada sejarah-sejarah yang lalu dan menjadikan sejarah ini sebagai panduan hidup.
BAHAGIAN B
PERBINCANGAN
2.1 PENDAHULUAN
Muzium Perang, merupakan salah satu lokasi bersejarah yang terdapat di negara kita. Selalunya kita sering mendengar nama-nama tempat seperti Kota A’Famosa,Pasir Salak, dan Bukit Kepong, tetapi jarang sekali orang memperkatakan mengenai Muzium Perang. Sebenarnya muzium ini tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat bersejarah yang lain dari segi tinggalan sejarahnya dan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di muzium ini. Muzium ini yang asalnya sebuah kubu pertahanan British merupakan salah satu tinggalan British yang penuh dengan sejarah untuk dikaji.
Muzium Perang yang terletak di atas Bukit Batu Maung banyak menyaksikan peristiwa-peristiwa yang menyayat hati di mana dahulunya muzium ini pernah menjadi markas bagi tentera Jepun. Setelah berjaya menawan kubu pertahanan British ini, Jepun telah menggunakan kekuasaannya
dengan
menyeksa
dan
membunuh
tahanan
yang
kebanyakannya terdiri daripada rakyat tempatan. Sesungguhnya,muzium ini telah banyak menyaksikan pertumpahan darah dan pembunuhan kejam dilakukan.
Lawatan kumpulan kami ke muzium ini banyak memberi pengetahuan dan pengajaran buat kami.Walaupun tujuan kami ke sana pada mulanya hanyalah sekadar untuk menyiapkan tugasan Kenegaraan ini, namun kami merasakan perjalanan kami amat berbaloi dengan segala ilmu yang telah kami peroleh. Kami telah berusaha sedaya upaya mencurahkan segala ilmu yang kami perolehi di dalam tugasan ini.Oleh itu,kami amat berharap agar segala ilmu yang dicurah ini akan dapat memberi sedikit-sebanyak pengetahuan buat semua dan memberi kesedaran dan panduan kepada diri. 2.2 SEJARAH PENUBUHAN KUBU PERTAHANAN SEHINGGALAH MENJADI MUZIUM PERANG (WAR MUSEUM)
Muzium Perang(lihat lampiran muka surat ), yang dulunya dikenali sebagai kubu pertahanan British, terletak di atas Bukit Batu Maung di selatan-timur Pulau Pinang. Kedudukannya di atas bukit dianggap begitu
strategik kerana dari atas sana, kita akan dapat melihat Selat Melaka dan juga kawasan sekitarnya. Kubu yang dianggarkan berkeluasan 20 ekar ini direka cipta oleh arkitek berbangsa Inggeris manakala pembinaannya dijalankan oleh rakyat tempatan dan juga tahanan-tahanan perang yang juga didatangkan dari Afrika Selatan, India dan Nepal.
Pada zaman kependudukan British, kubu ini dijadikan sebagai kubu pertahanan daripada musuh dan juga tempat kawalan dan pemerhatian. Lokasinya yang strategik ditambah pula dengan kemudahan-kemudahan yang diwujudkan seperti berek,rumah masak, bilik generator, tandas, lokap, stor simpanan senjata dan pos kawalan, menjadikan kubu ini begitu kuat dan kukuh pada masa tersebut. Namun, setelah kedatangan Jepun, kubu ini telah diambil alih oleh mereka dan dijadikan sebagai tempat menyeksa dan menahan sesiapa yang ingkar dengan arahan Jepun. Kekejaman dan kezaliman Jepun sangat ditakuti. Rakyat hidup dalam penderitaan dan ketakutan saban hari.
Selepas Jepun menyerah kalah, kubu ini telah terbiar begitu lama sehinggalah dijumpai oleh seorang penduduk bernama Johari Shafi yang kini menjadi pengurus operasi Muzium Perang. Pada 14 0ktober 2002, buat pertama kalinya muzium ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Paduka Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir, iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada masa itu. Kini, kubu pertahanan yang dulunya ditinggalkan tidak terurus kini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong dalam mahupun luar negara yang ingin mengenali dan mempelajari sejarah negara kita.
2.2.1
Kemudahan-kemudahan Asas di Kubu Sebelum Ditawan Jepun
Kawasan di dalam Muzium Perang yang dahulunya digunakan oleh British sebagai kubu pertahanan bukan sahaja menempatkan askar-askar, malahan terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan mereka.
Antara yang tinggal di dalam kubu pertahanan tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai British, askar-askar British, Melayu, India dari luar negara. Jika dibandingkan dengan kaum lain, askar Melayu yang paling sedikit kerana dikatakan bilangan pemuda Melayu pada ketika itu adalah kurang.Dengan adanya askar yang tinggal di dalam kawasan kubu pertahanan, ia memudahkan lagi pengawalan dan pergerakan sekiranya terjadi ancaman yang datang secara mengejut.
Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak British kepada askaraskarnya ialah seperti tempat penginapan yang dipanggil berek (lihat lampiran muka surat ). Setiap berek menempatkan sebanyak 10 buah katil tiga tingkat.Tujuan British membina katil tiga tingkat adalah untuk menjimatkan ruang dan menempatkan lebih ramai askar dalam satu berek. Berek tersebut dibahagikan mengikut tiga bangsa iaitu Melayu, India dan British. Malah, tempat memasak(lihat lampiran muka surat) juga turut diasingkan kerana askar Melayu tidak makan segelintir makanan yang dimasak oleh askar India dan juga British ( terdapat makanan yang tidak boleh dimakan oleh askar Melayu seperti babi dan arak ). Kebanyakan askar yang berkhidmat untuk British pada ketika itu terutamanya bangsa Melayu ada juga didatangkan dari negara luar kerana sebilangan pemuda Melayu tempatan tidak mahu berkhidmat untuk British. Ketika lawatan kami ke Muzium Perang, pemandu pelancong pada ketika itu, iaitu Encik Iman berkata, “ Penginapan askar-askar
juga turut
dibahagikan mengikut kepandaian (Kepada askar yang bijak; Indian Other Ranks – 1A, 2A ,3A ,4A; Malay Other Ranks – 1A , bilik yang disediakan adalah lebih besar dan selesa daripada askar yang kurang bijak iaitu Indian Other Ranks – 1 ,2 ,3 ,4; Malay Other Ranks – 1 ) . Hanya askar British sahaja yang tidak dibezakan mengikut kepandaian tetapi diasingkan mengikut pangkat. British Officer 1 dan British Officer 2 adalah untuk pegawai British manakala British Other Ranks 2 , 3 , 4 pula adalah untuk askar British.
Kemudahan lain yang disediakan ialah seperti bilik mandi dan juga tandas. Setiap berek akan mempunyai sebuah bilik mandi yang lengkap dengan cermin, paip air, tempat sangkut baju dan sinki. Manakala tandas pada ketika itu menggunakan sistem bakul (bucket system,lihat lampiran muka
surat ). Sistem ini telahpun
digunapakai secara meluas oleh masyarakat
England pada tahun 1930an.Sumber elektrik pada ketika itu dijana melalui sistem generator yang terdapat di dalam satu bilik khas yang dipanggil bilik generator. Oleh itu, askar-askar pada waktu itu tidak mengalami kesulitan untuk mendapatkan bekalan elektrik.
Berhampiran dengan berek, terdapat bilik memasak yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan iaitu corong asap (lihat lampiran muka surat ). Corong asap ini berfungsi bagi membebaskan asap dan haba yang terkumpul di dalam bilik tersebut sewaktu memasak. Penggunaan dapur kayu pada ketika itu merupakan satu perkara yang biasa bagi mereka. Selain itu, terdapat juga tempat membasuh peralatan memasak di dalam bilik tersebut. Sumber air yang digunakan didapati daripada tangki air bawah tanah (underground water tank,lihat lampiran muka surat ), yang dibina di atas puncak bukit. Bekalan air ini juga disalurkan kepada bilik-bilik mandi, tempat membasuh, tempat memasak dan juga terowong bawah tanah (tunnel). Telaga air (well,lihat lampiran muka surat ) turut dibina untuk menyimpan lebihan air yang terkeluar daripada tangki air.
2.2.2
Infrastruktur dan Senjata Pertahanan British di Kubu
Di dalam kubu tersebut telah dibina pelbagai kemudahan untuk askar-askar British(bukan merujuk kepada askar British sahaja tetapi askar-askar yang berkhidmat untuk British) semasa operasi kawalan dan pemerhatian. Salah
satu yang dibina ialah pill box (lihat lampiran muka surat ). Pill box ini berfungsi sebagai tempat askar-askar memantau pergerakan musuh tanpa senang dikesan. Ia dibina dengan ketinggian seperti ketinggian seorang askar dan dapat menjadi pelindung kepada askar daripada terkena sebarang tembakan (tempat perlindungan semasa berlakunya tembakan). Askar yang berperanan memantau di sebalik pill box ini haruslah tinggi daripada 6 kaki kerana disebabkan ketinggian pill box ini. Kebanyakan pill box dibina di kawasan kaki bukit yang menghadap ke arah pantai kerana dari arah sanalah kebanyakan musuh akan muncul. Pill box telah dibina pada 1 November 1941 oleh Kapten Hendry William (arkitek Inggeris yang mereka kubu pertahanan ini).
Terdapat juga terowong yang dibina di bawah tanah ( tunnel ,lihat lampiran muka surat ) beserta dengan beberapa ruang untuk menyimpan barang yang dikenali sebagai ammunition storage (lihat lampiran muka surat ) . Ruang
ini
digunakan
untuk
menyimpan
alatan
perang
seperti
senapang,peluru,bom dan juga bom. Fungsi tunnel ini sebenarnya ialah sebagai laluan bawah tanah bagi askar-askar sekiranya mereka diserang musuh. Menurut penerangan Encik Iman, bahagian atas tunnel telah dipasang alat anti-radar. Tujuan alat ini dipasang adalah untuk mengelak satelit daripada dapat mengesan tempat persembunyian tersebut. Sepanjang laluan tunnel dapat memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa. Keadaan di dalam
tunnel adalah sangat sempit dan ketinggiannya adalah kurang daripada lima kaki. Askar-askar British terpaksa berjalan itik untuk melalui tunnel tersebut disebabkan ketinggian fizikal mereka yang melebihi lima kaki. Walaupun
tunnel merupakan tempat tertutup, namun masih terdapat sistem pengudaraan di dalamnya iaitu lubang-lubang kecil yang dibina di atas kepala.
Ketika lawatan kami ke Muzium Perang, kami mendapati terdapat bekas tapak meriam yang dipanggil Canon Firing Bay (lihat lampiran muka surat ). Meriam ini dahulunya dibawa oleh British dari tanah air mereka dan diletakkan di Tanah Melayu. Ia adalah satu alat untuk menyerang musuh. Kedudukan meriam ini terletak berhadapan dengan kawasan pantai dan ini memudahkan serangan dibuat terhadap musuh yang cuba masuk ke dalam
kubu pertahanan mereka. Bagi musuh yang menyerang dari atas iaitu udara,
Anti-Air Craft Pit telah digunakan bagi membalas serangan musuh. Fungsinya yang boleh menembak sejauh 1400 kaki banyak membantu tentera British menghalang musuh yang cuba menyerang dari atas. Musuh terpaksa terbang sejauh 1400 hingga 1600 kaki ke atas bagi mengelak serangan daripada Anti-
Air Craft.
Taktik British yang paling bijak ialah memasang alat anti-radar pada sebahagian kawasan seperti tunnel agar tidak dapat dikesan satelit. Oleh itu, musuh tidak akan dapat mengetahui di mana tempat persembunyian mereka. Selain itu, British turut menggunakan cat anti-pantulan pada sesetengah bangunan seperti berek untuk tujuan yang sama iaitu tidak dapat dikesan oleh musuh-musuh yang berada di udara.
Bukan sahaja di tunnel , malah di luar juga terdapat banyak tempat menyimpan senjata api seperti peluru dan bom yang dipanggil ammunition
storage . Tempat ini dibina berdekatan dengan senjata-senjata utama seperti Canon Firing Bay agar menjimatkan masa askar-askar ini menggantikan peluru yang sudah digunakan. Berdekatan dengan tempat ini juga terdapat tempat
pemerhatian
(observation
post ,lihat
lampiran
muka
surat
).
Kedudukannya yang strategik iaitu di atas puncak bukit dan berhadapan dengan laut memudahkan kawalan dan pengawasan dibuat terhadap musuhmusuh dan juga penduduk sekitar. Untuk pengetahuan, observation post ini terletak 250 kaki dari paras permukaan air laut.Di samping itu, terdapat juga siren yang dipanggil siren hand with stand (lihat lampiran muka surat ) di dalam tempat pemerhatian, di mana siren ini berfungsi untuk memaklumkan perkara kecemasan seperti serangan musuh dan juga kebakaran.
Walaupun ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan berperang jika perlu, namun askar-askar British masih lagi mempunyai peluang untuk berhibur di samping merehatkan minda dan badan. Tempat yang dijadikan sebagai tempat hiburan mereka dikenali sebagai Open Air Teater (lihat lampiran muka surat ). Di sini, mereka akan bercerita dan membuat lawak dan yang lain-lain akan ketawa antara satu sama lain. Bukan sahaja untuk hiburan
semata-mata, tetapi ia juga turut dibina sebagai memperingati askar-askar yang telah lama berkorban dalam peperangan bagi mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Relic Air Tree (lihat lampiran muka surat ) iaitu sebuah bilik yang terletak berhampiran Open Air Teater dibina bertujuan bagi menyimpan barang-barang British.
2.3 Sejarah Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu
Imperialisme Jepun merupakan sesuatu peristiwa yang penting dalam sejarah
negara
kita. Pemerintahan Jepun bermula dengan pendaratan
tentera Jepun di Kota Bharu pada 8 Disember 1941, seterusnya dengan
pantas menakluk Ipoh pada 27 Disember 1941, Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942, serta Singapura dan Pulau Pinang pada 8 Februari 1942, akhirnya dalam masa hanya 70 hari Jepun telah berjaya menakluk seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung kira-kira hampir tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 apabila Jeneral British iaitu Jeneral Percival secara rasmi telah menyerah kalah kepada Jeneral Yamashita Tomoyuki (lihat lampiran muka surat ) di Kilang Ford, Singapura.
Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialism bermula semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada 1868. Semasa pemerintahan, Maharaja Meiji
telah melancarkan sebuah pemulihan yang dinamakan
Pemulihan Meiji yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negaranegara barat dijadikan contoh dalam usaha memajukan Jepun. Perluasan kuasa Jepun sebenarnya didorong oleh beberapa faktor. Pertama, masalah ekonomi di negara tersebut. Jumlah penduduknya yang semakin bertambah telah menyebabkan kurangnya tanah pertanian bagi
menampung
keperluan makanan rakyatnya. Kedua , sebagai sebuah negara industri, Jepun juga memerlukan bekalan makanan mentah seperti petroleum, bijh timah dan getah bagi memajukan lagi sektor perindustriannya. Ketiga, Jepun
juga
memerlukan
pasaran
baru
untuk
memasarkan
hasil
perindustriannya. Seterusnya, keadaan menjadi semakin terdesak apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari negara China. Tindakan Amerika Syarikat ini menyebabkan kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara bagi membebaskan Jepun dari sekatan tersebut.
Sebelum menyerang Tanah Melayu, pihak Jepun telah menggunakan propaganda seperti “ Asia untuk Orang Asia”(Negara Asia adalah untuk orang Asia dan tidak wajar dijajah oleh kuasa Barat. Sebagai buktinya, Jepun tidak menyerang Thailand kerana tidak dijajah oleh Barat ) dan “ Semangat Asia”(Negara-negara Asia mempunyai kekuatan dan jati diri yang tersendiri untuk mengahadapi sesuatu cabaran) yang bertujuan untuk mempengaruhi rakyat tempatan. Slogan-slogan yang digunakan berunsur
antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negaranegara Timur. Begitu juga dengan rancangan” Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”.(Rancangan Jepun untuk mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang diketuai olehnya).Strategi ini berkesan sehinggakan kehadiran Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British tidak dirasakan oleh rakyat tempatan.
Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand iaitu di Singgora dan Pattani dan di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya,tentera Jepun yang mendarat di Thailand mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan, sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui pesisiran pantai Barat. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur. Dengan anggaran kekuatan tentera Jepun seramai 80 ribu tentera dan berbekalkan 80 buah kereta kebal, 100 buah kereta kebal kecil dan 450 buah kapal terbang pejuang telah memberi kejayaan kepada Jepun untuk membuat British mengangkat bendera putih tanda kekalahan kepada kuasa imperialism baru ini.
Kejayaan Jepun ini telah menjatuhkan prestij British pada kaca mata orang tempatan. Jepun telah berjaya mengalahkan British dengan sekelip mata dan menunjukkan kekebalan pangkalan
tentera
British cuma
merupakan mitos semata-mata.
2.4 Faktor-faktor Kejayaan Jepun Menawan Kubu Pertahanan British
Kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu dengan mudahnya adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah Jepun telah menyusun perancangan awal perang, iaitu sebelum melancarkan serangan ke Tanah Melayu, Jepun telah melancarkan propaganda untuk memenangi hati dan
mendapatkan kerjasama penduduk Tanah
Melayu. Propaganda
yang
berbunyi “Asia untuk Orang Asia’’ telah memberi impak yang cukup berkesan ke atas rakyat. Jepun juga telah menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan.
Selain itu, kelengkapan perang tentera Jepun juga telah membantu memudahkan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “ Zero Fighter” di samping kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu. Satu lagi faktor yang membantu Jepun dalam usaha menawan Tanah Melayu ialah semangat tentera Jepun dan kesetiaan mereka kepada pemerintah. Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka dan mereka rela mati demi Maharaja Jepun yang pada masa itu iaitu Maharaja Mikado Meiji.
Kelemahan tentera British juga merupakan salah satu faktor kejayaan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu. Pada masa itu, tentera British kurang bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Hal ini kerana, British lebih mengutamakan peperangan di Eropah. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Sikap anti- British askar India yang berkhidmat dengan tentera British pula menguatkan lagi kuasa tentera Jepun. Kesilapan tentera British yang hanya menumpukan pertahanan hanya di Singapura juga telah merupakan salah satu faktor jatuhnya Tanah Melayu ke tangan Jepun.
Jepun telah mengambil peluang dengan memulakan serangan dari utara Tanah Melayu tanpa disedari oleh pihak British. Untuk pengetahuan semua, idea Jepun yang lain dari yang lain iaitu menyerang Tanah Melayu dengan berbasikal(lihat lampiran muka surat ), telah banyak membantu jatuhnya kubu pertahanan British di Batu Maung ini ke tangan tentera Jepun. Penggunaan basikal adalah bertujuan mempercepatkan perjalanan dan pada yang sama membuat kedatangan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak British. Hal ini demikian, dengan menggunakan basikal Jepun dapat
bergerak dengan
lebih
mudah
kerana
tentera
ianya tidak
mengeluarkan bunyi yang bising hinggakan menyebabkan kehadiran mereka dapat dihidu oleh pihak British. Selain itu, kelebihan basikal yang lebih ringan yang membolehkan tentera Jepun hanya mengendong basikal ketika melalui jalan berbukit dan juga melalui jalan-jalan yang sempit dengan mudah.
Selain basikal, Jepun juga telah menggunakan kapal terbang perang untuk menyerang Tanah Melayu. Ini bertujuan untuk melindungi tentera Jepun di darat. Selain itu, kereta kebal penggempur yang digunakan juga telah memaksa tentera British berundur dan menyerah kalah ke tangan Jepun. Bot juga digunakan dalam peperangan bagi
mendaratkan
tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai. Dengan jatuhnya kubu pertahanan di Batu Maung ini ke tangan Jepun telah banyak memberi impak kepada Tanah Melayu terutama rakyat yang berhampiran kawasan tersebut. Kawasan yang dahulunya dijadikan sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh telah bertukar menjadi
tempat
seksaan rakyat tempatan yang menentang kuasa Jepun.
Seterusnya marilah kita susuli kegiatan tentera Jepun di kubu ini untuk mengembalikan semula kesedaran kita betapa pentingnya menghargai dan menyayangi negara kita Malaysia yang kita miliki sekarang. Hal ini demikian kerana bukan suatu yang mudah untuk kita mendapatkan kebebasan yang kita miliki sekarang. Banyak nyawa dan pengorbanan dikorbankan untuk bebas dari kuasa Jepun ini.
2.5 Fungsi Bahagian-bahagian Kubu Selepas Ditawan Jepun
Semasa penawanan Jepun ke atas kubu pertahanan British, Jepun telah menjadikan kubu tersebut sebagai tempat menyeksa dan membunuh tahanan dan tebusan mereka. Sesiapa yang ingkar akan arahan Jepun akan didera dengan kejam dan tidak berhati perut. Setiap bahagian kubu
pertahanan telah menyaksikan kezaliman dan kekejaman Jepun dan kesan kezaliman itu masih ada lagi sehingga ke hari ini.
Ketika penjajahan British, berek-berek dijadikan sebagai tempat mereka tidur dan berehat. Namun, sejak kedatangan Jepun, berek-berek tersebut telah dijadikan sebagai salah satu tempat mereka mengurung dan menyeksa tahanan. Ada juga tahanan Jepun yang diseksa semata-mata untuk mengetahui rahsia-rahsia sulit pihak British. Kebanyakan yang dikurung dan diseksa itu terdiri daripada rakyat-rakyat tempatan yang dahulunya telah menyokong British.
Selain itu, salah satu bilik telah dijadikan sebagai tempat mengurung hamba-hamba seks bagi Jepun(lihat lampiran muka surat ). Hamba-hamba seks ini juga kebanyakannya terdiri daripada anak-anak gadis rakyat tempatan yang telah dipaksa oleh Jepun. Menurut penerangan Encik Iman, selain daripada memuaskan nafsu mereka antara tujuan lain Jepun berbuat demikian ialah kerana mereka ingin anak yang dilahirkan oleh hambahamba seks itu nanti akan menjadi pewaris mereka dalam mengembangkan pengaruh kekuasaan mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka ingin menghasilkan lebih ramai pengikut yang taat setia dan nanti akan bersamasama memperjuangkan matlamat mereka iaitu menguasai Tanah Melayu.
Selain itu, Jepun juga telah menjadikan bilik generator sebagai tempat seksaan mereka terhadap tahanan. Ketika lawatan kami, terdapat sebilah pedang samurai (lihat lampiran muka surat ) yang digunakan Jepun bagi mengelar dan membunuh tahanan. Selain itu, terdapat beberapa lagi peralatan yang digunakan Jepun seperti tali. Jepun menggunakan tali ini untuk membelit leher tahanan mereka sehinggalah mati. Kekejaman Jepun dapat juga dilihat melalui gambar-gambar yang tergantung di dinding bilik generator tersebut. Gambar-gambar ini memaparkan bagaimana kezaliman Jepun mendera, membunuh malah merogol penduduk.
Di dalam tunnel terdapat satu laluan tinggi yang bertangga( lihat lampiran muka surat ) di mana fungsinya pada zaman British ialah sebagai
laluan ringkas bagi mengangkut senjata-senjata dan peluru. Ketika Jepun datang, mereka telah menjadikan laluan tersebut sebagai tempat hukuman bunuh yang amat kejam. Caranya ialah dengan mengikat leher tahanan dengan tali dan dalam masa yang sama diletakkan papan di bawah kaki tahanan. Apabila tiba masanya, kayu tersebut akan ditarik dan tahanan akan dibiarkan mati tergantung di situ sambil diperhatikan oleh ahli keluarga mereka. Kemudian tahanan akan dilepaskan dari tempat yang tinggi itu. Tujuan Jepun melakukan hukuman itu adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa takut dan memberi amaran kepada rakyat tempatan yang lain agar tidak mempunyai hasrat untuk menentang kuasa Jepun atau mereka akan mengalami nasib yang sama seperti tawanan tersebut.
Bukan itu sahaja, kalau dahulunya ammunition storage yang terdapat di sekitar pill box dijadikan sebagai tempat menyimpan alatan perang dan peluru semasa penguasaan British, namun selepas penguasaan Jepun, ianya telah bertukar menjadi tempat kurungan bagi tawanan Jepun. Menurut salah seorang pekerja di situ, dikatakan semasa penguasaan Jepun, tawanan akan dikurung di ruang sempit ini, adakalanya dipisahkan antara ibu dan anaknya, dikurung di ruang yang berasingan. Jika ada yang memberontak atau melawan kuasa Jepun, mereka akan diseksa di hadapan keluarga sendiri untuk memberi pengajaran kepada ahli keluarga yang lain agar tidak membantah dan melawan
Jepun. Berhampiran ammunition
storage ini juga, terdapat dua lagi bilik yang agak luas yang telah menjadi saksi kepada kekejaman Jepun pada masa itu. Satu antara bilik tersebut dijadikan tempat kurungan oleh tentera Jepun, manakala satu lagi bilik dijadikan tempat untuk menjalankan hukuman tembak bagi individu yang menentang Jepun (lihat lampiran muka surat ). Menurut pekerja di situ, mereka yang di dapati bersalah akan di ikat dan ditutup matanya, kemudian tembakan demi tembakan akan dilepaskan oleh tentera Jepun dari luar bilik tersebut melalui ruang tingkap bilik tersebut. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi adalah salah satu bukti kekejaman Jepun terhadap rakyat tempatan. Tindakan Jepun secara terang-terangan ini sememangnya hanyalah untuk menimbulkan rasa gerun dan takut rakyat tempatan supaya tidak sekali-kali cuba bangun menentang Jepun. Sehingga kini, kesan
tembakan tersebut dapat dilihat di permukaan dinding di dalam bilik tersebut. Diluar bilik tersebut juga, terdapat satu sumber air. Ia digunakan untuk membersihkan darah-darah tawanan yang ditembak mati di dalam bilik tersebut.
Kami juga turut melawat satu tempat yang dipanggil Guillotine (lihat lampiran muka surat ), di mana tempat ini berdekatan sahaja dengan Relic Air Tree dan Open Air Teater. Guillotine ini merupakan tempat di mana pegawai Jepun iaitu Suzuki yang terkenal dalam menjalankan hukuman bunuh, memancung kepala tahanan mereka. Kepala yang dipancung itu akan diikat pada tali yang digantung pada pokok dan dibiarkan begitu sahaja. Suzuki digambarkan sebagai seorang yang cukup kejam. Dia amat mempercayai tradisi Samurai Jepun di mana darah tahanan yang dipenggal itu nanti akan diminumnya dengan dititiskan ke dalam arak. Bagi bahagian badan mangsa, Jepun akan mencampakkannya ke dalam Relic Air Tree selama beberapa hari sehinggalah ahli keluarga mangsa datang menuntut mayat tersebut. Jika tidak, Jepun akan membuang mayat tersebut ke dalam pantai di hadapan kubu tersebut.
2.6 Penutup
Terdapat banyak kesan yang telah ditinggalkan oleh British dan Jepun ke atas kubu pertahanan yang kini telah menjadi sebuah muzium. Walaupun kedua-dua kuasa asing ini menggunakan tempat ini untuk tujuan yang berbeza iaitu (British menjadikan kubu ini sebagai pertahanan mereka manakala Jepun pula sebagai tempat mereka melakukan penyeksaan dan
kezaliman), namun kesan ke atas penaklukan ini
telah
banyak
menimbulkan kerosakan dan penderitaan terhadap penduduk Tanah Melayu suatu ketika dulu.
Kesan tinggalan kedua-dua kuasa asing (British dan Jepun) ke atas kubu pertahanan di Batu Maung ini telah menjadikan tempat ini begitu bersejarah untuk dikaji. Mempelajari sejarah di sebalik muzium ini telah menjadikan kami begitu menghargai semangat pejuang ketika dulu yang berani menentang penjajah. Selain itu, kami juga berpeluang untuk melihat sendiri bukti-bukti kekejaman kuasa asing ke atas rakyat di mana ini telah menjadikan semangat kami begitu membara untuk terus mempertahankan negara ini daripada dijajah lagi agar peristiwa menyayat hati tidak akan berlaku lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, haruslah kita sentiasa mempelari sejarahsejarah yang pernah terjadi di negara kita dulu.Menuntut ilmu bukan sahaja melalui pembacaan malah dengan mengadakan lawatan dan kunjungan ke tempat bersejarah, ilmu dan minda kita akan makin meluas. Tidak rugi menghabiskan wang semata-mata untuk mempelajari sejarah negara kita. Wang yang dilabur tidak dapat dibandingkan dengan segala ilmu yang bakal diperoleh nanti.
Muzium Perang (War Museum) merupakan salah satu tempat bersejarah yang harus dikaji oleh masyarakat. Banyak manfaat yang telah kami peroleh sepanjang sesi lawatan kami ke Muzium Perang,dan diharapkan agar olahan idea kami di dalam tugasan ini akan memberi sedikit-sebanyak gambaran mengenai muzium bersejarah ini. BAHAGIAN C
PENUTUP
Kedatangan British ke Bukit Batu Maung,Pulau Pinang telah mengubah bentuk geografi dan fungsi tempat tersebut. Dari satu kawasan bukit yang tidak berguna kepada tempat yang menjadi kubu pertahanan untuk mempertahankan pulau tersebut
daripada serangan luar. Walaupun dahulu kubu tersebut dibina untuk kepentingan British semata-mata, namun kini kubu ini telah menjadi salah satu tempat bersejarah di negara kita.
Dengan adanya tempat bersejarah seperti di Muzium Perang ini, maka kita dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada kita mengenai peristiwa yang pernah berlaku di Negara kita. Wujudnya tempat bersejarah bukan sahaja untuk dipelajari bahkan untuk menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa dengan adanya tinggalan sejarah maka kita dapat mempelajari kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang terdahulu agar kita tidak mengulanginya lagi. Seperti mana kita ketahui kawasan kubu tersebut dibina oleh British selama beberapa tahun akan tetapi ia dapat ditawan oleh Jepun hanya dalam sekelip mata sahaja. Apakah kesilapan British sehingga menyebabkan mereka tewas dengan senang? Maka dengan mempelajari kejadian ini maka kita akan mendapat penyelesaian bagaimana untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi. Semangat cintakan negara juga dapat dipertingkatkan dengan mempelajari akibat daripada tinggalan sejarah kepada masyarakat kini.
Selain itu, dengan adanya replika seperti tempat penggantungan General Tomoyuki Yamashita, kita tidak perlu ke luar negara (Filipina,di mana di negara inilah General Tomoyuki digantung ) untuk melihat tempat gantung tersebut. Dengan hanya melawat ke Muzium Perang yang terletak di dalam negara sendiri juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan selain menambah ilmu pengetahuan. Mempelajari sejarah adalah lebih efektif dengan melihat sendiri tempat berlakunya sejarah selain mengetahui fakta sahaja. Maka dengan wujudnya tempat bersejarah seperti Muzium Perang ini dapat memudahkan lagi pembelajaran kita dalam bidang sejarah.
Meskipun Muzium Perang bukanlah sebuah kawasan bersejarah yang sama tarafnya seperti Kota A Famosa, akan tetapi
kawasan sekecil ini juga dapat
membangkitkan semangat masyarakat untuk mempertahankan negara daripada dijajah lagi oleh penjajah. Kawasan bersejarah seperti di Muzium Perang ini perlu diambil iktibar kerana kawasan sekecil ini menyimpan banyak misteri dan sejarah untuk dirungkai.
RUJUKAN
Internet
LAMPIRAN A
MUZIUM PERANG (WAR MUSEUM)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.15 pagi, 13 Ogos 2010.
BEREK PENGINAPAN ASKAR-ASKAR BRITISH
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.30 pagi, 13 Ogos 2010.
TEMPAT MEMASAK ASKAR-ASKAR BRITISH
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.34 pagi, 13 Ogos 2010.
BUCKET SYSTEM YANG DIGUNA BRITISH
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.38 pagi, 13 Ogos 2010.
CORONG ASAP DALAM BILIK MEMASAK
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.45 pagi, 13 Ogos 2010.
TANGKI AIR BAWAH TANAH (UNDERGROUND WATER TANK)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.00 tengah hari, 13 Ogos 2010.
WELL( TEMPAT SIMPANAN AIR LEBIHAN DARIPADA TANGKI)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.20 tengah hari, 13 Ogos 2010.
PILL BOX
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.21 tengah hari, 13 Ogos 2010.
TUNNEL(TEROWONG)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.24 tengah hari, 13 Ogos 2010.
AMMUNITION STORAGE
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.27 tengah hari, 13 Ogos 2010.
TAPAK CANON FIRING BAY
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.45 tengah hari, 13 Ogos 2010.
ANTI-AIR CRAFT
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.48 tengah hari, 13 Ogos 2010.
TEMPAT KURUNGAN KETIKA ZAMAN JEPUN(AMMUNITION STORAGE)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.50 tengah hari, 13 Ogos 2010.
POS KAWALAN(OBSERVATION POST)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 12.00 tengah hari, 13 Ogos 2010.
OPEN AIR TEATER
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 12.05 tengah hari, 13 Ogos 2010.
RELIC AIR TREE
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 12.06 tengah hari, 13 Ogos 2010.
GENERAL YAMASHITA TOMOYUKI
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.20 tengah hari, 13 Ogos 2010.
PENGGUNAAN BASIKAL OLEH TENTERA JEPUN
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.22 tengah hari, 13 Ogos 2010.
GAMBARAN HAMBA SEKS TENTERA JEPUN
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 12.15 tengah hari, 13 Ogos 2010.
PEDANG SAMURAI JEPUN
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 12.10 tengah hari, 13 Ogos 2010.
LALUAN ALTERNATIF BRITISH (TEMPAT HUKUMAN GANTUNG OLEH TENTERA JEPUN)
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 11.15 tengah hari, 13 Ogos 2010.
BILIK JEPUN MENJALANKAN HUKUMAN TEMBAK
Sumber : Muzium Perang(War Museum), 10.45 tengah hari, 13 Ogos 2010.
GUILLOTINE(TEMPAT HUKUMAN PANCUNG)