Laporan Refleksi Pengajaran Makro Matematik
Pengenalan Pada 15 Ogos 2012 yang lepas, bersamaan be rsamaan dengan Hari Ketiga saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang ke-empat (Rabu), saya telah menjalankan pengajaran makro menge nai topik “Masa” terhadap 23 orang murid-murid Tahun 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama. Pengajaran makro ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan kursus Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE 3107) di samping memberikan peluang kepada saya untuk merasai bagaimanakah persediaan dan perasaan apabila saya menjalankan praktikum pada semester depan kelak. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (60 m init) tersebut dijalankan di bawah seliaan seorang guru Matematik yang berpengalaman 22 tahun di sekolah tersebut, iaitu Puan Fauziah Haji Abu Bakar. Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran terse but dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang merancang dan melaksanakan pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan pengalaman perancangan dan pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, kelebihan, masalah, dan kelemahan yang telah dikenalpasti, serta cadangan-cadangan penambahbaikan untuk pengajaran makro atau pengajaran yang seterusnya.
Pengalaman Perancangan dan Pembelajaran Selepas kumpulan kami menerima kertas tugasan ini pada 30 Julai 2012, kami telah duduk bersama di perpustakaan institut untuk membincangkan topik dan tahun manakah yang hendak kami ajar. Kami menggunakan masa yang agak panjang untuk menentukan topik yang hendak diajar kerana kami se dar bahawa setiap topik mempunyai kesukaran dan cabaran yang tersendiri apabila menjalankan pengajaran makro kelak. Setelah lama berbincang, akhirnya kami bulat hati memutuskan bahawa kami akan mengajar topik “masa” bagi Tahun 4. Keputusan ini diambil memandangkan kami berpendapat bahawa topik ini lebih menarik dan senang diajar berbanding dengan topik-topik yang lain. Malah, kami yakin bahawa kami mampu menyediakan bahan bantuan mengajar (BBM) dan lembaran kerja yang menarik bagi topik ini. Lantas, kami pun mula mengenalpasti hasil pembelajaran yang hendak kami capai pada akhir unit pembelajaran kelak. Kami sedar bahawa adalah mustahil bagi seseorang guru untuk mengajar ter lalu banyak kandungan pembelajaran pada masa satu jam ini. Oleh itu, kami hanya menetapkan satu hasil pembelajaran bagi Rancangan Pengajaran Harian Harian (RPH) pada kali ini, iaitu “memahami, membaca, dan menulis masa dalam unit jam dan minit”.
Sepanjang merancang RPH ini, kami juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang mahu kami gunakan semasa mengajar kelak. Namun, dengan mengambil kira ke lebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang se dia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik ini, akhirnya kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran kami lebih berfleksibel dan menarik. Akhir sekali, kami juga meluangkan masa untuk memikirkan bahan bantuan mengajar dan lembaran kerja. Salah satu sebab kami memilih topik ini juga disebabkan kami merasakan bahawa ia memiliki bahan bantuan mengajar yang sangat senang diperoleh, iaitu jam. Sele pas menyediakan lembaran kerja, maka kami bersedia untuk menjalankan pengajaran makro.
Kaedah dan Teknik Pengajaran Terdapat beberapa jenis kaedah dan teknik pengajaran yang t elah saya guna pakai semasa menjalankan pengajaran makro yang lepas. Antaranya ialah pembelajaran koperatif. Menurut Tai (2000), pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai sekumpulan murid belajar dalam kumpulan kecil secara bekerjasama bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama. Pembelajaran sebegini dikatakan mampu menggalakkan murid mengambil bahagian dalam P&P secara aktif di samping dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran. Oleh itu, sebelum saya memulakan pengajaran makro saya pada hari tersebut, saya telah me mbahagikan murid-murid Tahun 4 Bestari kepada 5 kumpulan, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang murid. Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah bercer ita semasa menjalankan pengajaran makro. Kaedah ini digunakan sepanjang masa, apabila saya menjalankan fasa set induksi saya, iaitu menyampaikan satu cerita bagaimana perkembangan jam dari masa dahulu hingga kini, Saya sedar bahawa penggunaan kaedah bercerita dapat menarik minat murid di samping menggalakkan penglibatan mereka semasa proses P&P. Di samping itu, saya juga telah mengamalkan kaedah demonstrasi sepanjang mengajar di kelas 4 Bestari tersebut. Menurut Noriati, Boon, dan Sharifah (2009), demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Pada hari itu, saya diibaratkan sebagai model hidup apabila saya mengajar murid-murid bagaimana untuk melukis waktu pada jam di papan hitam dan juga bagaimana memusing anak jarum untuk menunjukkan waktu yang betul pada jam dinding yang sebenar.
Malah, saya turut menggunakan pendekatan deduktif, iaitu pengajaran dari umum ke spesifik sepanjang pengajaran makro ini. Contohnya, saya telah memberitahu murid-murid bahawa semasa membaca waktu pada jam, kita perlu lihat dan membaca jarum jam terlebih dahulu, diikuti dengan jarum minit sebelum kami melihat contoh-contoh soalan, kemudian murid mencuba sendiri dan menjawab soalansoalan yang terdapat pada lembaran kerja.
Kelebihan yang Dikenalpasti Sepanjang menjalankan pengajaran makro di kelas 4 Best ari, saya sedar bahawa kumpulan kami telah berjaya mecipta satu cerita yang sangat menarik untuk peringkat set induksi pengajaran kami. Hal ini demikian kerana apabila saya menyampaikan cerita dan menampalkan kad-kad cerita pada papan hitam, maklum balas murid-murid adalah begitu memberangsang. Semua murid juga mengambil bahagian apabila saya mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab oleh mereka. Keadaan ini memberikan ikthibar kepada saya bahawa kita harus mempunyai satu set induksi yang menarik supaya dapat terus menarik perhatian murid dan membolehkan proses P&P ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Selain itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Walaupun saya tidak pernah mengajar sebelum ini, namum saya tetap bertindak seperti saya seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan semasa mengajar murid-murid 4 Bestari. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin. Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada diri saya juga membantu saya menyempurnakan pengajaran makro pada hari ini. Walaupun saya berhadapan dengan semua murid Melayu, namun saya masih dapat menyampaikan segala kandungan pembelajaran saya dengan lancar tanpa sebarang masalah ketidakfahaman bahasa. Penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu jam, dan juga lembaran ke rja yang menarik juga membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran dan menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P ini. Oleh itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya dan berkesan.
Masalah dan Kelemahan yang Dikenalpasti Pada hari pertama saya pergi ke sekolah tersebut untuk PBS, saya dimaklumkan bahawa kelas yang bakal saya ajar tersebut tidak mempunyai kemudahan ICT. Ini bermakna saya tidak dapat menggunakan perisian power point untuk menyampaikan cerita saya pada set induksi dan kandungan pembelajaran saya. Kesannya, saya terpaksa memikirkan alternatif yang lain, iaitu menggunakan kad-kad untuk menyampaikan cerita saya, dan menggunakan kad-kad manila dan juga papan hitam untuk menyampaikan kandungan pembelajaran saya. Semasa menjalankan pengajaran makro, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah untuk menyempurnakan apa yang telah dirancangkan untuk setiap langkah. Contohnya, pada peringkat set induksi, saya mendapati saya telah menggunakan masa yang terlampau panjang, iaitu kira-kira 10 minit
untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan saya harus mempercepat segala langkah pembelajaran saya dan mengurangkan sesetengah langkah pengajaran saya. Saya menjadi semakin cemas dan terburu-buru apabila saya mendapati saya telah melebihi masa pengajaran saya. Selepas pengajaran, saya mendapati bahawa kumpulan kami telah memasukkan terlalu banyak langkah pengajaran dalam satu-satu peringkat fasa. Walaupun pada awalnya secara teori, kami rasa langkah ini tidak banyak, namun, apabila kami melaksanakannya, kami menghadapi masalah kekurangan masa. Maka kami sedar bahawa penguasaan masa untuk setiap langkah merupakan salah satu aspek yang perlu kami jaga dan tambah baik selepas ini. Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan berjaya, tetapi saya mendapati bahawa murid-murid seakan-akan tertekan semasa saya mengajar. Selepas melihat semula proses pengajaran makro saya, saya mendapati bahawa unsur humor atau kecindaan masih kurang dalam diri saya. Saya juga mendapati bahawa saya agak serius dan tidak senyum, dan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang dan tegas. Cadangan Penambahbaikan Saya berpendapat bahawa pengajaran makro saya akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna sekiranya saya dapat menggunakan kemudahan ICT yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya mampu membuatkan kandungan penyampaian saya lebih menarik dan kelihatan lebih canggih. Contohnya, saya dapat menayangkan video semasa mengajar atau menggunakan animasi untuk menyampaikan cerita saya. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang dihadapi dan seterusnya memikirnya alternatif untuk m enyelesaikannya. Selain itu, saya sedar bahawa RPH yang akan kami hasilkan pada masa yang akan datang tidak harus terlalu padat dengan langkah pengajaran dan aktiviti. Hal ini demikian kerana kita perlu mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul dengan tiba-tiba dalam bilik darjah dan mengambil masa untuk menyelesaikannya. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira penerimaan murid terhadap pengajaran kita sambil menjangkaan respon murid. Tiada gunanya sekiranya kita menetapkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tetapi murid tidak dapat menguasai apa-apa pun pada akhir pembelajaran. Oleh itu, saya akan lebih berhati-hati semasa merancang RPH dan mem buat persediaan yang lebih rapi semasa menyediakan pengajaran saya kelak. Malah, adalah lebih baik sekiranya saya mendapatkan komen atau refleksi tentang pengajaran daripada murid pada akhir kelas, sama ada secara bertulis atau lisan. Melalui cara ini, saya akan dapat lebih mudah melihat kelemahan yang ada pada perspektif murid dan membaikinya. Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan m ustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Semasa membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan.
Penutup Kesimpulannya, saya mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya pelajari dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa saya akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila saya menjalankan praktikum semester depan kelak.