Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Kelas : 6 Wira
Tarikh : 7 April 2012
Masa : 7.30 Pagi – 8.00 Pagi
Bilangan Murid : 25 Orang
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Bola Jaring (Gerak Kaki)
Pengalaman sedia ada : Murid sudah mengetahui asas pergerakan seperti melompat dan mendarat.
Objektif :
Psikomotor : Dapat melakukan kemahiran sedia ada seperti asas melompat dan mendarat serta pivot.
Afektif : Dapat memupuk keyakinan diri, bekerjasama,bertolak ansur dan gembira semasa melakukan aktiviti.
Kognitif : Dapat menyatakan fasa-fasa dalam kemahiran gerak kaki yang ada dalam permainan bola jaring dengan
betul.
Penerapan nilai : Berusaha, berkeyakinan diri, bekerjasama dan gembira semasa melakukan aktiviti.
BBM : wisel
ABM : Bola jaring (15), Skital (10), Bibs (2 set), Gelung (10).
Pengabungjalinan : Tunjang kecergasan –koordinasi pergerakan
Kesepaduan : Sains – kesan tarikan graviti terhadap objek yang dibaling secara lurus kehadapan
Langkah/bahagian
Masa
Aktiviti
Fokus Pembelajaran
Organisasi
Catatan/
Alatan
Permulaan
( 7 minit )
Memanaskan badan : Meningkatkan KNL
Permainan kecil ' Lubang Tikus'
(5 minit)
Regangan
( 5 minit)
'lubang tikus'
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Kumpulan yang pertama memulakan permainan dengan berlari anak dari kon 1 ke kon 2,3,4 dan kembali semula ke kon 1.
Seterusnya, kumpulan tersebut akan berlari secara sisi kiri ke kon 2 dengan tangan di pinggang.
Seterusnya, kumpulan tersebut akan berlari secara sisi kanan ke kon 3 dengan tangan di pinggang.
Seterusnya, kumpulan tersebut akan berlari mengundur ke kon 4 dan 2 orang yang pertama akan duduk berhadapan dan membentuk lubang tikus dengan cara meletakkan 1 tangan ke atas bahu orang di hadapan.
Murid seterusnya akan melompat dengan teknik sebelah kaki dan mendarat dengan teknik 2 belah kaki.
setelah melompat halangan akan di naikan dengan mengangkat sebelah lagi tangan dan seterusnya di sambung dengan pelajar yang telah membuat lompatan.
Kumpulan yang berjaya melepasi lubang tikus paling banyak dikira pemenang.
Regangan tangan.
Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu
Tangan kanan ditarik ke belakang kepala, tangan kiri memegang siku tangan kanan
Tarik tangan kanan perlahan-lahan ke bawah dan kira dalam kiraan 8
Ulang aktiviti sebanyak 3 kali dan tukar tangan.
Regangan pinggang.
Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu
Tangan kanan memegang pinggang.
Badan dibengkokkan kesisi kanan dengan tangan kiri diliruskan ke atas.
Tukar tangan dan lakukan 3 set bagi setiap aktiviti.
3) Regangan Kaki dan peha
Duduk dengan keadaan kaki kanan diluruskan dan kaki kiri dibengkokkan kedalam.
Tangan kanan menyentuh lutut kiri dan tangan kiri menyentuh hujung jari kaki kanan.
Tukar kaki ulang sebanyak 3 kali.
-guru
-murid
-kon pertama.
-Kon seterusnya
Kaedah:
Kinestetik
Visual spatial
Verbal linguistik
Intra personal
Nilai-
Kerjasama
Berusaha
Abm
-kon (4)
Perkembangan
Langkah 1
Gerak kerja kelas.
( 5 minit )
Perkembangan
Langkah 2
Gerakerja
Kumpulan
(7 minit)
Gerak kaki asas.
Asas melompat dan mendarat menggunakan dua belah dan sebelah kaki.
Stesen 1
-hantaran dan
penerimaan bersama
gerak kaki dua belah
kaki.
Stesen 2
- Gerak kaki sebelah kaki (pivot)
Stesen 3
- Gabungan
Penerimaan bola dengan pendaratan sebelah dan dua-duah belah kaki.
1) Lompat dan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki.(tanpa
bola).
Pelajar bersedia untuk melompat
Kedudukan kaki semasa melompat hendaklah stabil.
Semasa mendarat,kaki hendaklah di bengkokkan dan mendarat dengan serentak
Jika pelajar itu lebih dominan pada sebelah kanan, maka pelajar boleh mengerakkan kaki kanannya sahaja.
Namun pergerakan itu terhad kepada pusingan dimana paksi pusingan adalah pada hujung kaki yang tidak bergerak.
2 ) Lompat dan mendarat dengan sebelah kaki sahaja.(dengan bola).
Pelajar bersedia untuk melompat.
Pelajar melakukan lompatan seperti melangkah parit dengan sebelah kaki diunjurkan ke hadapan.
Kaki yang mendarat terlebih dahulu tidak dibenarkan bergerak kerana ia akan menjadi paksi pergerakan
Hanya kaki yang mendarat kemudian dari kaki yang pertama dibenarkan bergerak.
Guru melakukan demonstrasi dan murid mencontohi perlakuan guru.
Melakukan aktiviti berulang kali.
1 ) penerimaan bola dengan mendarat dua kaki.
Murid diminta mencari pasangan dan berdiri menghadap pasangan masing-masing.
Murid A menghantar bola dengan melambung bola kearah murid B.
Murid B melompat dan menangkap bola serta mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Sewaktu mendarat lutut di bengkokkan sedikit dan bola di bawa ke dada.
Jika pendaratan tidak stabil hanya 1 kaki sahaj yang dibenarkan bergerak.
Aktiviti diulang dengan murid B pula membuat hantaran kepada murid A.
1 )Penerimaan bola dengan mendarat 1 kaki.
Murid dibahagikan kepada 2 barisan iaitu barisan A dan barisan B.
Murid pertama di barisan A akan menghantar bola kepada murid pertama barisan B
Murid pertama barisan B bersedia untuk melompat
Semasa melompat seperti melangkah parit, sebelah kaki diunjurkan ke hadapan
Kaki yang mendarat terlebih dahulu tidak dibenarkan bergerak kerana ia akan menjadi paksi pergerakan
Kaki yang mendarat kemudian dari kaki yang pertama dibenarkan bergerak.
Selepas itu aktiviti dilakukan dengan murid pertama barisan A tadi menerima hantaran dari murid kedua barisan B.
1 )Gabungan penerimaan bola dengan pendaratan sebelah kaki dan dua belah kaki.
Bahagikan murid berpasangan
Murid A akan melambung bola kepada muridr B.
Murid B akan menangkap bola di udara dengan pendaratan dua belah kaki.
Seterusnya, bola akan dihantar ke sisi kanan murid B dan murid B akan membuat tangkapan dan diikuti dengan pendaratan sebelah kaki dan pusingan/pivot.
Kemudian, murid B akan membuat kearah sisi kanan murid B dan murid B akan membuat tangkapan dan diikuti dengan pendaratan sebelah kaki dan pusingan/pivot.
Aktiviti diulang dengan murid A betukar peranan dengan murid B
-guru
-murid
-arah pergerakan.
Kaedah:
1)demonstrasi
2)ansur maju
Nilai:
1)berusaha.
Abm:
1)kon.
-Guru
-kon
-murid
-arah pergerakan
-Guru
-Murid
-Arah pergerakan bola.
-arah pergerakan murid.
-Murid
-Arah hantaran bola.
-Arah pergerakan murid.
Kemuncak
(6 minit)
'Watch out your leg'
Aplikasi semua teknik yang dipelajari dalam kemahiran gerak kaki sebelah dan dua belah kaki.
Hantaran yang digunakan adalah bebas.
Undang-undang permainan bola jaring seperti, sentuhan, menghadang dan penalti diaplikasi.
Setiap jaringan dikira 5 mata manakala setiap penalti kesalahan pergerakan kaki akan dikenakan penalti 3 mata.
Format 7 lawan 7
hanya satu pasukan memakai bibs
kawasan permainan seperti permainan biasa
TKP
logic matematik
anggaran
jarak
Penutup
(5 minit)
Aktiviti 1:
Pengenduran
Aktiviti 2:
Perbincangan
1) Pengenduran otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti.
2) Hulurkan kaki kanan ke depan, goyang-goyangkannya. Tukar kaki.
3) Hulurkan tangan ke hadapan, atas, depa, dan ke bawah. Longgarkannya dengan menggoyang-goyangkannya.
Kepala ditolak ke atas, bawah, kanan dan kiri.
Tarik nafas.
Membuat soalan berasaskan KBKK
Menyatakan anggota badan yang terlibat.
Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan.
Kerja rumah:
Mengumpul gambar berkaitan pergerakan kaki dalam bola jaring.
Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid.
Murid berselerak sekitar kawasan yang ditandakan.
Guru bertanya dan murid menjawab.
KB – menghubungkait, mengimbas kembali.
KP – interpersonal
Nilai – kerjasama
Alatan disimpan.