contoh rancangan perniagaan tanaman cili dan tomato secara fertigasiFull description
Pertanian Moden
mengandungi pelbagai himpunan maklumat tentang pertanian,natural farming,tanaman secara fertigasi,penyakit tanaman, baja fertigasi, dan cara mengatasi masalah tanaman.Full description
skracena verzija sistema stanislavskog
Dasar pembelajaran kuliah hidrolikDeskripsi lengkap
SISTEM-SISTEM KLASIFIKASI UTAMADeskripsi lengkap
Sistem dan pendekatan sistem
PriokFull description
thank u
sistem pada karburatorDeskripsi lengkap
Full description
abstrakDeskripsi lengkap
Sistem Fertigasi Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Fertigasi: Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Fertigasi: Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan. Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Fertigasi Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan "fertilizer" dan "Irrigation". Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 - 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga. Penanaman Secara Fertigasi Kebaikan Masalah/halangan
1. Meningkatkan hasil per unit dengan kepadatan tinggi 2. Mengatasi masalah tanah yang tidak subur 3. Nutrien dapat diberi mengikut peringkat pertumbuhan 4. Dapat menghindar penyakit pokok 5. Masalah rumpai kurang 6. Penggunaan racun dapat dikurangkan 7. Hasil yang lebih tinggi dan berkualiti
1. Modal permulaan yang tinggi 2. Kos baja tinggi 3.Risiko kerugian yang tinggi dan tenaga buruh yang intensif 4.Kekurangan pengetahuan aspek baja dan penjagan rapi 5. Memerlu kualiti airyang baik 6. Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat 7. Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai http://soiltrg05.tripod.com/Fertigasi.htm