ZAMAN RENAISSANCE
Zaman
Zaman
Kemuncak
Renaissance
Pertengahan
Renaissance berasal Istilah Renaissance berasal
daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud ´kelahiran ´ kelahiran semula´´ dan merujuk kepada penghargaan semula kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiaw ce ndekiawan an dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom . Asas Zaman Renaissance menonjolk menonjolkan an keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya (HUMAN ISME) ME)..
Francesco Petrarch ~ Bapa Humanisme
Tokoh-tokoh humansime yang lain: 1. Niccolo Machiavelli (1469-1527) Dalam bukunya The Prince (Penguasa), (Penguasa), Machiavelli menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai kuasa mutlak. Raja/pemerintah harus ditakuti bukan disayangi oleh rakyatnya. Rakyat harus memberi kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik. Falsafah Machiavelli yang penuh kontroversi ini telah mengukuhkan nasionalisme dan membuka jalan ke arah pembentukan negara bangsa di Eropah.
2. Giovanni Bocaccio
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan meneroka bidang dan kawasan baru menunjukkan bahawa manusia Renaissance didorong oleh semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat). Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-kira abad ke-17. Di Itali, telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean lalu menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuhannya yang paling terkenal ialah Venice dan Genoa. Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan agama berlaku yang terus menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru.
Para pedagang kaya telah mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para cendekiawan dan seniman. Golongan pedagang kaya ini menjadi Patron (penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis).
Patron~ Sumbangan penaung ini kepada warisan sejarah bandar bandar di Eropah dapat kita lihat pada hari ini. Sekiranya wujud penaung seperti ini di Malaysia, kita akan dapat memulihara warisan negara.
Antara patron yang terkenal ialah keluarga
Medici di Florence. Golongan patron ini telah berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing.
Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance. Bagi tujuan menyiapkan tugasan masing-masing, para seniman
dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar lalu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali.
Selain golongan kaya, Paus di Rom juga turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici. Mereka ingin Rom cantik seperti Florence. Namun, pihak berkuasa gereja menghadapi masalah dalam hal ini. Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam. Pihak gereja menekankan penjelasan tradisional. Lantas konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
Perselisihan Galileo Galilei (1564-1642)
Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus (1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja menyatakan bahawa bumi ialah pusat alam. Penentangan ini telah menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.
Oleh
sebab pihak gereja mencurigai pihak saintis, maka mereka telah memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja. Contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal pada masa itu seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan. Pada masa inilah Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina.
Katedral- gereja besar di bawah bidang kuasa seorang bishop.
Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka bekerja secara individu. Bakat masingmasing mula menyerlah dan kemahiran mereka dihargai
dihargai dari segi nilai kesenian. Suasana sosial ini mempengaruhi pelukis seperti Raphael, Leonardo da Vinci, dan Michelangelo kerana ingin dikenali secara individu, iaitu sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan sebegini dikenali sebagai individualisme.
Perubahan Kepada Konsep Pendidikan
Zaman Pertengahan memberi tekanan kepada pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu tertentu. Zaman Renaissance menekankan pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan dalam kalangan individu. Leonardo da Vinci dan Michelangelo = pelukis, pengukir yang terkenal dan mahir dalam bidang yang lain. Tokoh Renaissance juga muncul di England, misalnya tokoh pemikir seperti Thomas More, Sir Francis Bacon, dan William Shakespeare.
Thomas More (14781535)
Francis Bacon (15611626)
Wiliam Shakespeare 1564-1616
Kesan
Zaman
Renaissance
Semangat
inkuiri telah meninggalkan kesan dalam bidang seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan sosial.
Se i Politi
Kemunculan Monarki Baru
Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasakan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan
kebangsaan.Kekuasaan monarki ini telah diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis, dan Belanda. Zaman ini juga memperlihatkan kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Inilah yang kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi. Semangat Renaissance yang menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen jelas merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia,dan perubatan.
Kesan Sosial
Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup
Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia melahirkan emosi mereka melalui muzik , lukisan, dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri. Selain
itu, perubahan sikap masyarkat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik juga berlaku. Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat. Oleh itu, Zaman Renaissance telah melahirkan ´Manusia Renaissance´ yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai
bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
S alah satu pengajaran
yang dapat kita raih daripada zaman ini ialah kita harus mem punyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk menca pai kejayaan dalam semua jurusan.