27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.0
PENGENALAN
Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolahsekolah menengah mulai tahun 1989. KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.
1.1
Konsep Falsafah Pendidikan
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
1.2
Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.
2.0
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini
adalah
bertujuan
melahirkan
rakyat
Malaysia
yang
berilmu
27 Mac 2008
pengetahuan,
[FPM_OKED ]
berketrampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
2.1
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif.1 Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
ini
mengambil
inspirasi
daripada
proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan
Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan 1
A. Rahman & Zakaria (1994)
2
Sufean Hussin (1996)
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
2.2
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: •
percaya dan patuh kepada Tuhan;
•
berilmu pengetahuan;
•
berakhlak mulia;
•
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
•
memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
•
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:
[FPM_OKED ]
27 Mac 2008
•
melahirkan
rakyat
yang
bertanggungjawab
dan
boleh
memenuhi
kewajibannya sebagai seorang warganegara; •
menghasilkan
rakyat
yang
progresif,
mahir
serta
cekap
supaya
membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; •
melahirkan
rakyat
mengamalkan
yang
boleh
prinsip-prinsip
memahami
dan
cita-cita
dan
menerima
demokrasi
serta
mengikut
Perlembagaan; •
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
•
melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi,
agar dapat mewujudkan
perpaduan rakyat berbilang kaum; dan •
mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. 2.3
Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti: •
sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;
27 Mac 2008
•
[FPM_OKED ]
menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara;
•
sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara;
•
sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugastugas pendidikan;
•
sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
•
sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan
•
menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
3.0
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK) Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh
ditafsirkan
dari
segi
faktor-faktor
yang
mempengaruhi
pertimbangan-
pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
(i)
Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.
(ii)
Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
(iii)
Faktor
politik
yang
menentukan
ideologi
negara,
dan
seterusnya
mempengaruhi dasar pendidikan. (iv)
Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.
(v)
Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
(vi)
Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut:
Pendidikan
di
Malaysia
adalah
suatu
usaha
berterusan
ke
arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini
adalah
pengetahuan,
bertujuan
melahirkan
rakyat
Malaysia
yang
berilmu
berketrampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(i)
Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan
asas
dalam
proses penggubalan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...’ (ii)
Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: ‘....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
(iii)
Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
digubah
berlandaskan
kepada
iedologi
negara
yang
dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Matlamat
ini
dapat
diperlihatkan
daripada
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. (iv)
Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat
membantu
negara
memperkembangkan
ekonomi
dengan
meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
(v)
pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (vi)
Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misalnya,
program
pendemokrasian
pendidikan,
pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh
UNESCO
dalam
tahun
1980-an
telah
dimanifestasikan
dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.......”. Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
27 Mac 2008
4.0
[FPM_OKED ]
ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Elemen-elemen FPK pendidikan suatu usaha
•
berterusan
Implikasi Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni;
•
Proses
pemerolehan
dan
pemindahan
berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; •
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun;
•
Sahsiah
yang
berkembang
dibentuk sepanjang
akan
terus tempoh
persekolahan; •
Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka;
•
Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan
perkembang potensi individu
•
pelbagai perubahan. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam;
•
Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil,
dipupuk,
dipertingkatkan;
dikembangkan
dan
27 Mac 2008
[FPM_OKED ] •
Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling;
•
Pendidikan seharusnya memberi
peluang
individu untuk berkembang bakat, potensi dan perkembangan individu secara
•
menyeluruh dan bersepadu
kebolehan mereka. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan
iaitu
diselaraskan
bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; •
Perkembangan
dan
eloknya merangkumi insan
yang
seimbang
dan
•
harmonis
peningkatan empat
seelok-
aspek,
iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani);
•
Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain;
•
Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup
unsur intelek
•
berhadapan
dengan
apa
jua
masalah yang timbul. Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira;
•
Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar;
•
Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,
27 Mac 2008
[FPM_OKED ] kritikal dan reflektif;
unsur rohani
unsur emosi
•
Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang
•
lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). Menyedari dan percaya kepada Tuhan;
•
Bersyukur dengan pemberian Tuhan;
•
Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-
•
nilai murni. Mempunyai emosi yang matang dan stabil;
•
Memiliki
dan
memupuk
perasaan
kasih
sayang; • •
unsur jasmani
Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal;
•
Mengembangkan
bakat
dan
kemahiran
teknikal, manipulatif dan sosial;
kepercayaan
dan
kepatuhan
kepada Tuhan
•
Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
•
untuk memanfaatkan masyarakat. Mengakui tentang kewujudan Tuhan;
•
Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam;
•
Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan;
•
Menyedari bertanggungjawab
bahawa sepenuhnya
individu ke
atas
segala perbuatan dan tindakannya; •
Mengamalkan segala ajaran agama yang
rakyat Malaysia yang berilmu
•
dianuti. Cintai ilmu pengetahuan;
pengetahuan
•
Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca;
•
Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
27 Mac 2008
rakyat
Malaysia
[FPM_OKED ] yang
berketrampilan
•
Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;
•
Berkebolehan
untuk
menjalankan
tugas
dengan sempurna; •
Berpandangan jauh dan berinisiatif;
• rakyat Malaysia yang berakhlak
•
Memupuk pembawaan diri yang baik. Mempunyai perwatakan diri yang baik;
mulia
•
Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
•
sebagai prinsip hidup. Boleh dipercayai;
•
Menyedari
rakyat
Malaysia
yang
bertanggungjawab
bahawa
tanggungjawab
setiap
merupakan
tugas
dan
amanah
dan
harus dilaksanakan dengan baik; •
Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap;
•
Mematuhi
peraturan
dan
undang-undang
negara;
rakyat
•
Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
yang
•
masyarakat, agama, bangsa dan negara. Berfikiran waras dan berjiwa tenang;
mencapai
•
Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk
•
menghadapi cabaran hidup. Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
Malaysia
berkeupayaan kesejahteraan diri rakyat
Malaysia
yang
dapat
memberi sumbangan terhadap
melalui
keharmonian dan kemakmuran
kekitaan,
masyarakat dan negara
sebagainya; •
sifat
toleransi,
bertimbang
rasa,
hormat-menghormati
dan
Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;
•
Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara;
•
Mematuhi negara;
perlembagaan
dan
peraturan
27 Mac 2008
berkeupayaan
[FPM_OKED ]
mencapai
•
Mempertahankan
•
agama, bangsa dan negara. Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
kesejahteraan diri
sumbangan
diri,
profesion,
yang tinggi;
terhadap
•
Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
•
hidup. Menjadikan
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
maruah
masyarakat
dan
negara
Rukunegara
sebagai
amalan
hidup; •
Memupuk persefahaman keluarga;
•
Mematuhi norma masyarakat;
•
Cintakan negara.
Jadual 1: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun
5.0
PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
5.1
Peranan pihak pentadbiran sekolah
Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat
aspek
utama,
iaitu
aspek fizikal,
aspek sosial,
aspek
perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut: •
Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggota-anggota sekolah;
27 Mac 2008 •
[FPM_OKED ]
Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas;
•
Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat;
•
Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar
dan
menyenangkan,
suasana
tenang
dan
kondusif
untuk
pengajaran dan pembelajaran; dan •
Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.
Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut: •
Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah;
•
Rasa
tanggungjawab
terhadap
diri,
anggota
sekolah
lain
serta
sekolahnya; dan •
Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantumembantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.
Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5.2
Peranan guru
Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut: •
Pelaksanaan
kurikulum
dan
kokurikulum
yang
dapat
berjaya
memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. •
Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat.
•
Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan
semangat
kerjasama
demi
dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan.
Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut: •
Prasarana yang berkualiti;
•
Aplikasi teknologi yang canggih (ICT);
•
Warga pendidikan yang proaktif;
•
Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini;
•
Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan
•
Ada Dasar Pendidikan terbuka.
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.0
IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA
Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut.
(i)
Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; •
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
•
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
•
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
•
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
• S P B e u k n d o td a il u y d k a ih
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
B a e e in s g n t G a g a ju B r a u i ru d ,S a e n y k a o u p l a e c la (ii) m e ih b m t e rliW la w jd a a n s rn g a B l n u S a P d i e a k n p y -o e a rl ia p ih k o n s P (iii) ia r ta o in j fB e a k h d a d n a l/n a l is a u n i -m n lb e a irl a n i n
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidikan
Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: •
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
•
Perubahan
profesional
dengan
mengubah
strategi
dan
teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia. Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: •
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
•
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa pelajar.
•
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajarpelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
27 Mac 2008
7.0
[FPM_OKED ]
RUMUSAN
Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.
27 Mac 2008
[FPM_OKED ]
SUMBER
Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka