KAJATUHAN SYARIKAT MALAYSIA AIRLINES SEBUAH PEMBELAJARAN BAGI MODENISASI MALAYSIA
RIDWAN WAHYUDI P77537
ESAI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT TUGAS BELAJAR
GOVERNAN DAN PEMBANGUNAN (SKAD 6223)
FACULTI SOSIAL SAINS DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2015
Abstrak Tulisan ini berusaha menggambarkan pola urus tadbir swasta syarikat berkenaan kerajaan (SOE’s) Malaysia Airlines System (MAS) daripada masa ke masa. Kejatuhan syarikat MAS yang ditandai oleh peristiwa nahas pesawat bernombor MH370 dan MH17 merupakan letupan daripada proses kesilapan modenisasi Malaysia yang diamalkan kepada syarikat berkenaan kerajaan (SOE’s). Letupan tersebut telah ditahan sekian lama sehingga nampaklah pada keadaan sekarang, yang mana MAS hampir bengkrap. Sebagai hasil daripada tulisan ini menunjukkan bahawa pola urus tadbir yang kurang cakap dipercayakan oleh kerajaan kepada orang-orang terdekat penguasa, sehingga menjejaskan banyak mengalami kerugian dan kesedihan daripada syarikat kebangsaan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Pengenalan
Pada tahun 2014 lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang menyesakkan hati. Dua buah pesawat terbang milik syarikat kebangsaan Malaysia mengalami peristiwa nahas. MH370 pesawat tujuan Beijing dari Kuala Lumpur dengan mengangkut 239 penumpang telah hilang dan sampai kini belum diketemukan keberadaannya. Keduanya MH17, pesawat terbang tujuan Kuala Lumpur dari Amsterdam telah ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine akibat kemelut pertikaian antara Ukraine Timur dan Rusia. Namun jika dirunut jauh ke belakang, permasalahan syarikat kebanggaan rakyat Malaysia tidak hanya dijejaskan oleh kedua-dua pesawat nahas tersebut. Akan tetapi, pola urus tadbir yang lebih kepada campur tangan politik yang sangat ketara selama lebih dari dua dekad terakhir. Malah akhir-akhir ini syarikat telah menamatkan 6,000 pekerja yang telah telah setia menjayakan ikon kebangsaan itu (Nik Azmi, 2015).
Jika dilihat dari urusan perniagaan, beberapa punca kejatuhan syarikat ini lebih bersifat kepada dalaman syarikat tersebut. Antara punca kejatuhan syarikat ini ialah Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain, pengurusan yang lemah, perubahan kesatuan dan berlaku campur tangan kerajaan. Selain faktor luaran juga tak dapat dimungkiri pada
2
kenyataannya, seperti harga pasaran minyak dunia pada masa itu (Malaysian Review, 2015). Dari pola urus tadbir kewangan, syarikat telah banyak mengalami kerugian. Sejak dilakukan privatisasi pada tahun 1994 oleh Tun Dr. Mahatir Muhammad yang menjual aset syarikat kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, seterusnya dijual kembali kepada kerajaan pada tahun 2001. Akbatnya kerajaan mesti menanggung hutang dari dana talangan (bail-out) tersebut. Pada masa krisis Asia, Malaysia Airlines juga tidak luput daripada kerugian. Hal ehwal tersebut menjejaskan Malaysia Airlines mengalami kerugian daripada tahun ke tahun dan ditambah lagi kejatuhan dua buah pesawat pada tahun 2014 sehingga pada masa ini hutang telang mencecah RM. 9,4 bilion
(The
Malaysia
Insider,
2015).
Usaha
pengubahan
bentuk
semula
(restructurisation) tengah dilakukan di mana nama dari syarikat ini telah dirobah menjadi Malaysia Airlines Bhd., daripada yang sebelumnya Malaysia Airlines System. Hal ehwal ini bagi rebranding syarikat dan meneguhkan kembali kepercayaan pelanggan. Khazanah juga telah mengakuisisi saham mayoriti syarikat dan menetapkan CEO baharu daripada luar negara serta mengubah pelan srtategik syarikat.
Kajian ini bermaksud bagi mencadangkan pola urus tadbir syarikat berkenaan kerajaan dari semasa ke semasa dengan menyorot kajian lepas yang sedia ada. Mengenalpasti beberapa permasalahan dan berusaha menjelaskan pola yang telah terjadi serta bagi menemukan pemecahan permasalahan syarikat bentuk modenisasi Malaysia di masa hadapan.
Sorotan Karya
Di
Malaysia, kerajaan telah mengatur beberapa polisi dan perbadanan bagi
mempromosikan sektor industri untuk pelabur asing dan menyokong pelaburan dalaman
serta
luaran
untuk
senantiasa
tumbuh.
Dengan
mempromosikan
industrialisasi dan kemasukan modal daripada pelabur asing, hal itu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui polisi bagi memastikan kelajuan pembangunan Malaysia dalam menghadapi pencapaian Polisi Ekonomi Kebangsaan dan Visi 2020.
3
Kerajaan memiliki beberapa polisi penyokong yang memelihara sekitar perniagaan dengan kesempatan untuk selalu tumbuh dengan ganjaran yang dibuat oleh Malaysia. Sektor peribadi di Malaysia telah menjadi patner dengan sektor awam dalam mencapai halatuju pembangunan kebangsaan. Menurut Shum Yoke Ling et al. (2007) terdapat tiga polisi penyokong utama kerajaan seperti polisi ekuiti liberal, jawatan bagi pekerja asing profesional dan cukai yang menarik. Kerajaan juga menubuhkan syarikat-syarikat bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia, sama ada yang bersifat asas ataupun sekunder. Syarikat-syarikat tersebit lazim disebut sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK). SBK berlaku atas banyak sektor industri di Malaysia, mencakup pembuatan, perladangan, kewangan, perdagangan, transportasi, perkapalan dan perkhidmatan. Malaysia sangat berbeza dengan ngera lainnya, di mana syarikat peribadi memandu pertumbuhan ekonomi. Namun, strategi negaranegara kapitalis dipertimbangkan cukup berjaya di Malaysia, dan SBK telah berkembang ke dalam institusi kebangsaan yang mustahak bagi menunjang kepada syarikat peribadi. Dalam kenyataannya, banyak SBK secara parsial telah dilakukan privitasasi dan dijadualkan di Pertukaran Saham Malaysia, Bursa Malaysia (lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange) (Irene Wei Kiong Ting dan Hooi Hooi Lean, 2011). Malah kerajaan menaikkan program privatisasi pada tahun 1983 dan secara berurut telah diluncurkan Master Pelan Privatisasi pada tahun 1991. Beberapa undang-undang telah diubah seperti Undang-Undang Elektrik 1949, Undang-Undang Pensen 1980, Undang-Undang Telekomunikasi 1950 dan UndangUndang Pelabuhan 1963, bagi memudahkan proses privatisasi (Economic Planning, 2003). SBK dikawal oleh kerajaan Malaysia melalui Federal Government-Linked Investment Companies (GLIC). GLIC pertubuhan pelaburan kerajaan yang menyediakan dana bagi SBK. Dalam hal kepemilikan SBK, kerajaan Malaysia juga memiliki pengaruh dalam penunjukkan ahli pengarah (board of director) dan jawatan pengurus tinggi. Kerajaan juga memiliki kawalan dan membuat keputusan utama, seperti pemberian kontrak, strategi, restrukturisasi, kewangan, pengambilalihan dan perluasan niaga. Dari kajian yang dilakukan oleh Y. W. Lau dan C. Q. Tong (2008) menyebutkan bahawa syarikat yang terdapat campur tangan kerajaan lebih beratur. Lebih rincinya, syarikat-syarikat yang dimaksud tidak sahaja di bawah kawalan awam,
4
seperti pelabur dan pemegang saham, tapi juga kerajaan. Sebagai akibatnya, pengurus daripada syarikat lebih sedar bagi memaksimumkan nilai pemegang saham lebih daripada keuntungan sendiri. Hal ehwal ini juga menyatakan bahawa walaupun SBK dibahagi menjadi beberapa matlamat, beberapat matlmat tersebut telah tercapai secara tidak merugikan terhadap matlamat utama iaitu maksimalisasi kekayaan.
Privatisasi
Di Malaysia, Master Pelan Privatisasi dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi pada tahun 1991 yang dinyatakan dalam beberapa model. Model privatisasi yang pertama melibatkan bahagian pembebasan ekuiti yang dimiliki oleh institusi SBK, sama ada oleh tempatan dan asing dan milik peribadi. Pemindahan kepemilikan dan pengawalan kepada pihak swasta merujuk kepada sebahagian privatisasi bagi melengkapinya di mana seluruh kepemilikan dan kawalan diserahkan kepada pihak swasta. Kerajaan tidak diperkenankan untuk mengawal keseluruhan syarikat yang telah diserahkan kepada pihak swasta. Model yang kedua ialah diizinkannya pihak swasta untuk menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. Praktikal ini lazimnya disebut dengan deregulasi. Sedangkan model yang ketiga adalah dengan melibatkan “kontrak luar”, di bawah kuasa syarikat swasta yang diajak untuk melakukan tawaran bagi menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan
Isu yang paling mencabar bagi SBK kini ialah semakin banyak SBK melakukan privitisasi atas ekuiti yang dimilikinya. Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, polisi privatisasi menjadi bahagian entiti daripada semua strategi dalam membangun ekonomi. Privatisasi sendiri bererti pemindahan tiga komponen, iaitu tanggungjawab pengurus kerajaan, aset (dengan atau tanpa kewajiban) atau hak atas penggunaan aset, dan sumber manusia berasal daripada sektor peribadi. Halatujuan privatisasi ialah sebagai berikut: 1) Membebaskan beban kewangan kerajaan; 2) Menambahbaik kerja-kerja menjadi lebih efisien dan lebih produktif; 3) Memudahkan pertumbuhan ekonomi;
5
4) Mengurangi saiz dan kehadiran sektor awam dalam aktiviti ekonomi; 5) Memenuhi Polisi Ekonomi Baharu (NEP); NEP memiliki dua halatujan utama yang mana ingin membanteras kemiskinan tanpa bergantung dengan kaum dan mengatur kembali masyarakat agar supaya memadamkan jati diri fungsi ekonomi di masa hadapan. Di bawah reka bentuk, kerajaan bertujuan menyediakan kesempatan bagi Bumiputera (Lim Saw Mooi dan Hew Lee Khean, 2007).
Selain daripada isu mengenai privatisasi yang pada masa ini dilakukan oleh hampir semua SBK di Malaysia, adakalanya isu mengenai persepsi awam mengenai rendahnya kinerja pengurus atau pekerja di SBK. Pada sorotan di atas telah disebutkan bahawa performa SBK lebih baik daripada syarikat swasta. Hal ini kerana hubungan yang dekat antara kerajaan, yang mana mereka memberikan ganjaran khas dalam mengakses pendanaan dan pelibatan peluang di natara kedua-duanya. Kerana hubungan tersebut, SBK dengan sangat mudah berkembang di pelbagai kawasan ekonomi daripada syarikat swasta. Namun, adakalanya SBK ini memiliki performa yang sangat buruk daripada syarikat swasta kerana pengurus mereka berasal dari pegawai kerajaan yang kurang memiliki ketajaman dalam urus niaga dan keputusan pelaburan lebih bersifat politik daripada yang bersifat ekonomi (Irene Wei Kiong Ting dan Hooi Hooi Lean, 2011). Walaupun Lau dan Tong (2008) menyimpulkan bahawa campur tangan kerajaan memperbaiki nilai perusahaan, temuan ini menyangkal persepsi yang merugikan daripada SBK secara umum di Malaysia.
Dari kajian yang telah dilakukan oleh Jeff Tan (2008) menyatakan bahawa privatisasi digolongkan sebagai miskin pilihan, miskin pelaksanaan dan buruknya peraturan, dengan kurangnya komitmen yang terpercaya bagi berkontrak atau polisi. Terdapat dua masalah dalam penjelasan ini. Pertama, privatisasi tidak menemukan kegagalan institusional dalam konteks politik suatu negara atau menjelaskan motivasi politik. Hal ini penting mengingat bahawa lembaga ialah hasil daripada faktor sejarah dan politik. Ini kemudian akan memungkinkan kita bagi menjelaskan mengapa lembaga yang lemah dapat bertahan dan pada masa hadapan akan memperoleh solusi yang lebih tepat untuk meningkatkan kapasitas peraturan negara. Melihat konteks
6
politik suatu negara juga akan membantu kita mengenalpasti motivasi bagi privatisasi. Sebagaimana telah dibincangkan dalam bahagian sebelumnya, privatisasi akan sering bermotif politik, terutama di negara-negara berkembang. Ini akan mempengaruhi apa yang diprivatisasi, bagaimana dan kepada siapa. Kedua, dan sebagai akibat dari ini, privatisasi akan memerlukan regulasi yang melampaui pandangan konvensional regulasi dalam konteks kegagalan pasar. Oleh itu, bukan hanya mempromosikan kompetisi dan mengawal hak milik (untuk mendorong pelaburan swasta), peraturan diperlukan untuk menangani insentif yang mudah timbul dari subsidi bagi biaya modal, pertimbangan kesejahteraan dan belajar (untuk mengembangkan kapasitas keusahawanan dalam negeri).
SBK memiliki karakteristik khas yang menyumbangkan terhadap domain yang berbeza daripada isu-isu kerajaan yang bersangkutan. Masalah terjadi dari kontrol pemerintah yang membatasi kemampuan organisasi untuk bertindak murni dari perspektif komersial dan keuntungan. Oleh itu, masalah pemerintahan dalam struktur GLCs harus diakui dalam lingkup dua isu yang relevan. Kemampuan bagi menegakkan kepentingan perusahaan yang terang tidak adanya kepemilikan tertentu seperti individu yang signifikan selain kerajaan; dan perampasan dari pemegang saham lainnya dalam mengejar kepentingan kerajaan (Suraiya Ishak dan Ahmad, 2011).
Berangkat daripada pengalaman privatisasi yang dilakukan oleh syarikat berkenaan kerajaan seperti Malaysian Airline System (MAS), Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) dan Light Rail Transport-Projek Usahasama Transit Ringan Automatic (LRT-PUTERA) dan Indah Water Konsortium (IWK), yang telah mengalami kegagalan dalam melakukan privatisasi. Lim Saw Mooi dan Hew Lee Khean (2007) berpendapat bahawa keinginan Malaysia untuk memperbaiki efisiensi dan pengedaran mungkin tidak tercapai melalui privatisasi, kerana memiliki bukti yang sangat kecil bagi meningkatkan kompetisi yang dihubungkan dengan privatisasi. Privatisasi yang berkaitan dengan entiti awam Malaysia lebih sering mengalami kegagalan. Punca utama daripada kegagalan tersebut kerana tidak sempurnanya pemindahan kempemilikan atau pengurusan kuasa kepada pihak swasta. Kedua,
7
banyak sekali perusahaan yang diprivatisasi mengalami kerugian yang berterusan menunjukkan kegagalan dalam memperbaiki efisiensi dan keuntungan. Ketiga, adanya ketidakcakapan/ketidakmahiran dalam penyediaan pada peringkat pengurus yang efisien untuk mengurus projek privatisasi. Akhirnya, kerajaan mengambil-alih kembali syarikat yang telah diprivatisasi dan memulai lagi polisi privatisasi.
Patrimonialism atau Pencarian Sewa (Rent Seeking)?
Banyaknya syarikat berkenaan kerajaan ini yang mengalami kegagalan dalam melakukan privatisasi di negara berkembang. Gale dalam Suraiya dan Ahmad Raflis (2011) menyatakan bahawa pendekatan melalui teori Patrimonialism dan Politik Klientism dirasa dapat menambahbaik urus tadbir korporat ini. Syarikat berkenaan kerajaan ini dapat dijadikan sebagai maksud halatuju kebangsaan yang diperjuangkan oleh pimpinan. Kerajaan memiliki kuasa penuh dalam penunjukan dan pelantikan individu-individu yang sealiran dengan pemimpin kerajaan yang tengah berkuasa. Namun, lanjutnya menurut Gomes dalam Suraiya dan Ahmad Raflis (2011) menyatakan bahawa kuatnya hubungan politik antara pimpinan syarikat dan kuasa politik membabitkan kelas kapitalis baharu dalam kerajaan. Maka tujuan yang semula hendak memajukan bagi kepentingan rakyat terbabit menjadi kepentingan sekumpulan orang penguasa. Oleh itu, praktik seperti biasa disebut sebagai rent-seeking. Istilah rent-seeking bererti menggambarkan aktiviti bagi mengekploitasi sumber bagi keuntungan peribadi. Ianya bukan perbuatan mencipta kekayaan tetapi yang memberi manfaat dari kekayaan yang dicipta oleh orang lain (Financial Times Lexicon, 2011).
Pada pandangan umum, pencarian sewa ialah negatif sepertimana sering dipertimbangkan ketidak-efektifan dan pemborosan kerana individu menyelewengkan sumber daripada aktiviti produktif selama mereka boleh bertaut berkenaan dengan aktiviti tersebut (Parlor). Malah jika ianya tidak dikawal dalam pencarian sewa ini menghasilkan perlakukan korupsi dan pemusatan kuasa serta kawalan oleh beberapa orang sahaja (David, 2006). Dari sebarang maklumat dan repot yang diperoleh daripada syarikat Malaysia Airline dari semasa ke semasa menunjukkan bahawa praktik privatisasi lebih kepada polisi bagi menguntungkan beberapa kumpulan atau
8
pihak. Sepertimana diketahui oleh masyarakat awam bahawa Tan Sri Tajudin Ramli telah menjual saham milik syarikat Malaysia Airline pada tahun 2001 sebesar RM 8 per helai saham. Harga tersebut sama dengan harga perolehan ketika itu Tajudin membeli saham daripada kerajaan. Padahal harga saham di pasaran hanya RM 3.68 sehelai saham (The Malaysia Insider, 2015). . Salah satu sarjana yang membawa kepada perspektif baharu dalam analisisnya kepada proses perubahan pasar dan perubahan semula daripadanya ialah Hector Schamis (2002). Ia berpendapat bahawa tidak hanya karakter intrinsik daripadanya dalam perubahan pasar, tapi juga bagaimana perubahan semula daripada pasar berinteraksi terhadap elemen lainnya dengan konsep rent seeking ke atas arena pasar. Schamis menunjukkan bahawa kita perlu mengambil pertimbangan kesan intraksi yang dapat menjejaskan hasil kepada proses pelaksanaan. Tambahnya, kita sepatutnya juga waspada terhadap konskuensi interaksi tersebut kerana kemungkinannya tidak semua berlaku positif pada pasar dan masyarakat sosial. Pendapat utama daripada Schamis bahawa kerena perubahan pasar menghendaki keuntungan daripada khalayak, hal ehwal ini menjejaskan kerentanan kepada tindakan masalah kolektif. Oleh itu, kerana pembahagian perubahan pasar sama dengan barangan awam, maka perubahan semuala dirasakan sebagai barangan awam juga.
Kesimpulan
Syarikat Malaysia Airlines merupakan syarikat kebanggaan rakyat Malaysia. Ianya merupakan ikon kebangsaan yang bagi menunjukkan kepada antarabangasa dalam proses interaksinya. Namun, kesilapan dan kealpaan polisi serta strategi syarikat menjejaskan syarikat ini mengalami kerugian dan hampir dikatakan bangkrup. Tidak hanya entiti syarikat yang merasakan kejatuhannya, akan tetapi juga rakyat Malaysia.
Bermula dari proses modenisasi Malaysia pada awal tahun 1990-an, terjadi perbezaan kepentingan kuasa pimpinan pada waktu itu. Maksud kerajaan bertujuan bagi meningkatkan dan mengembangkan perniagaan syarikat malah menyebabkan
9
syarikat ini merugi dari tahun ke tahun. Hubungan patrinialism sangat ketara dalam akuisisi aset syarikat. Namun hal ehwal itu tidak disertai dengan perpindahan pengetahuan dan tujuan daripada kerajaan kepada pengurus swasta yang cakap. Maka suspek adanya persengkongkolan antara kedua-duanya tidak dapat dihindarkan. Pihak swasta paham betul bahawa Malaysia Airlines merupakan ikon kebanggaan kebangsaan, maka rakyat Malaysia akan memperjuangkan dengan sepenuhnya keberadaan syarikat ini. Meskipun rakyat Malaysia mesti membayar sangat mahal daripada proses ini.
Oleh itu, kejatuhan syarikat Malaysia Airline merupakan salah
satu pelajaran yang dapat diambilkira bagi kebijaksanaan para pimpinan kerajaan. Kewaspadaan faktor luaran pasar sangat sukar diprediksi. Akan tetapi mengenalpasti entiti kapasiti da kemampuan syarikat ialah keniscayaan yang patut diketahui.
Rujukan
David Alexander Clark. 2006. Rent Seeking and Corruption. The Elgar Companion to Development Studies. Economic Planning Unit (2003), “History of privatization programme”. http://www.epu.gov.my/en/dasarpenswastaan;jsessionid=86C98AFFE2C8C1B82FE4252615FFD75F?p_p_i d=56_INSTANCE_3iXD&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode =view&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2 Dimuat turun dan diolah pada 30 Mei 2015, jam 14.02 Financial Times Lexicon. 2011. “Rent-seeking.” http://lexicon.ft.com/Term?term=rent_seeking
URL:
Irene Wei Kiong Ting dan Hooi Hooi Lean. 2011. Capital Structure of Government-Linked Companies in Malaysia. Asian Academy of Management Journal of Accounting and Finance: AAMJAF, Vol. 7, No. 2, 137–156, 2011 Jeff Tan. 2008. Privatization in Malaysia: Regulation, Rent-Seeking and Policy Failure. New York: Routledge, Taylor & Francis e-Library. Lim Saw Mooi dan Hew Lee Khean. 2007. Role of Government and Its Agencies in Promoting Industrialization. Malaysian Economic Development: Issues and Debates.
10
Malaysia Review. 2015. Punca Kerugian MAS. Laman rasmi http://malaysianreview.com/42426/punca-kerugian-mas/ Dimuat turun pada 13 June 2015, jam 10.05 tengah hari. Nik Azmi. 2015. Permasalahan Malaysia Airlines Mencerminkan Kemelut Malaysia Hari ini. Laman Peribadi http://niknazmi.com/bm/2015/06/04/permasalahan-malaysia-airlinesmencerminkan-kemelut-malaysia-hari-ini/ dimuat turun pada 12 Jun 2015, jam 08.21 pagi. Pa Lor. - . Market Reforms and Rent-Seeking: An Analysis of Rent-Seeking in Trade Liberalization and Privatization. Schamis, Hector. 2002. Re-Forming the State: The Politics of Privatization in Latin America and Europe. Michigan: University of Michigan Press Shum Yoke Ling, Yap Tet Sing. 2007. Role of Government and Its Agencies in Promoting Industrialization. Malaysian Economic Development: Issues and Debates. Suraiya Ishak dan Ahmad Raflis Che Omar. 2011. An introspective view of corporate governance issues within the structure of government Link companies (GLCs). E3 Journal of Business Management and Economics Vol.2(4). pp. 156-163, October, 2011. Available online http://www.e3journals.org/JBME ISSN 2141-7482 © 2011 E3 Journals Suraiya Ishak and Ahmad Raflis. 2011. New Paradigms of Corporate Social Responsibilities for Geovernment Linked Companies. Akademika 81 (3) 2011: 75-81. The Malaysia Insider. 2015. Skandal Kewangan Lebih 3 Dekad di Malaysia. Laman rasmi http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/skandalkewangan-lebih-3-dekad-di-malaysia dimuat turun pada 13 June 2015, jam 09.12 pagi. The Malaysia Insider. 2015. Salah Urus 21 Tahun Bawa Kejatuhan MAS. Laman rasmi http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/salah-urus-21tahun-bawa-kejatuhan-mas dimuat turun pada 14 June 2015, 11.21 tengah hari. Y. W. Lau dan C. Q. Tong. 2008. Are Malaysian Government-Linked Companies (GLCs) Creating Value?. International Applied Economics and Management Letters 1(1): 9-12 (2008)
11