Nama:………………………………
Tingkatan 2:…………………..
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR. PEPERIKSAAN PERTAMA 2009 TINGKATAN DUA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (1 JAM) Penggubal soalan: Cik Rozana binti Hashim Disemak oleh:
Disahkan oleh:
……………………………….. ………………………………….. ( Pn. Tay Chong Kiat) (En. Wong Chee Kheon) Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak. Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A: Soalan Objektif ( 30 Markah) Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah ( 10 Markah) Bahagian C: Soalan Struktur ( 10 Markah) Jawab semua soalan. Bahagian A: (Soalan Objektif) Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Kecemerlangan diri bagi seseorang murid biasanya dikaitkan dengan A seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. B kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. C kemahiran berkomunikasi sesama rakan. D kemahiran menyelesaikan masalah peribadi. 2 Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid, kecuali A berbudi bahasa. B belajar bersungguh-sungguh. C sentiasa berfikiran positif. D mengharapkan balasan ketika bertugas. 3 Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi? A Jarak antara dua penutur. B Bahasa yang tidak difahami. C Bunyi radio yang kuat. D Gerak badan pemberi maklumat. 4 Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri? A Untuk mencatat peristiwa dalam diari. B Untuk membuat perbandingan dengan orang lain. C Untuk membaiki kelemahan diri. D Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan.
1
5 Mengapakah kecemerlangan pendidikan dikatakan asas kepada pencapaian kerjaya idaman? A Mendapat ganjaran yang lumayan daripada pihak syarikat. B Ilmu dan kepakaran boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua. C Majikan akan memuji dan menghargai kecemerlangan pendidikan seseorang individu. D Seseorang individu akan mudah mendapat kedudukan penting dalam kerjaya. 6 Penampilan perwatakan individu akan menentukan kecemerlangan dirinya. Berikut merupakan sifat-sifat perwatakan terpuji, kecuali A gigih dan berani. B berserah kepada takdir. C membuat keputusan sendiri. D rasional dalam mengambil risiko. 7 Sifat-sifat seperti daya juang dan daya saing yang tinggi perlu disertai dengan A keazaman. B penaakulan. C keprihatinan. D perasaan simpati. 8 Keupayaan menilai kelebihan dan kekurangan diri merujuk kepada aspek A penaakulan. B berfikir secara rasional. C komunikasi yang berkesan. D kemahiran membuat refleksi. 9 _________________dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan akan membolehkan orang lain menaruh kepercayaan kepada kita. A Kejujuran. B Keberanian. C Keseronokan. D Kesederhanaan. 10 Selain pencapaian pendidikan, kecemerlangan diri juga perlu disertai dengan A fizikal yang sempurna. B perwatakan yang terpuji. C pemikiran yang lurus. D daya saing yang keterlaluan. 11 Manakah yang berikut merupakan sikap membuat refleksi untuk kejayaan diri? A Bertolak ansur dan bertoleransi. B Tidak yakin dengan keupayaan diri. C Berbincang dengan individu yang berpengalaman. D Menggunakan bahasa yang sopan dan berhemah. 12 Persengketaan dalam keluarga tidak akan berlaku sekiranya A anggota keluarga pandai mencari kelemahan masing-masing. B anggota keluarga bertolak ansur antara satu sama lain. C anggota keluarga berkira ketika memberi sesuatu pertolongan. D anggota keluarga menjauhkan diri daripada perbincangan keluarga. 13 Peranan anda sebagai anak dalam keluarga ialah A menyelesaikan konflik antara ibu dengan bapa. B menyediakan tempat tinggal yang selesa. C meringankan beban keluarga dalam semua aspek. D memenuhi kehendak anda sebagai remaja. 14 Adik dimarahi oleh ibu kerana tidak mengunci pagar di luar rumah. Sebaliknya, adik mengatakan bahawa andalah yang sepatutnya mengunci pagar tersebut. Apakah peranan anda dalam situasi di atas? A Memarahi adik kerana menuduh anda. B Mereka cerita untuk membuktikan kesalahan adik. C Mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan oleh adik. D Menceritakan hal sebenar yang menyebabkan anda terlupa berbuat demikian.
2
15 Peribahasa manakah yang tidak menggambarkan ikatan kekeluargaan yang erat? A Bagai pungguk merindukan bulan. B Bagai aur dengan tebing. C Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. D Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. 16
Mengapakah setiap keluarga digalakkan menyambut hari khas dalam keluarga? A Untuk mengingati hari khas tersebut. B Untuk mengekalkan struktur keluarga. C Untuk memberikan penghargaan kepada ahli keluarga. D Untuk membolehkan setiap ahli keluarga memberikan hadiah kepada kita.
17
Bagaimana cara untuk menangani konflik dalam keluarga? A Melarikan diri dari rumah. B Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. C Mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga. D Mendedahkan masalah yang dihadapi kepada pihak luar.
18
Apakah kesan buruk penglibatan seseorang dalam gejala negatif kepada ahli keluarga yang lain? A Menambahkan tanggungjawab ahli keluarga. B Menyusahkan ahli keluarga meneruskan kehidupan. C Merapatkan hubungan antara ahli dalam keluarga. D Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.
19 Bagaimanakah kita boleh mewujudkan perpaduan dalam keluarga? A Mengawal pergerakan ahli keluarga. B Mengamalkan ajaran agama. C Berkasih sayang antara anggota masyarakat. D Mengambil berat masalah rakan-rakan. 20
Segala masalah dan kesulitan yang dihadapi hendaklah diluahkan agar A mengekalkan reputasi diri. B mudah untuk berkomunikasi. C tidak membebankan diri sendiri. D mendapat penghargaan daripada keluarga.
21
Hubungan kekeluargaan yang terjalin tidak mungkin dapat dipisahkan, bak kata pepatah A air dicincang tidak akan putus. B melentur buluh biarlah dari rebungnya. C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. D bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.
22
Antara berikut, yang manakah cara-cara menghargai anggota keluarga? A Membelikan hadiah yang mahal untuk mereka. B Memenuhi segala kemahuan mereka. C Mengharapkan balasan apabila dibantu. D Mengucapkan kata-kata sayang kepada mereka.
23
Apakah kebaikan mengadakan sambutan Hari Ibu dalam keluarga? A Untuk mendapatkan pujian daripada ibu. B Untuk mendapatkan ganjaran daripada ibu bapa. C Untuk mengiktiraf ibu sebagai tokoh wanita. D Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu.
3
24
Abang menduduki tempat pertama dalam pertandingan nyanyian. Apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan? A Memperlekehkan kebolehan abang. B Mencabar abang untuk bersaing. C Mengejek- ejek kemenangan abang. D Memberikan ucapan tahniah kepada abang.
25 Rajoo akan menyambut Hari Deepavali pada minggu hadapan. Apakah perkara yang wajar Rajoo lakukan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keluarga? A Membantu ibunya mengemas rumah. B Melakukan aktiviti harian seperti biasa. C Mengajak rakan-rakannya datang ke rumah. D Menyediakan semua makanan tradisional masyarakat India. 26 Bagaimanakah anda boleh memberikan sumbangan dalam majlis sambutan hari lahir adik? A Meminta upah kerana turut membantu. B Membiarkan ahli keluarga menyediakan persiapan. C Bekerjasama dengan ahli keluarga membuat persiapan. D Membantu ibu menyiapkan persiapan setelah dipujuk. 27 Mengapakah anak-anak perlu berbincang dengan ibu bapa apabila berhadapan dengan masalah? A Supaya ibu bapa sentiasa berfikir. B Untuk menggelakkan salah faham dengan ibu bapa. C Untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. D Untuk mengelakkan diri daripada dimarahi oleh ibu bapa. 28
Bagaimanakah kasih sayang dan hubungan erat dalam keluarga dapat dikekalkan? A Memastikan aktiviti keluarga diadakan di tempat peranginan. B Menyambut upacara agama dan perayaan bersama-sama keluarga. C Menunjukkan kelebihan keluarga kepada orang lain. D Berbincang dengan ahli keluarga selepas masalah timbul.
29
______________yang baik akan menjamin perhubungan yang baik dalam keluarga. A Perhimpunan B Perpaduan C Komunikasi D Peranan
30
Konflik akan berlaku apabila anggota keluarga _____________dan __________antara satu sama lain. A bosan, waswas B membenci, ragu-ragu C bertanggungjawab, sayang D tidak sepakat, berselisih faham
4
Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah – 10 markah 1 Nyatakan misi sekolah sekolah secara terperinci. ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) 2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) BAHAGIAN C: Soalan Struktur – 10 markah 3 Nyatakan ciri- ciri kecemerlangan diri yang sesuai. ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) 4 Nyatakan cara-cara memupuk perpaduan dalam keluarga. ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah)
5
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN DUA PEPERIKSAAN PERTAMA 2009 BAHAGIAN A: OBJEKTIF- 30 MARKAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
B D B C D B A D A B C B D B D
16.D 17. B 18. C 19. B 20. C 21. B 22. C 23. D 24. A 25. C 26. A 27. C 28.B 29. C 30. D
BAHAGIAN B: MISI DAN VISI SEKOLAH 1. MBSSKL bertekad menjadi sebuah sekolah yang terkehadapan mencapai pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020. ( 5 markah) 2. MBSSKL beriltizam menjadi pemangkin kecemerlangan keilmuan dan pembentuk insan yang jujur, bersopan dan berkeperibadian nasional. (5 markah)
BAHAIAN C: 3. rajin, bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik, menghormati orang lain, perwatakan terpuji, beragama. (5 markah) 4. mengamalkan suruhan agama, menjalinkan kasih sayang antara ahli keluarga, saling menghormati dan menghargai antara ahli keluarga, prihatin dan mengambil berat antara satu dengan lain, mengamalkan gaya hidup sihat, mengenali hati budi setiap ahli keluarga. (5 markah)
6