JUDUL BUKU : SULTAN MUHAMMAD MUHA MMAD AL - FATEH – PENAKLUK KOSNT KOSNTANTINOPEL ANTINOPEL Harga: RM 24.00 / RM 27.00 ISBN-13: 978-967-5136-11-5 Tarikh Terbit: 5 Sep 2008 Jumlah Muka Surat : 336 Pengarang : Abdul Latip Talib Kategori: Novel Dewasa, Dewasa, Novel Sejarah Islam PTS Millennia Sdn Bhd
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
HADIS RASULULLAH S.A.W TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah. SINOPSIS
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Akhirnya, hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. SINOPSIS
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Pendahuluan Bab 1: Firasat Seorang Ulama Bab 2: Lahirnya Seorang Pahlawan Bab 3: Umpan Tidak Mengena Bab 4: Suatu Pengajaran Bab 5: Teruskan Perjuangan Bab 6: Perangkap Bab 7: Hidayah Bab 8: Yang Benar dan yang Palsu Bab 9: Antara Kasih dan Benci Bab 10: Helah Sultan Murad Bab 11: Pengintip Bab 12: Wasiat Bab 13: Abu Ayub al-Ansari Bab 14: Retak Menanti Belah Bab 15: Yang Zalim dan yang Adil Bab 16: Helah Sultan Muhammad Bab 17: Bukan Mungkir Janji Bab 18: Rumeli Hisarri Bab 19: Kota Konstantinopel Bab 20: Sabotaj ISI KANDUNGAN
Bab 21: Terowong Rahsia Bab 22: Meriam Urban Bab 23: Tentera yang Baik Bab 24: Rakyat yang Baik Bab 25: Siapa yang Lebih Cerdik Bab 26: Munafik Bab 27: Berangkat ke Medan Jihad Bab 28: Antara Dua Pilihan Bab 29: Serangan Demu Serangan Bab 30: Pertempuran di Laut Marmara Bab 31: Tanduk Emas Bab 32: Pantai Semenanjung Fera Bab 33: Pertemuan Sulit Bab 34: Petunjuk Bab 35: Kapal Belayar di Daratan Bab 36: Di Ambang Kekalahan Bab 37: Api Perang Terus Dinyalakan Bab 38: Menang ataupun Syahid Bab 39: Kota Konstantinopel Berjaya Ditawan Bab 40: Masjid Aya Sophia Bab 41: Mencari Makam Syuhada
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 42: Disambut dengan Gembira Bab 43: Tanduk Emas Istana Topkapi Bab 44: Pulau Khabus Bab 45: Wasiat Seorang Penakluk Glosari Bibliografi
ISI KANDUNGAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENGENALAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah m atang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PENGENALAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
BAB 1 : FIRASAT SEORANG ULAMA •
•
•
Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh, iaitu Sultan Murad tertanya-tanya bilakah hadis Rasulullah S.A.W akan menjadi kenyataan?. Sudah hampir 800 tahun Nabi S.A.W menuturkan hadis tersebut namun masih belum menjadi kenyataan. Apakah selama ini tidak ada ketua yang baik, tentera yang baik dan raja yang baik di negara-negara islam. Apakah pada zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah tidak ada pemimpin yang baik, tentera yang baik dan raja yang baik. Penasihat Sultan Mahmud iaitu Syeikh Bayram ulama yang terkenal mengatakan “ sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W bukan seorang ahli nujum dan bukan juga seorang tukang namun apa yang disabdakan pasti benar berlaku kerana baginda mendapat wahyu daripada Ilahi. Cthnya : semasa perang al-Ahzab
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
•
•
Syeikh Bayram mengatakan sekiranya mahu berjaya menawan Kota Konstantinopel tuanku pastikan dahulu tentera dan rakyat tuanku juga baik. Apabila pemimpim baik, tentera baik dan rakyat baik barulah hadis Rasulullah S.A.W akan menjadi kenyataan. Sultan Murad agak terkejut mendengarnya tapi mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Syeikh Bayram mengatakan mengikut firasat saya yang dikurniakan tuhan bukan tuanku menawan konstantinopel tetapi putera tuanku. Sultan Murad terkejut kerana beliau tidak memiliki anak. Namun Syeikh Bayram mengatakan tuanku akan mendapat seorang anak yang baik seperti yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah S.A.W.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 12 : Pengintip •
•
Bagi mengetahui keadaan sebenar tentera dan rakyat beliau, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad Al –Fateh menyamar diri bagi mengetahui keadaan mereka. Alangkah buruknya keadaan rakyat saya, kerana itu tidak hairan saya tidak berjaya menakluk kota konstantinopel kata Sultan Murad. Wahai anakanda, jadilah pemimpin yang baik. Berilah latihan kepada pasukan tentera supaya menjadi tentera yang baik dan didiklah rakyat kita menjadi baik, pesan Sultan Mahmud
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 27 : Bergerak ke Medan Jihad •
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Maharaja Konstantinopel meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 27 : Bergerak ke Medan Jihad •
Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 27 : Bergerak ke Medan Jihad •
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 27 : Bergerak ke Medan Jihad •
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Bab 41 : Mencari Makam Syuhada •
•
•
Sultan Muhammad Al Fateh begitu tertarik dengan kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Abu Ayub Al Ansari. Malah sebelum berjaya menawan Kota Konstantinopel, beliau tekad mencari makam syuhada itu. Setelah menjumpai makam syuhada tersebut kerja-kerja menggali dijalankan. Ketika kerja-kerja menggali dijalankan terbujur sebelah kaki yang masih elok dan tidak reput walaupun sudah ditanam beratus-ratus tahun. Orang ramai bergilir-gilir mencium kaki untuk mendapatkan keberkatan tetapi apabila giliran Sultan Muhammad Al Fateh kaki tersebut seolah-olah mengelak sehingga dicuba beberapa kali masih tidak dapat menciumya. Mengapa saya tidak diizinkan mencium kakinya, kata Sultan Muhammad Al Fateh. Kata gurunya “Abu Ayub Al Ansari berasa malu sekiranya kakinya dicium oleh seorang pemimpim yang baik seperti tuanku. Dia berharap benar bahawa dialah orang yang disebut2 oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi pilihan Allah jatuh kepada tuanku. Sebab itu dia merasa malu kepada tuanku.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.
BAB PILIHAN
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010
Terima kasih.
ULASAN BUKU 30 JULAI 2010