1.0
Pengenalan kepada Ketidaksamaan Ketidaksamaan Sosial di Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan JKA219 Ketidaksamaan Sosial. Kursus dibawah bimbingan Puan Soijah Binti Likin yang telah banyak memberi kami pendedahan tentang konsep konsep Ketidaksamaan Sosial yang yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Di dalam tugasan ini kami telah membincangkan faktor faktor yang menyebabkan Ketidaksamaan Sosial di Malaysia. Secara dasarnya Ketidaksamaan Sosial merupakan perbezaan yang wujud dalam setiap masyarakat sama ada masyarakat tradisional, masyarakat membangun atau masyarakat maju. Ketidaksamaan Sosial ini berlaku di dalam setiap bangsa dan agama. Ketidaksamaan Sosial boleh wujud dalam pelbagai jenis dan bentuk. Sebagai contoh perbezaan di antara anta ra orang kaya ka ya dan orang miskin, perbezaan antara golongan yang dihormati dan dipandang rendah, perbezaan jantina dan perbezaan antara ras dan etnik. Fenomena Ketidaksamaan Sosial yang pelbagai ini melahirkan pelbagai konsep, teori juga kepercayaan di dalam kalangan masyarakat masyarakat itu sendiri. Ketidaksamaan Sosial dalam kalangan masyarakat boleh mempengaruhi urusan urusan kehidupan manusia sama ada di dalam organisasi kekeluargaan mahupun dalam urusan politik, pentadbiran dan ekonomi masyarakat masa kini. Perbezaan yang wujud ini adalah bersifat sejagat kepada semua manusia. Ini bermakna pembentukan dalam ketidaksamaan sosial adalah satu proses asas dalam setiap kebudayaan masyarakat. Sebagaimana Beteille (1997:11) menegaskan: …each society has its culture.. of which evaluation is an inherent feature, and this provides a universal source of inequality. Petikan tersebut menegaskan tentang proses penilaian yang dibuat terhadap kepentingan seseorang individu atau kumpulan sosial berdasarkan kepada sumber - sumber berharga yang dimiliki oleh mereka. Sumber berharga yang dimaksudkan adalah kuasa, kehormatan atau martabat yang berbeza pada setiap masyarakat. Perbincangan secara lanjut tentang Ketidaksamaan Sosial akan dijelaskan mengikut Diferensiasi Sosial iaitu bentuk ketidaksamaan sosial yang berlaku di Malaysia.
2.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Aspek Etnik Dan Ras.
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, bahasa, pakaian dan kegiatan ekonomi. Manakala ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri ciri biologi tersendiri yang diwarisi. Etnik dan Ras merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada Ketidaksamaan sosial dikalangan masyarakat. Secara umumnya Etnik dan Ras seakan sama dari segi maksudnya. Hampir keseluruhan masyarakat dunia mempunyai penduduk yang terdiri dari berbilang kumpulan ras dan etnik. Pembentukan masyarakat berbilang etnik dan ras ini adalah disebabkan oleh perpindahan penduduk sama ada paksa atau rela. Pembentukan ini berlaku sejak dari abad ke lapan belas di mana pada zaman tersebut berlaku kemajuan dalam ekonomi kaptalis dan perkembangan dalam sektor pengangkutan yang membawa kepada proses perpindahan penduduk. penduduk. Negara Malaysia Mal aysia tidak ti dak terkecuali dari berhadapan dengan konflik etnik dan ras dalam masyarakatnya. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. Kumpulan etnik yang berbeza ini menyebabkan berlakunya perbezaan dalam aktiviti sosial mereka yang mana membawa kepada etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti ialah rasa kekitaan kepada sesuatu kumpulan etnik tertentu manakala etnosentrisme ialah rasa kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka jauh lebih baik dari kelompok lain. 1
Isu perkauman pula sememangnya tidak dapat dielakkan bilamana terdapat kumpulan - kumpulan masyarakat yang cuba mempertahankan kumpulan masing - masing dan menindas kaum lain. Sikap ini jika dibiarkan akan mengganggu perkembangan ekonomi, politik dan keamanan negara. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai kumpulan yang mempunyai sifat prasangka dan prejudis yang mana boleh membawa kepada rasisme. Prasangka adalah satu pandangan buruk terhadap individu dan kelompok lain dengan hanya menunjuk kepada ciri ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan atau jantina. Manakala rasisme merupakan satu masalah yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia. Kesan rasisme boleh membawa kepada penindasan golongan minoriti yang disisihkan. Golongan ini akan tersisih dari aspek penempatan perumahan, persekolahan, pekerjaan dan pelbagai lagi aspek lain yang seharusnya dapat dinikmati bersama kumpulan masyarakat lain. Di kalangan masyarakat berbilang etnik di Asia khususnya di Malaysia, orang - orang imigran Asia seperti masyarakat Cina didapati lebih mendominasi bidang ekonomi berbanding golongan peribumi. Mereka menjalankan perniagaan yang mana mendatangkan keuntungan lebih tinggi dari golongan peribumi. Manakala bidang politik pula sebaliknya. Bidang politik Malaysia banyak didominasi oleh golongan peribumi. Kuasa politik majoritinya dipegang oleh golongan peribumi dan golongan lain sebagai pemegang minoriti sahaja. Pendominasian di dalam sektor - sektor tersebut membawa kepada Ketidaksamaan Sosial dalam faktor etnik dan ras pada masyarakat. Bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, individu itu sendiri perlu memahami konsep asas kepada cara hidup berkelompok dan mengamalkan sikap bertolak ansur sesama individu lain. Hubungan Kaum dan etnik adalah penting kepada mana-mana perbincangan diskriminasi dan ketidaksamaan di Malaysia. Hubungan kaum dan etnik telah lama memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi, masyarakat dan budaya. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari se gi pendidikan, dan peluang pekerjaan di samping perumahan dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor penting seperti bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik yang menjadi penyebab kepada tercetusnya konflik antara kaum. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 59 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu, Cina dan India. Berdasarkan situasi Malaysia yang mempunyai komposisi pelbagai kaum perbezaan etnik dan ras begitu ketara, Tidak dapat dinafikan wujud konflik ketidaksamaan sosial diantara masyarakat pelbagai kaum. Namun konfik tersebut masih mampu ditangani dengan peranan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang antara kaum dari aspek sosio, ekonomi, politik dan sebagainya untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Dari sudut peluang-peluang pendidikan, pekerjaan kerajaan memberi kesamarataan kepada semua kaum untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik.
2
3.0 Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Kebudayaan Dan Adat Resam Masyarakat.
Menurut Edward Burnett Tylor (1871) Kebudayaan adalah kompleks yang mencakupi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat istiadat, kemahirankemahiran serta kebiasaan-kebiasaan yang didapatkan oleh manusia sebagai ahli masyarakat. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Manakala E.B.Taylor mentakrifkan kebudayaan sebagai keseluruhan yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral, undang-undang, adat dan segala kebolehan dan tabiat lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat. Berdasarkan takrifan tersebut kita boleh bandingkan ciri-ciri ketidaksaaman sosial berdasarkan kaum yang terdapat di Mala ysia. 3.1 Kaum Melayu
Kaum Melayu melangsungkan perkahwinan bermula dengan pihak lelaki merisik pihak perempuan dan seterusnya akan melangsungkan pertunangan selama beberapa tempoh yang ditetapkan sehinggalah perkahwinan berlansung. Dari segi budaya makanan melayu ialah nasi lemak, gulai lemak cili api, keropok lekor, nasi dagang, nasi kerabu dan gulai nangka. Dari segi pakaian kaum melayu mengenakan baju kurung, kebaya, kurung kedah bagi orang perempuan manakala kaum lelaki baju melayu. Dari segi perayaan pula kaum melayu akan melalui sebulan berpuasa pada bulan ramadhan, selepas berpuasa barulah perayaan aidilfitri berlangsung pada bulan syawal. Perayaan kedua yang diraikan kaum melayu adalah raya aidiladha (Hari raya korban). Manakala dari segi alat muzik kaum melayu menggunakan kompang, rebana, sape, canang, gedombak dan juga gambus. Sewaktu mengandung kaum melayu akan adakan adat melenggang perut yang juga dikenali sebagai Kirim Perut oleh masyarakat melayu dibahagian utara Semenanjung Malaysia dan disesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini akan dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi didalam perut. Sewaktu bersalin, persediaan akan dilakukan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Sesudah bersalin, bayi akan diazankan serta diiqamahkan. Bagi bayi lelaki akan diazankan di kedua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diiqamatkan. Biasanya bapa atau datuk bayi tersebut yang akan menjalankan tanggungjawab ini.
3
Selepas kelahiran bagi kaum melayu, tanggal pusat/ cuci lantai akan diadakan. Pada sestengah tempat, ia juga dipanggil sebagai adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelokeloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bagi kaum melayu akan diadakan upacara sunat/ khatan bagi budak lelaki dan perempuan. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. 3.2 Kaum India
Bagi kaum India pula budaya dan adat resamnya berbeza dengan kaum melayu. Adat budaya perkahwinan orang india ialah merisik dengan menekankan aspek iaitu agama, kasta, sub-etnik dan etnik. Biasanya mereka akan mengumpul maklumat tentang pasangan daripada kawan-kawan dan saudara mara ataupun orang tengah. Kemudian mereka akan membuat kunjungan (Pen Paarttal) melihat bakal isteri. Kedatangan dengan membawa buah tangan tertentu. Pengantin perempuan akan melayani semua tetamu termasuk bakal suaminya. Kunjungan balas akan dilakukan dari pihak perempuan. Seterusnya mereka akan ikat janji setelah capai persetujuan dengan perbincangan bapa-bapa. Bakal pengantin lelaki akan lafaz ikat dengan menukarkan sirih pinang (Taambuulan Marrutal). Setelah itu, merekan menjalankan parisam iaitu pertunangan dengan diberi hantaran dari pihak lelaki yang berjumlah ganjil. Kemudian bapa akan menyerah dulang kepada anak yang berupa sari tanda beri restu. Kalungan bunga disarungkan oleh saudara mara kepada kedua pengantin. TIga hari sebelum perkahwinan, thaali (rantai perempuan) akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Makanan tradisi india ialah, Roti canai, roti naan, kari, tosai, tandoori, idli, vadai, putu mayam, dan maruku. Manakala dari segi pakaian, perempuan akan memakai sari, punjabi, dan lelaki pula akan memakai dhoti dan kurta. Proses kelahiran kaum india, semasa mengandung adat valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan. Ibu mengandung akan dipakaikan gelang tangan baru iaitu suulkappu (suul-kandungan ibu dan kappu dikenali sebagai ciir akan diatr dalam dulang. Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menetukan bintang bayi mengikut almanak Hindu dan juga menentukan mental, fizikal, dan rohani bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan sejenis madu dan minyak sapi disapu dibahagian telinga dan pada lidah sewaktu tali pusat dipotong. Sedikit minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga.
4
Bagi upacara kematian kaum ini, ahli keluarga akan mendapatkan surat permit/ kebenaran bagi melangsungkan upacara pembakaran mayat. Mereka akan menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian. Anak lelaki atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat (persediaan sebelum upacara). Si mati akan diletakkan di ruang tamu (kepala mengadap selatan). Manakala ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan di atas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Kain akan ditutup sampai ke paras leher : warna putihlelaki/janda, jingga kuning atau merah pada wanita berkahwin/ bujang. Setelah selesai dipakaikan kain si mati akan dimandikan serta disapu minyak dan serbuk seeka di dahi. Selepas mandi akan dipakaikan pakaian kegemaran/ pakaian kahwin. Seterusnya akan dimasukkan kedalam keranda dan diletakkan di anjung rumah buat penghormatan terakhir. Keranda akan diarak keluar (ahli keluarga lelaki) ke tempat upacara pembakaran dijalankan. Simati akan dibakar oleh anak lelaki atau waris terdekat. 3.3 Kaum Cina
Masayarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Perayaan bangsa Cina ialah perayaan Ching Ming yang merupakan hari bagi masayarakat cina berziarah ke makam orang tua dan leluhur, bersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi para leluhur. Kegiatan ini dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hari Cheng Beng. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4,5 atau 6 April dan dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari sele pas hari Ching Ming. In bermakna kaum Cina ada 20 hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi kehormatan dan peringatan kepada nenek moyang , ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah mennggal dunia. Ching Ming bermaksud „bersih‟ dan „cerah‟ dalam bahasa Cina. Adat resam dan cara perayaan kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan – minum ahli keluarga yang telah mati. Ini sebagai tanda sayang kepada yang mati dan bukan kepercayaan hantu. Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka pada nenek moyang kerana mereka percaya bahawa roh – roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu, bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur.
5
Perayaan hantu lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia. Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan tujuh, mengikut kalendar Cina. Biasanya mereka akan merayakan Perayaan Hantu Lapar selama lima belas hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan mengambang. Siapakah hantu-hantu itu? Biasanya, mereka roh-roh yang mati tanpa keluarga . Jadi, mereka kebiasaanya merayaurayau di merata tempat. Oleh sebab mereka tiada keluarga, tidak ada yang akan sembahyang kepada mereka. Orang Budist pula tidak percaya ini akan menghulur makanan dan wangwang kertas kepada roh-roh ini. Jika dilihat, ditempat sembahyang biasanya ada satu raksasa bermuka hitam dan lidah panjang. Dia adalaah merupakan ketua yang menjaga pintu neraka. Sesetengah hantu atau roh dalah dulu manusia yang berdosa dan telah masuk neraka atas perbuatan mereka. Perkahwinan kaum Cina, secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya budaya cina membenarkan percintaan dengan monogami merupakan norma masyarakat Cina. Perkahwinan dalam konteks konfusianisme merupakan satu peristiwa yang amat penting kepada kedua belah keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkhwinan diantara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganut agama konfuniasisme. Perkahwinan akan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan teruskan jurai keturunan bapanya. Secara kesimpulannya di Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Disebabkan itulah berlakunya ketidaksamaan sosial kerana mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza. Walaupun mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza, kaum Melayu, Cina dan India tetap hidup aman dan damai di negara Malaysia. Ketidaksamaan Sosial adalah sifat umum dalam setiap masyarakat manusia. Ketidaksamaan di antara kumpulan sosial wujud dalam pelbagai bentuk. Pembahagian ketidaksamaan, seperti orang kaya dan orang miskin, yang berkuasa dari tidak berkuasa, diantara yang dihormat dan dipandang rendah, antara jantina, ras dan etnik, wilayah atau negara adalah fenomena ketidaksamaan sosial yang sangat ketara dalam masyarakat hari ini. 4.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Kedudukan Geografi Dan Wilayah.
Fenomena ketidaksamaan antara wilayah adalah salah satu daripada bentuk ketidaksamaan sosial yang utama dalam kehidupan manusia. Keadaan ini diakibatkan oleh perkembangan sistem ekonomi khususnya kesan kemunculan dan perkembangan sistem ekonomi kapitalis yang berteraskab perindustrian, perbandaran dan modenidasi. Dunia hari ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang saling berkaitan. Di peringkat antarabangsa; Dunia Pertama, Dunia Kedua dan Dunia Ketiga; Negara Industri, Negara Membangun, Negara Sedang Membangun, Negara Miskin, Negara Mundur. Dalam negara; pembahagian seperti megapolis, metropolitan, bandaraya, luar bandar, kampung. Pembahagian sebegini tidak sahaja menunjukkan perbezaan ruang fizikal tetapi yang lebih penting ia menunjukkan kewujudan ketidaksamaan ekonomi dalam agihan kekayaan dalam perancangan dan peruntukan pembangunan. Pembahagian ini sekaligus menunjukkan perbezaan-perbezaan yang wujud dalam peluang hidup, taraf dan gaya hidup, pengaruh atau kuasa di antara penduduk yang tinggal di wilayah-wilayah yang berbeza. 6
Ketidaksamaan Geografi atau wilayah berbeza daripada faktor-faktor lain, dan ia bukan satu ciri yang bersifat peribadi kepada individu. Tetapi tempat seseorang individu itu dilahirkan dan dibesarkan juga merupakan faktor yang penting dalam menentukan peluang dan taraf hidup yang akan dinikmati oleh individu dan kumpulan. Hubungan dan agihan sumber kuasa, kekayaan dan status antara wilayah biasanya tidak sama. Keadaan ini terjadi sama ada di peringkat negara atau peringkat antarabangsa. Pada zaman kini, fenomena ketidaksamaan antara wilayah adalah salah satu daripada bentuk ketidaksamaan sosial yang terutama dalam hidup manusia. Pembentukan ketidaksamaan antara wilayah yang wujud pada hari ini telah diakibatkan oleh perkembangan sistem ekonomi, secara amnya akibat daripada kemunculan dan perkembangan sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan perindustrian, dan prosese proses lain yang berkaitan dengan pembandaran dan modenisasi. Dunia hari ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang saling berkaitan. Di peringkat antarabangsa, panggilan atau pembahagian-pembahagian seperti Dunia Pertama, Dunia Kedua, Dunia Ketiga, Negara Kaya, Negara Maju dan mundur, Negara membangun dan Selatan telah digunakan. Manakala di peringkat dalam masyarakat dan negara, panggilan atau pembahagian-pembahagian seperti Megapolis, Metropolitan, Bandar raya, Bandar dan luar Bandar serta kampung telah digunakan.. Pembahagian seperti ini bukan sekadar merujuk kepada ruangan fizikal yang mungkin berbeza dari segi geografi dan kegiatan ekonomi. Hal yang lebih penting adalah pembahagian ini jelas menunjukkan kewujudan ketidaksamaan ekonomi dalam agihan kekayaan dan dalam perancangan dan peruntukan untuk pembangunan antara wilayah. Justeru itu, sekaligus pembahagian ini juga menunjukkan perbezaan yang wujud dalam peluang hidup, taraf dan gaya hidup, serta dalam pengaruh atau kuasa di antara penduduk yang tinggal di sekitar wilayah yang berbeza. Secara amnya, pembahagian wilayah-wilayah dapat dibahagikan kepada 2 kategori. Sesetengah wilayah, sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa, adalah menjadi wilayah Pusat dan sesetengah wilayah lain menjadi Wilayah pinggir. A.G Frank (1967) telah gunakan istilah Metropolis bagi wilayah-wilayah maju dan istilah Satelit bagi wilayah yang mundur. Manakala Wallerstein (1974) telah gunakan istilah negara-negara pusat bagi negaranegara maju dan istilah negara pinggir pada negara yang mundur. Wilayah Pusat dan Metropolis terdiri daripada negara-negara maju, khususnya negara Dunia Pertama (atau negara-negara utara) dan wilayah Bandar raya ata di peringkat dalam negara. Wilayahwilayah ini merupakan pusat kuasa politik, pusat sector ekonomi moden dan tumpuan kekayaan dan pusat kemudahan serta gaya hidup mewah moden. Manakala wilayah pinggir atau satelit terdiri daripada semua negara-negara mundur atau yang tengah membangun (Dunia Ketiga atau negara-negara selatan.) dan wilayah luar Bandar di peringkat negara. Wilayah ini tidak mempunyai kekayaan dan kuasa politik. Penduduknya mengamalkan hidup secara tradisional dan mungkin juga disebut sebagai kuno. Mereka hanya menikmati kemudahan-kemudahan yang serba kekurangan. Walaubagaimanapun, penekanan dalam perbincangan mengenai ketidaksamaan wilayahwilayah ini ialah dari segi ekonomi.
7
Dari segi ekonomi, ketidaksamaan antara wilayah menunjukkan kewujudan perbezaan dalam pendapatan yang berkapita, jenis kerja, kemahiran pekerja, sektor ekonomi, produktiviti, pelaburan dan lain-lain petunjuk serta kualiti hidup penduduk. Secara amnya, di Wilayah Pusat, sektor-sektor ekonomi moden, perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan telah menghasilkan pendapatan serta pengumpulan kekayaan yang lebih tinggi daripada penduduknya. Keadaan ini dapat dibezakan dengan penduduk wilayah-wilayah Pinggir yang kebanyakannya bergantung kepada sektor ekonomi tradisional seperti pertanian ang rendah pengeluaran dan hasil pendapatannya. Pembentukan wilayah ini diakibatkan oleh perkembangan sistem ekonomi kapitalis di seluruh pelosok dunia. Menurut Frank dan Wallerstein, wilayah yang mundur atau kurang maju berfungsi sebagai wilayah pinggir dengan menawarkan bahan-bahan mentah, tenaga buruh dan menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri dalam proses pembangunan Wilayah Pusat. Walaupun mereka saling memerlukan diantara satu sama lain namun hubungan antara wilayah pusat dan pinggir merupakan hubungan-hubungan ketidakseimbangan, dominasi dan eksploitasi ekonomi. Frank dan Wallerstein tegaskan bahawa kewujudan ketidaksamaan antara penduduk wilayahwilayah yang berbeza ini terjadi dalam satu proses pembangunan-kemunduran yang sama diakibatkan oleh ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis juga telah mengakibatkan ketidaksamaan dalam pengagihan dalam hubungan kuasa antara wilayah. Di peringkat antarabangsa, penjajahan-penjajahan politik dalam proses perkembangan ekonomi kapitalis semenjak abad keenam belas telah mempengaruhi pola perhubungan kuasa antara kebanyakan negara di dunia. Hampir semua negara bekas penjajah kini termasuk dalam kategori wilayah-wilayah Pusat, manakala hampir semua negara bekas tanah jajahan kini termasuk dalam wilayah pinggir. Walaupun kebanyakan negara jajahan telah mencapai kembali kemerdekaan, kedudukan kuasa mereka yang sebenar menunjukkan negara-negara ini tidak berkemampuan untuk haling pengaruh negara penjajah ke atas hal ehwal negara mereka. Dengan erti kata lain, negara-negara ini masih tidak bebas seluruhnya dalam membuat keputusan-keputusan hal ehwal negara masingmasing. Ketidaksamaan dalam agihan dan hubungan kuasa di dunia menjadi bertambah jelas dengan kemunculan sebilangan kecil negara sebagai kuasa-kuasa besar yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China. Kuasa-kuasa besar ini, mempunyai kekuatan tentera dan kerjasama politik darip negara-negara sekutunya yang juga telah jadikan sebilangan besa negara lain di dunia tidak berupaya untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada diancam. Disebaliknya, negara lemah ini terpaksa bergantung kepada kuasa-kuasa besar untuk tujuan tersebut. (Singer, 1972). Meskipun bangsa-bangsa bersatu telah ditubuhkan sebagai badan berkuasa untuk menjaga keamanan dan menghindarkan kemungkinan ancaman-ancaman ke atas kedaulatan negara-negara di dunia, tetapi pada hakikatnya, kuasa-kuasa besarlah yang memiliki kuasa veto dala menentukan segala keputusan yang akan dibuat oleh badan ini. Sebagai contoh, kita telah lihat bagaimana kuasa dan negara sekutunya, telah menentukan kesudahan Perang Teluk. Malahan itu, penonjolan pengaruh kuasa besar Amerika Syarikat selepas perang ini amat ketara dalam usahanya untuk menentukan apa yang dipanggil sebagai order baru dunia.
8
5.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Taraf Sosial Dan Pendidikan.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang berbilang etnik seperti Melayu, Cina, India, kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli yang menjadi kaum minority. Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat daripada sudut taraf sosial, pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik dan adat budaya. Menurut Slavian (1997), “kepelbagaian intelekual murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. 5.1 Faktor Taraf Sosial di Malaysia.
Merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India. Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbiasa daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan „pecah dan perintah‟. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolahsekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya. Etnik Cina mempunyai kelebihan kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.
9
5.2 Kumpulan Minoriti.
Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor „ scrambler’ untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan. 5.3 Kumpulan Keperluan Khas.
Kumpulan berkeperluan khas merupakan faktor ketidaksamaan peluang pendidikan yang seterusnya. Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud ketidaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu. Persekitaran yang kurang selesa menyebabkan golongan ini tertinggal di dalam pendidikan seterusnya mengalami kecelaruan tingkah laku. Sebelum tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut hanya pada peringkat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sebelum kemerdekaan negara, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan sebarang kemudahan pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh pertubuhan sukarela. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966, Kementerian Pelajaran Malaysia diberi kuasa untuk menyediakan kemudahan yang sesuai kepada golongan ini yang bertujuan memberi peluang supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Sehingga hari ini, kumpulan ini telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti. Ketidaksamaan taraf pendidikan yang wujud di Negara kita ini bukanlah isu yang baru kerana ia bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Setiap anak adalah permata kepada negara. Mungkin dengan penyelesaian masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat menyelesaikan permasalahan kekurangan tenaga pakar di bidang perubatan, perundangan dan pembinaan dan masalah negara yang perlu meluangkan sebahagaian besar pendapatan negara dalam membayar tenaga pakar yang diimport dari luar akan menemui penyelesaiannya.
10
6.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Jantina Dan Umur.
Menurut Unger & Crawford (1992) jantina merupakan perbezaan antara perempuan dan lelaki yang secara sosial bukan berdasarkan perbezaan biologi. Hal yang hampir sama dikemukakan Moser (1993) jantina adalah peranan sosial yang terbentuk dalam masyarakat. Perbezaan peranan jantina ini terbentuk oleh faktor-faktor ideologi, sejarah, etnik, ekonomi dan kebudayaan. Jantina adalah perbezaan perilaku antara lelaki dan perempuan bukan secara biologi, melainkan terbentuk melalui proses sosial dan budaya. Jantina boleh berubah sementara jantina biologi tidak berubah (Grewal & Kaplan, 2002). Sementara itu menurut Mosse (1996) berpendapat jantina merupakan satu set peranan yang diberikan kepada perempuan dan laki-laki, bukan secara biologi dan peranan ini dapat berubah sesuai dengan budaya, kelas sosial, usia dan latar belakang etnik. Gender menentukan berbagai pengalaman hidup, yang boleh menentukan akses terhadap pendidikan, kerja, alat-alat dan sumber daya. Manakala umur dikategorikan kepada dua kelompok iaitu umur kronologi dan umur biologi. Umur kronologi ditentukan berdasarkan pengiraan kalendar, berdasarkan tahun kelahiran. Sedangkan usia biologi adalah usia yang dilihat dari jaringan tubuh seseorang dan bergantung pada faktor pemakanan dan persekitaran sehingga umur biologi ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai situasi semasa ( Lestiani, 2010 ) .
6.1 Ketidaksamaan Jantina Di Malaysia.
Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan berdasarkan jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum wanita dibezakan dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan feminisme. Terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya ketidaksamaan gender sehingga memberi kesan kepada kaum wanita. Antara faktor-faktor berlakunya ketidaksamaan gender adalah disebabkan oleh adat dan budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Sejak azali lagi kaum wanita sentiasa dipandang rendah. Wanita sentiasa dipinggirkan hak-hak dalam masyarakat. Selain itu, sifat semula jadi wanita juga adalah faktor ketidaksamaan gender. Wanita sering dikaitkan dengan sifat fizikal yang lemah dan sopan-santun. Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Sebagai contoh, berlakunya kes-kes kahwin paksa di mana seorang bapa yang berkuasa dalam keluarga dan tidak memberi peluang kepada anak perempuan dalam membuat keputusan. Kesan ketidaksamaan gender boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita. Ibu bapa memberi layanan yang berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki dihantar ke sekolah manakala anak perempuan berada di rumah menjalankan kerja-kerja rumah. Hal ini menyebabkan wanita kurang mendapat pendidikan berbanding lelaki. Selain itu, antara kesan lain ialah berlakunya penderaan fizikal dan mental ke atas wanita. Sifat wanita yang lemah menyebabkan lelaki lebih suka wanita berada di bawah penguasaannya. Kaum lelaki sering bertindak sesuka hati dan menjadikan wanita sebagai tempat melepaskan geram. Sebagai contoh wanita sering menjadi mangsa rogol, penderaan seksual dan sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata. Sebagai kesimpulannya, ketidaksamaan gender perlu dihapuskan bagi memelihara hak-hak antara kaum lelaki dan wanita. Pihak kerajaan dan badan-badan NGO berperanan dalam menghapuskan penindasan ke atas kaum wanita.
11
Pandangan tradisional terhadap peranan wanita dalam masyarakat memainkan peranan penting yang menyumbang kepada diskriminasi jantina terhadap wanita di Malaysia. Dalam laporan kepada Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita pada tahun 2004, Kerajaan Malaysia mengakui kewujudan tanggapan negatif atau "stereotaip yang meluas terhadap wanita. Hal ini termasuklah jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contohnya, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah. Kerajaan telah, memainkan peranan yang penting dalam menyokong kemajuan wanita dai aspek pendidikan, pekerjaan, keselamatan dan juga kesihatan. Malaysia telah melahirkan komitmennya untuk menghapusankan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kesaksamaan gender dengan meratifikasi pada Konvensyen Mengenai (CEDAW) pada 5 Julai 1995. Indeks antarabangsa yang mengukur taraf kesaksamaan gender membentangkan gambaran berhubung dengan ketidaksamman jantina di Malaysia. Menurut Gap (GGI) 2011, yang mengukur jurang gender dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan penyertaan dalam politik, Malaysia memperoleh 0,6525 mata pada tahun 2011, di mana kesaksamaan gender di Malaysia berada pada tahap yang agak baik. Hal ini meletakkan Malaysia berada pada tangga ke-97 daripada 135 buah negara. Di Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-13 daripada 22 negara, meninggalkan banyak negara-negara lain.
12
Menurut UNDP pada tahun 2011 Indeks Pembangunan Manusia, menunjukan Malaysia berada pada kedudukan ke-43 daripada 145 negara. Indeks ini mengukur ketidaksamaan gender, yang menjadi ukuran komposit mencerminkan ketidaksamaan dalam pencapaian antara wanita dan lelaki dalam aspek kesihatan, pemberian kuasa dan pasaran buruh. Corak Diskriminasi dan Ketidaksamaan sosial ini menunjukan skor sebahagian besarnya mencerminkan tahap penyertaan dalam kalangan wanita di Malaysia dalam bidang politik dan ekonomi. Dalam bidang kesihatan dan pendidikan, Malaysia mempunyai rekod yang mengagumkan, dimana Malaysia mempunyai pencapaian yang sama antara jantina. Pada masa yang sama, kajian oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat mengenalpasti masalah berkaitan keganasan terhadap wanita dan diskriminasi berhubung dengan keluarga yang terus berleluasa dan sangat membimbangkan. 6.2 Ketidaksamaan Umur di Malaysia.
Umur bukan sahaja bersifat pembahagian semulajadi tetapi juga berbentuk sosial dan budaya. Menurut Magaret Mead (1961), peringkat remaja hampir tidak diiktiraf secara sosial dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian tersebut golongan remaja di Malaysia juga mengalami hal yang sama dimana pendapat dan suara remaja untuk mendapat hak pendidikan yang sewajarnya, hak mendapat layanan dan kehidupan yang selesa juga tidak mendapat perhatian yang konklusif. Menurut kajian oleh Philippe Aries (1965), yang di lakukan di eropah, peringkat
kanak-kanak tidak diiktiraf pada zaman pertengahan di Eropah. Ini bermaksud dalam setiap masyarakat, tahap-tahap umur dalam proses pengetuaan biologi individu adalah sesuatu yang diiktiraf secara sosial. Menurut pengertian budaya yang menentukan peringkat-peringkat umur juga telah mempengaruhi hubungan kuasa, kekayaan dan status di kalangan anggota masyarakat. Dalam masyarakat industri moden, banyak daripada kuasa, staus dan kekayaan golongan tua telah beralih tangan kepada golongan peringkat umur pertengahan. Golongan muda dianggap lebih produktif dan berkebolehan. Ini disebabkan golongan muda memiliki taraf pendidikan, pengetahuan, kemahiran, sikap dan pemikiran baru yang lebih sesuai dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat. Menurut Cohn (1982), penekanan kepada produktiviti dalam masyarakat industri telah mengakibatkan golongan tua menjalankan pekerjaan yang tidak produktif. Mereka mungkin hanya terlibat dalam pekerjaan tradisional yang tidak diminati atau tiada status oleh golongan muda.
13
7.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Aspek Agama Di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 28.3 juta yang terdiri daripada berbagai bangsa dan kaum. Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 memberikan maklumat statistik daripada bilangan penduduk Malaysia ini, ianya dibahagikan kepada pecahan etnik penduduk Malaysia iaitu Melayu sebanyak 46.8 peratus, Cina 34.1 peratus, India 9.0 peratus, Orang Asli 8.7 peratus dan lain-lain 1.4 peratus. 1 Daripada pecahan itu pula, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan agama Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hinduisme dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisional Cina lain. Ini menunjukkan ketidaksamaan dari segi konteks beragama yang begitu ketara dalam ne gara Malaysia. Hak untuk kesaksamaan memerlukan setiap ahli dalam kumpulan agama dan kepercayaan termasuk mereka yang tidak menganut mana-mana agama dapat mengambil bahagian dalam mana-mana bidang seperti kehidupan, ekonomi, sosial, politik, budaya dan sebagainya. Adalah dapat diperhatikan di dalam konteks agama ini, agama-agama utama di Malaysia ialah Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Sudah terbukti terdapat hubungan yang sangat rapat antara kaum-kaum dan agama-agama di Malaysia kerana negara kita merayakan setiap perayaan agama masing-masing dengan tiada diskriminasi sesama agama malah disambut dengan aman dan harmoni. Dalam konteks ketidaksamaan agama ini juga, tiada statistik ditemui yang telah memisahkan antara kaum dalam ketidaksamaan agama ini dengan pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan lain-lain. Oleh dengan itu, adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan yang tepat berkaitan dengan kesan ketidaksamaan agama seseorang individu di dalam negara ini menjejaskan kepada keupayaan mereka untuk mengambil bahagian yang sama rata dalam semua aspek. Walau bagaimanapun, melalui penyelidikan telah dapat mengenal pasti terdapat juga pola diskriminasi kepada seseorang individu seperti contoh, mengamalkan agama yang bebas dan menukar agama yang lain. Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),2 mengembangkan agamanya”. 3 Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Ketidaksamaan atas dasar agama dan kepercayaan di Malaysia memberi kesan kepada semua penganut kumpulan agama, termasuk masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan komuniti penganut minoriti agama yang lain seperti agama Hindu dan agama Kristian. Walau bagaimanapun, telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
1
Jabatan Statistik Negara – Bancian tahun 2010 Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 3 Ibid., h. 6. 2
14
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. (3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam. 4 Ini bermaksud secara terang-terangan, Perlembagaan Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai sebuah agama yang mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding dengan agama-agama yang lain dan ini sedikit sebanyak menunjukkan ketidaksamaan dari segi keistimewaan agama-agama di dalam negara ini. Walau bagaimanapun, soal kebebasan beragama tidak seharusnya diperbalahkan kerana masyarakat majmuk di Malaysia tidak pernah mengalami sebarang bentuk penindasan sama ada dari sudut perkauman mahupun keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agamaagama lain telah diperjelaskan melalui Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 3(1) yang memperuntukkan bahawa “Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.” 5 Hak kebebasan beragama seperti mana yang diperuntukkan di dalam Artikel 11 Perlembagaan telah sekian lama menjadi nadi perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Malah pengekalan dan pembinaan rumah-rumah ibadat merupakan bukti bahawa hubungan antara masyarakat majmuk di Malaysia tetap terpelihara.6 Keadaan ini seharusnya perlu dihargai, dipelihara dan dipertahankan bagi memastikan kelangsungan budaya toleransi dapat dihayati oleh generasi baru walaupun terdapat ketidaksamaan dari segi beragama di dalam Malaysia.
4
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan, Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan (1-5) 5 Salleh Mohd. Yusof (2004), Islam Hadhari: Perjuangan Menjadikan Malaysia Sebuah Negara Islam Maju, Progresif dan Moderat. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia, h. 7-10. 6 Antaranya seperti Buddha; Statute of the Buddha di Sarawak dan Burmese, Buddha Temple di Georgetown, Kristian; Catholic Church Jalan Templer di Petaling Jaya dan St. Peters Church (gereja tertua di Malaysia yang dibina oleh Belanda pada 1710) di Melaka, Hindu; Arulmigu Mahamariaman Temple Lebuh Queen Street di Georgetown dan Sri Sithi Vinayagar Temple Jalan Templer di Petaling Jaya. Lihat Ahmad F. Yousif (1998), op.cit., h. 79-129. 15
Sehubungan dengan ketaksamaan agama ini, kerajaan terus mengekalkan dua sistem perundangan, di mana mahkamah syariah mempunyai kuasa ke atas agama, keluarga, dan beberapa isu-isu jenayah yang melibatkan orang Islam dan mahkamah sekular mempunyai kuasa ke atas isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam dan penduduk keseluruhannya. Selain itu, perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai orang Islam sejak lahir. Orang Islam tidak boleh menukar kepada agama lain secara sah kecuali dalam kes-kes tertentu yang amat jarang. Namun penganut agama lain boleh memeluk agama Islam dan kumpulan agama minority ini umumnya bebas mengamalkan kepercayaan mereka. Undang-undang dengan tegas melarang penyebaran agama selain Islam kepada orang Islam oleh orang bukan Islam, tetapi membenarkan dan menyokong orang Islam menyebarkan agama Islam kepada penganut lain. Umat Islam yang ingin keluar daripada agama Islam menghadapi halangan besar kerana tidak mempunyai hak untuk meninggalkan Islam mahupun proses undang-undang mengenai penukaran yang jelas dalam undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat juga peristiwa-peristiwa yang negatif yang berlaku akibat ketidaksamaan ini. Seperti contoh : pada bulan November 2008, majlis perbandaran di Sepang, Selangor, dilaporkan merobohkan sebuah kuil Hindu dalam kawasan berpagar di hartanah peribadi. Majlis Perbandaran mendakwa bahawa kuil itu melanggar undang-undang kecil majlis manakala pemilik rumah di mana kuil itu terletak menyatakan bahawa mereka tidak diberikan notis perobohan yang akan dibuat. 7 Contoh seterusnya ialah pembiayaan untuk tempat-tempat ibadat bukan Islam datang daripada peruntukan khas Jabatan Perdana Menteri atau kerajaan-kerajaan negeri. Menurut kumpulan-kumpulan minoriti agama, tempattempat ibadat bukan Islam kurang diberi peruntukan secukupnya dan kerajaan membuat keputusan memberi pembiayaan secara arbitari. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaporkan bahawa kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri terus melambatkan, kadangkala bertahun-tahun, kebenaran untuk membina atau mengubahsuai tempat bukan Islam ibadat, walaupun mereka agak cepat memberi kelulusan untuk membina masjid -masjid. 8.0
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, boleh kita rumuskan disini banyak faktor-faktor telah kita huraikan di atas yang menyebabkan ketidaksamaan di Malaysia. Walaupun begitu, ketaksamaan ini juga menimbulkan kejadian-kejadian yang kita tidak ingini. Sesungguhnya negara Malaysia ini memberi tempat kepada semua kaum untuk mencari rezeki dan hidup aman. Oleh itu, kita harus sentiasa menjaga sensitiviti antara kaum walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana tanpa perpaduan antara kaum, negara yang aman, makmur dan maju tidak akan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, setiap individu di Malaysia perlu belajar menjadi seorang manusia yang penuh kasih sayang dan berkemanusiaan. Kita perlu buka mata dan memahami budaya-budaya kaum lain melalui rukun tetangga, petukaran budaya, mempelajari bahasa ibunda kaum lain dan sebagainya. Eratkan hubungan melalui nilai-nilai universal seperti semangat kejiranan, perpaduan, kecintaan sesama manusia, kesama rataan, keadilan dan sebagainya. Semaikan etika humanistik di dalam budaya setiap kaum, dimana lagi mendalam kita menghayati dan menghargai warisan budaya kita, lagi tinggilah jiwa kemanusiaan kita.
7
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2008/09/29/mpaj-roboh-kuil 16
Bibiliografi
Knatyya Mariappan, Buku teks Ketidaksamaan Sosial, Universiti Sains Malaysia (2000). Minority Rights Group International, World Directory of Minorities and Indigenous Peoples: Orang Asli, available at: http://www.minorityrights.org/4538/malaysia/orang-asli.html. Ng, C., “The Hazy New Dawn: Democracy, Women and Politics in Malaysia”, Asia Research Institute Working Paper Series No.136 , Asia Research Institute: National University of Singapore, 2010. NGO Shadow Report Group, NGO Shadow Report on the Initial and Second Periodic Report of the Government of Malaysia: Reviewing the Government’s Implementation of the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) , 2005, available at: http://www.iwraw-ap.org/resources/pdf/Malaysia_SR.pdf . Salim, R., Malaysia’s Action Plan in Line with UN Women’s Strategic Plan 2011-2013: Leadership and 30 Percent Women in Decision Making Position, Kuala Lumpur, 13 June 2011. Segawa, N. “Malaysia‟s 1996 Education Act: The Impact of a Multiculturalism -type Approach on National Integration”, Journal of Social Issues in Southeast Asia, April 2007, Vol. 22(1). Sinnadurai, V., “Rights in Respect of Education under the Malaysian Constitution”, in Trindade, F.A. and Lee, H.P. (eds), The Constitution of Malaysia – Further Perspectives and Developments, 1986. Syukri, A., ““Govt‟s Appeal against Gender Equality Cases an Insult to M‟sian Women”, Malaysian Digest , 31 January 2012. Teik, K.B., “Ethnic Structure, Inequality and Governance in the Public Sector: Malay sian Experiences”, United Nations Research Institute for Social Development: Democracy, Governance and Human Rights Programme Paper Number 20 , 2005. University of Malaya Consultancy Unit, Experiences of non-heterosexual persons in Klang Valley, Malaysia: An Exploratory Study, Ministry of Women, Family and Community Development, 2006. Wade, G., “The Origins and Evolution of Ethnocracy in Malaysia”, Asia Research Institute Working Paper Series No. 112, Asia Research Institute: National University of Singapore, April 2009. Zaltun, M.K., “Sexuality Under Attack: The Political Discourse of Sexuality in Malaysia”, Paper submitted for the Sexuality and Human Rights in Muslim Societies in South/ Southeast Asia Conference, Jakarta, September 23-26, 2004, reprinted in Isis International, October 16, 2007.
17