PANDUAN PENSKORAN MODUL KOMSAS PT3
0
PUISI TRADISIONAL
1
Pantun Empat Kerat (Muafakat) Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) lndah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.
Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.
Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.
Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan pantun "Pantun Empat Kerat (Muafakat)", apakah faedah-faedah yang akan diperoleh jika kita mengamalkan sikap bermuafakat. [3 markah] …muafakat membawa kehidupan yang bahagia …muafakat menjadikan negara aman dan damai …muafakat menjadikan hidup rakyat sejahtera (ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Empat Kerat (Muafakat)' Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah] …permuafakatan. Contohnya,permuafakatan dalam kalangan anggota masyarakat akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera. …kerjasama. Contohnya, sikap sentiasa bekerjasama mmudahkan pekerjaan yang dilakukan. …tolak ansur. Contohnya, rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian sesebuah negara. (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk melahirkan masyarakat yang bermuafakat? [4 markah] …melalui pendidikan awal di sekolah. …melalui penubuhan Rukun Tertangga atau persatuan di taman-taman perumahan. ...kempen kesedaran tentang kepentingan muafakat. …menghidupkan amalan kejiranan semula.
2
Pantun Nasihat (Bersatu Hati) Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) Gunung Tahan sama didaki, Nyiur muda dibuat pengat, Sungai Pahang sama direnang; Mari dimakan bulan puasa; Jikalau semua bersatu hati, Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerja yang payah menjadi senang. Kerana mulut badan binasa. Melangsir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.
Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat.
Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika kita sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata. [3 markah] …kita terselamat daripada perkara yang tidak baik. …maruah diri kita akan sentiasa terpelihara. …kita juga akan sentiasa disenangi oleh orang lain walau di mana-mana sahaja kita berada. ii) Jelaskan pengajaran yang diperoleh daripada pantun tersebut.
[3 markah]
…kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar kerja yang payah menjadi senang. …kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu demi kebaikan diri sendiri. …kita hendaklah menjaga adab dan tatasusila dalam pergaulan. iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah yang baik dalam diri anak-anak? [4 markah] ...mereka perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. …mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. …mereka perlu mendidik anak-anak dengan kasih sayang agar anak-anak sentiasa mengawal tingkah laku.
3
Pantun Berkait (Bekerja) Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN BERKAIT (BEKERJA) Perahu layar mudik ke pangkalan, Tidaklah bimbang barangkan hilang, Sampai di pangkalan, memunggah barang; Semuanya ada dalam selamat; Wahai rakan, handai, dan taulan, Bajak, cangkul, tebas, dan tebang, Bangkit segera kita berjuang. Semuanya dikerja dengan cermat. Sampai di pangkalan memunggah barang, Barang habis dibawa ke rumah; Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah.
Semuanya ada dalam selamat, Boleh disimpan turun-temurun; Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun.
Barang habis dibawa ke rumah, Tiada satu tinggal di perahu; Hapuskan semangat culas dan lemah, Semua kerja mestilah tahu.
Boleh disimpan turun-temurun, Itulah tanda barang yang bcrharga; Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega.
Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang; Semua kerja mestilah tahu, Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.
Itulah tanda barang yang berharga, Payah dicari susah mendapat; Semuanya siap hati pun lega, Tiadalah tinggal terbuang penat. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)Berikan maksud rangkap keempat pantun tersebut.
[3 markah]
...setiap orang mestilah mengetahui dan menguasai bidang tugas masing-masing. (ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Berkait (Bekerja)". Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam pantun tersebut.
[3 markah]
…kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan. …kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. …berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan sesuatu kerja dapat disiapkan dengan sempurna? [4 markah] ...melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh …berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjan …melakukan pekerjaan mengikut jadual yang ditetapkan
…melaksanakan pekerjaan mengikut arahan yang betul
4
Syair Panduan untuk Para Remaja Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia.
Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut'ah pandangan.
Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.
Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, lkhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa.
Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap seketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak.
Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang.
Padalah itu aku khabari, Ingatlah semua, muda jauhari, Kiranya kabul Allah memberi, Dirimu jadi pemulih negeri. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan syair tersebut, apakah keburukan berhutang?
[3 markah]
… barang yang dihutang atau dipinjam sering hilang …boleh mengakibatkan hubungan persahabatan menjadi renggang …menjejaskan maruah dan memalukan diri (ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair tersebut.
[3 markah]
…anafora. Contohnya, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. …inversi. Contohnya, Judi dan arak jangan biasa. …aliterasi. Contohnya, Kiranya Kabul Allah memberi (perulangan konsonan k) (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang bersikap sombong?
[4 markah]
...sikap sombong dibenci oleh orang lain. …menyebabkan kita merasakan diri sendiri sentiasa betul dan hebat …tidak didekati sahabat atau sahabat semakin menjauh …menyebabkan seseorang lupa diri
5
Syair Berbuat Jasa Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawah soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR BERBUATJASA Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna.
Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.
Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani.
Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ, mulai tergantung.
Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma. Si mati hidup selama-lama.
Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.
Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya.
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan rangkap keenam "Syair Berbuat Jasa", apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang berbuat jasa. [3 markah] …jangan mengharapkan balasan atas kebaikan yang telah dilakukan …jangan mengharapkan pnghargaan atas kebaikan yang telah dilakukan (ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui "Syair Berbuat Jasa". Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [3 markah] …janganlah mengharapkan balasan, pujian dan sanjungan apabila melakukan sesuatu kebaikan …kita perlulah sedia berkorban dalam membuat jasa …kita haruslah ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan (iii) Sebagai pelajar, apakah bentuk sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah sebagai membalas jasa sekolah? [4 markah] …mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan …sentiasa menjaga nama baik sekolah …mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum …bekerjasama membangunkan kecemerlangan sekolah
6
Syair Li-Attar Ghaib Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR LI-ATTAR GHIB Wahai sayangnya akan saudara, Sebab bersama-sama mengembara, Tiada pernah muafakatnya cedera, Segala pekerjaan segala perkara.
Hendaklah kita tunduk tengadah, Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah, Adil dan insaf jua berfaedah, Menaikkan kita pangkat saadah.
Dengan kehendak Tuhan yang mulia, Dua orang saudara meninggalkan dunia, Hendak disusahkan tiada berdaya, Kerana perbuatan Tuhan yang sedia.
Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara, Kesenangan hidupnya dikira-kira, Istimewa pula sanak saudara, Jangan sekali diberi cedera.
Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah Wahid al-Khahar, lalah Tuhan bersifat Jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.
Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ilmu mulia anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.
Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ.
Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladankan, Kita sepertinya akan didatangkan. (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkap pertama syair tersebut.
[3 markah]
…hubungan persaudaraan yang akrab antara adik-beradik …semua pekerjaan dan perkara dilakukan bersama-sama secara muafakat (ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Syair Li-Attar Ghib". Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam syair tersebut.
[3 markah]
…keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar mendatangkan keinsafan kepada diri. …kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberikan keuntungan kepada diri. …kesabaran. Contohnya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran. (iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan apabila mendengar berita kematian saudara-mara anda? [4 markah] ...berdoa kepada Tuhan semoga rohnya diampunkan. …menziarahi jenazah dan kluarganya …memberikan sumbangan dan derma …memberikan kata-kata semangat kepada keluarga yang ditinggalkan
7
SAJAK
8
Fragmen Sebuah Kehidupan Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN Maka seorang pujangga pun berkata, "adalah dadah Tuhan, itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak bekalkan aku kudrat iman yang tulus jiwa untuk melewati lorong hidup adalah dadah itu pembunuh semata-mata." yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita Hari ini, tegar memburu negara jaya. angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara Sahabat segenerasiku, dadah telah mati seorang olahragawan angkara rimba di depan kita masih luas terbentang mari dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka. mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan. Shamsudin Othman Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah keluarga Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara. (i) Berdasarkan rangkap pertama sajak, apakah pandangan penyajak tentang dadah? [3 markah] …dadah itu musuh utama negara …dadah itu perosak jiwa …dadah itu pembunuh (ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui sajak "Fragmen Sebuah Kehidupan". Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah] …kita hendaklah sedar bahawa dadah itu amat berbahaya kepada semua …kita hendaklah memiliki jati diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam dadah …kita hendaklah bermohon kepada Tuhan agar dijauhi daripada gejala dadah (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi penyalahgunaan dadah? [4 markah] ...penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas …menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada penagih dan pengedar dadah …memberikan pendidikan tentang bahaya najis dadah sejak di bangku sekolah lagi …mengadakan kempen bahaya najis dadah
9
Kata-kata Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. KATA-KATA Kalau kita dicerca dengan kata jangan kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata. Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata.
Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata. Aduhai anakanda kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata. Hashim Yaacob
Ini martabat bangsa kita Ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala.
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dalam rangkap empat sajak tersebut? [3 markah] …negara kita merdeka bukan melalui peperangan tetapi disebabkan kebijaksanaan pemimimpin negara dalam perundingan. (ii) Nyatakan contoh nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah] …berani. Contohnya, mempertahankan maruah dengan hujah yang bernas …tidak berputus asa. Contohnya, berusaha untuk menegakkan kebenaran …patritisme. Contohnya, mempertahankan kedaulatan negara dengan kebijaksanaan akal (iii) Pada pendapat anda, mengapakah ketua perlu bijak dalam pertuturan? [4 markah] …supaya arahan yang diberikan jelas …bijak memujuk dan mempengaruhi orang lain …tidak menimbulkan kemarahan orang lain …mengelakkan sebarang tindakan kekejaman fizikal
10
Keusangan Budaya Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
KEUSANGAN BUDAYA
Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu menganyam segar
Kedengaran irama gamat menodai kedamaian seruling bambu diam keusangan songket dan batik muram disisihkan
Kelihatan sang teruna menebang ara berbaju Melayu warisan bangsa meniup seruling bambu merdu dan sayu
Ayahanda bonda di pondok memalu nobat di sisi melihat sayu sang Sita Dewi yang usang tidak bermaya lagi. Roshilawati Razlan
Ketika ini tiada lagi sang dara ayu tiada juga teruna gagah kini yang ada cuma tubuh-tubuh lesu tubuh-tubuh kaku
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan sajak di atas, nyatakan contoh kesopanan gadis pada zaman dahulu. [3 markah] …duduk bersimpuh …memakai songket buatan tempatan (ii) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
….remaja zaman dahulu lebih bersopan santun dan bertatasusila …muzik-muzik Barat mempengaruhi budaya tempatan …adat dan budaya silam yang semakin dilupakan (iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan nilai-nilai sopan santun dan tatasusila ini semakin kurang diamalkan lagi? [4 markah] …mudah terpengaruh oleh budaya luar …kurang jati diri …media masa banyak menyiarkan budaya luar …kurang pendedahan terhadap budaya tempatan yang tinggi nilainya
11
Seorang Insan Istimewa Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEORANG INSAN ISTIMEWA Dia tidak pernah meminta untuk lahir sebegitu rupa namun kecilnya diri menyanggah takdir Yang Maha Esa sebuah suratan tertulis sudah sebuah kehidupan tetap harus diteruskan. Seorang insan istimewa menapak dalam reda menggalas payah dalam senyum terpaksa betapa pun simpati mata memandang pasti tiada bandingan dengan derita diri menempuh cabaran.
Seorang insan istimewa anugerah suatu ujian amanah suatu tuntutan biar sukar mesti disempurnakan luas buana mereka tetap punya ruang meneruskan kehidupan selagi Tuhan mengizinkan. Bantulah, bimbinglah seikhlas hati setulus budi Tuhan pasti merestui. Natasya Puteri
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, berikan dua tanggapan penyajak terhadap insan istimewa. [3 markah] …kehadiran insan istimewa merupakan satu ujian …mereka mempunyai hak untuk hidup …meneruskan kehidupan selagi diizinkan oleh Tuhan ii) Nyatakan dua ciri sajak yang terdapat dalam sajak “Seorang Insan Istemewa”. [3 markah] …berbentuk bebas …terdiri daripada empat rangkap …mempunyai tiga hingga lapan baris serangkap iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada golongan istemewa? [4 markah] …bantuan dari segi kewangan …bantuan dari segi hak sama rata seperti orang lain …bantuan dari segi kemudahan asas …memberikan hak keistimewaan untuk mendapatkan pendidikan
12
Rumput Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Baru saja hendak mendongak aku sudah dipijak baru saja hendak berbedak diserbu debu menutup muka cuaca panas angin kering ditambah lagi bau busuk asap lori sesak nafas bagai menunggu mati mujur embun pagi membersih diri.
RUMPUT Baru saja tangan hendak menari datang pemotong rumput lalu dipotongnya jari doa si pemotong rumput cepat panjang cepat dapat wang! Nasib rumput di tepi jalan tak sehijau rumput di padang. Khadijah Hashim (Dipetik daripada antologi HargaSebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
si pemotong rumput cepat panjang cepat dapat wang! Berikan maksud baris-baris di atas.
[3 markah]
…bagi pemotong rumput, mereka suka rumput cepat panjang …pemotong rumput akan cepat mendapat upah apabila memotong rumput tersebut (ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3markah]
…sikap hormat-menghormati sesame insan walaupun terhadap golongan bertaraf rendah …penghargaan kepada orang lain …penindasan terhadap golongan yang bertaraf rendah (iii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada manusia sekiranya alam sekitar terus tercemar? [4 markah] …manusia akan mendapat pelbagai penyakit …manusia sukar mendapatkan sumber makanan yang sihat dan bersih …manusia tidak dapat menikmati keindahan alam …berlaku kehilangan nyawa akibat bencana alam
13
Orang Tua Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan vang berikutnya dengar, menggunakan ayat anda sendiri. ORANG TUA Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi.
Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya.
Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluamya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong.
Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil tidak berbudi nampakkah kau?
Puspa Rani a/p Munusamy (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Nyatakan dua gambaran tentang keadaan lelaki tua yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah] …lelaki tua berada di hujung jalan …memakai baju kemeja yang kotor dan seluarnya rabak …duduk di sudut tangga …sedang menunggu sisa makanan daripada restoran mamak
(ii)
Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
…asonansi. Contohnya, tiada siapa datang menuntutnya (perulangan vokal a) …aliterasi. Contohnya, kemejanya kotor seluarnya rabak (perulangan konsonan k) (iii)
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan bagi membantu lelaki dan wanita tua dalam sajak tersebut? [4 markah]
….menghantar mereka ke rumah kebajikan ….menjadikan mereka sebagai keluarga angkat ….membantu mereka mencari keluarga atau anak-anak mereka ….memberikan bantuan kewangan atau makanan
14
PROSA TRADISIONAL
15
Hikayat Seri Kelantan Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu mendengarkan titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkap hendak melanggar negeri Serendah Kebun Bunga itu, hendak mengambil Tuan Puteri Sadung di dalam Kota Jelasin itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata, setelah cukup semuanya, lalu belayarlah akan menuju ke negeri Serendah Kebun Bunga, Kota Jelasin itu. Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja Siam itu kerana Tuk Ca itu tahu akan ilmu nujum. Maka belayar itu, tiada beberapa lamanya sampailah ke kuala negeri itu. Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, "Perahu kelanggaran dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli tuanku ini." Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang, pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam pun datang naik menghadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sa dung itu. Maka Sultan Abdullah pun sangatlah murkanya kerana Tuan Puteri Sa’dung itu isterinya. Maka lalu Sultan Abdullah berkata, "Aku tiada mahu beri kepada rajamu itu kerana Tuan Puteri Sa'dung itu isteri beta. Patutlah, orang Siam tiada tahu cara bahasa; anak bini orang pun hendak ambil buat anak bini kepadanya. Nyah kamu dari sini! Beta tiada mahu berjumpa mata dengan kamu lagi." (Dipetik daripada prosa tradisional "Hikayat Seri Kelantan" dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah yang dilakukan oleh menteri dan pegawai setelah dititah oleh Raja Siam? [3 markah] ...melengkapkan angkatan tentera …belayar ke negeri Serendah Kebun Bunga (ii)Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.
[3 markah]
…raja yang memerintah di benua Siam …ahli nujum yang menjadi kepercayaan masyarakat dahulu …permaisuri raja yang menjadi rebutan (iii)Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk akibat peperangan?
[4 markah]
…kematian …dendam dan permusuhan yang berpanjangan …kerosakan harta benda …suasana kehidupan yang tidak aman dan harmoni …masyarakat sentiasa berada dalam ketakutan
16
Hikayat Patani Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kira-kira setengah bulan kemudian, raja sembuh seperti sedia kala. Namun begitu, sekali lagi baginda telah memungkiri janji, tidak mahu memeluk agama Islam. Buat kali ketiga, baginda diserang penyakit yang serupa. Kali ini lebih teruk lagi sehingga duduk pun tiada dapat karar. Sekali lagi Syeikh Said diminta datang ke istana mengubati baginda. Maka kata Syeikh Said. "Baiklah, biarlah kali ini patik ubati tuanku. Jika tuanku mungkir lagi, tiadalah patik mahu mengubati tuanku jika ditimpa penyakit ini semula, walaupun patik dibunuh." "Baiklah, mana-mana kata tuan itu hamba ikutlah," titah raja. Tiga hari lamanya Syeikh Said merawat raja. Dua puluh hari kemudian, baginda sembuh sepenuhnya. Sebulan selepas itu, baginda dan orang-orang besar bermuafakat untuk memeluk agama Islam. Pada hari yang dirancangkan, baginda bersemayam di balairung dihadap oleh menteri, hulubalang, dan sekalian rakyat. Syeikh Said pun datang nienghadap raja diiringi oleh bentara. Maka titah baginda, "Adapun hamba memanggil tuan hamba ini, kerana janji hamba hendak masuk agama Islam itulah." Syeikh Said sangat sukacita lalu mengucup tangan baginda dan dijunjungnya. Kemudian, dia mengajarkan raja mengucap dua kalimah syahadat. Maka raja pun kararlah membawa agama Islam. (Dipetik daripada "Hikayat Patani" dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)Bagaimanakah reaksi Syeikh Said apabila raja mengotakan janjinya? …Syeikh Said berasa sangat sukacita …Syeikh Said mengucup tangan baginda dan menjunjunginya …Syeikh Said mengajar raja mengucap dua kalimah syahadah
[3 markah]
(ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam petikan prosa tradisional
tersebut. [3 markah]
…cara pengislaman seorang raja …ketegasan dalam mengotakan janji …kebolehan mengubati sesuatu penyakit (iii) Sekiranya anda raja, apakah ganjaran yang akan diberikan kepada Syeikh Said sebagai upah mengubati penyakit anda? [4 markah] …memberikan wang ganjaran …menawarkan jawatan yang tinggi …menghadiahkan sebidang tanah 17
…memberikan penghormatan yang sewajarnya Hikayat Inderaputera Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka sahut Inderaputera, "Nama hamba Inderaputera disebut oleh orang, dan hambalah anak Raja Bikrama Buspa," seraya diceriterakannya perihal ehwalnya daripada permulaan datang pada kesudahannya. Setelah didengar oleh kuda Janggi Gerdana kata-kata itu maka ia pun menundukkan kepalanya seraya mengikut Inderaputera. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam perbendaharaan itu mencari pelana kuda itu. Maka dilihat oleh Inderaputera dalam pelana yang banyak itu ada suatu pelana terlalu indah rupanya bertatahkan ratna mutu manikam adalah tertulis Janggi Gerdana. Maka diambil oleh Inderaputera pelana itu maka dikenakan pada kuda itu tiadalah lagi bersalahan. Setelah sudah maka Inderaputera pun naiklah ke atas kuda Janggi Gerdana itu seraya*dibawanya berkeliling perbendaharaan itu lalu dilihatnya berbagai-bagai temasya. Setelah derinikian maka kata Janggi Gerdana, "Ya tuanku, di kepalanya ular Mamdud itu ada suatu cembul kaca putih. Maka dalam cembul itu ada suatu Bedi Zahar namanya. Adapun jika ada Bedi Zahar itu dibubuhkan kepada orang mati nescaya hidup semula. Sebermula jika manusia atau binatang yarg tanggal tulangnya sekalipun nescaya hidup pula olehnya." Setelah Inderaputera mendengar kata Janggi Gerdana itu maka ia pun sukacita. Maka segeralah ia pergi kepada Ular Mamdud itu. Maka dibelahnya kepala ular itu seraya diambilnya akan gemala di dalaim otsknya lalu diambilnya oleh Inderaputera akan cembul kaca putih yang ada di pusat ular mamdud itu lalu diambil oleh Inderaputera yang ada berisi Bedi Zahar itu. Maka lalu Inderaputera pun kembali kepala Janggi Gerdana serta dengan sukacitanya. (Dipetik daripada prosa tradisional "Hikayat Inderaputera”, antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan prosa tradisional Hikayat Inderaputera, apakah dilakukan oleh kuda Janggi Gerdana kepada Inderaputera? [3 markah] …menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata Inderaputera …memberitahu Inderaputera bahawa di kepala ular Mamdud ada suatu cembul kaca putih yang berisi Bedi Zahar (ii) Apakah keistimewaan Bedi Zahar tersebut?
[3 markah]
…menghidupkan orang yang sudah mati semula …manusia atau binatang yang sudah reput pun nescaya akan hidup semula (iii)Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya dilakukan oleh seseorang itu bagi mencapai sesuatu yang dihajatinya? [4 markah] ...berusaha dengan bersungguh-sungguh …meminta bantuan orang lain …tidak mudah putus asa …membuat perancangan yang teratur …berdoa dan berserah kepada Tuhan 18
Hikayat Marakarma Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya, dinaikkan ke atas perarakan panca persada tujuh tingkat, dihadap oleh segala raja, dan anak dara yang memegang puan. Kemudian, diarak berkeliling Mercu Indera tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengema Lela, dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian masing-masing, seperti Maharaja Kisna Indera memanah ke udara, turun hujan bunga rampai. Mengindera Dewa juga memanah ke udara, turun pula hujan air mawar, panah Raja Mengerna Lela dapat mengeluarkan cahaya matahari, dan Dikar Agas Peri memanah ke udara, turun hujan permata ratna mutu manikam. Segala raja, menteri, dan rakyat sekalian di negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani menjadi raja di dalam negeri Mercu Indera itu. (Dipetik daripada "Hikayat Marakarma" dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, gambarkan suasana sambutan pertabalan Sultan Maharaja Marakarma? [3 markah] ...sambutan selama empat puluh hari empat puluh malam …Maharaja Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya …baginda dinaikkan ke atas perarakan panca persada tujuh tingkat …baginda diarak keliling Mercu Indera sebanyak tujuh kali (ii)
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut. [3 markah]
...masyarakat pemerintah. Contohnya, berlaku perkahwinan dalam kalangan anak raja. …masyarakat rakyat biasa. Contohnya, perkahwinan Maharaja Marakarma turut dihadiri rakyat jelata …masyarakat yang mempunyai kebolehan luar biasa. Contonya, Maharaja Kisna Indera menunjukkan kesaktiannya semasa majlis perkahwinan Maharaja Marakarma (iii) Sebagai rakyat, apakah yang akan anda lakukan untuk menunjukkan ketaatan kepada sultan? [4 markah] …tidak mengingkari atau derhaka akan perintah sultan …sentiasa menjaga nama baik sultan …sentiasa menghormati sultan …sentiasa menyanjung kedaulatan sultan
19
CERPEN
20
Mutiara Bonda Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam seminggu, hanya tiga empat hari adik ke sekolah. Cikgunya pun sudah tidak larat hendak menjengah ke rumah. Kerja sekolahnya saya dan bonda yang akan selesaikan. Hal ini untuk memastikan adik mahu ke sekolah pada esok harinya. Pemah adik didenda ketuk ketampi sebanyak 20 kali kerana gagal melangsaikan kerja Matematiknya. Sejak itu apalagi, adik mulalah berhelah tidak mahu ke sekolah kerana takut akan guru tersebut. Makin peninglah dan kalutlah bonda meneropong ikhtiar. Buku rekod kemajuan adik penuh dengan angka-angka merah. Malah adik cukup setia dengan angka tercorot. Tidak tahulah, adik ini mewarisi kemalasan siapa. Padahal, dua orang kakak kembar saya ialah puncak kejayaan keluarga saya. Buktinya, Kak Long kini di Universiti Southwestern, Texas dan Kak Ngah saya di Universiti Monash, Australia. Sepatutnya, berbusa diplomasi bonda boleh menjadikan adik anak yang soleh, tetapi kosong lompong. Walaupun bonda tidak pernah membahasakan seculin nihilnya, namun saya dapat menterjemahkan kekecewaan pada wajah bonda. Yalah, hati seorang ibu, ibarat gelas. biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya. Adik tidak sedar akan kelukaan yang pernah mendarah dan mendaging di hati bonda. Kasihan melihat bonda bersengkang mata menjahit baju upahan, dari sejak bertaburannya bintang, hinggalah riuh kokokan ayam. Adik, tidak pernah membantu bonda menjengah ke bendang bergelumang selut. Menoreh getah dalam gelita pagi. Adik tidak pernah rasa semua itu. Walaupun masih kecil, adik patut ambil tahu tentang kesusahan ini dan memahaminya. Timbunan kerja itulah yang mengenyangkan perut kami. Kenapalah adik tidak menghargai pengorbanan bonda? (Dipetik daripada cerpen "Mutiara Bonda", antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i). Berdasarkan petikan cerpen Mutiara Bonda, berikan alasan yang diberikan oleh “adik” untuk tidak hadir ke sekolah. [3 markah] …menyiapkan kerja sekolah…takut kepada guru yang mendendanya (ii). Nyatakan nilai murni dalam petikan di atas [3 markah] …kasih sayang. Contohnya, ibu sayang akan anak-anaknya …bertanggungjawab. Contohnya,ibu bekerja keras mencari wang untuk menyara keluarga …belas kasihan. Contohnya, kasihan melihat ibu yag bersengkang mata menjahit sehingga pagi (iii). Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh seorang murid supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan? [4 markah] …tidak ponteng sekolah …mendengar arahan guru dengan tekun …sering bertanya kepada guru tentang topik yang sukar …mengulang kaji pelajaran 21
…menghadiri kelas-kelas tambahan …menyiapkan latihan-latihan yang diberikan oleh guru.
Segala yang Tercinta Ada di Sana Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Walaupun surau ini sangat daif, persekitarannya bersih dan terlihat aman sekali. Rumput tumbuh menghijau, malah sentiasa terpangkas rapi. Pohon putat di belakang surau dekat bilik air pula selalu saja melebat pucuknya, manakala daun kaduk tumbuh subur melitupi tanah sekangkang kera di belakang bilik air. Jadi, kalau terkurang lauk di rumah, kami akan memetik pucuk putat untuk dibuat ulam, dan daun kaduk pula enak sekali dibuat kerabu bercampur beras yang ditumbuk lumat serta sedikit kelapa yang dikukur halus. Surau itu sangat terjaga; lantainya selalu bersapu dan jangan di jari barang sejengkal pun sawang. Malah kalaupun kami bermain dekat surau ini, tak berani seorang pun berbuat kotor. "Muliakan rumah Allah supaya kamu beroleh kasih-Nya," pesan Haji Salleh Pumpong. Dia satu-satunya imam surau; satu-satunya orang di kampung kami yang paling tahu segala benda yang berkaitan amal ibadat. Dia yang mengetuai solat subuh sampai isyak, walaupun solat zuhur dan asar hanya kami makmumnya. Bergilirlah azan, berlagulah tak kira cara Makkah atau Nagore. (Dipetik daripada cerpen "Segala yang Tercinta Ada di Sana" oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Gambarkan keadaan surau yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah] ...keadaan surau amat daif…persekitarannya bersih dan suasananya aman …rumput tumbuh menghijau dan dijaga rapi (ii)Nyatakan dua perwatakan Haji Salleh Pumpong yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah] …berpengetahuan luas. Contohnya, Haji Salleh Pumpong dikenal sebagai orang yang berpengetahuan luas terutamanya tentang amal ibadat …alim. Contohnya, Haji Salleh Pumpong taat akan perintah agama …pembersih. Contohnya, Haji Salleh Pumpong menjaga surau di kamping agar sentiasa bersih dan kemas (iii)
Surau merupakan rumah ibadat bagi orang-orang Islam.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menjadikan rumah ibadat agama anda sebagai tempat yang selesa? [4 markah] ...memastikan keadaan persekitaran dan bahagian dalam tempat ibadah sentiasa bersih …mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat ibadat …menyediakan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tempat ibadat
22
…menyediakan peraturan kepada semua tetamu yang datang supaya menjaga kebersihan tempat ibadat
Harga Sebuah Lukisan Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tiga hari Kamal Hijaz berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambar pahlawan sedang bertikam. Dia lebih bertekad untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi ketika petani sedang bergotong-royong menuai padi dan pada latarnya kanak-kanak sedang bermain wau bulan. Di langit, burung layang-layang sedang berlegarlegar bermain angin. Hari Sabtu, hari cuti persekolahan. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa itulah tempat akan berlangsungnya pertandingan melukis itu. Sudah banyak murid sekolah menengah lain yang hadir untuk menyertai pertandingan melukis itu. Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran dengan taman mini sekolah. Maryati, kawan sekelasnya, datang bersama-sama Norlela. Mereka berdua amat rapat dan jarang berenggang. Macam belangkas. Mereka menyandang beg di bahu. Tentu di dalamnya diisi dengan peralatan melukis serta pek kertas lukisan. Mereka berdua mula melabuhkan punggung di atas bangku simen di hadapan Kamal Hijaz. (Dipetik daripada cerpen "Harga Sebuah Lukisan" oleh Baharudin A. Manan dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan ciri-ciri lukisan yang ingin dilukis oleh Hijaz.
[3 markah]
…melukis permandangan di sawah padi ketika petani sedang bergotong-royong menuai padi …bahagian latarnya terdapat kanak-kanak sedang bermain wau bulan …di langit pula burung layang-layang sedang berlegar-legar bermain angin (ii) Kemukakan dua nilai yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[3 markah]
...kebijaksanaan. Contohnya, Kamal Hijaz merupakan murid yang pintar dan berbakat besar dalam bidang seni lukis. …kegigihan. Contohnya, Kamal Hijaz gigih berlatih melukis selama tiga hari untuk menyertai pertandingan. …persahabatan. Contohnya, hubungan persahabatan yang terjalin antara Kamal Hijaz, Norlela dan Maryati (iii) Pada pandangan anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan seseorang sebelum menyertai sesuatu pertandingan? [4 markah] …bersedia dari segi mental 23
…membuat latihan yang secukupnya …merancang stratgi unuk memenangi pertandingan …menyediakan peralatan atau keperluan untuk pertandingan yang secukupnya
Budi Semangkuk Daging Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Puan Ainun memang tidak pernah berminat dengan jualan langsung. Dia juga tidak pernah membeli sebarang makanan kesihatan sebelum ini. Padanya, makanan yang sihat ialah makanan seimbang yang disediakan dari dapurnya sendiri. Oleh itu, dia menolak pelawaan Punita itu. Namun, penolakan itu dibuatnya dengan baik, juga dengan alasan yang baik. Bagi Puan Ainun, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyinggung hati jirannya. "Apakah kerana penolakan itu Punita marah?" bisik Puan Ainun. Puan Ainun mengeluh. "Masakan! Tapi... oh!" dia jadi bingung. Kalau itulah puncanya, Puan Ainun fikir, Punita tidak wajar berbuat begitu. Malah, cara Punita meminta anaknya membawa pulang masakan itu dirasakan oleh Puan Ainun seperti suatu penghinaan. Patutlah pada dua hari yang lepas, sewaktu dia terserempak dengan Punita di luar rumah. Punita seperti tergesa-gesa mahu meninggalkannya. Punita cuma melemparkan secebis senyuman lalu terburu-buru masuk ke dalam keretanya. Dia tidak mahu berbual walau sepatah dua kata seperti biasa. Rupa-rupanya, ada dendam dalam hati wanita yang telah berusia tiga puluhan tetapi masih belum berkeluarga itu. "Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa, aku akan buat begitu pada engkau pula," kata Puan Ainun dalam hati. Dia seperti menyimpan dendam disebabkan perasaannya yang membara itu. Dia kelihatan begitu nekad. (Dipetik daripada cerpen "Budi Semangkuk Daging", antologi Harga Sebuah Lukisan,Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan perpen Budi Semangkuk Daging, nyatakan tanggapan Puan Ainun terhadap akibat kerenggangan hubungan mereka. [3 markah] …menolak pelawaan Punita terhadap jualan langsungnya …Punita tidak sudi menerima pemberiannya dengan mengembalikannya semula …Punita tidak berbual-bual dengannya, hanya tersenyum dan memasuki kereta dengan tergesa-gesa (ii) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.
[3 markah]
…kita hendaklah tidak berprasangka buruk kepada rakan-rakan atau jiran tetangga …kita hendaklah memahami adat dan budaya jiran yang berlainan bangsa (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjaga perpaduan sesama jiran tetangga? [4 markah]
24
…sering bertegur sapa …meluangkan masa menziarahinya …mengambil berat akan kebajikan jiran tertangga …memahami adat dan budaya jiran tertangga
Mencari Nafas Baharu Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkannya apabila dia ditempatkan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana merupakan salah seorang lulusan sulung sebuah universiti pendidikan tempatan. Pendedahan terhadap sosiolinguistik, semantik, dan berbagai-bagai ilmu pendidikan lagi memberikan peluang guru berijazah seperti Ana untuk menyambung khidmat baktinya dia sebuah sekolah yang terletak di pedalaman. Kenangan dan pengalaman semasa bersama dengan peserta kursus yang menjalani penyelidikan sastera rakyat di Kampung Chat, Hulu Pahang telah membulatkan tekad Ana untuk mencurahkan khidmat baktinya kepada anak-anak bangsa yang dahaga akan ilmu. Keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar. Penempatan Ana di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat merupakan cabaran yang begitu besar baginya dalam profesion keguruannya. Tidak ada bahasa yang dapat menggambarkan perihal perasaan hatinya kala itu, hanya air mata yang mampu menjelaskan segala-gala yang tersurat dan yang tersirat. Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran, Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. Milah anak sulung daripada enam orang adikberadik. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian.
Pada suatu pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk muridmuridnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Kelihatan Milah duduk bersendirian di sebuah bangku panjang di kantin sekolah sambil membuat latihan Bahasa lnggeris. Rakan-rakan yang lain masih belum kelihatan lagi. Jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kelas tambahan bermula pada jam 8.00 pagi. (Dipetik daripada cerpen "Mencari Nafas Baharu", antologi Hatga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan cerpen Mencari Nafas Baharu, apakah faktor yang mendorong Ana mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang? [3 markah] …pernah ke sana semasa menjalani penyelidikan sastera …hajatnya untuk berbakti di sebuah sekolah di pedalaman …keindahan alam semula jadi (ii) Nyatakan latar tempat dalam petikan di atas. [3 markah] …di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Ana mendapat pendidikan untuk menjadi guru
25
…Kampung Chat, Hulu Pahang. Contohnya, Ana pernah dating ke sini semasa membuat penyelidikan sastera …Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat. Contohnya, Ana menjadi guru tingkatan dan guru mata pelajaranTingkatan 3 (iii)Pada pendapat anda, jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memelihara keindahan alam sekitar. [4 markah] …menghalang aktiviti pembalakan …mengurangkan aktiviti pembukaan tanah untuk pertanian …kempen memelihara dan memulihara hutan …tindakan undang-undang …diwartakan sebagai hutan simpan
DRAMA
26
Cabaran Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. YAHYA: Orang-orang kita sekarang sedang menghadapi cabaran. Ya, kita sedang berhadapan dengan cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran! Saudara-saudara, bagaimana kita harus menghadapi cabaran ini? Adakah cukup dengan berkata-kata saja? Adakah cukup dengan mendabik dada saja? FIRDAUS: Kita lttempunyai banyak orang yang sanggup bertungkus-lumus. Yang kita perlukan sekarang ialah orang-orang yang sedia berjuang tanpa banyak bicara. Berjuang untuk kemajuan kita. HANI: Saya rasa kemunduran kita banyak sebabnya. Satu daripadanya ialah orang-orang kita tidak mempunyai sikap yang serius. Orang-orang kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi. Orang-orang kita mesti belajar berniaga. HUSIN: Yalah, kemajuan di lapangan perusahaan dan perdagangan amat penting. ZAINAL: Orang-orang kita cuma kaya cita-cita. Kita tidak berwang, engkau tahu? Memandang YAHYA. MARIAH: Itulah aku katakan. Kita mesti belajar berniaga kecil-kecilan dulu, seperti menjual aiskrim, membeli pisang, dan berniaga barang-barang runcit. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak. (Dipetik daripada drama "Cabaran" oleh A. Ghaafar Ibrahim dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan sebab-sebab kemunduran masyarakat seperti yang dinyatakan dalam petikan drama tersebut? [3 markah] …masyarakat kita tidak mempunyai sikap serius …masyarakat kita suka berboal-bual kosong di kedai kopi …masyarakat kita tidak mahu belajar berniaga …masyarakat kita Cuma kaya cita-cita (ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [3 markah] 27
...perjuangan untuk memajukan bangsa …sikap dan pemikiran masyarakat yang masih mundur …kepentingan dalam bidang perniagaan (iii)Selain masalah modal, pada pendapat anda, apakah masalah-masalah lain yang bakal dihadapi oleh seseorang yang baru hendak memulakan perniagaan? [4 markah] …masalah untuk mendapatkan tempat berniaga …masalah untuk mendapatkan pelanggan dan pekerja …masalah untuk merancang strategi bagi memajukan perniagaan
Sebuah Perjuangan Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AWANG: (Tercungap-cungap) Pangeran, kita tidak boleh bertahan lebih lama lagi dalam keadaan begini. Bilangan orang-orang kita yang gugur semakin bertambah. Kubu kita ini tidak boleh bertahan jika terus-terusan dibedil, Pangeran. PANGERAN S YAH BANDAR: (Tegas) Biar kita mati berkalang tanah Awang! Menyerah dan mengaku kalah kepada kompeni durjana itu jangan sekali! AWANG: (Memujuk) Pangeran, sudah hampir empat bulan kita berperang menentang polispolis kompeni itu. Berdayakah kita melawan mereka lagi, Pangeran? Bertahan pun kita semakin lemah. PANGERAN SYAHBANDAR: (Mengeluh) Ya, kita, tahu. Tapi.... AWANG: Tapi, apa lagi Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor baharu kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan peperangan? Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai, Pangeran. PANGERAN SYAHBANDAR: (Bersuara lembut) Benar juga katamu itu, Awang. Kita sememangnya sudah terlalu lemah untuk terus menentang mereka. Tetapi, ini bukan bermakna kita kalah dalam perjuangan kita Awang. Tidak! Sebaliknya semangat kita semakin bertambah kental untuk membebaskan tanah tumpah darah kita daripada penjajah durjana itu. (Dipetik daripada drama "Sebuah Perjuangan" oleh Ab. Manaf Kamarudin dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan bahasa dan Pustaka) (i)
Mengapakah Awang berkata bahawa pasukan mereka tidak mampu bertahan lagi? [3 markah]
...bilangan orangnya yang terbunuh atau gugur semakin bertambah …kubu mereka tidak boleh bertahan jika terus dibedil oleh musuh (ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut [3markah] 28
.., kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara …kita hendaklah bijak membuat keputusan untuk kepentingan negara …kita hendaklah menyayangi negara dengan sepenuh hati (ii)
Sekiranya anda Pangeran Syahbandar, jelaskan tindakan-tindakan anda untuk menghadapi situasi seperti yang digambarkan dalam petikan drama tersebut. [4 markah] …mengajak pihak musuh brbincang atau berunding …meminta bantuan negara luar untuk berdepan dengan musuh …membaa masalah itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu …mengambil langkah untuk berdamai yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak
29