MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 922/4 __________________________________________________ ___________________________ _______________________ KAJIAN ASPEK BUDAYA DALAM NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN JALAN
KARYA SHAHNON AHMAD _______________________________________ __________________________ _____________ KERJA KURSUS: ESEI CONTOH 1 _______________________________________ __________________________ _____________ 1
1.0
PENGENALAN
Dalam kajian ini dibincangkan mengenai aspek budaya yang terdapat dalam novel yang telah dipilih, iaitu Novel Novel Ranjau Sepanjang Jalan (2006) karya Shahnon Ahmad. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu sebelum tahun-tahun 1920-an, sebenarnya kita tidak mempunyai tradisi genre novel dalam pengertian novel hari ini. Walau bagaimanapun, kita telah mempunyai tradisi bercerita, lisan atau tulisan yang berkembang dalam kalangan masyarakat tradisi. Kita kenal cerita tradisi yang berbentuk hikayat dari berbagai sumber. Dari kesusasteraan Melayu kita kenal Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman, Deman , dan lain-lain lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya berbentuk hikayat tersebut sebenarnya memang telah ada memancarkan ciri-ciri sebuah novel seperti yang kita fahami kini. Karya-karya ini juga telah mencerminkan keadaan dan permasalahan sesebuah masyarakat dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan juga sosiopolitiknya ; memancarkan perjalanan dan perjuangan hidup watak wira dan wirawati dengan pengucapan bahasa yang relatif menarik. (Ramli Isin,1988:2) Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga(1998:934), Ketiga (1998:934), novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, serta berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Dalam pengertian mahupun ukuran yang luas, novel adalah cerita rekaan berbentuk prosa. Ukuran yang luas di sini dimaksudkan bahawa c eritanya mempunyai plot atau alur yang kompleks, watak yang ramai, tema dan persoalan yang pelbagai, suasana dan latar cerita yang beragam. (Ramli Isin, 1988:5) Berdasarkan tajuk kajian, dengan ini diperjelaskan lagi erti kata budaya bagi memudahkan kefahaman dalam meneliti kajian ini. Perkataan budaya berasal daripada
2
kata Sanskrit iaitu budayyah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi. Perkataan ini membawa maksud budi pekerti atau akal (Mohd Rashid Md. Idris,2014). Manakala jika diteliti secara umum budaya ditakrifkan sebagai suatu amalan yang dibawa atau dikerjakan oleh sekumpulan manusia. Budaya kebiasaannya akan dianggap mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan masyarakat. Setiap perlakuan masyarakat dikaitkan hubungannya dengan kehidupan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Selain itu, budaya juga dikatakan merangkumi keseluruhan norma masyarakat termasuklah nilai, ilmu pengetahuan, keagamaan, struktur-struktur kemasyarakatan, serta ciri-ciri khas yang membentuk sesebuah masyarakat. Dalam pada itu, kajian ini hanya memfokuskan aspek budaya yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Setiap novel mempunyai penulis tersendiri yang juga mempunyai gaya penulisan dan gaya persembahan ceritanya tersendiri. Sasterawan Shahnon Ahmad tidak perlu lagi diperkenalkan di dalam dunia sastera. Hasil nukilan yang diluahkan melalui mata penanya memberikan banyak pengajaran dan kiasan di dalam memartabatkan isu-isu kemasyarakatan. Antara novel yang pernah beliau hasilkan adalah seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Patriach, Srengenge, Kemelut, Tunggul-tunggul Gerimis, Detik-detik Diri di Daerah Daif dan banyak lagi. Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan oleh beliau banyak mengangkat isu-isu kemiskinan di dalam masyarakat dan ini termasuklah di dalam novelnya yang bertajuk “ Ranjau Sepanjang Jalan”. Novel ini mempunyai 341 halaman bercetak terbitan Alaf 21 pada 2006 dan ini merupakan terbitan kedua setelah Utusan Publication menerbitkan novel tersebut pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai 24 bab yang menceritakan tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung Bnaggul Derdap, Sik Kedah.
3
Maka dengan itu, kajian yang dijalankan ini meneliti aspek budaya yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Hal ini demikian kerana aspek budaya yang dipaparkan oleh pengarang dalam karyanya merupakan suatu cara pengarang itu tersendiri bagi melukiskan realiti hidup masyarakat seterusnya memberikan impak kefahaman dan penghayatan yang lebih berkesan untuk disampaikan kepada khalayak.
4
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektif atau matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kajian ini yang berkaitan aspek budaya yang terdapat dalam novel. Antara objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut : 1.
Untuk mengenalpasti aspek-aspek budaya yang terdapat dalam novel yang telah dipilih, iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan (2006) karya Shahnon Ahmad.
2.
Untuk menganalisis aspek budaya masyarakat yang dipaparkan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.
5
3.0
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian juga disebut sebagai metodologi kajian yang digunakan bagi menjalankan sesuatu kajian atau penyelidikan. Kajian iniadalah kajian kualitatif. Kajian kualitatif merupakan satu kajian yang berasas dan mempunyai tujuan. Oleh sebab itu, kajian ini mempunyai skop berfokus. Bahan-bahan kajian ini diperoleh daripada sumber yang mempunyai autoriti untuk menjamin kualiti dan mengekalkan kesahihan kajian yang bersandarkan kepada kajian ilmiah, bukannya teori kosong dari individu yang tidak dikenali. Kajian ini perlu memungut data dalam penghasilan kajiannya. Kajian yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah seperti berikut : 3.1
Kaedah Kepustakaan
Kaedah kepustakaan adalah satu kaedah yang mencari sumber-sumber rujukan melalui
buku-buku,
jurnal,
tesis,
laman
web,
dan
sebagainya.
Segala
perbincangan atau sumber-sumber yang diperoleh adalah berdasarkan bahan bahan rujukan yang tertentu. Sumber yang digunakan melalui kaedah kepustakaan dalam kajian ini ialah: (a) Perpustakaan Kajian ini telah mendapatkan bahan-bahan kajian daripada Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya dan juga Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu untuk kelancaran proses menyiapkan kajian ini. Antara bahan rujukan yang digunakan termasuklah novel-novel yang telah dipilih untuk kajian ini, jurnal kajian-kajian lepas, buku berkaitan budaya dan kebudayaan, novel Melayu, dan lain-lain lagi.
6
(b) Internet Kajian ini juga mendapatkan data dengan mengakses bahan-bahan atau maklumat melalui laman sesawang merujuk kepada laman sesawang yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan, iaitu laman dan fail bersifat ilmiah dan boleh dipercayai. Pengaksesan internet dalam abad ke-21 ini amat penting dan selaras dengan aliran generasi kajian ini sebagai generasi ‘Y’. Hal ini demikian kerana pengaksesan internet mampu menjadi wadah dan sumber rujukan untuk menggapai sebanyak mungkin maklumat dan data berkenaan sesuatu kajian yang dijalankan.
7
4.0
DATA KAJIAN
Novel “ Ranjau Sepanjang Jalan” merupakan sebuah karya agung pada zaman sastera moden. Novel ini memaparkan isu kemiskinan dan kepayahan keluarga tani. Hal ini demikian kerana tema kemiskinan sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan pengarang sendiri kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, dan orang disekeliling beliau adalah miskin ketika itu. Maka dengan itu, novel yang diketengahkan pada kali ini membawa khalayak mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Shahnon Ahmad melihat nilai kemiskinannya melalui konsep kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, kejujuran, dan kekudusan seseorang. Hampir setiap karya kreatif yang dihasilkannya diperingkat awal mengandungi nilai kemiskinan. Novel Ranjau Sepanjang Jalan diperlihatkanbahawa pengarang ingin mengetengahkan isu kemiskinan yang berlaku di dalam sesebuah keluarga yang menjalankan aktiviti tani yang berlatar belakangkan kampungnya sendiri iaitu Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah. Dalam novel yang dikaji,pengarang membawa khalayak menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar generasi sekarang sedar dan insaf betapa susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel kajian, pengarang juga berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dengan permainan emosi seterusnya berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat kini dengan memaparkan kehidupan petani dahulu yang sanggup berjuang mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup malahan perjuangan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu untuk terus hidup. Sebagai contoh, dalam
8
menggambarkan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya yang bergantung kepada tanaman padi, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Plot novel “ Ranjau Sepanjang Jalan” sangat menarik dan dibuktikan apabila pengarang menggambarkan keadaan padi yang sedang menanti masak dan secara tibatiba diserang oleh ketam yang banyak. Serangan ketam yang banyak itu telah memusnahkan sawah padi dan ditambah pula Lahuma telah menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya bernanah busuk. Keadaan tersebut menyebabkan Lahuma tidak mampu lagi untuk mengerjakan sawah untuk menyara keluarganya. Hal ini demikian menyebabkan isterinya Jeha terpaksa menjadi pengganti kepada Lahuma untuk menyara keluarga. Cukup signifikan jalan cerita yang diolah oleh Shahnon Ahmad sehingga cerita yang disampaikan dapat menyentuh hati pembaca. Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang tegas dan ada kalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (universal). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis. Berdasarkan novel kajian, terserlah gambaran jelas tentang budaya dan pandangan hidup penduduk kampung asalnya yang hidup di dalam kemiskinan. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang jauh terpencil itu sukar dimajukan. Selain itu, sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan sangat ditekankan oleh pengarang supaya golongan petani sedar seterusnya membangkitkan dan merubah pendirian mereka (penduduk kampung) yang kolot dan jumud itu. Berikut
9
merupakan aspek budaya yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad : 4.1
Mengenang Budi
Menurut Kamus
Dewan
Edisi
Keempat ,
budi
didefinisikan
sebagai
akal,
kebijaksanaan, pekerti, akhlak, tingkah laku, kelakuan, dan watak (2010:212). Jika ditafsir secara umum, mengenang budi membawa maksud mengingati sumbangan atau jasa yang dilakukan oleh seorang individu terhadap individu lain. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, nilai mengenang budi dapat dilihat dalam diri Tuk Penghulu Kampung Banggul Derdap. Setelah melihat kesakitan dan keuzuran yang ditanggung oleh Lahuma akibat tusukan duri nibung, Tuk Penghulu berasa kasihan terhadap keluarga Lahuma kerana musim menanam padi akan kunjung tiba tidak lama lagi. Tetapi petak sawah keluarga tersebut masih belum habis dibersihkan. Bagi membalas jasa terhadap budi yang pernah dicurahkan oleh lahuma yang mencari kerbau keweh Tuk Penghulu yang hilang dahulu, Tuk Penghulu telah bersetuju untuk memberi bantuan dengan mengarahkan orang suruhannya membersihkan petak-petak sawah Lahuma dengan traktor miliknya. Perkara ini dapat dilihat melalui petikan tersebut : “Dah habis menajak?” soal Tuk Penghulu. Matanya memandang Jehayang Nampak mempunyai minat. “Belum lagi. Yang tajak pun batang menerung, belum lumat,” ujar Jeha. “Siapa menajak?” soal penghulu. “Sejak Lahuma merekot, sayalah bersama anak-anak.” Tuk Penghulu menggeleng. “Biar aku hantar traktor ke sawah kau selama dua tiga hari. Semuanya tentu habis.” Tuk Penghulu memberi cadangannya. ( Ranjau Sepanjang Jalan:152)
10
Petikan
tersebut
membuktikan
betapa
masyarakat
pada
ketika
itu
mementingkan nilai budaya mengenang budi dalam kehidupan mereka. Pengarang turut memperlihatkan ada sekelompok masyarakat yang hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan mencari kelangsungan hidup seperti keluarga Lahuma dan Jeha, namun masih memilih untuk membantu orang lain seperti penghulu yang kehilangan kerbau. Dengan itu, budi yang ditaburkan oleh Lahuma yang dahulunya tidak mengharapkan sedikit balasan pun akhirnya Tuk Penghulu berusaha membalas budi dengan membantu keluarga Lahuma ketika susah. Hal ini demikian menjelaskan bahawa pengarang ingin menyampaikan cara hidup masyarakat pada zaman karya ini dihasilkan yang begitu tegas dalam mengamalkan nilai mengenang budi dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun yang memberi jasa tidak mengharap balasnya, tetapi tetap juga diberi balasan agak susah sama susah, senang sama senang. 4.2
Kasih Sayang
Seterusnya, dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, pengarang menggambarkan masyarakat yang mengamalkan budaya kasih sayang. Budaya kasih sayang dalam novel kajian dapat dilihat daripada dua aspek yang berbeza iaitu kasih sayang seorang isteri terhadap suami dan juga kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. Dalam konteks ini, watak utama yang merupakan pasangan suami isteri dalam novel yang dikaji menunjukkan kasih sayang yang utuh antara satu sama lain. Sebagai contoh, setelah kaki Lahuma menjadi semakin parah akibat tercucuk duri nibung, Jeha tetap setia di sisi suaminya. Jeha sanggup mencuci luka dan nanah yang berbau busuk dan hanyir pada kaki suaminya demi rasa kasih dan cintanya pada si suami. Walaupun Jeha sedar tuntutan untuk mengerjakan bendang masih belum selesai, tetapi dia tetap menjaga suaminya dengan sebaik mungkin. Berikut adalah contoh yang menunjukkan kasih sayang Jeha terhadap suaminya, Lahuma :
11
Petang itu Jeha tidak turun ke sawah. Kaki suaminya dicelur dan dituam lagi. Ubat ramuan dicari dan ditambah. Beberapa kali kain panas diusap-usap ke atas kaki yang bengkak itu. Lahuma terbaring sahaja sepanjang petang itu. Jeha menghembus-hembuskan kaki itu. Akhirnya Lahuma terlena. Jeha menghembus lagi perlahan-lahan hingga kelopak mata Lahuma benar-benar terkatup. Kaki bengkak yang tersidai di atas
ribanya
itu
perlahan-lahan
diangkat
dan
diletakkan pula diatas bantal lasam. Dengan hati-hati dia meninggalkan suaminya. ( Ranjau Sepanjang Jalan:125) Seterusnya, budaya kasih sayang dalam novel yang dikaji turut dipaparkan melalui watak Jeha sebagai ibu yang amat menyayangi anak-anaknya. Anak-anak Jeha terdiri daripada tujuh orang semuanya, iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Selepas kematian Lahuma, Jeha meneruskan kelangsungan hidup dengan bekerja kuat membanting tulang di sawah untuk mencari rezeki bagi menyara anakanaknya. Jeha terpaksa mengenepikan kesedihan akibat daripada kematian suaminya, dia bertekad untuk mengerjakan sawah bagi menyara kehidupan anak-anaknya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut : …Dan
hilanglah
wajah
Lahuma
daripada
pandangannya. Tetapi, pandangan itu cuma pada mata Jeha sahaja. ‘Lahuma berada di mana-mana,’ fikir Jeha. Lahuma menyuruhnya ke bendang esok. Sanah dan Milah dan anak-anak yang lain mesti diberi makan.
12
Dan makanan itu Jeha cukup faham. Hanya nasi saja yang menjadi bahan selama ini. Hanya bendang itulah satu-satunya pusaka Lahuma yang akan menyambung dia dan nyawa anak-anak tujuh orang itu. ( Ranjau Sepanjang Jalan:159) Berdasarkan petikan tersebut, pengarang memaparkan betapa masyarakat pada waktu itu mementingkan budaya berkasih sayang dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana tanpa adanya budaya berkasih sayang antara satu dengan yang lain, maka sukar untuk menyatupadukan kelompok masyarakat. Kajian membuktikan bahawa budaya yang diamalkan masyarakat dalam novel yang dikaji benar-benar wujud pada waktu itu seterusnya menggambarkan realiti dalam masyarakat di kampung Banggul Derdap yang begitu patuh dalam budaya turun-temurun seperti berkasih sayang sesama manusia. 4.3
Adat Merisik
Kebiasaannya, masyarakat Melayu mengamalkan adat-adat tertentu dalam proses perkahwinan. Antara adat yang diamalkan adalah seperti adat merisik atau meminang, adat bertunang dan seterusnya adat bersanding. Begitu juga dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, masyarakatnya turut mengamalkan budaya merisik atau meminang. Situasi ini dapat dilihat ketika Lahuma dan Jeha sedang berbicara tentang anak sulung mereka, iaitu Sanah. Sanah dikatakan sudah meningkat dewasa dan mampu untuk melakukan kerja-kerja ruma dengan cekap. Sehubungan itu, sekiranya terdapat manamana pihak yang datang merisik puteri sulung mereka, Lahuma akan memberi keizinan sekiranya pihak tersebut daripada golongan keluarga yang baik-baik. Situasi ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut :
13
“Tak lama lagi datanglah risik, sungut Jeha yang masih berada
di
belakang.
“Sanah
tu
dah
bertubuh
sekarang.” Lahuma tidak menyahut kata-kata Jeha. Anak sulungnya itu pantas membuat kerja. Kalau setakat padi seguni itu, dapat ditumbuknya sampai habis. …”Kalau datang risik?” duga Jeha lagi. “Lepaskan saja kalau yang datang tu boleh tahan.” ( Ranjau Sepanjang Jalan:30) Berdasarkan petikan tersebut, jelas menunjukkan bahawa pengarang memperlihatkan amalan masyarakat terdahulu terutamanya masyarakat Melayu dalam budaya kehidupan mereka seperti mengamalkan adat-adat tertentu dalam waktu-waktu yang tertentu. Hal ini demikian akan menjadikan kelancaran dan keharmonian hidup mereka kerana berpegang pada adat yang telah wujud dalam masyarakat sejak sekian lamanya. Dengan itu, pengarang menonjolkan masyarakat kampung yang tidak pernah lupa pada adat mereka walau apapun situasi mereka termasukla melibatkan kemiskinan dan kemelaratan hidup. Masyarakat yang digambarkan pengarang dalam karyanya begitu menuruti adat yang hakikatnya diamalkan secara turrun temurun dari satu generasi ke satu generasi. 4.4
Berpegang Kuat Pada Ajaran Agama
Islam merupakan agama yang mengimani satu Tuhan, iaitu Allah. Ajaran Islam adalah berlandaskan seperti yang tercatat dalam al-Quran. Sehubungan itu, dalam novel yang dikaji terdapat satu pemikiran yang menunjukkan watak-watak dalam novel ini berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Misalnya, Lahuma sentiasa menunjukkan sifat patuhnya kepada pencipta dengan cara menunaikan solat secara
14
berjemaah dan berdoa bersama-sama dengan isterinya. Sifat Lahuma dapat dilihat dalam petikan ayat berikut : Malam merangkak dari senja ke maghrib dan terus masuk waktu isyak. Lahuma sedang bertimpul di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah tangannya tercantum menadah langit. Jeha yang berada di belakangnya dalam keadaan serba putih bertimpuh dengan kemas sekali. Mukanya ditutup rapat dengan kedua-dua
belah
tapak
tangan.
Masing-masing
bermohon doa kepada Allah S.W.T. ( Ranjau Sepanjang Jalan:14) Selain itu, Lahuma juga percaya dengan kekuasaan Allah. Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja di sawahnya, Lahuma memohon perlindungan terlebih dahulu dengan cara berdoa kepada Allah S.W.T. Dia berdoa agar dilindungi daripada segala bencana atau perkara-perkara yang tidak diingini. Berikut adalah contoh yang menunjukkan situasi Lahuma sedang berdoa memohon pada Allah S.W.T : Azam Lahuma tidak mahu melangkah turun esok pagi tanpa keizinan Yang Maha Esa. Kedua-dua belah tangannya ditadah. Sudut hatinya melupakan segala kerumitan, hanya tertumpu pada Allah. “Ya Allah, Yang Maha Agung, benarkanlah aku mula bekerja esok dan biarlah selama itu aku dilindungi olehMu. Jauhkan aku daripada segala bencana alam, daripada lipan-lipan dan ular-ular dan kala jengking yang bisa-bisa. ( Ranjau Sepanjang Jalan:14-15)
15
4.5
Kepentingan Nilai Ilmu
Dalam setiap hasil karya sama ada tradisional ataupun moden, nilai ilmu seringkali diselitkan oleh pengarang sesebuah karya. Menurut Mohd Rashid Md Idris et al. (2014), dalam karya tradisional Melayu terdapat gambaran menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu.konsep nilai menurur Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) adalah merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan tara, manakala ilmu pula dirujuk sebagai ilmu pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lainlain. Maknanya nilai ilmu boleh diringkaskan sebagai pengetahuan yang mempunyai nilai dan berguna kepada penerima maklumat atau pembaca teks tersebut. Dalam karya-karya agung, terselit pelbagai nilai ilmu yang sesuai dengan latar karya tersebut dihasilkan. Dalam Ranjau Sepanjang Jalan, terdapat beberapa nilai ilmu yang berguna khususnya ilmu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Antara nilai ilmu yang terdapat dalam karya tersebut ialah ilmu bercucuk tana, perdagangan, dan ilmu agama. Plot cerita dalam novel kajian memfokuskan kehidupan keluarga Lahuma yang menjadika bertanam padi sebagai sumber utama rezeki. Kesusahan dan kesungguhan masyarakat petani di Kampung Banggul Derdap, Sik Kedah menggambarkan betapa menyelamatkan sebutir padi daripada menjadi mangsa burung Tiak, ketam, dan bencana alam itu sangat susah dan perit sekali. Dalam novel yang dikaji, pengarang menyelitkan cara petani menanam padi. Sebagai contohnya seperti dalam petikan berikut : Lahuma meneruskan kerjanya mengasah parang. Esok belukar itu akan ditebas. Esoklah akan bermulanya hari dia menanam padi. Selepas menebas, tanah itu akan digembur dan dirata. Padi akan ditabur. Dan sebelum
16
menunggu semai itu cukup usianya, Lahuma anakberanak akan turun ke sawah. Rumput dan menerung tebal terpaksa ditajak hingga tercabut perdu-perdu dan akarnya. ( Ranjau Sepanjang Jalan:11) Berdasarkan petikan tersebut, dapat dilihat bahawa pengarang cuba untuk menerangkan urutan menanam padi. Bermula dari menyediakan peralatan kemudian petani perlu menebas tapak untuk menanam padi sebelum merata dan menggembur tanah. Seterusnya, benih padi akan disemai. Sementara menunggu semaian tersebut cukup untuk dipindahkan, petani perlu menajak rumput dan menerung yang menguasai tapak menanam padi. Hal ini demikian memperlihatkan betapa masyarakat Melayu pada zaman karya dihasilkan sedar akan kepentingan nilai ilmu yang harus dihadam untuk hidup yang lebih baik. Sekiranya mereka pada waktu itu tidak mempunyai sebarang ilmu bercucuk tanam, maka tidak lah dapat mereka merasa beras atau nasi demi kelangsungan hidup mereka. Pengarang menyelitkan kepentingan nilai ilmu dalam karyanya bagi menggambarkan budaya hidup masyarakat Melayu pada waktu itu walaupun diketahui hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan tetapi menyedari akan pentingnya nilai ilmu. Aspek-aspek budaya yang telah dinyatakan merupakan suatu factor yang penting dalam penghasilan sesuatu karya yang bermutu dan tinggi nilainya dalam pandangan
khalayak
seterusnya
memberi
manfaat
kepada
semua
golongan
masyarakat. Amalan budaya tersebut menggambarkan betapa masyarakat mampu untuk melaksanakan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat demi keamanan dan keharmonian hidup mereka seterusnya kekal sebagai identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.
17
5.0
KESIMPULAN
Kajian yang terperinci telah dijalankan mengenai aspek-aspek budaya yang terdapat dalam novel yang telah dipilih, iaitu novel Ranjau SepanjangJalan(2006). Aspekaspek yang dikaji adalah berkaitan denganbudaya hidup yang diamalkan oleh lingkungan masyarakat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Hasil penelitian,pengarang menyampaikan pengajaran tentang kegigihan hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik dalam karya yang dihasilkannya. Watak Jeha merupakan watak yang patut dicontohi oleh kaum wanita di kampung. Selain itu, tekskajian juga memberi pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi punca kemiskinan rakyat terutamanya para petani.Ternyata dalam novel tersebut menggambarkan hidup masyarakat berdasarkan realiti kehidupan yang sebenar kerana pengarang ingin menonjolkan hakikat hidup masyarakat Melayu di luar bandar yang dipercayai gaya hidup serta ekonominya jauh terkebelakang berbanding gaya hidup dan ekonomi masyarakat di kota. Hal ini dibuktikan dalam petikan yang berikut : “Para novelis yang mengambil latar dan masyarakat desa dalam novel mereka juga tidak ketinggalan mempersoal tentang kesan yang timbul terhadap pertumbuhan serta perkembangan sosioekonomi dan sosiobudaya.” (Ramli Isin,1988:56) Novel Ranjau Sepanjang Jalan diangkat menjadi karya agung kerana mempunyai nilai-nilai yang tersendiri seperti nilai budaya yang dipaparkan oleh pengarang bagi menonjolkan kehidupan sebenar masyarakat pada ketika karya dihasilkan. Selain itu, teks kajian juga mengisahkan keperitan hidup yang dialami
18
oleh keluarga petani tetapi mereka tidak mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan dan kesusahan hidup. Karya tersebuttelah banyak memberi kesan budaya, pemikiran, pandangan, falsafah hidup dan sebagainya yang berkekalan sehingga ke hari ini. Budaya-budaya yang diamalkan oleh masyarakat yang terkandung dalam novel kajian adalah budaya mengenang budi, budaya berkasih sayang, adat merisik, taat perintah agama, dan kepentingan nilai ilmu. Hal ini demikian dipaparkan oleh pengarang untuk mengetengahkan perihal budaya dalam masyarakat Melayu terutamanya pada sesuatu zaman yang nyatanya majoriti masyarakatnya adalah petani yang hidup miskin di bumi merdeka. Walaupun terlihat begitu miskin, namun mereka tidak pernah lupa akan budaya yang menjadi lambang atau identiti sesebuah masyarakat itu sendiri khasnya masyarakat Melayu di kampung. Jelaslah disini bahawa novel “ Ranjau Sepanjang Jalan” karya Shahnon Ahmad
merupakan
sebuah
karya
novel
yang
sangat
bermutu.
Novel
tersebutmempunyai kekuatannya tersendiri walaupun isu kemiskinan dan kemelaratan hidup kurang sesuai dengan zaman pembangunan Negara.Nyatanya kedudukan ekonomi dan gaya hidup kelompok masyarakat itu bergantung kepada kesungguhan dan usaha mereka sendiri untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka agar tidak selamanya hidup dalam kemunduran dan kemelaratan di bumi yang sudah merdeka ini. Konklusinya, kajian berkaitan aspek-aspek budaya masyarakat, khasnya Melayu wajar diketahui dan diperdalami kefahaman tentangnya supaya masyarakat kini mendapat pengetahuan berkenaan budaya, adat, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang mendasari corak kehidupan dan seterusnya pemikiran masyarakat Melayu terdahulu.
19
RUJUKAN
Amieliana Ajis. (Mei 2015). Karya Agung Melayu.http://aimiejensurah.blogspot.my/ (20 Oktober 2015) Ismail Ahmad. (1984). Memahami Novel dan Cerpen. Selangor, Malaysia. : Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat . (2010). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mimbar
Kata.
(Januari
2013).
Biografi
Sasterawan
Negara
Shahnon
Ahmad.
http://mimbarkata.blogspot.my/2013/01/shanon-bin-ahmad-haji-datuk pejuang.html(20
Oktober 2015)
Norazit Selat, Hashim Awang & Nor Hisham Osman. (ed.). (1997). Meniti Zaman : Masyarakat Melayu Antara Tradisi Dan Moden. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Ramli Isin. (1988). Kursus Sastera Fajar Bakti : Berkenalan Dengan Novel . Selangor, Malaysia. : Penerbit Fajar Bakti. Shahnon Ahmad. (2006). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur : Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad. Wan Abdul Kadir. (1993). Beberapa Aspek Masyarakat Dan Budaya Melayu. Kota Bharu & Petaling Jaya : Masfami Enterprise.
20