TAJUK 2: LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN EKONOMI MALA MALAYSIA YSIA (S TRUKTUR TRUKTUR E KONOMI KONOMI M ALAYSIA ALAYSIA )
Ahli Kumpulan : Moses Igat Anak Michael Brenden Murni Salwani binti Usop
DEFINISI:
Struktur ekonomi Malaysia
= Susunan atau gabungan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara
Struktur ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga sektor : -
Sektor pertama-Pertanian,perhutanan, ternakan, DLL
-
Sektor kedua-Pembuatan dna pembinaan
-
Sektor ketiga-Pengeluaran (Perkhidmatan dan perdagangan)
Sumbangan setiap sektor kepada ekonomi negara dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tiga aspek:
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Guna Tenaga
Eksport
Sektor
2009
2010
2011
1
-5.7
2.3
-0.1
2
-3.4
16.5
8
3
3.1
6.8
6.8
Krisis kewangan global telah membawa kepada penguncupan ekonomi global secara mendadak pada tahun 2009
Ekonomi Malaysia menguncup kepada 1.7 peratus kesan daripada kejatuhan mendadak dalam sektor Pembuatan (9.3%) dan penyusutan sektor Perlombongan dan Kuari sebanyak 3.8 peratus.
Trend Trend positif yang dicatatkan oleh sektor Perkhidmatan dan Pembinaan telah mengimbangi momentum penyusutan secara keseluruhan.
Selari dengan penguncupan pertumbuhan nasional, prestasi peringkat negeri menunjukkan beberapa variasi dengan sebilangan besar negeri mencatatkan pertumbuhan negatif
Persekitaran ekonomi global kembali teguh pada tahun 2010 setelah mengalami krisis kewangan dan kejatuhan ekonomi pada tahun 2009. Pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan telah dicatat di kebanyakan negara termasuk di rantau Asia.
Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan peningkatan sebanyak 7.2 peratus (2009: -1.6 %). Pertumbuhan ini dipacu oleh sektor Perkhidmatan (6.8 peratus) dan Pembuatan (11.4 %).
Kebergantungan kepada aktiviti ekonomi tertentu di setiap negeri mewujudkan struktur ekonomi yang unik dan tumpuan bidang yang berbeza. Senario ini dapat dilihat melalui perbezaan ciri dan struktur ekonomi yang seterusnya akan memberi kesan terhadap prestasi setiap negeri.
Berikutan prestasi yang kukuh pada tahun 2010, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 5 6% pada tahun 2011, disokong terutamanya oleh peningkatan yang berterusan dalam permintaan dalam negeri.
Semua sektor ekonomi diunjurkan berkembang dengan kukuh pada tahun 2011, disokong terutamanya oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang berterusan.
Sektor perkhidmatan dan perkilangan dijangka berkembang, meskipun pada kadar yang lebih sederhana disebabkan oleh asas pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2010. Sektor perkhidmatan akan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan kerana didorong oleh subsektor yang berorientasikan permintaan dalam negeri, khususnya perdagangan borong dan runcit,kewangan dan insurans, serta komunikasi.
Walau bagaimanapun, subsektor berkaitan perdagangan dan subsektor berkaitan perkilangan, dijangka meningkat pada kadar yang lebih sederhana, seiring dengan jangkaan permintaan luar negeri yang sederhana.
–
Pertumbuhan yang sederhana juga dijangka bagi industri berorientasikan eksport dalam sektor perkilangan. Khususnya, kelompok keluaran E&E akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan berikutan pemulihan yang kukuh pada tahun 2010. Namun demikian, pertumbuhan dalam industri berorientasikan dalam negeri akan terus menyokong sektor perkilangan.
•
Sektor pertanian
•
•
•
Sektor pembuatan •
Bahagian guna tenaga dalam sektor pertanian dijangka mencatat 9.8 peratus daripada jumlah guna tenaga pada tahun t ahun 2010 berbanding sebanyak 15.2 % pada tahun 2000. Penggunaan kaedah penanaman berteknologi tinggi dan perladangan berskala besar serta meningkatnya penggunaan penggunaan jentera dijangka mengurangkan permintaan terhadap buruh terutamanya untuk penanaman makanan. Pertambahan nisbah modal-buruh dan proses pengeluaran yang lebih cekap akan membawa kepada pertumbuhan guna tenaga yang rendah di sektor pembuatan. Pertumbuhan guna tenaga dalam sektor ini dijangka mencapai kadar purata 4.1 % setahun, iaitu meningkat daripada 2.6 juta pada tahun 2000 kepada 3.8 juta pada tahun 2010 yang merupakan 38.2 % daripada jumlah guna tenaga yang diwujudkan. Memandangkan sektor ini semakin menuju ke arah keluaran bernilai ditambah yang lebih tinggi dan penggunaan modal secara lebih intensif, permintaan akan lebih tertumpu kepada pekerja yang berkemahiran tinggi dan ini bermakna kemahiran tenaga buruh perlu dipertingkatkan.
EKSPORT SEHINGGA FEBRUARI 2011 Sektor Pembuatan (Barangan E&E)
Jumlah eksport
Berbanding tahun lepas
RM19.7 bilion
7.5% (1.4 bil)
Minyak Kelapa Sawit RM5.5 bilion dan Hasil Keluaran Sawit
21.9 % (RM4.0 bil)
LNG (Liquefied Natural Gas)
RM 3.4 bilion 27% (RM2.6 bil)
Keluaran Petroleum
RM3.0 bilion 78.3%
Petroleum mentah
RM2.3 bilion 33.1 %
Kayu dan hasil keluaran kayu
RM1.2 bilion 21.6% (RM1.5 bil)
Berdasarkan klasifikasi produk, peningkatan eksport sebanyak 10.7% (RM5.0 bilion) disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) (RM3.5 bilion) dan gas, asli dan buatan (RM735.3 juta) yang menyumbangkan menyumbangkan RM4.2 bilion bil ion atau 83.9% daripada jumlah peningkatan, berasaskan tahun ke tahun.
Pertumbuhan eksport Malaysia disumbangkan oleh kenaikan eksport ke Jepun (RM1.4 bilion), India (RM1.3 bilion), Republik Korea (RM858.1 juta) dan Republik Rakyat China (RM685.9 juta) yang telah menyumbangkan RM4.2 bilion (83.0%) daripada jumlah kenaikan, berasaskan tahun ke tahun.
Barangan E&E terus kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport bernilai RM19.5 bilion atau 37.5%daripada jumlah eksport. Eksport barangan E&E merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.5% (RM1.4 bilion) berbanding bulan yang sama tahun lalu. Ia turut merekodkan peningkatan sebanyak RM1.3 bilion (7.4%), berasaskan bulan ke bulan.
PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA
Struktur ekonomi Malaysia dapat dibahagikan kepada dua jangka masa iaitu:
Sebelum Merdeka
Selepas Merdeka
SEBELUM MERDEKA
Ekonomi negara bergantung kepada sektor utama iaitu pengeluaran getah dan bijih timah.
Getah hasil pertanian terpenting dan menyumbang 45% pendapatan negara.
Tanah Melayu pengeksport getah terbesar di dunia.
Sumber utama iaitu getah menyumbang 43.7% keluaran negara dan 61.3% guna tenaga
Bijih timah pula merupakan sumber utama kedua selepas getah.
–
Sejarah : Penjajah British mengalakkan perkembangan masyarakat melalu dasar Pecah dan Perintah. Mengalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara Mengalakkan China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah. Kedatangan British mempengaruhi penanam getah dan pengeluaran bijih timah. Negeri utama pengeluar bijih timah: Perak dan Selangor. Tahun 1851 1860, 23% jumlah penggunaan bijih timah British datangnya dari Semenanjung Malaysia. Sejarah : orang-orang Melayu telahpun mengusahakan perlombongan bijih timah sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Cuma kaedah yang digunakan tidak cekap.
–
–
Kelemahan ini digunakan oleh orang-orang Cina yang membolehkan orang Cina mengusahakan sepenuhnya kawasan-kawasan lombong.
Seperti getah, permintaan tinggi ke atas bijih timah disebabkan perkembangan industri di negara barat.
Pihak penjajah menggunakan alasan perbalahan di antara kongsi-kongsi gelap Cina (bijih timah) untuk campur tangan sehingga mereka berjaya menguasai sektor tersebut.
Zaman penjajah jalan air laluan terpenting untuk membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pusat kegiatan perdagangan tertumpu kepada pelabuhan atau muara-muara sungai.
–
Abad 15 Melaka muncul sebagai pusat perdagangan berbentuk entreport.
–
Dengan kedatangan penjajah, sistem perhubungan menjadi lebih maju.
SELEPAS MERDEKA
Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Menyebabkan Menyebabkan kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu iaitu DEB.
DEB bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi sosio-ekonomi antara kaum di negara ini.
Namun, dasar ini tidak mencapai keseluruhan matlamatnya.
TRANSFORMASI EKONOMI M ALA ALAYSIA YSIA
Perubahan struktur ekonomi bermula dengan ekonomi sejarah Malaysia sebagai pengeluar komoditi utama seperti getah dan bijih timah.
Perdagangan dan pelaburan banyak ditumpukan dalam kedua komoditi utama ini pada tahun 1960an.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat pada akhir tahun 1980 dan awal tahun 1990 dalam sektor pembuatan.
Pertumbuhan ini menunjukkan Malaysia mengalami transformasi struktur, ekonomi pertanian ekonomi perindustrian. –
Disebabkan itu, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menurun daripada 23% (1980) kepada 8.7% (2001), dijangka akan terus menurun pada kadar 7.5% pada tahun 2005.
Walaupun sumbangan sektor pertanian dalam ekonomi masih penting, kewujudan sektor lain yang menyumbang kepada KDNK negara telah mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pertanian.
Perubahan struktur ekonomi negara telah menyebabkan menyebabkan sektor pertanian negara terpaksa menghadapi pelbagai isu seperti perdagangan lebih terbuka, keperluan pengguna yang mengutamakan kualiti dan perubahan dalam paradigma perniagaan dengan kemunculan ICT.
Kerajaan juga menghadapi cabaran dalam negara seperti persaingan ke atas sumber pengeluaran, teknologi yang masih belum mantap, persaingan bahan import dan kelestarian sumber.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA 1
–
9
Rancangan Malaysia tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. –
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. –
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.
Apa beza Rancangan Rancangan Malaya dengan dengan Rancangan Malaysia?
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAY YA PERTAMA: 1956 1960 –
Matlamat untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat.
Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah.
Kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan daripada Rural Economic Development.
–
Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah.
Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAY YA KEDUA: 1961 1965 –
Matlamat untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah. –
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA PERTAMA: 1966 1970 –
Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negerinegeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Ia bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.
R ANCANGAN M ALA ALAYSIA YSIA KEDUA: 1971 1975 : D ASAR EKONOMI B ARU –
Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KETIGA: 1976 1980 –
Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak.
Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KEEMPAT: 1981 - 1985
Memperuntukan RM 59,669 juta penekanan kepada pembangunan kemudahan asas di kawasan luar bandar.
Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya.
Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
–
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KELIMA: 1986 - 1990
Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KEENAM: 1991 - 1995
Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam.
Memberi penekanan kepada strategi makroekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KETUJUH: 1996 2000 –
Menekankan kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KELAPAN: 2001 - 2005
Memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020.
Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah: o
o
o
Mengubah strategi pertumbuhan kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, Mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan Memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KESEMBILAN: 2006 - 2010 Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. RMK-9 merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
R ANCANGA ANCANGAN N M ALA ALAYSIA YSIA KESEPULUH: 2011 - 2015
Membentuk ekonomi yang diterajui sektor swasta dengan memodenkan peraturan perniagaan, menghapuskan herotan pasaran, memperkenalkan undang-undang persaingan dan menambahbaik hubungan antara kerajaan dan perniagaan.
Menggiatkan program penswastaan dan perkongsian awam-swasta (PPP).
Mencapai keseimbangan di antara syarikat milik kerajaan dan swasta.
Membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi dengan mengurangkan kos kawal selia yang dtanggung oleh PKS.