1.0 Pendahuluan. Teori realisme merupakan teori utama di dalam hubungan antarabangsa yang mana ia penuh dengan anarki, huru-hara, konflik serta peperangan. Oleh hal yang demikian, setiap negara perlu mempunyai sistem keselamatan negara dan survival bagi mengekalkan kedudukan negara tersebut di dunia. Sesebuah negara mestilah selamat agar ia mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi negara yang lain. Dalam teori ini, hubungan antara negara ialah berdasarkan kepada kekuatan militer dan kekuatan ekonomi yang mana negara kaya akan terus menjadi kaya, negara miskin akan menjadi lebih miskin. Jadi, negara lain akan berasa tergugat akan keadaan itu dan ini membawa kepada pentingnya sesebuah negara mempunyai kuasa yang kuat agar mampu mempengaruhi negara-negara yang lain. Nilai moral dalam teori ini sama sekali tidak wujud kerana teori ini dipandang hanya membawa masalah semata-mata. Tambahan lagi, teori ini hanya memnadang keduniaan semata-mata yang mana negara yang kaya dan berkuasa akan menekan negara yang lebih lemah dan miskin. Jadi negara hanya akur dengan perlumbaan senjata dan juga zero-sum game yang hanya berpandukan kekuatan semata-mata. Teori ini dikatakan telah mula digunakan sejak zaman empayar Greek dan Yunani lagi2 dan buktinya realisme dikesan pada karya Thucydidas iaitu “A History of Philoponnesian War” yang telah melihat perang diantara Sparta dan Athens pada zaman kegemilangan Greek. Karya-karya lain yang menjadi pendukung kepada kepada teori ini adalah seperti ‘The Prince’ yang dihasilkan oleh Nicolo Machiavelli Realisme telah muncul semula selepas Perang Dunia Pertama iaitu antara tahun 1914 sehingga tahun 1918. Realisme muncul semula adalah disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang tidak berjaya mengelakkan perang daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua. Semasa perang dunia kedua, kita dapat lihat bahawa entiti negara terutamanya Negara-negara kuasa besar mula menekankan konsep kepentingan nasional berbanding kepentingan bersama iaitu satu konsep yang didukung oleh golongan idealisme. Hal ini kemudiannya memberi peluang kepada teori realisme untuk muncul semula selepas Idealisme gagal untuk menangami berlakunya perang semula dan realism juga telah memainkan peranan yang penting untuk menjelaskan keadaan dan situasi antarabangsa dari tahun 1914 – 1945. Pendekatan realisme atau ‘power politic’ ini sudah mula menggantikan konsep idealisme kerana konsep idealisme dilihat terlalu goyah untuk dijadikan petunjuk yang baik dalam realiti hubungan antarabangsa. Ini kerana,ia terlalu perspektif dan normatif iaitu sifat manusia digambarkan terlalu positif. Atas dasar ini, maka E.H.Carr telah mencetuskan idea dimana kuasa adalah salah satu faktor penting dalam mendukung keutuhan sesebuah negara. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kuasa akan meninggikan martabat sesebuah negara.
1
2.0 Ciri Teori Realisme Dan Kesan Kepada Dunia – Penglibatan Malaysia. Manusia adalah secara semulajadi pentingkan diri dan tidak boleh membebaskan diri dari fakta bahawa mereka dipacu untuk bersaing sesama sendiri demi kepentingan diri. Sementara itu sistem negara pula adalah berbentuk anarki. Tiada kuasa selain negara yang mampu meregulasikan interaksi antara mereka, negara perlu berhubung dengan negara lain, berbanding dikawal oleh entiti lain. Politik antarabangsa adalah usaha mendapatkan kekuasaan dan melancarkan peperangan terhadap semua negara yang lemah dan miskin. Obligasi bagi setiap negara adalah matlamat di mana semua objektif antarabangsa harus disubordinat bertujuan mempromosi kepentingan nasional dan memperoleh kuasa bagi mencapai matlamat tersebut. Sifat anarki dalam sistem antarabangsa menggambarkan bahawa negara memerlukan keupayaan militari yang sesuai bagi menghadapi serangan musuh dan menggunakan pengaruh yang ada pada negara mereka sendiri untuk mempengaruhi negara yang lain. Ekonomi dilihat sebagai kurang releven kepada keselamatan nasional berbanding militari yang dipandang tinggi dalam teori ini kerana ia merupakan titik nyawa bagi negara untuk kekal survival dalam teori ini. Antara ciri yang terdapat dalam teori realisme ini adalah sifat semulajadi manusia itu sendiri ataupun “human nature”. Manusia dilahirkan dengan adanya sifat-sifat diri yang buruk dimana adanya sifat tamak, pentingkan diri sendiri dan mahu berkuasa dalam segala hal. Sifat buruk manusia ini telah mendorong kepada keadaan yang kucar-kacir dan anarki dalam sesebuah negara. Oleh kerana sifat buruk manusia ini, maka ia sekaligus telah memberi kesan yang buruk terhadap sesebuah negara. Melalui teori realisme ini, dalam menjalinkan hubungan antarabangasa pemimpin perlulah ada sifat yang agresif dan kepentingan diri perlulah diutamakan berbanding dengan kepentingan yang lain. Pendekatan yang ditekankan oleh golonagn realisme mengenai hubungan antarabangsa ini adalah bertepatan dimana manusia haruslah menguasai kuasa yang ada pada diri mereka. Sebagai contoh jika kita lihat kejadian yang berlaku kepada negara kita Malaysia baru-baru ini, kehilangan pesawat MH370 yang mengemparkan ramai penduduk di dunia. Kejadian yang mengemparkan ini bukan sahaja datang kepada penduduk di serata dunia malahan juga kepada pemimpin negara di seluruh dunia. Amerika Syarikat yang merupakan sebuah kuasa besar di dunia ada merupakan negara yang paling kuat dari segi kemampuan samada dari segi ekonomi ataupun militer. Apabila mendengar tentang perkhabaran ini, negara Amerika adalah negara pertama yang menawarkan diri untuk membantu negara kita dalam operasi mencari dan menyelamat kapal terbang tersebut. Di sini kita dapat katakan bahawa Amerika Syarikat sedang menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa mereka adalah sebenarnya negara yang kuat dari segi tentera dan kelengkapan yang lain. Nampak begitu kerdil sekali teknologi yang kita gunakan untuk mencari kapal terbang yang hilang ini di mata negara lain kerana Amerika Syarikat menghantar pelbagai bantuan sama ada dari udara mahupun dari laut yang mana penuh dengan kelengkapan yang canggih-canggih. Sedangkan negara kita masih terkapai-kapai lagi untuk mencapai teknologi seperti yang digunakan oleh mereka. Jadi ini salah satu cara Amerika Syarikat ingin membuktikan kepada kita berkaitan dengan kuasa besar yang dimiliki oleh mereka agar seluruh dunia tahu akan kekuatan mereka dalam kecekapan mengendalikan peralatan yang berteknologi tinggi. Negara lain juga turut berlumba2
lumba dalam menyumbangkan kepakaran untuk mengesan kapal terbang MH370 ini dan kerajaan negara kita amat berterima kasih kepada negara-negara yang sudi membantu dalam mengesan kapal terbang berkenaan. Selain itu, ciri seterusnya adalah teori ini menekankan tentang politik antarabangsa dan konsep kuasa. Menurut apa yang terdapat di dalam teori realisme ini, politik antarabangsa adalah amat penting dalam pembentukan sesebuah negara. Kestabilan politik sesebuah negara akan menentukan sendiri, sama ada sesebuah negara itu stabil ataupun tidak. Keadaan ini dapat kita perhatikan dalam negaranegara Kesatuan Eropah atau EU seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan lain-lain yang mana politik antarabangsa mereka stabil dan tidak terancam. Fenomena ini telah membawa kepada kestabilan ekonomi mereka. Seperti mana yang kita tahu, seandainya negara penuh dengan pergolakkan dan tidak stabil, bagaimana mungkin kita dapat menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang lain. Semestinya jika negara sedang mengalami pergolakkan seperti perang ataupun kekecohan yang mengancam keselamatan sesebuah negara, tidak akan ada negara yang percaya kepada negara tersebut. Kita ambil contoh dari konteks hubungan Malaysia dengan negara yang lain. Negara kita mementingkan hubungan dengan negara luar yang mana memberikan pulangan kepada negara kita sendiri. Kita tidak menjalinkan hubungan dengan negara yang lain untuk mendapat kerugian malahan kita bekerjasama dengan banyak negara untuk memastikan negara kita beroleh pulangan yang kita inginkan. Negara kita juga tidak menjalinkan hubungan dengan negara yang sedang bergolak seperti Israel. Hal ini kerana, Israel merupakan sebuah tempat yang tidak mempunyai politik, ekonomi dan sosial yang stabil. Selain itu juga Israel boleh disimbolikkan dengan negara terroris kerana negara ini mengecam keselamatan negara yang lain dengan pelbagai cara. Di sinilah berlangsunglah teori realisme yang tidak mempunyai moral hanya semata-mata ingin menunjukkan kuasa kepada negara yang dikecam sahaja iaitu Palestine. Israel akan mencetuskan serangan ke atas Palestine bila-bila masa dan mengikut kehendak mereka sahaja kerana mereka dilengkapi dengan peralatan perang yang kuat dan askar-askar yang banyak. Jadi ini merupakan salah satu bentuk konsep kuasa yang ditekankan oleh teori realisme ini yang mana seperti yang telah dinyatakan di awal tadi bahawa teori ini akur kepada perlumbaan senjata dan menerima sebulatnya zero-sum game yang mana negara yang lebih kuat akan mengecam negara yang lemah untuk menguasai negara tersebut. Tambahan lagi, kuasa besar seperti Amerika Syarikat membantu dari segi ketenteraan dan ini akan menggalakkan lagi permainan yang tidak adil ini akan terus berlaku. Ciri yang seterusya dalam teori ini adalah teori ini mementingkan kepentingan nasional antara negara dengan negara yang lain. Dalam teori yang dikemukakan ini, kepentingan nasional adalah sesuatu yang penting dan ia amat dititikberatkan. Seperti mana yang kita ketahui, kepentingan diri haruslah dipentingkan berbanding dengan kepentingan yang lain. Dasar luar sesebuah negara juga akan dibentuk berdasarkan kepada kepentingan nasional. Sebagai contoh, jika sesebuah negara itu menjalinkan hubungan yang baik dengan negara yang lain, pasti ada kepentingan lain yang dikehendakinya. Misalnya kita dapat lihat melalui apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel. Israel mempunyai kepentingan yang tersendiri apabila menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Kepentingan 3
yang dikehendaki oleh Israel adalah dari segi ketenteraan. Israel memerlukan bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat kerana teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat adalah yang paling maju dan terbaik berbanding dengan negara-negara yang lain. Sebagai balasan keatas apa yang diberikan kepada Israel, maka Israel telah membantu Amerika Syarikat dalam menjana pertumbuhan ekonominya. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan daripada penyumbang utama pergerakan politik di Amerika Syarikat adalah rakyat Israel yang tinggal di Amerika Syarikat. Daripada apa yang kita ketahui sekarang ini ialah, kedua-dua buah negara tersebut adalah saling bergantung diantara satu sama lain. Keadaan inilah yang dinamakan sebagai kepentingan nasional bagi sesebuah negara yang diperkatakan oleh golongan realisme. Jika kita lihat dalam konteks Malaysia pula pada hari ini yang banyak melibatkan diri dalam hubungan dengan negara lain. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau? Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh, untuk memastikan kestabilan politik di negara kita, negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru, negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negaranegara ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau. Kata orang tua-tua, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan itu, kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau. Selain itu, hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat. Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat. Buktinya, rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya kerana alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita. Rantau yang aman, selamat, dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau. Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara. Penubuhan NAM telah berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. 4
Biar kita ambil contoh, negara Malaysia mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan Indonesia. Hal ini dapat mengekalkan keamanan di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan. Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dan negara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau. Di samping itu, hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan. Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. Dengan itu, sesebuah negara harus memberi bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan dari kuasa luar. Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana, misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi di negara Indonesia. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain, bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat penting kepada negara kita.
3.0 Teoris/Pelopor Teori Realisme. Tokoh- tokoh yang mempelopori realisme antara lain : Sun Tzu, Thucydides, Machiavelli, Hobbes, Clausewitz, dan Morgenthau. Sun Tzu berpendapat bahwa ketika menghadapi negara tetangga yang berbahaya, alasan moral menjadi tidak efektif sama sekali dalam mengatur strategi, dibandingkan moral, kekuatan dan kekuasaan lebih baik digunakan dalam mengatur strategi. Kemudian Thucydides berpendapat bahwa di dunia ini selalu ada yang kuat dan ada yang lemah. Pihak kuat akan mengerahkan segala kekuatan untuk mencapai apa saja yang dapat dicapai dan pihak lemah hanya bisa menerima apapun yang dapat diterima. Kemudian Machiavelli dalam karangannya yang berjudul “The Prince” juga mengatakan bahwa untuk mempertahankan kekuasaannya, seorang pangeran harus terus menerus mengerahkan kemampuannya dalam beraksi dan melakukan maneuver politik yan manipulative. Kemudia diikuti oleh Hobbes, Clausewitz, an Morghentau yang makin mendukung anggapan-anggapan tersebut. Secara garis besar, realisme memiliki beberapa point sebagai berikut : Negara yang berdaulat merupakan aktor utama dalam hubungan internasional, negara dikendalikan oleh kekuasaan dan pencapaian kepentingan nasional, masalah utama dalam hubungan internasional adalah kondisi dari sistem anarki, konflik merupakan sesuatu yang normal terjadi dalam hubungan internasional, perintah-perintah yang ada dapat diatur dengan menggerakkan aliansi-aliansi antar negara. Selain itu, institusi- institusi dan hukum internasional dapat menjadi efektif hanya jika terdapat paksaan atau sanksi yang efektif. Dalam perkembangannya, teori realisme mulai bermunculan dengan inovasiinovasi terbaru. Setelah adanya realisme klasik, disusul oleh neoralisme dan 5
contemporary realisme. Munculnya teori-teori baru realisme ini disebabkan oleh perkembangan dunia yang sangat dinamis. Seperti yang telah kita ketahui, teori ada berdasarkan fakta- fakta yang terjadi di dunia. Karena dunia selalu berkembang, maka teori yang ada pun selau mengalami pembaruan sesuai dengan kondisi yang ada pada saat itu. Namun, teori yang baru tersebut tetap memiliki gagasan realisme yang kuat. Sehingga bukan menjadi teori yang baru, melainkan memperbarui teori realisme yang sudah ada. Teori realisme memang sudah menjelaskan fenomena yang terjadi dalam hubungan internasional, namun masih banyak sekali kemungkinan dibali apa yang terlihat secara kasat mata. Antara pandangan tokoh berkaitan dengan teori realisme ini adalah seperti;
HANS.J.MORGENTHAU
Dalam bukunya bertajuk Politics Among Nations, realis merupakan golongan yang skeptikal terhadap sifat semulajadi. Bagi realis, konflik merupakan sesuatu yang inherent dan tidak dapat dielakkan sehingga mereka merasakan tidak akan berlaku perdamaian dimana terjadinya kestabilan sistem ( system-wide war ). Realisme memfokuskan analisisnya kepada power dan autonomi dalam interaksi internasional, Mereka percaya bahawa interest atau kepentingan diantara negaranegara tiada dan tidak penting sehingga konsep self help menjadi keutamaan mereka dalam hubungan antarabangsa dan mereka juga percaya hanya bidang ketenteraan yang paling relevan .
THOMAS HOBBES
Hobbes fokus kepada politik dalaman dan matlamat Hobbes adalah untuk keperluan kuasa serta mempusatkan serta fokus kepada kekuasaan politik. Hobes tidak mempertikaikan state of nature itu benar wujud atau tidak.Tetapi menurut beliau, state of nature adalah hasil dari experimen kerana menurut Hobbes, cuba bayangkan apa dunia akan terjadi tanpa autoriti kerajaan atau struktur sosial yang lain. Beliau juga mahu melihat manusia lari dari situasi hypothical nya dengan menyetujui meletakkan sepenuhnya kuasa kepada kedaulatan yang boleh mengekalkan order seterusnya menamatkan anarki dalam state of nature.
E.H. CARR
Carr atau nama sebenarnya Edward Hallett Carr melalui bukunya The Twenty Years’ Crisis 1919-1939. Namun Carr kurang menyalahkan pemimpin tertentu kerana berlakunya Perang Dunia Kedua kerana menurut beliau “to analyse the underlying and significant, rather than the immediate and personal,cause of the disaster”. Bagi Carr, politik terdiri dari dua elemen iaitu saling terkait saling terkait dan reality, value and power. Carr juga secara langsung dan pada hakikatnya telah mengkritik pemikiran idealist iaitu bagi idealist dunia boleh diubah dengan PBB. Menurut Carr juga idealist merupakan pemikiran yang tidak real dan tidak logik kerana jika mahu mengubah dunia maka sebuah kerajaan dunia yang kuat perlu diwujudkan.
6
4.0 Rumusan. Secara umumnya, perspektif Realisme dapat dijelaskan dalam beberapa prinsip yang menentukan sesuatu tindakan dan keputusan yang diambil oleh aktor antarabangsa. Bentuk konflik dan kerjasama yang berlaku di antara aktor adalah dalam suasana dunia yang bersifat anarki , iaitu dalam satu keadaan huru-hara yang tiadanya sesebuah kerajaan agung yang mampu mengenakan peraturan antarabangsa. Isu-isu keselamatan adalah isu yang penting dan paling berpengaruh bagi sarjana pendekatan ini. Pertama, negara atau state adalah aktor utama dalam politik antarabangsa. Realis menganggap bahawa negara merupakan satu-satunya unit terpenting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa dan setiap tindakan yang diambil. Dalam pendekatan Realisme, hubungan antara negara adalah saling berkaitan dalam sistem negara antarabangsa. Hubungan yang terjalin antara negara-negara boleh ditentukan oleh kepentingan masing-masing dalam masyarakat antarabangsa. Negara adalah organisasi yang tertinggi kerana mempunyai cirri-ciri dan kepentingan tersendiri. Realis juga menganggap bahawa aktor bukan negara kurang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan negara. Realis juga dikritik dengan konsep democratic peace milik liberalis, namun realis menjawab demikian apabila negara demokrasi tidak saling serang dengan negara demokrasi lainnya poin pentingnya bukan karena mereka menyelesaikan sengketa dengan cara-cara demokrasi melainkan karena mereka menghadapi ancaman keamanan yang sama sehingga tercipta common security. Ketika realis diserang karena ketidakmampuannya dalam memprediksi peristiwa besar di akhir perang dingin yakni kehancuran Uni Soviet dan kehancuran tembok Berlin, realis menjawab bahwa toh tidak ada satu teori pun dalam politik internasional yang mampu memprediksi hal tersebut. Liberalist berpendapat bahwa dengan adanya ketergantungan di bidang ekonomi akan tercipta perdamaian, realis memberikan jawaban bahwa boleh saja negara tertarik pada kemakmuran dibanding power militer, namun pada kenyataannya, negara-negara Asia Timur misalnya setelah makmur tetap memperkuat kekuatan militernya. Realis juga tidak menolak keberadaan ancaman-ancaman baru yang lebih popular yakni polusi lingkungan, pengungsi, kemiskinan, kelaparan yang dinilai lebih signifikandari permasalahan keamanan. Realis menekankan bahwa perspektifnya masih relevan mengenai masalah-masalah tersebut dengan mengambil contoh apabila terjadi degradasi lingkungan, masalah tersebut akan memicu dan mempertajam persaingan internasional untuk mendapatkan sumber-sumber daya alam yang semakin langka.
7