Macam-Macam Sistem Imun Dan Jenis-Jenis Sel ImunFull description
ffddFull description
j
tentang sistem kepartaianFull description
semoga bermanfaat
Full description
DekanterFull description
arsiran
jenis - jenis noise
Full description
Deskripsi lengkap
Full description
macam-macam oksigenDeskripsi lengkap
Definisi Dan Jenis-Jenis FrakturDeskripsi lengkap
Definisi Dan Jenis-Jenis FrakturDeskripsi lengkap
Konsep dan jenis sistem perhubungan :Radio
Siaran radio dibahagikan kepada siaran tempatan dan kebangsaan. Stesen-stesen radio dibina di seluruh negeri di negara Malaysia. Tujuan diadakan kedua-dua siaran ini ialah bagi membolehkan integrrasi nasional. Polisi governan dan negara dapat disampaikan kepada seluruh rakyat. Siaran ini memberikan hiburan kepada pendengar.
Televisyen
1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan. 1978 siaran berwarna dilancarkan. Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeridiadakan melalui TV1 dan TV2. TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998. Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996. Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar).
Telefon
Bermula selepas 1960-an. Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular. Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel laut antara Kuantan dengan Kuching. Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara. Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysiadengan Thailand, Singapura dan Indonesia. Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikan telekomunikasi di asia. Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad kapasitinya.
Komputer
Bermula dengan komputer peribadi (PC). Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat. Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio. Terdapat juga e-mel dan mel elektronik. Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukanTeknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele- perubatan, e-learning, evillage, e-dagang, e-sidang. ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.
9
Kepentingan sistem perhubungan di kawasan kajian:
Melalui kemajuan dalam sistem perhubungan dan telekomunikasi,maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan. Mengglakkan perdagangan antarabangsa. Membolehkan siaran langsung tentang peristiwa yang berlaku di dunia ditonton melalui satelit. Peranan satelit dalam mengawal dan mengurus pengangkutan udara dan laut,mengurus pertahanan dan ketenteraan negara serta meramal keadaan cuaca. Penggunaan teleks,e-mal dan internet menjimatkan masa dan kos.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan di kawasan kajian:Dasar kerajaan
Kerajaan tekah memperkenalkan Dasar Telekomunikasi Negara(DTN) untuk meningkatkan sistem perhubungan negara. Kerajaan telah menyediakan kemudahan multimedia dengan menubuhkan bandar siber. Kerajaan telah mengadakan kempen pemilikan komputer peribadi(PC) bagi menggalakkan penduduk menggunakan komputer dan internet. Kerajaan juga menubuhkan Perkampungan Hiburan (e-village).
Kemajuan teknologi
Rancangan Malaysia ke-7,Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) diperkenalkan. Urusan yang berkaitan dengan pentadbiran,pembayaran gaji ,kewangan dan perhubungan dilaksanakan melalui e-mel. Kursus jarak jauh universiti tempatan dan luar negara dapat diikuti dengan menggunakan komputer.
Kemudahan asas
Murid-murid digalakkan menggunakan internet dan melayari laman web untuk mencari maklumat. Melalui e-dagangan peniaga dapat berurusan dengan pihak lain dengan cepat.