Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Disediakan oleh : Norfasihah Binti Ibrahim 2010200328 Wan Siti Nafisah Binti Wan Mohd Nasir 2010290204 Shakirah Binti Ahmad Shah 2010416562 Nor Hazwani Binti Basiran 2010239238 Siti Norhazwani Binti Ibrahim 2010868558 Norelmi Najiha Binti Ismail 2010296904 Nor Hafizah Binti Mhd Ayob 2010436064
Kumpulan : AP2243D
Untuk : Cik Nor Afifah Binti Abdul Hamid Pensyarah CTU553 (Hubungan Etnik) Pusat Pemikiran Islam UiTM Shah Alam
30 September 2010
Ringkasan ‘Rambut sama hitam, hati lain -lain’ . Begitulah yang boleh dikatakan apabila menyentuh isu berkenaan politik. Setiap inividu pasti mempunya pandangan, pendapat dan kefahaman yang berbeza mengenai perkara ini. Hal ini mungkin kerana cara penyampaian dan penerimaan dalam pelbagai bentuk proses perlaksanaan politik itu sendiri. Laporan ini bertujuan mengkaji sejauh mana perkembangan politik dalam negara sejak dari sebelum Malaysia (terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) Me layu) mencapai kemerdekaann sehinggalah pasca-merdeka dewasa kini. Segala maklumat yang terkandung dalam laporan ini diperoleh daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik. Laporan terhadap isu ‘ Pembangunan Politik Dalam Konteks
Hubungan Etnik Di Malaysia’ akan diserahkan kepada pensyarah CTU553. Antara aspekaspek yang dibincangkan dalam laporan ini adalah realiti politik dalam negara, keterlibatan etnik dalam bidang politik, cabaran dan isu-isu hangat yang tercetus, kemajmukan etnik, pengukuhan perpaduan dan saranan untuk memperbaiki situasi politik terkini. Konklusinya, perkembangan politk tanah air masih lagi berada ditahap yang stabil. Walau bagaimanapun, bagaimanapu n, isu-isu yang tercetus kebelakangan ini boleh menggugat kestabilan politik kita. Justeru, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar perkara ini tidak berlaku.
1
Penghargaan
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Kami sembah pembuka bicara.
Bersyukur kami ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kami laksanakan tugasan ini dengan sempurna hingga ke akhirnya, Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah CTU553, ci cik k Nor Afifah binti
Abdul
Hamid, kerana telah membuka ruang untuk kami mengkaji skop tugasan ini dengan mendalam serta memberikan tunjuk ajar yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya menyiapkan tugasn ini. Juga, setinggi-tinggi penghargaan kami lontarkan kepada semua pihak yang telah menghulur tangan, menyumbang idea dan memberi kritikan membina terhadap hasil kerja kami sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini. Diharapkan, hasil yang kami persembahkan berupaya menyampaikan maklumat terbaik kepada semua pihak. Segala kekurangan yang terzahir dalam laporan ini amatlah kami kesali. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu juga daripadaNya. Sebagai hamba-Nya, kami telah berusaha sehabis daya untuk menghasilkan satu laporan yang terbaik untuk perkongsian bersama. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, harap semua berpuas hati.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum assalamualaikum w.b.t.
2
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Ringkasan
1
Penghargaan
2
1.0
PENDAHULUAN
4
2.0
REALITI POLITIK DALAM NEGARA 2.1 SEMENANJUNG SEMENANJUNG MALAYSIA 2.2 SABAH 2.3 SARAWAK
5 9 11
3.0
PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK
13
4.0
POLITIK SEMASA 4.1 PERKEMBANGAN 4.2 CABARAN 4.3 ISU-ISU HANGAT
15 16 18
5.0
KEMAJMUKAN ETNIK DI MALAYSIA MALAYSIA
21
6.0
KE ARAH PENGUKUHAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA 6.1 RUKUN NEGARA 6.2 PEMBENTUKAN PEMBENTUKAN BARISAN NASIONAL (BN) 6.3 PAKATAN RAKYAT
24
7.0
SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK
27
8.0
KESIMPULAN
28
Rujukan
29
3
1.0
PENGENALAN
Di Malaysia, telah wujudnya banyak parti politik kerana variasi etnik yang pelbagai. Kepelbagaian etnik ini secara langsung mahupun tidak telah merancakkan agenda politik dalam negara. Secara positifnya, situasi ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Bahkan, sehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada dalam diri setiap individu telah memberi kesan yang unik terhadap imej politik negara Malaysia dari seluruh perspektif sama ada negara mahupun dunia. Bermula daripada zaman penjajahan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu telah berusaha keras dalam memenangi kemerdekaan tanah air. Ditambah juga dengan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang pada ketika itu begitu utuh dan tebal demi membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Juga, buruh-buruh asing yang pada ketika itu merasakan kelompok mereka teraniaya dan ingin memperjuangkan hak yang lebih saksama telah mencorakkan politik semasa yang lebih kuat berbanding sekarang pada ketika itu. Berbeza kini, sikap individualistik lebih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita yang seperti tidak ambil peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling. Secara teorinya, Malaysia telah lama mengamalkan demokrasi. Namun, suatu yang masih menjadi persoalan dan tunjang utama kepada politik tempatan adalah ketelusan dan sejauh mana pengaplikasian sistem ini dalam pengurusan negara.
4
2.0
REALITI POLITIK DALAM NEGARA
2.1
SEMENANJUNG MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA
1943
1 Apr 11 Mei 1946 1946
Jan 27 Feb 1949 1949
UMNO
MCA
Zaman Pendudukan Jepun Malayan Union
2.1.1
SELEPAS MERDEKA
16 Sept 1951
Jan 1952
IMP
Perikatan UMNO-MCAMIC
Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum/Communities Liaison Committee (CLC)
1974
Barisan Nasional (BN)
Mac Jan 1952 2008
Pakatan Rakyat (DAPPKR-PAS)
Sebelum Merdeka
2.1.1.1 Zaman Pendudukan Jepun
Penjajahan British telah meninggal kan kesan terhadap hubungan etnik dan corak pembangunan politik di Malaysia. Bermula daripada dasar British yang telah mambawa masuk buruh dari China dan India untuk menjana ekonomi tempatan pada masa itu. Hal ini disebabkan kekayaan hasil bumi tanah Melayu pada ketika itu. British juga telah mengasing kan meraka daipada penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan. Masyarakat Cina telah ditempatkan di lombong-lombong, bandar ataupun di pekan kerana mereka telah diletakkan di sektor perniagaan. Masyarakat India telah ditempatkan di estet-estet dan bekerja sebagai buruh estet. Manakala masyarakat melayu telah menjalankan kegiatan pertanian sara diri dan traditional seperti pertanian dan menangkap ikan. Mereka juga telah ditempatkan di kampung-kampung. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu (Cina, India dan Melayu).
5
Pada tahun 1943, pihak Jepun telah datang ke Tanah Melayu. Mereka telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana pihak Jepun menganggap masyarakat Melayu adalah sebagai pemilik sah di Tanah Melayu dan mempunyai kepentingan dari segi politik. Oleh kerana itu, terdapat orang Melayu yang diambil untuk bekerja oleh pihak Jepun dalam pentadbiran awam. Pihak Jepun juga telah mengiktiraf gelaran sultan dan Agama Islam serta mengakui raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat melayu. Selain itu, pihak Jepun juga telah membebaskan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestman dan Ishak Haji Muhammad. Pihak Jepun juga telah menggalakkan Ibrahim Yaakob menubuhkan Pasukan Pembela Tanah Air (PETA) pada tahun 1943 dan Kesatuan Rakyat Istimewa Senanjung (KRIS). Atas sebab untuk mendapatkan negara India, Jepun telah mengamalkan dasar berbaik-baik denagn orang India di Tanah Melayu pada masa itu, untuk mendapatkan sokongan mereka. Manakala, layanan pihak Jepun terhadap masyarakat Cina pada masa itu adalah lebih buruk. Ini kerana, masarakat Cina di seberang laut telah memberikan sokongan yang padu kepada negara China semasa Perang China-Jepun pada tahun 1937.
2.1.1.2 Malayan Union
Pada 1 April 1946, Rancangan Malayan Union telah diperkenalkan yang menggabungkan kesemua negeri negeri di d i Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran British. Rancangan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan masyarakat Cina dan India kerana memudahkan kaum bukan Melayu menjadi rakyat Malayan Union berdasarkan prinsip jus soli (kelahiran). Rancangan untuk menubuhkan Malayan Union telah mendapat kekangan hebat dari masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana, orang Melayu bimbang hak keistimewaan dan kedudukan politik orang Melayu pada ketika itu akan tergugat disebabkan hak kewarganegaraan kewarganegaraan yang longgar. Selain itu, kuasa raja-raja ra ja-raja Melayu akan terjejas ter jejas.. Hal ini telah melahirkan rasa tidak puas hati antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu.
2.1.1.3 United Malays National Organization (UMNO)
UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini telah menyatupadukan mayarakat Melayu yang pada ketika itu membantah terhadap rancangan Penubuhan Malayan Union. Hal ini telah menyebabkan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British. Seterusnya pada Februari 1948, British telah membubarkan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. 6
Pertikaian terhadap hak kewarganegaraan telah berlanjutan dan tiada penyelesaian walaupun setelah pertukaran kepada Persekutuan Tanah Melayu. Masayrakat Cina menganggap hak kewarganegaraan sebagai halangan kepada masyarakat bukan melayu tuk mendapat taraf tersebut kerana salah satu syarat kelayakan ialah penguasaan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun masyarakat Melayu tempatan bersetuju dengan syarat tersebut kerana dengan cara ini kuasa-kuasa raja Melayu dapat dikembalikan.
2.1.1.4 Jawatankuasa Perhubungan Kaum/Communities Kaum/Communities Liaison Committee (CLC) ( CLC)
Atas usaha Dato’ Onn Jaafar dan Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara) CLC telah ditubuhkan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. CLC merupakan pertubuhan separa politik kerana perkambangan CLC adalah di bawah pengawasan British dalam setiap perjumpaan CLC dan ahli-ahli CLC terdiri daripada pemimpin politik dan dan ahli pentadbir. CLC juga memberi perhatian kepada hubungan politik orang Melayu dan orang yang bukan Melayu. Jadi, pengambilan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan dan berkerajaan sendiri untuk mewujudkan lahi hubunagn etnik yang harmoni. Dalam isu pilihan raya pula, CLC telah mencadangkan satu peralihan kerajaan secara berperingkat-peringkat di Tanah Malayu. Hal ini dilaksanakankan dengan cara mewujudkan pilihan raya secara berperingkat.
2.1.1.5 Malaysian Chinese Association (MCA)
Parti ini dianggotai oleh masyarakat Cina dan memperjuang dan mempertahahankan kepentingan orang Cina. Selain itu, hasrat parti ini juga untuk mewujudkan hubungan berbaik-baik dan kerjasama antara orang Cina dengan etnik lain di Tanah Melayu. Tambahan pula, parti ini berhasrat untuk membersihkan imej orang Cina yang sering dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM)
2.1.1.6 Independent Malayan Party (IMP)
Parti ini telah ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato’ Onn. Parti ini telah ditubuhkan ditubuhkan oleh Dato’ Onn selepas beliau keluar daripada pada tahun 1951. Hal ini kerana beliau ingin membuka keahlian UMNO ingin dibuka kepada orang bukan Melayu dan seterusnya mencetus kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. 7
Penubuhan parti ini telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin bukan Melayu seperti H.S. Lee, Heah Joo Siang, Tan Cheng Lock, P.P Narayanan dan K.L. Devaser kerana mereka berpendapat ini adalah satu usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai etnik pada ketika itu.
2.1.1.7 Perikatan UMNO-MCA-MIC
Pada Januari 1952 perkongsian kuasa antara dua buah parti terbesar di Tanah Melayu antara UMNO dan MCA. Perikatan ini telah memenangi sembilan kerusi dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pada Oktober 1954 Parti Perikatan UMNO-MCA ini telah disertai olah MIC. Parti ini telah bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Hasil daripada kerjasama ini, parti ini telah memenagi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
8
2.1.2
Selepas Merdeka
3.1 Barisan Nasional (BN)
Parti Perikatan ditelah ditukar kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974. Hal ini dalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik di Malaysia supaya setiap kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam proses politik di Malaysia.
3.2 Pakatan Rakyat
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, Pakatan rakyat telah dibentuk. Pakatan ini adalah diantara Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Selain itu, menjelang pilihanraya 2008, keadaan parti politik di Malaysia turut dipengaruhi oleh Hindu Rights Actions Force (HINDRAF) yang dipimpin oleh beberapa orang peguam yang berbangsa India. Ini telah te lah mengakibatkan mengakibatkan BN tidak t idak dapat memenangi memenangi 2/3 daripada kerusi di dalam pilihan raya tersebut. t ersebut.
2.2
SABAH
Ogos
Dis
1961
1961
UNKO
USNO
Jun
15 Julai
1962
1964
1975
1975
Pasok Momogun
UPKO
BERJAYA
PBS
Parti politik yang pertama di Sabah ialah United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961, diikuti dengan United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) pada tahun 1962 dan Borneo Utara National Party (BUNAP) yang ditukar kepada Sabah National Party (SNAP). Parti Perikatan Sabah yang dianggotai UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SNAP.
9
Pada Jun 1964, UNKO dan Pasok Momogun telah bersetuju ingin membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) bagi mempertahankan kepentingan kaum bumiputera bukan Islam di Sabah. Perlantikan Datuk Donald Stephens (UNKO) sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah menimbulkan rasa tidak puas hati daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha. Hal ini kerana, jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sepatutnya disandang oleh calon dari USNO yang mendapat 16 kerusi, manakala UNKO hanya memperolehi 12 kerusi. Kesan daripada ini, kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dan bukan Islam tidak dapat dicapai. Perselisihan antara dua pemimpin Bumiputera, Donald Stephens dan Tun Mustapha tentang isu kelulusan permit dan lesen balak, penggantian setiausaha kerajaan dan dasar Donal Stephens yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun. Krisis ini berakhir apabila Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan diganti dengan Peter Lo dari parti SCA (dahulu dikenali sebagai SNAP sebelum 1965). Pada tahun 1967, Tun Mustapha telah berjaya menjadi Ketua Menteri Sabah (gabungan USNO-SCA). Walaubagaimanpun, pimpinan beliau membuat banyak pertikaian mengenai projek pembangunan, pinjaman luar negara dan dasar-dasar yang dibuat olehnya. Pada 15 Julai 1975, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dibawah pimpinan Tun Fuad Stephen (nama Islam Donald Stephen) telah diwujudkan. BERJAYA telah memenagi pilihan raya pada tahun 1976 dan layak untuk membentuk kerajaan. Parti Bersatu Sabah (PBS) dibawah pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan telah mencabar kepimpinan BERJAYA pada Mac 1985 yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh. Setelah banyak konflik berlaku, namun akhirnya PBS telah memenangi Pilihan Raya Negeri pada April 1985. PBS berjaya memimpin Sabah dari tahun 1985 hingga 1994 dan diambil alih oleh UMNO Sabah dan Barisan Nasional yang telah memperkenalkan siatem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Namun, ia dibubarkan pada Mac 2004. Dalam Pilihan Raya Negeri 1994, Barisan Nasional telah meperkenalkan sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah dimana setiap kelompok etnik utama akan mendapat peluang yang sama untuk memerintah Sabah sebagai Ketua Menteri secara bergilir-gilir selama dua tahun.
10
2.2
SARAWAK
Parti politik yang pertama di Sarawak ialah United People’s Party (SUPP) pada Jun 1959 yang ditubuhkan oleh orang Cina dan selepas itu muncul pula Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960. Parti Bumiputera bukan Islam yang pertama ialah Sarawak Nasional Party (SNAP) pada tahun 1961. Pada tahun 1962, orang Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan suatu parti iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) seterusnya diikuti denganParti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin Iban dan Sarawak Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya. Parti Parikatan Sarawak telah dibentuk diantara PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA pada 22 Oktober 1962. PANAS telah keluar daripada parti ini pada 15 April 1963 disebabkan oleh terdapat rasa kecugiraan terhadap dua parti Bumiputera Islam iaitu PANAS dan BARJASA. Pada Januari 1973, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diantara PANAS, BARJASA dan PESAKA. Penerimaan SUPP dalam menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya oleh golongan bumiputera pada tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di Sarawak.
11
Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah St ephen Kalong Ningkan dari SNAP pada tahun 1963. Namun, pelbagai masalah telah timbul separti pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera, Bumiputer a, isu pengantian pengant ian pegawai British dan pegawai dari Semenanjung dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sarawak. Hal ini berakhir apabila beliau dipecat dan digantikan dengan Penghulu Tawi Sli pada tahun 1966. Selepas pilihanraya pada tahun 1970, Tun Abdul Rahman Ya’kub dari Parti Bumiputera telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang memperlihatkan kenaikan hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau). Bermula pada Mac 1981 sehingga ke hari ini, peralihan kuasa kepada Tun Abdul Taib Mahmud. Perpaduan etnik Iban tergugat apabila terbentuknya Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada Julai 1983 kerana SNAP dipimpin oleh James Wong Kin Min seorang pemimpin yang bukan orang Iban. PBDS ingin mewujudkan sebuah parti baru yang mmperjuangkan
untuk
memulih
semula
hegemoni
orang
Iban
di
Sarawak.
Walaubagaimanpun, masalah perpecahan etnik ini dapat diselesaikan oleh Tun Abdul Taib Mahmud. Pada hari ini, SNAP, PBB dan SUPP telah bernaung di bawah Barisan Nasional. Kewujudan Barisan Nasional di Sarawak sedikat sebanyak telah dapat menyelesaikan masalah mengenai hubungan etnik di Sarawak.
12
3.0
PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK
Sepanjang lebih 50 tahun Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh golongan terdahulu, pelbagai parti politik telah ditubuhkan. Dalam tempoh ini juga, banyak parti yang ditubuhkan terpaksa dibubarkan atas pelbagai aspek yang mengekang kelangsungan pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, perkembangan ini masih dianggap positif kerana dasar perlembagaan negara yang mengamalkan sistem siste m demokrasi parlimen serta penubuhan parti-parti baru yang tidak kurang banyaknya. Terkini, sebanyak 29 buah parti politik telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta bergiat aktif dalam masyarakat. masyarakat. Berikut adalah parti-parti yang berdaftar:1) Barisan Nasional Of Malaysia (BN) 2)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organization (UMNO)
3) Parti Persatuan Cina Malaysia /Malaysian Chinese Association (MCA) 4) Parti Kongres India Malaysia/The Malaysian Indian Congress (MIC) 5) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 6) Parti Liberal Demokratik /The Liberal Democratic Part y (LDP) 7)
Parti Progresif Malaysia Penduduk People's Progressive Party Of Malaysia (PPP)
8)
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu /United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO)
9) Parti Maju Sabah (PMS) /Sabah Progressive Progressive Party (SAPP) ( SAPP) 10) Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBBS) 11) Parti Rakyat Malaysia (PRM) 12) Parti Reformasi Negeri Sarawak State Reform Party Sarawak (STAR) 13)
Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF)
14) Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) 15) Parti Rakyat Bersatu Sarawak/ Sarawak Sarawak/ Sarawak United People’s Party (SUPP) 16) Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA) 17) Parti Punjabi Malaysia Malaysian Punjabi Party (PPM) 18)
Parti Demokratik Progresif Sarawak Sarawak Pro gressive gressive Democratic Party Part y (SPDP)
19) Parti Keadilan Rakyat
13
20) Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) 21) Parti Setia Rakyat Sabah (PSRS) /Sabah People's People's Party (SPP) 22)
Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu/Federation Sabah People Front Party (Bersekutu)
23) Parti Kongres Ceyclonese Malaysia Malaysian Ceyclonese Congress (MCC) 24) Parti Sosialis Malaysia (PSM) 25) Parti Islam Se Malaysia (PAS) 26) Parti Tindakan Demokratik/Democratic Action Party,Malaysia Party,Malaysia (DAP) (D AP) 27) Parti Bersatu Sabah Sabah United Party (PBS) 28) Pertubuhan Pekerja-Pekerja Pekerja-Pekerja Malaysia Worker's Party Of Malaysia 29) Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP) ( SNAP) Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
14
4.0
POLITIK SEMASA
Malaysia
merupakan
sebuah
Negara
yang
mengamalkan
sistem
demokrasi
berpalimen. Sistem ini telah diamalkan sejak tanah melayu mencapai kemerdekaan. Sistem ini berada di bawah pentadbiran raja berperlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada Sembilan sultan negeri Melayu. Baginda akan bekhidmat selama lima tahun sebagi Ketua Negara dan Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera. Sistem
demokrasi
yang
diamalkan
membolehkan
rakyat
memilih
tampuk
pemerintahan yang disukai secara undian. Kebebasan rakyat untuk berpolitik menyebabkan semakin banyak parti politik di Malaysia. Mengikut senarai parti politik yang di keluarkan oleh SuruhanJaya Pilihanraya Malaysia, terdapat 29 parti politik yang berdaftar di Malaysia. antara parti politik yang berdartar dengan SuruhanJaya SuruhanJaya Pilihan Malaysia:-
4.1
PERKEMBANGAN
Membincangkan tentang perkembangan politik semasa, pemerhatian tentang corak pemerintahan dalaman dan kecenderungan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam parti politik tersebut. Penelitian akan memberikan gambaran tentang situasi politik sekarang yang boleh dikatakan tidak stabil, hangat dan mencabar. Berbicara tentang politik sekarang dapat dilihat tentang pertikaian antara setiap parti. Baik parti tersebut adalah sesama bangsa atau pun dengan kaum lain. Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi. Situasi ini mewujudkan pertikaian dalam pembentukan antara kaum. Ketidakstabilan ini telah menyekat pembentukan antara etnik yang cuba dicapai dalam pembentukan Negara. Politik kini pula boleh dikatakan semakin panas kerana banyak isu-isu semasa yang dapat dikaitkan dengan ahli politik kini. Pihak pemerintah ( iaitu iaitu parti part i politik yang memegang tampuk pemerintahan) mahupun parti lain dilihat semakin tidak stabil disebabkan pelbagai
15
perkara yang membelenggu parti tersebut. Antara perkara yang dapat dilihat kini adalah isu rasuah. Amalan rasuah ini bukan perkara baru dalam sesebuah parti. Hal ini diakui sendiri oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Professional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia
(SPRM),Abdul
Wahab
Abdul
Aziz,
bahawa
kebanyakan
kes
penyelewengan wang di Negara ini terjadi dikalangan ahli politik. Mengikut kajian yang telah dijalankan sebanyak 42% parti politik yang telibat dalam gejala rasuah di Malaysia. Politik sekarang dikatakan semakin mencabar kerana semakin hari semakin banyak usah yang dilakukan oleh parti bukan melayu melalui medium politik bagi menggugat kelebihan orang melayu. Contohnya hari ini, ada sahaja tuntutan dan cadangan yang dibuat oleh pihak tertentu yang bertujuan memastikan kuasa orang Melayu semakin berkurangan. Oleh itu, kaum melayu seharusnya tidak terus leka dengan kaum lain. Jika orang Melayu terus leka dan berbalah sesama sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa politik maka tidak mustahil mereka akan kehilangan segala-galanya termasuklah kuasa politik iaitu satu-satunya yang dipegang oleh orang Melayu di negara ini. Namun, dalam keadaan politik yang semakin rapuh, masih terdapat kekuatan yang cuba dipertahankan. Seperti masih utuhnya gabungan tiga parti politik yang berlainan kaum iaitu UMNO(melayu), MIC(india) dan MCA(cina) dalam mentadbir negara. Penyatuan ketiga-tiga parti ini perlu untuk terus mewujudkan penyatuan kaum sekaligus menyujudkan etnik yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dalam satu Negara.
4.2
CABARAN
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dan bagi mencapai kedudukan politik yang stabil, negara kita perlulah mengambil kira kepentingan semua kaum dan bertindak adil dalam pentadbiran. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik dalam setiap part i komponen, namun pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.
16
Terdapat beberapa cabaran penting dalam menstabilkan politik negara kita dan juga bagi memelihara kedudukan orang melayu di negara kita sendiri,. Antaranya ialah menyatukan perpaduan antara kaum, menyatukan orang melayu,menyelesaikan tuntutan dan memorandom kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok dan mengembalikan kembali kepercayaan warga cina dan india yang beralih sokongan pada pihak pembangkang. 4.2.1. Menyatukan perpaduan antara kaum.
Pada masa kini, pergolakan di antara kaum dapat dilihat semakin menjadi-jadi dan membuatkan perasaan perkauman itu semakin menebal di kalangan masyarakat. Sebagi contoh, perbezaan agama dijadikan isu untuk berbalah. Antara contoh isu yang timbul ialah pembakaran beberapa buah gereja dan menconteng surau. Perkara ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja menimbulkan isu-isu sensitive ini bagi menimbulkan perpecahan antara kaum.
4.2.2. Menyatupadukan orang melayu
Cabaran politik kini bukan sahajabukan sahaja menyatukan perpaduan antara kaum malah orang melayu juga perlu disatukan. Bangsa melayu menghadapi pelbagai cabaran kecil dan besar, terutamanya cabaran perpecahan di kalangan orang – orang orang melayu sendiri. Contoh yang jelas ialah wujudnya dua parti politik Melayu terbesar iaitu PAS dan UMNO. Jurang perbezaan pendapat pendapat antara dua parti ini amat besar dan turut menjadi punca perbalahan antara kaum Melayu.
4.2.3.
Memorandom kaum-kaum kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok.
Cabaran yang ketiga ialah tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata dalam kebanyakan aspek pentadbiran. Sebagai contoh, tuntutan kaum cina yang mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru), pertikaian mengenai diskaun bagi bumiputera, kuota kemasukan ke IPTA dan lain-lain lagi. Melalui tuntutan-tuntutan ini, tertubuhlah pelbagai persatuan bagi menyokong tindakan mereka sekaligus banyak menimbulkan huru hara dengan melakukan demonstrasi jalanan dan berbagai cara lagi. Antara contoh persatuan yang ditubuhkan bagi menyokong tindakan ini ialah HINDRAF.Persatuan ini menuntut hak supaya member perhatian kepada kaum India yang berasa tersisih dari segi ekonomi dan tidak mendapat hak yang sama rata.
17
4.2.4. Mengembalikan kepercayaan warga Cina dan India yang beralih sokongan kepada pembangkang.
Pergolakan di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan kerajaan seperti amalan rasuah dan politik wang menyebabkan kurangnya kepercayaan rakyat terhadap parti pimpinan kerajaan ini. Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu menunjukkan ketidakstabialn politik di Negara kita. Rakyat sudahilang kepercayaan dan mahukan pembaharuan dengan beralih sokongan pada parti pembangkang. Jadi cabaran politik Malaysia kini ialah mengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya masyarakat Cina dan India. Mereka haruslah mengembalikan kembali maruah dan meningkatkan prestasi sebagai parti yang mentadbir kerajaan Malaysia.
Perkara-perkara di atas merupakan antara cabaran politik yang di hadapi oleh Negara kita dan perlu diatasi segera bagi menstabilkan Negara. Masyarakat dan pemimpin sendiri haruslah memikirkan langkah dan strategi bagi memulihkan kembali prestasi politik Malaysia.
4.3
ISU-ISU HANGAT
Malaysia adalah sebuah negara yang yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti. minorit i. Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa bahasa (J. S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993). Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.
18
Perkongsian kuasa kuasa dalam politik po litik Tanah Melayu. Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam po litik – Melayu, MCA – Malaysia. Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, Cina, MIC – MIC – India, Pasok – Pasok – Kadazan Kadazan Dusun , AMCJA – gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masingmasing. Takrif-takrif politik ialah hal ehwal dan kegiatan yang terlibat di dalam mentadbir sebuah negara negara atau kerajaan, perhubungan sosial termasuk termasuk persepakatan persepakatan untuk mendapatkan wala’ ataupun kuasa, pengendalian atau penyertaan dalam hal hal-ehwal -ehwal politk dan kaedah atau taktik yang yang digunakan termasuk termasuk yang berhelah berhelah dan juga yang yang tidak berprinsip. Ini menepati bagaimana
politik
telah
menerbitkan
pergolakan
sosial.
Pergolakan
politik
telah
menyebabkan peristiwa-peristiwa hatta pembunuhan-pembunuhan seperti kematian Julius Caesar (44SM), Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Kahlifah Umar Abd Aziz dan rami lagi. Pembunuhan-pembunuhan bersifat politik juga terjadi kepada John F Kenedy, Martin Luther King Jr, Benazir Bhuto dan lain-lainnya. Termasuk juga sebab-sebab peperangan adalah politik. Berikut adalah beberapa isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini:4.3.1. 5 November 2009, krisis politik di negeri Perak
Krisis yg berlaku ialah krisis perlembagaan dan banyak tuntutan hukum dan masalah-masalah masalah-masalah politik. Isu yang berlaku ialah antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pihak Pakatan Rakyat berpendapat isu ini hanya boley di selesaikan dengan mengadakan semula pilihan raya dengan rakyat Perak turun padang untuk memilih semula pemimpin mereka. Manakala bagi pihak Barisan nasional menegaskan yang mana peralihan pemerintahan di negeri Perak di lakukan dengan mengikut lunas dan undangundang negeri Perak.
19
4.3.2. 16 Julai 2009, Kematian Teoh Beng Hock (tkt 14 Plaza Mazalam, Mazalam, Shah Alam)
Pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor. Merupakan saksi dalam siasatan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang di perintahkan oleh Pakatan Rakyat.
4.3.3. PKR dan Suara Keadilan
Saman ini timbul apabila Suara KeAdilan memaparkan fitnah bahawa Felda telah bankrap pada Jun lepas dan pemimpin PKR menggunakan laporan
palsu
ini
sebagai modal ‘politik fitnah’ dan ‘politik kebencian’ bagi menaburkan tohmahan agar rakyat, terutama orang Melayu hilang keyakinan kepada Kerajaan bawah kepimpinan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Na jib Tun Razak. PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Antara isu-isu lain yang hangat diperkatakan adalah:4.3.4. Pembangkitan nilai-nilai yang dianggap sensitive seperti agama, dan status kerakyatan. 4.3.5. Pengelompokan masyarakat mengikut kaum termasuk generasi muda khususnya bakal pemimpin, pemimpin, pentadbir dan go longan kelas pertengahan pertengahan masih terus berlaku termasuk di institusi pengajian tinggi bertunjangkan kebangsaan. 4.3.6. Tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentimen perkauman bagi meraih populariti dan simpati. 4.3.7. Fahaman politik yg melampau dan taksub.
20
5.0
KEMAJMUKAN ETNIK MALAYSIA
Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia lebih diklasifikasikan kepada aspek demogrfi. Aspek demografi ini penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat di Malaysia kerana aspek ini dapat memperlihatkan keunikan Malaysia dari segi komposisi etnik, sosiobudaya, sosiobudaya, demografi politik po litik dan proses politik di Malaysia.
Malaysia ialah negara yang pluralistik dengan jumlah penduduknya sekurangkurangnya 26.6 juta orang. Etnik Melayu merupakan kelompok majority di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di setiap wilayah atau negeri seperti di Pulau Pinang di mana etnik Melayu dan Cina hampir sama jumlahnya.
Negeri-negeri semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis di dapati etnik Melayu ialah penduduk majoriti. Bagi negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor pula etnik Melayu hanya 51% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Umumnya Malaysia negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
Di semenanjung wujudnya budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, Baba-Nyonya, Portugis, Serani dan Thai. Di Sabah pula, ada 32 golongan etnik dan Sarawak terdapat lebih daripada 20 golongan etnik. Oleh yang demikian, kepelbagaian etnik ini telah melahirkan kepelbagaian perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan dan Krimas.
Secara lazimnya, orang Melayu adalah beragama Islam. Perkara ini telah berlaku sejak tahun 1970-an kerana ramai di antara masyarakat melayu yang berhijrah ke bandar. Namun begitu masih terdapat sebahagian masyarakat melayu yang masih tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan samada dalam skala yang kecil atau komersial. Di kawasan bandar pula masyarakat melayu lebih terlibat dalam sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, perdagagan dan perniagaan.
21
Org Cina merupakan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu sebahagian besar daripada etnik ini bekerja dan menetap di lombong. Kini ada kalangan mereka telah berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagagan atau perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar. Etnik India juga merupakan salah satu etnik yang merangkumi jumlah masyarakat yang besar di Malaysia. Antara sub-etnik India adalah seperti Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Masyarakat India menganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam. Golongan etnik terkecil di Semenanjung adalah etnik Orang Asli. Namun begitu etnik ini tetap terkenal dalam kajian antropologi. Etnik ini merupakan penduduk kawasan pedalaman di beberapa negeri Semenanjung. Etnik ini menganut kepercayaan tradisional, anisme, Kristian dan Islam. Kelompok-kelompok kecil yang lain seperti Baba-Nyonya, Portugis dan Thai terdapat di beberapa negeri bahagian utara. Di Sarawak, etnik Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian namun sebilangan kecil dari mereka menganut agama lain seperti agama Islam. Etnik Dayak merupakan penduduk luar Bandar tetapi sejak tahun 1970-an keadaan mula berubah di mana penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar adalah masyarakat yang menjalankan aktiviti utama iaitu pertanian. Namun ada yang menjadi buruh upahan dalam sektor pembalakan. Tetapi ada juga di antara masyarakat etnik ini menerokai bidang baru seperti perdagagan atau sektor komersial di bandar-bandar utama. Masyarakat Melayu juga terdapat di Sarawak dan merupakan penghuni luar bandar namun masih ada yang tinggal di perkampungan terutama pinggir Bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama yang dijalankan oleh masyarakat ini ialah pertanian. Bagi yang tinggal di bandar lebih tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Masyarakat Melanau di Sarawak merupakan penduduk di pantai Sarawak yang menganut agama Islam, Kristian dan tradisional. Masyrakat yang masih tinggal di luar bandar kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, petani dan pengusaha sagu. Kebanyakkan masyarakat Cina di Sarawak menetap di bandar dan sebilangan kecil tinggal di kawasan luar bandar. Aktiviti ekonomi utama masyarakat ini tertumpu pada perdagagan terutamanya di bandar-bandar utama. Masyarakat etnik ini menganut pelbagai agama.
22
Di Sabah, antara etnik yang menetap di negeri tersebut ialah bumiputera Kadazandusun di mana masyarakat ini menganut agama asal mereka dan Kristian. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang menganut Islam terutama masyarakat yang menetap di Ranau. Etnik Bajau, Murut dan pribumi lain juga ada yang menganut agama Islam dan di samping itu terdapat juga yang beragama asal dan beragama Kristian. Purata bil penduduk yang menganut Islam dan Kristian dalam etnik Bumiputera adalah hampir sama jumlahnya. Kebanyakkan mereka tinggal di luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri di samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, masyarakat lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara etnik berbeza-beza serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Masyarakat Masyarakat Cina di Sabah tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Ramai di antara masyarakat tersebut terlibat dalam aktiviti perdagagan dan sektor komersial. Masyarakat etnik ini juga menganut agama yang pelbagai. Di Sarawak juga wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umumnya tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian penduduk Sarawak meliputi: i.
Dayak
ii.
Melayu
iii.
Melanau
iv.
Cina
v.
India
Di Sabah pula tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya. Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain di mana penduduk luar bandar dan persisiran manakala etnik Cina menduduki bandar-bandar utama. Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara. Misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik. Dominasi etnik Melayu dalam politik negara jelas dapat dilihat daripada Dewan Rakyat yang kini mempunyai lebih daripada 219 wakil/kerusi di mana Melayu dan Bumiputera lebih mendominasi Dewan Rakyat tersebut. Dalam perjalanan sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.
23
6.0
KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA
6.1.Rukun Negara
Sebelum meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberikan tumpuan pada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh menyatu padukan mereka. Selepas peristiwa 13 Mei tersebut terjadi, kerajaan telah mula berusaha ke arah merangka dasr-dasr pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara kaum bagi meingkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia. Dalam usaha untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai ikatan perpaduan yang kuat di samping membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi negara yang di kenali sebagai rukun negara telah diperkenalkan. Draf rukun negara telah di bincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis Perundangan Negara, sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara dan kemudiannya diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 semasa ideologi nasional Malaysia telah menggariskan lima prinsip utama, iaitu: i.
Kepercayaan kepada Tuhan
ii.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii.
Keluhuran perlembagaan
iv.
Kedaulatan undang-undang
v.
Kesopanan dan kesusilaan
Rukun negara telah menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan telah menggunakan rukun negara sebagai instrument bagi mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia kea rah menujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan, dan tanggungjawab yang digariskan dalam rukun negara yang perlu dihormati oleh setiap rakyat. 24
Matlamat rukun negara di perkenalkan adalah: i.
Untuk mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang demokratik, adil, liberal serta progresif
ii.
Unutk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan sanggup memberikan taat setia yang paling tinggi kepada negara
iii.
Membina rakyat yang demokratik iaitu bukan sahaja kuasa berada di tangan rakyat tetapi juga menjamin hak-hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpolitik sejajar dengan undang-undang negara
iv.
Membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang untuk menikmati kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama
v.
Membina masyarakat yang liberal iaitu menjadikan kepelbagaian dan perbezaan dalam masyarakat ini sumber kekuatan dan kemajuan
vi.
Membina masyarakat yang progresif iaitu dapat mencapai kekseimbangan antara kemajuan sains dan teknologi dengan perkembangan nilai-nilai rohaniah
6.2.Pembentukan 6.2.Pembentukan Barisan Nasional (BN)
Bagi mengukuhkn lagi penyatuan kaum dan etnik yang ada di Malaysia melalui politik selepas peristiwa 13 Mei tersebut, kerajaan Perikatan telah berpendapat bahawa perlunya untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti pembangkang agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai etnik dan parti dapat diwujudkan. Kerajaan campuran pertama yang telah dibentuk adalah Perikatan dengan sebuah parti pembangkang
iaitu
Gerakan
pada
Februari
1972
supaya
memudahkan
kerajaan
mengimplitasikan dasar-dasar sosioekonomi di seluruh negara. Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di negari Perak iaitu antara perikatan dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Persetujuan telah dicapai selepas beberapa rundingan diadakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan campuran antara Perikatan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Parti-parti poltik yang turut menyertai kerajaan campuran di Sarawak ialah seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United People Party (SUPP).
25
Di Sabah pula kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Sabah dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan perkongsian politik hingga melibatkan 12 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1974. Objektif penubuhan Barisan Nasional adalah: 1. Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu 2. Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan tenteram 3. Berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama 4. Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan parti anggota
6.3.Pakatan Rakyat Pakatan rakyat telah terbentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap komponen parti yang pada mulanya mempunya ideologi perjuang tersendiri namun akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun part-parti tersebut telah bersetuju mencapai kerjasama politik bagi menetang Barisan Nasional dalam Plihan Raya Umum ke-12. Pakatan parti-parti tersebut telah berjaya memenangi sokongan rakyat berbilang kaum sekaligus mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008. Ideologi Pakatan Rakyat ialah: 1. Keadilan social 2. Kemajuan 3. Demokrasi social 4. Kebajikan awam 26
7.0
SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK
Kepelbagaian penubuhan parti politik dalam bilangan etnik yang bukan sedikit di malaysia, memungkingkan bermacam bentuk anasir negatif meresap secara halus lalu meruntuhkan integriti antara etnik. Lantas, jaminan kemerdekaan yang selama ini dipertaruhkan akan tergadai dalam sekelip mata. Justeru, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bagi memastikan tiada satu pun anasir ini berjaya menembusi benteng permuafakatan yang telah terbina sejak sekian lama. Jika hal ini tidak dibendung sedari awal lagi, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang dan mencipta sejarah yang lebih buruk. Berikut merupakan beberapa saranan yang boleh dipraktikkan oleh semua pihak bagi memastikan kelangsungan objektif ini dan memantapkan lagi kesepaduan antara kaum serta mewujudkan budaya politik yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat:1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam berpolitik berpolitik 2. Mengukuhkan politik sosialisasi dalam kalangan rakyak- melahirkan pemikiran politik matang 3. Memperbetulkan Memperbetulkan objektif penubuhan parti politik po litik 4. Tidak terlalu taksub dgn parti2 politik yg disokong 5. Mengaplikasikan kaedah konsesus (persetujuan) sepenuhnya 6. Mewujudkan lebih byk pelan-pelan integriti
27
8.0
KESIMPULAN
Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, perkembang politik dalam negara perlu dipantau dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan unsur-unsur negatif berjaya menembusi benteng permuafakatan antara etnik. Justeru, isu politik tidak boleh dipandang remeh dan enteng kerana secara holistiknya, isu-isu politik yg telah dibangkitkan sebelum ini begitu berkait rapat dengan isu-isu teras yang lain bermula daripada isu pendidikan sehingga mencakupi isu-isu kenegaraan yang penting seperti ekonomi dan undang-undang. Oleh itu, tindakan-tindakan yang lebih dinamik dan berkesan perlu dijana bagi menambahbaikkan menambahbaikkan sistem sistem politik antara etnik lantas lantas mengukuhkah mengukuhkah lagi integriti antara kaum sebagaimana pepatah melayu ada menyebut, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah’ . Dalam erti kata yang lebih mudah, perbezaan fahaman politik dalam kalangan setiap etnik tidak menjadi isu yang besar sekiranya setiap komponen dalam organisasi or ganisasi bangsa bangsa Malaysia yg majmuk ini sendiri saling bertoleransi dan bekerjasama untuk memelihara kemerdekaan Negara serta tidak menyalahgunaan kebebasan yang ada pada kita.
28
Rujukan http://www.scribd.com/doc/21216903/Pe http://www.scrib d.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia ngajian-Malaysia http://www.scribd.com/doc/12843502/SEM http://www.scrib d.com/doc/12843502/SEMINAR-SEJARA INAR-SEJARAH-POLITIK-MALAYSIA H-POLITIK-MALAYSIA http://www.scribd.com/doc/23998964/pendidikan-politik http://www.scribd.com/doc/36235827/Poli http://www.scrib d.com/doc/36235827/Politik-Dan-Kenegaraan-Islam tik-Dan-Kenegaraan-Islam http://www.scribd.com/doc/14751897/An http://www.scrib d.com/doc/14751897/Analisis-Politik-Semasa alisis-Politik-Semasa
29