ABSTRAK Permintaan masyarakat terhadap produk dan jasa rumah sakit semakin meningkat. Peningkatan jumlah kunjungan pasien dapat menyebabkan meningkatnya beban kerja pegawai rumah sakit ya…Full description
jurnal
jurnal
jurnal
VHGJGKJDeskripsi lengkap
PLTUFull description
MFull description
jurnal hiiFull description
TAJUK
:
Pemantauan Prestasi Atlet Lawan Pedang Negeri Johor Bagi
SUKMA 2008 (Masa Reaksi Dan Ketangkasan)
JURNAL OLEH
:
Abd. Hafidz Bin Haji Omar Rustam Bin Hashim Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia
INSTRUMAN YANG DIGUNAKAN
Bagi jurnal yang bertajuk Pemantauan Prestasi Atlet Lawan Pedang Negeri Johor bagi Sukma 2008 (Masa Reaksi dan Ketangkasan) kaedah kajian yang digunakan adalah secara experimental. Dua ujian yang digunakan oleh penguji untuk menguji masa reaksi dan ketangkasan atlet. Ujian yang pertama adalah ujian Nelson Reaction Time Test, ujian ini digunakan untuk menguji masa reaksi seseorang atlet. Ujian kedua yang digunakan adalah ujian Lateral Change of Direction Test, ujian ini digunakan untuk melihat sejauh mana ketangkasan seseorang atlet itu.
PROSEDUR KAJIAN
Bagi kajian ini seramai 8 orang atlet lawan pedang negeri johor telah dipilih untuk menjalani ujian ini. Atlet ini terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan.atlet yang seramai 8 orang ini akan menjalani ujian pra dahulu,ujian pre ini dilakukan untuk melihat tahap masa reaksi dan katangkasan atlet pada peringkat permulaan. Selepas menjalani ujian pre atlet akan diberikan latihan untuk meningkatkan masa reaksi dan ketangkasan atlet tersebut. Ujian post akan dilakukan selepas atlet menjalani beberapa sesi latihan untuk meningkatkan masa reaksi dan ketangkasan atlet. Dari laporan hasil ujian atlet akan dinilai berlaku peningkatan terhadap masa reaksi dan ketangkasan atlet tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada kajian ini, berdasarkan laporan hasil ujian post kesemua atlet menunjukkan peningkatan yamng sepatutnya, tetapi ada seorang atlet tidak melepasi tahap yang ditetapkan. Kemungkinan atlet tersebut mengalami kepenatan yang terlampau sehinga menyebabkan atlet tersebut tidak melepasi tahap ujian yang telah ditetapkan. Ini disokong oleh Sharkey (1990) berpendapat prestasi ketangkasan boleh merosot akibat kepenatan. keupayaan aerobik dan kekuatan otot amat diperlukan untuk mengekalkan tahap ketangkasan seseorang atlet tersebut.
Dalam masa latihan atlet diberikan latihan tangga tangkas sebanyak 8 minggu degan kekerapan sebanyak 3 kali dalam seminggu, dengan latihan dalam ujian T-test atlet menunjukkan peningkatan yang sepatutnya dalam ketangkasan mereka. Menurut Young dan Damian Farrow (2006) ketangkasan merupakan satu komponen yang penting di dalam banyak jenis sukan tetapi masih tidak terdapat banyak kajian mengenainya.