1.0
Faktor-faktor perkembangan perdagangan antara Barat dan Timur
1.1
Perkembangan ilmu pelayaran
Ilmu pelayaran atau lebih dikenali sebagai oceanografi merupakan salah satu pecahan daripada ilmu maritim iaitu berdasarkan kelautan. Jika kita menjejak sejarah ilmu pelayaran, perkembangan ilmu ini sebenarnya telah melalui beberapa fasa perubahan iaitu bermula dengan para pelayar polinesia, zaman pelayaran lautan Mediterranean, dan era penerokaan, sains dan eksplorasi. 1.1.1 Zaman Pelayar Polinesia Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para sarjana, ilmu pelayaran telah dijejaki seawal 30,000 tahun lalu melalui para pelayar polinesia yang pada mulanya belayar untuk melakukan migrasi di kawasan lautan pasifik. 1 Migrasi yang dilakukan oleh para pelayar polinesia tidak mempunyai pendokumentasian yang lengkap dan mengapa mereka melakukannya, namun beberapa faktor utama telah dikenalpasti seperti perang puak, wabak penyakit, mencari keperluan makanan, dan bencana alam. Pelayaran yang dilakukan kemudianya telah membawa kepada proses kolonialisasi kawasan Polinesia yang meliputi gugusan-gugusan kepulauan selatan dan barat lautan pasifik seperti New Guinea, Fiji, Samoa dan lain-lain. 2 Persoalan tentang bagaimana mereka berlayar dari satu pulau ke satu pulau di kepulauan Polinesia masih menjadi suatu yang samar kepada para pengkaji maritim. Namun berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan, masyarakat Polinesia adalah sangat peka terhadap kawasan sekeliling mereka sebagai contoh, peka terhadap arah ombak serta kesannya terhadap kenu/perahu mereka, perubahan paras laut dan arah burung bergerak serta corak tempat tinggal hidupan laut di sekitar kawasan Pasifik.3 Selain itu, masyarakat Polinesia juga merupakan manusia pertama yang menggunakan ilmu pemerhatian astronomi berdasarkan bintang untuk
membantu
mereka
menentukan
arah
pelayaran.
Antara
sumbangan
1 Service R.F. 1996. Rock chemistry traces ancient traders. Dalam Science , 274 (5295),1996, hlm 2012.
2 Pugh D.T.Tides, Surges, and Mean Sea-Level. Chichester : John Wiley, 1987, hlm .2.
masyarakat Polinesia terhadap ilmu pelayaran adalah pembentukan peta navigasi pertama dunia yang dipanggil sebagai “carta kayu (stick charts)”. Peta ini diperbuat daripada bambu dan beberapa kayu-kayan yang lain dan di ikat bersama. Lokasi sesebuah pulau biasanya di tanda menggunakan cengkerang atau simpulan, manakala lengkungan kayu pula mewakili bentuk ombak laut di sekitar pulau dan bagaimana ombak akan memberi kesan terhadap perahu mereka. 4 Sumbangan pelayar Polinesia ini adalah jelas dalam menggunakan kedua-dua ilmu lisan dan tradisi secara turut-temurun, ilmu ini turut menjadi penyumbang kepada berlakunya penggunaan sistem barter dalam sistem ekonomi awal yang berlaku. Antara contoh “carta kayu (stick charts)” adalah seperti yang ditunjukkan dalam foto 1.0 ;
Foto 1.0 : Carta Kayu yang digunakan oleh masyarakat Polinesia pada suatu ketika dahulu. Sumber
: Polinesian Stick Charts, dalam
http://thenonist.com/images/uploads/stckchrt7.jpg. 1.1.2 Zaman Pelayaran Laut Mediterranean. Pada zaman ini, ilmu pelayaran berkembang hasil penerokaan maritim yang dilakukan oleh masyarakat yang tinggal di kawasan laut Mediterranean beberapa 3 Emmanuel G. Reynaud, Under the Eye of Neptune: An Historical Perspective of Marine Creature Imagery, New Jersey : Wiley-Blackwell,2014, hlm.5.
4 Thomas Suarez, Early Mapping of The Pacific : The Epic Story of Seafarers, Adventures, and Cartographers who mapped the Earth’s Greatest Ocean, Singapore : Periplus Editions, 2004, hlm 5.
ribu tahun yang lalu. Antara masyarakat yang mahir dalam ilmu pelayaran pada ketika itu adalah berasal daripada Egypt, Phoenicia, dan Crete. Pelayaran yang dilakukan oleh ketiga-tiga kumpulan masyarakat ini telah berjaya membentuk sebuah peta laluan perdagangan terawal dunia dan jika diteliti tamadunan Greek telah muncul dengan pelbagai mitos serta kepercayaan mengenai lautan seperti dewa dewi yang memerintah lautan (Poseiden, Jason and the Argonauts, dan lainlain). Kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Greek ini telah diwarisi secara turun temurun dan sekitar 2,900 tahun yang lalu mereka telah menerokai lautan Mediterranean melepasi selat Gibraltar di kawasan barat. Sumbangan pada zaman ini adalah jelas dalam pembentukan peta katografi laut di kawasan tersebut yang membantu mereka untuk melakukan pelayaran dari sebuah bandar ke bandar yang lain dalam lautan yang sama. Antara peta terawal yang dihasikan adalah pada 1595 oleh Abraham Ortelius, seorang kartografi Belanda dan berikut merupakan contoh peta yang dilukisnya ;
Foto 1.1 : Peta lautan Mediterranean yang dibuat pada 1595 oleh Abraham Ortelius, seorang ahli kartografi Belanda. Sumber : Map of the Mediterranean Sea made in 1595 by Abraham Ortelius, dalam http://www.maps-charts.com/Europe.htm, dalam 1.1.3 Zaman Penerokaan dan Eksplorasi Sains (Age of Discovery) Zaman penerokaan dan eksplorasi sains merupakan titik permulaan era ilmu pelayaran berkembang secara drastik. Mengikut kajian, zaman ini bermula sekitar 650 tahun yang lalu apabila para pelayar eropah telah banyak melakukan pelayaran untuk mencari jalan menuju ke bandar-bandar besar di benua lain khususnya
melibatkan Asia Timur dan Eropah. Antara tokoh terkemuka dalam ilmu pelayaran seterusnya membawa kepada kemunculan era perdagangan pada zaman ini adalah Prince Henry the Navigator(Portugal). Penubuhan pusat
pembelajaran ilmu sains
dan marin di Sagres,Portugal telah mengembangkan ilmu maritim dan memberikan asas kepada pengetahuan mengenai laut, arus, dan bagaimana untuk membuat peta.5 Pada penghujung abad ke-14, Cristopher Colombus telah menjadi pelayar eropah pertama yang berlayar menuju ke kawasan barat melintasi lautan Atlantik dengan selamat, manakala pada awal abad ke-15 pula, Ferdinand Magellan berjaya mengelilingi dunia menggunakan jalan laut. 6 Mengelang awal abad ke-16 dan ke-17, ekspedisi pelayaran dan penerokaan dunia menerusi jalan laut telah berkembang dengan drastik apabila kebanyakan empayar Eropah seperti Sepanyol, Perancis dan Britain telah menggalakkan aktiviti tersebut untuk tujuan bagi mencari kawasan koloni
baru,
bahan-bahan
mentah,kawasan
perdagangan,
dan
rempah-ratus
7
daripada India . Ekspedisi yang dilakukan telah menerokai hampir keseluruhan daripada
kawasan
lautan
benua
dunia
yang
meliputi
kawasan
Atlantik,
Pasifik,Lautan India, Artik dan Lautan Antartika.8 Salah
satu
ekspedisi
yang
boleh
dikatakan
paling
berjaya
dilakukan
oleh
masyarakat Eropah sekitar zaman ini adalah dilakukan oleh Kapten James Cook. Pelayaran James Cook bersama kapalnya, HMS Endeavour telah meninggalkan 5 Neil Schlager dan Josh Lauer, Science and Its Times : Understading the Social Significance of Scientific Discovery, London : Gale Group, hlm.9.
6 Voyages of Exploration and Science : The Age of Discovery, dalam http://www.divediscover.whoi.edu/history-ocean/voyages.html, diakses pada 27 April 2015, 4.00 am
7
Rempah ratus yang diperlukan oleh masyarakat eropah pada ketika itu bukan sahaja digunakan untuk menjadi bahan tambahan dalam makanan namun digunakan untuk menjadi ubat-ubatan untuk menyembuhkan wabak penyakit yang melanda eropah.
8 Jack Goldstone, Why Europe? : The Rise of The West in World History (1500-1850), New York : Lisa Moore, hlm.9.
pelabuhan Portsmouth,England pada 1768 dan dalam masa 10 tahun sahaja, James Cook telah mengelilingi dunia sebanyak 3 kali dan berjaya menghasilkan peta negara-negara besar seperti Australia, New Zealand dan kepulauan Hawaii. Ketigatiga pelayaran ini telah menjadikan beliau mahir dalam selok-belok lautan dan keadaan sekelilingnya, beliau juga merupakan orang pertama yang mengetahui bahawa punca penyakit skurvi yang dihidapi oleh kelasi kapal semasa di lautan adalah disebabkan kekurangan Vitamin C dalam badan. Oleh itu, beliau akan membawa sebanyak mungkin sayur kubis yang kaya dengan Vitamin C. Seterusnya pada 1728, seorang pelayar dan pencipta British iaitu John Harrison telah berjaya untuk mencipta alat yang banyak membantu pelayar-pelayar untuk berlayar di lautan. Pada ketika itu, kebanyakan para pelayar menggunakan jam pendulum untuk menentukan masa, namun jam tersebut tidak berfungsi dengan baik untuk kawasan lautan yang beralun.
9
Sumbangan Harrison adalah dilihat pada tahun 1736, apabila beliau telah mencipta jam yang menggunakan spring berbanding pendulum dan jam ini merupakan alat kronometer pertama yang dicipta dalam sejarah maritim dunia yang mampu memberi pengiraan masa dengan lebih tepat. Selain itu, kronometer yang dicipta oleh Harrison juga mampu untuk membantu para pelayar bagi menentukan sejauh mana pelayaran mereka (sama ada ke barat atau timut) daripada longitud 0O atau prime meridian, dan ukuran longitud apa yang telah mereka telah lalui sebelumnya. Menjelang 1761, Harrison kemudiannya telah mencipta 4 lagi buah jam yang lebih tepat berbanding sebelumnya, jam terakhir yang digunakan oleh beliau adalah semasa beliau melakukan pelayaran di antara England dan Jamaica. Jam yang digunakan oleh beliau hanya kekurangan 5 saat setiap hari dan kapal yang digunakan oleh beliau mampu untuk sampai ke Jamaica dengan tepat tanpa tersasar.10
9 Emmanuel G. Reynaud.,op.cit, hlm.9. 10 Trevor Day, Ecosystem : Ocean, London : Routledge Taylor & Francis Group hlm.139.
Foto 1.2 : Kronometer yang dicipta oleh John Harrison Sumber : John Harrison Choronometer, dalam http://www.fotolibra.com/gallery/49 403/john-harrisons-chronometer-illustration/. Oleh itu adalah jelas kita dapat melihat bahawa sumbangan ilmu pelayaran atau oseanografi
yang
dilakukan
para
pelayar
terdahulu
adalah
sangat
besar.
Perkembangan perdagangan berlaku sejak zaman Greek, yang berlaku di sekitar lautan Mediterranean dan revolusi drastik perdagangan mula tercetus apabila beberapa tokoh eropah mula menghasilkan peta-peta lautan dunia serta mencipta teknologi-teknologi baru untuk memudahkan pelayaran dilakukan. Senario inilah yang telah membawa kepada kebergantungan serta hubungan yang erat di antara Barat dan Timur.