SKEMA PEMARKAHAN BAHAGIAN A [50 MARKAH] 1.
[a] Huraikan tiga peranan masyarakat kepada perniagaan
[6]
Tiga peranan masyarakat kepada perniagaan ialah :
Masyarakat membeli barang [1] Peranan masyarakat sebagai pelanggan membeli barang yang dijual oleh perniagaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka [1] Masyarakat menyediakan tenaga kerja untuk perniagaan [1] Perniagaan yang wujud memerlukan jumlah tenaga kerja yang banyak dalam menjalankan aktivitinya maka dengan itu masyarakat menyediakan tenaga kerja untuk perniagaan bagi memastikan proses pengeluaran dapat berjalan dengan lancar. [1] Masyarakat membekalkan bahan mentah kepada perniagaan. [1] Perniagaan memerlukan bahan mentah untuk memastikan proses pengeluaran tidak tergendala maka masyarakat adalah penyumbang kepada penyediaan bekalan bahan mentah kepada perniagaan. [1] [1 F X 3 = 3M1 H X 3 = 3M JUM= 6M] [b] terangkan maksud perniagaan ekstraktif dan berikan dua contoh
[4]
Maksud perniagaan ekstraktif Aktiviti ekonomi yang mengeluarkan sumber semulajadi dari tempat asal/perut bumi [1m] dan hasil pengeluaran ini tidak boleh digunakan terus oleh pengguna sumber tersebut digunakan dalam bentuk asal tanpa diproses .[1m] contoh perniagaan ekstraktif 1. 2. 3. 4.
Perlombongan Perikanan Perhutanan Pembalakan
( mana-mana dua jawapan pertama 1 contoh 1m = 2m)
[c] Huraikan peranan jabatan pemasaran, jabatan kewangan dan jabatan sumber manusia terhadap jabatan pengeluaran. Jabatan Pemasaran
[6] Peranan terhadap jabatan pengeluaran
Menerima maklumbalas daripada pasaran dan memaklumkan jabatan pengeluaran tentang produk yang perlu dihasilkan Mewujudkan pernintaan bagi barangan sedia ada atau barang baharu dalam pasaran Menerima pesanan berdasarkan kapasiti atau kemampuan jabatan pengeluaran Mana-mana dua pertama[max 2m]
Kewangan
Membekalkan maklumat berkaitan prestasi pengeluaran. Mengendalikan urus niaga kewangan di dalam jabatan pengeluaran seperti urusan pembayaran selepas membeli bahan mentah dan membayar upah buruh di jabatan pengeluaran Melakukan pelaburan pengeluaran dari segi teknologi, penambahanbaikan proses, modal dan inventori melalui belanjawan yang diamalkan oleh jabatan kewangan Mana-mana dua pertama[max 2m]
Sumber
Mengambil dan melatih tenaga kerja untuk kerja-kerja pengeluaran
manusia
Memastikan tenaga kerja yang sesuai dan mencukupi untuk jabatan pengeluaran Menggunakan sumber manusia dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan Mana-mana dua pertama [max 2m]
[d] terangkan maksud ‘benchmarking’ dan kepentingannya kepada sebuah organisasi.
[6]
Maksud
Proses membandingkan prestasi dan merit sendiri dengan prestasi dan merit yang terbaik dalam industry yang sama atau berlainan dengan organisasi tersebut.[1m]
Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau berlainan. [1m]
[maksud=2m]
Kepentingan 1. Pihak pengurusan dapat mengenalpasti firma terbaik dalam industry[1m] membandingkan keputusan dan proses yang dikaji dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui keupayaan prestasi sasaran dan kaedah untuk menjadi yang terbaik seperti organisasi tersebut. [1m] 2. Menjamin prestasi dan pencapaian pekerja[1m] pekerja mengetahui matlamat dan tahap pencapaian yang sepatutnya dan akan menunjukkan kualiti kerja yang disasarkan. [1m] 3. Merupakan faktor perkembangan sesebuah organisasi. [1m] Persaingan yang sihat akan diikuti dengan kemajuan yang berterusan kerana syarikat sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. [1m] 4. Membantu sesebuah organisasi menentukan matlamat yang membolahkannya bersaing dalam sebuah kumpulan sasaran. [1m] Organisasi yang maju dijadikan tanda aras dan asas kepada kemampuan syarikat yang sedang membangun. [1m] 5. Mendorong pihak pengurusan organisasi untuk memajukan organisasi.[1m] Para pekerja perlu diberi latihan dan motivasi bagi memastikan objektif pertumbuhan syarikat tercapai. [1m] [mana-mana dua jawapan pertama F1M H1M = 2F 2H = 4M] [ maksud 2m+kepentingan 4m = 6m] [e] Senaraikan empat langkah dalam proses pembelian produk baharu
[4]
1. Menyedari/kesedaranakan kewujudan produk [1] 2.Meminati dengan berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang produk [1] 3. Menilai dengan membuat perbandingan antara sesuatu produk dengan produk lain.[1] 4.Mencuba dengan membeli dalam kuantiti/skala kecil sebelum membuat pembelian seterusnya.[1] [setiap langkah mesti dalam ayat yang lengkap baru dapat 1m jum markah 4m]
[f] Senaraikan empat asas segmentasi pasaran.
[4]
1. Geografi seperti bentuk muka bumi/cuaca/iklim [1m] 2. Demografi seperti jantina/umur/agama/bangsa [1m] 3. Psikologi seperti kelas sosial/gaya hidup/personaliti [1m] 4. Gelagatpengguna seperti pengetahuan/pengalaman/sikap.[1m] [g] Terangkan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat. Aspek
Aktiviti
[4]
Memaksimumkan keuntungan
Memaksimumkan kekayaan
syarikat
pemegang saham syarikat
Aktiviti memfokus pada
Aktiviti mengambil kira
keuntungan semata-mata. [1m]
tanggungjawab sosial dan bukan keuntungan semata-mata. [1m]
Matlamat
Risiko
Mempunyai matlamat jangka
Mempunyai matlamat jangka
pendek, iaitu mengaut sebarapa
panjang iaitu memastikan
banyak keuntungan yang boleh
perniagaan sentiasa berkembang
tanpa memikirkan imej
dan mambentuk imej syarikat yang
syarikat.[1m]
baik.[1m]
Tidak menghiraukan risiko yang
Mengambil kira faktor risiko bagi
timbul asalkan aktiviti
mendapatkan keyakinan pemegang
mendatangkan keuntungan kepada
saham dan membuat pelaburan
syarikat.[1m]
secara berhati-hati.[1m] [Mana-mana dua aspek yang pertama max4m]
[h] Terangkan tiga kebaikan dan tiga kelemahan pembiayaan jangka panjang.
[6]
Kebaikan Kelemahan Jumlah pinjaman yang besar dan Tertakluk kepada syarat pinjaman yang ketat mencukupi untuk membiaya operasi kerana tempoh masa yang panjang perniagaan [1m] memungkinkan ketidakmampuan bayaran oleh peminjam [1m] Tempoh bayaran yang melebihi setahun Memerlukan cagaran dalam bentuk harta /asset membolahkan bayaran bulanan dengan tetap yang lain yang mungkin mewujudkan jumlah yang kecil [1m] masalah bagi perniagaan yang tiada cagaran [1m] Kos membuat pinjaman keseluruhan Tanggungan kepada pemberi hutang adalah rendah kerana pinjaman hanya [pemiutang] adalah lebih lama dan terdedah dibuat sekali sahaja [1m] kepada tindakan penghutang [1m] [i] Huraikan tiga kepentingan latihan kepada pekerja.
[6]
1. meningkatkan produktiviti pekerja [1m] Tahap kemahiran pekerja yang lebih tinggi dapat mengurangkan risiko kesilapan dan meningkatkan produktiviti.[1m] 2. meningkatkan kepuasan dan motivasi pekerja. [1m] Kemahiran baharu yang diperoleh dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk menyumbang idea kepada organisasi.[1m] 3.
Meningkatkan kemahiran pekerja [1m] Melalui latihan, pekerja akan sentiasa menimba kemahiran baharu bersesuaian dengan perkembangan teknologi. [1m] [F3M H3M = 6M]
[j] Jelaskan dua kaedah penentuan keperluan sumber manusia bagi sebuah organisasi perniagaan. [4] 1. Meramal sumber dalaman [1m]– pengambilan pekerja daripada sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang berkhidmat dalam organisasi organisasi 2. Meramal sumber luaran [1m] – calon dari luar organisasi melalui pengiklanan/agensi pekerjaan [1m] 3. Carta pengantian [1m] – satu teknik peramalan sumber manusia yang menghuraikan struktur sesebuah organisasi berkaitan dengan pelbagai pekerjaan pengurusan dan professionaseperti pengetahuan/kemahiran/jantina/umurl.[1m] 4. Inventori kemahiran [1m] – pusat pengumpulan data pekerja yang mengandungi aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya dan pengalaman pekerja.seperti sejarah kerjaya pekerja dan kemahiran bahasa pekerja[1m] mana-manadua pertama [F2M H2M = 4M]
BAHAGIAN B (50 markah) Soalan 2 : (i)
Bulan Butiran Kutipan Jualan 60% Jualan Tunai 30%Sebulan selepas 10%Dua bulan selepas Pinjaman Aliran tunai masuk Belian Gaji (3 x RM1000) Gaji (3 x RM800) Sewa Bayaran balik pinjaman Belanja utiliti Aliran tunai keluar Aliran tunai bersih Baki tunai awal Baki tunai bersih
Bajet Tunai Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. Bagi bulan Januari 2013 hingga Mac 2013 Januari (RM) 27 000 9 600 2 800 39 400[1M] 27 000 3 000 2 400 2 500 800 35 700[1M] 3 700[1M] 3 700[1M]
Februari (RM) 30 000 13 500 3 200 50 000 96 700[1M] 30 000 3 000 2 400 2 500 800 38 700[1M] 58 000[1M] 3 700[1M] 61 700[1M]
[1m] Mac (RM) 33 000 15 000 4 500 52 500[1M] 33 000 3 000 2 400 2 500 1 000 800 42 700[1M] 9 800[1M] 61 700[1M] 71 500[1M] [14m]
(ii)
Maksud risiko yang boleh diinsuranskan: Risiko yang boleh diinsuranskan merujuk kepada risiko yang kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak boleh diingini boleh ditentukan secara statistik atau perangkaan.[1M] Ciri risiko yang boleh diinsuranskan ialah individu atau organisasi mempunyai kepentingan ke atas risiko yang diinsuranskan.[1M] Risiko yang dialami menyebabkan kerugian yang tidak disengajakan.[1M] Contoh : risiko kebakaran, kecurian, nyawa dll.[1M] [max 3m] Jenis insurans yang boleh dibeli Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. : Risiko kebakaran[1M] - Memberikan perlindungan terhadap kerugian yang dialami akibat kebakaran di Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd., merangkumi semua aset dan bangunan syarikat tersebut jika mengalami kebakaran.[1M] - Polisi insurans yang boleh dibeli oleh Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. ialah polisi bernilai, polisi terapung dan polisi tidak bernilai.[1M]
(iii)
Risiko kecurian[1M] - Menawarkan perlindungan terhadap kerugian yang dialami oleh Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. akibat kecurian dan rompakan yang berlaku terhadap barang di premis perniagaannya.[1M] - Jenis barang yang dilindungi seperti mesin, jentera, inventori dan kenderaan Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd.[1M] Risiko kemalangan[1M] - Memberikan perlindungan terhadap kerugian yang dialami akibat kemalangan yang berlaku kepada sidinsurans atau pihak lain iaitu pekerja atau orang awam yang datang ke premis Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd.[1M] - Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. boleh membeli polisi pampasan kerja untuk pekerjanya dan polisi liabiliti awam untuk melindungi pengguna awam jika mendapat kemalangan di bangunannya.[1M] [3F x 2H = 6m] Pinjaman jangka pendek[1M] - Pinjaman yang ditawarkan khas oleh bank perdagangan kepada peniaga yang memerlukan pinjaman untuk tujuan tertentu.[1M] - Pinjaman ini perlu dibayar balik berserta faedah dalam tempoh kurang daripada setahun.[1M] - Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. boleh meminjam pinjaman jangka pendek bagi membeli alat ganti kereta dari luar negara dan membayar semula dalam jangka masa tertentu.[1M] - Syarikat perlu memohon sejumlah pinjaman tertentu sahaja untuk membeli satu lot penghantaran alat ganti tersebut.[1M] [max 2m huraian]
-
Overdraf[1M] Merupakan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan untuk pemegang akaun semasa yang boleh dipercayai.[1m] Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. Boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah simpanan dalam akaun semasanya.[1m] Faedah akan dikenakan terhadap pelanggan berdasarkan jumlah wang yang dikeluarkan, bukannya jumlah wang yang dibenarkan untuk dikeluarkan.[1m] Jumlah wang dikeluarkan oleh Syarikat Nazli Auto Sdn. Bhd. Melalui kaedah overdraf berdasarkan jumlah yang diperlukan untuk membeli barang perniagaannya. [1m] [max 2m huraian] [2F2M 4H4M= 6m]
3 a)
Proses pengambilan : Menarik minat
Pemilihan minat
Penawaran kerja
Induksi
[4 x 1m = 4M] 1. Menarik minat [1m] - aktiviti yang dilakukan bagi menarik minat bakal calon pekerja untuk berkhidmat dalam sesebuah organisasi.[1m] - dapat menyampaikan maklumat kepada semua calon tentang keperluan pekerja dan faedah yang bakal diperoleh jika berkhidmat dalam organisasi tersebut.[1m] - kaedah merekrut yang boleh digunakan ialah membuat iklan sama ada dalam media massa kain rentang di hadapan bangunan organisasi.[1m] - hebahan umum melalui surat khabar juga boleh digunakan.[1m] - kaedah head-hunting juga boleh digunakan iaitu mendapatkan pekerja melalui pekerja sedia ada yang mempunyai kawan, saudara dan sebagainya.[1m] [max 4m huraian] 2. Pemilihan [1m] - melibatkan proses membuat pemilihan atau pengambilan pekerja yang terbaik dan memenuhi syarat daripada sejumlah calon yang telah memohon untuk mengisi jawatan tersebut.[1m] - calon mesti memenuhi penghuraian kerja dan spesifikasi kerja.[1m] - prosedur pemilihan yang dirancang ialah mereka yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan. [1m] - setelah mengisi borang, mereka yang berkelayakan akan disenarai pendek dan dipanggil temu duga. Ujian kecerdasan juga akan dilakukan bagi memastikan mereka berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut. [1m] 3. Penawaran kerja[1m] - akan dilakukan selepas selesai proses pemilihan.[1m] pihak organisasi akan menawarkan kerja kepada calon terbaik atau paling layak terbaik dengan menghantar surat tawaran rasmi kepada calon tersebut.[1m] surat tawaran atau surat perlantikan merupakan kontrak pekerjaan antara organisasi dengan calon.[1m] maklumat yang terkandung dalam surat tersebut : i. nama jawatan ii. tempoh percubaan dan pengesahan jawatan iii. faedah dan ganjaran iv. tempat kerja dan waktu bekerja v. hak majikan dan pekerja seperti notis penamatan perkhidmatan [1m]
[max 4m huraian]
4. Induksi [1m] - kursus atau program orientasi yang diadakan untuk pekerja baharu.[1m] - semua calon yang berjaya untuk bekerja di organisasi akan mengikut program induksi.[1m] semasa program induksi, pihak pengurusan akan menerangkan polisi dan peraturan organisasi, tanggungjawab pekerja sebagai penyandang jawatan dan ahli organisasi serta memperkenalkan pekerja lain kepada pekerja baharu.[1m] pekerja baharu juga akan dibawa untuk melawat persekitaran organisasi untuk mengenali setiap jabatan dalam organisasi.[1m]
[4F x 4H = 16m] b) i. Kepentingan: a) Pampasan yang diterima oleh seseorang pekerja boleh digunakan bagi membiayai kos sara hidup semasa seseorang pekerja.[1m] b) Pemberian pampasan merupakan satu pematuhan majikan terhadap peruntukan undang-undang seperti Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 dan Akta Keselamatan Sosial 1969 supaya dapat menjaga kebajikan pekerja agar mempunyai tahap kesihatan yang baik, produktif dan berupaya menyara diri.[1m] c) Program pampasan yang berkesan dapat memberi motivasi yang tinggi kepada pekerja untuk terus meningkatkan sumbangan kepada organisasi.[1m] d) Pemberian pampasan dapat menjamin masa depan pekerja sama ada semasa bekerja atau setelah bersara.[1m] e) Pampasan yang kompetitif yang diberikan oleh majikan akan diterima di peringkat industri dan ini boleh mewujudkan hubungan harmoni dengan kesatuan sekerja terlibat. [1m] [5F x 1m=5m] ii.
Kemampuan organisasi[1m] - merujuk kepada kedudukan kewangan atau kedudukan aset dan tingkat keuntungan perniagaan.[1m] - jika organisasi mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, maka akan memberikan lebih banyak ganjaran kepada pekerja [1m] - berbanding organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah.[1m] Bentuk atau jenis tugas[1m] - setiap pekerja dalam organisasi akan menjalankan tugas yang berbeza.[1m] - pekerja yang menjalankan tugas yang rumit dan mempunyai tanggungjawab yang berat akan diberi ganjaran yang lebih tinggi [1m] - berbanding pekerja yang menjalankan tugas yang kurang penting dan bersifat rutin.[1m]
Undang-undang dan peraturan kerajaan[1m] - Pihak kerajaan berhak menentukan kadar ganjaran yang boleh diberi oleh sesebuah organisasi.[1m] - Untuk melindungi hak pekerja dan mengelakkan eksplotasi pekerja di negara ini, majikan dalam sektor perladangan diwajibkan untuk membayar upah yang sesuai[1m] - berdasarkan kadar upah minimum yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.[1m] Ganjaran yang dibayar oleh pesaing[1m] - Majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang diberi oleh pesaing dalam industri yang sama.[1m] - Tujuannya untuk mengelakkan pekerja daripada berpindah ke organisasi lain.[1m] - Di samping mengekalkan kesetiaan pekerja kepada majikan. [1m] Permintaan dan penawaran buruh - Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor tertentu akan menyebabkan kadar upah meningkat. [1m] - Sebaliknya, penawaran buruh yang berlebihan dalam sektor tertentu akan menyebabkan kadar upah menurun.[1m] - Buruh yang mempunyai permintaan yang tinggi akan mendapat gaji/upah yang tinggi.[1m] [5F x 3H = 15m]