PERKAHWINAN CAMPUR DI KALANGAN MASYARAKA MASYARAKAT T ISLAM DI MALAYSIA 1 PENDAHULUAN "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa’ - Ayat 3 ) [1]
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa )[2] puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )[2]
Menerusi dalil- dalil tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah SWT telah mengsyariatkan ibadat perkahwinan atau munakahat kepada umat Islam. Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk mengupas isu perkahwinan campur di kalangan masyarakat Islam di Malaysia serta mengkaji kesan-kesan, sama ada positif atau nega tif, yang wujud hasil dari perkahwinan campur di Malaysia terhadap individu secara khusus, unit keluarga serta masyarakat secara umumnya. Selain itu, kertas kerja ini juga akan mengupas isu- isu yang berkait rapat dengan perkahwinan campur sama ada penyatuan perhubungan sesama rakyat Malaysia atau warga asing. Topik- topik yang akan dimasukkan di dalam perbincangan termasuklah isu kewarganegaraan, penceraian, pandangan dan penerimaan masyarakat . 2 DEFINISI 2.1 NIKAH
Terdapat dua jenis definisi yang dapat dilihat dari perkataa n nikah itu sendiri. Menurut bahasa nikah bermaksud ikatan atau simpulan. Dari segi syarak pula nikah bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram[3] mahram[3] 2.2 PERKAHWINAN CAMPUR
Terma perkahwinan campur sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut penga nut Katholik dan bukan Katholik. Ka tholik. Tapi kini terma perkahwinan campur juga membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa dan warganegara. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada berlainan agama atau bangsa juga dipanggil eksogami.[4] eksogami. [4] Dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur dalam Islam adalah perkahwinan di antara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa,agama atau kewarganegeraan. Sebagai
contoh, sekiranya seorang muslim melayu berkahwin dengan seseorang yang berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan penganut agama lain, perkahwinan itu bolehlah dikira sebagai perkahwinan campur. Perkahwinan campur boleh terjadi dalam 3 kategori yang berbeza seperti yang dinyatakan berikut beserta dengan contohnya sekali. 1.
Antara Kaum
:
Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslim berbangsa Cina.
2.
Antara Negara
:
Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu dengan seorang muslim berbangsa Arab yang berasal dari Dubai
3.
Antara Agama
:
Perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian.
3 PERKAHWINAN CAMPUR 3.1 Antara Kaum
Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak diden gari di kalangan masyarakat. Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini sama ada antara Melayu dengan Cina , India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut. 3.2 Antara Negara
Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegara Malaysia beragama Islam dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen- dokumen berikut : · · Surat
Salinan passport yang sah
kebenaran dari kedutaan negara pemohon · Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia [5] 3.3 Antara Agama
Terdapat juga kes-kes istimewa di Malaysia melibatkan seorang warganegara yang beragama selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Mempebaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur prosedur penceraian tidak dijalankan.[6] 4. IMPAK KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung , tetapi juga terhadap masyarakat sekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negative 4.1 IMPAK POSITIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsung merupakan satu cara untuk menyebarkan ajaran Islam. Di Malaysia, perkahwinan antara seorang Muslim dengan bukan Muslim mensyaratkan bukan Muslim tersebut perlulah memeluk ag ama Islam. Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah dari Allah untuk mengikut ajaran Islam dalam kehidupan. Menerusi perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebih mendalam budaya dan adapt bangsa yang lain. Sesebuah perkahwinan dari dua bangsa berbeza pasti perlu tolak ansur dan pemahaman serta penyesuaian diri dengan budaya asing. Anak- anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam diri anak- anak. Selain itu, anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain. Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan.
Dengan perkembangan globalisasi yang semakin pesat kini, perkahwinan campur adalah satu fenomena yang pasti berlaku. Perkahwinan campur secara tidak langsung merupakan hasil dari perkembangan pesat globalisasi dan diharapkan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan negara. 4.2 IMPAK NEGATIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
Secara ideal, perkahwinan campur itu dikatakan dapat memupuk persefahaman antara berbilang bangsa dan budaya. Namun begitu, realitinya perkahwinan campur juga kadangkala menemui jalan buntu apabila pihak yang terlibat tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua kaum berbeza. Sikap tidak mahu bertolak- ansur antara dua pihak mengakibatkan kegagalan dalam perkahwinan campur yang akhirnya membawa kepada kemusnahan unit keluarga tersebut. Agak sukar untuk mengubah persepsi dan kepercayaan yang telah dipupuk sejak sekian lama yang telah sebati dalam diri. Tanpa pendedahan terhadap ilmu agama yang cukup, ramai saudarasaudara baru Islam hasil dari perkahwinan campur ini akh irnya terjerumus kembali dalam kefahaman dan kepercayaan lama. Perkahwinan tersebut mungkin melalui jalan- jalan sukar bagi membetulkan persepsi yang telah lama terpahat dalam diri. Akibatnya kedengaran banyak kes-kes perkahwinan campur yang berakhir dengan episod penceraian. Penceraian mungkin terjadi akibat dari tidak benar- benar memahami konsep sebenar perkahwinan dan keengganan untuk berubah serta bertolak ansur. 5
KONKLUSI
Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar di kalangan masyarakat Malaysia . Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih sangsi dengan keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama. Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dalam menjalani hidup seharian. Masyarakat muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligus melemahkan semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam. Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang mengapa kadang- kala saudara baru seagama ini kembali kepada kepercayaan lama sekali gus membawa kepada keruntuhan perkahwinan dan kemusnahan unit keluarga. Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam memastikan perkahwinan campur antara kaum atau agama untuk berjaya. Saluran- saluran bantuan untuk tujuan tersebut tidak diwar-warkan secara luas mengakibatkan ramai pasangan yang menjadi ta war hati untuk meneruskan perkahwinan campur. Sebagai contoh, kesukaran untuk menda patkan taraf kewarganegaraan untuk pasangan dan anak-anak hasil dari perkahwinan dengan warga asing membawa masalah kepada golongan- golongan yang terlibat. Namun begitu, dengan pendedahan ilmu yang meluas serta kajian terperinci dalam sistem perundangan terbabit mungkin dapat mengubah persepsi bahawa perkahwinan campur ini sukar untuk dipertahankan. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Al-Hujurat Ayat 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Surah Al-Hujurat : 13 [7]
http://rexzyn.blog.friendster.com/2007/07/105/