SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA SUNDAY, AUGUST 21, 2011
Sumbangan Tamadun Cina Terhadap Tamadun Malaysia Pengenalan ALAM SEKITAR Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima ~mua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme an beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan tmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu lmadUl). atau pengamalan budaya. KELUARGA Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormatmenghormati. KOMUNITI Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi
perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Keduadua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme. KERAJAAN Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunasIunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. KEGIATAN EKONOMI Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya. PENDIDIKAN Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agamaagama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui
pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. KESIHATAN Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamaduntamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamaduntamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalanpersoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama. Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka muncul nya pinjam meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi beberapa pengetahuan kepada dunia Barat mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Oleh itu perkembangan ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia. Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomenefenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan , pergerakan matahari, bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Cina. Oleh itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa jawapan kepada persoalan alam. Daripada pengkajian orang Cina terhadap kulit kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka mengenai jawapan alam. Dengan erti kata lain, magik dan kuasa gahib masyarakat Cina secara tidak langsung membantu orang Cina mempelajari atau menghasilkan pengetahuan mengenai bidangbidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik, astronomi dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan oleh nujum mengenai pentafsiran fenomena siang dan malam telah membantu proses perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari formula untuk hidup lebih lama membawa penemuan kajian
kimia dan perubatan. Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan lagi tamadun mereka. Keadaan ini ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat pada abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan. Keadaan ini merupakan satu pengajaran besar bagi China untuk maju ke hadapan bagi meningkatkan perkembangan tamadun mereka. Asas Sains Cina Terdapat dua asas penting perkembangan sains Cina iaitu Yin dan Yang, dan teori lima unsur. Prinsip Yin dan Yang ini merujuk kepada kestabilan alam. Walaupun dua unsur ini bertentangan namun ia memainkan peranan penting dalam perkembagan dan imbangan alam. Jika tiada imbangan ini maka berlakulah masalah bagi alam semula jadi. Yin dan Yang merupakan dua kuasa yang lengkap-melengkapi. Manakala teori Lima Unsur tidak ketahui siapa penciptanya ia dimualai oleh ahli falsafah Tsou Yen pada abad ke-3 S.M. (350-270 S.M.). beliau membuat andaian bahawa kebanyakan fenomena alam manusia berlaku berlaku berdasarkan lima perkara. Warna misalnya datang dari warna kuning, hijau, merah, putih dan hitam. Arah datang dari lima arah iaitu timur, barat, selatan, utara dan tengah. Begitu juga berlaku ke atas rasa. Terdapat lima rasa yang ketara iaitu pahit, manis, pedas, masam dan masin. Kelima-lima unsur ini dikaitkan dengan satu kitaran supaya satu unsur tidak mendomonasi keadaan. Sumbangan Terhadap Perkembangan Ilmu Sains Dari dua unsur tadi golongan cerdik pandai Cina mula meneroka alam dan memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Antara bidang-bidang utama perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan matematik, astronomi, fizik dan biologi. Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman. Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini
merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negaranegara Asia Timur dan Eropah. Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paruparu dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi. Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan. Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu. Sumbangan Terhadap Bidang Matematik Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kirakira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperisaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah dicetak. Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan awam kerajaan pada tahun 1230. Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap pelusuk China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau. Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14 S.M maka tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke 3 Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil.
Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif disukai kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genab dan ganjil. Orang Cina menyukai angka genab yang membawa kabaikan, manakala angka ganjil memberi makna sial. Selain itu juga orang Cina juga elah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar. Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh. Kajian astronomi Cina mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada alam ini sebagai makhluk yang hidup, apa jua kesakitan yang timbul daari satu bahagian alam akan dirasai oleh alam yang lain. Dalam kepercayanan roh nenek moyang, orang Cina percaya bahawa roh-roh yang telah mati akan berhimpun secara kekal di langit. Oleh itu mereka mengadakan hubuangan dengan roh ini menerusi upacara pemujaan nenak moyang. Orang Cina juag pecaya bahawa jika anak cucu yang melakukan perkara tidak baik maka nenek moyang mereka akan marah dan akan menurunkan malapetaka. Selain perkara ini orang Cina mengkaji astroomi juga kerana keperluan mengadakan kalendar. Kalendar adalah penting bagi urusan-urusan pentakbiran, menetapkan misim dan apa-apa juga pekerjaan. Oleh kerana itu ahli astronomi merupakan pegawai kerajaan. Mereka percaya bahawa langit atau syurga akan memerhati maharaja dan kerajaannya. Oleh itu apabila wujudnya pentakbiran yang gagal maka wujudnya kekacauan dalam negeri. Pemerhatian alam semesta telah berlaku kira-kira 1300 S.M Contohnya kexing atau guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab Nebula talah direkod pada abad ke-11 di China. Manakala komet Halley hanya boleh di kesan menerusi rekod Cina. Orang Cina juga mempelajari matahari dan merekodkannya secara sistematik. Selain itu gerhana bulan dan matahari juga direkodkan. Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi Bidang fizik Cina yang paling penting adalah perkembangan tentang magnet. Ahli nujum China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia. Manakala penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu lod. Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.
Manakala bidang kimia dimajukan oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput. Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput. Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka dalam ini maka mereka juga telah mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu. Salah satu ciri umum Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan. Sumbangan Terhadap Bidang Penciptaan Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han. Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman DinastiTang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya Zaman Reformasi di Eropah. Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata. Sumbangan Terhadap Perkembangan Teknologi Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor
perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti giant bamboo yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di Sichuan. Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan layar kapal. Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong-jong yang unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh. Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja pegisaran bijirin dan kira-kira pada 30 Masihi bagi kerja-kerja membersihkan bijih. Pendidikan Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia. Kekeluargaan dan kemasyarakatan – pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting.Lelaki merupakan ketua bagi sesebuah kerajaan.Tamadun Malaysia dan China sama-sama mengamalkan sistem beraja dimana hanya lelaki saja yang boleh menjadi ketua Negara. Idea Intelektual Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun Malaysia dengan tamadun China.Ini kita dapat lihat dari segi pemilihan pemerintah dimana Malaysia dipilih oleh semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas.Malaysia juga mengamalkan demokrasi dimana pemilihan pemerintah ditangan rakyat. Di china,pemilihan dibuat melalui kuasa tertinggi bergantung kepada tahap pendidikan seseorang itu. Walaupun berbeza tamadun namun penyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, dll Falsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaan Peranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintah. Raja – gelaran tertinggi – mesti adil & ada akhlak yang baik.Sesuatu
pemerintahan ini bergantung kepada pemerintah. Pemerintah yang adil dan berakhlak baik akan menghasilkan pemerintahan yang mantap dari segi ekonomi,pendidikan dan sosial. Bahasa dan Kesusasteraan Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) : (a) Makanan dan buah-buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu. (b) Pakaian dan barang-barang dagangan Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. (c) Rumah dan peralatan Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing. (d) Manusia dan ehwalnya Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong. (e) Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147). Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan. Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Kewujudan hubungan yang rap at antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-
ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran, permainan mahjong, pakau dan capjeki. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, 2005: 41).