TEKNOLOGI PENDIDIKAN [ MINGGU 14 ] MUHAMMAD SYAKIR BIN YUSOF MUHAMMAD NORAZMAN BIN ABD RAHMAN ISWANDI BIN JAMAIAN RABIHAH BINTI AB. HADI NURUL IZZATI BINTI MAT HASSAN SOALAN : Tonton video oleh Brewster Kahle “builds a free digital library”; kemudian jelaskan apa yang dicertakan oleh Brewster dan bincangkan kepentingan dan kesannya kepada warga pendidik. PERPUSTAKAAN DIGITAL Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana sebahagian besar sumber terdapat dalam format yang boleh dicapai mesin (berbanding cetakan atau filem mikro), dicapai melalui komputer. Kandungan digital boleh disimpan di situ atau dicapai melalui jaringan komputer. Dalam perpustakaan, proses pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan akhirnya pada penerbitan buku. Sebahagian perpustakaan digital yang paling berjaya dan terbesar adalah Projek Gutenberg, ibiblio & Internet Archive. Perpustakaan tradisi terhad oleh ruang yang ada, manakala perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat kerana maklumat digital memerlukan sedikit ruang untuk disimpan. Dengan itu, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah jauh lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kakitangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini. Perpustakaan digital boleh menggunakan ciptaan dalam teknologi serta merta untuk memberikan pengguna dengan peningkatan dalam teknologi eletronik dan buku bunyi dan juga sebagai membentangkan bentuk baru komunikasi seperti wiki dan blog. Selain itu, perpustakaan dgital tiada sempadan fizikal dimana, pengguna perpustakaan digital tidak perlu pergi ke perpustakaan dan semua orang di seluruh dunia boleh mencapai maklumat yang sama, selagi sambungan Internet tersedia. Perpustakaan digital juga tersedia sepanjang masa yang mana semua orang di seluruh dunia boleh mencapai maklumat sepanjang masa, selagi sambungan Internet tersedia. Selain itu perpustakaan digital mempunyai capaian yang banyak, dimana sumber yang sama boleh digunakan pada masa yang sama oleh sejumlah pengguna. Perpustakaan digital juga memberikan capaian kepada kandungan
yang lebih kaya dalam bentuk yang lebih berstruktur. Contohnya. kita boleh beralih daripada katalog kepada buku tertentu kepada bab tertentu dan sebagainya. Perpustakaan digital juga membolehkan pengguna mampu menggunakan pelbagai istilah carian berkaitan dengan perkataan atau ayat bagi keseluruhan perpustakaan. Perpustakaan digital boleh memberikan antara muka yang mudah, memberikan capaian boleh klik pada sumbernya. Pepustakaan digital ini juga membolehkan salinan tepat dengan sumber asal boleh dihasilkan tanpa had tanpa mengurangkan mutu. Selain itu, perpustakaan digital ini juga memberikan lebih ruang yang tidak terhad. Maksudnya ialah, perpustakaan tradisi terhad oleh ruang simpanan, perpustakaan digital pula mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang fizikal untuk menyimpannya. Maka, apabila perpustakaan kehabisan ruang, pendigitalan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Perpustakaan digital juga memberikan jaringan yang lebih luas dimana perpustakaan digital tertentu boleh menyediakan pautan kepada sumber perpustakaan digital lain dengan mudah dan penggabungan perkongsian sumber dapat dicapai. Secara teori, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kakitangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Walaupun perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini, ia didapati bahawa perpustakaan digital mampu meningkatkan kos untuk menukar bahan cetak ke format digital, kos bagi kakitangan teknikal mahir untuk menyelenggarakannya, dan kos menyelenggarakan capaian dalam talian (contoh. pelayan, kos jalur lebar, dll.). Antara kesan perpustakaan digital kepada warga pendidik adalah ianya dapat memudahkan pencarian maklumat oleh guru. Banyak maklumat dapat disampaikan dengan cepat kepada murid melalui pembelajaran alam maya dengan hanya menggunakan sebuah komputer riba dan rangkaian jalur lebar. Selain itu, ianya lebih menarik perhatian murid kerana penggunaan teknologi moden, interaktif dan bersifat grafik visual. Pelajar tidak terkongkong dengan konsep pembelajaran tradisional iaitu perlu hadir ke sekolah. Dengan adanya perpustakaan digital ini, pembelajaran boleh dijalankan di rumah secara alam maya (online). Disamping itu, projek pendigitalan secara besar-besar sedang dijalankan di Google, Projek Sejuta Buku (Million Book Project), MSN dan Yahoo. Maka, dengan peningkatan berterusan seperti ini dalam pengendalian buku dan teknologi persembahan seperti Optical Character Recognition dan E-books, dan banyak simpanan pilihan lain dan model business, perpustakaan digital berkembang pesat dalam populariti sebagaimana ditunjukkan oleh usaha Google, Yahoo, dan MSN ini.