PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur
kepada
Tuhan
kerana
atas
limpah
kurnianya,
kami
berjaya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang telah diamanahkan kepada kami. Terlalu banyak pengalaman yang telah kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini. Di samping itu kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Cara Hidup Masyarakat India di Malaysia”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Mohd Fahmi bin Sirun kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah di amanahkan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga kami, terima kasih atas bantuan dan pengorbanan sama ada dari segi kewangan, masa, dan sokongan moral. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang dihulurkan amat kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1 1 2 3 4 5 6 7 8
1
PENDAHULUAN OBJEKTIF METODOLOGI DAPATAN KAJIAN PERMASALAHAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
1-2 3 4 5 – 16 17 18 19 20
2
3
4
5
6
7
13
14
15
16
17
18
8 19
20
9
10
11
12
1.0 PENDAHULUAN Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi
melalui beberapa fasa. Secara umumnya,
tamadun
bermaksud
pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Menurut. Syed Muhammad Naquib Al Attas, tamadun beasal daripada perkataan ‘maddana’ dan berasal daripada perkataan ‘din’ yang bermaksud agama (al-Attas, 1992:1-33). Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang lebih baik dan maju dalam segenap aspek. Tamadun India bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan . Dari segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan. Kedua – dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara. Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun India mempunyai hubungan yang istimewa dengan rantau asia tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara menyerupai kehidupan tamadun India. Penerapan nilai tamadun India dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara telah mewujudkan istilah Indianised State di Asia Tenggara. Masyarakat mula mengislamisikan budaya yang mempunyai unsur tamadun mereka.
India dalam kehidupan seharian
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat dilihat dalam segenap
aspek
kehidupan
masyarakat.
Ia
merangkumi
aspek
politik,
sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India menekankan cara hidup bekeluarga serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran. Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. di Malaysia yang masih di amalkan pada hari ini jelas menunjukkan bahawa interaksi dua budaya telah memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia telah mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan negara yang lain. Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Namun, setelah kemunculan ajaran Islam, amalan yang bercanggah dengan nilai Islam dihapuskan dan digantikan dengan nilai yang berlandaskan Syariah dan Al-quran.
2.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini dijalankan dan diusahakan bagi mencapai beberapa objektif seperti berikut: 1. Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tamadun india dan cara hidup masyarakat India 2. Mengkaji sejarah dan pembentukan Tamadun India 3. Menyenaraikan sumbangan Tamadun India daripada segi kesenian, kebudayaan, adat dan budaya, makanan serta kemasyarakatan dan kekeluargaan. 4. Menjelaskan kesan dan pengaruh Tamadun India yang wujud di Malaysia 5. Melihat serta mengkaji Pengaruh Tamadun India kedalam masyarakat Melayu.
3.0 METODLOGI Kaedah yang telah digunakan oleh kumpulan ini mengenai tajuk ”Cara hidup masyarakat India di Malaysia” adalah daripada beberapa sumber. Antara sumber utama yang kumpulan ini gunakan adalah daripada sumber internet. Selain itu, terdapat juga sumber yang dipetik daripada jurnal dan majalah. Tidak lupa juga, kumpulan kami tidak ketinggalan untuk bertanyakan maklumat daripada kawan dan kenalan yang berbangsa India. Berdasarkan tajuk kami, kami telah pecahkan cara hidup masyarakat India di Malaysia kepada beberapa bahagian. Dengan cara ini, kita dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai masyarakat India di Malaysia. Kami telah bahagikan kepada bahagian sejarah masyarakat India itu sendiri. Di bahagian tersebut, kami terangkan bagaimana datangnya masyarakat India ke Malaysia yang dulu nya dikenali sebagai Tanah Melayu. Seterusnya, kami mendefinisikan ianya kepada bahagian adat dan budaya masyarakat India. Pada bahagian tersebut kami dapat mengenali adat serta budaya yang telah mereka warisi dari negara asal mereka iau India. Kemudiannya, diceritakan pula mengenai pakaian tradisional mereka. Antara pakaian tradisional masyarakat India adalah saree dan kurta. Tidak lupa juga, kami membincangkan mengenai makanan yang mana mempengaruhi masyarakat di negara Malaysia. Antara makanan tradisional masyarakat India adalah thosai dan nasi beriani gam.
4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Kesenian Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keseniaan bermaksud perihal seni yang berkaitan keindahan dan kehalusan dalan sesebuah budaya. Seperti yang diketahui, tamadun india merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik dalam aspek kebudayaan telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia. Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan. Tarian ini menjadi satu tarian yang wajib dipersembahkan kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar Khan, pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh kaum India khususnya di India. Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi
enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ). Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari. Antara alat muzik yang terkenal dalam kalagan India adalah alat muzik seperti Tata Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik gendering). Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang , Mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam). Secara
keseluruhannya,
dapatlah
dirumuskan
bahawa
seni
tarian
masyarakat India dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga turut mempunyai keunikan seninya yang tersendiri yang berlainan antara satu dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah satu iaitu untuk menghiburkan ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu hinggalah ke pada hari ini. Oleh itu, adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan ini akan berkekalan hinggalah ke generasi yang seterusnya. 4.2 Seni Bina Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kedatangan agama Hindu dan Buddha meninggalkan kegemilangan terhadap bahan-bahan purba yang kemudian hilang atau pupus begitu sahaja akibat berlakunya
perpindahan.
Pengaruh
daripada
tamadun
India
juga
telah
meninggalkan kesan terhadap seni bina dan tinggalan-tinggalannya di Malaysia di sehingga kini. Namun begitu, pengaruh India tidak banyak mempengaruhi seni bina bangunan di Malaysia. Pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina kuil Hindu di India. Walaupun begitu pengaruh seni bina Selatan India juga banyak mempengaruhi seni bina masjid. Masjid Kapitan Kling (1802-1803) di Pulau Pinang merupakan salah satu contoh seni bina Selatan India yang dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang. Struktur pembinaan seperti ini masih digunakan pada seni bina masjid pada zaman sekarang (Siti Norlizaiha,2010) Pada kurun abad ke-14, sebuah kuil Buddha yang terletak di kawasan tanah berpasir dijumpai di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia wujud pada batu yang kelihatan seperti tiang. Di tengahnya mempunyai sebuah stupa yang dikelilingi 7 payung. Kuil Sri Mahamariaman yang dibina di Kuala Lumpur dibina pada penghujung abad ke-19 merupakan salah satu kuil Hindu yang paling cantik dengan hiasannya. Corak hiasan yang terdapat pada kuil ini sangat terperinci dan ia menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan, serta jubin indah dari Itali dan Sepanyol (Faces of Malaysia,2010) Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat, pintu gerbang dan alat-alat perkakasan. Menurut kepercayaan penganut agama Hindu dan Budha,
kerja mengukir tuhannya
adalah kerja yang paling mulia(Ismail dan Ahmad, 2001). Tamadun Malaysia juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan. Antaranya, amalan jampi dan
mentera, melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai. Dari segi bahasa pula, tamadun mengalami pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari pembelajaran kitab Hindu yang ditulis dalam bahasa tersebut. Buktinya ialah, penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno. Seni bina yang bercirikan India di Malysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka bentuk bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh dengan ukurin kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India. Ini jelas menunjukkan bahawa tamadun India begitu mahir dalam seni ukiran sehinggakan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan dijadikan sebagai asas pembinaan pusat penttadbiran di Malaysia. Namun begitu, unsur keseniaan dalam tamadun India kebanyakkannya bermotipkan unsur dewa-dewi agama mereka dan ilustrasi yang berunsur ritual tertentu dalam agama mereka. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di Malaysia mengamalkan segenap amalan yang diguna pakai oleh masyarakat India. Reka bentuk seperti pembinaan rumah dan istana pada zaman sebelum kemunculan Islam juga turut menyamai reka bentuk India yang berunsurkan ritual amalan mereka. Keunikkan binaan tamadun India begitu terkenal dan menjadi kebanggaan mereka. Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya. Antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.
Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut gridgrid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa. Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. Untuk seni ukiran, masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman pemerintahan kerajaan Asoka.
4.3 Adat dan Budaya Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi dari segi pengertiannya adat dan budaya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan peradaban pula adalah satu kesatuan
yang
kompleks
yang
mengandungi
antaranya
pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung yang menjadi asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di Malaysia. Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara adat-adat
dalam tamadun India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagungagungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang. Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu Rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia, majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan
mencecapkan air zam-zam atau kurma ke bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. 4.4 Makanan Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang. Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana mempunyai banyak khasiat dan juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di samping itu, tosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India itu sendiri. Tosai ini boleh didapati di mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India. Makanan tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lainlain. Di dalam tosai ini diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Selain itu, makanan tradisional yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku. Muruku juga seperti tosai mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara India. Bahan utama untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku boleh didapati di mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai
makanan ringan. Muruku juga boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida, ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur kerana maruku senang dihidangkan dan lazat. Selain itu ada sejenis makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu nasi beriani. Nasi berianai ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau kambing. Boleh didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang tersenarai, ada banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan kepada rakyat di Malaysia. 4.5 Pakaian Tradisional Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya. Untuk membuat sari, sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Di samping itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada kebiasaannya,kurta akan dipakai bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar churidar. Kurta pajama pula merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pajama dimana kurta pajama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
4.6 Kemasyarakatan dan Kekeluargaan Tujuan berkeluarga dalam tamadun India adalah bertujuan untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapatkan zuriat dan keturunan. Di dalam sistem keluarga bersama, ahli keluarga terdiri daripada lelaki yang sama keturunannya, isteri dan serta anak yang masih belum berkahwin. Ciri-ciri
kemasyarakatan
dan
kekeluargaan
dalam
tamadun
India
juga
menggalakkan semangat kepentingan bersama dan perkongsian harta bersama, perpaduan dan juga nilai kasih saying. Sistem keluarga dalam tamadun India dipelihara oleh dua aspek, iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha. Ashrama Dharma menjelaskan mengenai empat tahap pembesaran yang dilalui oleh setiap manusia iaitu, Brahmacharya berkaitan dengan zaman bujang yang merangkumi usia 12 tahun sehingga 24 tahun, di mana dua belas tahun pertama berkaitan dengan pembelajaran yang biasa dan dua belas tahun kedua berkaitan dengan tahap pembelajaran yang serius. Tahap seterusnya dalam Ashrama Dharma ialah Grihasta, iaitu bermulanya kehidupan berumah tangga yang berusia dari 21 hingga 30 tahun usia perkahwinan bagi lelaki, manakala bagi wanita ia bermula dari 18 hingga 25 tahun, ia mengenai mencari kekayaan sebelum berkahwin, menyara keluarga dan memelihara keharmonian dalam keluarga. Tahap ketiga dalam Ashrama Dharma adalah Vanaprastya, ia adalah tahap di mana seseorang itu telah mencapai kearifan dan mampu menasihati orang lain dan mereka juga mampu menyelesaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan telah mendalami isu-isu perihal agama. Tahap terakhir dalam Ashrama Dharma adalah Sannayasa, ianya adalah satu tahap di mana mereka dapat mengatasi nafsu dan duniawi, berilmu dan alim, menyebarkan agama dan sering melakukan kerja amal, anggaran usia yang diberikan adalah 72 tahun. Purusartha pula yang seiring dengan Ashrama Dharma berkait rapat dengan objektif mulia yang harus diamalkan oleh manusia ia terdiri dari empat objektif iaitu objektif pertama, Aram dan dharma ia mampu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Dipupuk sejak Brahmacharya (12 – 24 tahun). Dharma bermaksud dan bertujuan menanamkan peraturan moral dan
etika bersifat kerohanian. Objektif mulia seterusnya ialah Porul dan Artha yang bermaksud kekayaan. Aram adalah landasan untuk mencari kekayaan yang elok sumbernya- Objektif mulia ketiga ialah Inbam dan kama, ia bermaksud menikmati kekayaan berlandaskan dharma, Keluarga pula dipelihara dengan kekayaan yang telah diperoleh. Pembaziran pula harus dielakkan. Seterusnya, sebahagian dari kekayaan haruslah digunakan untuk kerja amal. Objektif yang terakhir Moksha dan Vidu ialah apabila Moksha akan dicapai apabila seseorang itu telah melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengacapi aram/dharma, porul/artha dan inbam/kama. ;Kaum wanita juga turut mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddess. Tamadun
India
juga
turut
mengamalkan
masyarakatnya dibahagikan kepada beberapa pecahan a.
Brahmin – golongan agama dan kerohanian
b.
Ksytria – tentera dan keselamatan
c.
Vaisya – peniaga
d.
Sudra – petani
sistem
kasta
di
mana
5.0 PERMASALAHAN Didalam mendapatkan segala maklumat serta info yang berkaitan, antara cabaran dan permasalahan yang dihadapi adalah dalam mendapatkan info dari penganut agama dari kaun India itu sendiri. Ini penting untuk memastikan ketepatan serta kesahihan maklumat yang kami dapat. Selain itu, dengan kaum India menjadi minoriti etnik di Malaysia, ini memberikan sedikit kesukaran dalam proses untuk melakukan perbandingan. Bahkan untuk melihat serta mengkaji perbezaan antara dua zaman menjadi agak sukar apabila sesuatu kaum itu menjadi minoriti kerana kekurangan maklumat dari kalangan mereka sendiri. Permasalahan dalam mendapatkan info dari carian internet. Kebanyakan info atau maklumat yang diberikan banyak perlu dialihkan kepada bahasa Malaysia dahulu. Ini memberikan kesukaran biarpun mempu menggunakan Google Translate kerana tidak semua perkataan mampu dibahasakan dan ianya juga agak terbatas untuk memahami sesuatu ayat secara jelas. Dalam pada itu juga, kami merasakan untuk mendapatkan info dari majalah ataupun surat khabar. Ini menunjukkan samada kaum India kurang mendapat ruang dalam kalangan masyarakat ataupun tidak cuba untuk mengambil peluangpeluang yang terhidang dalam mengetengahkan masyarakat mereka di dalam negara yang berbilang etnik ini.
6. KESIMPULAN Dasarnya, interaksi tamadun India bermula dengan kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu yang dibawa oleh para pedagang dan agamawan dari India. Pengaruh Hindu mula tersebar luas sehingga menapak kukuh di alam Melayu apabila terbentuknya kerajaan-kerajaan Hindu seperti kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Namun apabila Islam datang dan mengambil alih kekuasaan, sekitar abad ke-14 dan ke-15 ia menyebabkan pengaruh Hindu Semakin berkurangan di alam Melayu. Walaubagaimanapun, kesan pengaruh Hindu masih boleh dilihat dalam sesetengah masyarakat Melayu hingga ke hari ini. Seperti yang dapat dilihat pada zaman kini, pengaruh tamadun India masih terterap dalam gaya hidup masyarakat India di Malaysia seperti adat resam, kesenian, pakaian dan makanan. Tidak terkecuali
kaum-kaum
lain
seperti
Melayu
dan
Cina
juga
adakalanya
mengamalkan sedikit adat mahupun upacara yang dilihat hampir serupa. Namun begitu, ini langsung tidak memberikan dan menampakkan kelemahan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan adanya persamaan kaum India. Bahkan ianya turut memberikan kelebihan dan juga impak yang lagi besar kepada kita terutamanya masyarakat Malaysia khususnya. Akhir kalam, sangat penting untuk kami sebagai pelajar Islam dalam mendalami dengan lebih lanjut tamadun – tamadun lain di Malaysia seperti India mahupun Cina. Ini penting untuk memudahkan cara dalam berinteraksi dengan mereka dan dalam mengeratkan lagi hubungan sesama kaum mahupun tamadun.
7.0 RUJUKAN
Tamadun Islam dan tamadun Asia, Sejarah Fajar Bakti
Ghazali Darussalam,Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Idaikkadar N.M 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ghazali Darusalam, G. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Nadiah bt Abdul Rahman, & Priscilla Law Nguik Hung. (2008).
Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Ratna Roshida, Moris, Z., Kailasam, A., Ellias Haji Zakaria, Suhaila Abdullah, & Muhammad Azizan Sabjan. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah alam: MacGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Majumdar , Rc (1951), The History And Culture Of The Indian Culture :Macmillan And Co Retrieved April 22, 2016, from http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/
Retrieved April 22 , 2016, from http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh- bahasa-asingdalam-bahasa.html
8.0 LAMPIRAN