INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
TAJUK :
PROGRAM REKREASI LUAR KE GUA TEMPURUNG SEMESTER 3
Oleh : PPISMP unit F4 (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
Pensyarah Penasihat : Cik Che Siah Binti Ibrahim
1.0
TUJUAN KERTAS KERJA DIJALANKAN: Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan menunjukkan perancangan dan perjalanan projek bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak atasan institut.
2.0
RASIONAL 2.1 Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan KKBI. 2.2 Meluaskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran melalui pendedahan diluar bilik darjah dari berada dalam kelas. 2.3 Merapatkan silaturrahim dan semangat berpasukan antara pelajar terlibat.
3.0
OBJEKTIF Melalui program ini, guru pelatih dapat: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5
Menghubungkait pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada bagi menjalankan aktiviti luar. Melatih kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi para pelatih dengan masyarakat luar. Mengkaji, melihat sendiri dan menimba pengalaman keadaan sekitar dengan aktiviti luar bilik darjah. Mengajar dan mendekatkan diri dengan alam sekitar tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kita. Memberi kesedaran untuk memelihara alam sekitar.
4.0
KUMPULAN SASARAN 4.1
5.0
Semua pelajar Pra Program Pengijazahan bagi pilihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan unit F4. (*Senarai nama rujuk Lampiran A)
ORGANISASI JAWATANKUASA PROGRAM REKREASI LUAR
Pensyarah Penasihat
:- Cik Che Siah binti Ibrahim
Ketua Unit
:- Muhammad Hazwan bin Md. Taib
Penolong Ketua Unit
:- Fariza binti Fauzi
Ketua Program
:- Suhail bin Shaharudin
Bendahari Program 1
:- Musa Al-Kareem bin Mohd. Yussof
Ajk Pengangkutan
:- Devishree a/p Velayutham
Ajk Peralatan
:- Shemala Srika a/p Bala
Ajk Makanan
:- Aliff bin Abu Bakar
Ajk Perhubungan Luar
:- Izwan Azri bin Rasli
JADUAL TUGAS PROGRAM : Pengangkutan
1. Memasti dan menyediakan kenderaan untuk ahli rombongan pergi dan balik.
1. Menyediakan peralatan untuk aktiviti yang dijalankan. Peralatan 2. Memastikan peralatan dan barang yang dibawa berada dalam keadaan selamat. 1. Menyediakan makanan dan minuman kepada para pelatih. Makanan 2. Memastikan bekalan makanan yang dibawa mencukupi untuk para pelatih.
10.0 PERBELANJAAN Bil. 1. 2.
Bayaran / Pendapatan Grand Tour (RM 22x21) Makanan dan Minuman (RM) Jumlah Bayaran
Ringgit Malaysia / RM RM462.00 RM105.00 RM567.00
6.0 PERLAKSANAAN Program aktiviti rekreasi luar ini akan dilaksanakan seperti butiran yang tertera dibawah : Tarikh : 15 Julai 2007 Tempat : Gua Tempurung Peserta : PPISMP / PJ
7.0 PENGANGKUTAN 7.1 Pengangkutan : Bas yang disediakan oleh pihak institut.
Aktiviti Berkumpul di garaj bas. Bertolak ke Gua Tempurung. Tiba di Gua Tempurung. Bersarapan dan bersiap sedia untuk memulakan aktiviti. Memulakan aktiviti teroka Gua Tempurung. Tamat aktiviti. Bertolak pulang ke IPI. Tiba di IPI.
9.0 SUMBER KEWANGAN 9.1
Kutipan yuran penyertaan sebanyak RM22.00 daripada peserta-peserta yang terlibat untuk menyertai aktiviti yang telah disediakan.
9.2
Kutipan sebanyak RM3.00 adalah untuk penyediaan makanan dan minuman bagi para pelatih yang terlibat.
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Pada bulan ________ yang lalu, kelas PPISMP PJ telah mengadakan ________ sambil ________ ke Gua Tempurung. Seramai ________ orang pelatih telah mengambil ________ untuk menyertai program rekreasi tersebut. Bas ________ pada pukul 7.00 pagi dan ________ pada pukul 8.30 pagi. Semua berasa sangat ________. Sementara menunggu untuk memulakan ________, kami bersiar-siar di perkarangan luar Gua Tempurung. Terdapat ________ kemudahan yang disediakan disana. Pengembaraan kami bermula ________ jam 9.00 pagi. Kami diberi penerangan ________ pegawai yang bertugas di________ sebelum memulakan program. Aktiviti yang telah diikuti mengambil masa lebih kurang _________ jam ________ minit.
Answer all the question.
1. Based on the place that you have visited, what are the natural resourse that important to us? _______________________________________________________________________
2. Based on the place you have visited, list the facilities that you can see :•
___________________
•
___________________
•
___________________
•
___________________
•
___________________
3. How many trees that u can found outside of Gua Tempurung? _______________________________________________________________________
4. How much do they charge to use the toilet per person? _______________________________________________________________________
5. How much do they charge to a person who want to change or take a bath? _______________________________________________________________________
6. What kind of pollution that you can find there? _______________________________________________________________________
7. What are the cause of the pollution to happen? _______________________________________________________________________
8. What can we do to protect our environment from pollution? _______________________________________________________________________
REFLEKSI
Sebagai keseluruhan, Program Rekreasi Luar ke Gua Tempurung ini adalah suatu kejayaan. Saya seronok dengan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana saya adalah seorang yang sukakan cabaran. Saya berjaya mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Semua aktiviti-aktiviti adalah sangat bermanfaat terutamanya kepada semua pelatih yang bakal menjadi guru sebaga bakalan untuk mengajar di sekolah nanti.
Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas. Perjalanan kami lancar dan mengikut jadual. Kami tiba lebih awal di Gua Tempurung kerana tiada kekangan yang kami hadapi. Setelah sampai, kami bersarapan dan mengambil gambar tempat-tempat yang menarik yang terdapat disitu. Ada juga yang seronok bermain permainan ‘Dam Haji’ yang terdapat disana. Setelah kaunter dibuka, kami pun membeli tiket untuk masuk ke dalam Gua Tempurung.
Kami diberi sedikit taklimat sebelum masuk meneroka Gua Tempurung oleh salah seorang pegawai ranger yang bertugas ketik itu. Kami telah memilih untuk mengikuti ‘Grand Tour’ aktiviti. Aktiviti yang kami pilih adalah aktiviti yang paling mencabar dan sukar. Ini kerana kami akan masuk melalui pintu gua dan melalui ank sungai di bahagian bawah gua. Aktiviti ini memang mencabar dimana kami perlu merangkak dalam air sungai di suatu bahagian di dalam gua tersebut.
Pengembaraan kami bermula melalui anak sungai di bahagian bawah gua tersebut. Ini kerana keadaan cuaca di luar lembab dan berkemungkinan akn hujan. Untuk mengelakka sebarang kesukaran, kami telah dibawa melalui jalan sungai supaya tidak terperangkap semasa hendak keluar kerana jalan yang kami lalui nanti akan dipenuhi air jika hujan. Kami dibawa oleh hanya seorang jurulatih terlatih. Kami terpaksa melalui terowong yang sempit dan kecil dan kami perlu meniarap untuk melaluinya.
Disamping itu juga, kami diajar bagaimana cara-cara untuk menggelungsur untuk menuruni curam. Kami semua diiberi pendedahan awal bagaimana untuk menggelungsur kerana selepas itu kami terpaksa menuruni curam kira-kira 100 meter lebih. Ketika itu keberanian kami semua memang diuji dengan keadaan yang gelap yang hanya diterangi cahaya lampu suluh. Selepas itu, kami terpaksa menaiki anak tangga sebanyak seratus lebih. Tahap ketahanan mental dan fizikal kami diuji sepenuhnya.
Selain itu, kami juga telah didedahkan oleh pemandu pelancong atau jurulatih yang berpengalaman kepada stalagtit dan stalagmit dan juga bentuk-bentuk lain yang terhasil daripada batu-batu kapur yang terdapat di dalam gua tersebut. Terdapat pelbagai bentuk yang terhasil daripada batu kapur dan pelbagai bentuk untuk setiap check point. Perjalanan kami mengambil masa selama tiga jam setengah untuk menghabiskan ‘Grand Tour’ tersebut. Kami berasa gembira apabila kami telah menamatkan pengembaraan kami.
Setelah itu, kami semua pergi membersihkan diri masing-masing dan menukar pakaian sebelum makan tengah hari. Kami semua berangkat pulang pada pukul satu petang. Terima kasih kepada Cik siah, pensyarah kami kerana banyak membantu dalam menjayakan aktiviti ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan yang memberi sepenuhnya kerjasama. Ini adalah pengalaman baru kepada kami semua. Saya sekarang telah menjadi seorang individu yang mempunyai perspektif yang berbeza terhadap hidupan dan alam sekitar.