GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN
1.0
PENDAHULUAN Local Agenda 21 (LA21) merupakan salah satu program yang diputuskan dalam
sidang
kemuncak
UNCED
(United
Nations
Commission
on
Environment and Development) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Salah satu aspek penting yang dibincangkan adalah mewujudkan pembangunan yang seimbang, atau sustainable development, di peringkat tempatan. Persetujuan ini memerlukan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendedahkan kepada masyarkat setempat dan pihak swasta terhadap isu pembangunan seimbang (ICLEI, 1997). Pembangunan mampan merupakan salah satu agenda utama dunia amnya, dan kerajaan Malaysia khususnya, semenjak tahun 1990-an. Konsep pembangunan
mampan
mementingkan
kesejahteraan
rakyat
yang
bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam dalam proses perancangan dan pembangunan. Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan mampan
dalam
pentadbiran,
proses
perancangan,
penguatkuasaan,
serta
pelaksanaan
memberi
pembangunan,
kepentingan
kepada
penglibatan dan penyertaan masyarakat setempat dalam proses membuat keputusan. Bagi menjayakan agenda di atas, penglibatan menyeluruh masyarakat yang terdiri daripada agensi kerajaan, masyarakat setempat, dan pihak swasta amatlah diperlukan. Penglibatan secara menyeluruh oleh semua
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
1
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN pihak mampu mencapai kewujudan Local Agenda 21 (selepas ini dikenali sebagai LA21). Jika dilihat dari aspek pelaksanaan, LA21 di Malaysia telah dimulai pada tahun 2000 (Osman, Rashid & Ahmad, 2008). Empat buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dipilih sebagai perintis bagi memulakan program yang mempunyai agenda besar ini. PBT yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Petaling
Jaya
(MPPJ),
Majlis
PerbandaraN
Kuantan
(MPK),
Majlis
Perbandaran Miri (MPM) dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Kempat-empat PBT yang
terpilih diberikan tanggungjawab
besar bagi memastikan
pelaksanaan program LA21 di Malaysia mampu memenuhi kehendak dan tujuan penubuhannya. Kejayaan keempat-empat PBT ini akan dijadikan tanda aras dan rujukan bagi PBT lain di Malaysia (KPKT, 2002). Bagi merealisasikan pelaksanaan LA21, PBT yang terpilih perlu terlebih dahulu membentuk jawatankuasa. Jawatankuasa yang dibentuk adalah mengikut isu setempat. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh pihak masyarakat sendiri yang secara sukarela menyertai program LA21. Jawatankuasa yang terbentuk bertanggungjawab merancang program-program yang bersesuaian dan perlu memikirkan strategi untuk menarik minat masyarakat setempat untuk melibatkan diri dan menjayakan program yang dirancang. Di antara contoh jawatankuasa yang dibentuk oleh PBT perintis ini ialah Jawatankuasa Alam Sekitar, Jawatankuasa Kemiskinan, Jawatankuasa, Sosial, serta Jawatakankuasa Lalulintas dan Perumahan. Pelaksanaan LA21 telah dijadikan dasar kerajaan dan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Malaysia telah diarah mewujudkan Jawatankuasa LA21 di peringkat PBT masing-masing LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
2
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN mulai tahun 2004. Keperluan mewujudkan jawatankuasa LA21 adalah bertujuan untuk membolehkan aspirasi kerajaan, melalui pelaksanaan program LA21, dapat disemarakkan di seluruh negara. Namun, persoalan utama yang wujud ialah, sehingga kini, masih terdapat PBT yang dilihat gagal menyahut arahan dan cabaran KPKT, di mana wujudnya kelewatan di kalangan PBT untuk mewujudkan jawatankuasa LA21 dan merancang secara menyeluruh pelan tindakan program LA21 di PBT masing-masing.
1.2 Objektif kajian Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan.
2.0
METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk menghasilkan kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual sebagai metod kaedah pertanyaan dan berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan kertas kerja ini. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan difokuskan LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
3
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN kepada peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan.
2.0
PENGENALAN Pihak berkuasa tempatan Konsep Pembangunan Mapan Pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. (White & Whitney, 1992). Pembangunan bandar yang mapan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting. (David Drakakis-Smith, 1995).
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
4
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN
Tujuan PM: 1. Pemuliharaan Sumber Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. resolusi isu global. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. 2. Pembangunan Fizikal Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut. Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
5
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. 3. Kualiti Alam Sekitar Mengelakkan
pencemaran
alam,
melindungi
kapasiti
ekosistem
dan
mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan. 4. Kesaksamaan Sosial Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan. 5. Penyertaan Politik Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
6
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN
5.0
PERBINCANGAN 5.1
LOCAL AGENDA 21 KE ARAH PEMBANGUNAN MAPAN
Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21"
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
7
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan
5.1
PRINSIP-PRINSIP LA21
Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:1. Penyertaan Dan Ketelusan Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. 2. Usahasama Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program LA21. 3. Kebertanggungjawaban Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. 4. Pendekatan Menyeluruh Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 5. Peka Kepada Keupayaan Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
8
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN 6. Kesaksamaan Memastikan
bahawa
semua
lapisan
masyarakat
tempatan,
tanpa
membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program LA21. 7. Mementingkan Masa Hadapan Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21. 8. Hasil Yang Nyata Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.
5.3 Peranan PBT dalam LA21 PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan sosial di kawasan tersebut. Maka, pengetahuan yang mendalam mengenai kaedah dan mekanisme pelaksanaan Program LA21 perlu wujud di kalangan PBT tersebut agar Program LA21 dapat direalisasikan secara berkesan. Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. PBT berperanan untuk membina, memproses dan mewujudkan polisi dan peraturan alam sekitar tempatan dan membantu melaksanakan polisi alam LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
9
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN sekitar di peringkat separa kebangsaan dan kebangsaan. Memandangkan PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang ramai, maka mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik, mengerakkan dan memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan pembangunan mampan. Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana dibawah iaitu:i.
Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
ii.
Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus)
iii.
Melibatkan masyarakat tempatan
iv.
Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini
v.
Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
vi.
Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
vii.
Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
viii.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan
pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan
Antara Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. Disamping itu juga, LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
10
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888
11